Fonetik Antarabangsa ini dikenali juga sebagai Ejaan Abjad Radiotelefon Antarabangsa selain Abjad NATO. Penggunaan Fonetik Antarabangsa membolehkan kombinasi huruf dan nombor dapat disebutkan dan difahami oleh mereka yang menghantar mesej suara melalui radio atau telefon, tanpa mengira perbezaan bahasa atau kualiti saluran komunikasi.
Abjad ejaan Fonetik Antarabangsa digunakan untuk mengeja bahagian mesej yang mengandungi huruf dan nombor untuk mengelakkan kekeliruan, kerana banyak huruf berbunyi serupa, contohnya "n" dan "m" atau "f" dan "s"; Potensi kekeliruan meningkat jika berlaku gangguan statik atau gangguan lain. Sebagai contoh, mesej "terus ke grid peta DH98" boleh dihantar sebagai "terus ke grid peta Delta-Hotel-NinerAit". Menggunakan "Delta" dan bukannya "D" mengelakkan kekeliruan antara "DH98" dan "BH98" atau "TH98".
26 kod perkataan dalam abjad Fonetik Antarabangsa seperti berikut: Alfa, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, India, Juliett, Kilo, Lima, Mike, November, Oscar, Papa, Quebec, Romeo, Sierra, Tango, Uniform, Victor, Whiskey, X-ray, Yankee, Zulu.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 NOMBOR
Klik link video untuk mendengar sebutan Fonetik Antarabangsa https://youtu.be/VqA6wxtWG4E
Biasanya Fonetik Antarabangsa ini digunakan untuk menyebut callsign, nama operator dan tempat. Ini bagi memastikan setiap callsign, nama, tempat dapat diterima dengan betul.
Callsign 9M4CSB - Nine Mike Four Charlie Sierra Bravo 9W2JGB - Nine Whiskey Two Juliet Golf Bravo
Tempat Sekinchan - Sierra Echo Kilo India November Charlie Hotel Alfa November Selangor - Sierra Echo Lima Alfa November Golf Oscar Romeo
Nama Operator - Disarankan menggunakan nama yang ringkas/pendek Najib - November Alfa Juliet India Delta Azura - Alfa zulu uniform romeo alfa
http://9m2esm.blogspot.com/2018 https:// KUIZ MODUL 2 Sila klik link ini : https://forms.gle/YwLAmofovCopk2Xt9