SEKALUNG BICARA
Y.BRS. TUAN HAJI AFANDY BIN SUTRISNO TANJUNG
Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua ahli persatuan yang dihormati.
Alhamdulillah Buletin Aktiviti PSiKEM bagi sesi 2019-2021 berjaya diterbitkan. Terima kasih kepada ahli-
ahli PSiKEM yang telah memberi mandat kepada barisan exco-exco 2019-2021 bagi menerajui PSiKEM di
Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesi 2019/2021 ini.
Alhamdulillah, sepanjang sesi 2019-2021 kepimpinan PSiKEM, banyak kejayaan yang dirangkul oleh
persatuan terutamanya dalam penganjuran program/aktiviti sama ada di peringkat KKM mahupun nasional
walaupun terpaksa berhadapan dengan Pandemik Covid-19 yang dialami oleh semua negara di dunia ini.
Alhamdulillah kita masih mampu melaksanakan amanah yang diberikan! Tahniah Exco PSiKEM 2019-2021 dan
semua ahki PSiKEM yang sama-sama menjayakan segala aktiviti yang dirancang.
Diharapkan buletin yang memaparkan aktiviti PSiKEM ini menjadi satu sejarah yang gemilang kepada kita
semua ahli PSiKEM. Mari kita sama-sama berdoa agar kepimpinan PSiKEM akan terus cemerlang pada masa
akan datang.
Kepada sahabat-sahabat exco yang saya sayangi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Barisan Exco PSiKEM 2019-2021 yang telah banyak berkorban masa
terutamanya hujung minggu, masa cuti, dan bertungkus lumus dalam bersama-sama melaksanakan amanah
serta tanggunjawab yang diberikan dengan jayanya. Tanpa anda semua, sukar persatuan ini melaksanakan
mandat yang diamanahkan.
Akhir sekali, saya mewakili rakan-rakan Exco PSiKEM ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
kepada semua ahli PSiKEM sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang kami menerajui persatuan ini. Semoga
kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya. Semoga PSiKEM terus cemerlang dan gemilang sebagai tonggak
Profesion Pegawai Psikologi di KKM ini.
Sekian Terima kasih.
Tuan Haji Afandy bin Sutrisno Tanjung
PRESIDEN PSiKEM
Sesi 2019/2021
KEJAYAAN PSIKEM SELAKU RAKAN STRATEGIK
COUNSELING
FOR
WELLNESS
KERJASAMA STRATEGIK
PSIKEM & PERKAMA
INTERNATIONAL
Kerjasama PSiKEM dan PERKAMA
International dalam menganjurkan
webinar "Counseling for Wellness'
melalui FB Live di page PERKAMA
International telah dilihat sebagai satu
usaha yang baik dalam penyampaian
ilmu kepada masyarakat. Program ini
telah dijalankan bermula Jun 2020
sehingga Disember 2020.
INFORMASI PEGAWAI PSIKOLOGI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA