Jawapan PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN (KERTAS 2)
Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan daripada Bahagian A
dan tiga soalan daripada Bahagian B.
Kata Laluan:
dua123 BAHAGIAN A
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1 Nasionalisme sangat penting bagi keutuhan sesebuah negara. Bab 2.1
(a) Jelaskan maksud nasionalisme. Buku Teks: m.s. 22 ARAS : R
(F) Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
Pentaksiran Akhir Tahun
(b) Terangkan secara ringkas perkembangan nasionalisme di negara kita. Bab 2.7 [1 markah]
Versi Demo
Buku Teks: m.s. 36 ARAS : R
(F1) Perkembangan nasionalisme di negara kita boleh dilihat antaranya daripada perjuangan golongan
intelektual. (F2) Selain itu, perjuangan ini turut dilakukan melalui penulisan. (F3) Seterusnya, terdapat juga
perjuangan melalui pertubuhan atau persatuan bersifat sosioekonomi dan politik.
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga kesan politik perkembangan nasionalisme di negara kita?
Bab 2.8 Buku Teks: m.s. 42 ARAS : S
(F1) Salah satu kesan politik perkembangan nasionalisme di negara kita ialah golongan intelektual
berpendidikan Inggeris dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) berjaya menggesa kerajaan meningkatkan
peluang pekerjaan dalam pentadbiran British. (F2) Kesan seterusnya ialah orang Melayu mula menyuarakan
kepentingan berpersatuan bagi membincangkan soal politik. (F3) Selain itu, muncul masyarakat India yang
dilahirkan di Tanah Melayu membentuk identiti tersendiri dan mementingkan perpaduan serta politik.
[3 markah]
(d) Semangat cinta akan negara yang mendalam harus ada dalam jiwa setiap warganegara. Berikan hujah anda.
KBAT Menganalisis ARAS : T
(F) Semangat cinta akan negara yang mendalam harus ada dalam jiwa setiap warganegara bagi menjaga
kedaulatan negara. (H) Hal ini demikian kerana nasionalisme menjadi alasan yang kukuh bagi
memperjuangkan maruah negara jika diceroboh oleh kuasa asing. (C) Contohnya, seseorang warganegara tidak
akan membiarkan hak dan keperibadian bangsa diperlekehkan oleh negara lain. (I) Dengan itu, kedaulatan
negara dapat dikekalkan.
[4 markah]
2 Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British. Bab 4.4
Pada 1 Julai 1946, Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British
sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan.
(a) Terangkan pentadbiran tentera di Sarawak selepas Perang Dunia Kedua. Buku Teks: m.s. 107 ARAS : R
(F1) Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, tentera Australia mendarat di Kuching pada 11 September 1945.
(F2) Mereka memperkenalkan pentadbiran tentera, iaitu British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU).
(F3) Selepas itu, pada tahun 1946, British memperkenalkan British Military Administration (BMA).
[3 markah]
P6
(b) Jelaskan faktor-faktor penyerahan Sarawak kepada British. Buku Teks: m.s. 107 ARAS : S
(F1) Antara faktor penyerahan Sarawak kepada British ialah masalah pewarisan takhta kerana Vyner Brooke
tidak mempunyai anak lelaki. (F2) Selain itu, terdapat juga faktor desakan daripada kerajaan British agar Vyner
Brooke memberikan kuasa yang lebih luas kepada British. (F3) Seterusnya, keluarga Brooke menghadapi
masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua.
(c) Sejarah membuktikan bahawa Sarawak sangat penting kepada British. [3 markah]
Berikan ulasan anda. KBAT Menganalisis ARAS : T
(F1) Sarawak sangat penting kepada British sehingga menyebabkan British menggunakan pelbagai cara untuk
mendapatkannya daripada Dinasti Brooke. (H) Hal ini terbukti apabila Pejabat Tanah Jajahan di London ingin
menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahan mereka bagi menguasai kekayaan ekonominya. (C) Misalnya,
Versi Demo
Pentaksiran Akhir Tahun
pada 28 Februari 1945, Pejabat Tanah Jajahan telah mengutus surat kepada Vyner Brooke memintanya untuk
menyerahkan Sarawak. (I) Dengan itu, kepentingan pelaburan British di Sarawak lebih terjamin.
[4 markah]
3 Gambar berikut menunjukkan suasana selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani. Bab 5.2
Sir Edward Gent berucap selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani.
(a) Apakah yang anda faham tentang Persekutuan Tanah Melayu 1948? Buku Teks: m.s. 132 ARAS : R
(F1) Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditubuhkan pada 1 Februari 1948. (F2) Penubuhannya merupakan hasil
tentangan orang Melayu terhadap pentadbiran Malayan Union.
[1 markah]
(b) Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Buku Teks: m.s. 132 – 133 ARAS : R
(F1) Antara faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union. (F2) Selain itu, faktor cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO bagi mengatasi
konflik dengan kerajaan British. (F3) Seterusnya ialah faktor sokongan pentadbir British bagi mewujudkan
keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi.
[2 markah]
(c) Terangkan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Bab 5.4 Buku Teks: m.s. 136 – 137 ARAS : S
(F1) Antara kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah mengembalikan semula kuasa Raja-
raja Melayu. (F2) Selain itu, penubuhan ini juga mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan sah kaum lain. (F3) Seterusnya, membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi
warganegara. (F4) Akhir sekali, penubuhan ini telah berjaya memupuk kerjasama antara kaum.
[3 markah]
P7
(d) Huraikan iktibar yang anda peroleh daripada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
KBAT Menilai ARAS : T
(F1) Antara iktibar yang diperoleh daripada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah pentingnya
kerjasama dalam usaha mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat. (F2) Selain itu, kejayaan ini juga
menyedarkan saya bahawa kita perlu menanam dan mengamalkan semangat patriotik demi menjaga maruah
negara. (F3) Seterusnya, kita hendaklah sentiasa bijak dalam memilih dan menilai sesuatu isu yang timbul bagi
mengelakkan sebarang perselisihan faham. (F4) Akhir sekali, setiap warganegara perlu menjaga keharmonian
negara yang dicapai kini tanpa memperbesarkan isu-isu sensitif.
Pentaksiran Akhir Tahun [4 markah]
Versi Demo Bab 10.5
4 Pernyataan berikut berkaitan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang sudah merdeka.
Kedaulatan merupakan elemen yang sangat penting bagi sebuah negara yang merdeka.
(a) Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara? Buku Teks: m.s. 246 ARAS : R
(F1) Salah satu kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara adalah berfungsi sebagai kuasa tertinggi
yang menentukan kebebasan negara daripada kongkongan kuasa asing. (F2) Selain itu, kedaulatan membolehkan
negara tersebut membuat keputusan sendiri berhubung pentadbiran dan politiknya.
[2 markah]
(b) Huraikan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu. Buku Teks: m.s. 246 – 247 ARAS : S
(F1) Salah satu prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu ialah wilayah pengaruh, iaitu kawasan yang
mempunyai sempadan. (F2) Prinsip yang kedua ialah kerajaan, iaitu institusi yang bertanggungjawab untuk
menguruskan dan mentadbir negara. (F3) Seterusnya, prinsip kedaulatan undang-undang. (F4) Selain itu,
terdapat lambang kebangsaan yang merupakan identiti dan jati diri rakyat. (F5) Prinsip yang terakhir ialah
pengiktirafan sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
[4 markah]
(c) Negara kita berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mengekalkan kemerdekaannya.
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan cabaran-cabaran tersebut. KBAT Menganalisis ARAS : T
(F1) Antara cabaran dalam usaha negara kita mengekalkan kemerdekaannya ialah terdapat segelintir
masyarakat yang bersikap radikal dalam menyuarakan pendapat dan kemahuan. (H1) Hal ini boleh
menyebabkan berlakunya kekacauan dalam kalangan masyarakat yang berlainan kaum dan ideologi. (F2)
Selain itu, terdapat juga cabaran hilangnya kepercayaan kepada tonggak pentadbiran negara. (H2) Masalah ini
boleh menyebabkan keruntuhan institusi politik yang memberi kesempatan kepada anasir luar untuk campur
tangan dalam hal ehwal negara kita.
[4 markah]
P8
BAHAGIAN B Bab 1.3
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini.
5 Rajah berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan
Bendahara
Versi DemoPenghulu Temenggung Laksamana
Pentaksiran Akhir TahunBendahari
(a) Berdasarkan rajah di atas, jelaskan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka Buku Teks: m.s. 8 ARAS : R
[6 markah]
(b) Huraikan pelaksanaan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka pada peringkat pusat. [6 markah]
Buku Teks: m.s. 9 ARAS : S
(c) Keteguhan kerjasama antara pemimpin dengan rakyat merupakan kekuatan sesebuah negara. [8 markah]
Berikan hujah anda. KBAT Menganalisis ARAS : T
6 Kedatangan Jepun ke negara kita adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan ekonomi dan ketenteraan mereka. Bab 3.5
(a) Jelaskan faktor-faktor kedatangan Jepun ke negara kita. Buku Teks: m.s. 68 ARAS : R [4 markah]
(b) Terangkan dasar sosial pendudukan Jepun di negara kita. Bab 3.6 Buku Teks: m.s. 72 – 73 ARAS : S
[8 markah]
(c) Pendudukan Jepun di negara kita harus dijadikan iktibar agar tidak berulang semula.
Berikan hujah anda. KBAT Menganalisis ARAS : T [8 markah]
7 Maklumat berikut berkaitan dengan parti yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun. Bab 6.1
Parti Komunis Malaya Ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah,
(PKM) Negeri Sembilan
(a) Terangkan pergerakan PKM semasa zaman pendudukan Jepun. Buku Teks: m.s. 147 ARAS : R [4 markah]
(b) Jelaskan tindakan komunis yang menggugat keamanan dan kestabilan negara sehingga menyebabkan British
mengisytiharkan darurat di negara kita. Bab 6.2 Buku Teks: m.s. 148 – 150 ARAS : S [8 markah]
P9
(c) Pernyataan berikut menunjukkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan rakyat.
Tindakan PKM yang cuba menguasai negara dengan kekejaman, paksaan serta
ketakutan menyebabkan mereka dibenci rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat bersatu
dan bangun menentang kekejaman demi mewujudkan keamanan dalam negara.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil bagi mengekalkan keharmonian antara kaum di
negara kita? KBAT Menganalisis ARAS : T [8 markah]
8 Maklumat berikut berkaitan dengan moto Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Bab 7.2
“Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu”
(a) Jelaskan tentang penubuhan dan objektif pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.
Buku Teks: m.s. 174 ARAS : R [4 markah]
(b) Terangkan peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dan kesannya ke arah perpaduan kaum di Tanah
Melayu. Buku Teks: m.s. 176 – 177 ARAS : S [8 markah]
(c) Terangkan iktibar yang anda peroleh daripada penubuhan dan peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
tersebut. KBAT Menilai ARAS : T [8 markah]
Pentaksiran Akhir Tahun
Versi Demo
9 Beberapa rundingan diadakan antara pihak Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan dengan pihak British dalam
merintis jalan ke arah kemerdekaan. Bab 9.1
(a) Apakah peristiwa yang mempengaruhi usaha rundingan kemerdekaan negara kita? [4 markah]
Buku Teks: m.s. 216 ARAS : R
(b) Jelaskan perkara yang dirundingkan dan disepakati di London oleh pihak berikut: Buku Teks: m.s. 218 ARAS : S
(i) British [4 markah]
[4 markah]
(ii) Perwakilan Tanah Melayu
(c) Kejayaan rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan pihak British menunjukkan pentingnya negara
mempunyai barisan pemimpin yang bijaksana dan bertanggungjawab.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang bertanggungjawab? KBAT Menilai ARAS : T
[8 markah]
P10
Oh My Guru Modul | OMG (M) merupakan siri modul pengajaran dan pembelajaran Penulis Myteach
yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penulisan modul ini bertujuan untuk mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman para NORA JOHNDAY
pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Penyediaan modul Sejarah ini mengandungi nota yang ringkas tetapi padat dalam bentuk Buku ditulis: 40 buah
peta minda berkonsep i-Think dan info-Ikon diharapkan lebih memudahkan pemahaman Lebih 20 tahun pengalaman
para pengguna. Sebagai memenuhi keperluan para pelajar, siri ini turut memuatkan menulis buku Sejarah
praktis berformat SPM sebenar berserta jawapan berdasarkan skema pemarkahan SPM
terkini. Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari, CRYSTAL ALEXANDER
memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri. Pada akhir
sesi PdPc, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam Buku ditulis: 32 buah
menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar. Lebih 20 tahun pengalaman
menulis buku rujukan
Hak Cipta
Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan ASTLEE SLYVESTER
semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik,
mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Buku ditulis: 25 buah
Myteach Sdn. Bhd. Guru Cemerlang Sejarah
Cetakan Pertama 2022 (22.01) ?
Dicetak di Malaysia oleh:
Bookmate Sdn Bhd (530838-P)
25, Jalan Taming 10, Taman Taming Jaya,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Versi Demo
6 6 6
OMG Modul OMG Module OMG Modul
Bahasa Melayu English Matematik
Tingkatan Form Tingkatan
12345 12345 12345
6 6 6
OMG Modul OMG Modul OMG Modul
Sains Sejarah Geografi
Tingkatan Tingkatan Tingkatan
12345 12345 123
6 Modul Mudah
OMG Modul Matematik 6
RBT
Tingkatan (Buku A & Buku A)
123
Tingkatan
12345
Myteach Sdn Bhd (859523A) Anda mempunyai 4
bakat menulis?
21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, Edisi Pelajar E-mel ke
47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Semenanjung M’sia : RM10.50
E-mel: [email protected] Sabah & Sarawak : RM11.50 [email protected]
Laman web: www.myteach360.com
Facebook: facebook.com/myteach360
Tel: +6.03.8066.7446
Faks: +6.03.8066.4416