The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bilangan halaman: 40
Harga: 3.90 (WM), 4.50 (EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Myteach, 2023-07-25 02:59:29

OMG KP 3.0 UASA BM Tahun 6

Bilangan halaman: 40
Harga: 3.90 (WM), 4.50 (EM)

3.0 OMGUASA Bahasa Melayu (011) Format UASA Terkini Jawapan Berpiawai/ Skema Pemarkahan Sebenar Soalan Berpandukan DSKP Tahun 6 Set 1: Ujian Pertengahan Sesi Akademik Tahun 6 Set 2 - 4: Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 6 Set Dapat DILERAIKAN mulai Tahun 2022/2023 (daripada LPM) Penulis Myteach Ingin menyertai pasukan editorial kami? Anda mempunyai bakat menulis? [email protected] Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Tel +603 8066 7446 Faks +603 8066 4416 [email protected] facebook.com/myteach360 OMG KERTAS PERCUBAAN 3.0 UASA Bahasa Melayu diterbitkan khas untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Model ini disediakan berdasarkan format Pentaksiran UASA mulai tahun 2022/2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memberikan pendedahan tentang format dan piawai UASA sebenar. Penghasilan model ini diharapkan dapat memberikan panduan yang jelas serta sebagai persediaan kepada calon untuk menghadapi dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Kredit Halaman buku ini direka dengan menggunakan imej daripada Freepik.com Cetakan Pertama 2023 (23.06) Dicetak di Malaysia oleh: Gains Print Sdn Bhd (111764-T) 5, Lorong 7/3A, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. www.myteach360.com Kertas Percubaan 3.0 Bahasa Melayu 3 3 3 English 3 3 3 Matematik 3 3 3 Sains 3 3 3 Sejarah 3 3 3 Reka Bentuk dan Teknologi 3 3 3 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 6 OMG UASA Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.50 Juilis Mokujal (Penasihat) Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Tahun 6 KERTAS PERCUBAAN (3.0) Bahasa Melayu Tahun 6 UASA Roslina Yassin Buku ditulis: 16 buah buku 13 tahun pengalaman mengajar 6 OMG KP3.0 Tahun 6 Cover_BM (Print).indd All Pages 28/06/2023 7:36 AM Versi Demo


KERTAS PERCUBAAN 1 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.1.4 Tahun 6, Tema 3 2 S SP 5.3.4 Tahun 6, Tema 3 3 R SP 5.3.3 Tahun 6, Tema 2 4 R SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 5 5 S SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 5 6 T SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 5 7 R SP 5.1.1 Tahun 6, Tema 2 8 R SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 2 9 S SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 2 10 T SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 2 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.2.1 Tahun 6, Tema 3 (b) S SP 2.2.1 (c) T SP 2.2.1 (d) T SP 2.2.1 2 T SP 3.2.1 Tahun 6, Tema 3 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 6, Tema 2 Bahagian D: T SP 3.1.1 Tahun 6, Tema 4 KERTAS PERCUBAAN 2 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.1.1 Tahun 6, Tema 4 2 R SP 5.3.1 Tahun 6, Tema 4 3 R SP 5.3.4 Tahun 6, Tema 5 4 R SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 9 5 S SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 9 6 T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 9 7 R SP 5.1.1 Tahun 6, Tema 6 8 S SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 9 S SP 2.2.1 Tahun 6, Tema 6 10 T SP 2.2.1 Tahun 6, Tema 6 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.2.1 Tahun 6, Tema 3 (b) S SP 2.2.1 (c) S SP 2.2.1 (d) T SP 2.2.1 2 T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 5 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 6, Tema 6 Bahagian D: T SP 3.3.1 Tahun 6, Tema 8 KERTAS PERCUBAAN 3 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.1.4 Tahun 6, Tema 6 2 R SP 5.3.2 Tahun 6, Tema 6, Tema 7 3 S SP 5.3.4 Tahun 6, Tema 6 4 R SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 5 S SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 6 T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 7 R SP 5.1.1 Tahun 6, Tema 6 8 S SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 9 T SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 6 10 T SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 6 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 7 (b) S SP 2.3.1 (c) T SP 2.3.1 (d) T SP 2.3.1 2 T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 7 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 6, Tema 7 Bahagian D: T SP 3.3.1 Tahun 6, Tema 7 KERTAS PERCUBAAN 4 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.2.3 Tahun 6, Tema 8 2 R SP 5.3.2 Tahun 6, Tema 7, Tema 6 3 S SP 5.1.4 Tahun 6, Tema 8 4 R SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 5 S SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 6 T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 6 7 T SP 5.1.1 Tahun 6, Tema 8 8 S SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 8 9 T SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 8 10 T SP 2.1.1 Tahun 6, Tema 8 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 8 (b) S SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 8 (c) T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 8 (d) T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 8 2 T SP 2.3.1 Tahun 6, Tema 8 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 6, Tema 8 Bahagian D: T SP 3.3.1 Tahun 6, Tema 4 ANALISIS SOALAN KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU Tahun 6 Versi Demo


[Lihat halaman sebelah 011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) TERHAD TERHAD UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK Tahun 6 Bahasa Melayu (011) 1 jam 15 minit Nama Kelas Kertas Percubaan 1 ARAHAN: 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan. 5. Bagi Bahagian C, tulis jawapan anda dalam kertas tambahan yang berasingan. 6. Bagi Bahagian D, tulis jawapan anda dalam kertas tambahan yang berasingan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 6 10 7 – 10 B 1 10 2 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Versi Demo


011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 2 TERHAD Bahagian A [10 markah] Soalan 1 Pilih jawapan yang paling sesuai. SP 5.1.4 ARAS R Tema 3 1. Sekumpulan ahli pengakap itu menuruni cerun _________ berpaut pada pokok-pokok di sekitar kawasan tersebut. A sambil C dengan B kerana D apabila Soalan 2 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. SP 5.3.4 ARAS S Tema 3 2. Salina menghubungi talian 999 apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran pagar rumahnya. A Salina dalam keadaan mencurigakan menghubungi seorang lelaki di talian 999. B Apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran pagar rumahnya, Salina menghubungi talian 999. C Seorang lelaki menghubungi talian 999 apabila melihat Salina berhampiran sebuah pagar rumah. D Talian 999 dihubungi oleh seorang lelaki yang mencurigakan berhampiran pagar rumah Salina. Soalan 3 Pilih ayat yang betul. SP 5.3.3 ARAS R Tema 2 3. A Pokok cili yang ditanam ibu hidup subur kerana kekurangan baja dan air. B Pak Samad menggunakan kayu yang rendah untuk menguis sampah itu. C Aina suka menikmati pemandangan yang kelam di pantai itu. D Dania menyusun buku dan majalah di rak dengan kemas. Soalan 4 - 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.1.1 Tema 5 Alia menerima pesanan WhatsApp daripada abangnya, Sufian yang kini sedang bekerja di Jepun. Sufian meminta Alia membaca e-mel yang dikirim olehnya. Setelah menyemak e-mel tersebut, Alia berasa sangat teruja. Hal ini kerana, abangnya telah menempah tiket penerbangan untuk mereka sekeluarga makan angin ke Jepun. Semasa melancong di Jepun, Alia dan keluarganya telah menikmati pelbagai keunikan di negara tersebut. Oleh sebab Jepun sememangnya terkenal dengan pedang samurai, Alia dan keluarganya tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Samurai Museum. Muzium ini mempamerkan pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi. Alia dan ibunya juga berpeluang memperagakan pakaian tradisional masyarakat Jepun, iaitu kimono. Selain itu, mereka juga menikmati pelbagai jenis makanan masyarakat Jepun, seperti sushi, mi udon, udang tempura dan kuih mochi. Alia tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar sebagai kenangan ketika melawat ke Tokyo Tower. Sebelum pulang, Alia telah membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada saudara-mara dan rakan-rakannya. Alia berasa sangat seronok melancong ke Jepun kerana dapat mengetahui dan melihat kehidupan masyarakat setempat. Versi Demo


[Lihat halaman sebelah 011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 3 TERHAD 4. Bagaimanakah Sufian memberitahu Alia tentang tempahan tiket penerbangan mereka sekeluarga ke Jepun? ARAS R A Pesanan WhatsApp B Panggilan telefon C Kiriman e-mel D Kiriman surat 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. ARAS S A Sufian sedang melanjutkan pelajaran di Jepun. B Alia sekeluarga menikmati makanan masyarakat Jepun. C Alia membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada rakan dan gurunya. D Alia dan ibunya berpeluang memperagakan pedang samurai ketika melawat muzium. 6. Berikut ialah kelebihan makan angin ke luar negara berdasarkan petikan, kecuali ARAS T A mengetahui tentang alatan senjata yang digunakan oleh masyarakat setempat. B mengetahui tentang kehidupan dan budaya sesebuah masyarakat. C membeli hadiah kepada rakan-rakan dan guru. D menikmati makanan tradisional masyarakat Jepun. Soalan 7 - 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.1.1 Tema 2 Bahan 1 Bahan 2 Tajuk ceramah: Kebersihan dan Kesihatan dalam Penyediaan Makanan Objektif: Mendedahkan murid-murid tentang kepentingan penjagaan kebersihan makanan Tempat: Dewan sekolah SK Sungai Dua Masa: 8:00 pagi – 10:30 pagi Tarikh/Hari: 5 Jun 2023 Penceramah: Pegawai Kesihatan Daerah Sri Petaling Anjuran: Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Ceramah berkaitan kebersihan dalam penyediaan makanan telah diadakan di dewan sekolah. Objektif diadakan ceramah tersebut adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang kepentingan penjagaan kebersihan makanan. Pegawai Kesihatan Daerah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Antara intipati dalam ceramah tersebut ialah makanan yang bersih dapat menjamin kesihatan yang baik. Selain itu, murid juga dinasihatkan agar mengamalkan langkah penyediaan makanan yang betul seperti membasuh tangan sebelum menyentuh makanan. Bahan masakan yang hendak dimasak mestilah dibasuh dengan bersih agar tiada kotoran yang terlekat. Di samping itu, murid-murid mestilah mengamalkan langkah penyediaan makanan yang betul, iaitu membasuh tangan sebelum menyentuh makanan. Makanan yang dihidangkan juga mestilah ditutup bagi mengelakkan dihinggapi lalat demi kesihatan semua. Versi Demo


011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 4 TERHAD 7. Ceramah berkaitan kebersihan dalam penyediaan makanan telah diadakan di dewan sekolah. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah SP 5.1.1 ARAS R A buah. B bidang. C biji. D deret. 8. Ceramah tersebut diadakan untuk SP 2.3.1 ARAS R A memberikan manfaat kepada semua yang hadir. B memberitahu murid supaya sentiasa membasuh sayuran. C berkenalan dengan pegawai kesihatan daerah Sri Petaling. D mendedahkan murid-murid tentang kepentingan penjagaan kebersihan makanan. 9. Perkataan objektif dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan ARAS S A langkah. B sebab. C matlamat. D faktor. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 tersebut. ARAS T A Ibu bapa hanya bekerjasama dengan guru untuk menganjurkan ceramah tersebut. B Ceramah tersebut diadakan di dewan di pejabat daerah Sri Petaling. C Elakkan membasuh sayuran dengan menggunakan air yang bersih. D Makanan yang bersih dapat menjamin kesihatan kita. Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.2.1 Tema 3 Kamal: Artikel apa yang sedang kamu baca itu, Farhan? Farhan: Artikel dalam majalah ini memaparkan tentang bahayanya fenomena kepala air di kawasan air terjun dan sungai. Kamal: Oh, ya! Saya melihat berita di kaca televisyen tentang fenomena kepala air yang berlaku baru-baru ini. Adakah kamu tahu akan tanda-tanda awal kejadian tersebut? Farhan: Antara tanda awal kejadian tersebut ialah perubahan arus air daripada perlahan kepada deras. Selain itu, banyak daun kering dan ranting kayu hanyut. Kamal: Oh, kalau begitu, para pengunjung mestilah peka terhadap perubahan tersebut! Farhan: Ya. Pengunjung mestilah segera meninggalkan kawasan air dan tebing sungai. Pengunjung mestilah peka terhadap perubahan cuaca walaupun sedang seronok bermain air. Kamal: Sangat penting untuk kita mendapatkan maklumat tentang lokasi perkelahan sebelum melakukan aktiviti perkelahan di sesuatu tempat. Versi Demo


[Lihat halaman sebelah 011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 5 TERHAD (a) Artikel dalam majalah memaparkan tentang ARAS R [1 markah] (b) Apakah tanda-tanda kejadian fenomena kepala air? ARAS S [2 markah] (c) Gariskan kata kerja transitif yang terdapat dalam ayat yang diberi. ARAS T Pengunjung mestilah segera meninggalkan kawasan air dan tebing sungai. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (3) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. ARAS T Pengunjung mestilah peka terhadap perubahan cuaca walaupun sedang seronok bermain air. Ketika seronok bermain air, pengunjung mestilah peka terhadap perubahan cuaca. Ketika peka terhadap perubahan cuaca, pengunjung mestilah seronok bermain air. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu dan rakan sedang berjalan pulang dari sekolah. Semasa melalui sebuah taman perumahan, kamu melihat longkang yang agak dalam dan tidak mempunyai penutup. Sebagai penduduk, apakah yang akan kamu lakukan? SP 2.3.1 ARAS T Tema 3 [5 markah] Versi Demo


011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 6 TERHAD Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan tentang punca-punca obesiti. Tulis pendapat kamu tentang punca-punca obesiti tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. SP 3.2.2 ARAS T Tema 2 Versi Demo


011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 7 TERHAD Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah, kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. SP 3.3.1 ARAS T Tema 4 TAMAT Versi Demo


Versi Demo


J1 JAWAPAN SET 1 Bahagian A 1 C Ulasan Kata kunci dalam ayat ini ialah ‘berpaut pada pokok-pokok’. Maka, kata hubung yang sesuai ialah dengan. 2 B Ulasan Pilihan B sama maksud dengan ayat yang menerangkan mengenai Salina menghubungi talian 999 apabila ternampak lelaki yang mencurigakan. 3 D Ulasan Pilihan A salah pada kata adjekitf ‘subur’, pilihan B salah pada kata adjektif ‘rendah’ dan pilihan C salah pada kata adjektif ‘kelam’. 4 C Ulasan Jawapan berada pada perenggan pertama baris yang kedua menyatakan Alia membaca e-mel. 5 B Ulasan Jawapan berada dalam perenggan ketiga, baris yang kedua. 6 C Ulasan Pilihan A, B dan D ada dinyatakan dalam petikan pada perenggan kedua dan ketiga. Namun, pilihan C tidak dinyatakan. 7 A Ulasan Dewan dalam petikan bermaksud ruang atau balai tempat diadakan majlis-majlis. Maka, penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah. 8 D Ulasan Jawapan dinyatakan dalam bahan 2, perenggan pertama, iaitu objektif diadakan ceramah ini adalah untuk pendedahan penjagaan kebersihan makanan. 9 C Ulasan Objektif ialah sesuatu yang khusus yang dilakukan untuk mencapai matlamat atau tujuan. Maka, jawapannya ialah C. 10 D Ulasan Jawapan berada pada perenggan ketiga, baris yang keempat. Bahagian B 1 (a) fenomena kepala air (b) Antara tanda awal kejadian fenomena kepala air ialah perubahan arus air daripada perlahan kepada deras. Selain itu, banyak daun kering dan ranting kayu hanyut. (c) meninggalkan (d) Ketika seronok bermain air, pengunjung mestilah peka terhadap perubahan cuaca. 2 Sebagai penduduk taman perumahan tersebut, saya akan memaklumkan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa taman. Hal ini kerana longkang yang tidak tertutup akan mendatangkan kecederaan kepada penduduk, terutamanya kanak-kanak sekiranya mereka terjatuh. Bahagian C Obesiti disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor genetik dan keturunan yang mana seseorang sememangnya dilahirkan dengan berat badan berlebihan. Selain itu, kurang bersenam juga menyumbang kepada obesiti. Masyarakat kini malas untuk bersenam dan leka dengan media sosial. Akhir sekali, punca obesiti ialah amalan pemakanan, iaitu tidak mengamalkan pemakanan seimbang. Bahagian D Cadangan Jawapan karangan tidak berformat (Keperihalan) Cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah menghadiri Karnival Permainan Tradisional. Kami berasa amat teruja kerana ia julung-julung kalinya diadakan. Kami telah melihat pelbagai acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah raga bulatan. Permainan ini amat unik kerana jumlah pemain tidak terhad dan dimainkan dalam satu bulatan yang besar. Selain itu, permainan layang-layang dan wau turut dipertandingkan. Kami dapat melihat pelbagai bentuk dan saiz wau yang sangat menarik dengan pelbagai corak. Seterusnya, kami melihat pertandingan congkak. Walaupun hanya dua orang peserta, namun permainan ini mendapat sorakan yang cukup meriah. Versi Demo


3.0 OMGUASA Bahasa Melayu (011) Format UASA Terkini Jawapan Berpiawai/ Skema Pemarkahan Sebenar Soalan Berpandukan DSKP Tahun 6 Set 1: Ujian Pertengahan Sesi Akademik Tahun 6 Set 2 - 4: Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 6 Set Dapat DILERAIKAN mulai Tahun 2022/2023 (daripada LPM) Penulis Myteach Ingin menyertai pasukan editorial kami? Anda mempunyai bakat menulis? [email protected] Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Tel +603 8066 7446 Faks +603 8066 4416 [email protected] facebook.com/myteach360 OMG KERTAS PERCUBAAN 3.0 UASA Bahasa Melayu diterbitkan khas untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Model ini disediakan berdasarkan format Pentaksiran UASA mulai tahun 2022/2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memberikan pendedahan tentang format dan piawai UASA sebenar. Penghasilan model ini diharapkan dapat memberikan panduan yang jelas serta sebagai persediaan kepada calon untuk menghadapi dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Kredit Halaman buku ini direka dengan menggunakan imej daripada Freepik.com Cetakan Pertama 2023 (23.06) Dicetak di Malaysia oleh: Gains Print Sdn Bhd (111764-T) 5, Lorong 7/3A, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. www.myteach360.com Kertas Percubaan 3.0 Bahasa Melayu 3 3 3 English 3 3 3 Matematik 3 3 3 Sains 3 3 3 Sejarah 3 3 3 Reka Bentuk dan Teknologi 3 3 3 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 6 OMG UASA Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.50 Juilis Mokujal (Penasihat) Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Tahun 6 KERTAS PERCUBAAN (3.0) Bahasa Melayu Tahun 6 UASA Roslina Yassin Buku ditulis: 16 buah buku 13 tahun pengalaman mengajar 6 OMG KP3.0 Tahun 6 Cover_BM (Print).indd All Pages 28/06/2023 7:36 AM Versi Demo


Click to View FlipBook Version