The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammad.samih, 2020-10-06 05:11:33

B FULL

HAKCIPTA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
www.perlislib.gov.my


E-book ini mengandungi koleksi peraduan mewarna yang telah disertai oleh kanak-kanak
berumur 6-12 tahun. Peraduan mewarna ini diadakan secara dalam talian pada bulan Ogos 2020.
Sebanyak 838 penyertaan peraduan mewarna telah diterima dari pelajar sekolah rendah di
negeri Perlis dan seluruh Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang sertai pertandingan
ini. Penghargaan juga harus diberikan kepada ibu-bapa dan guru yang memberi galakan dan
dorongan kepada pelajar untuk sertai pertandingan ini. Hasil lukisan yang diterima amatlah
menakjubkan, cantik, menarik dan kreatif dan sebagai penghargaan pihak perpustakaan
mendokumentasikan hasil lukisan tersebut untuk rujukan dan simpanan.

E-book ini mengandungi hasil lukisan pemenang Johan, Naib johan, Tempat ke 3 dan 10 terbaik
(saguhati) dan 100 lukisan terbaik bagi setiap kategori. Turut terkandung dalam e-book ini adalah
kisah Usaha Tangga Kejayaan dari watak 2 kartun yang terdapat didalam peraduan mewarna ini.
Para pemenang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat yang diberikan iaitu:
1.Terbuka kepada kanak - kanak berumur 6-12 tahun.
Kategori A : 6-8 tahun; Kategori B: 9-12 tahun.
2. Para peserta perlu MEWARNA & MENAMBAH LAKARAN mengikut kreativiti masing-masing
di rumah.
3. HANYA PENSEL WARNA SAHAJA DIBENARKAN.


















Terbitan
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

ISI KANDUNGAN






m/s
HAKCIPTA 2


ISI KANDUNGAN 3



Kisah usaha tangga kejayaan 4-9

PERADUAN MEWARNA KATEGORI B
Johan 11

Naib Johan 12
Tempat ke-3 13
Terbaik (Saguhati) 15-24

100 terbaik 26-127


PENGHARGAAN 128

USAHA TANGGA KEJAYAAN













Aishah dan Aiman merupakan 2 beradik. Aishah


berumur 7 tahun manakala Aiman

berumur 9 tahun. Mereka amat


nakal dan malas belajar. Oleh sebab itu, mereka


mendapat markah paling rendah di dalam

peperiksaan.



Ibu bapa mereka dipanggil oleh guru kelas


berhubung keputusan

peperiksaan itu. Ibu bapa


mereka amat kecewa dengan masalah tersebut.

Pelbagai cara sudah dilakukan oleh ibu bapa


mereka, namun Aishah dan Aiman tetap dengan


perangai yang sama. Jika Aishah dan Aiman tidak

mahu berusaha untuk belajar, semuanya sia-sia.



Ibu bapa mereka pernah mengupah guru untuk


mengajar Aishah dan Aiman supaya menjadi pandai.

Guru pertama adalah seorang lelaki berbadan

gempal, beliau mengajar Aiman dan


Aishah untuk membaca dengan

betul.



Malangnya, Aishah dan Aiman tidak menumpukan


perhatian. Mereka asyik bermain kejar mengejar di

dalam rumah. Cikgu tersebut menegur Aishah dan


Aiman tetapi mereka tidak mempedulikan teguran

tersebut. Guru tersebut berputus asa dan tidak


mahu mengajar mereka lagi.



Guru seterusnya adalah seorang

perempuan yang cantik dan berkaca


mata. Dia kelihatan garang. Dia


mengajar Aishah dan Aiman cara

mengira dengan betul.


Aishah dan Aiman berasa

amat bosan. Mereka


tidak mahu menumpukan


perhatian dan bercakap-cakap dengan suara yang

kuat sambil melompat-lompat kegirangan. Cikgu


perempuan tersebut berasa amat marah sambil

berkata “jangan dan duduk diam-diam!”. Aishah


dan Aiman tidak mempedulikan kata-kata cikgu


tersebut. Mereka terus bermain dan tidak

menumpukan perhatian. Cikgu perempuan tersebut


amat berang. Dia berteriak dengan sedih “saya tidak

mahu mengajar kamu yang tidak mahu belajar


dengan bersungguh-sungguh. Saya hendak

berhenti”.



Ibu bapa Aishah dan Aiman berasa amat kecewa


dan sedih. Ibu bapa mereka

berkata sekiranya Aishah dan


Aiman tidak mahu belajar, mereka tidak akan


menjadi pandai, mereka tidak boleh membaca,

menulis dan mengira dengan betul dan keputusan


peperiksaan masih lagi tercorot. Sekiranya mereka

tidak pandai, mereka akan menghadapi kesukaran


di dalam hidup. Mereka tidak boleh mencapai cita-


cita yang diimpikan. Aishah ingin menjadi seorang

doktor yang terkenal manakala Aiman


ingin menjadi seorang usahawan


yang berjaya.


Seorang doktor yang berjaya


perlu pandai dalam menulis,

membaca dan mengira untuk


mendapatkan maklumat mengenai


pesakit untuk merawat pesakit. Seorang usahawan

yang berjaya perlu pandai membuat pengiraan


untung dan rugi dalam perniagaan.

Usahawan juga perlu pandai


membaca dan mencari maklumat

untuk meluaskan perniagaan. Sekiranya Aishah dan


Aiman tidak berusaha dari sekarang, mereka


mungkin tidak akan dapat mencapai cita-cita

mereka. Melihat ibu bapa mereka kecewa, Aishah


dan Aiman berasa serba salah. Mulai saat itu,


Aishah dan Aiman nekad. Mereka ingin kedua orang

tua mereka berasa bangga dengan mereka. Aishah


dan Aiman belajar bersungguh-sungguh. Mereka




























menumpukan sepenuh perhatian setiap mata


pelajaran di dalam kelas.

Mereka juga akan ke Perpustakaan Awam Negeri


Perlis untuk meminjam buku. Perpustakaan Awam

Negeri Perlis ada menyediakan


pinjaman buku sebanyak 6

buah selama 3 minggu secara


percuma. Selain itu, mereka


juga membaca e-book yang terdapat di pangkalan

data U-Pustaka atas talian secara percuma di


https://www.u-library.gov.my/. Mereka amat


gembira dan teruja kerana terdapat beribu-ribu

koleksi e-book yang boleh dibaca. Mereka juga akan
































menelaah buku di Perpustakaan Awam Negeri Perlis


selepas habis waktu persekolahan. Selain itu,

mereka akan menyertai aktiviti galakan membaca

yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Negeri


Perlis. Pelbagai hadiah yang ditawarkan.


Ibu bapa Aishah dan Aiman berasa gembira dengan


perubahan anak-anak mereka. Pada peperiksaan


akhir tahun yang diadakan, Aishah

dan Aiman mendapat keputusan


yang baik. Guru-guru juga nampak

perubahan Aishah dan Aiman. Aishah dan Aiman


akan membaca di mana-mana sahaja dan dan bila-


bila masa terluang. Bukan itu sahaja, Aishah dan

Aiman juga mempunyai jadual belajar di rumah.


Mereka juga akan mengikut jadual yang dibuat.

Mereka akan membaca di rumah, sekolah,


perpustakaan, taman dan sebagainya. Itulah


hakikatnya, apabila kita rajin dan selalu berusaha,

pasti kita akan mendapat hasilnya. Membaca adalah


jambatan ilmu. Bangsa membaca bangsa berjaya.



Jom kawan-kawan tolong lakarkan Aishah dn Aiman

membaca di tempat kesukaan mereka. Berikut


adalah lakaran gambar kawan-kawan kita mengenai

Aiman dan Aishah.

TIGA TERBAIK



































SERATUS TERBAIK












































Click to View FlipBook Version