The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosilawati Salihan, 2021-01-25 10:51:03

5 tips pilih aliran

5 tips pilih aliran

5 TIPS
MEMILIH ALIRAN

YANG SESUAI
BAGI

MURID
TINGKATAN

EMPAT

1) ARAS PENCAPAIAN

Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau
keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) calon PT3
2020 boleh digunakan sebagai kayu pengukur bagi

setiap murid Tingkatan Empat.
Jika anda berminat dalam aliran Sains, pencapaian
subjek Sains dan Matematik perlu diberi perhatian. Ini
sangat penting bagi memudahkan anda meneruskan

aliran ini.

2) KENAL PASTI MINAT DAN POTENSI

Bagi memilih aliran sama ada Sains, Sastera atau
sebagainya perlulah berdasarkan minat dan
kemampuan diri. Boleh rujuk Guru Kaunseling

berdasarkan Pentaksiran Psikometrik Inventori Minat
Kerjaya 2.0 dan Inventori Kecerdasan Pelbagai yang

telah dijalankan ketika di Tingkatan Tiga.
Bagaimanapun, dengan minat sahaja tidak mencukupi

kerana ia perlu selari dengan pencapaian dan
kemampuan anda dalam subjek berkenaan.

3) UKUR KEMAMPUAN DIRI

Muhasabah diri menilai kemampuan diri anda untuk
belajar bagi dua subjek iaitu Sains dan Matematik.

Kalau kebiasaannya anda berdepan kesukaran
untuk belajar dan sentiasa mendapat markah yang
rendah atau kurang memuaskan, maka anda perlu

membuat pertimbangan sebaiknya

4) SENTIASA BERTANYA

Sebagai pelajar, janganlah ada sifat malu
untuk bertanya.

Bertanyalah kepada Guru Kaunseling anda
atau guru-guru mata pelajaran untuk mengetahui

tentang maklumat terkini.
Boleh juga mencari maklumat di internet.
Namun pastikan maklumat yang diterima

adalah sahih dan terkini

5) MEMOHON PETUNJUK

Selepas segalanya telah diusahakan,
haruslah berserah dan memohon pertolongan
daripada Allah SWT agar diberi petunjuk dan

dipermudahkan segala perancangan anda.
Solat Istikharah boleh dilakukan apabila seseorang
itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau

menentukan apa yang terbaik.

Daripada : UBK SMK SEKSYEN 9,
SHAH ALAM


Click to View FlipBook Version