SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULAIMAN
KM 4 JALAN KUALA LUMPUR
28700 BENTONG PAHANG
Panduan penghasilan
folio ikatan dan
simpulan
PENGENALAN
Mengikut pendapat, ada yang mengatakan orang Mesir adalah orang yang pertama
menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan
kurma, bulu unta dan akar kayu. Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang
yang tertentu. Kemudian, rotan akar-akar kayu digunakan. Setelah itu, tali diperbuat daripada
sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetics). Tali dalam pelbagai
saiz lilitannya dan digunakan untuk pelbagai kegunaannya.
Ikatan dan simpulan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap ahli
pengakap. Ikatan dan simpulan banyak digunakan untuk pembuatan gajet dan pionering. Jenis-
jenis dan ikatan dan simpulan mengikut kegunaan masing-masing. Terdapat lebih kurang 3000
jenis ikatan dan simpulan. Pada zaman dahulu, tali dihasilkan daripada kulit kayu, bulu-bulu
haiwan, akar-akar kayu, sabut dan jerami.
Definisi IKATAN DAN SIMPULAN
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang
digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,
penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis
ikatan dan simpulan pada setiap masa. Dua definisi yang perlu diketahui tentang
simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting) dan ikatan (lashing).
MAKSUD IKATAN DAN SIMPULAN
SIMPULAN
• Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
• Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana.
• Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di
hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan
MAKSUD IKATAN DAN SIMPULAN
IKATAN
• Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan pengakap dan kepanduan beberapa ikatan
digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit
balak.
JENIS-JENIS TALI
Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan
berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah:
• Tali Gentian Manila
• Tali Sabut
• Tali Sas
• Tali Kapas
JENIS-JENIS TALI
Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada
bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber
buatan manusia ialah:
• Tali Nylon
• Tali Hawser-Laid
• Tali Karamental
• Tali Polyester
• Tali Wayar
IKATAN BUKU SILA
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain
anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan
untuk mematikan sebarang ikatan.
Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang
dibuka semula.
IKATAN BUKU SILA
FUNGSI
• Untuk menyambung dua tali saiz yang sama
• Untuk mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas
TEKNIK
• Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
• Masukkan hujung A di bawah B.
• Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
IKATAN BUKU SILA
IKATAN BUKU SILA
IKATAN BUNGA GETI
Ikatan bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama
besar saiznya.
Ikatan ini juga untuk menyambung tali yang sama saiz dan tali yang
licin.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
IKATAN BUNGA GETI
FUNGSI
• Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.
• Mengikat tali ke suatu tanjul.
TEKNIK
• Mulakan simpul.
• Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
IKATAN BUNGA GETI
IKATAN SIMPUL MANUK
Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan
ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.
Ikatan simpul manuk digunakan untuk mengikat benda yang licin
seperti kayu, hujung pancang khemah dan botol.
Ia mudah untuk diikat dan disimpulkan dan mudah ditanggalkan atau
dibuka.
IKATAN SIMPUL MANUK
FUNGSI
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
• Ia juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
TEKNIK
• Mulakan simpul pada kayu.
• Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
• Tarik hujung tali.
IKATAN SIMPUL MANUK
SIMPUL TINDIH KASIH
Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang
tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.
Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat
seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
SIMPUL TINDIH KASIH
FUNGSI
• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
TEKNIK
• Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
• Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
• Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
SIMPUL TINDIH KASIH
IKATAN LILIT DUA SIMPUL
Ikatan simpul dua simpul adalah sangat kuat dan teguh serta satu
simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali.
Ikatan ini digunakan untuk mematikan ikatan ke pokok, tiang atau ke
pacang setelah mengikatnya.
Ikatan ini juga mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal.
IKATAN LILIT DUA SIMPUL
FUNGSI
• Mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini
mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal.
• Memudahkan kepanjangan tali diubah-ubah, tali mudah dibuka semula dan tidak mudah
tanggal ikatannya.
TEKNIK
• Mulakan dengan simpulan.
• Kemudian lakukan dua lengkungan.
• Tarik satu bahagian untuk mengemaskan simpul.
IKATAN LILIT DUA SIMPUL
IKATAN LILIT PEMATI BIASA
Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan
kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan ditarik.
Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu ia dipanggil simpul mati.
Satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai
ikatan di hujung.
IKATAN LILIT PEMATI BIASA
FUNGSI
• Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.
TEKNIK
• Letakkkan tali kecil.
• Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah teburai. Lilitan tali kecil boleh
dibuat 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung ke dalam hujung kedua.
• Seterusnya, tarik hujung tali kecil ke bawah.
• Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.
IKATAN LILIT PEMATI BIASA
IKATAN SIMPUL HIMPIT
Ikatan simpul himpit untuk sambung dua utas tali yang halus, licin dan
sama besar seperti tali pancing.
Ia digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.
IKATAN SIMPUL HIMPIT
FUNGSI
• Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
• Ikatan ini kuat dan kukuh.
• Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
TEKNIK
• Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
• Lakukan 2 lingkaran tali.
• Pada hujung tali itu boleh diikat.
IKATAN SIMPUL HIMPIT
IKATAN SIMPUL PULIH
Ikatan simpul pulih digunakan untuk memendekkan tali tanpa
memotongnya serta untuk menguatkan tali pada bahagian yang reput,
hendak putus atau rosak.
IKATAN SIMPUL PULIH
FUNGSI
• Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.
• Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
TEKNIK
• Mulakan simpul pulih.
• Kemudian membentukkan satu pusingan setiap hujung.
• Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.
IKATAN SIMPUL PULIH
SIMPUL BUNGA
GETI BERGANDA
Ikatan bunga geti berganda adalah lebih kukuh daripada ikatan bunga geti
tunggal dan ia digunakan untuk menyambungkan dua tali yang
mempunyai saiz yang amat jauh berbeza.
Bunga geti berganda dibentuk sama seperti bunga geti tunggal kecuali
selepas sahaja membuat setengah belit dengan tali kecil, ianya diteruskan
membuat pusingan bulat di sekeliling tali besar.
SIMPUL BUNGA
GETI BERGANDA
FUNGSI
• Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar.
• Untuk menyambung dua tali yang licin.
• Dua lilitan adalah lebih selamat.
TEKNIK
• Menggunakan tali yang berlainan saiz dan membuat simpulan bunga geti ke atas
satu lagi tali.
SIMPUL BUNGA
GETI BERGANDA
IKATAN BALAK
Ikatan balak ialah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik
beban seperti tongkol kayu dan sebagainya.
Ikatan balak digunakan untuk mengangkat atau menurunkan kayu,
papan dan sebagainya.
IKATAN BALAK
FUNGSI
• Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
• Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
• Untuk memulakan ikatan serong.
TEKNIK
• Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
• Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.
IKATAN BALAK
IKATAN SERAYA
Ikatan seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang
buluh yang bersilang.
Ikatan ini juga digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang
dengan sudut tepat.
IKATAN SERAYA
FUNGSI
• Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
TEKNIK
• Dimulakan dengan simpul manuk.
• Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
• Seterusnya dililitkan di celah kayu.
• Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
IKATAN SERAYA
IKATAN SERONG
Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan
sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat
kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan
dengan simpulan manuk.
IKATAN SERONG
FUNGSI
• Untuk mengikat dua batang kayu yang bersilang mempunyai sudut serong.
• Dimulakan dengan lilit balak dan dimatikan dengan simpul manuk.
TEKNIK
• Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
• Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manuk.
IKATAN SERONG
REFLEKSI KENDIRI
Alhamdullillah, saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat menyelesaikan
tugasan yang diberikan. Saya berasa teruja ketika hendak menyelesaikan tugasan
kerana saya mendapat banyak maklumat mengenai ikatan dan simpulan dalam Unit
Beruniform Pengakap.
PENGHARGAAN
Syukur alhamdullillah kepada Allah kerana atas izin-Nya saya dapat menyelasaikan Folio Ikatan
dan Simpulan dengan jayanya. Insya Allah tugasan pengakap ini akan memberi manfaat
kepada saya dari segi pengetahuan dan kemahiran yang terdapat dalam pengakap.
Saya Nurnajla Zarifah binti Akhbar Zahim ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
penasihat iaitu Puan Aina, Puan Lim, Encik Azman, Puan Foong, Encik Hafizi, Encik Nazri dan
Encik Roslan kerana guru-guru ini telah memberi tunjuk ajar kepada saya.
PENGHARGAAN
Saya ingin berterima kasih juga kepada kepada kedua ibu bapa saya iaitu ibu
kesayangan iaitu Nurashikin binti Abu Bakar dan ayah yang tercinta iaitu Akhbar Zahim
bin Said kerana sentiasa memberi dorongan, sokongan dan memberi idea untuk
menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, saya ingin jutaan berterima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah yang
dapat membalas budi kalian. Sekian,terima kasih.