The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dokumen rujukan berkaitan pelaksanaan Validasi 2 (V2) kepada semua pentaksir kompetensi NPQEL di IAB.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmishah71800, 2023-10-02 04:11:43

Panduan Pelaksanaan Validasi 2 Pentaksiran Kompetensi NPQEL

Dokumen rujukan berkaitan pelaksanaan Validasi 2 (V2) kepada semua pentaksir kompetensi NPQEL di IAB.

Keywords: V2 NPQEL

EDARAN TERHAD DAN SULIT 1 Hak Cipta © 2023 Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia PANDUAN PELAKSANAAN VALIDASI 2 PENTAKSIRAN KOMPETENSI NPQEL


EDARAN TERHAD DAN SULIT 2 KANDUNGAN 1.0 Pengenalan ............................................... 3 2.0 Pentadbiran Validasi 2 ............................................... 4 3.0 Ciri-Ciri Pentaksir ............................................... 8 4.0 Panel Validasi 2 ............................................... 8 5.0 Pelaksanaan Pentaksiran Validasi 2 ............................................... 8 6.0 Kaedah Mentaksir Validasi 2 ............................................... 9 7.0 Prosedur Validasi 2 ............................................... 11 8.0 Kemahiran Mentaksir Validasi 2 ............................................... 18 9.0 Protokol Validasi 2 ............................................... 19 10.0 Rumusan ............................................... 20 Jawatankuasa Penerbitan Pelaksanaan Validasi 2 Pentaksiran Kompetensi NPQEL ............................................... 21 LAMPIRAN LAMPIRAN 1 ............................................... 22 LAMPIRAN 2 ............................................... 23


EDARAN TERHAD DAN SULIT 3 PANDUAN PELAKSANAAN VALIDASI 2 PENTAKSIRAN KOMPETENSI NPQEL 1.0 Pengenalan 1.1 Pentaksiran NPQEL dilaksanakan untuk mengukur tahap kompetensi peserta yang dibangunkan sepanjang menjalani kursus NPQEL. Validasi 2 Pentaksiran Kompetensi NPQEL akan mengesahkan tahap bagi sepuluh (10) kompetensi yang penyelia berikan dalam Perantisan. Pengesahan terhadap semua tahap kompetensi dilaksanakan mengikut kaedah dan protokol yang ditetapkan. Tahap kompetensi sebenar peserta NPQEL adalah berdasarkan hasil gabungan pencapaian Validasi (V1) dan Validasi 2 (V2) bagi setiap kompetensi yang ditaksir merujuk kepada Skala Penentuan Tahap Kompetensi seperti pada Jadual 1 berikut. Jadual 1: Skala Penentuan Tahap Kompetensi Skor diperolehi daripada gabungan V1 dan V2 Tahap pencapaian kompetensi 9 - 10 5 7 - 8 4 5 - 6 3 3 - 4 2 1 - 2 1 1.2 Pelaksanaan V2 bertujuan seperti berikut: (i) melaksanakan validasi terhadap kompetensi peserta berdasarkan projek yang dilaksanakan semasa Perantisan; dan (ii) memastikan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap pentaksiran pembangunan kompetensi yang berlaku semasa Perantisan. 1.3 Sepuluh (10) kompetensi yang ditaksir terhadap peserta NPQEL adalah seperti pada Jadual 2 berikut:


EDARAN TERHAD DAN SULIT 4 Jadual 2: Sepuluh (10) kompetensi yang ditaksir terhadap peserta NPQEL Domain Kompetensi Kod Berwawasan Berfikiran Strategik K1 Menerajui Perubahan Membuat Keputusan K2 Memimpin Perubahan K3 Menyelesai Masalah K4 Mencemerlangkan Organisasi Memimpin Pembelajaran K5 Membangun Kapasiti K6 Membina Jaringan dan Jalinan K7 Berketerampilan Berkomunikasi Berkesan K8 Berkepemimpinan K9 Berkeperibadian Tinggi K10 2.0 Pentadbiran Validasi 2 2.1 Terdapat 2 (dua) pihak yang memainkan peranan penting dalam proses pelaksanaan V2, iaitu urus setia pentaksiran dan urus setia NPQEL sama ada di IAB Induk mahupun IAB Cawangan. Urus setia pentaksiran akan melaksanakan tugas seperti berikut: • menyediakan panel pentaksir sepanjang tempoh pelaksanaan V2 dijadualkan • mengemukakan keputusan validasi kompetensi kepada pihak urus setia NPQEL • mengemukakan peserta yang memerlukan proses remedi disebabkan perbezaan keputusan V2 dengan Perantisan 2.2 Urus setia NPQEL pula menyediakan tarikh pelaksanaan V2, jadual V2 bagi setiap kelas untuk peserta ikuti, hal logistik dan fasiliti. 2.3 Taklimat V2 kepada semua peserta sebaik-baiknya diadakan pada hari pertama sebelum V2 dimulakan. Mana-mana ketua pentaksir yang difikirkan sesuai boleh diminta menyampaikan taklimat berkenaan. Taklimat ini akan memaklumkan kepada para peserta berkaitan dengan perkara-perkara berikut:


EDARAN TERHAD DAN SULIT 5 • Tarikh dan masa • Jadual peserta bagi setiap kelas • Masa pembentangan peserta • Kedudukan peserta semasa V2 berlangsung • Proses V2 • Adab pembentangan, menjawab soalan dan bertanya 2.4 Jadual V2 untuk setiap kelas hendaklah dibuat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Jadual ini dibuat bagi membolehkan setiap peserta hadir mengikut jangkaan masa yang dijadualkan berdasarkan kumpulan dalam kelas yang ditetapkan. Berikut diberikan format jadual peserta yang dicadangkan: (i) Hari pertama: • 8.30 hingga 9.30 pagi (taklimat) • 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari (jangkaan 5 peserta) • 2.30 hingga 3.30 petang (jangkaan 2 peserta) (ii) Hari kedua dan ketiga: • 8.30 – 10.30 pagi (jangkaan 4 peserta) • 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari (jangkaan 3 peserta) • 2.30 hingga 3.30 petang (jangkaan 2 peserta) 2.5 Jarak kedudukan antara panel pentaksir V2 dan peserta dicadangkan sekurang-kurangnya 5 kaki seperti pada pelan kedudukan dalam Rajah 1. Rajah 1: Pelan kedudukan panel V2 dan peserta NPQEL 2.6 Borang VK2 seperti dalam Lampiran 1 akan digunakan bagi melaksanakan V2. Cara pengisian borang VK2 diperjelaskan seperti dalam Rajah 2.


EDARAN TERHAD DAN SULIT 6 Rajah 2: Cara pengisian borang VK2 Pentaksir 1/2/3 perlu mengisi ruang tarikh dan masa, lajur “Skor V2” serta lajur “Nota Kecil. Manakala lajur “Konsensus” diisi oleh ketua panel. Ruang “Catatan Umum” dalam borang VK2 boleh diisi oleh pentaksir 1/2/3 untuk memberi sebarang cadangan tindakan susulan kepada Pegawai Rujuk Utama Pentaksiran. Antaranya adalah seperti berikut: (i) menyemak semula skor Perantisan bersama penyelia disebabkan pencapaian mana-mana kompetensi dalam V1 dan V2 didapati kurang daripada Tahap 4 apabila digabungkan keputusan pencapaiannya. (ii) terdapat calon yang perlu diberi peluang mengikuti semula V2 disebabkan sesuatu halangan. 2.7 Jika pelaksanaan V2 dilakukan secara maya (dalam talian), maka perlu diwujudkan ruang seperti berikut: (i) ruang maya untuk peserta menunggu. (ii) ruang maya pentaksiran. (iii) ruang fizikal pentaksiran untuk pentaksir. 2.8 Ketua pentaksir yang dilantik hendaklah melaksanakan tanggungjawab seperti berikut: (i) Sebelum pentaksiran V2: (a) bersedia sebagai ketua pentaksir; (b) mengadakan taklimat dan perbincangan dengan semua


EDARAN TERHAD DAN SULIT 7 pentaksir; (c) memberi taklimat ringkas kepada peserta sebelum pentaksiran bermula; (d) memastikan maklumat peserta yang hendak ditaksir adalah betul; (e) memastikan urutan peserta untuk ditaksir diperoleh daripada pengurus / pengurus bersama; dan (f) memastikan dokumen pentaksiran (Borang VK2) diterima. (ii) Semasa pentaksiran V2: (a) memastikan sesi dimulakan dengan rapor; (b) memastikan sesi V2 mengikut aliran validasi dan protokol temu duga; dan (c) mengetuai pelaksanaan sesi konsensus. (iii) Selepas pentaksiran V2: Menyerahkan borang VK2 kepada pengurus kelas selewat-lewatnya hari terakhir pentaksiran. 2.9 Persediaan dan tanggungjawab pentaksir yang dilantik adalah seperti berikut: (i) Sebelum pentaksiran V2: (a) bersedia sebagai pentaksir; (b) mengadakan perbincangan awal dengan ketua pentaksir; dan (c) bersedia dengan Kamus Kompetensi, protokol dan bahan catatan. (ii) Semasa pentaksiran V2: (a) mengikut aliran validasi; (b) mengumpul maklumat yang mempamerkan kompetensi peserta yang ditaksir melalui kemahiran mendengar, menyoal dan mencatat; (c) mengekod dan melabel kompetensi berdasarkan frasa yang dikenal pasti dan diukur merujuk dimensi ukuran Kamus Kompetensi; dan (d) memberi skor kompetensi merujuk rubrik seperti dalam Kamus Kompetensi. (iii) Selepas pentaksiran V2: (a) melaksanakan konsensus; dan (b) melengkapkan borang VK2 berserta tanda tangan.


EDARAN TERHAD DAN SULIT 8 3.0 Ciri-Ciri Pentaksir (i) berobjektif dan mampu mengasingkan maklumat daripada andaian. (ii) peka dan pendengar yang baik. (iii) boleh mencungkil (probing) dan mengumpul maklumat. (iv) membuat keputusan dengan cepat. (v) merumus sistematik dalam membuat rumusan terhadap peserta. (vi) bersedia dan teratur. (vii) fleksibel dan diplomasi. (viii) mengawal emosi. 4.0 Panel Validasi 2 4.1 Panel pentaksir di setiap kelas akan diketuai seorang ketua, iaitu senarai pertama dalam panel. Setiap panel mengandungi 2-3 orang pentaksir. 4.2 Pentaksir yang dilantik mempunyai kelayakan seperti berikut: (i) mempunyai kelayakan Certified Assessor / Associate Assessor Program atau mana-mana sijil Master Trainer. (ii) berpengalaman sebagai penyelia peserta NPQEL. (iii) telah mengikuti latihan pentaksiran V2. (iv) menepati ciri-ciri sebagai pentaksir. (v) dilantik oleh Pengarah IAB, KPM. 4.3 Selain daripada itu, pentaksir juga perlu mempunyai sifat dan kemahiran seperti berikut: (i) ikhlas dan neutral. (ii) pendengar yang baik. (iii) sistematik dalam membuat rumusan terhadap peserta. (iv) berhati-hati dan mampu verifikasi maklumat. (v) objektif dan mampu mengasingkan maklumat daripada andaian. (vi) menghormati dan membawa temu duga mengikut prosedur. (vii) membina rapor yang bersesuaian bagi menggalakkan respon dan memberi peluang kepada peserta. 5.0 Pelaksanaan Pentaksiran Validasi 2 5.1 Tujuan pelaksanaan pentaksiran V2 adalah untuk mengesahkan skor keputusan sepuluh (10) kompetensi yang penyelia berikan selepas berakhir aktiviti Perantisan. 5.2 Pentaksiran ini menggunakan set soalan piawai yang bersifat terbuka menerusi kaedah temu duga yang dilaksanakan mengikut aliran validasi


EDARAN TERHAD DAN SULIT 9 yang menggunakan protokol temu duga. Peserta akan disoal untuk menampakkan keupayaan tahap yang dicapai bagi setiap kompetensi yang divalidasi. 5.3 Kaedah temu duga yang digunakan dalam pentaksiran V2 merupakan cara pentaksiran yang dilakukan dengan menggunakan instrumen yang tekal dengan ukuran tertentu bagi membuat sesuatu penilaian merujuk kerangka dan prosedur pentaksiran yang telah ditetapkan. Kaedah temu duga akan melibatkan: (i) kompetensi diukur. (ii) alat ukuran / instrumen. (iii) skor dan piawai pengukuran. (iv) pentaksir. (v) mengambil kira ciri-ciri kebolehpercayaan taksiran (fidelity), kesahan ramalan nilai instrumen dan konsistensi pentaksir. 5.4 Pentaksiran V2 dilakukan mengikut ketetapan takwim NPQEL tertakluk kepada bilangan peserta dalam setiap kelas. 6.0 Kaedah Mentaksir Validasi 2 6.1 Kaedah temu duga akan digunakan dalam pentaksiran V2. Pelaksanaannya adalah seperti berikut: (i) menggunakan set soalan piawai yang bersifat terbuka dan ditanya secara bersemuka atau secara dalam talian atau secara teradun. (ii) penyoalan dan respon adalah berasaskan projek yang dilaksanakan dalam Perantisan. (iii) peserta akan menggunakan pengalaman dan pencapaian dalam melaksanakan Perantisan. (iv) menggunakan teknik Task-Action-Result (TAR) ketika menilai respon peserta, dan mematuhi protokol temudu duga dengan menggunakan pendekatan behavioral event interview (BEI). 6.2 Pentaksir akan berpandukan protokol temu duga ketika melaksanakan validasi berstruktur terhadap sepuluh (10) kompetensi selepas pembentangan peserta. Pembentangan peserta adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 3. Manakala tindakan pentaksir melaksanakan kaedah temu duga dalam V2 adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 4.


EDARAN TERHAD DAN SULIT 10 Rajah 3: Pembentangan projek Perantisan oleh peserta NPQEL Rajah 4: Kaedah temu duga dalam validasi berstruktur


EDARAN TERHAD DAN SULIT 11 7.0 Prosedur Validasi 2 7.1 Prosedur V2 yang dilaksanakan hendaklah memenuhi maksud carta alir sebagaimana yang dinyatakan dalam Rajah 5. Rajah 5: Carta alir proses V2 7.2 Berpandukan Rajah 5, prosedur pelaksanaan V2 hendaklah dilakukan mengikut aliran seperti berikut: (i) pentaksir hendaklah menyemak senarai nama dan memastikan peserta yang ditaksir telah disusun mengikut tarikh giliran. (ii) sebelum memulakan sesi V2, pentaksir perlu memberikan taklimat ringkas kepada peserta sebelum rapor. Antara perkara yang perlu dimaklumkan adalah seperti berikut: • memperkenalkan diri pentaksir. • proses pelaksanaan. • tempoh masa yang diberi bagi pembentangan. (iii) seterusnya pentaksir membina rapor dengan peserta dalam tempoh lebih kurang seminit. Contohnya dengan meminta peserta memperkenalkan diri dan menyatakan pengalaman perkhidmatan. (iv) berikutnya pentaksir boleh meminta peserta memulakan pembentangan projek semasa menjalani Perantisan. Pentaksir tidak boleh mencelah


EDARAN TERHAD DAN SULIT 12 ketika peserta sedang membentang projeknya. Pentaksir boleh melanjutkan atau memendekkan tempoh pembentangan peserta mengikut keperluan dan suaimanfaat. (v) sebaik sahaja peserta menamatkan pembentangan, pentaksir hendaklah meneruskan penyoalan mengikut protokol soalan yang ditetapkan. (vi) pencungkilan (probing) hendaklah dilakukan selepas peserta memberi respon terhadap soalan protokol yang dikemukakan. Pentaksir juga perlu mendengar dengan aktif (termasuk mencatat) semasa peserta memberi respon terhadap soalan protokol mahupun soalan pencungkilan. (vii) sepanjang peserta memberi respon terhadap soalan protokol dan soalan pencungkilan, pentaksir perlu memastikan respon yang diberi memenuhi keperluan maklumat yang dikehendaki. Jika peserta tersasar daripada kehendak penyoalan, maka pentaksir hendaklah mengembalikan peserta terhadap maksud soalan. (viii) pentaksir hendaklah mencatat segala maklumat yang diperolehi sepanjang sesi V2 bagi memastikan maklumat tersebut dapat membantu pengesahan terhadap kompetensi yang ditaksir dan juga memutuskan tahap yang hendak diberi. (ix) maklumat yang diperolehi daripada respon peserta hendaklah dikodkan sebagai perlakuan yang ditaksir dan dilabelkan mengikut kompetensi yang ditaksir. (x) selepas pentaksir berpuas hati dengan segala maklumat yang diperolehi dan memenuhi semua kompetensi yang ditaksir mengikut kesesuaian tempoh masa V2, maka pentaksir perlu melakukan konsensus untuk membuat keputusan mengesahkan terhadap semua skor kompetensi yang penyelia berikan. (xi) keputusan yang dicapai dalam sesi konsensus hendaklah ditulis dalam borang VK2, dan selanjutnya diserahkan kepada pengurus kelas untuk tindakan selanjutnya. (xii) ketua pentaksir hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Rujuk Utama Pentaksiran jika terdapat peserta yang tidak mencapai piawai yang ditetapkan bagi mana-mana kompetensi selepas sesi V2 berakhir. (xiii) jika terdapat peserta yang tidak mancapai piawai bagi mana-mana kompetensi selepas digabungkan keputusan pencapaian V1 dan V2,


EDARAN TERHAD DAN SULIT 13 maka Pegawai Rujuk Utama Pentaksiran perlu melakukan remedi. Remedi dilakukan bertujuan menyemak semula skor yang penyelia beri dengan keputusan V2. Pegawai Rujuk Utama Pentaksiran hendaklah mengetuai proses remedi yang melibatkan penyelia dan ketua pentaksir V2 di lokasi kampus IAB masing-masing. Perkara-perkara berikut perlu diperolehi bagi melancarkan proses remedi: • Borang VK2. • Jurnal penyelia yang memberi maklumat berkaitan prestasi peserta ketika menyertai NPQEL termasuklah perantisan. • Perbincangan dengan penyelia dan ketua panel dilakukan sama ada secara bersemuka, dalam talian atau telefon. (xiv) Pegawai Rujuk Utama Pentaksiran bertanggungjawab membuat keputusan pencapaian V2 peserta selepas remedi dilaksanakan. 7.3 Proses V2 melibatkan tiga (3) fasa iaitu fasa persediaan, pelaksanaan dan penskoran. Rajah 6 menunjukkan ketiga-tiga fasa tersebut. Rajah 6: Fasa pelaksanaan V2 Ketiga-tiga fasa ini dijelaskan dengan lebih lanjut sebagaimana dalam Rajah 7 seperti berikut:


EDARAN TERHAD DAN SULIT 14 Rajah 7: Fasa dalam proses pentaksiran V2 7.4 Fasa persediaan akan melibatkan proses yang digambarkan dalam Rajah 8. Dalam fasa ini, pentaksir hendaklah bersedia dengan bahan pentaksiran dan maklumat awal tentang pentaksiran yang akan dilaksanakan. Antara bahan pentaksiran ialah protokol temu duga dan borang skor iaitu VK2 seperti dalam Lampiran 1. Rajah 8: Fasa persediaan temu duga dalam V2 Sebelum V2 bermula, ketua pentaksir di setiap kelas hendaklah memberi maklumat ringkas berkaitan pelaksanaan V2 kepada peserta yang berkenaan. Antara perkara yang perlu dimaklumkan kepada peserta adalah seperti berikut: • Ucapan salam dan kata alu-aluan


EDARAN TERHAD DAN SULIT 15 • Sesi V2 Pentaksiran Kompetensi NPQEL • Memperkenalkan pentaksir yang terlibat • Peserta membentangkan SATU projek yang telah dilaksanakan dalam Perantisan selama lebih kurang 7 minit • Sesi soal jawab selepas pembentangan. Sebagai persediaan sebelum memulakan sesi V2, dicadangkan panel meneliti perkara seperti berikut: (i) menyemak mana-mana kompetensi yang mendapat tahap 3 dan ke bawah dalam V1. (ii) mana-mana kompetensi yang perlu divalidasi mengikut cadangan penyelia. Berdasarkan maklumat diperolehi di atas, maka pentaksir boleh membuat cadangan kompetensi yang harus menjadi fokus dalam sesi V2. 7.5 Fasa pelaksanaan V2 akan melibatkan proses membina rapor sebelum peserta memulakan pembentangan projek dan seterusnya pentaksir mencungkil pengalaman peserta semasa Perantisan (rujuk Rajah 9). Rajah 9: Proses pelaksanaan V2 (i) Membina rapor dengan peserta merupakan langkah pertama yang perlu pentaksir lakukan. Soalan rapor adalah bersifat mengalu-alukan dan menyediakan peserta untuk ditemu duga. Oleh itu, pentaksir dan peserta boleh saling memperkenalkan diri masing-masing. Secara amnya, pentaksir perlu mewujudkan situasi yang harmoni semasa temu duga. Contoh rapor adalah seperti berikut:


EDARAN TERHAD DAN SULIT 16 • “Sila duduk dan selesakan diri. Terlebih dahulu, boleh perkenalkan diri tuan”. • “Bagaimana perasaan tuan selepas selesai melaksanakan Perantisan di sekolah?” (ii) Selepas rapor berjaya dibina dan peserta berada dalam keadaan yang selesa, pentaksir boleh berganjak kepada langkah seterusnya iaitu menstrukturkan aliran validasi. (iii) Bagi menstrukturkan aliran validasi, pentaksir perlu menjadi pendengar yang baik dengan mencatat segala maklumat yang bermakna. (iv) Berasaskan protokol temu duga, penyoalan dikemukakan secara terbuka dan berfokus merujuk pencapaian projek dalam Perantisan dan tindakan yang telah diambil. Semasa sesi ini, peluang secukupnya perlu diberikan kepada peserta supaya menyatakan pengalaman dan pencapaian. (v) Pentaksir juga digalakkan mengekalkan pandangan mata, saling menghormati dan mendengar dengan baik. (vi) Pentaksir perlu bertanya soalan yang tepat dan sesuai merujuk kompetensi yang hendak divalidasi serta mempunyai kaitan dengan pengalaman ketika Perantisan. Melalui setiap soalan tersebut, maklumat yang cukup sebagai eviden terhadap kompetensi dapat dikenal pasti untuk dilabelkan dengan merujuk Kamus Kompetensi. (vii) Jika maklumat daripada respon peserta didapati terbatas, pentaksir tidak boleh membuat andaian sendiri berdasarkan maklumat terbatas tersebut. Pentaksir perlu mencungkil pengalaman dan mendapatkan maklumat secara berfokus dan berhemah menggunakan soalan yang bersifat kawalan. Ia bertujuan mendapatkan maklumat yang boleh dijadikan eviden. (viii) Pencungkilan pengalaman dan pengumpulan maklumat daripada sesi temu duga yang dilaksanakan mesti membolehkan pentaksir membuat verifikasi maklumat terhadap kompetensi yang divalidasi agar pentaksiran tidak bersifat berat sebelah (bias) dan lebih bersifat objektif. Contohnya adalah seperti berikut: Peserta: “Saya menyelia tugasan yang dilaksanakan dalam menjayakan projek semasa dalam Perantisan.” Pentaksir: “Boleh tuan perjelaskan lagi cara tuan menyelia tugasan yang dimaksudkan? Apakah kaedah yang digunakan?”


EDARAN TERHAD DAN SULIT 17 (ix) Umumnya hendaklah satu per tiga (1/3) daripada perbualan dalam sesi temu duga adalah daripada pentaksir, manakala dua per tiga (2/3) adalah daripada peserta. 7.6 Fasa ketiga merupakan proses panel pentaksir memberikan skor terhadap sepuluh (10) kompetensi yang divalidasi sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 10. Rajah 10: Pemberian skor 10 kompetensi Ketika pemberian skor dibuat dalam fasa ini, pentaksir perlu mengimbas kembali berasaskan catatan nota dan maklumat berserta bukti yang dikumpulkan. Pentaksir perlu bersifat reflektif dan objektif ketika membuat rumusan yang sistematik, adil, tidak bias dan tanpa andaian. Berasaskan maklumat dan bukti terhadap kompetensi yang divalidasi, pentaksir membuat keputusan melabelkan skor berdasarkan Kamus Kompetensi. Seterusnya panel pentaksir hendaklah bersetuju secara bersama berlandaskan pertimbangan profesional bagi memutuskan skor sebenar untuk dimuatkan dalam borang VK2. 7.7 Proses melaksanakan prosedur V2 dapat disimpulkan menerusi Rajah 11 seperti berikut:


EDARAN TERHAD DAN SULIT 18 Rajah 11: Proses pentaksiran V2 Ia bermula dengan pembinaan rapor yang baik kemudian diikuti dengan pembentangan peserta selama lebih kurang tujuh (7) minit. Seterusnya disusul dengan peranan pentaksir melakukan temu duga menerusi aliran validasi yang menggunakan protokol. Ia diakhiri dengan proses konsensus yang dibuat mengikut pertimbangan profesional dalam kalangan panel pentaksir, sebelum keputusan validasi diberikan kepada pengurus kelas. 8.0 Kemahiran Mentaksir Validasi 2 8.1 Elemen utama dalam pentaksiran: (i) instrumen dan alat pengukur; (ii) respon daripada peserta; (iii) peserta yang ditaksir; (iv) panel yang mentaksir; dan (v) pemberian skor. 8.2 Peranan pentaksir adalah seperti berikut: (i) mengumpul maklumat yang mempamerkan kompetensi. (ii) mengekod dan melabel (coding) kompetensi berdasarkan frasa yang dikenal pasti dan diukur merujuk dimensi ukuran. (iii) memberi skor kompetensi merujuk rubrik yang ditetapkan. 8.3 Pentaksir hendaklah mempunyai keupayaan seperti berikut: (i) pengetahuan tentang pentaksiran termasuklah kaedah, prosedur, falsafah;


EDARAN TERHAD DAN SULIT 19 (ii) menggunakan alat pengukur (Kamus Kompetensi); (iii) etika pentaksir (do and don’ts); (iv) kemahiran pentaksiran, iaitu; • memberi arahan • mendengar • menyoal • mengumpul maklumat dan mencatat • memahami kompetensi diukur • mengekod kompetensi • melabel skor merujuk Kamus Kompetensi (v) kemahiran memberi arahan dengan suara boleh didengar, jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami. (vi) penegasan terhadap perkara yang hendak disampaikan. 8.4 Bagi mengekod frasa yang membolehkan dilabelkan sebagai kompetensi ditaksir, maka tindakan yang peserta pamerkan perlulah memenuhi perkara seperti berikut: (i) telah dilaksanakan dan mempamerkan tingkah laku yang selesai. (ii) jelas mengatakan apa, kepada apa atau siapa ia lakukan. (iii) jelas, spesifik dan menggambarkan tingkah laku yang telah berlaku. 8.5 Rubrik yang dinyatakan dalam Kamus Kompetensi hendaklah difahami deskripsinya yang meliputi deskripsi kompetensi, deskripsi tahap kompetensi dan ilustrasi tahap kompetensi bagi kesemua sepuluh (10) kompetensi yang divalidasi. Berdasarkan pemahaman terhadap rubrik tersebut, maka pentaksir hendaklah: (i) mencatat frasa-frasa yang boleh dikod setiap kali peserta memberi respon terhadap soalan. (ii) mengenal pasti label yang hendak diberi bagi setiap tingkah laku yang dapat dikodkan mengikut frasa-frasa dan dipadankan dengan kompetensi yang ditaksir. 9.0 Protokol Validasi 2 9.1 Pentaksir V2 hendaklah menggunakan protokol temu duga seperti Lampiran 2 ketika melaksanakan proses validasi. Soalan protokol yang pertama hendaklah dimulakan dengan kompetensi hierarki tertinggi yang menjadi fokus. Soalan protokol berikutnya boleh dilakukan secara fleksibel berdasarkan keperluan kompetensi yang hendak divalidasi. Model protokol temu duga seperti yang ditunjukkan Rajah 12 boleh dijadikan rujukan untuk mengimplementasi protokol temu duga tersebut secara fleksibel.


EDARAN TERHAD DAN SULIT 20 Rajah 11: Model implementasi fleksibel protokol temu duga V2 9.2 Bilangan kompetensi yang menjadi fokus dalam sesi V2 hendaklah sekurang-kurang tiga (3) kompetensi. 10.0 Rumusan Pelaksanaan V2 merupakan salah satu aktiviti pentaksiran NPQEL yang dapat memperkukuh dan mempertingkatkan kesahan dan kebolehpercayaan bagi memastikan prosesnya tekal, telus dan adil. Proses pelaksanaan V2 mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi iaitu fasa persediaan, pelaksanaan dan penskoran. Setiap fasa mempunyai aktiviti-aktiviti yang perlu pentaksir laksanakan supaya memenuhi keperluan prosedur pelaksanaan V2.


EDARAN TERHAD DAN SULIT 21 JAWATANKUASA PENERBITAN PANDUAN PELAKSANAAN VALIDASI 2 Penaung Pn. Rohayati binti Ab Hameed Pengarah Institut Aminuddin Baki Penasihat YBrs. Dr. Haji Abd. Razak bin Manaf Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Profesional) Institut Aminuddin Baki Ketua Editor Tn. Haji Md. Rahaimi bin Rashid @ Yaacob Sidang Editor En. Mohd. Tamri bin Abd. Halim YBrs. Dr. Haji A’Azmi bin Shahri Cik Chang Fui Chin YBrs. Dr. Aribah binti Ishak Turut Menyumbang Cik Hajah Siti Fadzlun bin Abd. Thani YBrs. Dr. Wan Rusmini binti Hassan Pn. Noor Haniza binti Abd. Halim Pn. Hasanah binti Sapawi Pn. Rainy Sintia YBrs. Dr. Kalai Selvan Arumugham Pn. Hajah Hilmun binti Baharuddin En. Muhamad Mazlan bin Abdul Majid YBrs. Dr. Ilham binti Ismail YBrs. Dr. Fakhri bin Mohd. Khalil En. Abdul Wahib bin Muhammad Nasir YBrs. Dr. Normarina binti Abd. Rahman En. Mohd. Azizi bin Mohd. Basri


EDARAN TERHAD DAN SULIT 22 LAMPIRAN 1 Borang VK2 BORANG VALIDASI 2 (V2) PENTAKSIRAN KOMPETENSI NPQEL Nama Peserta Ditaksir Kelas Kumpulan 1 / 2 / 3 / 4 / 5 Kampus IAB Induk / Genting Highlands / Utara / Sabah / Sarawak Tarikh Masa Kompetensi Skor Perantisan Skor V1 Skor V2 Konsensus V2 Nota Kecil (jika ada) Pengurus Kelas Pentaksir 1/2/3 Pentaksir 1 Pentaksir 1/2/3 Berfikiran Strategik Membuat Keputusan Memimpin Perubahan Menyelesai Masalah Memimpin Pembelajaran Membangun Kapasiti Membina Jaringan dan Jalinan Berkomunikasi Berkesan Berkepemimpinan Berkeperibadian Tinggi Catatan Umum (jika ada) ....................................... ....................................... ....................................... Tandatangan Pentaksir 1 Tandatangan Pentaksir 2 Tandatangan Pentaksir 3 Nama: Nama: Nama: Tarikh: Tarikh: Tarikh:


EDARAN TERHAD DAN SULIT 23 LAMPIRAN 2 Protokol Temu Duga V2 Kod Kompetensi Soalan Protokol Temu Duga K1 Berfikiran Strategik Jelaskan bagaimana strategi yang dijana dapat membantu mencapai matlamat yang dihasratkan. ATAU Jelaskan pertimbangan yang telah anda lakukan bagi memastikan matlamat projek dicapai sebagaimana dirancang. Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Mengapa matlamat / strategi yang dipilih penting kepada anda? • Mengapa anda yakin strategi yang dipilih dapat mencapai matlamat yang diharapkan? • Bagaimana anda melindungi projek yang dirancang daripada sebarang masalah mahupun halangan? • Apakah yang anda lakukan untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang?


EDARAN TERHAD DAN SULIT 24 Kod Kompetensi Soalan Protokol Temu Duga K2 Membuat Keputusan Sejauh manakah projek yang dipilih mendatangkan impak yang tinggi? ATAU Bagaimana anda membuat pertimbangan sebelum memutuskan bagi melaksanakan projek berkenaan? ATAU Sejauh mana pilihan melaksanakan projek tersebut adalah relavan dan sesuai dengan keperluan sekolah anda? Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Mengapakah anda memutuskan untuk menjalankan projek ini berbanding dengan yang lain? • Apakah aspek-aspek yang diambil kira dalam menentukan pemilihan projek tersebut? • Sepanjang menjalankan projek ini, jelaskan masalah atau cabaran yang dihadapi? • Selepas pemantauan terhadap projek ini dibuat, apakah tindakan yang anda lakukan agar matlamat projek ini dicapai? K3 Memimpin Perubahan Jelaskan tindakan yang telah anda lakukan dalam melaksanakan perubahan di sekolah menerusi projek yang dijalankan. ATAU Jelaskan pertimbangan dan penyesuaian yang telah dilakukan bagi membolehkan perubahan dilakukan di sekolah menerusi projek tersebut. Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Sejauh mana seluruh warga sekolah memberi sokongan terhadap perubahan yang hendak dibuat menerusi projek Perantisan? • Jelaskan bagaimana anda mempengaruhi pasukan melaksanakan perubahan yang diharapkan. • Bagaimana anda melibatkan pemimpin pertengahan atau subordinat untuk memastikan perubahan berjaya dilakukan?


EDARAN TERHAD DAN SULIT 25 Kod Kompetensi Soalan Protokol Temu Duga • Sejauh mana warga sekolah memberi soongan terhadap perubahan yang hendak dilaksanakan? • Bagaimana anda memastikan setiap aktiviti dalam projek tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang? K4 Menyelesai Masalah Bagaimanakah projek yang dipilih dapat membantu menyelesaikan permasalahan atau isu yang sekolah hadapi? ATAU Sejauh manakah projek yang dipilih dapat menyelesaikan permasalahan atau isu yang sekolah hadapi? Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Jelaskan perkara atau faktor yang diambil kira dalam memilih projek yang telah dilaksanakan? • Jelaskan penilaian yang anda lakukan bagi memastikan projek atau penyelesaian yang dipilih adalah berkesan? • Bagaimana anda merasionalkan pemilihan projek untuk menyelesaikan isu yang dihadapi?


EDARAN TERHAD DAN SULIT 26 Kod Kompetensi Soalan Protokol Temu Duga K5 Memimpin Pembelajaran Bagaimanakah anda memanfaatkan pelbagai sumbner sokongan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran bermakna melalui projek yang dilaksanakan? ATAU Sejauh manakah persekitaran pembelajaran bermakna menyokong amalan PdPc berkesan dan kemenjadian murid? ATAU Secara spesifik, kongsikan tindakan yang diambil untuk mewujudkan iklim pembelajaran bermakna yang berterusan ke arah memupuk budaya belajar. Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Bagaimana anda mengupayakan pemimpin pertengahan atau subordinat untuk membina persekitaran pembelajaran yang dimaksudkan? • Jelaskan pemantauan yang anda lakukan agar projek yang dirancang berjaya dilaksanakan? • Bagaimana projek berkenaan dapat meraih sokongan pihak yang berkenaan? • Bagaimana projek yang telah dilaksanakan dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah?


EDARAN TERHAD DAN SULIT 27 Kod Kompetensi Soalan Protokol Temu Duga K6 Membangun Kapasiti Sejauh manakah tindakan anda bagi memastikan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) yang dilaksanakan dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah? ATAU Bagaimana anda dapat memastikan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) yang dilaksanakan berjalan lancar dan memberi impak positif secara berterusan kepada warga sekolah? ATAU Bagaimana anda membina keupayaan guru-guru dan staf sokongan bagi meningkatkan prestasi sekolah? Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Jelaskan tindakan anda bagi memastikan pembangunan profesional berterusan (PPB) yang dilaksanakan dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah. • Sejauh manakah projek yang dilaksanakan dapat meningkatkan potensi guru dan staf bagi merealisasikan pembangunan pendidikan di sekolah? • Bagaimana anda menyelia dan memantau pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB)? • Jelaskan bagaimana anda mengukur keberkesanan projek yang dilaksanakan bagi memastikan kejayaan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) secara berterusan. K7 Membina Jaringan & Jalinan Bagaimana hubungan baik dengan pihak luar dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah? ATAU Bagaimana anda dapat mengukuhkan hubungan baik dengan pihak luar? Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Bagaimana anda memastikan perkongsian amalan terbaik diterima oleh warga sekolah?


EDARAN TERHAD DAN SULIT 28 Kod Kompetensi Soalan Protokol Temu Duga • Bagaimana sokongan pemegang taruh diperolehi? • Bagaimana anda memupuk kesedaran warga sekolah tentang kelebihan membina jaringan dan jalinan? K8 Berkomunikasi Berkesan Bagaimana cara anda meyakinkan ahli pasukan untuk sama-sama menjayakan tersebut? ATAU Bagaimanakah anda berupaya mendapatkan kerjasama ahli pasukan untuk menjayakan projek tersebut? Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Bagaimanakah pendekatan yang anda gunakan bagi mendapat komitmen daripada ahli pasukan? • Bagaimana anda mempengaruhi ahli pasukan untuk menyokong projek anda? • Jelaskan cara yang telah anda lakukan untuk mempengaruhi ahli pasukan. • Berdasarkan pengalaman anda, kongsikan cara bagaimana membawa ahli pasukan saling bekerjasama? • Apakah kelebihan anda yang menyebabkan warga sekolah memberi kerjasama penuh sepanjang projek tersebut dilaksanakan? K9 Berkepemimpinan Bagaimana anda membina dan mengurus pasukan semasa melaksanakan projek? ATAU Jelaskan bagaimana anda sebagai pemimpin mempamerkan kesungguhan dan usaha berterusan bagi memastikan projek berjalan lancar? ATAU Jelaskan proses yang anda lakukan bagi memastikan matlamat organisasi dicapai menerusi projek yang dilaksanakan. Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Bagaimanakah anda mengurus pasukan melaksanakan tugasan bagi memastikan matlamat projek dicapai? • Jelaskan cara yang anda lakukan bagi membolehkan


EDARAN TERHAD DAN SULIT 29 Kod Kompetensi Soalan Protokol Temu Duga ahli pasukan memberikan kerjasama tinggi terhadap projek. • Bagaimana anda menambah baik projek yang telah dilaksanakan? K10 Berkeperibadian Tinggi Bagaimanakah anda menjadi suri teladan memimpin pasukan ke arah kecemerlangan dan mengurus cabaran yang dihadapi? ATAU Bagaimana anda memperkembangkan potensi diri dan pihak lain dalam pelaksanaan projek tersebut? ATAU Bagaimana anda merefleksi kendiri dan meningkatkan kualiti peribadi secara berterusan dalam memimpin pasukan? Contoh soalan mencungkil maklumat / pengalaman: • Jelaskan nilai baik yang telah anda tunjukkan sebagai seorang pemimpin semasa melaksanakan projek. • Jelaskan cara anda membangunkan potensi pihak lain supaya bersama-sama menyumbang kepada pembangunan sekolah. • Jelaskan tindakan yang telah dilakukan dalam meningkatkan potensi diri dan pihak lain bagi memberi sumbangan optimum terhadap kemajuan sekolah. • Bagaimana anda meningkatkan keupayaan diri dan pihak lain dalam mendepani cabaran baharu?


EDARAN TERHAD DAN SULIT 30 INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI 71760 NILAI, NEGERI SEMBILAN. Telefon: 06-7979200


EDARAN TERHAD DAN SULIT 31


Click to View FlipBook Version