The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jayasugu68, 2023-03-18 02:07:39

program suai kenal sekolah 2023 latest

program suai kenal sekolah 2023 latest

1 1.0 PENDAHULUAN Program Suai Kenal dijalankan setiap tahun untuk murid-murid kelas Peralihan dan Tingkatan Satu yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Mereka akan melalui perbezaan ketara dari segi pergaulan rakan sebaya dan suasana pembelajaran. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Murid-murid ini akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan- rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, program Suai kenal telah dirangka untuk membantu murid-murid mengenali persekitaran sekolah dan mengenali mata pelajaran yang akan dipelajari. Adalah diharapkan pendedahan yang diberi di dalam orogram ini dapat mendorong murid-murid berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah, kokurikulum dan disiplin. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Membantu murid mengenali diri dengan persekitaran sekolah yang baru. 2.2 Membantu murid menjalin hubungan baik dengan warga sekolah. 2.3 Murid memahami kurikulum, ko-kurikulum dan budaya belajar di sekolah menengah. 2.4 Murid menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina di alam sekolah menengah. 3.0 MATLAMAT Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas kurikulum dan ko-kurikulum serta asas kendiri yang jelas demi membentuk personaliti murid secara holistik dalam permulaan pendidikan menengah rendah. 4.0 PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 20-23 Mac 2023 (Isnin- Khamis) Masa : 1.10 – 3.30 petang Tempat : Dewan Gemilang SMK Sungai Besi Sasaran : Semua murid Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu 5.0 KPI (Indikator Output dan Outcome) OUTPUT Penyertaan 100% OUTCOME 100% murid dapat menyesuaikan dengan persekitaran sekolah yang baharu.


2 6.0 JAWATAN KUASA AJK INDUK : Pengerusi : En Abd Rashid Bin Idris (Pengetua) Timbalan Pengerusi : Pn Rahamazlina Binti Abd Rahman (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 1 : Pn Rosita Binti Idris @ Mohd Idris (PK Petang) Naib Pengerusi 2 :Pn Awalana Binti Bolot (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 3 : Pn Yap Chooi Phin (PK Kokurikulum) Setiausaha : Pn Vijayakumari A/P Sankara Pillai (GBK) Pen. S/U : Pn Nurul Nadia Binti Abd Hamid (GBK) Penyelaras 1 : Pn Azzlina Binti Dahlan (Pembantu PK Petang 1) 2 : Pn Siti Zalina Binti Ismail (Pembantu PK Petang 2 ) 7.0 AJK PELAKSANA : AJK NAMA AJK Persiapan Tempat En Isa Al Mahdi Bin Jaafar En Mohd Zulfahmi Bin Che Khalid Pn Wan Nor Azila Binti Wan Mohamad Doa Pengawas (Pn Nor Akmalizani Bt Azizi) Buku Program Pn Masliny Binti Adak Siaraya En Isa Al Mahdi Bin Jaafar Jurugambar / Dokumentasi Pn Nurul Nadia Binti Abd Hamid Taklimat Disiplin En Muhammad Aliff Bin Mansor Taklimat Pengawas Pn Nor Akmalizani Binti Azizi Taklimat MKT Pn Hidayu Bt Lokmanal Hakim Pengacara Majlis Cik Nur Hanis Binti Halim Taklimat SPBT Pn Norobiah Binti Ibrahim Taklimat Koperasi Pn Siti Zalina Binti Ismail Taklimat Biasiswa Pn Alwani Bt Ahmad Kamil Affendi / Pn Siti Aqilah Binti Mohd Noh Taklimat Ko- Kurikulum Pn Siti Hairunnisa Binti Sapingi Taklimat Pusat Sumber Pn Nurul Atma Binti Che Rahim Taklimat Pepatih En Mohd Khairulmizay Bin Abdullah Taklimat Pentaksiran Bilik darjah Pn Ho Fei Mei Kawalan Murid Semua guru disiplin Nyanyian lagu negaraku En Asmadi Bin Tahir @ Kassim Sambutan kehadiran murid Cik Fazidah Binti Abdul Latif, Pn Siti Zalina Binti Ismail dan Guru Kaunseling


3 8.0 IMPLIKASI KEWANGAN Perkara RM Sumber Cenderamata Kuiz 12 x RM 5.00 60.00 Cenderamata Pertandingan Nyanyian Lagu PCG Kaunseling Sekolah (kumpulan) 6 x RM20.00 120.00 Banner 1 x RM100.00 100.00 Jumlah 280.00 9.0 JADUAL PROGRAM 20/03/2023 (Isnin) Masa Aktiviti Tindakan/Catatan 12.45 - 1.10ptg Murid berkumpul di dewan Guru bertugas Penyelaras Tingkatan Satu dan Peralihan 1.10 - 1.45ptg Perhimpunan rasmi Nyanyian lagu Negaraku, lagu wilayah dan lagu sekolah. Rukun Negara dan Ikrar murid Pengumuman guru bertugas Ucapan Pengetua Ucapan Penonong Kanan Pentadbiran Ucapan Penolong Kanan HEM Ucapan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Ucapan Penolong Kanan Petang Guru Bertugas Dan Guru Pengawas En Abd Rashid Bin Idris Pn Awalana Binti Bolot Pn Rahamazlina Binti Abd Rahman Pn Yap Chooi Phin Pn Rosita Binti Idris @ Mohd Idris 21/03/2023 (Selasa) Masa Aktiviti Tindakan /Catatan 1.10 - 2.50ptg PPS Bersama Murid “Jom ke Sekolah dan Hentikan Buli” Unit Hal Ehwal Murid 2.50- 3.30ptg Taklimat SPBT Pn Norobiah Binti Ibrahim Taklimat Pusat Sumber Pn Nurul Atma Binti Che Rahim Taklimat Pengawas Pn Nor Akmalizani Binti Azizi Nyanyian Lagu Sekolah En Asmadi Bin Tahir @ Kassim


4 22/03/2023 (Rabu) Masa Aktiviti Tindakan/Catatan 1.10- 3.30ptg Taklimat Pepatih En Mohd Khairulmizay Bin Abdullah Taklimat Biasiswa Pn Nur Alwani Binti Ahmad Kamil Affendi / Pn Siti Aqilah Bt Mohd Noh Taklimat Koperasi Pn Siti Zalina Binti Ismail Nyanyian Lagu Sekolah En Asmadi Bin Tahir @ Kassim 23/03/2023 (Khamis) Masa Aktiviti Tindakan/Catatan 12.45- 2.45ptg “Serlahkan Potensi Mu” Kaunselor Taklimat PBD Pn Ho Fei Mei Taklimat MKT Pn Hidayu Binti Lokmanal hakim Nyanyian Lagu Sekolah En Asmadi Bin Tahir @ Kassim 10.0 PENUTUP Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid baru di SMK Sungai Besi , khasnya semua murid tingkatan satu dan peralihan. Dalam setiap usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya. Disediakan Oleh, Disemak Oleh, …………………………. ……………………………………….. ( VIJAYAKUMARI .S ) (ROSITA BT IDRIS @MOHD IDRIS) Setiausaha Program Penolong Kanan Petang Diluluskan Oleh, …………………………………. (ABD RASHID BIN IDRIS ) Pengetua SMK Sungai Besi


5 SMK SUNGAI BESI KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROGRAM SUAI KENAL KELAS PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 SESI 2023/2024 TARIKH : 20 - 23 MAC 2023 TEMPAT : DEWAN SMK SUNGAI BESI ANJURAN: UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMK SUNGAI BESI KUALA LUMPUR


6


Click to View FlipBook Version