INFO RINGKAS
Jemaah Nazir Negeri Perak
1 Usaha pihak Jemaah Nazir Negeri Perak untuk melonjakkan
peranan Nazir Sekolah bagi membantu sekolah
Meningkatkan kualiti kepimpinan
Meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran
Melahirkan Pengetua Cemerlang
Membangunkan guru cemerlang / pensyarah
cemerlang
Meningkatkan kualiti sekolah & kemenjadian murid
PENERANGAN LOGO
Simbol • Gabungan akronim S.M.T.
Anak panah di dalam simbol • Objektif JNNPK ke arah semangat “keterbilangan”
8 garisan kecil & 1 anak panah • 9 fungsi JNNPK
4 garisan kecil di kiri & kanan • Kumpulan sasaran : murid, guru, PIBG dan JPN/PPD.
Warna merah, jingga dan • Warna korporat iaitu identiti JNNPK sebagai sebuah
kekuningan
entiti semak dan imbang dalam pendidikan
KANDUNGAN
BIL M/S
1. Prakata Ketua Nazir Negeri Perak 1
2-3
2. Amanat Cg. Ketua Nazir Sekolah
4
3. Tunjang Budaya Kerja KPM 5
6
4. Visi, Misi dan Matlamat KPM 7
8 - 11
5. Visi, Misi dan Matlamat Jemaah Nazir Negeri (JNN) Perak 12 -13
14
6. Piagam Pelanggan Jemaah Nazir KPM 14
15
7. Akta Pendidikan 1996 16
17
8. Etika Penaziran 18
19
9. 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 20
21 - 23
10. 6 Asprasi Kemenjadian Murid 24
25
11. 11 Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 26
27 - 28
12. 12 Inisiatif Terbaru Peringkat Sekolah 29 - 30
31
13. Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 32
33
14. Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2019 34 - 35
36
15. Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2020 37
38
16. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) 39
40
17. Kerangka Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 41 - 44
45 - 46
18. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) 49
50
19. 5 Standard Asas PAK 21 51
52
20. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
53
21. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
54
22. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 55
56 - 57
23. Pelaksanaan Dasar 1M1S 58
59
24. Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 59
60
25. Revolusi Industri 4.0 60
60
26. Program Sekolah Amanah 60
27. Program Kolej Vokasional
28. Sekolah Model Khas Komprehensif (K9)
29. Sekolah Orang Asli (SOA)
30. Pelaksanaan Kelas Bercantum Dengan Pengajaran Pelbagai Gred
31. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
32. Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)
33. Murid Berkeperluan Khas
34. Sejarah Ringkas Jemaah Nazir Perak
35. Senarai Ketua Nazir Sekolah (KNS) KPM
36. Senarai Ketua Nazir Negeri (KNN) Perak
37. Bilangan Sekolah Negeri Perak Berdasarkan PPD/Jenis Sekolah
38. Bilangan Sekolah Pendidikan Khas/ Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI)/Prasekolah/ Rendah/ Menengah Negeri Perak
39. Agihan Sekolah Transformasi TS25
40. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
41. Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
42. Senarai Sekolah Orang Asli (SOA)
43. Senarai Sekolah Pedalaman
44. Senarai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9)
45. Senarai Sekolah Pulau
46. Senarai Program Sekolah Amanah
47. Senarai Sekolah Ground Up School Transformation (GUSTO)
48. Senarai Sekolah Seni
Prakata Tuan Ketua Nazir Negeri Perak
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam "Sederap Menjadi Terbilang"
Alhamdulillah, saya menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya,
Info Ringkas Jemaah Nazir Negeri Perak 2021 dapat diterbitkan. Dalam kesempatan ini saya merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada warga kerja yang terlibat dalam menghasilkan Info Ringkas ini secara lengkap dan
bermaklumat.
Perubahan dan perkembangan semasa Dasar Pendidikan Negara, menuntut warga Jemaah Nazir Negeri Perak untuk turut
menjadi tunjang utama dalam menjayakan visi dan misi Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh yang demikian, kita
perlu bersedia menghadapi cabaran mendatang dengan penuh iltizam dan nilai kerja profesional yang tinggi. Sehubungan itu,
Inisiatif Strategik Jemaah Nazir Negeri Perak 2021 - 2024 (ISJNNPK) telah diperkenalkan, iaitu "Sederap Menjadi Terbilang"
(#SMT). Ia merupakan satu usaha pihak Jemaah Nazir Negeri Perak untuk melonjakkan peranan Nazir Sekolah bagi
membantu sekolah menerusi lima perkara utama iaitu Meningkatkan Kualiti Kepemimpinan, Meningkatkan Kualiti Pengajaran
dan Pembelajaran, Melahirkan Pengetua Cemerlang, Membangunkan Guru/Pensyarah Cemerlang dan akhir sekali
Meningkatkan Kualiti Sekolah & Kemenjadian Murid. Tercetusnya Inisiatif Strategik Jemaah Nazir Negeri Perak 2021 - 2024
menjadi wadah untuk memperkukuhkan ketrampilan Jemaah Nazir Negeri Perak dalam memperkasakan organisasi sebagai
institusi pemastian standard kualiti pendidikan berwibawa akan terus kekal releven. Justeru, saya yakin dan percaya akan
keupayaan warga Jemaah Nazir Negeri Perak untuk terus menggembeling usaha, tenaga, dan minda dalam
mempertingkatkan kualiti pendidikan secara profesional, berkualiti, dan beretika.
Akhir kata, semoga Info Ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh semua Nazir Sekolah dan Anggota Kumpulan Pelaksana Jemaah
Nazir Negeri Perak.
Sekian, salam hormat.
….…………………………………...
(MOHD LOTPI BIN RAZALI, AMP)
Ketua Nazir Negeri
Jemaah Nazir Negeri Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia
1
Amanat Tuan Ketua Nazir Sekolah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya jua kita dapat berhimpun bersama-sama dalam Majlis Amanat pada hari ini. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua warga Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga tahun 2021 yang baru sahaja menyingkap tirainya, akan memberikan iltizam kepada kita semua untuk mencurahkan
khidmat bakti khususnya dalam memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada dalam tahap yang disasarkan. Peranan ini
perlu dilaksanakan secara optimum bagi memastikan semua usaha KPM dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara
berada pada landasan yang sepatutnya, khususnya di peringkat sekolah. Penegasan mengenai peranan ini sebagaimana
yang dicatatkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) yang memperuntukkan tanggungjawab
kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi
pendidikan.
Sehubungan itu, Nazir Sekolah perlu diperkukuhkan dan diperkasakan dengan kompetensi dan ketrampilan bagi
merealisasikan hasrat dan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara amanat yang perlu diperhalusi secara serius
antaranya;
1. Memperkukuhkan sistem yang disedia ada dengan pengurusan yang efisen dan efektif.
2. Perubahan untuk penambahbaikan perlu diusahakan, meskipun perubahan tersebut hanya sedikit.
3. Sentiasa memandang serius pada keadaan situasi persekitaran sehingga dapat menghasilkan impak yang positif.
4. Perubahan corak pemikiran terhadap minda semua Nazir Sekolah, dengan mengamalkan amalan empat “S” (4S)
iaitu ;
a Segera
b Situasi semasa
c Sungguh - sungguh
d.Sedikit – sedikit
5. Perubahan gerak kerja yang lebih berkualiti, membuat keputusan yang betul, menggunakan sumber dari struktur yang
tepat di tempat yang betul.
6. Mengamalkan Tunjang Budaya Kerja KPM, iaitu; a. Kualiti. b. Produktiviti c. Modenisasi.
7. Melaksanakan perubahan dalam persepsi, terutama persepsi kendiri dengan menanamkan budaya mesra pelanggan
dengan penawaran perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti, di samping meningkatkan kebolehgunaan, kepercayaan dan
menerima Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2),bukan sahaja sekolah, malahan terhadap pihak
luar dari KPM.
8. Kecemerlangan Jemaah Nazir adalah seiring dengan perubahan semasa kerana ia adalah satu-satunya badan organisasi
bagi pemastian standard kualiti pendidikan di Malaysia. Ketrampilan, sahsiah dan peneguhan integriti yang cemerlang perlu
dipamerkan dan dijiwai oleh setiap warga Jemaah Nazir. Hal ini memberikan impak yang positif terhadap kehadiran nazir
oleh pihak sekolah.
9. Warga Jemaah Nazir perlu mengamalkan empat gerak kerja jemaah nazir, iaitu;
a. Pemeriksaan
b. Memberikan nasihat
c. Menyediakan pelaporan yang berimpak tinggi 2
d.Melaksanakan tindakan berserta penambahbaikan yang tepat dan bersesuaian.
10. Warga Jemaah Nazir perlu memantapkan gerak kerja manual yang berkualiti, terutama dalam memenuhi tuntutan tugasan
nazir.
11. Meningkatkan bilangan guru cemerlang dan pensyarah cemerlang dengan unjuran sasaran terkini yang melibatkan guru
cemerlang di sekolah rendah kepada 60%, sekolah menengah 50% dan pensyarah cemerlang 70% mulai tahun 2021.
12. Meningkatkan pemeriksaan terhadap sekolah yang belum diperiksa. Terdapat lebih 50,000 buah sekolah rendah dan
menengah yang masih tidak dapat diperiksa sepanjang lima tahun kebelakangan.
13. Penggunaan Dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) diterima oleh semua pihak, digunakan
dalam semua keadaan secara bersistematik dan digunapakai oleh semua PGB sebagai panduan pengurusan di sekolah
masing-masing.
14. Berperanan menawarkan khidmat bantu serta sokongan kepada guru cemerlang untuk mencapai taraf antarabangsa.
15. Meningkatkan nama baik Jemaah Nazir agar dikenali dan dipandang tinggi dengan melaksanakan jaringan dan jalinan di luar
negara terutama di Asia Tenggara.
16. Meningkatkan pembangunan kapasiti Jemaah Nazir terhadap kemahiran dalam bidang tugas seiring dengan penggunaan
teknologi maklumat tanpa ketinggalan ke belakang.
17. Sentiasa melaksanakan “Rapport” yang baik kepada institusi yang menjadi rakan strategik Jemaah Nazir seperti Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan organisasi korporat yang sedia ada di Malaysia.
18. Perkembangan teknologi yang semakin pesat, Nazir Sekolah perlu menguasai teknologi digital sehingga dapat membina
dashboard penyimpanan data di setiap Jemaah Nazir Negeri masing-masing.
19. Nazir Sekolah perlu memantapkan diri dengan meningkatkan kualiti menerusi lima amalan gerak kerja seperti ;
a. Kualiti
b. Ketrampilan penampilan
c. Komunikasi
d. Disiplin diri
e. Imej dan personaliti
20. Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan melaksanakan perkongsian ilmu pengetahuan dalam
kalangan nazir sendiri menerusi pelaksanaan perkongsian pembelajaran kendiri. Hal ini diharapkan meningkatkan kompetensi
nazir selaku badan pemastian standard kualiti pendidikan Malaysia.
Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga Jemaah Nazir untuk sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab masing-masing. Gandakan usaha kita untuk menuju ke mercu kegemilangan. Bangkit berdiri dan seiring
sejalan dengan saya. Semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan perkhidmatan khususnya dalam pemastian standard
kualiti pendidikan berwibawa akan terus kekal releven dan tercapai dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Cg. Shafruddin bin Haji Ali Hussin
Ketua Nazir Sekolah
Jemaah Nazir
Kementerian Pendidikan Malaysia
3
VISI, MISI DAN MATLAMAT KPM
4
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MATLAMAT
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan
negara.
• Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.
VISI, MISI DAN MATLAMAT JEMAAH NAZIR
5
VISI
JN INSTITUSI PEMASTIAN
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN BERWIBAWA
MISI
MENAZIRI DAN MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI INSTITUSI
PENDIDIKAN SECARA PROFESIONAL,
BERKUALITI DAN BERETIKA
MATLAMAT
• Meningkatkan keupayaan JN mengesan tahap kualiti pembelajaran dan
pengajaran di institusi pendidikan dengan melakukan pelbagai aktiviti
penaziran.
• Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya
menjadi efektif dan cekap
• Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak
dalam pendidikan.
• Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat
yang cekap dan berkesan
• Menggiatkan program peningkatan kecekapan nazir sekolah secara
berterusan dalam bidang penaziran; dan
• Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan Jabatan Pendidikan
Negeri dan memastikan nasihat dan syor-syor JN kepada institusi
pendidikan diberi perhatian.
PIAGAM PELANGGAN JEMAAH NAZIR KPM
6
Kami, warga Jemaah Nazir dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan
ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:
1. Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5)
tahun bagi sekurang-kurangnya 70 peratus sekolah.
2. Memberi nasihat kepada setiap institusi pendidikan yang diperiksa semasa
Perjumpaan Penutupan pada hari terakhir setiap pemeriksaan bagi
membolehkan institusi berkenaan mengambil tindakan penambahbaikan.
3. Menghantar dapatan pemeriksaan secara bertulis kepada institusi pendidikan
yang diperiksa:
a. Dalam tempoh 10 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan bagi
Pemeriksaan Penarafan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP),
Pemeriksaan Penarafan Institusi Pendidikan dan Pemeriksaan Penarafan
Pelaksanaan Dasar atau Program Pendidikan; dan
b. Pada hari akhir semasa Perjumpaan Penutupan bagi Pemeriksaan Tindak
Ikut.
4. Mengemukakan Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan
kepada Menteri Pendidikan:
a. Pemeriksaan Penarafan PdP dalam tempoh 40 hari bekerja selepas tamat
pemeriksaan;
b. Pemeriksaan Penarafan Pelaksanaan Dasar atau Program Pendidikan
dalam tempoh 40 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan; dan
c. Pemeriksaan Penarafan Institusi Pendidikan dalam tempoh 45 hari bekerja
selepas tamat pemeriksaan.
5. Mengemukakan senarai taraf institusi pendidikan berdasarkan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia kepada Pengurusan tertinggi KPM pada bulan April
setiap tahun.
7
AKTA PENDIDIKAN 1996
BAHAGIAN X
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Bab 1:BJeAmaah Nazir
Kewajipan Ketua Nazir.
117. Ketua Nazir hendaklah:-
(a) bertanggungjawab dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang
dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang
memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan;
(b) memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan
diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkannya sesuai.
(c) apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh Menteri, memeriksa
suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu
diperiksa; dan
(d) menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan
institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau
sebagaimana yang ditetapkan.
Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan nasihat.
118. Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau
mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi
pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan
pengajaran dan kaedah pengajaran.
8
Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah.
119. Ketua Nazir atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah atau
arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali setakat yang dia diberi kuasa oleh
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Laporan Nazir Sekolah.
120. (1) Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang
tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan
itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang
disifatkannya sesuai pada laporan itu.
(2) Laporan tentang suatu institusi pendidikan yang dikemukakan di bawah
subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri,
disediakan untuk didapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas
pentadbiran institusi pendidikan itu dan mana-mana guru di institusi pendidikan itu dan
laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah disediakan untuk
didapatkan secara keseluruhannya.
9
Bab 2: Am
Kuasa am Nazir Sekolah.
121. Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di bawah
seksyen 117 Ketua Nazir atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut "Nazir")
boleh
(a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi pendidikan;
dan
(b) menghendaki pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-
mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi
pendidikan itu atau guru atau pekerja atau orang yang ditemui di institusi
pendidikan itu
(i) mengemukakan bagi pemeriksaannya mana-mana jadual waktu,
sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau apa-apa
buku, bahan, dokumen atau barang yang berhubungan dengan
atau yang pada pendapat Nazir itu mungkin ada hubungan dengan
pengajaran yang dijalankan di institusi pendidikan itu atau dengan
pengurusan institusi pendidikan itu; dan
(ii) memberikan kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang
berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi
pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi,
pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu
mempunyai kuasa untuk memberikan.
Ketua Nazir boleh memberi kuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak bagi
pihaknya.
122. Ketua Nazir boleh secara bertulis memberi kuasa Pegawai Pendidikan yang
dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam perjalanan kuasa-
kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.
10
Kesalahan dan penalti berhubungan dengan Nazir.
134. Seseorang yang -
(a) menghalang atau menggendalakan Ketua Nazir atau Nazir Sekolah
dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh
seksyen 121;
(b) enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran,
rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan
maklumat, dengan melanggar sub perenggan 121(b)(ii); atau
(c) memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara
yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak
percayai adalah benar,
(d) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penalti am.
135. (1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada
penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.
(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, dalam hal
suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa
penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan
kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
11
ETIKA PENAZIRAN
1. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan menaziri dan memantau
pelaksanaan dasar pendidikan negarBa.ASetiap Nazir Sekolah adalah juga seorang
pegawai awam, dikehendaki melaksanakan tugas penaziran dan pelaporan sekolah
yang dinaziri dengan cermat dan teliti serta adil dan saksama berlandaskan
keutuhan profesional. Nazir Sekolah tidak boleh mempertikaikan dasar kerajaan.
2. Pada setiap masa, Nazir Sekolah perlu secara konsisten melibatkan diri dalam
memantapkan sistem pendidikan negara. Sehubungan itu, tugas yang dilaksanakan
boleh dihubungkaitkan dengan pembentukan norma yang ada kaitan dengan
pemastian standard kualiti pendidikan serta memperkenalkan norma baharu
selaras dengan perkembangan sistem pendidikan semasa.
3. Seiring dengan tugas teras dalam memastikan standard pengajaran yang
memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di sekolah, maka menjadi tanggungjawab
Nazir Sekolah membantu dan mengupayakan guru dan pengurus sekolah
memperolehi pengetahuan, menguasai kemahiran dan nilai untuk menjadikan
mereka menyayangi, berguna dan bertanggungjawab terhadap profesion keguruan
melalui aktiviti perdampingan.
4. Jemaah Nazir Sekolah mendapat kepercayaan masyarakat bukan sahaja
berdasarkan tingkah laku nazir secara individu, tetapi juga hubungan organisasinya
dengan sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan
masyarakat umum. Tugas Nazir Sekolah paling bermakna apabila wujudnya
hubungan baik dan membina demi kesejahteraan organisasi dan masyarakat.
5. Nazir Sekolah hendaklah berkhidmat dalam suasana hormat-menghormati dan
bekerjasama untuk meningkatkan kualiti pemeriksaan dan penyeliaan pendidikan
negara.
12
6. Semasa menjalankan tugas penaziran dan pemeriksaan, Nazir Sekolah perlu
mengikut prosedur tertentu:
i. Terlebih dahulu berjumpa dengan Pengetua atau Guru Besar atau sesiapa
yang diberi tanggungjawab.
ii. Memperkenalkan diri dan menerangkan objektif penaziran ataupun
pemeriksaan.
iii. Mengambil tempat yang sesuai semasa berada di bilik darjah dan
meminimumkan gangguan.
7. Nazir Sekolah hendaklah pada setiap masa mematuhi segala arahan berkaitan
tatacara pemeriksaan dan mengamalkan perbelanjaan berhemah.
KOD ETIKA
i. Tanggungjawab Terhadap Tugas
ii. Tanggungjawab TerhadaBpADiri Sendiri
iii. Tanggungjawab Kepada Rakan Sejawat
iv. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
v. Tanggungjawab Terhadap Profesion
13
5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
BA
6 ASPIRASI KEMENJADIAN MURID
BA
14
11 ANJAKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
BA
15
12 INISIATIF TERBARU PERINGKAT SEKOLAH
"Kegembiraan, Kasih Sayang, Hormat Menghormati"
BA
12 INISIATIF TERBARU
PERINGKAT SEKOLAH
Bermula 2019, sekolah akan ada manual nilai yang akan dibacakan setiap
perhimpunan
Pendidikan Sivik akan diperkenalkan
Memperbaiki masalah “mutual distrust” antara guru
dan ibu bapa
Popularkan kembali budaya “hero teachers” untuk tingkatkan pengiktirafan
profesion guru
Telefon pintar akan dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan
Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh memasuki sekolah mulai 2019
Kawasan rehat guru akan diwujudkan
Guru tiada lagi kerja kekeranian
bermula 2019
Tiada akan ada kompromi dalam belanjawan pendidikan
pendekatan. Selepas ini akan “slice and dice” ketirisan
Ke arah menjadikan sektor pendidikan mesra oku
Menangani isu sekolah daif
Kemeriahan “speakers corner” di sekolah-sekolah
16
FOKUS & GERAK KERJA PROFESIOANAL KPPM 2018
BA
17
FOKUS & GERAK KERJA PROFESIOANAL KPPM 2019
BA
18
FOKUS & GERAK KERJA PROFESIOANAL KPPM 2020
BA
19
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2
PENGOPERASIAN
BAStandard 1 : Kepemimpinan
Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Pengurusan
Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid
Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
KEMENJADIAN
Standard 5 :
Kemenjadian Akademik
Kemenjadian Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah
20
KERANGKA STANDARD GURU MALAYSIA 2.0
BA
21
22
23
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK 21)
BA
Berpusatkan 1 Pelajar faham dan 6
pelajar mematuhi arahan 7
Penggunaan 2 Saling
komputer menghormati
Ciri pembelajaran Pembelajaran 3 8Pelajar bertanggungjawab
kelas Abad aktif terhadap pelajarannya
Ke-21 Pembelajaran 4 Penilaian berasaskan 9
kendiri pencapaian
Persekitaran yang Pembelajaran 10
kondusif
5 kolaboratif
24
5 STANDARD ASAS PAK 21
BA KOMUNIKASI
Berlaku Interaksi antara guru-murid,
murid-murid dan murid-bahan secara
lisan dan bukan lisan bagi
menyampaikan ilmu yang mereka
faham dan berkongsi pengetahuan
sesama rakan.
KOLABORATIF
Berlaku kerjasama dan muafakat
antara guru-murid dan murid-murid
secara aktif dan menyeluruh yang
membolehkan pertukaran idea dan
pandangan antara murid.
PEMIKIRAN KRITIS
Berlaku penerokaan pemikiran untuk
menilai sesuatu idea secara logik dan
rasional untuk membuat
pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.
KREATIVITI
Berlaku proses penjanaan idea yang
menghasilkan inovasi bahan, aktiviti
dan projek yang baharu, unik,
berguna dan berkualiti.
NILAI MURNI DAN ETIKA
Penerangan dan pemupukan nilai
murni dan etika ke arah pembentukan
jati diri nasional mengikut acuan
Malaysia.
25
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
BA
26
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
BA
27
28
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
BA
29
30
DASAR 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)
PELAKSANAAN DASAR
1 MURID 1 SUBKAAN
PENGENALAN
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
MATLAMAT
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
OBJEKTIF
Meningkatkan kecergasan jasmani.
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
Memupuk perpaduan di antara kaum.
Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
Memenuhi naluri semula jadi dalam aktiviti fizikal.
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
KONSEP
Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan
dalaam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif.
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sukan sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
Memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap
ke tahap yang lebih tinggi.
31
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS
BA
32
REVOLUSI STANDARD 4.0
REVOLUSI INDUSTRI 4.0
BA
33
PROGRAM SEKOLAH AMANAH
BA Pengurusan
Perolehan
Pengurusan
Sumber Manusia
Pengurusan Kurikulum
Autonomi Pengurusan
Sekolah Amanah Jadual Waktu dan
Kalender
Persekolahan
Polisi Berkaiatan
Murid
Pengurusan Kewangan
Peruntukan Anggran
Belanja Mengurus (ABM)
1. Program Sekolah Amanah adalah satu usaha sama dengan rakan kongsi swasta
yang bertujuan untuk mewujudkan model transformasi sekolah yang boleh dijadikan
contoh di seluruh negara sebagai wawasan jangka panjang yang strategik. YAB
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) telah meluluskan
rangka kerja pengoperasian Program Sekolah Amanah, termasuklah autonomi pada
15 Disember 2009 semasa 3rd Education Delivery TaSK Force (DTF). Program ini
telah dilancarkan pada 10 Disember 2010 oleh YAB TPM Malaysia.
2. Sekolah Amanah merupakan sekolah awam (sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan)
yang diurus secara usaha sama antara pihak swasta (bakal penaja) yang
berkelayakan dan pentadbir sekolah di bawah naungan KPM. Rakan kongsi swasta
yang dipilih bagi merintis program ini adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan
yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), penaja bagi program ini.
Mesyuarat Program Sekolah Amanah yang dipengerusikan oleh YAB TPM Malaysia
pada 16 Ogos 2010 telah memutuskan bahawa Program Sekolah Amanah adalah
rintis selama 2 tahun (2011 dan 2012) di bawah KNB.
34
3. KPM telah menandatangani Perjanjian Usaha sama Sektor Awam-Swasta Bagi
Pengoperasian Program Sekolah Amanah bersama Yayasan AMIR pada 3 Januari
2011. Tempoh masa perjanjian adalah selama 5 tahun.
4. Sehingga 2015, sebanyak 62 buah sekolah telah terpilih menyertai program ini. Ianya
merangkumi sekolah rendah dan menengah daripada semua tahap prestasi dengan
tujuan menghasilkan peningkatan secara mampan tanpa mengira titik permulaannya.
5. Pihak Yayasan AMIR bersama pihak pengurusan sekolah bertanggungjawab
melaksanakan urusan pengoperasian Sekolah Amanah berdasarkan autonomi yang
telah diberikan iaitu kurikulum, jadual waktu dan kalendar persekolahan, polisi
berkaitan murid, perolehan, kewangan dan pengurusan sumber manusia.
35
PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
BA
36
SEKOLAH MODEL KHAS KOMPREHENSIF (K9)
BA
PENGENALAN
Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang pertama telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, pada 08 September 2007 di Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Paloh Hinai, di
Daerah Pekan, Pahang. Pengoperasian secara rintis bermula pada tahun 2008 dengan
pengambilan murid Tingkatan Satu. Sehingga 2017, bagi pengoperasian K9, terdapat lapan buah
sekolah yang sedang beroperasi.
PERNYATAAN DASAR
Sekolah Model Khas Komprehensif K9 bertujuan menangani isu keciciran murid sewaktu transisi
dari tahun enam ke tingkatan satu serta memastikan kemudahan Sekolah Kurang Murid (SKM)
digunakan secara optimum selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan membina sebuah sekolah
menengah yang baharu.
STRATEGI PELAKSANAAN
i. Mengoperasikan Sekolah Model Khas Komprehensif K9 secara rintis pada tahun 2008.
ii. Memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif K9 ke Sarawak di SK Long Bedian, Baram
untuk murid kaum Penan pada tahun 2012.
iii. Memilih sekolah untuk peluasan program ini berdasarkan dua kriteria utama, iaitu sekolah
rendah di kawasan luar bandar atau terpencil dan jarak ke sekolah menengah terlalu jauh
dengan tempat tinggal murid Orang Asli/Penan/Peribumi.
iv. Menawarkan pendidikan dari tahun 1 hingga tingkatan 3 dalam satu premis (Sembilan tahun).
v. Menempatkan Murid Orang Asli/Penan/Peribumi yang berjauhan dari tempat tinggal di asrama.
vi. Membuat permohonan bagi sekolah baharu yang dicadangkan untuk pengoperasian Sekolah
Model Khas Komprehensif 9 (K9) yang dirasakan bersesuaian oleh pihak sekolah melalui
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
PUNCA KUASA
08 September 2007 – Perasmian Sekolah Modal Khas Komprehensif (K9) telah dirasmikan oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Paloh Hinai di daerah
Pekan, Pahang.
37
SEKOLAH ORANG ASLI (SOA)
BA
38
KELAS BERCANTUM DENGAN PENGAJARAN PELBAGAI GRED
BA
39
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
BA
40
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH (PLaN)
BA
41
42
43
44