The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN KAJIAN TINDAKAN NOTA MINI INTERAKTIF B2P SEJARAH 2019 FINALE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismail.rumaizah, 2020-01-07 04:05:08

PENULISAN KAJIAN TINDAKAN NOTA MINI INTERAKTIF B2P SEJARAH 2019 FINALE

PENULISAN KAJIAN TINDAKAN NOTA MINI INTERAKTIF B2P SEJARAH 2019 FINALE

KAJIAN TINDAKAN NOTA MINI
INTERAKTIF (B2P) SEJARAH

1

Kandungan:

Halaman
1.0 Abstrak
2.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
3.0 Fokus Kajian
4.0 Objektif Kajian
5.0 Kumpulan Sasaran
6.0 Pelaksanaan Kajian - Tinjauan Masalah
7.0 Evolusi Penghasilan Bahan Inovasi
8.0 Isu & Permasalahan yang ditangani oleh Inovasi
9.0 Huraian Inovasi dabn Kos Penghasilan
10.0 Impak Keberkesanan Inovasi
11. Cadangan untuk kajian seterusnya
12. Bibliografi

2

RUMAIZAH BINTI ISMAIL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHAHARDIN, BATU 10,

71900 LABU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KEBERKESANAN KAEDAH “BACA KERAP INGATAN MANTAP”
MENGGUNAKAN NOTA MINI INTERAKTIF MATA PELAJARAN SEJARAH

“BACKPACK TO POCKET” (B2P)

1.0 ABSTRAK:

Inovasi Nota Mini “Backpack To Pocket” (B2P) ini adalah ciptaan saya sendiri
berdasarkan slogan “Baca Kerap, Ingatan Mantap”. Mata pelajaran seperti
Sejarah adalah sukar tanpa hafalan fakta yang mantap. Justeru, ianya menjadi
antara mata pelajaran yang paling tidak digemari oleh pelajar sedangkan ianya
salah satu mata pelajaran teras wajib lulus. Senario ini sangat membimbangkan.

Nota Mini B2P merupakan kompilasi tajuk-tajuk fokus tahun semasa bagi mata
pelajaran sejarah. Ianya boleh mengubah persepsi pelajar untuk lebih minat
mengembara di alam sejarah dan mengingati apa yang dipelajari dengan kaedah
lebih mudah dan menarik. Selain kriterianya yang mudah alih, mesra teknologi
digital dan kos penyediaan yang sangat rendah dibantu oleh kaedah pengolahan
yang efektif dan menarik samada secara konvensional mahupun digital amat
sesuai untuk semua tahap pelajar bahkan sangat dihargai oleh para guru.

Nota Mini B2P mengandungi kompilasi tajuk-tajuk penting dan sukar yang telah
diringkaskan tapi padat. Ianya lebih fokus kepada kata kunci untuk
memudahkan pelajar mengingati fakta-fakta penting melalui kaedah bacaan
berulang-ulang. “Kata kunci berfungsi sebagai pemicu pada pengeluaran
maklumat yang perlu diingati pelajar.” (Sutanto Windura, 2015).

Kelemahan pelajar membuat catatan nota ringkas juga menjadi punca saya
memperkenalkan Nota Mini B2P ini. Ianya secara tidak langsung menunjukkan
cara meringkaskan nota secara lebih tersusun dan efektif. “Kemungkinan
untuk mengingati item yang dicatat adalah enam kali lebih daripada item
yang tidak dicatat.” (Mohd Nasuha Jamidin, 1995).

Kelebihan kaedah Nota Mini B2P ialah ianya mesra teknologi digital. Ianya
boleh dimuat naik ke gajet pintar seiring dengan trend generasi masakini yang

3

tidak boleh berenggang dengan gajet mereka dan lebih berminat untuk
mengakses bahan berbentuk digital. “Pembaca kini mula mengubah tabiat
membaca dengan memilih format buku yang berbeza yang mudah diakses
dengan menggunakan pelbagai alat elektronik.” (Berita Harian, Buku
Elektronik pengaruhi minat membaca, 2019).
Kajian ini menggunakan kaedah kitaran Plan, Action, Observe and Reflect
dan merujuk kepada model kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988). Inovasi ini
juga boleh membantu menyelesaikan banyak masalah dalam senario sistem
pendidikan Malaysia seperti aspek meringankan bebanan beg pelajar,
menceriakan teknik pembelajaran tradisional yang membosankan dan
terpenting sekali, melahirkan generasi yang celik sejarah dan menghargai
kepentingannya. Nota Mini B2P ini adalah versatil kerana ianya boleh
diadaptasi untuk pengukuhan pelbagai mata pelajaran yang lain disebabkan oleh
konsepnya yang universal.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU:

Didapati peratus lulus keputusan SPM tidak mencapai had minimum 80%
seperti yang ditargetkan oleh PPD. Antara masalah yang dikenalpasti ialah :
Pelajar Cemerlang :

➢ Pelajar terpaksa merujuk banyak buku dan kurang mahir menulis nota
ringkas.

Pelajar Sederhana - Gagal-Lulus :
➢ Pelajar menghadapi masalah terlupa bawa buku atau tiada / hilang buku
teks.

KESANNYA : telah menyebabkan prestasi pencapaian pelajar sangat tidak
memuaskan.

4

3.0 FOKUS KAJIAN:

Fokus kajian saya adalah untuk melihat sejauh manakah konsep nota mini ini
dapat membantu pelajar dan guru. Hasil dari kajian ini melalui beberapa ujian
keberkesanan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca kepada responden, temubual
dengan pelajar dan guru-guru pengguna, saya mendapati sebahagian besar
pelajar yang didedahkan dengan konsep Nota Mini B2P ini telah berjaya
meningkatkan daya ingatan mereka dan membantu menguasai pembelajaran
dengan lebih cemerlang.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN:

4.1 Objektif Umum

4.1.1 Secara umumnya bertujuan untuk membantu pelajar membuat revisi
secara pantas, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan
mengunakan konsep nota mini samada secara kaedah konvensional
atau digital.

4.2 Objektif khusus:

4.2.1 Mengenalpasti keberkesanan Nota Mini B2P dalam membantu pelajar
mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah peringkat SPM.

4.2.2 Membantu pelajar menguasai teknik kemahiran berfikir dan belajar
menggunakan konsep nota mini berpandukan kata kunci.

4.2.3 Membantu pelajar meningkatkan daya ingatan, menambah keyakinan
dan memantapkan prestasi mereka dalam menguasai sesuatu topik
yang dipelajari.

4.2.4 Membudayakan penggunaan ICT dalam pembelajaran kini sudah
menjadi satu kelestarian. Penggunaan aplikasi digital yg sesuai yang
boleh memberi impak positif kepada keberkesanan dalam
pembelajaran adalah suatu nilai tambah yang tidak boleh diketepikan.
Sebagai contoh, penggunaan teknologi "Augmented Reality" seperti
yang ditawarkan secara percuma oleh aplikasi "Aurasma HP Reveal"
menjadikan Nota Mini B2P satu kaedah pembelajaran yg lebih
menyeronokkan.

5

5.0 KUMPULAN SASARAN :

Bahan inovasi ini disasarkan secara khususnya untuk kegunaan pelajar akan
tetapi ianya juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru secara amnya. Kajian
khusus telah dijalankan terhadap lima belas (15) orang responden yang juga
calon SPM tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin,
Labu, Negeri Sembilan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN - TINJAUAN MASALAH

PILIH SATU JALANKAN ANALISA
TOPIK UJIAN PRA KEPUTUSAN

Sesi uji prestasi mata Seramai 15 orang pelajar Hasil dapatan ujian
pelajaran sejarah bagi Tingkatan 5 diberi satu set seramai 10 orang pelajar
persediaan peperiksaan soalan objektif tidak mencapai markah
percubaan SPM yang rendah.

APLIKASI BAHAN SEDIAKAN KENALPASTI
INOVASI DALAM BAHAN INOVASI PERMASALAHAN

PdPc BERFOKUS Didapati pelajar tidak
membuat persediaan rapi
Seramai 15 orang pelajar Bahan inovasi Nota Mini untuk mengulangkaji
Tingkatan 5 diberi Nota B2P yang mengandungi pelajaran.
Mini B2P sebagai bahan tajuk-tajuk fokus dicipta
rujukan ulangkaji bagi memudahkan pelajar
membuat ulangkaji di
mana-mana dan bila-bila
masa.

JALANKAN UJIAN ANALISA KENALPASTI
PASCA KEPUTUSAN KEBERKESANAN &

Seramai 15 orang pelajar Hasil dapatan ujian semua KONGSIKAN
Tingkatan 5 diberi satu set pelajar menunjukkan Bahan inovasi B2P
soalan objektif peningkatan markah. didapati sangat
membantu pelajar kerana
ianya bersaiz kecil (poket)
mudah dibawa ke mana-
mana dan pelajar boleh
membaca bila-bila masa
dan mesra gajet pintar.

6

6.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca:

Kajian khusus telah dijalankan terhadap lima belas (15) orang responden yang
juga calon SPM tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Shahardin, Labu, Negeri Sembilan.

Responden Ujian Ujian Peratus (%)
Pra Pasca
Peningkatan
Pencapaian

R1 56% 72% 16%

R2 40% 60% 20%
22%
R3 60% 72%

R4 76% 92% 16%

R5 48% 64% 16%

R6 64% 72% 8%
16%
R7 52% 68%

R8 50% 62% 12%
8%
R9 40% 48% 4%
8%
R10 74% 78% 6%
12%
R11 56% 64% 10%
14%
R12 44% 50%

R13 54% 66%

R14 60% 70%

R5 70% 84%

7

GRAF KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN PASCA

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15
PRA PASCA

6.2 Analisis keberkesanan inovasi Nota Mini B2P dalam Pdpc melalui
ujian pra dan ujian pasca.

Berdasarkan Graf Keputusan Ujian di atas, keberkesanan Nota Mini B2P
dapat dilihat dari dapatan Ujian Pasca yang telah saya jalankan. Apabila
dibuat perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca, saya mendapati
telah berlaku peningkatan dari segi markah yang diperolehi oleh para
Responden. Keputusan Ujian telah menunjukkan hampir separuh daripada
responden telah menunjukkan peningkatan purata 15% - 20% daripada
markah mereka.

8

7.0 Evolusi penghasilan Nota Mini B2P-

Versi asal Nota Mini B2P Nota Mini B2P Versi 2.0
yang dicetak dengan menggunakan colour coding
menggunakan kertas biasa. bagi membezakan nota
tingkatan 4 (biru) dan
tingkatan 5 (Peach)

Nota Nini B2P Versi 4.0 Nota Nini B2P Versi 3.0 dicetak
Penggunaan teknologi menggunakan kertas “sticker”
"Augmented Reality" seperti yang pelekat, bagi memudahkan
ditawarkan secara percuma oleh ditampal dalam buku Nota Kecil
aplikasi "Aurasma HP Reveal" supaya mudah dibawa ke mana-
menjadikan Nota Mini B2P satu mana dan disimpan dalam
kaedah pembelajaran yg lebih poket bersama smartphone.
seronok dan lebih mudah diingati.

9

8.0 Isu / Masalah yang ditangani oleh inovasi :
8.1 Nota Mini B2P bersaiz poket, ringan dan versatil (boleh digunakan dalam

pelbagai cara) berbanding buku teks dan buku rujukan yang bersaiz besar
dan berat.
8.2 Nota Mini B2P ternyata sangat berkesan membantu pelajar membuat

ulangkaji secara pantas, pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa
perlu membuat rujukan kepada pelbagai jenis buku yang memenatkan
dan akhirnya mematikan minat pelajar.

8.3 Pelajar mudah lupa fakta-fakta penting menjadikan mereka tidak yakin
mengeluarkan hujah. Nota Mini B2P adalah solusinya kerana “Baca
Kerap, Ingatan Mantap”.

8.4 Pelajar tidak mahir memilih kata kunci untuk menulis nota ringkas yang
baik. Nota Mini B2P secara tidak langsung akan menunjukkan cara untuk
membuat nota ringkas dengan betul dan lebih efektif.

8.5 Seiring dengan kemajuan teknologi digital, Nota Mini B2P ini boleh
dikongsi di internet dan seterusnya mudah untuk dimuat turun ke dalam
gajet kesukaan pelajar (telefon pintar, tablet atau laptop). Pelajar dapat
mengakses bahan, membuat revisi secara pantas, bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja. Ianya bersesuaian dengan kaedah pembelajaran
atas talian yang menjadi trend generasi masakini.

8.6 Nota Mini B2P sebagai bahan bantu belajar yang “siap sedia diguna” untuk
pelajar yg kurang mahir menulis nota ringkas.

8.7 Memandangkan Sejarah sering dilabel sebagai mata pelajaran yang
kurang diminati, teknologi interaktif seperti “Augmented Reality” boleh
digandingkan dengan Nota Mini B2P dengan menggunakan aplikasi
percuma seperti “Aurasma HP Reveal” yang boleh dimuat turun ke dalam
gajet pintar pelajar sebagai nilai tambah bagi menjadikan proses
10

pembelajaran semakin menarik dan tidak membosankan. Ini seterusnya
akan merangsang minat pelajar untuk terus belajar.

8.8 Menangani masalah pelajar yang tertinggal buku di rumah. Nota Mini B2P
ternyata berjaya membantu mengurangkan masalah bebanan membawa
beg galas (“backpack”) pelajar yang sentiasa terisi pelbagai buku teks,
buku rujukan dan buku nota yang semestinya berat sehingga banyak yang
sering ditinggalkan di rumah sahaja.

9.0 Huraian Inovasi :
9.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Nota Mini B2P:
i Kertas A4 berpelekat sticker (untuk cetakan nota)
ii Buku Nota Mini
iii Keychain
iv Plastik Laminate

9.2 Cara Nota Mini B2P digunakan:
(Kaedah konvensional & Mesra Teknologi Digital)
Konvensional
1. Gunting Nota Mini B2P mengikut saiz kotak yang disediakan
2. Tampal keratan nota di dalam buku mini.

ATAU

1. Laminate setiap helaian Nota B2P
2. Gunting dan lubangkan sisi kanan atas potongan untuk jadikan

dalam bentuk Keychain ataupun bookmark.

**Nota Mini B2P sangat fleksibel iaitu boleh dipelbagaikan dalam
bentuk key chain, penanda buku, tampal di atas meja dan di tempat-
tempat yang strategik yang sering dikunjungi pelajar

Mesra teknologi digital

1. Muat turun aplikasi Aurasma Hp Reveal dari Google Playstore
2. Taip diruang Discover Auras - rumaizahismail’s Public Aura
3. Klik Follow
4. Sedia diguna

11

**Penggunaan teknologi "Augmented Reality" seperti yang ditawarkan
secara percuma oleh aplikasi "Aurasma HP Reveal" menjadikan Nota
Mini B2P satu kaedah pembelajaran yg lebih seronok dan lebih mudah
diingati.

9.3 Purata Kos penyediaan bahan inovasi Nota Mini B2P : Kos dikira
berdasarkan nota yang mengandungi 54 helaian.

9.3.1 Kos Buku Nota Mini

BIL. BAHAN KOS PER UNIT JUMLAH
(RM)
1. Kertas putih berpelekat 30 sen x 6 kpg 1.80
sticker
1.80
2. Cetakan (Refillable ink) 30 sen x 6 kpg

3. Buku nota kecil RM1 per unit 1.00

JUMLAH 3.60

9.3.2 Kos Key chain BAHAN KOS PER UNIT JUMLAH
BIL. (RM)
1.80
1. Kertas putih berpelekat 30 sen x 6 kpg
sticker 1.80

2. Cetakan (Refillable ink) 30 sen x 6 kpg

3. Key Chain Ring 30 sen per unit 0.30

4. Transparent binding 30 sen x 6 kpg 1.80
cover

JUMLAH 5.70

9.3.3 Kos Name card Pocket KOS PER UNIT JUMLAH
BIL. BAHAN 5 sen x 6 keping (RM)

1. Kertas putih biasa 0.30

2. Cetakan (Refillable ink) 30 sen x 6 keping 1.80

3. Name card pocket 70 sen x 4 unit 2.80

4. Tali Hijau 10 sen x 1 unit 0.10

JUMLAH 5.00

12

10.0 Impak keberkesanan inovasi Nota Mini B2P kepada pengajaran dan
pembelajaran :

10.1 Impak keberkesanan Inovasi B2P terhadap Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bagi mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah.

Graf di atas telah menunjukkan peningkatan peratus lulus mata pelajaran

Sejarah peringkat sekolah di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari
tahun 2014 – 2017. Mengekalkan Peratus lulus 80% ke atas.

BIL TAHUN PERATUS
1. 2014 80.4%
2. 2015 81.4%
3. 2016 85.5%
4. 2017 81.9%
5. 2018 80.21%

13

10.2 Impak keberkesanan Inovasi B2P terhadap pengajaran guru :

Seramai 290 responden rakan pendidik@guru telah memberi maklum
balas terhadap keberkesanan inovasi B2P.
Berikut adalah rumusan dapatan dari hasil kajian tersebut :

Graf di atas menunjukkan 82.1% guru suka dengan inovasi B2P.

Soalan : Adakah anda suka dengan projek inovasi B2P

Skala 10 82.1%

Skala 9 6.6%

Skala 8 6.9%

Skala 7 3.1 %

Carta pai di atas menunjukkan 98.6% guru bersetuju bahawa inovasi
B2P menepati ciri pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Soalan : Adakah inovasi B2P ini menepati ciri pengajaran dan

pembelajaran berkesan?

YA 98.6%

TIDAK -

KURANG PASTI 1.4%

14

Carta pai di atas menunjukkan 99.3% guru bersetuju bahawa inovasi
B2P menjimatkan masa dan kos proses PdPc.

Soalan : Adakah inovasi B2P ini menjimatkan masa dan kos

YA 99.3%

TIDAK -

KURANG PASTI 0.7%

Carta pai di atas menunjukkan 96.9% guru bersetuju bahawa inovasi
B2P ini sesuai untuk mata pelajaran lain.

Soalan : Adakah inovasi B2P ini sesuai untuk mata pelajaran

lain?

YA 96.9%

TIDAK 0.7%

KURANG PASTI 2.4%

15

Carta pai di atas menunjukkan 97.6% guru bersetuju menggunakan
inovasi B2P sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Soalan : Adakah anda akan menggunakan inovasi B2P sebagai

medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah

YA 97.6%

TIDAK 1.4%

KURANG PASTI 1%

10.3 Impak keberkesanan Inovasi B2P terhadap pembelajaran murid :

Seramai 185 responden pelajar telah memberi maklum balas terhadap
keberkesanan inovasi B2P.
Berikut adalah rumusan dapatan dari hasil kajian tersebut :

Carta pai di atas menunjukkan 83.2% suka kepada inovasi Nota Mini
B2P

Soalan : Adakah anda suka dengan projek inovasi B2P
Skala 10 83.2%
Skala 9 5.9%
Skala 8 4.9%
Skala 7 2.2 %
Skala 6 1.1%
Skala 5 2.7%

16

Carta pai di atas menunjukkan 95.7% pelajar bersetuju bahawa
inovasi B2P memudahkan mereka mengingati fakta.

Soalan : Adakah inovasi B2P memudahkan anda mengingati fakta?

YA 95.7%

TIDAK 0.5%

KURANG PASTI 3.8%

Carta pai di atas menunjukkan 96.2% pelajar setuju bahawa inovasi
B2P menjimatkan masa dan kos.

Soalan : Adakah inovasi B2P menjimatkan masa dan kos?

YA 96.2%
TIDAK 0.5%
KURANG PASTI 3.2%

17

Carta pai di atas menunjukkan 97.3% pelajar bersetuju bahawa
inovasi B2P membantu mereka memantapkan proses pembelajaran
mereka.

Soalan : Adakah inovasi B2P membantu anda memantapkan proses

pembelajaran anda?

YA 97.3%

TIDAK -

KURANG PASTI 2.7%

Carta pai di atas menunjukkan 89.2% pelajar akan menggunakan
kaedah inovasi B2P dalam semua mata pelajaran.

Soalan : Adakah anda akan menggunakan kaedah inovasi B2P ini

dalam semua mata pelajaran?

YA 89.2%

TIDAK 3.2

KURANG PASTI 7.6%

18

11.0 Potensi Nota Mini B2P untuk disebar luas :

11.1 Bahan inovasi yang mesra pengguna – kos murah, ringan, mudah
dibawa dan boleh di sediakan dalam pelbagai bentuk (fleksibel) – juga
menjana kreativiti guru dan pelajar.

12.2 Merentas kurikulum dan pelbagai guna :

Contoh :
Matematik & Sains - Formula
BM & BI – contoh-contoh karangan
Pendidikan Islam – Koleksi maksud dan istilah

Nota Mini B2P Matematik Nota Mini B2P Pend. Islam Nota Mini B2P B. Inggeris

13.3 Mesra Teknologi Digital – boleh dimuat naik ke telefon pintar /gajet
elektronik yang boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa
sahaja. Memandangkan Sejarah sering dilabel sebagai mata pelajaran
yang kurang diminati, teknologi interaktif seperti “Augmented Reality” boleh
digandingkan dengan Nota Mini B2P dengan menggunakan aplikasi
percuma seperti “Aurasma HP Reveal” yang boleh dimuat turun ke dalam
gajet pintar pelajar sebagai nilai tambah bagi menjadikan proses

pembelajaran semakin menarik dan tidak membosankan. Ini seterusnya
akan merangsang minat pelajar untuk terus belajar.

19

11.0 Cadangan untuk kajian Seterusnya :
Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk membina aplikasi
Nota Poket Sejarah Interaktif (B2P) yang boleh dimuat naik ke dalam gajet
pintar seperti telefon pintar, komputer riba dan tab seiring dengan kemajuan
teknologi terkini. Melalui kajian ini juga, saya berharap dapat melestarikan
Kosep Hijau iaitu mensifarkan penggunaan kertas. Seterusnya, saya berharap
agar budaya “Baca Kerap, Ingatan mantap” dapat direalisasikan dengan
menggunakan telefon pintar kerana bahan Nota Poket Sejarah Interaktif
(B2P) ini dapat diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

12.0 Bibliografi :
Mohd. Nasuha Jamidin et al, (1991). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Sutanto Windura, (2015). Be An Absolute Genius. Selangor. PTS Publishing
House
Berita Harian, Buku Elektronik pengaruhi minat membaca, 2019.

20

KEUNIKAN KAEDAH INOVASI B2P DWI PLATFORM

(TRADISIONAL DAN DIGITAL)

TRADISIONAL

21

DIGITAL

Langkah-langkah untuk install Apps HP reveal dalam Smartphone
Penggunaan HP Reveal – Nota B2P Link dengan Buku Teks

Contoh Nota B2P yang Penggunaan HP Penggunaan HP Penggunaan HP
telah ditampal dalam buku Reveal – Reveal – Reveal –
Nota Kecil supaya mudah Mengimbas Nota B2P Imbas Nota B2P akan Imbas Nota B2P akan
dibawa kemana-mana dan pop up contoh pop up contoh
disimpan dalam poket soalan Jawapan
bersama smartphone
22

PERKONGSIAN DARI GURU-GURU SEKOLAH LAIN –
PENGGUNAAN BAHAN INOVASI SEBAGAI BUKTI BAHAN
INOVASI B2P BERPOTENSI UNTUK DISEBAR LUASKAN.

B2P dicetak size A3 ditampal di meja kantin bagi memudahkan pelajar mengakses maklumat.

23

B2P dibuat dalam bentuk keychain

B2P ditampal dalam buku nota kecil B2P dapat diakses melalui smart phone

24

SOKONGAN DAN PENGESAHAN PAKAR

PENGETUA PENGETUA SEKOLAH
PUAN HAJAH SITI ZAIDAH BINTI ISMAIL

25

SOKONGAN DAN PENGESAHAN PAKAR

DR. FATIMAH BINTI MOHD DAHALAN
PENSYARAH KANAN JABATAN SAINS SOSIAL (UNIT SEJARAH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK NEGERI SEMBILAN

26

B2P & MYIPO

27

SOKONGAN DAN TESTIMONI PERKONGSIAN
INOVASI B2P BERSAMA RAKAN GURU
DI ALAM MAYA

28

SOKONGAN DAN TESTIMONI PERKONGSIAN
INOVASI B2P BERSAMA RAKAN GURU
DI ALAM MAYA

29

SOKONGAN DAN TESTIMONI PERKONGSIAN
INOVASI B2P BERSAMA RAKAN GURU
DI ALAM MAYA

30

31


Click to View FlipBook Version