The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by p113333, 2022-07-18 11:18:00

laporan bergambar warga emas terkini

laporan bergambar warga emas terkini

GGGC 6813

AKHLAK, ETIKA DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN KUMPULAN:
LAPORAN KAJIAN LAPANGAN

PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA EMAS PUSAT JAGAAN
KENANGAN HAJAH RAHMAH

DISEDIAKAN OLEH :

Muhammad Akmal Amin bin Mahamat P110287
Siti Fairuz binti Mahmud P113333
Shuhaila binti Ab Jawas P113780
Habsah binti Md Usop P113316

PENSYARAH :
Dr. Mohd Isa Bin Hamzah

KERTAS
KERJA

1.0 PENDAHULUAN

Dasar Warga Emas Negara merupakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan warga
emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi
diri melalui proses penuaan yang sihat, positif, aktif, produktif serta menyokong untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara. Program lawatan dan
khidmat sosial warga emas secara kolaborasi di antara Pelajar Sarjana pendidikan Islam
,Fakulti Pendidikan ,Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Pusat Jagaan Kenangan
Hajah Rahmah di Kelantan.

Memandangkan warga emas adalah golongan yang mesti dihargai, disayangi dan
dibantu, apatah lagi yang kurang berupaya. Program ini juga bertujuan untuk
menyantuni dan mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang terdiri daripada
pelbagai pengalaman dan latar belakang. Mereka juga mempunyai hak untuk menikmati
kehidupan sejahtera, dihormati serta mampu menyumbangkan idea kepada
pembangunan negara. Selain daripada mengetahui sejarah latar belakang penubuhan
pusat jagaan Kenangan Hajjah Rahmah ini, pelajar juga berpeluang untuk mendekati dan
menyantuni warga emas yang berada dalam komuniti. Sebagai Pelajar Sarjana
pendidikan Islam ini merupakan peluang keemasan untuk melahirkan sokongan terhadap
program ini dengan bersama-sama menjalankan aktiviti seperti menyantuni dan beramah
mesra, bersuai kenal, memberikan motivasi dan menggembirakan jiwa warga emas yang
kekosongan.

Oleh itu, diharapkan pendedahan aktiviti dan hebahan seperti ini dapat membantu
generasi muda, memahami betapa pentingnya menanamkan nilai-nilai murni, agar
mampu berinteraksi dan menyantuni warga emas dengan adab sopan yang disanjung
tinggi kerana setiap individu juga bakal menjadi warga emas melalui roda kehidupan
pada suatu masa nanti.

2.0 ) MATLAMAT

Melahirkan masyarakat dan generasi muda yang mampu merealisasikan tanggung jawab
sosial mereka dengan nilai-nilai murni terhadap warga emas seperti perkongsian santapan
rohani, berinteraksi dengan nada yang betul, mengingati dan menghargai jasa, berbudi
bahasa, bersopan santun, mengambil berat dan sebagainya. Seterusnya warga emas pula
dapat merasakan diri mereka disantuni dan dihargai.

3.0 ) OBJEKTIF

Di antara objektif yang disasarkan adalah seperti berikut:
3.1 Mengeratkan hubungan antara generasi muda dan warga emas
3.2 Menyokong Dasar Warga Emas Negara dengan menghargai warga tua.
3.3 Mengiktiraf hak warga emas untuk mendapat perkongsian ilmu pengetahuan
kerohanian.
3.4 Mengukuhkan kerjasama dan perkongsian tanggungjawab.

4.0 ) TENTATIF PROGRAM:

4.1. Kata-kata aluan pengerusi majlis
4.2. Bacaan doa
4.3. Tayangan montaj dan suai kenal
4.4 Sesi perkongsian antara pelajar bersama warga emas Kelebihan Zikir Harian
4.5 Ucapan Wakil Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM
4.6 Ucapan Pengurus Pusat Jagaan Kenangan Hajah Rahmah
4.7. Penyampaian cenderahati
4.8. Sesi bergambar
4.9 Jamuan
4.10 Bersurai

5.0 ) ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)
RM 100.00
Cenderahati (Pengurus Pusat) RM 450.00
1. RM 100 x 1 org

Cenderahati (Penghuni Warga Emas)
1. RM 15.00 X 30 org

BIL PERKARA JUMLAH (RM)
Cenderahati (Penghuni Warga Emas) RM 450.00

1. RM 15.00 X 30 org RM 48.00
Banner (4x6)
RM 20.00
2 24 x RM 2.00 RM 100.00
RM 300.00
3 Buku Aturcara RM 1,018.00
4 Barang runcit
5 Rencam

JUMLAH BESAR

6.0 ) SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi :
Muhammad Akmal Amin bin Mahamat
Naib Pengerusi :
Shuhaila binti Ab Jawas
Bendehari :
Siti Fairuz binti Mahmud
Setiausaha :
Habsah binti Md Usop

7.0 ) PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi
dan perancangan yang kemas perlu dilaksanakan bagi menjayakan tugasan Kajian
Lapangan menyantuni warga emas di pusat penjagaan Hajah Rahmah Kota Bharu,
Kelantan pada 2022 ini.

Disediakan oleh,
Habsah binti Md Usop
(Setiausaha Program Semarak Kasih Bersama Warga Emas)

Surat
Kebenaran





BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : Program Semarak Kasih Bersama Warga Emas
Tempat : Rumah Warga Emas
Lokasi : Lundang, Kota Bharu , Kelantan
Tarikh : 09 Jun 2022
Masa : 9.00 -12.00 Tghri
Sasaran : Warga Emas Pusat Jagaan Kenangan Hajah Rahmah

PENDAHULUAN

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
komited untuk terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan keperluan golongan warga
emas. Langkah ini penting bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan tersebut
termasuk persediaan dan perancangan bagi menghadapi peningkatan bilangan warga emas di
Negara ini. Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka
menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas
mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk Negara.

Justeru, selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara
(DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kerajaan
pada 5 Januari 2011. DWEN dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan
warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi
diri. Matlamat Dasar Warga Emas Negara adalah mendaya upayakan individu, keluarga dan
masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan
serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera. Justeru, selaras
dengan hasrat kerajaan ni, semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama
untuk memastikan agenda kerajaan ini dapat dicapai dan dilaksanakan dengan efisien. Sebagai
contohnya, pelaksanaan program-program yang menyantuni warga emas boleh dilakukan oleh
pelbagai pihak seperti pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Mahasiswa-mahasiswa
IPTA dan IPTS, Badan-badan Korporat dan GLC dan sebagainya. Hal ini dapat menjadikan
warga emas merasakan golongan mereka tidak dipinggirkan dan disayangi serta dihormati.

Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur melebihi 60 tahun dan
ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World assembly on ageing
Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN. Warga emas adalah
insan yang banyak berjasa kepada kita secara langsung atau tidak langsung dalam
mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik mahupun
sahsiah. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian yang memerlukan sepenuh
perhatian kerana keadaan diri mereka yang semakin uzur. Dalam Islam, terdapat banyak
dalil-dalil dari al-Quran dan hadis menerangkan kedudukan mulia ibu bapa atau orang
tua. Bahkan Allah s.w.t menyebutkan tentang suruhan untuk berbakti kepada orang tua
selepas suruhan untuk taat menyembahNya. Firman Allah SWT:

َ ‫َو َﻗ َﻀ ٰﻰ َرﺑ َﻚ َأ َﺗ ْﻌ ُﺒ ُﺪوا ِإ ِإﻳﺎ ُه َو ِﺑﺎ ْﻟ َﻮا ِﻟ َﺪ ْﻳ ِﻦ ِإ ْﺣ َﺴﺎ ًﻧﺎ ۚ ِإﻣﺎ َﻳ ْﺒ ُﻠ َﻐﻦ ِﻋﻨ َﺪ َك ا ْﻟ ِﻜ َﺒ َﺮ َأ َﺣ ُﺪ ُﻫ َﻤﺎ َأ ْو ِﻛ َ ُﻫ َﻤﺎ َﻓ َ َﺗ ُﻘﻞ ﻟ ُﻬ َﻤﺎ ُأف َو‬

‫َﺗ ْﻨ َﻬ ْﺮ ُﻫ َﻤﺎ َو ُﻗﻞ َﺗ ْﻨ َﻬ ْﺮ ُﻫ َﻤﺎ َو ُﻗﻞ ﻟ ُﻬ َﻤﺎ َﻗ ْﻮ ً َﻛ ِﺮﻳ ًﻤﺎ‬

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan
kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang

daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi

katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”al-Isra’:23

Sementara hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:

‫ َأ ْو َوﻟَ ٍﺪ َﺻﺎ ِﻟ ٍﺢ َﻳ ْﺪ ُﻋﻮ ﻟَ ُﻪ‬،‫ َأ ْو ِﻋ ْﻠ ٍﻢ ُﻳ ْﻨ َﺘ َﻔ ُﻊ ِﺑ ِﻪ‬،‫ ِإ ِﻣ ْﻦ َﺻ َﺪ َﻗ ٍﺔ َﺟﺎ ِر َﻳ ٍﺔ‬:‫ِإ َذا َﻣﺎ َت ا ْ ِ ْﻧ َﺴﺎ ُن ا ْﻧ َﻘ َﻄ َﻊ َﻋ ْﻨ ُﻪ َﻋ َﻤ ُﻠ ُﻪ ِإ ِﻣ ْﻦ َﺛ َ َﺛ ٍﺔ‬

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya
melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa

mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Melalui hadis ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.aw ini memberi gambaran
kepada kita orang tua merupakan insan yang paling mulia di sisi agama Islam. Justeru,
wajarlah setiap golongan muda untuk menghormati dan tidak mengabaikan golongan ini.
Dalam pada itu, tuntutan untuk menjaga dan menyantuni golongan warga emas ini
terletak di bahu semua pihak dan individu dalam masyarakat.

Sejak akhir-akhir ini, banyak isu dan sentimen yang sering diperkatakan melibatkan
warga tua. Antaranya, isu peningkatan bilangan warga tua di negara Malaysia. Mengikut
unjuran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)(2009), Malaysia akan mencapai status
negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus
daripada jumlah penduduk. Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia juga memberikan
tumpuan terhadap isu penuaan ini dalam pelbagai platform di peringkat persidangan
antarabangsa. Antara isu lain yang melibatkan warga tua ini sebagaimana menurut Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kajian
menunjukkan hampir 23 peratus atau 538,000 orang daripada 2.4 juta warga emas di negara
ini mengalami sindrom sarang kosong iaitu 'empty nest' (rasa kesunyian dan sedih) akibat
tinggal bersendirian dan jauh daripada anak-anak. Oleh yang demikian, bertepatan dengan
pelbagai isu yang timbul, maka pemilihan program ini dikira sangat tepat bagi memenuhi
tuntutan dan melihat dengan lebih mendalam bagi merungkai persoalan yang timbul.

Program yang dipilih untuk dilaksanakan secara berkumpulan bagi kumpulan kami
adalah program melibatkan warga tua atau warga emas. Tempat yang kami pilih untuk
menjalankan program ini adalah Pusat Jagaan Kenangan Hajah Rahmah. Pusat jagaan ini
terletak betul-betul di bandar Kota Bharu, Kelantan. Nama Hajah Rahmah diambil sempena
nama ibu kepada pengasas pusat jagaan tersebut iaitu Datin Syahzayati binti Che Hassan ialah
seorang pesara jururawat. Dek kerana minatnya dalam bidang ini, beliau telah menubuhkan
pusat jagaan Hajah Rahmah ini pada tahun 2015. Pusat Jagaan Hajah Rahmah merupakan
pusat jagaan swasta yang mempunyai kerjasama yang baik dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat negeri Kelantan. Reputasi dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh pusat
jagaan ini mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Hal ini terbukti apabila Pusat Jagaan Hajah Rahmah menerima kunjungan
daripada YB Datuk Seri Rina Mohamad Harun pada tahun 2021 yang lepas.

Bilangan penghuni yang menginap di pusat ini adalah seramai 30 orang yang
berbangsa Melayu, Cina dan India. Penghuni pusat jagaan ini terdiri lelaki dan perempuan
berumur 27 tahun hingga 80 tahun dan merupakan warga tempatan yang berasal dari negeri
Kelantan. Mereka adalah warga emas yang uzur dan sakit, remaja sindrom down dan pesakit
koma.

Kebanyakan daripada mereka dihantar dan diambil oleh anak-anak secara harian,
mingguan dan bulanan. Malah, bagi pesakit yang koma keluarga hanya datang melawat, seluruh
penjagaan adalah bergantung kepada pusat jagaan ini. Bayaran yang dikenakan mengikut bilik
daripada harga RM3500 hingga RM5500. Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di sini.
Antaranya ialah kemudahan katil dan kelengkapan hospital, dewan, pusat fisioterapi, tempat
bersantai dan beristirehat dan sebagainya. Pusat jagaan warga emas ini juga turut memiliki
doktor-doktor pakar dan jururawat yang bertugas untuk memantau keadaan pesakit di sini. Malah,
ada juga pakar fisiologi bagi penghuni-penghuni yang mempunyai masalah stroke. Penghuni di
sini mempunyai jadual aktiviti harian. Antaranya ialah aktiviti senaman, fisioterapi dan
sebagainya. Di samping itu juga, seorang ustazah akan datang setiap hari untuk mengajar mereka
mengaji dan memperbetulkan bacaan dalam solat.

PENERANGAN AKTIVITI

KATA-KATA ALUAN

Program Semarak Kasih bersama Warga Emas dimulakan dengan ucapan alu aluan pengacara
Majlis , Siti Fairuz binti Mahmud. Dalam ucapan ini, dinyatakan ucapan terima kasih kepada
pensyarah kami, Dr Isa Hamzah atas kepercayaan serta bimbingan yang diberikan kepada kami
anak didik beliau untuk melaksanakan tugasan di bawah kursus GGGC 6813 Akhlak dan Etika
dalam Pendidikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pusat
jagaan Kenangan Hajah Rahmah atas kesudian menerima kunjungan kami untuk bersama-sama
warga emas dalam program yang diberi nama Semarak kasih bersama warga Emas. Seterusnya,
dinyatakan juga serba sedikit objektif program yang menjadi tunjang kepada tugasan ini kepada
seluruh warga pusat jagaan ini khususnya peserta program.

BACAAN DOA

Selepas kata-kata aluan oleh pengerusi majlis, program semarak kasih ini diteruskan dengan
bacaan doa oleh Muhammad Akmal Amin bin Mahamat. Bacaan doa ini dialunkan dengan dua
bahasa iaitu bahasa arab dan bahasa melayu. Hal ini bagi memudahkan pendengar memahami

dan menghayati bacaan doa yang dibacakan. Kita sebagai orang muslim mengetahui doa
adalah senjata orang mukmin dan dibacakannya untuk memohon keberkatan daripada
Allah SWT bagi melancarkan apa jua majlis yang diadakan khususnya program yang
dianjurkan ini.

MONTAJ DAN SUAI KENAL

Seterusnya, sebelum memulakan sesi perkongsian, dipaparkan video montaj yang telah
disediakan oleh pelajar sarjana Fakulti Pendidikan UKM untuk memberi pengenalan latar
belakang ringkas tentang setiap orang daripada pelajar. Hasilnya, kesemua pelajar sarjana
memulakan sesi suai kenal dengan para peserta dan dapat beramah mesra dengan mereka.
Pelajar sarjana juga dapat mendekati dan menyelami pengalaman-pengalaman mereka
sepanjang berada di pusat itu dengan pelaksanaan sesi suai kenal ini. Perkara yang paling
utama dapat dirumuskan dengan sesi ini adalah golongan warga emas ini secara
hakikatnya memerlukan mereka untuk disayangi, dihormati, mengambil cakna dan tidak
meminggirkan mereka dan tidak merasakan golongan mereka ini sebagai beban.

SESI PERKONGSIAN “KELEBIHAN BERZIKIR”

Tayangan video dengan pengisian bertajuk “Kelebihan Zikir Harian” turut menjadi antara
aktiviti utama dalam Program Semarak Kasih bersama Warga Emas. Video-video zikir
yang dipaparkan antaranya mengandungi pengenalan kepada zikir, adab berzikir serta
kelebihan dan tatacara mengamalkan zikir yang menjadi kandungan utama. Alunan
selawat merdu dan zikir harian turut diperdengarkan bagi peserta dan juga pelaksana
program untuk sama-sama menjiwai dan menghayati setiap zikir selain mengalunkannya
di bibir sebagai ibadah. Penerangan ringkas daripada ustazah Shuhaila berkenaan zikir
harian ternyata menarik minat peserta program untuk terus mengamalkan zikir di dalam
kehidupan harian. Tuntasnya, aktiviti ini memberi impak positif kepada peserta walaupun
kekangan keupayaan yang dimiliki oleh warga emas ini, namun tidak menghalang niat
dan tuntutan untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t

PERMAINAN TEKA TEKI

Majlis diteruskan dengan permainan teka teki bersama warga emas. Acara ini bertujuan
untuk mencipta suasana santai antara para pelajar dengan Warga Emas. Aktiviti teka ini
mendapat sambutan yang baik dan rata- rata peserta kajian rasa terhibur dan menunjukkan
riak wajah yang ceria dan apa yang menariknya, mereka cuba dan mampu menjawab
soalan teka teki tersebut.

UCAPAN WAKIL PELAJAR

Ucapan Wakil pelajar sarjana disampaikan oleh Muhammad Akmal Amin bin Mahamat.
Dalam ucapa ini, pertamanya memberi penghargaan kepada pengurus dan semua
kakitangan Pusat Jagaan Warga Emas Kenangan Hajah Rahmah yang memberikan
kerjasama terbaik dalam penganjuran program ini. Ucapan terima kasih juga diberikan
kepada komitmen para peserta yang hadir dalam program ini walaupun terdapat beberapa
cabaran terutamanya masalah kesihatan dalam kalangan peserta. Wakil pelajar juga
meneruskan ucapan dengan menyatakan objektif program ini diadakan adalah untuk
memenuhi keperluan subjek kursus GGGC 6813, Akhlak, Etika dalam pendidikan. Selain
itu, tujuan penganjuran program ini adalah untuk menyantuni warga emas dengan
pengisian program berbentuk elemen kerohanian kepada para peserta. Antara lainnya juga
dapat mengeratkan hubungan antara generasi muda dengan warga emas seterusnya
menyokong Dasar Warga Emas Negara yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan
menghargai golongan-golongan ini dengan penuh sifat tanggungjawab. Wakil pelajar juga
memberikan sedikit rumusan tentang pelaksanaan slot-slot dalam program ini adalah untuk
menerapkan elemen kerohanian dalam diri seperti zikir dan doa-doa harian yang boleh
diamalkan oleh warga emas. Akhirnya, pelajar sarjana sangat berbesar hati atas kerjasama
dan komitmen semua kakitangan pusat Jagaan Warga Emas Kenangan Hajah Rahmah
dalam menjayakan program Semarak Kasih ini dan amatlah diharapkan supaya program
seumpama ini dapat lagi dianjurkan pada masa hadapan dengan naratif yang lebih berbeza
dan dinamik.

UCAPAN PENGURUS PUSAT JAGAAN

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Datin Syahzayati binti Che Hassan mengucapkan
terima kasih di atas kesudian pelajar mengadakan program pada hari tersebut. Beliau
turut menceritakan secara ringkas bagaimana tertubuhnya Pusat Jagaan Warga Emas
Kenangan Hajah Rahmah serta latar belakang penghuni di situ. Menurut beliau, sejarah
penubuhan pusat jagaan ini bermula selepas beliau berpencen sebagai seorang
jururawat. Oleh sebab kerana minatnya terhadap bidang itu, beliau mula menubuhkan
pusat jagaan ini dengan matlamat untuk memudahkan anak-anak yang berkemampuan
menguruskan ibu bapa walaupun dalam keadaan yang sangat sibuk dengan tuntutan
pekerjaan masing-masing. Nama ibunya iaitu Hajah Rahmah telah diabadikan sebagai
nama pusat jagaan ini bagi mengingati jasa dan pengorbanannya serta kasih sayang
seorang anak. Menurut beliau lagi, selain daripada dibiayai oleh anak-anak, ada
segelintir penghuni di sini turut dibiayai oleh NGO-NGO serta jiran tetangga yang
prihatin dengan keadaan penghuni tersebut. Kebanyakan mereka terdiri daripada warga
emas yang telah uzur, ada yang mengalami stroke, terlantar dan sindrome down. Akhir
kata, beliau turut berharap agar program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa-masa
akan datang sekaligus dapat menyantuni warga emas di sini supaya mereka lebih
seronok dan bersemangat meneruskan sisa-sisa kehidupan yang ada.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata telah diadakan bagi menghargai pihak
dpusat jagaan warga emas hajah rahmah ini kerana sudi menerima kunjungan kami.
Hadiah yang diberikan berupa plag daripada pelajar sarjana Pendidikan Islam sebagai
kenang-kenangan dan juga bukti kehadiran kami di situ. Selain itu juga, pihak kami
juga telah memberikan cenderahati kepada warga emas yang terlibat sebagai tanda
terima kasih kerana telah menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan sepanjang program
tersebut berlangsung.

SESI BERGAMBAR

Sesi bergambar berlangsung dengan sangat meriah. Kami berpeluang bergambar
bersama Pengurus rumah jagaan kenangan Hajah Rahmah Datin Syahzayati Che
Hasan ,Staf dan insan- insan yang teristimewa iaitu Peserta Program (Warga emas).
Gambar- gambar ini akan dimasukkan dalam laporan tugasan kami.

JAMUAN

Pengurus Pusat jagaan kenangan Hajah Rahmah untuk menjamu hidangan yang
disediakan.. Kami dijamukan dengan jamuan yang bertemakan makanan popular
pantai Timur iaitu, akok, laksam dan lain- lain lagi. Di kesempatan yang ada ini, kami
berbual- bual mengenai latar belakang penubuhan, cabaran- cabaran yang dilalui
sepanjang tertubuhnya pusat ini serta idea asal tercetusnya penubuhan pusat ini.

Refleksi

REFLEKSI/PENGALAMAN/KESEDARAN MORAL APA YANG DAPAT
DARIPADA PROGRAM

MUHAMMAD AKMAL AMIN BIN MAHAMAT

Setelah menamatkan program ini, banyak yang saya pelajari daripadanya bukan sahaja
mengenai nilai sivik dan kewarganegaraan tetapi juga merealisasikan apa yang saya
sanggup buat pada masa depan untuk memimpinkan masyarakat bagi menyedari
kepentingan diri untuk mengambil tanggungjawab kemasyarakatan secara praktikal pada
bila-bila masa sahaja. Dalam pemikiran saya, khidmat bakti kepada golongan-golongan
yang memerlukan khususnya warga emas selain daripada golongan lain sangat diperlukan
untuk memastikan mereka tidak rasa dipinggirkan. Selepas ini, program-program yang
berbentuk khidmat komuniti bukan sahaja dilaksanakan kepada warga tua sahaja tetapi
individu lain juga perlu dipertimbangkan contohnya, anak-anak yatim piatu dan
golongan-golongan kurang berkemampuan (asnaf) yang tidak mendapat pendidikan
sempurna. Walaupun, beberapa cabaran yang dihadapi seperti kekangan kerja dan tempat
program yang agak jauh dari rumah kediaman tetapi ianya menjadi pengalaman yang
sangat berharga kerana saya dan rakan-rakan berpeluang menjadikan diri kami dapat
membantu orang lain dengan penganjuran program seperti ini.

Selain itu, impak hasil daripada program ini adalah saya dapat mendalami dan
menyelami golongan warga emas ini yang mana mereka sangat memerlukan kasih sayang
daripada golongan muda untuk menjalani kehidupan seharian. Program berbentuk turun
padang ini dapat menjadikan diri kita bukan sahaja memfokuskan kepada amalan teori
sahaja tetapi aspek praktikal untuk meningkatkan kemahiran diri kita bagi menjalani
kehidupan dalam komuniti bermasyarakat. Impak lain adalah daripada pengalaman ini
adalah betapa pentingnya diri saya untuk menceburi aktiviti sukarela iaitu khidmat kepada
orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari segi ekonomi ataupun fiskal,
contohnya tidak menerima pemberian upah selepas menjalankan aktiviti sukarela. Saya
berpandangan dengan sumbangan yang sedikit ini dapat memberi kesan positif kepada
masyarakat dengan memupuk semangat kekitaan dalam menunjukkan kesanggupan untuk
memikul tanggungjawab khidmat masyarakat bukan sahaja untuk mencapai tujuan
tertentu tetapi benar-benar ikhlas kepada hati sendiri untuk melaksanakannya.

Realiti hidup yang saya dapat kesan daripada kehidupan masyarakat melalui
aktiviti-aktiviti seumpama ini adalah kepentingan nilai-nilai kemanusian yang diterapkan
dalam diri. Nilai-nilai ini perlu dipupuk dan disemai untuk memastikan walaupun diri kita
sudah bekerjaya dan berjaya dalam kehidupan tetapi dalam pada masa yang sama tiada
khidmat-khidmat bakti kepada golongan-golongan yang lebih memerlukan seperti ini,
ianya akan menjadi suatu perkara yang tidak lengkap dalam kehidupan seseorang manusia.
Saya berpendapat pengalaman ini adalah amatlah berbeza kerana warga emas ini sangat
aktif dan berbeza disebabkan mereka seolah-olah menghayati dan mendalami apa yang
dikongsikan untuk kesemua sesi dalam program yang dianjurkan. Justeru, jelaslah disini
bahawa saya berpandangan program-program berbentuk khidmat komuniti masyarakat ini
perlu diperluaskan skop mekanisme pelaksanaannya supaya golongan sasaran dapat
memenuhi manfaat dan faedah hasil pelaksanaan program seumpama ini.

SHUHAILA BINTI AB JAWAS

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda s.a.w, sahabat baginda s.a.w serta serta
seluruh muslimin muslimat. Program Semarak Kasih bersama Warga Emas merupakan
program yang telah berjaya dilaksanakan bagi memenuhi tugasan Akhlak, Etika Dalam
Pendidikan di bawah seliaan Dr. Mohd Isa Bin Hamzah. Ternyata tugasan yang
dilaksanakan pada kali ini membawa kesan yang mendalam selain memberi pengalaman
yang cukup berharga pada diri saya. Pengorbanan dan kerjasama padu yang diberikan oleh
ahli sepasukan iaitu Ustaz Akmal, Ustazah Fairuz dan Ustazah Habsah memberikan hasil
yang positif untuk semua terutama dalam usaha mendekati dan menyantuni golongan ini.
Menghormati orang tua merupakan kewajipan utama dan sunnah yang perlu diamalkan.
Bahkan dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh berkenaan kewajipan
anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka.
Disamping itu, terdapat banyak hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w yang
menekankan perihal kewajipan anak terhadap orang tuanya.

Antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:

‫ ﻣﺎ أﻛﺮم ﺷﺎب ﺷﻴﺨﺎ ﻟﺴﻨﻪ‬:‫ ﻗﺎل رﺳﻮل ا ﺻﻠﻰ ا ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬:‫ﻋﻦ أﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﻗﺎل‬
{‫إ ﻗﻴﺾ ا ﻟﻪ ﻣﻦ ﻳﻜﺮﻣﻪ ﻋﻨﺪ ﺳﻨﻪ }رواه ا ﻣﺎم اﻟﺘﺮﻣﺬى‬

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik katanya: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Tiada seorang pemuda yang menghormati dan memuliakan seseorang yang tua usianya, melainkan
Allah akan menentukan baginya orang lain yang akan menghormati kelak apabila ia pula mencapai

usia tua. (Riwayat Al-lmam At-Tirmidzi)

Fitrah manusia tidak akan lari dari peningkatan dan perubahan usia dan hakikatnya pada
ketika usia tua, kita akan menjadi serba kekurangan sama ada dari segi kekuatan anggota
tubuh badan, tenaga, ingatan dan juga perasaan. Justeru, peranan anak-anak dan masyarakat
amat penting untuk berbakti dan berbuat baik kepada golongan warga emas ini. Pengalaman
menjalankan program ini bagi saya amat berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua
dengan lebih mendalam dan mengambil cakna cara terbaik dalam menguruskan warga tua
yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan emosi. Apabila terlaksananya
program-program seperti ini, secara tidak sedar kita dapat merasakan kasih sayang yang
berada dalam jiwa sebagai seorang anak dengan ibu bapa dan dalam masa yang sama
memberi ruang dan peluang kepada golongan warga emas ini agar dapat merasakan secebis
kasih sayang dan keprihatinan daripada masyarakat sekeliling. Program ini juga antara
lainnya mengingatkan saya tentang kepentingan warga tua dalam masyarakat yang banyak
berjasa kepada kita secara langsung mahupun tidak langsung dalam mendidik anak bangsa
menjadi insan yang berjaya. Imtihannya, melalui program ini, menyedarkan saya
bahawasanya bukan sahaja wang ringgit dan tenaga yang diperlukan bagi mendekati
golongan ini. Bahkan dengan sedikit masa yang diluangkan dengan perkongsian ilmu yang
dilakukan mampu memberikan senyuman dan menambah nilai kasih sayang kepada mereka.
Sewajarnya, sebagai umat Islam yang cintakan kasih sayang dan perpaduan,
program-program untuk mendekatkan masyarakat khususnya golongan muda bersama warga
tua perlu disemarakkan lagi. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w daripada Anas bin
Malik bahawa Nabi s.a.w bersabda:

‫ َﻓ ْﻠ َﻴ ِﺼ ْﻞ َر ِﺣ َﻤ ُﻪ‬،‫ َو ُﻳ ْﻨ َﺴ َﺄ ﻟَ ُﻪ ِﻓﻲ َأ َﺛ ِﺮ ِه‬،‫َﻣ ْﻦ َأ َﺣﺐ َأ ْن ُﻳ ْﺒ َﺴ َﻂ ﻟَ ُﻪ ِﻓﻲ ِر ْز ِﻗ ِﻪ‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka
hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [Riwayat al-Bukhari (5986)]

Justeru, saya merasakan perlunya masyarakat dan pihak-pihak yang berkewajipan untuk
menggerakkan usaha mendekati dan menyantuni golongan ini dalam rangka Malaysia
mencapai status negara menua.

SITI FAIRUZ BINTI MAHMUD

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, saya dan rakan- rakan
yang lain berjaya menjalani program semarak kasih bersama warga emas dengan jayanya.
Setelah mendapat kesepakatan bersama untuk mengadakan tugasan ini di Negeri Kelantan
Darul Naim, Saya merancang perjalanan dengan datang ke sana sehari lebih awal agar
tidak tergesa- gesa memandangkan jarak rumah saya ke sana lebih kurang 597 Kilo Meter.
Jarak yang jauh ini tidak menjadi halangan buat saya kerana ada pepatah menyatakan “Al
Harakah Barakah’’. Alhamdulillah dengan lindungan dan keizinanNya, perjalanan ke sana
berjalan lancar dan sampai ke destinasi dengan selamat.

Sepanjang program ini berlangsung, ukhuwah antara saya dan rakan- rakan yang
lain sangat jitu. Saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri rakan- rakan yang mana
sanggup bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain demi menjayakan
program ini.. Sesungguhnya semua pengalaman ini mengajar dan mendidik saya agar
menjadi seorang insan bertanggungjwab serta Amanah dalam sesuatu tugas yang diberikan.

Program ini adalah satu tugasan berbentuk kajian lapangan agar saya dapat
mengalami serta mengamati sendiri pengalaman ini. Program ini dapat memberi nilai
tambah kepada saya dalam memahami sifat-sifat warga emas dengan lebih mendalam dan
mengambil pendekatan terbaik dalam menguruskan warga emas yang mungkin mengalami
masalah kesihatan dan emosi. Di samping itu, kehadiran saya di Rumah Penjagaan Hajah
Rahmah ini membawa sedikit ilmu yang ada pada saya kepada warga emas di sana dalam
mencari erti kasih sayang dan menerima ketentuan Tuhan sebagai satu ujian untuk diri.
Saya membawa diri saya dengan jiwa yang ikhlas kerana saya sedar, saya perlu berkongsi
kasih sayang serta ilmu kerohanian agar insan lain juga merasakan disayangi dan diambil
berat. Sehubungan ini, hubungan silaturahim yang terjalin antara saya dan warga emas
dapat membina ikatan yang erat dan mengurangkan sedikit perasaaan terpinggir dalam diri
mereka.

Program ini dapat memberi impak yang besar terhadap saya dengan
menimbulkan kesedaran untuk menyayangi insan lain dan menghargai ibu bapa yang
telah banyak berkorban membesarkan saya. Tanpa mereka, siapalah saya.
Sesungguhnya, warga emas adalah golongan yang istimewa. Melihat senyum dan
tawa mereka satu kebahagiaan bagi saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr
Mohd Isa bin Hamzah atas bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan. Semoga saya
terus menjadi insan yang menghargai serta menyantuni warga emas serta berakhlak
mulia.

HABSAH BINTI MD USOP

Program Semarak Kasih Bersama Warga Emas ini merupakan satu program yang
sangat baik dan wajar diadakan kerana dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar
dan warga emas itu sendiri. Selain daripada itu, program ini turut memberi pendedahan
kepada pelajar mengenai situasi di sesebuah pusat jagaan warga emas serta rutin harian
yang dilakukan sementara menunggu anak-anak membawa pulang ke rumah
masing-masing. Hasil daripada program tersebut, saya dapati bahawa pusat jagaan ini
memberi kemudahan kepada anak-anak yang berkemampuan tetapi tidak boleh
menjaga kedua ibu bapa mereka yang uzur dan sakit kerana tuntutan kerja. Kesannya
ibu bapa lebih terjaga dari aspek pengurusan diri dan kesihatan kerana dijaga dengan
rapi oleh kaki tangan yang bertugas.

Sejak akhir-akhir ini isu anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap
ibu bapa sering tular di media sosial. Ada yang sanggup membuang seorang bapa
kerana harta. Malah, ada juga yang menghalau ibu apabila seorang ibu datang
menjenguk anaknya di rumah kerana kerinduan. Justeru, anak-anak sewajarnya perlu
lebih prihatin terhadap ibu bapa yang telah tua dan uzur. Kesibukan bekerja bukan
alasan untuk anak-anak tidak menjalankan kewajipan menjaga mereka dengan baik.
Pada zaman serba moden dan canggih ini, pelbagai kemudahan sangat senang untuk
diperolehi asalkan punya kewangan yang kukuh. Apa yang dapat saya kongsikan juga
mengenai pusat jagaan ini ialah setiap aktiviti disusun dengan rapi agar penghuni di
sini tidak berasa kesunyian dan mendapat layanan sama seperti layanan anak-anak di
rumah. Malah, aktiviti kerohanian tidak dilupakan bagi penghuni yang beragama Islam
seperti mengaji, belajar memperbetulkan bacaan dalam solat dan sebagainya.

Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila dipeluk oleh seorang
remaja sindrom down seolah-olah tidak ingin dilepaskan. Namun, dek kerana terlalu
lama, kaki tangan di situ cuba memujuknya dan akhirnya pelukan itu dileraikan. Rasa
sebak dan sayu melihatnya kerana dia begitu menyayangi dan pandai menghargai.
Jadi, seharusnya kita melayan mereka dengan baik, menyantuni serta mengasihi
mereka kerana mungkin tanpa kita sedar asbab mereka kita dapat mencium bau
syurga. Selain itu juga, keadaan penghuni yang uzur dan sakit begitu meruntun hati
dan jiwa saya, ada yang berkerusi roda, ada yang tidak boleh bercakap kerana di
serang stroke dan ada yang terbaring di atas katil. Melihat keadaan mereka memberi
keinsafan kepada saya betapa pentingnya berbakti kepada orang tua. Tiba-tiba
terbayang wajah kedua orang tua di ruangan mata. Dalam hati saya berdoa semoga
Allah memberi kesihatan yang baik buat mereka. Selagi nyawa dikandung badan
selagi itulah saya akan berbakti kepada kedua orang tua saya. Tanpa mereka saya
tidak akan melihat dunia ini. Tanpa mereka juga saya tidak akan berada di sini.

Justeru, pada pendapat saya, tidak ada alasan lagi untuk anak-anak
mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa sedangkan jika dihitung
pengorbanan mereka tidak ternilai bahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.
Terlalu banyak pilihan yang ada sekiranya anak-anak menghadapi
kekangan-kekangan dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Namun, bagi
anak-anak yang tidak berkemampuan, pilihan terletak di tangan anda. Tepuk dada
tanyalah selera.

KEKUATAN
PROGRAM

KEKUATAN PROGRAM

Antara kekuatan program yang dapat dikenal pasti melalui Program Semarak Kasih
Bersama Warga Emas Pusat Jagaan Kenangan Hajah Rahmah ialah :

1) Bimbingan serta tunjuk ajar yang diterima daripada pensyarah kursus iaitu Dr
Mohd Isa bin Hamzah sangat membantu dalam kelancaran program.

2) Setiap ahli kumpulan sangat komited dalam menjayakan program ini dari awal
hingga akhir program.

3) Kerjasama dan kemesraan yang diterima dari Pengarah Pusat, Ahli
Jawatankuasa dan Staff Pusat Jagaan Kenangan Hajah Rahmah sangat baik.

4) Peserta memberikan maklum balas serta kerjasama ketika program
dilaksanakan.

5) Sokongan padu dan positif daripada ahli keluarga sangat memberi inspirasi
sepanjang program dilaksanakan.

CABARAN/
KEKANGAN
PROGRAM

KEKANGAN /CABARAN

Setiap program tidak terlepas daripada cabaran tertentu. Begitu juga dengan program
‘Semarak Kasih Bersama Warga Emas’ yang kami jalankan ini. Antara cabaran yang kami
hadapi ialah:

1. Kehadiran peserta program.
Peserta tidak dapat menyertai program di saat-saat akhir kerana masalah kesihatan.
Seperti yang kami sedia maklum, kebanyakan penghuni disini mengalami masalah
kesihatan tertentu. Oleh sebab itu peserta program tidak memenuhi sasaran seperti
yang telah ditetapkan.

2. Perubahan lokasi program.
Selain itu juga, perancangan asalnya, pihak kami ingin mengadakan permainan
teka-teki di kawasan ‘outdoor’ supaya penghuni dapat menghirup udara segar,
namun tidak dapat dijalankan kerana terdapat ramai peserta program yang tidak
dapat berjalan dengan baik. Ada dalam kalangan mereka memerlukan bantuan
daripada kaki tangan untuk berjalan dan ada juga yang berkerusi roda. Hal ini telah
menghadkan pergerakan dan akhirnya kami hanya menggunakan satu tempat sahaja
bagi memudahkan urusan semua pihak.

3. Kekurangan alatan teknikal.
Kekangan lainnya turut melibatkan kemudahan teknikal iaitu ketiadaan mikrofon
untuk mengendalikan program dengan lebih teratur dan kemas. Masalah ketiadaan
alat mikrofon yang tidak dapat disediakan oleh pemilik premis di rumah jagaan
warga emas ini sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran program dan
menyebabkan berlaku sedikit kelewatan akibat daripada menunggu pihak
pengurusan menyediakan alatan.

4. Masa yang terhad
Masa yang diperuntukkan untuk program ini memakan masa hanya 4 jam bermula
9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Penyusunan masa yang ditetapkan ini setelah
melakukan perbincangan dan persetujuan dari pihak pengurusan Rumah Kenangan
Hjh. Rahmah. Peruntukan masa yang diberikan berdasarkan kepada faktor kesihatan
peserta disamping peserta perlu melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti fisioterapi
dan kelas bacaan al-Quran.

PENUTUP

Setiap ahli masyarakat sentiasa digalakkan supaya menghormati dan mentaati warga
emas sebagaimana anjuran agama dalam setiap aspek kehidupan seharian dengan
berusaha menggembirakan hati dan membahagiakan hidup mereka. Menyantuni,
menghormati serta menyayangi warga emas adalah tanggungjawab semua pihak
terutamanya golongan muda. Justeru, melalui program ‘Semarak Kasih Bersama
Warga Emas’ yang dilaksanakan demi menyahut seruan agama Islam agar menjalinkan
silaturrahim sesama manusia lebih-lebih lagi warga emas yang memerlukan perhatian
serta kasih sayang daripada insan lain. Diharapkan dengan terlaksananya program ini,
mampu membuka mata masyarakat dan memberi lebih banyak pendedahan berkenaan
kepentingan menyanjungi warga emas.

LAPORAN
BERGAMBAR

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Perbincangan awal bersama Dr Isa berkaitan dengan
gambaran awal kerja lapangan

Perbincangan awal bersama ahli kumpulan berkaitan dengan
lokasi, tarikh, kos kerja lapangan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Shuhaila wakil ahli kumpulan bertemu dengan pihak pusat jagaan
Hajah Rahmah kali pertama untuk membuat perbincangan kajian

lapangan di Khota Baharu, Kelantan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Urusan pemilihan cenderamata untuk diberikan
kepada pihak pengurusan dan peserta program

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Urusan pemilihan cenderamata untuk diberikan
kepada pihak pengurusan dan peserta program

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Urusan pemilihan cenderamata untuk diberikan
kepada pihak pengurusan dan peserta program

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Proses penempahan bunting dan pembinaan bahan
program

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Proses penempahan bunting dan pembinaan bahan
program

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM
PROGRAM DIJALANKAN

Perjumpaan kedua bersama wakil pihak pengurusan
Cik Siti Salihah binti Zainalsehari sebelum program

dijalankan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Persiapan tempat sebelum program dijalankan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Persiapan tempat sebelum program dijalankan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Persiapan tempat sebelum program dijalankan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Para peserta berkumpul di ruangan khas sebelum
program dijalankan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Para peserta mengambil tempat diruangan yang
disediakan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Kata alu-aluan daripada Pengacara Majlis, Bacaan doa
Persembahan montaj pengenalan diri Pelajar

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Perkongsian ilmu yang bertajuk kelebihin berzikir oleh
Wakil pelajar Shuhaila dibantu oleh Habsah

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Para peserta mendengar perkongsian dengan sangat
beradab dan fokus

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Slot Teka Teki

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Ucapan wakil pelajar, Akmal Amin dan Pengurus
pusat jagaan, Datin Syahzayati Che Hasan

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Penyampaian cenderahati kepada Pihak Pengurusan
Pusat Jagaan Hajah Rahmah dan Peserta Program

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Penyampaian cenderahati kepada Pihak Pengurusan
Pusat Jagaan Hajah Rahmah dan Peserta Program

LAPORAN KERJA LAPANGAN PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA WARGA
EMAS

HAJAH RAHMAH,KOTA BAHARU KELANTAN

LAPORAN SEMASA
PROGRAM DIJALANKAN

Sesi bergambar bersama peserta program dan
Pengurus Pusat Jagaan,Datin Syahzayati Che Hasan


Click to View FlipBook Version