The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jumlah halaman: 152
Harga: 8.90(WM), 9.90(EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Myteach, 2020-11-06 11:37:06

OMG 5 Sejarah Tg 3

Jumlah halaman: 152
Harga: 8.90(WM), 9.90(EM)

Keywords: myteach,omg 5,omg 5 sejarah tg 3

BAHAGIAN B
[40 markah]

Arahan: Kertas ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan.

1 Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara seseorang sejarawan.

(a) Jelaskan pengertian sejarah menurut pandangan Ibn Khaldun. Tg.1, Buku Teks: m.s. 5 Bab 1.2

(F1) Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia (F2) Menceritakan peradaban dunia

(F3) Perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu

[3 markah]

(b) Apakah kepentingan mempelajari sejarah kepada kita? Tg.1, Buku Teks: m.s. 18 – 19 Bab 1.7

(F1) Mengenal asal usul keluarga dan negara kita untuk memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa

kita (F2) Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu agar tidak mengulangi kesilapan yang sama (F3)

Memupuk rasa cinta akan negara dan semangat patriotik dalam diri generasi akan datang (F4) Mengukuhkan

perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita (F5) Membangunkan negara

dan bangsa setanding dengan negara-negara maju di dunia (F6) Mengaplikasikan kemahiran pemikiran
Kertas Model
sejarah dalam mentafsir dan memahami sesuatu peristiwa dengan lebih empati
Naskah Demo
[3 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah sumber sangat penting dalam penyelidikan dan penulisan sejarah?

KBAT Menganalisis

(P) Mendapat maklumat dan bukti sahih tentang sesuatu peristiwa (H) Melalui sumber sejarah, sejarawan

akan berusaha mendapatkan sumber, mengkaji dan menganalisisnya (C) Sumber sejarah seperti fosil

akan dihantar ke makmal untuk dianalisis (I) Sejarawan akan mendapat maklumat yang tepat tentang

sesuatu peristiwa

[4 markah]

2 Kerajaan-kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik dengan
kerajaan luar yang sezaman.

(a) Jelaskan faktor yang mendorong kerajaan luar tersebut menjalinkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan

Alam Melayu. Tg.2, Buku Teks: m.s. 16 Bab 1.4

(F1) Kedudukan yang strategik di laluan perdagangan antara timur dengan barat (F2) Kekayaan hasil bumi

(F3) Amalan sikap keterbukaan para pemerintah (F4) Berhasrat untuk memakmurkan ekonomi

[3 markah]

(b) Hubungan dengan negara luar mendorong penyebaran agama di Alam Melayu.

Nyatakan pihak yang memainkan peranan tersebut. Tg.2, Buku Teks: m.s. 17 Bab 1.4

(F1) Peranan pedagang (F2) Peranan tentera (F3) Peranan golongan Brahmin (F4) Peranan Asoka

(F5) Peranan pendakwah (F6) Peranan pemerintah

[3 markah]

(c) Jalinan hubungan antara sesebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain membawa kebaikan antara kedua-

dua belah pihak.
Berikan hujah anda. KBAT Menganalisis
(F1) Mengekalkan kedaulatan kerajaan agar tidak dicerobohi oleh negara lain (F2) Memajukan aktiviti

ekonomi yang dilangsungkan secara bersama (F3) Memudahkan penyelesaian masalah yang timbul

antara negara (F4) Bertukar-tukar kemahiran dari pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik dan juga

pembangunan sosial (F5) Mengekalkan hubungan baik bagi mengelakkan sebarang bentuk ancaman dari

negara lain (F6) Menjamin keamanan dan keselamatan serantau/ dunia melalui semangat bekerjasama dan

saling bertolak ansur

[4 markah]

134

3 Sebelum pembentukan Negeri-negeri Selat, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka mempunyai pentadbiran yang
tersendiri.

(a) Bagaimanakah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang? Tg.3, Buku Teks: m.s. 46 Bab 2.3
(F1) Awalnya ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya (F2) Pada tahun 1787, mendapat status

sebagai pelabuhan bebas (F3) Perdagangan dikuasai oleh pedagang persendirian (F4) Pada tahun 1805,

dinaik taraf menjadi Presidensi keempat (F5) Seorang gabenor dilantik sebagai ketua pentadbir Pulau

Pinang

[3 markah]
(b) Pada tahun 1826, ketiga-tiga buah negeri tersebut telah digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat.

Jelaskan kepentingan penggabungan tersebut. Tg.3, Buku Teks: m.s. 47 Bab 2.3

(F1) British dapat menguasai keseluruhan Selat Melaka (F2) Taraf pelabuhan bebas menarik kedatangan

ramai pedagang (F3) Negeri-negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam Melayu (F4)

Negeri-negeri Selat menjadi pintu masuk bagi buruh luar (F5) Penanaman modal oleh buruh luar

Naskah Demo

Kertas Model
[3 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah British mengambil tindakan dalam 3(b)? KBAT Menganalisis
(F1) Membolehkan British menguasai laluan perdagangan antara India dengan China (F2) Mengukuhkan
hubungan ekonomi di negeri-negeri Melayu (F3) Menyaingi penguasaan Belanda di Alam Melayu (F4)
Menjimatkan perbelanjaan yang semakin tinggi di setiap negeri (F5) Menyeragamkan pentadbiran
berikutan pengamalan sistem yang berbeza (F6) Menunjukkan kekuasaan mereka di Negeri-negeri
Melayu kepada pihak saingan lain

[4 markah]

4 Sistem kesukuan diamalkan oleh masyarakat tempatan di Sarawak dan Sabah. Bab 5.1
(a) Nyatakan persamaan sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah. Tg.3, Buku Teks: m.s. 110 – 111
(F1) Dilaksanakan oleh masyarakat tempatan (F2) Setiap kaum mempunyai ketua rumah atau pemimpin
masyarakat (H2) Gelaran berbeza mengikut dialek masing-masing tetapi mempunyai maksud
dan tanggungjawab yang sama (F3) Kehidupan berasaskan pegangan dan kepatuhan kepada adat

(b) Jelaskan peranan pemimpin dalam sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah. [3 markah]

Tg.3, Buku Teks: m.s. 111

Bab 5.1

(F1) Merupakan pelindung adat dan kepentingan anak buah (F2) Memastikan setiap upacara adat

dilakukan dengan betul bagi mengelakkan bencana (F3) Mengurus adat dan kehidupan seharian (F4)

Menyelesaikan pertelingkahan penduduk (F5) Menjaga keharmonian masyarakat (F6) Menjadi sumber

autoriti masyarakat

[3 markah]
(c) Mengapakah kita perlu menghargai pengamalan sistem pentadbiran tempatan di Sarawak dan Sabah?
Berikan penjelasan anda. KBAT Menilai

(F1) Mempunyai sistem pemerintahan yang teratur dan boleh dijadikan panduan dalam setiap isu yang

berbangkit (F2) Membawa kestabilan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat (F3) Membawa

kemakmuran dan kemajuan dalam kalangan masyarakat (F4) Mewujudkan pemimpin yang berwibawa

(F5) Merupakan warisan yang memudahkan semua urusan pentadbiran masyarakat setempat

[4 markah]

135

BAHAGIAN C
[40 markah]

Arahan: Kertas ini mengandungi empat soalan. Pilih dan jawab dua soalan sahaja.

5 Kehidupan manusia pada Zaman Prasejarah mempunyai ciri-ciri tertentu.

(a) Jelaskan ciri-ciri kediaman masyarakat Zaman Prasejarah. Tg.1, Buku Teks: m.s. 52 Bab 3.3

[6 markah]

(b) Terangkan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Zaman Prasejarah. Tg.1, Buku Teks: m.s. 55

Bab 3.3 [8 markah]

(c) Ilustrasi berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah.

Kertas Model

Naskah Demo
Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat tersebut? KBAT Mengaplikasi [6 markah]

6 Kedatangan Portugis pada tahun 1511 menandakan bermulanya penaklukan Portugis ke atas Melaka.

(a) Jelaskan faktor-faktor dalaman yang membawa kepada kejatuhan Melaka. Tg.2, Buku Teks: m.s. 90

Bab 5.3 [6 markah]

(b) Terangkan faktor-faktor kedatangan dan peristiwa serangan Portugis ke atas Melaka.

Tg.2, Buku Teks: m.s. 90 Bab 5.3 [8 markah]

(c) Mempertahankan kedaulatan negara merupakan tanggungjawab semua.

Mengapakah kita perlu berbuat demikian? KBAT Menilai [6 markah]

7 Pentadbiran British memperkenalkan sistem ekonomi moden di negara kita.

(a) Jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi moden tersebut. Tg.3, Buku Teks: m.s. 138 Bab 6.1 [6 markah]

(b) Terangkan perkembangan perusahaan getah di negara kita semasa berada di bawah pentadbiran British.

Tg.3, Buku Teks: m.s. 141 Bab 6.1 [8 markah]

(c) Andaikan anda ialah seorang pemimpin negara.
Berikan cadangan anda untuk memajukan lagi kegiatan ekonomi di negara kita. KBAT Mencipta

[6 markah]

8 Campur tangan kuasa Barat di negara kita menimbulkan penentangan dalam kalangan masyarakat tempatan.

(a) Jelaskan matlamat perjuangan dan bentuk penentangan golongan tersebut. Tg.3, Buku Teks: m.s. 172

Bab 7.1 [6 markah]

(b) Terangkan peristiwa penentangan Dol Said terhadap British. Tg.3, Buku Teks: m.s. 173 Bab 7.1

[8 markah]

(c) Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa penentangan masyarakat tempatan di negara kita?

Berikan hujah anda. [6 markah]

136

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 3

Kebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir sesebuah negara boleh menjamin kedaulatan negara daripada dijajah
oleh kuasa luar.

Sejauh manakah kebijaksanaan Raja-raja Melayu dan pembesar tempatan mentadbir negeri bagi mempertahankan
kedaulatan pada Abad ke-19? Buktikan.

Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
(a) Tajuk laporan
(b) Nama penulis
(c) Isi kandungan

(i) Menerangkan reaksi pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap tindakan Barat
( ii) Menghuraikan tindakan Raja-raja Melayu dalam menangani cabaran Barat
(iii) Menghuraikan keberkesanan peranan pemerintah tempatan dalam menangani cabaran Barat
(iv) Menerangkan kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan kedaulatan tanah air
(d) Rumusan
(e) Sumber rujukan
Tidak Boleh Dijual
Kajian Kes
KERANGKA PERLAKSANAAN TUGASAN Buku Teks: m.s. 200 – 219

Bil Senarai Semak Aktiviti/Tindakan Markah
Tugasan

1 Perancangan Menentukan tajuk kajian, jadual kerja, objektif kajian serta kaedah kajian 8
10
2 Proses Awal 2.1 Mengumpulkan maklumat berdasarkan pelbagai sumber kaedah/
rujukan 10
3 Pelaporan 10
4 Penilaian Umum 2.2 Menyediakan kerangka kasar penulisan
20
3.1 Reaksi pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap 10
tindakan Barat
10
3.2 Tindakan Raja-raja Melayu dalam menangani cabaran Barat
3.3 Keberkesanan peranan pemerintah tempatan dalam menangani 10
10
cabaran Barat 2
3.4 Kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan kedaulatan 100

tanah air
3.5 Membuat rumusan
3.6 Menyenaraikan sumber rujukan

Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis

Jumlah markah

Tajuk Kajian RANGKA JAWAPAN
Kes
Kebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir sesebuah negara boleh menjamin kedaulatan
Standard negara daripada dijajah oleh kuasa luar.
Kandungan Sejauh manakah kebijaksanaan Raja-raja Melayu dan pembesar tempatan mentadbir negeri
bagi mempertahankan kedaulatan pada Abad ke-19? Buktikan.
Standard
Pembelajaran 8.2 Kebijaksanaan raja dan pembesar Melayu menangani cabaran Barat

8.2.1 M enerangkan reaksi pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap
tindakan Barat

8.2.2 Menghuraikan tindakan Raja-raja Melayu dalam menangani cabaran Barat
8.2.4 Merumus keberkesanan peranan pemerintah tempatan dalam menangani cabaran
Barat
K8.2.5 Menerangkan kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan kedaulatan
tanah air

137

Objektif Kajian Pengetahuan:
Menyenaraikan tindakan Raja-raja Melayu menangani cabaran kuasa Barat

Kemahiran:
Meneroka bukti – dapat menganalisis dan mengenal pasti tindakan Raja-raja Melayu
menangani cabaran kuasa Barat melalui pelbagai sumber

Nilai:
1 Memupuk semangat cinta akan negara
2 Negara kita tanggungjawab kita
3 Memupuk semangat permuafakatan
Kajian Kes
1 Nyatakan kuasa Barat yang mencabar kedaulatan negeri Melayu
Tidak Boleh Dijual
2 Menghuraikan secara ringkas tindakan-tindakan yang diambil oleh Raja-raja Melayu dan

Persoalan pembesar tempatan bagi menangani cabaran Barat

Mengembangkan 3 Menyatakan keberkesanan hasil tindakan yang telah diambil oleh Raja-raja Melayu dan

Idea pembesar tempatan

4 Mencadangkan tindakan lain yang boleh diambil bagi mengekalkan kedaulatan negara

masa kini

Rujukan atau Internet, buku, majalah, akhbar
Sumber

Kaedah 1 Kaedah Bertulis
2 Kaedah Lisan
3 Kaedah Pemerhatian

Laporan Kajian Menyediakan laporan kajian dalam salah satu bentuk berikut:
1 Pembentangan
2 Power Point
3 Folio

PANDUAN JAWAPAN
Tajuk Laporan: K ebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir sesebuah negara boleh menjamin kedaulatan negara

daripada dijajah oleh kuasa luar.
Nama:
Isi Kandungan:

1 Pengenalan: Reaksi pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap tindakan Barat
• Pemerintah Kelantan, Terengganu dan Perlis mempersoalkan hak British dan Siam menentukan masa
depan politik negeri-negeri Melayu tanpa berunding dengan mereka terlebih dahulu.
• Melalui Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, Perlis kehilangan wilayah Pujoh yang terletak di
sebelah utara Sungai Perlis kepada Siam.
• Raja Syed Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh dan dimasukkan ke dalam
wilayah Setul.
• Sultan Abdul Hamid Halim Shah berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri baginda.
• Berdasarkan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, Kedah kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau
Terutau, Butang dan pulau-pulau sekitarnya kepada Siam.
• Perjanjian Bangkok tidak dapat diterima sama sekali oleh pelbagai pihak di Terengganu, terutamanya
dalam kalangan sultan, ulama dan pembesar.
• Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam menyerahkan Terengganu kepada British tanpa
pengetahuan baginda dan mempertahankan kedaulatan negeri.
• J.S. Mason dan wakil Siam datang ke Kota Bharu menghadap Sultan Muhammad IV memaklumkan
persetujuan antara Siam dengan British melalui Perjanjian Bangkok 1909. Dalam pertemuan itu, Sultan
Muhammad IV menolak perjanjian tersebut.

138

2 Tindakan Raja-raja Melayu dalam menangani cabaran Barat. Tidak Boleh Dijual
Tuntutan Raja-raja Melayu Melalui Durbar Kajian Kes

• Durbar di Kuala Lumpur 1903 – Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mengkritik pemusatan
kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak dilaksanakan langkah mengembalikan kuasa kepada
institusi raja.

• Durbar di Pekan, Pahang 1932 – Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah bertitah dengan tegas mendesak agar
kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Raja-raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek.

• Durbar di Klang, Selangor 1937 – Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah mendesak
British memberikan perhatian kepada masalah orang Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan atau tanah.

• Durbar di Seri Menanti, Negeri Sembilan 1939 – Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah
mencadangkan penubuhan Malay Girls College yang sama tarafnya dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar
untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita.

Diplomasi Menangani Tekanan British
• Diplomasi Sultan Abu Bakar di Johor – Mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.
• Diplomasi Sultan Zainal Abidin III di Terengganu – Kebijaksanaan dalam rundingan.
Keengganan Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara Menerima Penasihat British
• Penasihat British di Perlis – Pada 15 Julai 1909. British melantik Meadow Frost sebagai penasihat British di

Perlis.
• Penasihat British di Kedah – Pada 15 Julai 1909, British menghantar W.G. Maxwell sebagai Penasihat British

di Kedah.
• Penasihat British di Kelantan – J.S. Mason dihantar ke Kelantan sebagai Penasihat British.
• Penasihat British di Terengganu – Sultan Zainal Abidin III enggan menerima Penasihat British dan hanya

menerima pelantikan wakil British yang tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri.

Menggubal Undang-Undang Tubuh
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor – Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan perlembagaan

negeri yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
• Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu – Pada 2 November 1911, Sultan Zainal Abidin III

menggubal Undang-Undang Tubuh bertulis pertama di Terengganu, iaitu Undang-Undang Bagi Diri
Kerajaan Terengganu (Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk).
Raja Menerajui Pemodenan Negeri
• Pemodenan Johor
• Pemodenan Terengganu
• Pemodenan Kedah
3 Keberkesanan peranan pemerintah tempatan dalam menangani cabaran Barat
• Pemodenan dalam pentadbiran dan ekonomi menarik lebih ramai pelabur asing datang ke Johor untuk
melabur dalam sektor pertanian komersial seperti gambir dan lada hitam.
• Usaha memajukan perlombongan bijih timah oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim di Larut dan peranan
Sultan Ibrahim di Lembah Kinta memperkenalkan Perak sebagai pengeluar utama bijih timah dunia.
• Penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-Undang Bagi Diri Terengganu
membantutkan cita-cita British untuk meluaskan kuasa ke atas negeri tersebut.
• Kawalan undang-undang tubuh tersebut terhadap kedaulatan negeri menyatakan dengan tegas bahawa
pemerintah tidak boleh menyerahkan negeri kepada kuasa asing.
• British hanya mementingkan keutamaan mengeksploitasikan sumber ekonomi negeri-negeri Melayu.
• Desakan melalui Durbar membawa kepada penubuhan sekolah-sekolah di negeri-negeri Melayu termasuk
sekolah perempuan.
• Raja-raja Melayu dan pembesar mendesak melalui Durbar dan Majlis Perundangan Persekutuan tentang
keperluan pasukan bersenjata yang dianggotai oleh anak watan bagi memelihara kedaulatan dan
keselamatan negara.
• Skim Perkhidmatan Tadbir Melayu (PTM) ditubuhkan pada tahun 1910 untuk melatih orang Melayu dalam
pentadbiran negeri.
• Pelantikan elit Melayu dalam pentadbiran British akan memberikan peluang kepada mereka untuk
menyesuaikan diri dengan kehendak British.

139

Kajian Kes • British hanya mengambil alih pemerintahan pada peringkat pembesar negeri yang diganti dengan pegawai
British.
Tidak Boleh Dijual
• Kebijaksanaan Raja-raja Melayu dan pembesar negeri mempertahankan kesinambungan warisan bangsa
dan menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

• Kesepakatan raja-raja dan pembesar memberikan iktibar tentang kepentingan muafakat untuk kemajuan
bangsa dan negara.

4 Menerangkan kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
• Kebijaksanaan menjadi kunci utama kejayaan mempertahankan kedaulatan tanah air
• Tidak mudah ditipu oleh kuasa luar
• Menggunakan kebijaksanaan dalam memakmurkan negara
• Menjamin kesejahteraan hidup rakyat
• Menjadi teladan kepada rakyat dalam menunjukkan taat setia kepada tanah air

Rumusan:
1 Pengetahuan yang diperoleh

• Usaha dan tindakan Raja-raja Melayu bersama-sama pembesar tempatan dalam mendepani cabaran Barat.
2 Iktibar

• Kebijaksanaan raja-raja dan pembesar Melayu menangani cabaran Barat
• Kegigihan masyarakat Melayu menyekat kemaraan British
3 Harapan
• Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman luar dan memastikan kejayaan dan

kemajuan tamadun bangsa.
Sumber Rujukan
• Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
• Laman Sesawang
• Buku Rujukan
• Akhbar/ Majalah
Pembentangan Hasil Kajian:
• Pembentangan sangat jelas, terperinci dan lengkap
• Pemahaman yang sangat mendalam terhadap tugasan
• Menggunakan pelbagai bahan media yang amat sesuai dan kreatif
• Berupaya menarik minat audien

140

Maklum Balas Guru

Apakah pendapat anda mengenai buku ini?
Bolehkah anda memberitahu kami tentang kekecewaan anda dengan buku ini?

Kami menghargai anda sebagai pelanggan kami. Oleh itu, kami mengalu-alukan setiap komen daripada anda, sama ada
baik mahupun sebaliknya. Sila lengkapkan borang di bawah atau menerusi Borang Google di https://forms.gle/bj7X-
ZqYuZG7ZqCS76 ATAU imbas Kod QR di atas.

1 Siapakah nama/ nama samaran anda?

2 Anda berasal dari mana?

Perlis Kedah Penang Perak Selangor

KL Putrajaya Negeri Sembilan Melaka Johor

Pahang Terengganu Naskah Demo Kelantan Sabah Sarawak

3 Apakah alamat e-mel & no telefon anda? (pilihan)

4 Buku yang manakah anda guna di sekolah? OMG(M) 5.0 Sejarah Tingkatan 1
OMG(M) 5.0 Sejarah Tingkatan 2
OMG(M) 5.0 Bahasa Melayu Tingkatan 1 OMG(M) 5.0 Sejarah Tingkatan 3
OMG(M) 5.0 Bahasa Melayu Tingkatan 2 OMG(M) 5.0 Sejarah Tingkatan 4
OMG(M) 5.0 Bahasa Melayu Tingkatan 3 OMG(M) 5.0 Sejarah Tingkatan 5
OMG(M) 5.0 Bahasa Melayu Tingkatan 4
OMG(M) 5.0 Bahasa Melayu Tingkatan 5

OMG(M) 5.0 English Form 1 OMG(M) 5.0 Sains Tingkatan 1
OMG(M) 5.0 English Form 2 OMG(M) 5.0 Sains Tingkatan 2
OMG(M) 5.0 English Form 3 OMG(M) 5.0 Sains Tingkatan 3

OMG(M) 5.0 Matematik Tingkatan 1 OMG(M) 5.0 Geografi Tingkatan 1
OMG(M) 5.0 Matematik Tingkatan 2 OMG(M) 5.0 Geografi Tingkatan 2
OMG(M) 5.0 Matematik Tingkatan 3 OMG(M) 5.0 Geografi Tingkatan 3
OMG(M) 5.0 Matematik Tingkatan 4

5 Sejauh manakah anda berpuas hati dengan buku kami?

Sangat memuaskan Memuaskan Kurang memuaskan Sangat kurang memuaskan

6 Apakah yang anda suka tentang buku kami?

Isi Mesra pengguna Mudah untuk difahami Reka bentuk

7 Apakah yang perlu kami lakukan untuk menepati jangkaan dan harapan anda? Bolehkah anda memberitahu kami
tentang kekecewaan anda dengan buku ini (sekiranya ada)?

Kulit Buku ini direka oleh Freepik

Sejarah Tingkatan 3 Penulis Myteach Oh My Guru (Modul) Sejarah Tingkatan 3
Oh My Guru Modul | OMG (M) merupakan siri modul pengajaran dan
NORA JOHNDAY
pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian
Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan untuk mengukuhkan Buku ditulis: 40 buah
dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan Lebih 20 tahun pengalaman
menulis buku Sejarah
pembelajaran (PdP).
Penyediaan modul Sejarah Tingkatan 3 ini mengandungi nota yang DANIEL ZULKARNAIN

ringkas tetapi padat dalam bentuk peta minda berkonsep i-Think dan Buku ditulis: 35 buah
info-Ikon diharapkan lebih memudahkan pemahaman para pengguna. Guru Cemerlang Sejarah

Sebagai memenuhi keperluan para pelajar, siri ini turut memuatkan praktis SITI AMIRAH
berformat PT3 sebenar berserta jawapan berdasarkan skema pemarkahan
Buku ditulis: 3 buah
PT3 terkini. Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar Lebih 10 tahun pengalaman
mengajar
dalam mempelajari, memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop

pembelajaran itu sendiri. Pada akhir sesi PdPc, modul ini akan menjadi buku

aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan

yang bakal diduduki oleh pelajar.

Naskah Demo
Hak Cipta
Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak
dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan
dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula,
rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd.

5 5 5 Cetakan Pertama 2021
(20.10)
OMG Modul OMG Modul OMG Modul Dicetak di Malaysia oleh:
Bookmate Sdn Bhd
Sejarah Sejarah Sejarah (530838-P)
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 25, Jalan Taming 10,
Taman Taming Jaya,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

5 5 KMM

OMG Modul OMG Modul OMG Kertas
Model Mirip
Sejarah Sejarah PT3 Sejarah
Tingkatan 4 Tingkatan 5

Myteach Sdn Bhd (859523A) Edisi Pelajar MAZLEE MA 3
Semenanjung M’sia : RM8.90
21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, Sabah & Sarawak : RM9.90 Buku ditulis: 3 buah
47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Emel: [email protected] Lebih 20 tahun pengalaman Edisi Guru
Laman web: www.myteach360.com mengajar
Facebook: facebook.com/myteach360
Tel: +6.03.8066.7446
Faks: +6.03.8066.4416


Click to View FlipBook Version