The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berkaitan tokoh kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang banyak berjasa kepada negara.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuramnihazirah43, 2023-09-06 08:54:09

TOKOH KEMERDEKAAN : Bapa Kemerdekaan

Berkaitan tokoh kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang banyak berjasa kepada negara.

Keywords: Tokoh Kemerdekaan

BIODATA DIRI NAMA : NUR AMNI HAZIRAH BINTI MOHD HAFIZ UMUR: 11 TAHUN TAHUN : 5 SUKSES SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK TARIKH LAHIR : 2 OGOS 2012 TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU ALAMAT RUMAH : NO. 53 TAMAN DESA PUSU 3, JALAN GONG BADAK, 21300 KUALA NERUS, TERENGGANU HOBI : MEMBACA CITA-CITA: JURURAWAT


PENGHARGAAN Assalammualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan buku skrap digital Tokoh Kemerdekaan ini. Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah mengurniakan kesihatan yang baik serta buah fikiran yang bernas untuk menyiapkan buku skrap digital mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru saya kerana telah banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar serta bimbingan yang berterusan tanpa rasa lelah dan jemu sepanjang proses pembelajaran. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa saya kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan tidak kira wang ringgit mahupun idea dalam membantu saya mencari bahan untuk menghasilkan buku skrap digital ini. Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang telah membantu sacara langsung atau tidak langsung dalam menyumbang maklumat serta pandangan bagi meyiapkan buku skrap digital ini. Sekian, Terima Kasih.


ISI KANDUNGAN I. PENGENALAN Biodata Penghargaan II. TOKOH Pendahuluan Biodata Tokoh Rasionalisasi Pemilihan Tokoh Kelebihan Tokoh Jasa dan Sumbangan Tokoh III. PENUTUP


PENDAHULUAN Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Beliau juga merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, yang merupakan Sultan Kedah yang ke-24. Semasa usia Tunku 17 tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke seberang laut untuk menuntut pelajaran di St. Catherine’s College, Universiti Cambridge, England. Tunku Abdul Rahman merupakan anak melayu pertama yang memasuki universiti inggeris dan mendapat Ijazah Sarjana Muda UndangUndang dan Sejarah dari Universiti Cambridge. Tunku memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Daerah dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah di beberapa Daerah di Kedah termasuk Kuala Nerang dan Pulau Langkawi. Semasa bertugas di Kuala Nerang, Pada tahun 1940 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah Selatan. Apabila Jepun menyerahkan Kedah kepada negara Thai pada tahun 1941, Tunku dilantik menjadi Penyelia Pelajaran dan beliau menyandang jawatan tersebut hingga British menjajah Tanah Melayu semula.


Setelah Dato On Jaafar meletak jawatan, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Dipertua UMNO yang ke-2 . Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu . Selepas kemerdekaan, beliau menjadi Perdana Menteri Pertama Malaysia. BIODATA TOKOH Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Tarikh Lahir : 8 Febuari 1903 Tarikh Meninggal : 6 Disember 1990 Tempat Lahir : Istana Tiga Tangga, Alor Setar, Kedah Adik-Beradik : 20 orang Ayah : Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibu : Che Menjalara Pasangan : Meriam


RASIONALISASI Beliau digelar sebagai "Bapa Kemerdekaan Malaysia" Beliau juga terkenal dengan panggilan "Man of Peace". Tokoh ini dipilih kerana beliau merupakan salah seorang yang berusaha dalam memerdekakan Tanah Melayu. Beliau mengetuai rombongan ke London untuk untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau membawa empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tokoh ini juga telah melaungkan kata-kata keramat iaitu laungan Merdeka! sebanyak tujuh kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.


PEMILIHAN TOKOH Saya memilih tokoh ini kerana beliau banyak berjasa kepada negara sebelum kemerdekaan. Antaranya ialah, menyatupadukan hubungan antara kaum Melayu,Cina dan India untuk mencapai kemerdekaan. Di antara usaha pertama beliau sebagai Perdana Menteri ialah untuk menyatu-padukan rakyat dan meningkatkan kemajuan ekonomi. Tunku Abdul Rahman memperkenalkan Rancangan Malaya yang pertama pada tahun 1956 dengan fokus untuk membangunkan Tanah Malaya. Pada tahun 1960, darurat selama 12 bulan diisytiharkan tamat apabila komunis berjaya dihentikan.


KELEBIHAN TOKOH Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berasal daripada keturunan diraja namun beliau seorang yang sangat merendah diri dan mesra dengan panggilan Awang dalam kalangan rakanrakan. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada negara dalam memperjuangkan hak kemerdekaan terhadap Tanah Melayu pada masa itu. Beliau juga merupakan pemimpin yang tegas dan juga mempunyai pegangan perinsip yang kuat dalam memnentukan sesuatu perkara. Beliau juga seorang pemimpin yang bersifat demokratik yang berwawasan dan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi perlembagaan. Kepimpinan dan ketokohan beliau dapat dilihat semasa beliau remaja lagi apabila beliau tegas dalam memprotes dasar pilihan warna kulit sebagai syarat pengambilan pelajar yang diamalkan oleh Sir Catherine College di University Cambridge yang menjadi pengalang kepada masyarakat Asia dan warga Afrika melanjutkan pelajaran di sana. Ketika itu, beliau baru sahaja berumur 16 tahun.


JASA DAN SUMBANGAN TOKOH Jasa dan pengorbanan beliau terhadap negara amat penting kerana antara jasa beliau ialah berjuang demi mecapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jasa dan pengorbanan yang beliau lakukan akan dikenang oleh rakyat Malaysia. Beliau juga berjasa dalam memastikan masyarakat Melayu berkembang maju di tanah air sendiri. Selain itu, beliau juga berjasa dalam memartabatkan agama Islam dengan memegang jawatan-jawatan penting termasuk menjadi salah seorang pengasas dan presiden pertama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Setiausaha Agung pertama sekretariat Islam, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Beliau juga memperkenalkan aktiviti untuk memperkenalkan Malaysia seperti Musabaqah AlQuran peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menjadi tuan rumah Persidngan negara-negara islam (OIC) pertama yang diadakan pada tahun 1969. Walaupun beliau seorang ahli politik yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia, namun sumbangan beliau bukan hanya dari aspek politik sahaja tetapi beliau juga menyumbang dari


aspek sosial. Antaranya ialah, dalam bidang penulisan, kesenian dan lain-lain. Tokoh ini seharusnya menjadi 'role model' bagi rakyat Malaysia dan juga pemimpin yang terdiri daripada ahli politik. Beliau pernah mengetuai kabinet yang membentuk strategi jangka panjang untuk melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh lima tahun. Dengan ini, wujudnya Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960. Antara objektif rancangan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan memberi kemajuan pada sektor luar bandar. Beliau juga berjasa dan memberi sumbangan dalam bidang sukan dengan memperkenalkan pertandingan bola sepak Piala Merdeka pada tahun 1957 serta menjadi Presiden FAM yang pertama. Kementerian Belia dan Sukan juga diasaskan oleh Tuanku sendiri. Sumbangan beliau ini mendapat pengiktirafan daripada Akademi Sukan Amerika Syarikat.


PENUTUP Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi saya telah berjaya menyiapkan buku skrap digital ini berkaitan tokoh yang saya pilih iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang banyak berjasa kepada negara. Saya memilih tokoh ini kerana saya amat kagumi serta mengingati jasa dan sumbangan yang telah banyak dicurahkan dan boleh dijadikan contoh kepada generasi muda. Sebagai pelajar, kita perlu mengetahui serta mempelajari sejarah dan latar belakang berkaitan Tunku Abdul Rahman ini kerana tanpa beliau mungkin negara kita masih ditakluk dan dijajah oleh bangsa luar dan asing. Jasa dan sumbangan beliau kepada negara perlu diingati dan beliau telah dianugerahkan 'Outstanding Malaysia of The Year 1987' , 'Hornorary Citizen of London ' dan juga mendapat pengiktirafan sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan juga 'Bapa Malaysia'. Akhir kata, terima kasih kepada ahli keluarga dan guru saya yang memberi tunjuk ajar serta membantu saya dan memberi bimbingan dalam menyiapkan buku skrap digital ini. Tanpa sokongan mereka saya tidak mampu menghasilkan buku skrap ini dengan baik. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version