The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR ATIKAH AHMAD, 2024-03-10 06:02:24

BUKU PROGRAM JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH!

BUKU PROGRAM JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH 2024

Keywords: JOM KE SEKOLAH

JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH! Hari : Isnin Tarikh : 11 Mac 2024 Tempat : Dataran Perhimpunan SKBS Masa : 7.30am - 8.30am (sesi pagi) 5.20pm - 6.20pm (sesi petang) Anjuran bersama Unit HEM, Bimbingan Kaunseling dan Unit Disiplin


Pengenalan Program Jom Datang Awal ke Sekolah merupakan program yang melibatkan Unit Bimbingan dan Kaunseling sebagai meraikan kehadiran murid-murid selepas lama bercuti. Amalan Guru Penyayang juga diterapkan untuk meyambut muridmurid terutamanya murid Tahun 1 supaya mereka merasa selamat dan gembira untuk hadir ke sekolah. Selain itu, murid-murid perlu diberikan motivasi dan galakan yang baik untuk mendorong mereka supaya datang awal ke sekolah setiap hari. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat pelajar untuk mengekalkan kehadiran awal ke sekolah dan menghindar murid daripada ponteng sekolah. Seterusnya, melahirkan murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia. Objektif Program 1. Mengalu-alukan dan menceriakan hari pertama kehadiran murid ke sekolah. 2. Pelajar dapat mengekalkan kehadiran awal ke sekolah setiap hari melainkan ada sebab yang tidak dapat dielakkan. 3. Meningkatkan prestasi kehadiran murid ke sekolah di samping melahirkan murid yang berkualiti dan berguna kepada komuniti.


Jawatankuasa Induk Pengerusi : En. Hassaruddin bin Yaakob (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : En. Efindi bin Che Haat (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi : Pn. Norazimah binti Md. Ali (PK Pentadbiran) Pn. Che Zuriah binti Arong (PK Kokurikulum) En. Abdul Rahman bin Harun (PK Petang) Penyelaras : Pn. Fatin Azreen binti Che Jusoh (Guru Bimbingan dan Kaunseling) Penolong Penyelaras : Pn. Nur Anirah binti Mohd Zaironi Setiausaha : Pn. Wan Nor Monawarah bt Wan Ayub


Juru acara : Pn. Rahimah binti Mokhtar (Guru bertugas Pagi) Pn. Hapsah bt Othman (Guru Bertugas Petang) PA Sistem : En. Rosmadi bin Johari En. Muhd Husnuzzaeim bin Ab Hadi Jemputan PPS : Pn. Norbaizura binti Bahrom Buku Program : Pn. Nor Atikah binti Ahmad Juru Gambar : En. Syarul Azmi bin Razalli Pn. Zanariah binti Abdul Gimik & Bunting : En. Mohd Zaironi bin Markimin Pn. Norazimah binti Kamaruddin Pn. Ramani a/p Ramachandran Papan Kenyataan : Pn. Rohaya binti Hashim Pn. Zurina binti Bajuri Laporan & Dokumentasi : Pn. Wan Nor Monawarah bt Wan Ayub Persiapan tempat : En. Mohamad Azamuddin bin Abdul Aziz : Pn Zurina binti Bajuri Kawalan Disiplin Murid : Semua Guru Kelas AJK Pelaksana


7.30 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis oleh guru bertugas mingguan 7.40 pagi Nyanyian 3 buah lagu, Ikrar dan Bacaan Doa Lagu Negaraku Lagu Negeri Selangor Lagu Sekolah Ikrar Rukun Negara Bacaan Doa 7.55 pagi Ucapan Guru Besar En. Hassaruddin bin Yaakob 8.10 pagi Ucapan Perasmian oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Rosmalina binti Azizan 8.20 pagi Gimik dan Perasmian Jom Datang Awal Ke Sekolah 8.30 pagi Majlis bersurai Tentatif Program (sesi pagi)


5.20 petang Ucapan alu-aluan pengerusi majlis oleh guru bertugas mingguan 5.30 petang Nyanyian 3 buah lagu, Ikrar dan Bacaan Doa Lagu Negaraku Lagu Negeri Selangor Lagu Sekolah Ikrar Rukun Negara Bacaan Doa 5.45 petang Ucapan Perasmian oleh PK Petang En. Abdul Rahman bin Harun 6.00 petang Gimik dan Perasmian Jom Datang Awal Ke Sekolah 6.20 petang Majlis bersurai Tentatif Program (sesi petang)


Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan Tahun 6


Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan Tahun 5


Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan Tahun 4


Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan Tahun 3


Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan Tahun 2


Ice Breaking : Siapa Saya? Alatan : Kertas dan pensel Objektif : Mewujudkan kemesraan dan meningkatkan kepercayaan antara kumpulan masing-masing. Pelaksanaan: Guru meminta murid mengeluarkan kertas dan pensel. Murid diminta untuk melukis haiwan yang melambangkan personaliti dan diri mereka. Murid kemudiannya diminta untuk menjelaskan mengapa mereka memilih haiwan tersebut dan menggambarkan diri mereka seperti bagaimana , contoh : sifat, saiz, ciri-ciri. Murid lain diminta untuk mengingati nama, haiwan dan personaliti masing-masing. Guru meminta murid membuat releksi dan guru memberi refleksi tentang objektif aktiviti ini dilaksanakan.


Modul Penyelesaian Masalah Aktiviti : Kapal Karam Alatan : Kertas untuk cabut undian kumpulan Objektif : Untuk membantu murid bertindak pantas. Memupuk kerjasama antara ahli kumpulan Dapat mendidik murid agar menyelesaikan masalah melalui perbincangan. Pelaksanaan: Guru meminta murid membentuk sebuah kumpulan. Satu kumpulan hanya seramai 5/6 ahli. Guru membuat kertas cabutan undi. Dalam cabutan (orang kaya, ibu sakit tua, doktor pakar, Perdana Menteri, kanak-kanak dan nelayan). Setiap kumpulan mencabut undi dan mengambil peranan masing-masing. Guru memulakan penceritaan, “ Di dalam sebuah kapal terdapat (orang kaya, ibu sakit tua, doktor pakar, Perdana Menteri, kanak-kanak dan nelayan. Semasa pelayaran, kapal tersebut telah bocor kerana ribut. Bagi menyelamatkan kapal hingga sampai ke pulau, 3 orang daripada ahli di dalam kapal perlu keluar dari kapal. Setiap kumpulan perlu memberi sebab kenapa perlu bertahan di dalam kapal dan siapa di antara ahli dalam kapal patut dikaramkan dan mengapa?”


Nyanyian: Rumput Yang Hijau Atas rumput ada bukit; Bukit cantik tak pernah lihat; Bukit atas rumput,…….…rumput yang hijau Atas bukit ada pokok; Pokok cantik tak pernah lihat; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,……..…rumput yang hijau Atas pokok ada dahan; Dahan cantik tak pernah lihat; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,………..…rumput yang hijau Atas dahan ada ranting; Ranting cantik tak pernah lihat; Ranting atas dahan; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,…………rumput yang hijau Atas ranting ada daun; Daun cantik tak pernah lihat; Daun atas ranting; Ranting atas dahan; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,…………………….…rumput yang hijau Atas daun ada sarang; Sarang cantik tak pernah lihat; Sarang atas daun; Daun atas ranting; Ranting atas dahan; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,………………………rumput yang hijau Atas sarang ada telur; Telur cantik tak pernah lihat; Telur atas sarang; Sarang atas daun; Daun atas ranting; Ranting atas dahan; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,………………………rumput yang hijau Atas telur ada burung; Burung cantik tak pernah lihat; Burung atas telur; Telur atas sarang; Sarang atas daun; Daun atas ranting; Ranting atas dahan; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,............................…rumput yang hijau Atas burung ada jambol; Jambol cantik tak pernah lihat; Jambol atas burung; Burung atas telur; Telur atas sarang; Sarang atas daun; Daun atas ranting; Ranting atas dahan; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,…………………...…rumput yang hijau Atas jambol ada kutu; Kutu cantik tak pernah lihat; Kutu atas jambol; Jambol atas burung; Burung atas telur; Telur atas sarang; Sarang atas daun; Daun atas ranting; Ranting atas dahan; Dahan atas pokok; Pokok atas bukit; Bukit atas rumput,……………………rumput yang hijau


Modul : Lukisan Luar Biasa Alatan : Kertas (lukisan separuh hati), alat tulis dan pensel warna . Objektif : Membentuk daya kreatif dan kemahiran murid serta meningkatkan keyakinan. Pelaksanaan: Guru memberi sehelai kertas yang mempunyai lukisan separuh hati. Murid diminta untuk menyambung lukisan dengan melukis selain bentuk hati. Murid kemudiannya diminta untuk membentangkan lukisan yang dilukis. Setiap pembentangan yang selesai, murid perlu ucap “wah, hebatnya kamu!”pada rakan yang membentang. Guru meminta beberapa orang murid membuat rumusan dan akhir sekali guru memberi refleksi tentang objektif aktiviti ini dilaksanakan.


Alatan : Pen marker dan papan putih. Objektif : Mewujudkan kemesraan dan kerjasama antara murid. Membentuk daya kreatif dan kemahiran murid serta meningkatkan keyakinan. Pelaksanaan: Guru membentuk 2 atau 3 kumpulan. Guru akan memanggil seorang wakil mengikut kumpulan dan memberikan satu perkataan (objek). Murid perlu melakarkan perkataan yang diterima dalam bentuk lukisan tanpa bercakap. Semasa wakil kumpulan melukis, ahli kumpulan perlu meneka. Guru perlu set masa 3 minit bermula wakil kumpulan melukis. Selesai 3 minit, maka ahli kumpulan tidak boleh meneka dan wakil kumpulan juga perlu berhenti melukis. Setiap soalan(objek yang diteka) betul, guru boleh berikan markah. Markah yang paling tinggi adalah pemenang. Guru meminta murid membuat rumusan dan guru juga memberitahu refleksi tentang objektif aktiviti ini dilaksanakan. Cadangan objek untuk dilukis: Mudah: Sederhana: Sukar: 1. Buku 1. Kuda 1. Hutan 2. Baju 2. Katak 2 Sampah 3. Pisang 3. Pencuri 3. Kabus 4. Kucing 4. Basikal 4. Getah 5. Lembu 5. Kek 5. Penipu 6. Layang-layang 6. Dalam 6. Menjerit 7. Epal 7. Cetek 7. Banjir 8. Cahaya 8. Garam 8. Hujan 9. Mulut 9. Gula 9. Cermin 10. Matahari 10. Bateri 10. Kain Modul Kumpulan: Pictionary


Alatan : Pen marker dan papan putih. Objektif : Mewujudkan kemesraan dan kerjasama antara murid. Membentuk daya kreatif dan kemahiran murid serta meningkatkan keyakinan. Pelaksanaan: Guru membentuk 2 atau 3 kumpulan. Guru akan beri satu huruf. Kemudian murid perlu fikirkan dengan huruf tersebut menjadi satu perkataan mengikut topik yang diberikan. Contoh: Huruf : A Topik : Negara Jawapan : Antartika Jawapan yang betul boleh diberikan markah. Markah yang paling tinggi adalah pemenang. Guru meminta murid membuat rumusan dan guru juga memberitahu refleksi tentang objektif aktiviti ini dilaksanakan. Modul : Dunia Huruf


Alatan : Pen marker dan meja. Objektif : Mewujudkan kemesraan dan kerjasama antara murid. Melatih fokus murid dalam sesuatu situasi. Pelaksanaan: Guru membentuk 2 kumpulan. Pilih 2 orang wakil murid dari setiap kumpulan. Di hadapan kelas sediakan 2 meja, dan setiap meja perlu ada sebatang marker pen. 2 orang wakil murid tersebut perlu duduk bertentangan dan mendengar arahan guru. Guru akan sebut anggota badan seperti kepala, bahu, lutut, mata, telinga dan murid perlu menyentuhnya. Tiba masa guru menyebut pen emas, murid perlu ambil pen marker yang berada di atas meja. Wakil murid yang dapat dahulu pen marker tersebut, dikira pemenang. Kumpulan yang paling banyak menang dalam satu permainan dikira pemenang keseluruhan. Guru meminta murid membuat rumusan dan guru juga memberitahu refleksi tentang objektif aktiviti ini dilaksanakan. Modul : Pen Emas


Alatan : Tiada Objektif : Melatih fokus murid dan daya saing murid dalam sesuatu situasi. Pelaksanaan: Guru minta pelajar berdiri dan bersedia. Murid perlu mendengar arahan guru, jika guru menyebut pendek, murid perlu buat gaya panjang, begitu sebaliknya, panjang murid perlu buat gaya pendek. Pada masa yang sama, guru juga boleh buat gaya tapi bagi mengelirukan murid iaitu dengan buat gaya mengikut apa yang di sebut. Murid yang silap buat gaya dikira kalah dan perlu duduk. Boleh ulang sehingga murid menjadi bilangan sedikit. Guru meminta murid membuat rumusan dan guru juga memberitahu refleksi tentang objektif aktiviti ini dilaksanakan. Ice Breaking : Panjang Pendek


Terimakasih!


Click to View FlipBook Version