KAMPUS TAWAU, KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN SEMESTER 3 TAHUN 1 NAMA : RIA PRATIWI BINTI JONO NO ANGKA GILIRAN : 2023052380019 NO KAD PENGENALAN : 880217-49-5138 KUMPULAN / UNIT : PDP (KDC) AMBILAN OKTOBER / PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KOD / NAMA KURSUS : PAKK2302D / SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH : MADAM ESTHER KWE CHOI LEAN JENIS TUGASAN : PORTFOLIO TARIKH HANTAR : 29 JULAI 2023
2
3 ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK........................... 6 1.2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN MENURUT TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON................................................................................................................... 7 2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 2.1 FAKTOR PERSEKITARAN ......................................................................................... 9 2.2 FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU .......................................................................... 11 2.3 LATAR BELAKANG KELUARGA .......................................................................... 11 3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAKKANAK 3.1 KEMAHIRAN SOSIAL............................................................................................. 14 3.2 KEMAHIRAN MENGENDALI EMOSI...................................................................... 14 3.3 KEMAHIRAN BERFIKIR ......................................................................................... 14 3.4 PENINGKATAN TINGKAH LAKU........................................................................... 15 3.5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN ........................................................................ 15 4.0 PERANAN GURU 4.1 GURU SEBAGAI ROLE MODEL ............................................................................ 17 4.2 MEMBENTUK NILAI MURNI................................................................................... 17 4.3 PERANCANG AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC) ........ 18 4.4 PENTAKSIR ............................................................................................................ 18 4.5 MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KELAS YANG KONDUSIF.............................. 19 5.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 5.1 AKTIVITI KANAK-KANAK 0 – 6 BULAN................................................................ 21 5.2 AKTIVITI KANAK-KANAK 6-12 BULAN................................................................. 22 5.3 AKTIVITI KANAK-KANAK 1-2 TAHUN................................................................... 24 5.4 AKTIVITI KANAK-KANAK 3-4 TAHUN................................................................... 25 5.5 AKTIVITI KANAK-KANAK 5 - 6 TAHUN................................................................. 28 6.0 RUMUSAN 7.0 RUJUKAN
4
5 1.0 PENDAHULUAN Proses perkembangan sosial berlaku apabila ada komunikasi dan interaksi kanak-kanak dengan orang lain. Ia termasuk kemahiran interpersonal, keyakinan diri, pembangunan diri dan kawalan diri. Emosi adalah perasaan yang ada pada diri manusia hasil daripada tindak balas terhadap situasi yang berlaku kepada individu. Perkembangan emosi kanak-kanak terjadi apabila mereka boleh memahami diri sendiri dan dapat menguruskan emosi mereka dengan baik. Kebolehan menggunakan emosi dengan baik dapat membantu meningkatkan keyakinan diri, berani dan berdikari. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak ditahap yang baik apabila mereka dapat menyesuaikan diri kepada orang di sekitar mereka dengan interaksi dan komunikasi yang baik. Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang terdekat dengan mereka seperti ibu bapa. Perwatakan daripada ibu bapa banyak memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku. Hubungan ini jelas dilihat apabila perubahan tingkah laku dan emosi kanak-kanak dipengaruhi oleh ekspresi emosi ibu bapa (Norly, 2010). Hal ini jelas dilihat bahawa persekitaran yang baik memberi kesan kepada pengawalan emosi dan tingkah laku yang positif. Tingkah laku kanak-kanak adalah berbeza dan masing-masing mempunyai karakter dan pembawakan diri yang berbeza. Tingkah laku yang positif seperti berkerjasama, tolong menolong, tidak mengganggu rakan akan memberi kesan kepada sosioemosi yang positif kanak-kanak begitu juga jika tingkah laku negatif ada pada diri kanak akan memberi kesan kepada emosi negatif seperti pemarah, panas baran, dendam dan benci. Tingkah laku yang negatif berlaku kepada kanak-kanak apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku penting untuk membantu kanak-kanak menguruskan emosi dan mampu mengelak daripada konflik berlaku.
6 1.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK Kanak-kanak akan mengalami perubahan perkembangan sosioemosi berdasarkan peringkat perkembangan umur mereka. Berikut adalah peringkat perkembangan sosioemosi kanakkanak: PERINGKAT 1 (0-1 TAHUN) Kematangan kanak-kanak dilihat apabila berumur 1 bulan. Bayi sudah mula belajar untuk bergantung dengan orang dewasa yang menjaga mereka. Mula menunjukkan emosi seperti gembira, sedih, takut dan marah kepada orang dewasa yang rapat dengan mereka. PERINGKAT 2 (1-2 TAHUN) Kanak-kanak sudah mula menunjukkan keinginan untuk menjadi diri sendiri dan meneroka persekitaran yang ada dekat mereka. Kanak-kanak sudah menunjukkan perasaan kecewa dan cemburu. PERINGKAT 3 (2-3 TAHUN) Bagi peringkat ini, kanak-kanak mula belajar berinteraksi dengan rakan sebaya dan memperolehi kemahiran sosial seperti bekerjasama dan berkongsi dengan rakan. Kanak-kanak juga pada peringkat ini mudah menunjukkan perasaan marah dan kecewa. PERINGKAT 4 (3-4 TAHUN) Peningkatan kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik pada peringkat ini, Mereka mula menunjukkan perasaan seperti malu dan rasa bersalah mereka. PERINGKAT 5 (4-5 TAHUN) Mereka mula untuk memahami dan memberi perhatian kepada perasaan orang lain. Mereka mula menunjukkan emosi mereka seperti perasaan takut dan bangga diri. PERINGKAT 6 (5-6TAHUN) Pada umur 5-6 tahun, kanak-kanak mula belajar untuk menyelesaikan konflik dan memahami perbezaan antara tingkah laku baik ataupun negatif. Mereka mula menunjukkan emosi seperti rasa hormat kepada orang lain dan percaya kepada diri mereka sendiri.
7 1.2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN MENURUT TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON Teori perkembangan sosioemosi yang diperkenalkan oleh Eric Ericson menekankan kepada hubungan sosial individu dengan persekitaran. Perkembangan sosial kanak-kanak dipengaruhi dengan persekitaran mereka dan memberi kesan kepada tingkah laku kearah positif dan negatif. Peribadi kanak-kanak akan dibentuk melalui kemahiran sosial yang ada pada diri mereka dan bagaimana mereka mengatasi konflik serta mengendalikan emosi. Erikson percaya manusia berpotensi untuk mencapai perkembangan psokologi yang sihat. Terdapat lapan tahap perkembangan Psikososial Erikson dan pada tahap pertama sehingga ketiga adalah memfokuskan kepada kanak-kanak 0-6 tahun. 1) Tahap 1 : Percaya Lawan Ketidakpercayaan (Lahir – 18 Bulan) Pada peringkat ini, bayi mempelajari dan membina kepercayaan samada orang dewasa yang boleh dijadikan tempat bergantung. 2) Tahap 2 : Autonomi Lawan Malu / Ragu (Umur 2-3 Tahun) Kanak-kanak bersifat individual dan bertindak secara autonomi. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 3) Tahap 3 : Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (3-6 Tahun) Kanak-kanak akan mengembangkan perasaan ingin tahu dan berinisiatif untuk cuba serta mula antara benar dan salah.
8
9 2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 2.1 FAKTOR PERSEKITARAN Perkembangan sosial kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran dimana mereka membesar. Kanak-kanak dipengaruhi oleh interaksi sosial yang ada disekitar seperti rakan sebaya, guru, sekolah dan juga media massa. Faktor persekitaran ini juga dilihat banyak membentuk jati diri kanak-kanak (Zakaria, Ahmad Munawar, & Noranizah, 2012). Persekitaran adalah apa yang ada disekeliling samada secara fizikal, sosial, emosi dan intelektual. Persekitaran kanak-kanak penting untuk membentuk personaliti dan kemahiran sosial mereka dan sekaligus meningkatkan perkembangan sosioemosi. Terdapat banyak faktor persekitaran yang kita boleh bincangkan adalah seperti: 2.1.1 Pengaruh Rakan Sebaya Rakan sebaya adalah rakan yang dikategorikan umur lebih kurang ataupun sama umur. Sosioemosi mereka banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya kerana sifat kanak-kanak yang mudah meniru perilaku orang lain. Perilaku dan tingkah laku kanak-kanak dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka (Rohayati, 2020) dan guru perlu membimbing kanak-kanak untuk menilai tingkah laku yang baik dan buruk untuk diteladani. Hal ini penting untuk membentuk peribadi kanak-kanak dengan baik. Manakala perkembangan sosioemosi kanak-kanak boleh dikembangkan dengan adanya interaksi sosial dengan rakan sebaya. Kanak-kanak berkomunikasi dan menjalin hubungan yang baik dengan rakan mereka. Pergaulan dan komunikasi dengan rakan sebaya membantu kanak-kanak untuk mempamerkan pelbagai jenis emosi dan mereka belajar untuk mengendalikan emosi yang sihat. 2.1.2 Guru dan Sekolah Guru adalah tanggak utama dalam membina tamadun bangsa dan budaya. Mereka juga adalah nadi bangsa bagi pembentukan peribadi kanak-kanak. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membentuk tingkah laku kanak-kanak dengan memberi pengajaran tentang etika pergaulan dengan orang lain dan mengendalikan emosi dengan baik. Guru boleh mengajar kanak-kanak cara menyelesaikan konflik yang berkesan dan
10 berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Kanak-kanak perlu diajar cara menghormati dan menghargai perbezaan sosiobudaya orang lain. Peribadi dan akhlak yang positif dari guru akan membantu kanak-kanak berasa selesa dan seronok di sekolah. Manakala sekolah adalah tempat untuk kanak-kanak menimba ilmu pengetahuan. Sekolah perlu memberi kemudahan lengkap dan kondusif untuk meningkatkan potensi kanak-kanak di masa hadapan kelak. Sekolah boleh mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak seperti pertandingan bercerita, pidato, puisi dan sajak bagi kanakkanak menyalurkan emosi yang mereka ada. Penglibatan aktif mereka di sekolah dapat memupuk sifat berani dan yakin diri dan sekaligus meningkatkan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku mereka. 2.1.3 Sumber Teknologi dan Pengaruh Media Massa Kanak-kanak banyak menggunakan sumber teknologi seperti gadjet dalam kehidupan seharian. Melalui teknologi, kemahiran yang ada dapat dikembangkan dan kanak-kanak dapat mengetahui banyak maklumat yang bergun. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan sumber teknologi yang berkualiti dan sihat bagi membentuk peribadi mereka. Mereka mudah dipengaruhi apa yang dilihat melalui media massa. Sebagai contoh, kanak-kanak menonton kisah-kisah yang memberi nilai murni akan memberikan kesan kepada peribadi mereka berbanding jika terdedah dengan kisah-kisah yang ganas akan mempengaruhi tingkah laku negatif daripada kanak-kanak. Oleh itu, pengawasan daripada orang dewasa penting agar kanak-kanak memilih kandungan media yang boleh memberi manfaat dan memaksimumkan penggunaan teknologi kearah yang betul sekaligus meningkatkan perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. 2.1.4 Pusat Ibadat Kanak-kanak dapat dibentuk sahsiah dan peribadi yang mulia jika sering mengunjungi pusat ibadat dan tinggal berdekatan dengan pusat ibadat. Kebanyakkan kanak-kanak yang rajin ke pusat ibadah mempunyai tingkah laku lebih baik berbanding dengan yang tidak pernah mengunjunginya.
11 2.2 FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU Setiap individu mempunyai kelebihan yang berbeza dengan yang lain samada dari segi fizikal, mental dan kecerdasan berfikir. Setiap individu adalah berbeza dari segi mengawal emosi dan bagaimana untuk mengubah tingkah laku yang ada pada diri. Perbezaan juga boleh dilihat melalui aspek sosial bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain. Kanak-kanak yang bersifat kearah extrovert akan lebih mahir bersosial dan mengawal emosi berbanding kanak-kanak jenis introvert. Guru perlu memahami setiap perbezaan yang ada pada kanakkanak agar dapat membimbing bagi meningkatkan perkembangan sosioemosi mereka. 2.3 LATAR BELAKANG KELUARGA 2.3.1 Sosiobudaya Keluarga Setiap ibu bapa mempunyai gaya asuhan yang berbeza keatas anak mereka dan ibu bapa perlu mempunyai ilmu dan kemahiran keibubapaan yang tinggi bagi mendidik dan membimbing anak mereka. Keprihatinan tentang anak mereka penting untuk membentuk sahsiah dan tingkah laku yang positif dalam diri kanak-kanak. Sebagai contoh, jika kanakkanak ingin membantu kerja-kerja dirumah dan ibu bapa memberi galakan dan pujian, maka kanak-kanak dapat membina jati diri dan nilai-nilai murni. Namun jika ibu bapa yang tiada kemahiran keibubapaan yang baik akan beranggapan kanak-kanak masih kecil dan tidak perlu untuk berbuat sedemikian dan seterusnya menghalang serta mengkritik apa yang kanak-kanak lakukan. Ia akan melunturkan semangat mereka dan mengakibatkan perbezaan sosioemosi dalam diri mereka. Menurut teori Eric Ericson, kanak-kanak berumur 5 sehingga 6 tahun mempunyai sifat naluri ingin meneroka dan jika ada halangan dan kritikan akan memberi kesan kepada tahap percaya diri mereka. 2.3.2 Sosioekonomi Keluarga Sosioekonomi merujuk kepada taraf ekonomi sesebuah keluarga. Keluarga yang mempunyai ekonomi yang kukuh dapat meningkatkan prestasi akademik kanak-kanak. Ibu bapa dapat memenuhi keperluan yang diperlukan kanak-kanak seperti kemudahan pendidikan dan makanan yang mencukupi untuk mereka. Keperluan ini sangat penting bagi meningkatkan kecerdasan kanak-kanak berbanding kepada golongan yang berpendapatan rendah. Tahap ekonomi yang kukuh juga penting bagi memenuhi keperluan kanak-kanak
12 membesar dan baik dan mereka dapat meluahkan pelbagai emosi yang positif dan tingkah laku yang baik. 2.3.3 Perhubungan Kanak-kanak dan Keluarga Sokongan dan perhatian daripada ibu bapa dan keluarga penting bagi kanak-kanak yang masih kecil. Perhubungan keluarga yang bahagia akan memberi rasa selesa dan selamat kepada kanak-kanak. Menurut teori pembelajaran Maslow, setiap individu memerlukan kasih sayang dan merasa dihargai. Ia penting bagi membantu kanak-kanak melahirkan pelbagai corak emosi dan tingkah laku yang positif. Ibu bapa bertanggungjawab untuk menunjukkan konsep diri yang positif dan nilai murni (Zakariah et.al, 2012) dihadapan anak-anak untuk membentuk mereka bertingkah laku yang positif.
13
14 3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAKKANAK Pelbagai aspek yang boleh dilihat memberi kesan kepada perkembangan sosioemosi dann tingkah laku kanak-kanak. Antara aspek yang boleh dibicarakan adalah seperti berikut: 3.1 KEMAHIRAN SOSIAL Perkembangan sosial penting untuk pembentukan hubungan kanak-kanak dengan orang yang ada disekeliling mereka. Melalui kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengendalikan emosi dengan baik kepada diri sendiri dan juga orang disekeliling. Emosi yang positif dalam diri akan membina sikap positif serta memupuk keyakinan diri kanak-kanak untuk bergaul dengan orang lain dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. 3.2 KEMAHIRAN MENGENDALI EMOSI Peningkatan kepada perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak memberi kesan kepada peningkatan mengendali emosi mereka. Kemahiran ini termasuk cara kanakkanak memahami, mengawal dan meluahkan emosi mereka. Kanak-kanak mampu untuk mengurus stress, memahami orang lain, dan seterusnya sebagai seorang pendengar yang baik kepada rakan mereka yang ada masalah. Kemahiran mengendali emosi yang ada pada diri membantu kanak-kanak untuk mengatasi stres dan mengelak konflik daripada berlaku. 3.3 KEMAHIRAN BERFIKIR Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran berfikir melalui interaksi sosial dengan orang lain. Melalui interaksi ini, kanak-kanak memahami perasaan dan cara berfikir dan perspektif orang lain. Kanak-kanak juga mengetahui cara menyelesaikan konflik yang ada secara bersama-sama dengan rakan. Melalui cara ini, ia akan membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis kanak-kanak.
15 3.4 PENINGKATAN TINGKAH LAKU Perubahan tingkah laku kanak-kanak dilihat semakin kearah positif dan memberi kesan baik kepada diri mereka sendiri dan implikasi perkembangan ini memberi perubahan yang baik kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak sebelum ini mempunyai tingkah laku negatif seperti mengganggu orang lain, namun jika mereka telah lebih memahami emosi dan tahu cara mengendalikan emosi dengan baik kesannya tingkah laku negatif ini tidak mungkin terjadi. Kanak-kanak secara keseluruhannya akan berubah tingkah laku yang lebih positif dengan adanya kemahiran mengendalikan emosi mereka. 3.5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN Kanak-kanak yang tahu mengendalikan emosi dengan baim akan cenderung untuk fokus kepada pembelajaran dan lebih cepat memahami apa yang diaajar oleh guru. Emosi yang stabil dan baik akan membantu kanak-kanak mengatasi konflik dan masalah yang mengganggu pelajaran mereka. Manakala jika kanak-kanak mempunyai tingkah laku yang positif didalam dikelas akan membantu kelancaran pembelajaran. Hal ini kerana guru tidak menghadapi gangguan tingkah laku daripada mereka dan ini akan meningkatkan kefahaman sepanjang sesi pembelajaran.
16
17 4.0 PERANAN GURU Guru memain peranan penting dalam menyokong perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Guru dapat membantu kanak-kanak untuk membina hubungan sosial bersama rakan sebaya dan orang dewasa serta meningkatkan keupayaan kanak-kanak bersosial dan mengembangkan kematangan emosi mereka. Guru memain pelbagai peranan penting dalam membentuk peribadi kanak-kanak. Berikut adalah antara peranan yang dimainkan oleh guru untuk meningkatkan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak 4.1 GURU SEBAGAI ROLE MODEL Pembentukan nilai murni dalam diri guru penting kerana kanak-kanak akan menjadikan guru mereka sebagai role model dan meniru sikap serta perilaku mereka. Peribadi dan kualiti yang ada pada guru sangat diperlukan untuk memberi contoh yang baik sebagai ikutan kanak-kanak. Kecekapan diri seorang guru akan memberi kesan positif kepada kanakkanak (Siti Zaharah et al, 2018). Kanak-kanak harus dididik untuk menunjukkan emosi yang positif seperti mempamerkan perasaan gembira, bangga, kagum, dan bersyukur. Selain itu, guru harus mengajar kanak-kanak cara menangani dan mengawal emosi negatif seperti marah, takut, malu, sedih, dan kecewa dengan cara yang lebih sihat. Peranan guru adalah untuk menjadi teladan dan menunjukkan sikap-sikap terpuji kepada kanak-kanak. Sebagai guru, kita harus memberi contoh yang baik dan memberi mereka peluang untuk menunjukkan kemahiran interaksi sosial dan kawalan emosi yang baik. 4.2 MEMBENTUK NILAI MURNI Guru memainkan peranan sebagai agen membentuk nilai murni dalam diri kanakkanak kerana kebanyakkan masa mereka berada di sekolah. Guru perlu mendidik dan mengajar kanak-kanak cara bersikap baik dan menghormati orang lain. Penerapan nilai murni perlu diamalkan dalam pembelajaran abad ke-21 (Siti Khadijah & Mohd. Isa, 2021) agar kanak-kanak bukan sahaja bijak akademik malah mempunyai sahsiah yang baik. Guru perlu menegur sekiranya terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh kanak-kanak. Penerapan nilai murni perlu ditekankan diperingkat kanak-kanak kerana sikap dan perilaku yang dilakukan kanak-kanak sekarang akan memberi kesan apabila melangkah ke alam dewasa kelak. Penerapan nilai murni juga boleh diajar kepada kanak-kanak semasa sesi
18 pembelajaran seperti bercerita. Guru boleh menyelitkan nilai-nilai murni yang perlu diikuti oleh kanak-kanak seperti cerita yang mereka dengar. Guru boleh memberi penekanan kepada kepentingan mempunyai tingkah laku dan emosi yang positif dalam diri kanak-kanak. 4.3 PERANCANG AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC) Guru haruslah bertanggungjawab sebagai fasilitator dan menyediakan rancangan pengajaran yang mempunyai objektif boleh diukur berdasarkan kurikulum prasekolah (KSPK, 2017). Pelbagai pendekatan pengajaran yang sesuai dan menyeronokkan serta kreatif (Nor Ilyanah, 2021) boleh diketengahkan oleh guru sepanjang sesi pengajaran. Sebagai contoh, kaedah pengajaran melalui bermain. seperti main peranan membantu meningkatkan sosioemosi mereka (Mohammad, Osman, & Aziz, 2021). Aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran sosial dan menyalurkan emosi yang pelbagai daripada kanak-kanak kerana bermain dapat melahirkan perasaan seperti gembira, sedih, takut, berani dan sebagainya. Guru perlu membina keyakinan dan kemahiran sosial serta komunikasi agar penyampaian pengajaran diterima oleh kanak-kanak sekaligus membina emosi dan tingkah laku kanakkanak menjadi positif. Beri peluang kanak-kanak mempamerkan emosi mereka dan beri bimbingan cara mengendalikan emosi mereka sepanjang sesi pengajaran. Guru juga boleh memberi motivasi seperti kata-kata pujian dan hadiah kepada emosi dan tingkah laku positif kanak-kanak. 4.4 PENTAKSIR Guru sebagai pentaksir adalah bertujuan sebagai penilai kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai instrument penilaian yang boleh diukur. Penilaian boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti pemerhatian,perbualan, borang penilaian kendiri dan interaksi dengan kanak-kanak di sekolah. Guru juga dapat mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak melalui Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-kanak (IPSK) melalui Model Miller (Athirah et.al, 2021) dan membantu guru membuat penilaian keatas kanak-kanak. Sebagai pentaksir, guru perlu memberi perhatian yang khusus kepada kanak-kanak dengan cara membangun hubungan sosial yang sihat dan menghormati emosi orang lain. Sebagai pentaksir, guru juga perlu memastikan peluang pembelajaran dan latihan yang mencukupi keseluruhan kanakkanak. Ini termasuk penglibatan aktif mereka dalam kumpulan, berpasangan, dan main peranan di dalam aktiviti kelas. Guru juga perlu menggalakkan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah secara sendiri agar dapat meningkatkan
19 kemahiran sosioemosi seperti pengurusan konflik, komunikasi yang berkesan, dan emosi yang seimbang. 4.5 MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KELAS YANG KONDUSIF Guru berperanan menyediakan persekitaran kelas yang kondusif untuk membantu perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Hal ini dapat membantu kanakkanak berasa selesa dan selamat apabila bersama guru. Persekitaran pembelajaran yang kondusif juga dapat menggalakkan penglibatan aktif mereka di dalam kelas dan meningkatkan kemahiran sosial antara kanak-kanak dengan guru dan kepada rakan sebaya. Ia juga dapat membantu dalam pembentukan emosi dan sekaligus membentuk tingkah laku yang positif. Kanak-kanak akan berasa selesa untuk berinteraksi dan membentuk hubungan yang positif di kelas samada dengan guru ataupun rakan sebaya. Persekitaran yang kondusif ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dan mereka boleh menunjukkan motivasi yang tinggi kepada pembelajaran di kelas. Persekitaran yang kondusif ini juga membantu kanak-kanak untuk percaya dengan diri sendiri dan peranan guru sebagai pembimbing kepada peningkatan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak.
20
21 5.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK Pelbagai aktiviti yang kita boleh lakukan untuk membantu meningkatkan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak, Aktiviti bermain dikatakan cara kanak-kanak belajar secara semulajadi. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor melalui terapi bermain (Siti Nur Aisyah & Suziyani, 2021). Kanak-kanak lebih mudah memahami pembelajaran dengan adanya penglibatan aktif mereka semasa sesi pembelajaran. Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh digunakan untuk menyokong perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. 5.1 AKTIVITI KANAK-KANAK 0 – 6 BULAN Nama Aktiviti : Bermain Kerincing Bayi mulai belajar daripada bunyi yang ada disekitarnya. Bermain kerincing bersama bayi dapat meningkatkan perkembangan kognitif bayi. Kerincing haruslah diperbuat daripada bahan yang tidak keras dan membahayakan bayi. Kerincing diperbuat dari kayu, plastik atau kain dan selalunya menggunakan warna yang cerah untuk menarik minat bayi bermain. Guru boleh menggunakan kerincing untuk melihat perkembangan deria bayi juga dengan cara menggerakkan kerincing dan bayi akan mencari bunyi tersebut. Aktiviti ini juga membantu meningkatkan perkembangan emosi bayi seperti rasa gembira dan teruja. Bayi akan berasa seronok untuk mencari bunyi kerincing dan seterusnya ingin memegang dan bermain. Aktiviti ini membantu meningkatkan otot-otot jari bayi semasa melakukan aktiviti. 5.1.1 LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI Guru menyediakan alat bahan seperti kerincicng sebelum memulakan aktiviti. Guru menggunakan kerincing untuk menghasilkan bunyi untuk menarik minat bayi. Guru boleh menggunkaan kerincing untuk melihat perkembangan deria bayi dengan cara menggerakkan kerincing ke kiri dan kanan dan akan membuatkan bayi mencari kearah bunyi tersebut. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan bayi senasa bermain aktiviti. Guru perlu menggerakkan kerincing bagi melahirkan emosi bayi terhadap bunyi yang didengarkan. Aktiviti akan diulang sehingga semua bayi di dalam kelas telah mengikuti aktiviti dengan baik.
22 5.1.2 IMPLIKASI AKTIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK • Aktiviti ini juga membantu meningkatkan perkembangan emosi bayi seperti rasa gembira dan teruja • Bayi akan berasa seronok untuk mencari bunyi kerincing dan seterusnya ingin memegang dan bermain. • Aktiviti ini membantu meningkatkan otot-otot jari bayi semasa melakukan aktiviti. Rajah 1.0 Bayi memegan kerincing semasa bermain Sumber: Tadika Taska Cendekiawan Ceri 5.2 AKTIVITI KANAK-KANAK 6-12 BULAN Nama Aktiviti : Ball in Spider Web Aktiviti ini adalah aktiviti permainan yang dapat merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Pelaksanaan aktiviti dengan cara guru meletakkan bola dilantai dan galakkan bayi untuk melekat pada “spider web”. Bayi akan teruja untuk mendapatkan boleh dan ini akan membantu melahirkan pelbagai jenis emosi seperti gembira, berani, teruja dan menguatkan daya usaha bayi untuk melekat bola. Aktiviti ini juga membantu bayi untuk menerima arahan mudah dari guru dan memahami peraturan permainan. Ia juga dapat menggalakkan interaksi antara bayi dan guru dan seterusnya meningkatkan kemahiran sosial bayi.
23 5.2.1 LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI Bagi memulakan aktiviti, guru perlu menyediakan alat bahan seperti bola dan solotep. Pelaksanaan aktiviti dengan cara guru perlu meletakkan bola di lantai dan galakkan bayi untuk melekat pada “spider web”. Bayi akan bergerak kearahah bola untuk melekatkan pada “spder web”. Bayi akan diberi bimbingan dan dorongan kepada bayi untuk bersemangat untuk melakukan aktiviti sehingga berjaya. Aktiviti diulang sehingga bayi selesai melekat kesemua bola yang diambil pada “spider web”. 5.2.2 IMPLIKASI AKTIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK • Bayi akan teruja untuk mendapatkan bola dan ini akan membantu melahirkan pelbagai jenis emosi seperti rasa gembira, berani, dan teruja dan dapat menguatkan daya usaha bayi untuk melekatkan bola. • Aktiviti membantu bayi untuk menerima arahan mudah dari guru dan memahami peraturan permainan. • Aktiviti juga dapat menggalakkan interaksi antara bayi dan guru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial bayi. Rajah 1.1 : Bayi berusaha untuk melekatkan bola pada “spider web” Sumber: Facebook Taska Umi Amal
24 5.3 AKTIVITI KANAK-KANAK 1-2 TAHUN Nama Aktiviti : Mari Main Masak-Masak Permainan masak-masak membantu kanak-kanak meningkatkan emosi dalam pelbagai cara seperti kanak-kanak dapat mengekspresikan diri dan bercerita dengan rakan apa yang mereka sukai ataupun tidak. Kanak-kanak juga dapat melahirkan pelbagai jenis emosi seperti gembira, teruja, kecewa dan marah. Kanak-kanak mungkin akan berasa marah apabila apa yang diinginkan tidak tercapai semasa aktiviti. Menurut teori Ericson, kanak-kanak pada tahap autonomi (lawan malu / kekeliruan) lebih gemar untuk membuat sesuatu tanpa bergantung orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak tidak ingin bermain bersama rakan dan tugas guru untuk membimbing mereka menanam sifat berkerjasama dan tolak ansur dengan rakan dan seterusnya mengendalikan emosi dengan baik. Aktiviti juga membantu kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran sosial seperti berinteraksi bersama guru dan rakan sebaya dan sekaligus dapat memperbaiki tingkah laku yang positif. 5.3.1 LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti dimulakan dengan guru menyediakan alat bahan permainan masak-masak kepada kanak-kanak. Guru akan menerangkan alat bahan aktiviti sebelum kanak-kanak bermain. Kanak-kanak akan diminta untuk bekerjasama untuk melakukan aktiviti masakmasak bersama rakan. Galakkan kanak-kanak untuk tidak bermain sendirian. Semasa bermain, guru akan bersoal jawab masakan yang dimasak oleh kanak-kanak. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran interaksi dan berfikir kanak-kanak semasa menjawab soalan yang ditanyakan guru. Beri bimbingan kepada kanak-kanak untuk melahirkan emosi semasa aktiviti dijalankan. 5.3.2 IMPLIKASI AKTIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK • Menanam sifat Kerjasama dan tolong menolong semasa aktiviti bermain masakmasak. • Melahirkan pelbagai emosi kanak-kanak semasa melakukan aktiviti dan belajar untuk menangani konflik.
25 • Aktiviti juga membantu kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran sosial seperti berinteraksi bersama guru dan rakan sebaya dan sekaligus dapat memperbaiki tingkah laku yang positif mereka. Rajah 1.2 Kanak-kanak sedang bermain aktiviti “masak-masak” bersama rakan Sumber: Facebook Taska Ceri 5.4 AKTIVITI KANAK-KANAK 3-4 TAHUN Nama aktiviti : Mari Bermain Buih Sabun Penerangan aktiviti: Nama Pendidik Ria Pratiwi Binti Jono Minggu; Tarikh: 17/06/2023 Hari: Isnin Masa:10.30 pagi Umur: 4 Tahun Bil.Kanak-kanak; 6 orang Tema Deria Tajuk Mari Bermain Buih Sabun Bidang Perkembangan Utama Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (SSEK) Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak sudah mengenal buih sabun Objektif Pembelajaran 1) Kanak-kanak dapat merasa gembira ketika meniup buih sabun (SSEK).
26 2) Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus dengan memegang peniup buih dengan jari, membuka dan memegang botol buih sabun (F). Bahan-bahan Botol buih sabun Tempat / Ruang Aktiviti Luar Taska Langkah-langkah Aktiviti 1) Pendidik membawa kanak-kanak ke luar kawasan taska. 2) Pendidik membawa kanak-kanak mencuci tangan sebelum memulakan aktiviti 3) Pendidik menerangkan dan menunjuk cara bermain buih sabun kepada kanak-kanak. 4) Pendidik meminta kanak-kanak sentiasa menjaga keselamatan sepanjang aktiviti dilakukan supaya tidak berlanggar dengan rakan lain. 5) Kanak-kanak akan memegang dan membuka peniup buih menggunakan jari bagi meningkatkan kemahiran motor halus mereka. 6) Pendidik memberi peluang kepada semua kanak-kanak untuk bermain dengan gembira. 7) Pendidik memberi bimbingan dan jika perlu kepada kanakkanak yang masih belum boleh meniup buih dengan betul. 8) Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana telah bermain dengan baik. 9) Pendidik meminta kanak-kanak mengemas peralatan setelah aktiviti selesai. 10) Pendidik mengakhiri aktiviti dengan meminta kanak-kanak mencuci tangan. 11) Pendidik mengucapkan terima kasih. Perhatian 1) Pastikan ruang luar Taska dalam keadaan selamat untuk menjalankan aktiviti. 2) Pastikan semua kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti dan pastikan bahan yang digunakan tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Refleksi 1) Sebelum: Pendidik menyediakan objektif pengajaran. 2) Semasa: Kanak-kanak seronok dan gembira sepanjang aktiviti pengajaran.
27 3) Selepas: Apabila ada tindak balas dari kanak-kanak sepanjang aktiviti, pendidik membuat perancangan untuk mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar yang lain pada aktiviti seterusnya. Cadangan Penambahbaikkan Guru boleh melahirkan emosi kanak-kanak semasa bermain dengan menggunakan pelbagai alat botol buih untuk menimbulkan rasa seronok dan teruja kanak-kanak. 5.4.1 IMPLIKASI AKTIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK • Kanak-kanak dapat melahirkan perasaan soronok dan gembira sepanjang aktiviti pembelajaran dijalankan. • Dapat membina perasaan berani mencuba dan yakin diri kanak-kanak. • Aktiviti juga membantu kanak-kanak berinteraksi dengan rakan dan meningkatkan kemahiran sosial yang ada. • Aktiviti yang dijalankan juga memberi kanak-kanak peluang untuk meneroka emosi mereka melalui aktiviti permainan. • Aktiviti sekaligus dapat membimbing kanak-kanak untuk sentiasa bersikap baik dan tingkah laku positif dalam diri. Gambar Aktiviti 3 – 4 Tahun Rajah 1.3 : Kanak-kanak berusaha untuk meniup buih sabun
28 Rajah 1.5 : Kanak-kanak berasa seronok dan teruja bermain buih sabun. Sumber : Taska sendiri - Taska Kemas Taman Sg. Labuk Beluran 5.5 AKTIVITI KANAK-KANAK 5 - 6 TAHUN Nama aktiviti: Jom Kenal Emosi Saya Penerangan aktiviti: Tajuk / Tema Kenali Emosi Diri Tarikh 18 Julai 2023 Tunjang Utama Keterampilan Diri Standard Kandungan KD 1.1 Mengenali dan menguruskan emosi diri. Standard pembelajaran KD 1.1.1 Mengenalpasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut dan marah. KD 1.1.3 Menyatakan emosi mengikut situasi. Kesepaduan Tunjang F.K 1.1 Meneroka pelbagai aktiviti yang melibatkan motor halus Objektif Pembelajaran 1. Menyatakan dua daripada empat jenis emosi diri seperti gembira, sedih, takut dan marah. 2. Mewarna dan menggunting gambar emosi.
29 Pengetahuan sedia ada Kanak-kanak pernah mengalami perasaan gembira, sedih, takut dan marah. Kemahiran Berfikir (KBAT) Menjana idea, Menghubung kait Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Nilai Murni Penerapan Nilai Penghargaan Bekerjasama, mematuhi arahan dan berdisiplin Bahan Bantu Mengajar (BBM) Kotak misteri, Kad Gambar Emosi, Lembaran kerja mewarna, gunting, warna Fokus Ml Kinestatik, Verbal Linguistik, Interpersonal Kosa Kata Gembira, sedih, takut dan marah. Masa / Fasa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan/Bahan (Set Induksi) 9.50 - 9.54 pg (4 Minit) Pengenalan mengenai emosi kepada murid Bersoal jawab emosi murid 1) Murid berkumpul diruang aktiviti. 2) Guru memulakan aktiviti dengan menunjukkan kotak misteri. 3) Kotak misteri diedarkan dan kanak-kanak meneka apa yang ada didalam kotak. 4) Guru mengaitkan kotak misteri yang mengandungi kad gambar emosi dengan denga isi pelajaran yang ingin diajar. 5) Guru bertanya perasaan dan emosi kanak-kanak pada hari ini sebelum memulakan aktiviti. BBM: -Kotak Misteri, Kad gambar Nilai : Berdisiplin KB: Menghubungkait Langkah 1 9.54 - 10.02 pg (8 Minit) Mengenal emosi diri melalui kad gambar dan melalui situasi yang diberi guru. 1) Guru mengarahkan seorang murid untuk tampil kehadapan dan mencari kad gambar emosi yang sesuai BBM: -Kad gambar emosi Nilai:
30 berkaitan situasi yang diberi. 2) Murid menunjukkan mimik muka mengikut situasi dengan betul. 3) Guru menerangkan jenis emosi melalui kad gambar yang ada. Mematuhi arahan KB: Menjana idea Ml: Verbal linguistik, Interpersonal Langkah 2 10.02-10.10 pg (18 minit) Memberi latihan pengukuhan berkaitan konsep emosi 1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2) Setiap kumpulan akan diberi lembaran kerja emosi yang berlainan dan diminta untuk mewarna. 3) Murid akan menggunting lembaran kerja setelah siap diwarna. 4) Murid akan membuat mimik muka mengikut kad emosi yang siap digunting. 5) Setiap kumpulan akan menunjukkan hasil kerja mereka. BBM: -Lembaran kerja, gunting, warna Nilai: Kerjasama, disiplin KB: Menjana Idea Ml: Kinestatik, Verbal linguistik, Interpersonal Penutup 10.11 – 10.15 pg (4 minit) Membuat rumusan dan penilaian aktiviti pengajaran hari ini 1) Guru bertanya murid apa yang mereka pelajari. 2) Guru mengajak murid menyanyi lagu “Kalau Rasa Gembira” diiringi dengan muzik. 3) Murid bersama guru membuat rumusan pembelajaran. KB: Menghubungkait Nilai: Bekerjasama, mematuhi arahan, berdisiplin Ml: Verbal linguistik
31 4) Guru memberi peneguhan seperti ganjaran “sticker” selepas selesai aktiviti. 5) Guru mengucapkan tahniah kepada semua kanak-kanak. Refleksi 1) Sebelum: Guru menyediakan objektif pengajaran. 2) Semasa: Guru melaksanakan aktiviti secara kumpulan 3) Selepas: Guru membuat perancangan bagi BBM aktiviti seterusnya yang lebih menarik. Penambahbaikkan Guru boleh mempelbagaikan alat bahan semasa aktiviti dilaksanakan untuk melahirkan emosi yang pelbagai dalam diri kanak-kanak seperti menggunakan video yang menunjukkan emosi gembira, sedih, takut dan marah. 5.5.1 IMPLIKASI AKTIVITI TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK • Kanak-kanak dapat mengenal pelbagai jenis emosi yang ada. • Kanak-kanak dapat berkerjasama untuk melaksanakan tugasan dan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. • Aktiviti membantu kanak-kanak memahami emosi dan menyesuaikan emosi diri pada situasi yang diberikan guru. • Aktiviti juga membantu kanak-kanak membeza jenis perasaan seperti gembira, sedih, takut dan marah. • Membentuk tingkah laku positif seperti mendengar arahan dan fokus kepada pembelajaran yang dijalankan.
32 Gambar Aktiviti 5 – 6 Tahun Rajah 1.6 : Kanak-kanak menunjukkan emosi sendiri mengikut kad emosi yang diperolehi semasa set induksi Rajah 1.7 : Kanak-kanak mewarna dan menggunting lembaran kerja kad emosi
33 Rajah 1.8 : Kanak-kanak menunjukkan hasil kerja yang telah siap. Rajah 1.9 : Kanak-kanak menujukkan mimik muka mengikut kad emosi yang siap dihasilkan. Rajah 2.0 : Hasil kad emosi yang dihasilkan kanak-kanak Sumber: Tabika Kg. Rampek Beluran
34
35 6.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, peningkatan pengendalian emosi dan tingkah laku kanak-kanak penting untuk membantu kanak-kanak membina peribadi dan karakter diri yang lebih baik. Faktor persekitaran dilihat banyak memberi kesan kepada perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Hal ini menjelaskan bahawa tugas mengembangkan potensi diri kanak-kanak bukan sahaja terletak kepada guru dan sekolah tetapi semua pihak perlu terlibat terutama keluaga kanak-kanak iaitu ibu bapa mereka sendiri. Guru sebagai modelling dimana mereka belajar melalui peniruan tingkah laku dan peranan guru untuk menunjukkan tingkah laku yang baik dan memberi teladan kepada kanak-kanak. Selain itu, penting untuk guru dan ibu bapa untuk memberi sokongan kepada perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak dengan memberi kepercayaan, kasih sayang dan memahami kanak-kanak dengan baik. Setiap kanak-kanak adalah berbeza perkembangan termasuklah perbezaan emosi dan tingkah laku mereka. Penting untuk menghormati perbezaan yang ada pada individu agar dapat mengembangkan lagi potensi diri mereka. Hal ini berkait dengan falsafah Pendidikan yang menekankan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
36
37 7.0 RUJUKAN Athirah, Z. A., Nor Mashitah, M. R., Hamsa Hameed, A., & Putri Afzan Maria, Z. (2021). Kesahan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) Menggunakan Model Miller. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Vol.10, ISSN 2289- 3032, 118-131. Mohammad, S. A., Osman, Z., & Aziz, A. N. (2021). Perkembangan Sosioemosi KanakKanak Melalui Aktiviti Main Peranan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Peringkat Prasekolah: Children’s Socioemotional Development through Role Play Activity in Teaching and Learning at Preschool Level. Jurnal Pendidikan Awal Kanakkanak Kebangsaan, Vol.10 (2),, (47-60). Nor Ilyanah, O. (2021). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kepentingan Pembelajaran Sosioemosi Kanak-kanak. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021 (ICoMM 2021). Norly, J. (2010). Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak dan Ekspresi Emosi Ibu Bapa. International Conference on Teacher Education: Join Conference UPI & UPSI Bandung Indonesi. Nur Amira, I., & Suhaiza, S. (n.d.). Perkembangan Sosio-EMosi. Rohayati, J. (2020). Persekitaran Yang Membentuk Modal Insan Dalam Novel Kanak-Kanak. MANU 31(1), 97-119 E-ISSN 2590-4086. Siti Khadijah, M. K., & Mohd. Isa, H. (2021). Penerapan Elemen Nilai Murni dan Etika Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. International Journal of Advanced Research In Islamic Studies and Education Arise, Universiti Kebangsaan Malaysia, e-ISSN 2785-9088. Siti Nur Aisyah, A. R., & Suziyani, M. (2021). Pelaksanaan Aktiviti Terapi Bermain Di Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 3. No 1, Universiti Kebangsaan Malaysia, e-ISSN: 2682-826X, 213-221. Siti Zaharah, A., & al, e. (2018). Efikasi Diri Guru Dalam Menangani Kanak-Kanak Agresif di Pra-Sekolah: Satu Kajian di Negeri Kedah Darul Aman. Jurnal of Education and Social Science. 9(2). ISSN 2289-9855. Zakaria, S., Ahmad Munawar, I., & Noranizah, Y. (2012). Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri : (Social Environmental Factors and Their Relation to Identity Formation). Jurnal Hadhari Special Edition, Universiti Kebangsaan Malaysia, 155-172.