The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seks bebas dan kes seksual remaja.
Kerosakan masalah sosial yang melibatkan maruah diri remaja
dan keluarga dan kesannya dalam masyarakat.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosilawati Salihan, 2021-02-15 02:38:59

KESAN BURUK SEKS BEBAS

Seks bebas dan kes seksual remaja.
Kerosakan masalah sosial yang melibatkan maruah diri remaja
dan keluarga dan kesannya dalam masyarakat.

SEKS BEBAS

Pendahuluan

Salah satu masalah yang remaja yang merunsingkan di
Malaysia adalah masalah seks bebas dan kes seksual remaja.
Kerosakan daripada masalah ini melibatkan maruah diri remaja
dan keluarga mereka dalam kalangan masyarakat. Terdapat
banyak implikasi seks bebas dalam kehidupan remaja. Hal ini
jika tidak ditangani lebih awal akan menjadi lebih teruk dengan
berlakunya kes sosial yang tinggi seperti pembuangan bayi,
penularan jangkitan HIV/AIDS dan kemusnahan masa depan
remaja.

01 01
02
Apa itu 03
Seks 04
05
Bebas? 06

 Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada 01
ikatan perkahwinan atau perbuatan zina termasuk 02
dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. 03
04
 Selain perkataan seks bebas, seks rambang, seks 05
luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua 06
itu adalah perlakuan zina yang membawa maksud
hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum
syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar
nikah.

 Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi, seks haram
adalah bentuk seks yang tidak dibenarkan oleh
institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan
melibatkan pasangan kekasih yang cenderung
melakukannya sebelum mempunyai ikatan sah
sebagai suami isteri.

02 01
02
03
04
05
06

➢Kajian yang telah dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan 01
Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan remaja adalah amat 02
memeranjatkan: di mana didapati 24 peratus dari kalangan remaja 03
berusia 13-19 tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks 04
manakala 80 peratus daripada remaja berusia 13-18 telah terdedah 05
kepada bahan-bahan lucah termasuk lebih kurang 50 peratus dari 06
remaja 13-15 tahun mengaku membaca buku lucah dan 44 peratus
pernah melihat bahan lucah seperti majalah dan video.
Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 53,309
`anak tak sah taraf' telah didaftarkan dalam tempoh 1999 hingga 2001.
Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula mendapati bilangan pelajar yang
terbabit dengan gejala bunuh seperti jenayah dan maksiat semakin
meningkat. Ini berdasarkan kes kemasukan baru ke sekolah akhlak dan
asrama kelolaan jabatan itu, contohnya seramai 675 remaja
dimasukkan ke sekolah akhlak JKM Tunas Bakti.

03 01
02
03
04
05
06

01 Pengaruh negatif 04 Kurang pengawasan
media massa ibu bapa

02 Tahap iman yang Gaya hidup sosial yang
lemah
05 berunsurkan budaya

Barat

03 Kurang didikan agama 06 Kesilapan memilih
dan moral kawan

04 01
02
Kesan 03
Seks 04
Bebas 05
06

Mendatangkan Penyakit 01
02
❑ Menyebabkan penyakit 03
kelamin seperti 04
Gonnorhoe (kencing 05
bernanah), herpes, 06
sifilis, genitalis,
trikomonas dan
sebagainya.

❑ Menyebabkan penularan
penyakit hiv dan aids

Terlibat dengan pelacuran 01

❑ Aktiviti seks bebas 02
jika tidak dibendung 03
boleh mengundang 04
kepada kancah 05
pelacuran.

❑ Individu bebas bergaul 06
dan bertukar pasangan
untuk melakukan
aktiviti seks.

Gangguan Jiwa 01
02
❑ Kurangnya didikan 03
agama menyebabkan 04
seseorang terjerumus 05
dalam gejala seks 06
bebas sekaligus
membawa kepada
kekosongan jiwa. Ini
juga mengakibatkan
berlakunya penyakit
mental seperti
depression.

Perkahwinan usia muda 01
02
❑ Kegiatan seks bebas 03
membawa segelintir remaja 04
untuk berkahwin pada usia 05
muda. 06

❑ Kebanyakannya memberi
alasan untuk mengelakkan
berterusan melakukan dosa.
Namun sebaliknya ramai
yang mengalami kegagalan
rumah tangga setelah
berkahwin pada usia muda.

Masa D depan H hancur 01
02
❑ Kegiatan ini menyebabkan 03
remaja perempuan 04
mengandung dan tidak 05
dapat meneruskan 06
persekolahan.

❑ Keadaan ini akan
menyebabkan lebih ramai
anak tidak sah taraf
atau anak luar nikah
dilahirkan. Ini akan memberi
stigma yang buruk
terhadap individu yang
mempunyai anak luar nikah.

Kes Pembuangan Bayi Meningkat 01
02
❑ Seks bebas akan menyebabkan 03
remaja mengandung tanpa 04
berkahwin. 05
06
❑ Keadaan ini mendorong
remaja terbabit mengambil
jalan singkat dengan
membuang bayi tersebut
kerana bimbang diketahui oleh
kedua ibu bapa atau
masyarakat.

❑ Ini sekaligus meningkatkan kes
pembuangan bayi di negara
kita.

05 01
02
Cara 03
Mengatasi 04
05
06

D idikan Awal Ibu Bapa 01
02
Sejak kecil lagi , ibu bapa 03
wajib memberikan sepenuh 04
perhatian kepada anak anak, 05
dari segi 06
1. Ilmu agama
2. Pertuturan dan bahasanya
3. D engan siapa dia berkawan
4. Aktiviti harian anak-anak
5. Makanan dan minuman yang
di ambilnya, mestilah halal dan
sihat.
6. Mengawal pergerakan anak-
anak.

Memilih Kawan yang Tepat 01
02
Kebanyakan isu negatif yang 03
berlaku berpunca daripada 04
pengaruh rakan. D alam hal ini 05
remaja perlu bijak memilih rakan 06
agar tidak terjebak dalam
aktiviti negatif dan boleh
merosakkan masa depan.
Berani mengatakan TID AK
kepada rakan sekiranya diminta
melakukan perkara yang dilarang.
Bergaul dengan rakan yang
sama jantina bagi mengelakkan
unsur fitnah.

Elakkan Berpasangan Bercinta 01
02
▪ Pada peringkat remaja, perkembangan 03
fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring 04
dan secara tidak langsung menyebabkan 05
wujud perasaan ingin berpasangan. 06

▪ Namun begitu, perlu difahami oleh remaja
bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan
untuk pelajaran bagi memastikan peluang
yang lebih baik di masa hadapan.

▪ Sebagai contoh, mempunyai teman wanita
atau teman lelaki akan menyebabkan
pemikiran remaja banyak tertumpu kepada
hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan
tumpuan kepada pelajaran.

▪ Selain itu, dibimbangi juga hubungan
tersebut sampai ke peringkat yang
melampaui batas pergaulan seperti
hubungan seks luar nikah serta
mengandung.

Kawalan Terhadap Media Sosial 01
02
▪ Seperti yang diketahui, dunia tanpa 03
sempadan pada hari ini menyebabkan 04
semua maklumat yang tidak ditapis mampu 05
sampai kepada pengetahuan remaja. 06

▪ Nilai etika, moral, budaya serta ideologi
perlu ditapis sendiri oleh remaja
sedangkan pengetahuan mereka adalah
terbatas dan kemahuan untuk meneroka
perkara-perkara baru adalah sangat
tinggi.

▪ O leh yang demikian, kawalan terhadap
maklumat yang boleh diakses oleh remaja
amat perlu. Sebagai ibubapa dan guru,
peranan sebagai individu yang terdekat
dengan remaja perlu digunakan sebaik
mungkin untuk menerapkan kesedaran
kepada remaja untuk menjauhi portal-
portal media yang memberi pengaruh
negatif kepada fikiran dan emosi.

Membentuk Karakter D diri yang Positif 01
02
▪ Pembentukan karakter 03
manusia yang positif 04
sangat diperlukan agar ia 05
dapat menjadi peribadi 06
yang kuat dan berpendirian
kukuh.

▪ remaja yang positif mampu
mengendalikan dirinya ke
arah yang lebih baik
serta teguh berpegang
pada prinsip hidup.

Gaya Sosial Y yang Sihat 01
02
▪ Kebanyakan remaja menjadikan 03
pusat hiburan seperti disko 04
sebagai satu gaya sosial mereka. 05
Ini akan mengundang kepada 06
aktivti seks bebas di mana
terdapat penggunaan ubat
terlarang di premis hiburan yang
menyebabkan remaja terpedaya
dan akhirnya terlibat dalam
kancah seksual.

▪ Sebaliknya jika remaja
mengamalkan gaya sosial yang
baik, ia bukan sahaja dapat
membina keyakinan diri seseorang
sebaliknya meningkatkan kualiti
hidup remaja ke arah yang lebih.

Terima 01
KasihDo you have any questions? 02
03
[email protected] 04
+91 620 421 838 05
06
yourcompany.com

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icon by Flaticon, and infographics

& images from Freepik
Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version