KESEDARAN
NASIONAL DALAM
TANGGUNGJAWAB
SOSIAL
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(UW00802)
SOALAN:
Misi keamanan dan kemanusiaan adalah antara tanggungjawab
sosial yang penting baik di peringkat nasional dan juga di
peringkat antarabangsa. Bincangkan dengan mengemukakan
beberapa contoh yang berkaitan.
KUMPULAN 4: GUMIHO
AHLI KUMPULAN
NUR ATHIRAH BT OSMAN SALWANI BT JAMINRAH NUR ADIBAH SYAFIQAH
BB22110481 BB22110497 BT ABDUL MAJID
BB22110398
EZRA MARK SHYNNO LYON ANDRY
BB22110690 BA22160795
FATIN NAZIHAH BT BOGOI NURSAHIRA BT MOHD ALLAWI NUR’ARIFAH BT MAZLAN
BB22110682 BA22110552 BB22110085
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN 1
TANGGUNGJAWAB SOSIAL 2
MISI KEAMANAN DAN KEMANUSIAAN 5
KESEDARAN TERHADAP MISI KEAMANAN DAN KEMANUSIAAN 6
BADAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL 8
LANGKAH MENARIK MINAT GOLONGAN BELIA UNTUK 14
MELIBATKAN DIRI DALAM MISI KEAMANAN
KESIMPULAN 15
RUJUKAN 16
Penghayatan Etika dan Peradaban
PENGENALAN
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
agama semestinya mengguna pakai istilah-istilah positif yang
merujuk kepada tanggungjawab sesama masyarakat yang lahir
dari teras nilai dan peradaban mereka iaitu dari segi etika, moral,
akhlak dan sebagainya.
Tanggungjawab sosial didefinisikan sebagai satu kemampuan
refleksi seseorang individu terhadap pandangan hidup dipegang
tentang keadilan dan kebaikan demi kesejahteraan hidup
bersama. Penghayatan individu dan penyesuaian diri dalam
melakukan tanggungjawab sosial akan sentiasa memerhati,
memikir, mengkaji, menganalisis, mencari penyelesaian dan
bertindak untuk memastikan keadilan dan kebaikan sentiasa
ditegakkan di dalam masyarakat.
1
Penghayatan Etika dan Peradaban
TANGGUNGJAWAB
SOSIAL
ERTI TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Tanggungjawab adalah pemenuhan kewajiban, atau peduli ketika membuat keputusan atau melakukan
sesuatu bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu. Tanggungjawab juga digunakan untuk
merujuk kepada kewajiban untuk menanggapi fakta.
Sosial bermaksud kemasyarakatan. Sosial adalah keadaan dimana terdapat kehadiran orang lain.
Kehadiran itu boleh dirasai dan dilihat, namun juga boleh berbentuk imaginasi.
Tanggungjawab sosial adalah komitmen, kewajiban individu, anggota masyarakat atau syarikat dengan
secara sukarela menyumbang kepada masyarakat yang lebih adil dan melindungi alam sekitar.
Tanggungjawab sosial boleh terdiri dari tindakan negatif dan positif, yang pertama merujuk kepada
tidak bertindak dan yang terakhir bertindak.
KEPENTINGAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Meningkatkan semangat patriotik rakyat
kepada negara serta menunjukkan perpaduan
rakyat di negara ini.
Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan.
Dapat memupuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat di sesuatu tempat.
CONTOH TANGGUNGJAWAB
SOSIAL
Membantu golongan miskin melalui
derma, biasiswa dan pinjaman.
Menjaga alam sekitar, iaitu tidak
mencemarkan alam sekitar apabila
melakukan aktiviti perniagaan.
Bergiat dalam aktiviti gotong-royong.
Menyediakan keperluan awam, keperluan
masyarakat, dan peluang pekerjaan.
2
Penghayatan Etika dan Peradaban
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
SEBAGAI RAKYAT
Menjadi agen moral - Memastikan setiap
tindakan yang dilakukan adalah mengikut etika
yang baik tanpa perlu pengawasan oleh agensi
penguatkuasaan luaran dan ancaman.
Tanggungjawab terhadap diri sendiri - Orang
yang mampu mengawal tindakan sendiri dan tidak
melanggar undang-undang negara dapat
mengelakkan diri daripada hukuman dan
meningkatkan nama baik negara.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
ORGANISASI ATAU KORPORAT
Tanggungjawab sosial korporat (CSR), juga
dikenali sebagai kelestarian korporat,
perniagaan yang mampan, kewarganegaraan
korporat, kapitalisme sedar dan perniagaan
yang bertanggungjawab.
Sesebuah organisasi wajib untuk membuat
keputusan dan mengambil tindakan yang
membantu dalam kebajikan dan kebaikan
kepada masyarakat dan organisasi.
Contohnya, pihak kerajaan menyalurkan
bantuan kewangan kepada golongan
berpendapatan B40 dan M40 untuk
meringankan beban rakyat akibat pandemik
COVID-19.
3
Penghayatan Etika dan Peradaban
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
LUAR NEGARA
Tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan
termasuklah menitikberatkan kesihatan,
keselamatan, pendidikan dan alam sekitar
masyarakat. Contoh bantuan yang dijalankan
oleh MERCY Malaysia untuk membantu
masyarakat luar negara.
Pada tahun 2012, MERCY Malaysia telah
menghantar pasukan ke Rakhine dan Myanmar,
di mana mereka mengedarkan barangan dan
klinik bergerak ditubuhkan untuk membantu
mereka yang terjejas di samping menghantar
bantuan kepada Mindanao, Filipina untuk
bertindak balas terhadap mereka yang terjejas
akibat Ribut Tropika Washi dan Taufan Bopha.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
KE ATAS ALAM SEKITAR
Masyarakat harus mengambil komitmen
terhadap alam sekitar dengan menghasilkan
keluaran yang mesra alam dan bermanfaat
kepada pengguna.
Menjamin kelestarian alam sekitar dapat
mengelakkan bencana alam dan mengekalkan
keharmonian antara masyarakat dengan alam
sekitar.
Contohnya, mengadakan aktiviti penanaman
semula pokok kerana pokok membekalkan
oksigen kepada hidupan dan boleh mengubah
iklim mikro di sesuatu tempat.
4
Penghayatan Etika dan Peradaban
MISI KEAMANAN DAN
KEMANUSIAAN
01 KONSEP KEAMANAN
Keamanan dunia adalah suatu visi dunia yang bebas, aman dan
bahagia antara semua negara dan rakyat. Keamanan dunia
merupakan satu konsep sebuah dunia tanpa keganasan oleh negara-
negara yang bekerjasama yang secara global bersetuju untuk bersatu
padu menegakkan keamanan dunia.
Pengaman atau menjaga keamanan bermaksud, misi pemeliharaan
perdamaian semua aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan
keadaan aman yang berkekalan.
02 KONSEP KEMANUSIAAN
Merujuk kepada nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan
Konsep kemanusiaan termasuk penghormatan terhadap hak-hak
asasi, kemuliaan manusia dan perihal manusia dan sifat manusiawi.
Bantuan kemanusiaan ialah bantuan keperluan dan barangan kepada
orang yang memerlukan pertolongan. Di antara orang yang
memerlukan bantuan ialah golongan tunawisma, pelarian dan
mangsa bencana alam, peperangan dan kebuluran.
Tujuan utama bantuan kemanusiaan adalah untuk menyelamatkan
nyawa, mengurangkan penderitaan, dan mengekalkan harga diri
kemanusiaan. Ia mungkin lebih mendapat tempat berbanding
bantuan pembangunan yang memerlukan kepada mengenal pasti
faktor sosioekonomi secara lebih mendalam yang mana telah
membawa kepada sebuah krisis dan darurat.
03 DASAR LUAR NEGARA YANG TERLIBAT
DALAM MENJAGA KEAMANAN DUNIA
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
5
Penghayatan Etika dan Peradaban
KESEDARAN TERHADAP MISI
KEAMANAN DAN KEMANUSIAAN
DAPAT MERINGANKAN
BEBAN MANGSA
Beban mangsa dapat diringankan
dengan memberi barangan keperluan
seperti makanan yang mencukupi dan
bekalan pakaian.
Bantuan dalam bentuk kewangan
kepada sebuah negara juga dapat
membantu para mangsa yang terlibat.
Contohnya, seminggu selepas gempa
bumi yang dahsyat melanda Nepal,
Tabung Kanak-kanak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)
melancarkan tabung untuk mengutip
derma sebanyak ASS$50 juta (RM180
juta).
MEMBANTU ATAS DASAR
KEMANUSIAAN DAPAT
MEMBERI KEINSAFAN
Membantu atas dasar berperikemanusiaan
dan prihatin kepada mangsa yang dalam
kesusahan.
Terutamanya dalam sesuatu bencana di
dalam dunia ini.
Contohnya, kumpulan pertama pegawai dan
anggota pasukan pengaman Batalion
Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang
berlepas ke Lubnan selepas letupan tetap
bersemangat menyempurnakan
tanggungjawab yang diamanahkan.
6
Penghayatan Etika dan Peradaban
MEMBANTU
MENGGERAKKAN
SEKTOR EKONOMI YANG
LUMPUH
Bantuan membina prasarana dan infrastruktur
yang rosak.
Sebagai contoh, pembinaan sekolah, hospital,
klinik dan jalan raya.
Kerajaan menghantar pegawai-pegawai
perancang ekonomi bersama-sama ahli
perniagaan tempatan untuk menjayakan hal
ini.
DAPAT MEMBERIKAN MEMASTIKAN BANYAK
SEMANGAT BARU NYAWA DAPAT
KEPADA MANGSA DISELAMATKAN
Memberikan mereka bimbingan dan dorongan Pelbagai jenis penyakit akan merebak
kepada mangsa bencana alam agar mereka selepas bencana alam kerana bekalan air
dapat meneruskan hidup seperti sediakala. bersih yang terjejas.
Sokongan yang dihulurkan dapat memberikan Menghantar doktor-doktor pakar untuk
sedikit sebanyak sinar kepada mereka selepas memberi rawatan yang terbaik kepada
diuji dengan musibah yang tidak terduga. mangsa-mangsa bencana.
Mendirikan pusat rawatan atau hospital
sementara bagi memudahkan proses
rawatan agar dapat berjalan dengan
lancar.
7
Penghayatan Etika dan Peradaban
BADAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
MERCY MALAYSIA
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) Malaysia
merupakan satu badan bukan kerajaan yang mana badan ini memberi
bantuan berasaskan perubatan, pembangunan kesihatan dan
pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang
memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis.
Sebagai sebuah pertubuhan yang tidak mengharapkan keuntungan,
MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan
sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk
meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan
kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara.
Pertubuhan ini adalah berdaftar mengikut Akta Pertubuhan (1966) di
Malaysia dan ibu pejabat mereka terletak di ibu negara di Kuala
Lumpur.
MISI DILAKSANAKAN
MISI KEMANUSIAAN DI NEPAL
Gempa bumi melanda Nepal pada April 2015 memberi tindakan
serius kepada MERCY Malaysia dalam menghulurkan bantuan.
Gempa tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 3,200
nyawa dan ribuan penduduk cedera.
Hospital di Kathmandu tidak lagi mampu menempatkan mangsa
kerana kekurangan fasiliti sehingga ada yang terpaksa dirawat di
tepi jalan.
Lapan ahli Unit Tindakan Kecemasan (ERU) dihantar ke Nepal terdiri daripada doktor dan pakar bedah selain
menyediakan kelengkapan hospital untuk membantu mangsa gempa.
Hospital mini dibina yang dilengkapi dengan bilik pembedahan, perkhidmatan farmaseutikal dan jabatan
pesakit luar. 8
Penghayatan Etika dan Peradaban
MISI KEMANUSIAAN DI PAKISTAN
Banjir besar melanda negara Pakistan pada September 2022
menjadikan bencana tersebut adalah malapetaka terburuk
sepanjang sejarah.
Daratan luas negara tersebut menjadi 'lautan lumpur' yang
mana ia memusnahkan lebih kurang dua juta buah rumah
serta meragut hampir 1,400 nyawa dan menjejaskan
kehidupan ke semua 33 juta rakyat Pakistan.
MERCY Malaysia segera menghantar pasukan bantuan
kemanusiaan iaitu Pasukan Penilaian Pantas dan Tindakan
Kecemasan. MERCY Malaysia menjadi organisasi pertama
dari Malaysia yang lulus untuk menghantar pasukan bantuan
oleh pihak berkuasa Pakistan.
MERCY Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan dan
bekalan perubatan penting terhadap mangsa yang
memerlukan bantuan dan turut menyertai klinik bergerak
yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO)
tempatan di sebuah bandar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa,
Pakistan.
GERAKAN SUKARELAWAN DI SABAH
Menggerakkan pasukan kesukarelawanan di Sabah bertujuan
untuk membantu klinik kesihatan di sana susulan peningkatan
penularan wabak COVID-19.
Kawasan-kawasan yang paling terjejas: Tawau (759 kes),
Semporna (309 kes), Lahad Datu (295 kes), Kunak (75 kes).
1,200 ujian COVID-19 dijalankan di Lahad Datu dan
penyediaan kit kebersihan dan pek makanan kepada yang
terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
MERCY Malaysia menasihatkan kepada mereka yang
melakukan perjalanan dari kawasan-kawasan yang paling
terjejas agar untuk membuat kuarantin kendiri bagi
memutuskan rantaian COVID-19 dan mengelakkan
penyebaran jangkitan ke tempat lain.
9
Penghayatan Etika dan Peradaban
UNICEF MALAYSIA
Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF) Malaysia merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang mempunyai beribu pejabat salah satu nya bertapak di
Kuala Lumpur. UNICEF Malaysia menyediakan bantuan
kemanusiaan dan pembangunan khasnya kepada kanak-kanak
khususnya di Malaysia.
UNICEF secara umumnya dibimbing oleh Konvensyen Hak
Kanak-kanak (United Nations Convention on the Rights of the
Child) dan ianya mempunyai mandat sejagat untuk mempromosi-
kan perlindungan terhadap hak anak-anak di mana sahaja terutama mereka yang berisiko serta paling
sukar dicapai. Pada tahun 1954, UNICEF telah bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dengan
menyokong program kesihatan, pemakanan, air dan sanitasi, pendidikan sama ada formal atau tidak
formal serta perkhidmatan untuk kanak-kanak yang kurang mampu di sekitar kawasan bandar. Kini,
UNICEF semakin berkembang di Malaysia sejurus perkembangan negara dan kemajuan ke negara
berpendapatan menengah ke atas.
UNICEF Malaysia bukan sahaja membantu dalam menyediakan kanak-kanak permulaan yang terbaik
dalam kehidupan melalui kesihatan dan pendidikan yang berkualiti serta perlindungan daripada
keganasan, eksploitasi dan penyalahgunaan, malah UNICEF Malaysia juga bekerjasama dengan rakan
dalam kerajaan dan masyarakat sivil untuk mengurangkan kemiskinan kanak-kanak dan juga melibatkan
organisasi dalam mempromosikan tanggungjawab sosial korporat yang mesra kanak-kanak.
MISI DILAKSANAKAN
PENGUMPULAN DANA UNTUK BANTU INDIA
Gelombang terbaharu COVID-19 di India
menyebabkan sistem kesihatan di sana sangat parah.
Jumlah kes COVID-19 di India banyak memerlukan
alat pernafasan dan lebih parah lagi apabila bantuan
oksigen tidak mencukupi untuk semua pesakit.
UNICEF Malaysia melancarkan bantuan segera untuk
mengumpul dana bagi membantu India dalam
menangani wabak COVID-19 yang semakin parah.
UNICEF telah menyediakan bekalan oksigen dan
peralatan kecemasan lain yang amat diperlukan untuk
tindakan yang segera sebelum wabak merebak dengan
lebih cepat.
10
Penghayatan Etika dan Peradaban
ISU PERKAHWINAN DAN PENAHANAN KANAK-KANAK
UNICEF Malaysia akan meneruskan usaha dalam
menangani isu kemanusiaan berkaitan perkahwinan dan
penahanan kanak-kanak tanpa ditemani dan dipisahkan
di pusat tahanan imigresen seluruh Malaysia.
Matlamat Perlindungan Mampan (SDG) memberi kesan
kepada banyak negara namun kadar perkahwinan
kanak-kanak menunjukkan trend yang baik di mana ia
semakin menurun di seluruh dunia.
Pelaksanaan projek perintis Alternatif kepada
Penahanan (ATD) adalah bertujuan untuk
membebaskan kanak-kanak yang tidak ditemani dan
dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh
negara.
Bertemakan "Strengthening and Enhancing Human
Rights Towards Leaving No One Behind", Forum Hak
Asasi Manusia dianjurkan bersama oleh Bahagian Hal
Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri,
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) dan PBB di Malaysia.
11
Penghayatan Etika dan Peradaban
PERTUBUHAN
BANGSA-BANGSA
BERSATU (PBB)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan satu pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada
24 Oktober 1945 (selepas Perang Dunia Kedua) di San Francisco, California, Amerika Syarikat. Seperti yang
tertulis di piagam PBB, matlamat PBB adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat,
menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa serta
memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
Malaysia menjadi anggota ke-82 PBB di mana Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957. Malaysia
telah memegang kerusi tidak tetap bergilir di Majlis Keselamatan PBB selama empat penggal dan negara kita
turut mengambil bahagian dalam lebih 30 misi pengamanan PBB sejak Oktober 1960. Malaysia merupakan
penyokong kuat multilateralisme dan kerjasama antarabangsa. Kehadiran Malaysia dalam PBB antaranya
adalah untuk merumus, menyelaras, mempertahankan dan memajukan kedudukan dan kepentingan Malaysia
di atas ketiga-tiga tonggak PBB (Keamanan dan Keselamatan, Hak Asasi Manusia dan Pembangunan).
yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan
sumber undang-undang yang lain dapat
dipeliharakan, dan
untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf
hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih
luas,
PIAGAM PBB DAN UNTUK TUJUAN INI
akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA sama dalam keamanan dengan satu sama lain
BERSATU BERAZAM sebagai jiran-jiran yang baik, dan
akan menyatukan kekukuhan kami untuk
untuk menyelamatkan generasi-generasi yang memeliharakan keamanan dan keselamatan
berikut daripada kesengsaraan peperangan, antarabangsa, dan
yang dua kali dalam penghidupan kami, telah akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-
membawa kesedihan yang tidak terkatakan prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa
kepada manusia, dan bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk
untuk menegaskan semula keyakinan kepada kepentingan umum, dan
hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan akan menggunakan jentera antarabangsa bagi
nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial
lelaki dan perempuan serta negara-negara besar untuk semua manusia,
dan kecil, dan
untuk mewujudkan keadaan yang mana MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK
keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan
MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA
DAPAT MENCAPAI MATLAMAT INI
12
Penghayatan Etika dan Peradaban
MISI DILAKSANAKAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM MISI PENGAMANAN
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi
kepercayaan untuk menjalani
tanggungjawab sebagai pasukan pengaman
di bawah misi PBB di Lubnan. Penglibatan
ini merupakan satu detik yang bermakna
dan membanggakan kerajaan Malaysia.
Penglibatan yang berterusan ini bukan
sahaja membuktikan ATM sentiasa
bersedia dan siap siaga untuk mengaturge-
-rak pasukan kita dalam memenuhi keperluan penugasan di luar tanah air, malah ia
mencerminkan pengikhtirafan dunia terhadap keupayaan serta kepakaran ATM dalam
melaksanakan misi-misi pengaman.
Pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT 850-10) akan meneruskan misi United
Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat
UNIFIL dan ditempatkan di Kem Ma'rakah dan Kem Tibnin.
POLIS DIRAJA MALAYSIA SERTAI MISI PENGAMANAN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar
9 pegawai kanan dan seorang anggota polis
ke misi pengamanan PBB di South Sudan.
Terbahagi kepada 2 iaitu Individual Police
Officer (IPOs) dan Formed Police Unit
(FPU).
Tugas IPOs berkonsepkan traditional
approach building untuk memastikan kesel-
-amatan dan ketenteraman awam. IPOs juga berperanan
dalam menangani isu seperti hak asasi manusia, kepolisan
antarabangsa, kepolisan komuniti, bimbingan dan
pemantauan.
Misi ini lebih tertumpu dari segi pembaharuan, pembinaan
dan penstrukturan semula negara-negara yang mengalami
krisis dan pergolakan.
13
Penghayatan Etika dan Peradaban
LANGKAH MENARIK MINAT GOLONGAN
BELIA UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM
MISI KEAMANAN
PERANAN INSTITUSI SERU GOLONGAN
PENGAJIAN TINGGI BELIA!
IPTA seluruh Malaysia perlu lebih aktif Badan Bukan Kerajaan menyeru agar
dalam pendedahan terhadap aktiviti anak-anak muda mendaftarkan diri dalam
kesukarelawanan. misi keamanan ke negara-negara yang
IPTA perlu mendedahkan pelajar kepada memerlukan.
aktiviti sukarela yang dapat memupuk Menyampaikan kesan-kesan positif yang
semangat pelajar dalam menyertai misi dapat diperoleh sekiranya anak muda
keamanan bersama NGO. melibatkan diri.
MENCIPTA HALAMAN SERTAI KAMI:
DI MEDIA SOSIAL AMAN PALESTIN
Mendedahkan golongan belia tentang NGO mengadakan majlis bersama
kepentingan melibatkan diri dalam misi sukarelawan-sukarelawan seperti Heliza
keamanan melalui Facebook, Instagram Helmi dan Hazwany Helmi.
dan YouTube. Anak muda dapat mengambil pengajaran
Langkah ini dilihat sangat efektif kerana daripada pengalaman yang dikongsikan
golongan remaja gemar melayari internet oleh mereka.
dan dapat memupuk mereka menyertai
misi keamanan. 14
Penghayatan Etika dan Peradaban
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, misi keamanan dan kemanusiaan memberi impak positif
bukan sahaja terhadap masyarakat sejagat, malah ia juga memberi pengalaman yang
bermakna kepada individu yang terlibat dalam melakukan misi-misi yang melibatkan
keamanan dan kemanusiaan. Malaysia sendiri telah membuka pelbagai platform
untuk para sukarelawan untuk menghulurkan bantuan secara hati yang terbuka.
Apabila banyak persatuan ataupun badan-badan sukarelawan yang memberi peluang
kepada orang ramai untuk memberi kerjasama membantu orang yang lebih
memerlukan, maka sifat kemanusiaan yang ada di dalam diri masing-masing dapat
dipupuk dan ramai orang yang mengalami kesusahan dapat diringankan beban
mereka.
Tanggungjawab sosial sudah menjadi
suatu kebiasaan di seluruh dunia
khususnya di negara kita Malaysia.
Negara luar malah memberi kepercayaan
penuh terhadap Malaysia dalam
menghantar misi keamanan di negara
mereka kerana pertahanan Malaysia
merupakan antara pertahanan yang kuat
dan mampu memberikan bantuan yang
menyeluruh dalam menjalani misi
keamanan di luar negara. Walaupun
pelbagai cabaran yang dihadapi
termasuklah bekorban nyawa demi
mempertahankan keamanan negara luar,
namun ia menjadi satu kebanggaan buat
diri mereka sendiri kerana telah
mengharumkan nama negara dalam
mempertahankan keamanan dunia.
Oleh yang demikian, para orang muda digalakkan untuk lebih melibatkan diri dalam
melakukan misi keamanan dan kemanusiaan agar kesejahteraan sejagat terjamin dan
ramai orang yang mengalami kesusahan terukir senyuman mereka hasil daripada
ringan tangan orang-orang yang menghulurkan bantuan.
15
Penghayatan Etika dan Peradaban
RUJUKAN
Alissia. September 7 2021. Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan
dipetik dari https://view.genial.ly/6136d753319b4e101d07f272/interactive-content-
103-pelibatan-rakyat-dalam-isu-kemanusiaan-dan-keamanan, diakses pada 30
Disember 2022.
Astro Awani. Mei 6 2015. Misi kemanusiaan di Nepal oleh MERCY Malaysia dipetik dari
https://www.astroawani.com/foto-malaysia/misi-kemanusiaan-di-nepal-oleh-mercy-
malaysia-2365/mercy-malaysia-26247, diakses pada 29 Disember 2022.
Astro Awani. Mei 5 2021. UNICEF Malaysia kumpul dana untuk bantu India dipetik dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/unicef-malaysia-kumpul-dana-untuk-
bantu-india-296631, diakses pada 30 Disember 2022.
Azfar Saleh, Syahrir. Februari 12 2019. Konsisten dalam memperjuangkan isu
kemanusiaan dipetik dari
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/konsisten-
dalam-memperjuangkan-isu-kemanusiaan-198339%3Famp=1, diakses pada 30
Disember 2022.
Basir Roslan, Muhammad. September 4 2020. Tingkatkan kesedaran terhadap aktiviti
amal secara global dipetik daripada https://mediapermata.com.bn/tingkatkan-
kesedaran-terhadap-aktiviti-amal-secara-global/, diakses pada 31 Disember 2022.
Berita Harian. Oktober 18 2014. Pengiktirafan Malaysia dalam arena politik antarabangsa
dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/10/12425/pengiktirafan-malaysia-
dalam-arena-politik-antarabangsa, diakses pada 1 Januari 2023.
Berita Harian. Disember 23 2016. Majlis Keselamatan PBB: Malaysia laksana pelbagai
inisiatif penting dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/226585/majlis-keselamatan-
pbb-malaysia-laksana-pelbagai-inisiatif-penting, diakses pada 30 Disember 2022.
16
Penghayatan Etika dan Peradaban
Berita Harian. Februari 7 2018. Malaysia dukung teras PBB dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/385878/malaysia-dukung-
teras-pbb, diakses pada 27 Disember 2022.
Bernama. September 29 2020. COVID-19: MERCY Malaysia gerakkan sukarelawan di
Sabah dipetik dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-mercy-
malaysia- gerakkan-sukarelawan-di-sabah-261450, diakses pada 29 Disember 2022.
Bernama. Oktober 7 2022. 10 pegawai, anggota PDRM sertai Misi Pengaman PBB dipetik
dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/889703/10-pegawai-anggota-
pdrm-sertai-misi-pengaman-pbb, diakses pada 31 Disember 2022.
Bernama. 13 Disember 2022. UNICEF teruskan bekerja dengan kerajaan dalam isu
perkahwinan dan penahanan kanak-kanak dipetik dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/unicef-teruskan-bekerja-dengan-
kerajaan-dalam-isu-perkahwinan-dan-penahanan-kanakkanak-396472, diakses pada
30 Disember 2022.
Expresiones. 2023. Makna Tanggungjawab (apakah itu, konsep dan definisi) dipetik
dari https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-responsabilidad#menu-3,
diakses pada 30 Disember 2022.
M Star. April 27 2015. MERCY Malaysia Hantar Pasukan Perubatan Ke Nepal dipetik
dari https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/04/27/mercy-hantar-bantuan-
nepal, diakses pada 30 Disember 2022.
Md Denin, Mohd Jamilul Anbia. September 16 2022. Malapetaka terburuk meragut 1,400
nyawa dipetik dari
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/882364/malapetaka-terburuk
meragut-1400-nyawa, diakses pada 29 Disember 2022.
Nurulhuda. Oktober 27 2022. Penglibatan ATM dalam misi pengamanan PBB di Lubnan
terus diiktiraf dipetik dari https://www.airtimes.my/2022/10/27/penglibatan-atm-
dalam-misi-pengaman-pbb-di-lubnan-terus-diiktiraf/, diakses pada 31 Disember
2022.
17
Penghayatan Etika dan Peradaban
Prezi. Julai 5 2015. Keamanan Dunia: Dunia Tanpa Peperangan by Nina Rosman dipetik
dari https://prezi.com/uasc_gnayyxb/keamanan-dunia-dunia-tanpa-peperangan/,
diakses pada 27 Disember 2022.
Yamani, Emma. Ogos 18 2015. Tanggungjawab Sosial dipetik dari
https://prezi.com/qqnfiajj91wz/tanggungjawab-sosial/, diakses pada 1 Januari 2023.
18