FIQH
KAEDAH FIQH DAN APLIKASI DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
الأمور
بمقاصدها
اليقين لا يزول
با لشاك
PENGHARGAAN
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak yang menolong dan memberi
kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan kerja e-
majalah ini.
Terlebih dahulu kami bersyukur kepada Tuhan kerana
dengan izin-Nya, kerja e-majalah ini dapat disiapkan tepat
pada masanya. Dalam menyiapkan e-majalah ini kami mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik
Hanafi bin Jusoh kerana telah banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, kami juga ingin mengucap terima kasih kepada
kawan-kawan kami kerana telah membantu kami menyiapkan
kerja Kursus ini tepat pada masanya. Dan juga kepada ahli
kumpulan yang memberi kerjasa yang sangat baik semasa
membuat e-majalah ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan
kami membuat kajian. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kerana telah memberi tujuk ajar, kerjasa dan dorongan yang
diberikan untuk membolehkan kami Berjaya menyiapkan kerja
kursus e-majalah dengan jayanya.
rumusan
Berdasarkan kaedah tersebut, kesusahan ini juga
menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu
membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan
memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan.
Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan
musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab
keringanan. Walaupun pada zahirnya dalam syariat
Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai
taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan
seperti: kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh
tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama,
namun sebenarnya itu bukan merupakan satu
musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak
dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat
dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia
bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga
dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan
tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan
kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya
dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah,
sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna.
Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih
mencari rezeki, mereka akan kepapaan. Sedangkan
mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah
berserah kepada Allah.
CARTA ORGANISASI
MOHAMMAD HANAFI
BIN JUSOH
PENSYARAH
NUR HAFIZATUL
HUSNA BINTI MOHD
BASRI
(18DHF21F2008)
NUR FARAH AYUNI BINTI
MOKHZAN
(18DHF21F2024)
MUHAMMAD ASYRAAF
BIN ABDUL RAHIM
(18DHF21F2038)
MUHAMMAD AIDIL BIN
NORHAZUAN
(18DHF21F2040)
Kandungan Majalah
pengenalan
-definisi kaedah
-kepentingan kaedah
-pembahagian laedah besar
1. الأمور بمقاصدها
SETIAP PERKARA BERDASARKAN NIAT
-definisi
-dalil
-kepentingan
-contoh/aplikasi kaedah
2. َاْلَيِقْيُن اَل َيُزْوُل ِبالَّش ِّك
KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN SYAK
-definisi
-dalil
-kepentingan
-contoh/aplikasi kaedah 3.ْلَم َش َّقُة َتْج ِلُب الَّتْيِس ْير
KESUKARAN MENJADI SEBAB
-definisi KEMUDAHAN
-dalil
-kepentingan
-contoh/aplikasi kaedah
Kandungan Majalah
4.الضرروالضرار
mudarat mesti dihilangkan
-definisi
-dalil
-kepentingan
-contoh/aplikasi kaedah
5.العدة محكمه
adat penentu hukum
-definisi
-dalil
-kepentingan
-contoh/aplikasi kaedah
6. kesimpulan
7. rujukan
PENGENALAN
Adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah
muhakkamah) adalah merupakan kaedah fiqh asas yang
kelima daripada kaedah fiqhiyyah yang asas atau utama
yang mana ia juga disebut sebagai "kaedah kubra".
Kaedah ini amat signifikan dalam proses penetapan
hukum dalam kehidupan manusia yang bersumberkan
kepada uruf dan adat. Ulama mengiktiraf kaedah ini
apabila dalam keadaan ketiadaan nas atau dalil.
Dengan kata lain, sesuatu uruf atau adat tidak boleh
diterima sebagai hukum,sekiranya perkara itu
mempunyai dalil atau nas tertentu. Begitu juga,
sekiranya adat dan uruf itu bercanggah dengan nas atau
dalil, maka ia akan ditolak kerana bertentangan dengan
kaedah syarak. Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas
oleh ulama dalam pelbagai isu fiqhiyyah seperti tradisi,
muamalat dan penghakiman.
PENGERTIAN KAEDAH FIQH
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah adat sebagai
sumber hukum?
Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang
diiktiraf oleh syariat Islam boleh diterima sebagai salah
satu sumber hukum. Sebarang bentuk tradisi atau
budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada
kehidupan masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai
atau diteruskan. Ia tidak perlu di singkirkan selagi mana ia
tidak bercanggah atau bertentangan dengan nas syarak
ataupun nilai murni. Fuqaha menegaskan bahawa apabila
Syariah mengiktiraf adat atau uruf sebagai salah satu
sumber hukum, bermakna syariah berusaha untuk
menjaga kemaslahatan masyarakat.
Islam merupakan agama yang fleksibel dan amat
meraikan apa sahaja yang mendatangkan manfaat dan
memberi keselesaan kepada manusia. Justeru, Islam
tidak menghalang umatnya mengamalkan sebarang
bentuk adat yang baik yang telah dihayati oleh
masyarakat sekian lamanya dan menjadi rutin harian
dalam kehidupan mereka. Islam dengan penuh
pertimbangan dan yang baik bagi umat Islam yang terdiri
daripada berbilang bangsa, kaum dan negara di seluruh
dunia. Ini adalah kerana Islam melihat perbezaan adat
dan uruf adalah suatu perkara yang wajar diraikan demi
kebahagiaan dan kebaikan umatnya.kasih saying
menghargai adat resam.
Kaedah Fiqh 1: Segala Urusan
Berdasarkan Niat
الأمور بمقاصدها
DEFINISI
Kadeah 1:Segala urusan berdasarkan Kaedah ini memberi maksud
kedudukan bagi setiap tindakan dan perbuatan seseorang adalah
bergantung kepada niat dan tujuannya.Penilaian terhadap perbuatan
manusia,sama ada baik ataupun buruk,dosa ataupun phala adalah
berdasarkan niat.Seseorang yang berniat melakukan sesuatu amalan baik
walaupun tidak dapat ditunaikan tetep diberikan ganjaran baik oleh Allah
SWT.Sebaliknya,seseorang yang pada zahirnya melakukan
kebaikan,namun dalam hatinya bukanlah seperti yang digambarkan pada
perbuatannya,maka ini hanyalah sia-sia.
DALIL AL-QURAN
42:20
Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa
usabhaarnaynagspiaahpaalyaaankghmire
antg,hDeiandmaukdi adhekngaannbaamgianlyadaunntuk
beramal soleh ,kemudian Dia menggejar almalnya itu satu
kebaikan dengan sepuluh kebaikan sampai berlipat
ganda,menurut kehendak Allah SWT begitu pula
sebaliknya,barangsiapa mengharapkan dari amal usahanya
kemewahan dunia dengan segalabentuk dan tidak ada
sedikitpun perhatiannya tentang amalan dan pahala
akhirat,maka Dia sedikit pun pahala akhirat kerana amal
itu sesuai dengan niatnya,dan bagi setiap orang balasan
amalnya sesuai dengan niatnya.
Kepentingan niat
Niat adalah sebab untuk
mewujudkan atau melahirkan
amal. Jika amalan yang dilakukan
adalah niat kerana Allah, maka
kita akan mendapat pahala.
Namun, jika niat selain daripada
itu, maka amalan kita adalah sia-
sia.
Amal yang memerlukan kepada
niat ialah segala amal atau
perbuatan yang disyariatkan oleh
agama. Dalam agama Islam,
terdapat amal-amal yang
diwajibkan ke atas setiap
mukallaf, yang disunatkan dan
yang diharuskan. Jadi dengan
niat, dapat membezakan antara
amal-amal tersebut. Dalam
kehidupan harian seorang
mukmin, amal-amal yang
dilakukan dalam mencari redha
Allah berkisar sekitar ibadat
khusus dan ibadat umum. Dalam
amal ibadah terdapat ibadat
fardhu atau wajib dan ibadat
sunat. Sebagai contoh mandi
kerana mengangkat hadas dan
mandi kerana kebiasaan adalah
sama. Namun, apa yang
membezakan keduanya adalah
niat.
AAPLIKASI APLIKASI KAEDAH FIQH (1)
Seseorang yang melancong bertujuan untuk melihat ciptaan dan
keagungaan Allah s.w.t dibolehkan untuk jamal dan qasar sebaliknya
seseorang yang melancong untuk melakukan maksiat tidak diberikan
kelonggaran untuk qasar dan jamak.
Menunaikan ibadah haji atau umrah semata-mata bertujuan untuk
melancong bukan kerana ibadah tidak akan diberikan ganjaran oleh
Allah.
Pembinaan hotel atau tempat penginapan untuk pelanggan akan
diberikan ganjaran. Sebaliknya pembinaan untuk maksiat akan
diberikan dosa oleh Allah.
Harus membawa pelancong yang beragama islam melawat rumah ibadah
agama lain bukan untuk membesarkan ibadat tersebut.
Menyembelih binatang sekiranya kerana Allah halal dimakan,
sekiranya untuk melepaskan sesuatu hajat haram dimakan.
KAEDAH KEDUA: KEYAKINAN TIDAK
HILANG DENGAN KERAGUAN
اليقين لا يزول بالشك
Dari sudut bahasa,
keyakinan itu
membawa erti suatu
ilmu yang tidak
bersamanya keraguan
Manakala dari sudut
istilah pula ia
bermaksud terasilnya
kepastian yang jazam
sama ada suatu itu
berlaku atau tidak
berlaku.
Syak (keraguan) pula
dari sudut bahasa
bermaksud ragu-
ragu. Manakala dari
sudut istilah, syak
membawa erti ragu
ragu terhadap
sesuatu perbuatan
sama ada berlaku
atau tidak berlaku
laitu tidak ada
murajjih
DALIL & FIRMAN
PENDAHULUAN
Kaedah ini merupakan salah
satu kaedah yang penting di
dalam figh. Bahkan Al-Qadhi
Husin al-Syafre menyatakan
bahawa figh terbina dari
empat kaedah utama dan
antaranya adalah kaedah
keyakinan tidak dihilangkan
dengan sysk ini. Kaedah ini
mempunyai sandarannya
dari nas-nas syarak
daripada Al-Quran dan juga
Al-Sunnah Firman Allah SWT
ان لمن لا يمي من المن شي
Maksudnya:
Sesungguhnya zhan
(sangkaan) tidak
menanding kebenaran
walau sedikit pun.
KAEDAH KETIGA :
KESUKARAN MENJADI
SEBAB KEPADA
KEMUDAHAN
اْلَم َش َّق ُة َتْجِلُب الَّتْيِس يَر
DEFINISI
Apabila berlaku sesuatu kesulitan
dan kesukaran dalam
melaksanakan kewajipan yang
diperintahkan oleh Allah SWT,
maka Islam memberi jalan keluar
untuk mengatasi kesulitan yang
dihadapi.
Jalan keluar tersebut adalah dengan
memberikan beberapa kelonggaran
dalam melaksanakan kewajipan
tertentu. Contohnya orang yang sakit
dibenarkan untuk solat dalam
keadaan duduk sekiranya tidak
mampu dia boleh berbaring.
DALIL DAN
FIRMAN
Firman Allah SWT dalam surah al-
Baqarah: 185
ُيِريُد ُهَّللا ِبُكْم اْلُيْس َر َواَل ُيِريُد ِبُكْم اْلُع ْس َر
Maksudnya: (Dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan dan Dia
tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran.
FirmanNya lagi dalam surah yang
sama ayat 286:
Maksudnya: Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya.
KEPENTINGAN DIBERIKAN
KERINGANAN:
Orang yang diuji dengan
sakit dibenarkan untuk
bertayamum, dibenarkan
solat dalam keadaan
duduk dibolehkan berubat
dengan najis pada
pandangann sebahagian
ulama mazhab Hanafi .
Orang Orang yang dipaksa
melakukan melakukan sesuatu
perjalanan
melebihi dua perbuatan tanpa
marhalah kerelaanya tidak
walaupun dianggap berdosa
dengan apabila dia
kaedah yang melakukan perbuatan
paling dipaksa tersebut
canggih seperti minum arak,
diberikan melafazkan kalimah
keringanan kufur (dengan syarat
seperti solat
jamak dan di hati beriman) ,
qasar . membunuh dan lain-
lain.
APLIKASI
KAEDAH
Seseorang yang
melancong ke sesuatu
tempat dengan niat yang
baik dibenarkan untuk
melaksanakan solat qasar
dan jamak kerana
bersama musafir tersebut
adanya kesukaran.
Musafir juga dibenarkan
untuk berbuka puasa dan
menggantikannya pada
hari yang lain.
Seseorang yang sakit diberi
kelonggaran untuk solat secara
duduk, jika tidak mampu boleh
baring, jika tidak boleh baring
dibenarkan menggunakan isyarat
mata, jika tidak mampu gerakkan
mata, maka boleh menggunakan
hati.
DEFINISI
KAEDAH Tidak dibenarkan melakukan
KEEMPAT: kemudaratan dan membalas sesuatu
AD-DHARAR dengan kemudaratan.
YUZAlL Kemudaratan dalam kaedah ini
bermaksud sesuatu perkara yang menjadi
MUDARAT kesukaran bagi tercapainya kepentingan
MESTI asasi kehidupan manusia yang melibatkan
agama, nyawa, maruah, keturunan, akal
DIHILANGKAN
dan harta.
الضرروالضرار Kaedah ini ialah segala perkara yang
memudaratkan dan boleh membawa kapada
kerosakan hendaklah dielakkan.
Hadis rasul saw
" tidak ada kemudaratan dan tidak
dimudaratkan"
Umat islam perlu mengenal pasti
perkara-perkara yang boleh
memudaratkan manusia dari ia berlaku.
dalil dan al-quran
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
َأَجَلُه َّن ََأۡنو آَء َف َبَلۡغ ِبَمَۡفعَأُۡرمَطوِّٖۚفسَلۡقُُكَتوُواَمُلهٱَُّلتّنِۡنمَِبِسَمس
ََرساّٗرِراُِّحلَتوُۡعهَتَُّندوْۚا ِض ۡع ُروٍف
ُكوُهَّن
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri
(kamu) kemudian mereka (hampir) habis
tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang
mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau
lepaskan mereka dengan cara yang baik.
Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk
semula dengan maksud memberi mudarat, APLIKASI KAEDAH
kerana kamu hendak melakukan kezaliman > Harus minum arak ketika dahaga
sekiranya tiada minuman lain untuk
(terhadap mereka). diminum demi menyelamatkan diri
daripada mati kehausan.
(Surah al-Baqarah 2:231)
Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam > Harus makan bangkai ketika lapar
sekiranya tiada makanan yang
bersabda: baik/halal untuk dimakan demi
“Tidak ada kemudaratan dan tidak pula menyelamatkan diri daripada mati
dimudaratkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah) kebuluran.
KEPENTINGAN > Orang yang sakit berpuasa pada
Bagi memastikan agar individu bulan ramadhan. jika sakitnya boleh
tersebut tidak berada dalam mendatangkan bahaya, maka islam
keadaan yang boleh mengugat memberi kemudahan dan keringanan
nyawa. Ianya juga bertujuan untuk untuk meninggalkannya tetapi mereka
menunjukkan bahawa agama islam wajib mengqadakannya.
bukanlah agama yang sempit dan
sukar malahan agama islam adalah > Jika seseorang itu membeli barang
agama yang realisktik dengan tetapi rupa-rupanya barang tersebut
memahami kaedah dan ilmunya. rosak, maka dia mempunyai hak untuk
membatalkan urusan jual beli ini
kerana mudarat mesti dihilangkan,
melainkan jika bersetuju untuk
digantikan dengan barang lain.
kaedah kelima DEFINISI
al-adah Adat sebagai sumber rujukan hukum
(al-Âadah muhakkamah) adalah
muhakkamah merupakan kaedah fiqh asas yang
kelima daripada kaedah fiqhiyyah
العدة محكمه
yang asas atau utama yang mana ia
juga disebut sebagai "kaedah kubra".
Kaedah ini amat signifikan dalam
proses penetapan hukum dalam
kehidupan manusia yang
bersumberkan kepada uruf dan adat.
Ulama mengiktiraf kaedah ini apabila
dalam keadaan ketiadaan nas atau
dalil. Dengan kata lain, sesuatu uruf
atau adat tidak boleh diterima
sebagai hukum, sekiranya perkara itu
mempunyai dalil atau nas tertentu.
Begitu juga, sekiranya adat dan uruf
itu bercanggah dengan nas atau
dalil, maka ia akan ditolak kerana
bertentangan dengan kaedah syarak.
Aplikasi kaedah ini adalah cukup
meluas oleh ulama dalam pelbagai
isu fiqhiyyah seperti tradisi,
muamalat dan penghakiman.
DALIL AL-QURAN & SUNNAH
FIRMAN ALLAH S.W.T
ن خذالعفو وأمر بالغر فوأعرض عن الجاهلي
Maksudnya:
"Terimalah apa yang mudah
engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan)
orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)".
(Surah al-A'raf 7:199)
Menurut sandaran al-Sunnah pula,
Maksudnya: Daripada Aisyah katanya: Hindun Binti Atabah isteri kepada Abu Sufian
telah dating menemui Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah.. Sesungguhnya Abu
Sufian seorang yang kedekut, beliau tidak memberikan nafkah yang cukup untukku dan
anakku, oleh itu akan mengambil hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah itu
merupakan suatu dosa? Maka Rasulullah SAW bersabda : Ambillah harta suamimu
sekadar cukup untuk kamu dan anak kamu.
Hadis di atas menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang tidak dijelaskan hukumnya
oleh syarak hendaklah dirujuk kepada uruf dan adat.
kepentingan
> menjadi perantara kepada
dalil-dalil fiqh
>menjadi rujukan hakim
dalam memutuskan sesuatu
perkara atau menjatuhkan
hukuman
>menjadi tafsiran kepada
kehendak seseorang
>sebagai penghurai kepada
hukum-hukum fiqh yang
terkandung dalam nas
APLIKASI KAEDAH
1. Para pelancong mesti meraikan dan menghormati
kebiasaan dan adat yang diamalkan oleh masyarakat
setempat sama ada dari sudut pemakaian dan perbuatan.
2. Dalam menentukan perkataan yang baik dan buruk
hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan masyarakat
setempat.
3. percampuran antara lelaki dan perempuan dikolam
perlu diasingkan demi menjaga maruah manusia,
terutamanya kaum wanita.
4.sumber alam digunakan untuk menghasilkan produk
yang mampu menjadi tarikan pelancong seperti perabot,
makanan dan pakaian serta melakukan pelbagai usaha
ke arah menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam
seperti aktiviti riadah, penanaman semula pokok dan
lain-lain lagi.
RUJUKAN
-http://enciksantai.blogspot.com/2013/05/ad-darar-yuzal.html
-https://iluvislam.com/jom-belajar-kaedah-fiqh-al-darar-yuzal/
https://muftiwp.Gov My/artikel/irsyad-usul figh/3917-irsyad-usul-
al-feqh-siri-ke-43-makna dan-aplikasi-kaedah-keyakinan-tidak-hilang
dengan-syak
Ohttps://muftiwp.Gov My/artikel/irsyad-usul figh/3917-irsyad-usul-
al-fegh-siri-ke-43-makna dan-aplikasi-kaedah-keyakinan-tidak-hilang
dengan-syak
https://docplayer.info/194453130-kaedah-asas 2-keyakinan-tidak-
hilang-dengan-keraguan.Html
https://jabar.kemenag.go.id/portal/read/maslah ah-mursalah-
dalam-kedudukannya-sebagai sumber-hukum-islam
https://fliphtml5.com/tvzrb/zckw/basic
https://www.researchgate.net/publication/356492553_EBOOK_KA
EDAH_FIQH_MPU23052
https://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh
ALLAH TIDAK MEMBERI
APA YANG KITA
HARAPKAN TAPI DIA BERI
APA YANG KITA
PERLUKAN...
KADANGKALA KITA SEDIH,
KECEWA, TERLUKA. TAPI
JAUH DI ATAS
SEGALANYA. DIA SEDANG
MENGATURKAN YANG
TERBAIK DALAM
KEHIDUPAN KITA.... JALAN
YANG DIPILIH ALLAH ITU
AKAN INDAH PADA
MASANYA.
TERIMA KASIH