The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelancaran Program Nilam dan Kempen Galakan Membaca

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anitaabyyadh, 2022-04-09 12:25:58

buku program nilam

Pelancaran Program Nilam dan Kempen Galakan Membaca

Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang
68000 Ampang Selangor.

Pelancaran
Program Nilam dan
Kempen Galakkan

Membaca

ANITA5380

Tarikh : 12 April 2022
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Tempat : Dewan Astana Cendekiawan

Pendahuluan

Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca peringkat SK Hulu
Kelang merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Pusat
Sumber Sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada murid tentang program yang dilaksanakan oleh pusat
sumber. Program ini mensasarkan penglibatan murid dari tahun 1
sehingga tahun 6. Program yang akan dilaksanakan secara tidak
langsung memberi peluang kepada murid untuk membaca pelbagai
bahan bacaan bagi membolehkan mereka berkongsi maklumat
melalui aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.

Matlamat

Matlamat program NILAM ialah membina tabiat membaca dalam
kalangan murid sekolah.

Objektif

a. Memberi pendedahan kepada murid tentang pelaksanaan

Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca di sekolah.
b. Menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya
c. Mencungkil bakat murid untuk berkarya dalam bidang

bahasa, kreativiti dan estetika.
d. Memupuk tabiat belajar sendiri dan menyelidik melalui

pencarian maklumat secara sistematik.

Jawatankuasa Induk

Jawatankuasa Kerja

Aturcara Majlis

Penghargaan

Ribuan terima kasih kepada
semua Warga Sekolah
Kebangsaan Hulu Kelang
yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam
menjayakan Pelancaran
Program Nilam dan Kem
Galakan Membaca peringkat
sekolah.


Click to View FlipBook Version