Kesan Kemusnahan
Flora Fauna
CHAI ZHEN HUI 3 DEDIKASI
Definisi
Flora membawa maksud `tumbuhan-tumbuhan
yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada
suatu masa’, manakala fauna pula bermaksud
`seluruh binatang yang hidup di suatu tempat’.
Kepupusan pula menurut kamus bahasa melayu
bemaksud `habis lenyap’. Kepupusan flora dan
fauna boleh di definisikan sebagai kebinasaan
atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan
semulajadi dari muka bumi.
1. Kitaran kehidupan akan terjejas
Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami
kepupusan yang serius, ia turut menjejaskan kitaran
kehidupan. Contohnya, haiwan yang diburu boleh
menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau
untuk mengawal populasi rusa dan kijang. Haiwan-
haiwan ini terus membiak dan mampu merosakkan
kawasan rumput di sekitarnya.
2. Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh
Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan tanah baru
mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok secara tidak langsung
mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan memastikan
tanah sentiasa berada dalam kedudukan semulajadi. Tetapi apabila hutan
dan pokok-pokok digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah.
Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk
menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah
runtuh berlaku. Dahulu negara di gemparkan dengan tragedi tanah runtuh
di Genting Highlands dan Highlands tower. Jika diperhatikan kawasan
sekelilingnya tidak banyak pokok dan ini menyebabkan hakisan tanah
sekaligus tanah runtuh pun berlaku.
3. Mencacatkan Pemandangan Alam
Apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam
semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata
hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia
yang kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan
serta hutan hujan tropika bertukar menjadi padang jarak padang
terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan
alam semulajadi.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum
melakukan sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan Negara menerusi
perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini
tidak dijaga dengan sebaik-baiknya tidak ada lagi yang tinggal untuk
generasi yang akan datang. Dunia ini adalah pinjaman manusia tidak berhak
untuk merampas atau meragut kekayaan dunia dengan sewenang-
wenangnya segala pekara yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa
untuk mengelakkan sebarang ancaman terhadap alam semulajadi.
Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua
jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.