INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) [BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] (AMBILAN JUN 2022) -PENTAKSIRAN BERTERUSANSEMESTER 1, TAHUN 2 SESI OGOS-DISEMBER 2023 NAMA PELAJAR : SYAMERRA EZZANIE BINTI AZAMAIN NO. KAD PENGENALAN : 030508-12-1362 ANGKA GILIRAN : 2021072340398 KUMPULAN / UNIT : BM SK5 KOD / NAMA KURSUS : PKES3123 PERTOLONGAN CEMAS TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 (40%) LAPORAN AMALI TARIKH MULA 22/9/2023 TARIKH HANTAR 20/10/2023 NAMA PENSYARAH : ENCIK K.RAJA M.KANAPATHY JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan ini saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas dari pensyarah kerja kursus ini dan saya telah merujuk dan memahaminya. TANDA TANGAN TARIKH Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (Diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
Pertolongan Cemas (PKES3123) Syamerra Ezzanie Binti Azamain DEFIBLIRASI Disediakan oleh : Automated External Defibrillator (AED)
PENGHARGAAN Bismilahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan kursus PKES3123 ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sir Raja selaku pensyarah yang mengajar bagi subjek ini kerana banyak membantu saya dalam menghasilkan dan menyiapkan tugasan laporan amali ini. Terima kasih kerana encik tidak jemu dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu saya dari segi perkongsian nota, maklumat dan pemahaman berkenaan dengan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Semoga kita semua memperoleh keputusan yang cemerlang pada semester ini. Harapan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah, saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan di samping menambah ilmu pengetahuan berkenaan dengan prosedur kecemasan agar dapat bertindak sewajarnya kelak. Sekian, terima kasih.
KANDUNGAN 1 Pengenalan 2 Mentaksir Situasi Kecederaan 3 Kecederaan Yang Dialami Penyebab, Simptom & Rasional 4 Prosedur Pertolongan Cemas 5 Penutup 6 Rujukan 7 LAMPIRAN 1 2 3 5 6 9 10 M/S
1. PENGENALAN Pertolongan cemas merupakan bantuan segera yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di kawasan kejadian sebelum tiba bantuan perubatan atau sebelum mangsa menerima rawatan perubatan yang lengkap atau sempurna. Pertolongan cemas diberikan kepada mangsa bertujuan untuk membantu menyelamatkan nyawa mangsa, mengelakkan risiko kecederaan teruk kepada mangsa dan membantu mengurangkan kesakitan serta kesengsaraan yang dialami oleh mangsa. Defibrilasi automatik luaran (AED) merupakan sejenis peranti perubatan yang digunakan untuk menghentikan aritmia jantung dengan menghantarkan arus elektrik melalui elektrod yang ditempatkan di dada seseorang. Tujuannya adalah untuk mengembalikan denyut jantung yang normal dalam kes fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel yang mengancam nyawa. AED sering digunakan oleh petugas pertolongan pertama seperti pegawai keselamatan, paramedis, dan dalam beberapa kes, orang awam yang telah menerima latihan khusus untuk menggunakan peranti ini dalam situasi kecemasan perubatan. AED boleh secara automatik menganalisis aktiviti jantung dan memberi arahan suara kepada pengguna mengenai bila dan bagaimana mengaplikasi defibrilasi. Ini adalah alat penting dalam usaha menyelamat nyawa dalam keadaan kecemasan perubatan. 1
2. MENTAKSIR SITUASI KECEDERAAN Senario Berkaitan dengan Defiblirasi Anda sedang menonton pertandingan bola sepak di padang berhampiran rumah anda. Tiba-tiba, salah seorang pemain roboh di padang tanpa sebab yang jelas. Pemain tersebut tidak sedarkan diri, tidak bernafas, dan tidak mempunyai denyutan nadi. Dalam senario henti jantung mendadak dan penggunaan defibrilator mudah alih (AED), terdapat beberapa risiko dan bahaya yang perlu diambil kira seperti kegagalan pelaksanaan AED. Walaupun AED adalah alat yang penting dan berkesan dalam menyelamatkan nyawa dalam kebanyakan kes, namun terdapat risiko bahawa peranti tersebut mungkin gagal berfungsi atau bateri sudah lemah. Oleh itu, kekerapan penyelenggaraan dan penyelarasan AED adalah penting untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik. Seterusnya, penggunaan AED memerlukan latihan dan pengetahuan yang betul kerana jika berlaku sebarang kesalahan dalam penggunaan AED, ia boleh menyebabkan keputusan yang tidak betul atau tidak berkesan dalam sebarang situasi kecemasan. Selain itu, dalam kes-kes tertentu, penggunaan AED mungkin tidak sesuai atau boleh membawa risiko tambahan kepada mangsa, seperti individu yang mempunyai implant pacemaker atau defibrilator dalam badan. Adalah diingatkan bahawa risiko penggunaan AED adalah relatif rendah berbanding manfaat yang besar dalam situasi henti jantung mendadak. Keberadaan dan penggunaan AED adalah kritikal untuk meningkatkan peluang selamat bagi individu yang mengalami hentian jantung yang mendadak. Justeru, penyediaan latihan yang betul dalam penggunaan AED dan pemeliharaan yang sistematik adalah penting untuk meminimumkan risiko dan memastikan tindakan yang selamat dan berkesan dalam keadaan kecemasan ini. 2
3. KECEDERAAN YANG DIALAMI Penyebab bagi hentian jantung secara mendadak yang dialami oleh mangsa adalah berlaku apabila jantung mangsa berhenti berdenyut secara tiba-tiba. Hal ini berlaku kerana gangguan irama jantung yang serius seperti ventrikular fibrilasi. Keadaan ini membuatkan jantung mangsa berdegup dengan tidak teratur dan tidak berupaya mengalirkan darah dengan berkesan. Selain itu, arteri koronari yang tersumbat yang mengganggu peredaran darah ke jantung juga boleh menyebabkan jantung mangsa tersebut berhenti secara mendadak. Situasi yang dihadapi oleh mangsa ini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak diberikan rawatan segera kerana ia boleh mengancam nyawa mangsa tersebut. Hal yang demiikian kerana hentian jantung yang mendadak adalah satu keadaan yang amat serius dan boleh berakhir dengan kematian dalam beberapa minit. Penyebab Simptom Simptom-simptom yang dapat dilihat pada mangsa berdasarkan senario tersebut di mana peserta bola sepak yang roboh tidak sedarkan diri. Dalam hal ini pemeriksaan terhadap tanda-tanda vital seperti denyutan nadi atau pernafasan, dan mendapati bahawa mangsa tidak mempunyai denyutan nadi yang dapat dirasai dan tidak bernafas merupakan simptom-simptom bagi hentian jantung secara mendadak. 3
3. KECEDERAAN YANG DIALAMI Tindakan yang cepat sangat penting dalam hentian jantung yang mendadak kerana setiap saat atau minit yang berlalu akan mengurangkan peluang untuk selamatkan nyawa mangsa. Penggunaan AED adalah penting kerana ia akan memberikan litaran elektrik yang diperlukan untuk mencuba mengembalikan irama jantung kepada mangsa. CPR pula adalah untuk membantu memberikan pernafasan dan peredean darah sementara menunggu defibrilator. Gabungan tindakan ini bertujuan untuk memulihkan irama jantung normal dan meningkatkan peluang individu yang mengalami henti jantung mendadak untuk terus hidup. Rasional 4
4. PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS Pertama, nilai keadaan mangsa dan segera memanggil bantuan kecemasan melalui nombor 999 atau nombor kecemasan setempat untuk mendapatkan bantuan segera. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan persekitaran adalah selamat dan tempatkan mangsa dalam kedudukan terlentang. Prosedur yang tepat dalam senario kecederaan yang melibatkan penggunaan Automated External Defibrillator (AED) adalah : Kedua, periksa dengan teliti tanda-tanda kesedaran, pernafasan, dan denyutan nadi mangsa. Dalam situasi ini, mangsa mungkin tidak sedarkan diri, tidak bernafas, dan tidak mempunyai denyutan nadi yang dapat dirasai. Seterusnya jika terdapat AED di kawasan berdekatan, segera temui AED serta hidupkan AED tersebut. Ikuti arahan AED untuk meletakkan elektrod pada dada mangsa dan biarkan peranti menganalisis irama jantung. 5
Jika AED memberikan arahan untuk defibrilasi (shock), pastikan bahawa semua orang menjauhkan diri, tekan butang defibrilasi seperti yang diarahkan, dan pastikan tidak ada sentuhan ketika defibrilasi dilakukan. Teruskan dengan tindakan AED, ikuti arahan peranti sehingga bantuan perubatan tiba atau mangsa memberikan respons. Penggunaan AED ini adalah penting dalam situasi kecederaan serius kerana ia dapat membantu mengembalikan irama jantung yang normal. 5. PENUTUP Kesimpulannya, rawatan segera perlu diberikan kepada mangsa agar memberi peluang mangsa untuk terus hidup. Tidak dinafikan bahawa pelaksaan AED kepada mangsa berdasarkan senario ini mempunyai banyak kekuatan, namun terdapat juga kelemahan yang dapat dilihat dalam pelaksanaan AED kepada mangsa bagi situasi kecemasan. 6
Kekuatan : Kekuatan bagi pelaksanaan AED ini adalah mudah digunakan di mana AED ini dirancang untuk digunakan oleh orang awam. Ia menyediakan arahan suara dan visual yang jelas yang menjadikannya mudah difahami dan digunakan dalam sebarang situasi kecemasan. Seterusnya, AED memberikan arahan langkah demi langkah untuk menampalkan elektrod pada mangsa, menganalisis irama jantung, dan memberikan defibrilasi kepada mangsa. Hal ini membolehkan pengguna yang tidak berpengalaman untuk bertindak dengan yakin semasa bertindak dalam menggunakan AED dalam situasi kecemasan. Selain itu, AED juga berpotensi menyelamatkan nyawa seseorang mangsa dimana AED merupakan peranti yang efektif dalam mengatur semula irama jantung yang normal dan memberikan peluang kepada mangsa untuk pulih. Kelemahan : Kelemahan bagi pelaksanaan AED ini pula adalah AED mungkin tidak sentiasa disediakan di tempat-tempat awam atau dalam situasi tertentu. Seterusnya, Penggunaan AED dalam situasi basah boleh menjadi sukar dan berisiko tinggi. Hal ini kerana elektrod mesti diletakkan pada kulit yang kering. Dalam hal ini peralatan yang basah akan menyukarkan proses pelaksanaan AED kepada mangsa sekaligus akan membawa kepada kematian. Di samping itu, AED mungkin tidak berkesan jika jantung mangsa telah berhenti lebih dari beberapa minit, atau jika mangsa mengalami jenis hentian jantung tertentu yang tidak memberikan respons terhadap defibrilasi. 7
Cadangan Penambahbaikkan : Dalam meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dalam situasi hentian jantung mendadak, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Antaranya adalah meningkatkan penyebaran AED di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pusat komuniti, sekolah, dan stesen transit. Ini akan memastikan aksesibiliti yang lebih tinggi kepada AED dalam keadaan kecemasan. Seterusnya, menyediakan latihan pendidikan awam yang lebih meluas tentang penggunaan AED dan CPR. Latihan boleh diadakan di sekolah, pejabat, dan komuniti, dan penggunaan AED mesti menjadi bahagian daripada latihan CPR. Akhir sekali adalah menyediakan latihan berterusan kepada pengguna AED dan CPR untuk memastikan mereka sentiasa berkualiti dalam mengendalikan situasi kecemasan. Cadangan penambahbaikkan ini akan membantu memaksimumkan kesan penggunaan AED dalam menyelamatkan nyawa dalam situasi hentian jantung mendadak. 8
RUJUKAN Maulidia, R., & Loura, N. (2019). Hubungan tingkat pengetahuan kognitif dengan kemauan melakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) pada remaja di sman malang. Jurnal Kesehatan Mesencephalon, 5(1). Nguyen, M. T., Nguyen, T. H. T., & Le, H. C. (2022). A review of progress and an advanced method for shock advice algorithms in automated external defibrillators. Biomedical Engineering Online, 21(1), 22. Purwacaraka, M., Erwansyah, R. A., & Hidayat, S. A. (2023). Pelatihan Resusitasi Jantung Paru sebagai Upaya Peningkatan Pengetahuan dan Motivasi Mahasiswa sebagai Bystander di Masyarakat. Sasambo: Jurnal Abdimas (Journal of Community Service), 5(1), 142-151. Schierbeck, S., Hollenberg, J., Nord, A., Svensson, L., Nordberg, P., Ringh, M., ... & Claesson, A. (2022). Automated external defibrillators delivered by drones to patients with suspected out-of-hospital cardiac arrest. European Heart Journal, 43(15), 1478-1487. 9
LAMPIRAN 10