Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Laman web: www.myteach360.com Facebook: facebook.com/myteach360 Tel: +6.03.8066.7446 Faks: +6.03.8066.4416 Latih Tubi Topikal Matematik Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sains Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal RBT Tingkatan 1 2 3 Latih Tubi Topikal Geogra Tingkatan 1 2 3 LATIH TUBI TOPIKAL Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM6.50 Sabah & Sarawak : RM6.90 Penulis Myteach Juilis Mokujal Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Ramli Yahya Guru Cemerlang BM Guru Berprestasi Tinggi Munsyi Dewan, Dewan Bahasa & Pustaka Jasni Majed Penceramah BM, Penulisan & Kesusasteraan Melayu Menghasilkan lebih daripada 220 buah buku rujukan BM & Kesusasteraan Melayu Azahar Bahari 25 tahun pengalaman mengajar Penulis Buku Teks KSSM BM Tingkatan 3 Salamah Kamal Penulis tetap Didik Berita Harian & Dewan Pelajar DBP Lebih 33 tahun pengalaman mengajar Nur Asiah Zakaria Buku ditulis: 5 buah Lebih 18 tahun pengalaman mengajar Safwan Razali Buku ditulis: 8 buah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Pengetua (Guru), Anugerah Inovasi PDP MRSM Mukah Latih Tubi Topikal merupakan siri modul pengajaran dan pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penyediaan modul Bahasa Melayu ini yang mengandungi tip dan Praktis Berpandu Aras 1 dan 2 diharapkan lebih memudahkan pemahaman para pengguna. Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari, memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri. Pada akhir sesi PdP, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Cetakan Pertama 2023 (23.04) Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing Sdn Bhd (1115599-K) 12, Jalan CJ 1/6, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor. Ingin menyertai pasukan editorial kami? E-mel ke [email protected] Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 Nota Grafik Antologi Nota Grafik Novel (Dimuat turun dari kod QR) BONUS BONUS Video Analitik Jawapan Ujian Akhir Sesi Akademik BONUS (Dimuat turun dari kod QR) 1 Bahasa Melayu Tingkatan 1 F ormat UASA Terkini daripad a L e m baga Peperiksaan M’sia Latih Tubi 1.0 BM Tg x - 00 Cover.indd All Pages 4/4/2023 8:02:41 PM Versi Demo
01 SISTEM BAHASA 1 – 23 01: Kata Nama Am dan Kata Nama Khas ...................... 1 02: Kata Adjektif ..................................................................... 3 03: Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pembenar dan Kata Pangkal Ayat .................. 5 04: Kata Kerja Tak Transitif ................................................ 7 05: Kata Ganda (Penuh, Berimbuhan, Majmuk) ......... 9 06: Imbuhan Kata Nama ...................................................... 11 07: Frasa Nama ........................................................................ 13 08: Pola Ayat .............................................................................. 15 09: Kesalahan Ayat Mudah .................................................. 17 10: Peribahasa .......................................................................... 21 02 ANTOLOGI 24 – 34 Puisi Tradisional 01: Pantun Dua Kerat (Nasihat) ........................................ 24 02: Syair Pohon Buluh ........................................................... 25 Puisi Moden 01: Kita Umpama Sehelai Daun ........................................ 26 02: Kuingin Berterima Kasih .............................................. 27 03: Aku ........................................................................................ 28 04: Kunci Bahasa ..................................................................... 29 Prosa Tradisional 01: Asal Padi .............................................................................. 30 Cerpen 01: Oren ....................................................................................... 31 02: Hadiah (... Atas Kejayaan Para Guru Menghasilkan Aku) ........................................................ 32 03: Kuih Bakul Limau Mandarin ....................................... 33 Drama 04: Hadiah .................................................................................. 34 03 PEMAHAMAN PETIKAN 35 – 41 04 42 – 45 05 PEMINDAHAN MAKLUMAT 46 – 50 01: Ringkasan 06 KARANGAN PENDEK 51 – 52 07 KARANGAN 53 – 84 Penanda Wacana Bagi Karangan ...................................... 53 01: Fakta ...................................................................................... 53 02: Cereka/ Gambaran/ Keperihalan ............................. 59 03: Pendapat/ Perbincangan .............................................. 64 04: Syarahan/ Perbahasan/ Ceramah ............................ 71 05: Rencana Akhbar/ Berita ............................................... 72 06: Laporan ................................................................................ 79 JAWAPAN J1 – J12 KANDUNGAN Untuk Pesanan DAN Semakan Stok Muat Turun UASA K1 & K2 NOVEL TINGKATAN ͳ Versi Demo
1 01 KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS (SP5.1.1) Nota PdPc Kata Nama Am Jenis Contoh Hidup Manusia ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar Bukan Manusia gajah, rumput, pasir, burung, bidadari Tak Hidup Institusi persatuan, rumah, bank, perpustakaan, asrama, majlis Bukan Institusi Abstrak Berbilang bayangan, gangguan, rancangan Tidak Berbilang hawa, iklim, roh, ganjaran Konkrit bumi, negeri, bandar, jalan, padang Kata Nama Khas Jenis Contoh Hidup Manusia Melvin, Dalila, Dr. Yassin Bukan Manusia Tompok, Si Bedal, Vanda Diana (Orkid) Tak Hidup Piala Malaysia, Dewan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia, Sarawak Kata Nama Majmuk Jenis Contoh Rangkai Kata Bebas surat khabar, nasi minyak, meja tulis, Menteri Besar Istilah Khusus temu duga, mata pelajaran, atur cara, hak milik Berbentuk Kiasan pilih kasih, manis mulut, buku lima, berat mulut Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. Pentaksiran Formatif (Praktis Berformat UASA) BAHAGIAN A 1 Sebuah __________________ terbabas daripada landasan pagi tadi berhampiran pekan Tapah. A bas persiaran B kereta api barang C bas ekspres D lori kontena 2 Beberapa orang kenamaan dijangka akan menghadiri ______________ keramaian itu nanti. A majlis C pesta B kenduri D bulan Soalan 3 - 4 Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 01 SISTEM BAHASA Versi Demo
2 3 Sebuah mini zoo akan dibina tidak lama lagi di A negeri itu untuk dijadikan daya tarikan pelancong B ke negeri itu. Tiada kesalahan C D 4 Sebuah bas pelancong terbabas di bandar Ipoh A B petang semalam tetapi semua penumpang bas C tersebut terselamat. Tiada kesalahan D Soalan 5 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 5 Suasana di Padang Awam Kampung Setia pada pagi itu sungguh meriah kerana hari sukan yang diadakan itu turut dihadiri oleh penduduk kampung berhampiran. A Penduduk kampung berhampiran diundang untuk turut sama memeriahkan hari sukan yang diadakan di Padang Awam Kampung Setia. B Penduduk kampung berhampiran turut diminta hadir untuk memeriahkan hari sukan yang diadakan di Padang Awam Kampung Setia. C Kemeriahan hari sukan yang diadakan di Padang Awam Kampung Setia disebabkan kehadiran penduduk kampung berhampiran. D Untuk memeriahkan hari sukan yang diadakan di Padang Awam Kampung Setia, penduduk kampung berhampiran turut diundang. Soalan 6 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 6 I Beberapa batang pokok di tepi jalan itu tumbang semasa kejadian ribut petang tadi. II Pokok perbincangan mereka dalam majlis itu adalah mengenai pencemaran sungai di kampung mereka. III Gaji pokok yang diterima oleh Encik Zaidi di syarikat itu sangat tinggi. IV Sikapnya yang suka pokok tambah cerita orang tidak disenangi oleh rakan-rakannya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Pekan Maran di Pahang sedang pesat membangun dan akan membuka pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. II Kebanyakan petani di negara kita sudah mula mengamalkan kaedah moden dalam bidang pertanian. III Sungai-sungai di negara kita dikawal untuk mengelakkan pencemaran. IV Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini disambut secara sederhana oleh umat Islam di negara kita. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja BAHAGIAN B Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Beberapa buah Sekolah Menengah di daerah itu terpaksa ditutup kerana banjir semakin buruk. 2 Puan Kamariah menunggang motorsikal ke tempat kerja yang tidak begitu jauh dari rumahnya. 3 Beberapa buah rumah-rumah di kampung itu mengalami gangguan bekalan elektrik malam tadi. 4 Sempena ϐ, Puan Zainab dan suaminya bercadang mengadakan rumah terbuka secara sederhana sahaja. 5 Puan Mary membeli alas meja bunga plastik untuk mengalas meja di ruang tamu rumahnya. 6 Sebuah keretapi barang tergelincir awal pagi semalam berhampiran Rawang. Versi Demo
3 02 KATA ADJEKTIF (SP5.1.2) Nota PdPc 1 Kata adjektif turut dikenali sebagai kata sifat. 2 Boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat. 3 Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama. 4 Jenis kata adjektif: Jenis Contoh Kata Adjektif Contoh Ayat Sifatan berani, malu, gemuk, lemah, cerdik Zulhilmi seorang pelajar yang cerdik. Warna hijau, biru, merah, ungu, hitam Suzi membeli sehelai blaus berwarna hijau. Perasaan sedih, gembira, sayang, ragu Paula masih ragu terhadap kejujuran pembantunya. Waktu lama, lambat, sekejap, suntuk Louise didenda oleh gurunya kerana lambat ke sekolah. Jarak jauh, dekat, rapat, hampir, nyaris Rumah Suhaila agak jauh dari sekolah. Ukuran panjang, pendek, luas, lebar Tanah di belakang rumah Halim luas dan sesuai untuk bercucuk tanam. Bentuk bulat, nipis, leper, segi tiga, bujur Ayah berkenan dengan permukaan meja yang berbentuk bulat itu. Pancaindera nyaman, harum, enak, bersih, lawa Udara pada pagi itu sungguh nyaman dan segar. Cara cepat, pantas, deras, lincah Air sungai itu mengalir deras selepas hujan turun. Pentaksiran Formatif (Praktis Berformat UASA) BAHAGIAN A Soalan 1 – 2 berdasarkan gambar di bawah. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Puan Zalina dan anaknya, Umairah berasa _________________ semasa memandu dalam keadaan jalan raya yang sesak pada minggu lepas. A risau C bosan B sedih D marah 2 Disebabkan hujan lebat, Encik Ismail terpaksa mengambil masa yang _________________ untuk sampai ke Kedah baru-baru ini. A lama C jauh B tinggi D singkat Soalan 3 - 4 Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 3 Beberapa buah bangunan terbiar, kosong A dan usang di bandar itu akan dirobohkan B tidak lama lagi kecuali bangunan-bangunan C yang ada kesan sejarah. Tiada kesalahan. D Versi Demo
4 4 Oleh sebab memikirkan harga barang yang mungkin naik, ada pengguna membeli barang dengan kadar A yang terbanyak tanpa memikirkan pengguna yang B lain. Tiada kesalahan. C D Soalan 5 - 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Piala yang dimenangi oleh Encik Rahim sepuluh tahun lepas digilapnya semula sehingga menjadi berkilau-kilau. A sehingga menjadi bersinar-sinar B sehingga menjadikan berkerlip-kerlipan C sehingga terjadi berseri-seri D sehingga menjadi berkilau-kilau 6 Sawah yang luas membentang itu milik Pak Karim. A yang keluasan membentangkan B yang luas terbentang C yang luas dibentang D yang luas membentang Soalan 7 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 7 Kejayaan yang dicapai oleh Tuan Haji Ismail sebagai penternak ikan dalam sangkar berpunca daripada kesungguhan dan usahanya yang tidak mengenal jemu. A Oleh sebab tidak mengenal jemu dan bersungguh-sungguh, Tuan Haji Ismail berjaya menternak ikan dalam sangkar. B Sebagai penternak ikan dalam sangkar, Tuan Haji Ismail mesti berusaha bersungguhsungguh dan tidak jemu-jemu berusaha. C Punca kejayaan yang dicapai oleh Tuan Haji Ismail sebagai penternak ikan dalam sangkar adalah kesungguhan dan usahanya yang berterusan. D Tuan Haji Ismail berusaha bersungguhsungguh dan tidak mengenal jemu menternak ikan dalam sangkar sehingga mencapai kejayaan. Soalan 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 8 I Mereka berasa musykil mengenai peristiwa yang telah berlaku di kampung itu petang esok. II Pembangunan yang pesat sedang berlaku di bandar itu. III Kebanjiran pekerja asing ke negara kita amat membimbangkan. IV Kumalasari menjadi seorang pereka fesyen yang masyhur di ibu kota. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja BAHAGIAN B Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Peperangan yang senget antara dua buah negara itu perlu dihentikan segera demi kebaikan bersama. 2 Oleh sebab tidak menyimpan kari ikan itu dengan baik, kari ikan itu menjadi lemau. 3 Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis akan mengambil masa yang jauh sekiranya seseorang itu menggunakan jalan biasa. 4 Suara penyanyi yang lemak itu sangat diminati ramai. 5 Oleh sebab cepat ketika menjawab soalan, Mazni membuat banyak kesalahan dalam subjek Matematik. Versi Demo
5 03 KATA SERU, KATA TANYA, KATA PERINTAH, KATA PEMBENAR DAN KATA PANGKAL AYAT (SP5.1.3) Nota PdPc Jenis Contoh Kata Contoh Ayat Kata Seru aduh, cis, aduhai, amboi, wah, oh, eh, syabas, wahai, hai, alamak, alahai, celaka • Aduh, sakitnya kakiku! • Hai, saya Kamal! • Amboi, cantik sungguh kereta dia! Kata Tanya apa, mana, siapa, bagaimana, mengapa/ kenapa, berapa, bila • Apakahϐǫ • Rumah kamu yang manaǫ Kata Perintah • Silaan: ayuh, jemput, sila • Permintaan: harap, minta, tolong • Larangan: jangan, usah • Jemput datang ke majlis perkahwinan adik saya nanti. • Mintaϐ Ǥ • Jangan pijak rumput itu. Kata Pembenar benar, ya, betul • Benar, dia yang mengambil duit itu. • Ya, Laila pulang ke kampung. Kata Pangkal Ayat maka, hatta, adapun, syahadan, arkian, kalakian, sebermula, alkisah • Hatta, beberapa lamanya baginda pun berangkatlah. Pentaksiran Formatif (Praktis Berformat UASA) BAHAGIAN A Soalan 1 – 4 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 “_______________, malang sungguh nasib saya!” kata Azman kepada rakannya. A Wah B Aduhai C Amboi D Cis 2 ̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴̴ ǫ A Apakah B Bagaimanakah C Mengapakah D Kenapakah 3 “__________________ turunkan tandatangan encik di sini,” kata pegawai itu kepada Zainal. A Minta B Jangan C Usah D Sila 4 ____________________ tuan puteri itu sungguh menawan dan menarik hati anak-anak raja. A Sebermula C Maka B Alkisah D Adapun Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Puan Kamariah diminta hadir ke pejabat itu untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka. A diminta hadir di pejabat itu B disilakan hadir ke pejabat itu C dititahkan hadir ke pejabat itu D diminta hadir ke pejabat 6 Encik Lim dan Puan Mary tidak tahu adakah cara yang terbaik untuk menangani masalah yang sedang berlaku dalam keluarga mereka itu. A bagaimanakah cara yang terbaik B di manakah cara yang terbaik C siapakah cara yang terbaik D adakah cara yang terbaik Versi Demo
6 Soalan 7 – 10 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Wah, cantik sungguh pakaian yang kamu pakai hari ini! II Bilakah agaknya Dahlan akan datang lagi ke ǫ III Tolong beri perhatian ketika penceramah itu sedang menyampaikan ceramahnya. IV Ya, beginilah cara membuat layang yang berkualiti. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Sila dapat datang ke balai raya esok kerana perjumpaan penduduk. II Nah, rupa-rupanya kamu yang membantu orang tua itu semalam! III Mengapakah dia sering tidak hadir ke sekolah ǫ IV Sebermula, berjalanlah raja bersama pengiringpengiring baginda di dalam hutan itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 9 I Eh, berani betul kamu mengganggu kakak saya! II Apakah punca pencemaran sungai di kampung ǫ III Benar, Pak Ismail sudah dilantik menjadi ketua kampung petang semalam. IV Tersebutlah kisah mengenai seekor anak kijang emas yang sedang diburu oleh pembesar negeri. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 10 I Syabas, atas kejayaan kamu memperoleh kedudukan yang tinggi di dalam kelas! II Siapakah yang terpilih sebagai ketua kelas 4 ǫ III Adakah punca yang menyebabkan hasil ǫ IV Minta hubungi saya kalau ada apa-apa keperluan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja BAHAGIAN B Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Usah bertenang, sekejap lagi keadaan akan pulih seperti biasa. 2 Siapakahǫ 3 Aduhai, cantik sungguh pemandangan di kawasan tepi pantai ini! 4 Iya, sekolah kamilah yang memenangi pertandingan bola sepak petang semalam. 5 Sebermula, tuan puteri pun sampailah ke taman larangan itu ditemani oleh dayang-dayang. 6 Minta datang ke rumah saya malam ini kerana ada majlis kesyukuran. 7 Apakah kamu percaya tentang aduan yang ǫ 8 Oh, bergaya betul kamu hari ini! 9 Bagaimanakahǫ 10 Harap isi borang ini dengan lengkap supaya permohonan anda akan mendapat pertimbangan sewajarnya. Versi Demo
7 04 KATA KERJA TAK TRANSITIF (SP5.1.4) Nota PdPc Jenis Contoh Tak Berpelengkap • Kanak-kanak perempuan itu menangis. • Wahida termenung. • Suhaili dan Amira leka berbual. Berpelengkap • Kata nama: Farehah ada sepotong kek. • Kata adjektif: Keadaan Puan Hidayah beransur baik. • Kata sendi nama: Rosli bercuti di Pulau Langkawi. Pentaksiran Formatif (Praktis Berformat UASA) BAHAGIAN A Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Suhaimi _____________________ apabila dimarahi oleh pemilik kedai itu. A tersipu B terpukau C tergamam D terkesima Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Wardah menangis kerana kakinya luka akibat _____________________ pada akar pokok ketika bermain dengan adik-adiknya. A terjatuh B terhantuk C tersungkur D tersandung Soalan 3 Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 3 Encik Nawawi membuat aduan kepada pihak berkuasa A tentang masalah anjing liar yang berkeliaran B sehingga membahayakan C penduduk setempat. Tiada kesalahan D Soalan 4 – 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 4 Mei Ling bertanyakan tentang khabar Susanti yang tidak hadir ke mesyuarat kelab pada hari ini kepada Ismail. A tanya khabar B bertanyakan khabar C bertanya akan khabar D bertanyakan tentang khabar 5 Lawatan kami mungkin terpaksa dibatalkan bergantung pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). A bergantung kepada B digantungkan pada C bergantung pada D bergantung Versi Demo
24 Muat Turun Nota Pantun 02 ANTOLOGI Praktis 1 Baca pantun di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. 2 Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. 3 Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. 4 Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. 5 Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) 1 Malas bergerak tidak merasa Apakah maksud baris di atas? ARAS : R A Orang yang sakit akan ketinggalan B Tabiat orang sekarang yang sangat malas C Orang yang suka melengah-lengahkan masa D Orang yang malas tidak akan dapat merasai nikmat hidup 2 Rangkap kedua dalam puisi ini menceritakan ARAS : S A orang yang lemah akan ketinggalan. B orang yang malas akan menanggung kerugian. C orang yang suka mencari kesalahan orang lain. D orang yang suka bermegah dengan apa yang dimiliki. 3 Perkara-perkara di bawah ada disentuh oleh pengarang dalam puisi ini, kecuali ARAS : S A kerjasama sangat penting dalam hidup bermasyarakat. B setiap manusia tidak mempunyai banyak perbezaan sifat. C setiap manusia mempunyai sifat ego yang sukar dibendung. D sikap malas membawa kerugian. 4 Apakah nilai yang terdapat dalam rangkap terakhir puisi ini? ARAS : S A Bersederhana B Kerjasama C Ketabahan D Pemurah 5 Pada pendapat anda, manakah antara berikut bukan kebaikan bekerjasama? ARAS : T A Kerja yang dilakukan menjadi lebih cepat B Kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah C Dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat D Boleh mengambil tahu tentang hal peribadi orang lain Versi Demo
25 Praktis 2 Baca syair di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. 2 Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. 3 Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. 4 Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) SYAIR POHON BULUH 1 Apakah maksud frasa Terlalu kuat pula asasnya? ARAS : R A Perpaduan yang kukuh antara kaum B Hidup yang tidak mementingkan jiran C Hidup menyendiri tanpa memerlukan orang lain D Hidup tanpa muafakat dan saling menuduh antara satu dengan yang lain 2 Banyak ada ia bersaudara Yang ada pula bersama gara Baris puisi di atas memberikan gambaran kepada kita bahawa ARAS : S A negara kita mempunyai banyak musuh dan kita perlu sentiasa berwaspada. B setiap masyarakat di negara kita mempunyai talian persaudaraan. C setiap masyarakat hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai. D setiap rakyat bersedia untuk memerangi musuh negara. 3 Menerusi rangkap ketiga, pengarang menjelaskan ARAS : S A hidup bersatu padu antara kaum. B perjuangan menentang musuh negara. C berlaku perselisihan faham antara kaum. D negara diancam musuh dan membahayakan. 4 Gaya bahasa yang terdapat dalam baris “Air tak tiris seperti kolam” ialah ARAS : S I simile III perulangan II sinkope IV ϐ A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 5 Pada pendapat anda, manakah antara berikut menjadi salah satu asas perpaduan kaum di sesebuah negara? ARAS : T A Pangkat dan darjat dalam kalangan masyarakat B Keharmonian hidup bermasyarakat C Kemewahan dari segi harta benda D Kekayaan dari segi wang ringgit Muat Turun Nota Syair Versi Demo
26 Praktis 3 Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 kita umpama sehelai daun bertunas segar di hujung ranting lalu melebar dan merimbun tempat bercanda unggas meriang di bawah redup bebayang mentari 2 andai kikir jasa dan bakti di mana lagi tempat bernaung dari tusukan bahang memijar unggas kecil tidak berkudrat 3 kita umpama sehelai daun bakal kering sampai waktunya usahlah angkuh keupayaan diri sehingga lupa makhluk duafa ingin bernaung mencari hidup 4 jadilah sehelai daun hijau menunas menyegar mata kering gugur menjadi baja SMahadzir KITA UMPAMA SEHELAI DAUN 1 Maksud kikir jasa dan bakti adalah seperti ARAS : R A ingin berjasa tetapi terhalang. B tidak suka berjasa atau berbakti. C rela berjasa meskipun hidup susah. D sentiasa berjasa biarpun tidak dihargai. 2 Rangkap terakhir sajak ini menjelaskan kepada kita bahawa ARAS : S A setiap manusia mempunyai sifat-sifat angkuh. B setiap manusia mesti berbakti kepada orang lain. C setiap manusia mesti menjadi contoh kepada orang lain. D setiap manusia mesti memainkan peranan terhadap alam sekitar. 3 Dalam rangkap ketiga, pengarang berpesan kepada kita supaya mempunyai sifat-sifat berikut, kecuali ARAS : S A membantu orang lain yang menanggung kesusahan. B mengambil berat terhadap kesusahan orang lain. C bertanggungjawab terhadap individu lain. D angkuh dengan kekuatan diri kita. 4 Nyatakan persoalan yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak ini. ARAS : S A Sikap angkuh boleh membinasakan diri B Hidup harus berbakti kepada negara C Berusaha untuk mencapai kejayaan D Hidup manusia tidak kekal lama 5 Seseorang yang baik hati pasti akan bermurah hati untuk membantu orang lain. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat berjasa kepada orang lain? ARAS : T A Bertegur sapa dengan jiran B Menolong orang yang setaraf dengan kita sahaja C Meminta upah setelah selesai melakukan pekerjaan D Menghulurkan sumbangan dengan seikhlas hati untuk membantu pihak yang memerlukannya 2 3 Muat Turun Nota Sajak Versi Demo
27 Praktis 4 Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUINGIN BERTERIMA KASIH 1 Sesekali kuingin berterima kasih kepadamu hujan bagai tetamu jiwa pun menjadi dingin api amarah pun terpadam. 2 Sesekali kuingin menyemai budi kepadamu tanah yang hidup kerana perutmu setia menghamilkan rezeki buat petani. 3 Sesekali kuingin berbisik kepadamu ikan-ikan yang riang 4liar di belantara samudera kerana sudi membebaskan derita nelayan tua di pondoknya. 4 Sesekali kuingin kalungkan kagum kepadamu pejuang negara kerana tanganmu pernah berdarah darah kesetiaan seorang warga kepada watan tercintanya. 5 Sesekali kuingin pula menjadi bunga menebarkan keharuman di taman-taman keresahan hidup menyerahkan keinsafan kepada keangkuhan perang. 6 Alangkah indahnya dunia andai semua merenung kekosongan hidup ini. Ihsan Noorzali 1 Maksud frasa membebaskan derita adalah seperti ARAS : R A membawa kesusahan. B menambah kerumitan. C membasmi kemiskinan. D mengurangkan kesengsaraan. 2 Berdasarkan rangkap kedua, penyajak ingin berbudi kepada tanah kerana ARAS : S A petani tidak mempunyai kerja lain selain daripada bertani. B tanah subur dan boleh memberikan hasil kepada petani. C petani ingin mencari rezeki untuk isterinya yang hamil. D tanah itu merupakan tanah pusaka isterinya. 3 Dalam rangkap keempat, penyajak berasa kagum terhadap pejuang negara atas beberapa sebab, kecuali ARAS : S A mereka lari dari medan perang kerana ingin melindungi diri sendiri. B mereka mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air. C mereka berani mempertahankan tanah air. D mereka menggadaikan nyawa demi negara. 4 Apakah contoh penggunaan gaya bahasa metafora dalam sajak ini? ARAS : S A Menebarkan keharuman B Belantara samudera C Watan tercintanya D Menjadi bunga 5 Dalam rangkap kelima sajak ini dijelaskan tentang keangkuhan perang. ARAS : T Pada pendapat anda, manakah antara berikut bukan kesan negatif peperangan? A Mengorbankan nyawa B Menyebabkan kecederaan C Memusnahkan infrastruktur D Memutuskan hubungan sosial 3 2 Muat Turun Nota Sajak Versi Demo
28 Praktis 5 Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. AKU 1 Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali diriku. 2 Kususur pasir panjang sambil kubayangkan aku ini Adam. 3 Hari ini aku tercipta dan pertama kali melihat 2laut, langit, dan pohon. 4 Kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku bunyi ombak itu. 5 Tidak terasa olehku sentuhan angin ini bertiup di mana-mana. 6 Bahkan aku tidak tahu kulit kerang dan ru pernah wujud di sini. 7 Tuhan aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru ada. Rosli K. Matari 1 Maksud Kususur pasir panjang ialah ARAS : R A pantai yang memberikan ketenangan kepada penyajak. B penyajak berbaring di tepi pantai. C penyajak berjalan di tepi pantai. D penyajak duduk di tepi pantai. 2 Pada hari pertama “aku” tercipta, benda-benda ini dilihat oleh “aku”, kecuali ARAS : R A burung B pohon C langit D laut 3 Berdasarkan rangkap keempat, apakah perkara yang tidak terdengar oleh “aku”? ARAS : R A Desiran daun B Bunyi ombak C Deruan angin D Kicauan burung 4 Apakah tema sajak ini? ARAS : S A Keindahan alam semula jadi B Kecintaan kepada Pencipta C Cinta akan alam sekitar D Cinta akan negara 5 Pada pendapat anda, mengapakah penyajak berasa kagum akan ciptaan Tuhan? ARAS : T A Pengarang melihat laut yang sangat indah B Pengarang dapat merasai udara yang bertiup C Pengarang melihat keajaiban di sekelilingnya D Pengarang melihat pelbagai hidupan di tepi pantai 3 Muat Turun Nota Sajak Versi Demo
35 Praktis 1 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Begitu juga Zaiton, dia akan membeli sebuah novel untuk orang dewasa buat Cikgu Faridah. Zaiton sayang akan Cikgu Faridah kerana guru itu selalu memberikan markah yang tinggi untuk karangannya. Oleh itu, Zaiton akan meminta wang daripada mamanya untuk membeli novel buat Cikgu Faridah. Zaiton akan menyuruh kakaknya memilih judul novel yang sesuai dengan jiwa Cikgu Faridah.1 Cikgu Faridah gemar membaca novel. Zaiton tahu itu. Cikgu Faridah gemar membaca novel karangan Shahnon Ahmad. Zaiton pernah terpandang Cikgu Faridah begitu asyik membaca novel Arena Wati, Sakura Mengorak Kelopak. Ketika itu, Zaiton pergi menghantar buku latihan. Dia nampak Cikgu Faridah begitu asyik membaca hingga tidak sedar bahawa dia ada di situ. (Dipetik daripada cerpen “Hadiah” dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) Abang Johari bukan sekadar pandai berteori, tetapi pandai juga mempraktikkannya. Banyak duitnya dihabiskan untuk membeli buku, majalah dan akhbar. 2 Dia juga, menurut pemerhatianku, tidak suka menonton televisyen atau wayang.1 Masanya dihabiskan dengan membaca. Aku juga tahu, di dalam beg yang tersandang di belakangnya sekarang pun terdapat beberapa buah buku. “Sekarang ini, pada zaman ledakan maklumat, Lina, 2 kalau kita kurang membaca, atau membaca hanya untuk menghadapi peperiksaan, kita akan ketinggalan. Kau tentu setuju kalau kukatakan bahawa ilmu pengetahuan itu kenderaan yang dapat membawa kita daripada suatu dunia kurang maju kepada suatu dunia yang lebih maju.” (Dipetik daripada novel Destinasi Impian, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAN 2 BAHAN 3 .&.#"$" ò".#"5"/ *-.6 03 PEMAHAMAN PETIKAN Versi Demo
36 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan antara Cikgu Faridah dengan Johari. ARAS : R [3 markah] Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, (Kehendak Soalan) ialah (Isi) . Misalnya, . 2 Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 2. ARAS : S [3 markah] Salah satu yang terdapat dalam Bahan 2 ialah persoalan . Contohnya, . Selain itu, terdapat persoalan . Misalnya, . 3 Dalam Bahan 3 terdapat slogan ‘Membaca Jambatan Ilmu’. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka? ARAS : T [4 markah] Pada pendapat saya, (Kehendak Soalan) dengan (Isi 1: suri teladan) . (Huraian/ Cadangan: mengajak) . (Isi 2: pameran buku) Selain itu, . (Huraian/ Cadangan: Ǧ ) . Versi Demo
37 Praktis 2 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Kunci Bahasa Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah Bahasa berbuah tidak kering bahasa diperah. Bahasa bersejarah tidak luput bahasa bertingkah. Bahasa berwasilah tidak putus jambatan ukhuwah. Bahasa berbudi sudah tidak lokek pada ummah. Bahasa begitu indah tidak habis berbahasa bermadah. ABDUL HADI YUSOF (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) Pada masa ini, ramai yang menganggap bahawa masyarakat negara kita lebih mementingkan penggunaan bahasa asing berbanding dengan bahasa ibunda dalam komunikasi harian. Kesannya, ada yang melabelkan masyarakat kita seperti sekerat belut sekerat ular kerana penggunaan bahasa yang bercampur aduk atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu turut tercemar sedangkan bahasa mempunyai maruah atau imejnya yang tersendiri. 2Pelbagai pihak boleh memainkan peranan untuk memastikan bahasa Melayu tidak dicemari. Pencemaran bahasa boleh dielakkan jika kita mempunyai jati diri yang kukuh. Bahasa Melayu mesti dipelihara kerana 1 bahasa merupakan alat perhubungan dalam pelbagai urusan. Tegasnya, bahasa ialah lambang sesuatu bangsa. BAHAN 2 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan peranan bahasa dalam kalangan masyarakat. ARAS : R [3 markah] 2 ǦǡǤ ARAS : S [3 markah] 3 ǡ ǦǤ Pada pendapat anda, apakah dua peranan yang boleh dimainkan oleh para pelajar di sekolah untuk memartabatkan bahasa Melayu? ARAS : T [4 markah] 2 1 Versi Demo
42 04 NOVEL Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti karya Rejab F.I (ii) Destinasi Impian karya Mohd. Ismail Sarbini (iii) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia (iv) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman Bagi soalan nilai murni, persoalan dan latar masyarakat, jawapan mesti dimulakan dengan kata kuncinya, iaitu: • Nilai murni yang ditetapkan dalam novel ini ialah nilai keberanian. • Persoalan yang telah ditetapkan dalam novel ini ialah persoalan ketamakan kuasa. • Latar masyarakat yang ditetapkan dalam novel ini ialah masyarakat yang gigih mencari rezeki. Info Praktis 1 Persoalan merupakan idea-idea sampingan untuk menghidupkan dan memperkukuh tema oleh penulis dalam sesebuah karya. ARAS : R Berdasarkan sebuah novel di atas, kemukakan dua contoh peristiwa yang bertepatan dengan persoalan yang diberikan. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Sejambak Bakti Sikap berbohong hanya akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri Destinasi Impian Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian Formula Termodinamik Kemasyhuran diri yang menyebabkan seseorang lupa diri Pelari Muda Persoalan [10 markah] Sejambak Bakti (Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) karya (Nama Pengarang) . Persoalan yang telah ditetapkan dalam novel ini ialah persoalan . Antara contoh peristiwa yang sesuai dengan persoalan ini ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Seterusnya, contoh peristiwa kedua ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Destinasi Impian (Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) karya (Nama Pengarang) . Persoalan yang telah ditetapkan dalam novel ini ialah persoalan . Antara contoh peristiwa yang sesuai dengan persoalan ini ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Seterusnya, contoh peristiwa kedua ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Muat Turun Nota Novel Versi Demo
43 Pelari Muda (Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) karya (Nama Pengarang) . Persoalan yang telah ditetapkan dalam novel ini ialah persoalan . Antara contoh peristiwa yang sesuai dengan persoalan ini ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Seterusnya, contoh peristiwa kedua ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Formula Termodinamik (Pengenalan) Novel yang saya pelajari ialah (Nama Novel) karya (Nama Pengarang) . Persoalan yang telah ditetapkan dalam novel ini ialah persoalan . Antara contoh peristiwa yang sesuai dengan persoalan ini ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Seterusnya, contoh peristiwa kedua ialah (watak/ peristiwa/ sebab/ akibat/ masa) . Praktis 2 PT3 2019 Nilai murni dapat memberikan kesan kepada pemikiran, perasaan, tingkah laku dan perhatian kepada kehidupan seseorang. Berdasarkan sebuah novel di atas, kemukakan contoh peristiwa yang bersesuaian dengan nilai dan watak utama yang diberikan. ARAS : S Destinasi Impian • Kegigihan • Tanggungjawab • Keberanian Johari Novel Nilai Watak Sejambak Bakti • Rasional • Baik hati • Keberanian Razali Pelari Muda • Baik hati • Keberanian • Keinsafan Kamarul Formula Termodinamik • Kasih sayang • Baik hati • Kerjasama Amir [10 markah] Versi Demo
44 Sejambak Bakti Novel yang saya pelajari ialah karya . Terdapat tiga nilai murni yang telah ditetapkan dalam novel ini, iaitu rasional, baik hati dan keberanian. Nilai rasional dapat dilihat . Sebagai contoh, . Selain itu, nilai lain yang turut diketengahkan ialah nilai baik hati. Contohnya, . Seterusnya, nilai keberanian. Contohnya, . Destinasi Impian Novel yang saya pelajari ialah karya . Terdapat tiga nilai murni yang telah ditetapkan dalam novel ini, iaitu kegigihan, tanggungjawab dan keberanian. Nilai kegigihan dapat dilihat . Sebagai contoh, . Selain itu, nilai lain yang turut diketengahkan ialah nilai tanggungjawab. Contohnya, . Seterusnya, nilai keberanian. Contohnya, . Pelari Muda Novel yang saya pelajari ialah karya . Terdapat tiga nilai murni yang telah ditetapkan dalam novel ini, iaitu baik hati, keberanian dan keinsafan. Nilai baik hati dapat dilihat . Selain itu, nilai lain yang turut diketengahkan ialah nilai keberanian. Contohnya, . Seterusnya, nilai keinsafan. Contohnya, . Formula Termodinamik Novel yang saya pelajari ialah karya . Terdapat tiga nilai murni yang telah ditetapkan dalam novel ini, iaitu kasih sayang, baik hati dan kerjasama. Nilai kasih sayang dapat dilihat Versi Demo
45 Praktis 4 Latar masyarakat menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam sesebuah karya yang merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Berdasarkan sebuah novel di atas, berikan contoh peristiwa yang sesuai dengan latar masyarakat yang telah ditetapkan. ARAS : T Novel Sejambak Bakti • Masyarakat yang cemburu akan kejayaan orang lain • Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas • Masyarakat peniaga yang menyokong perkembangan koperasi sekolah Novel Destinasi Impian • ϐ • Masyarakat yang cekal dan bersemangat waja dalam menghadapi dugaan • Masyarakat yang berani menyahut cabaran demi mempertingkatkan keupayaan diri Novel Pelari Muda • Masyarakat yang angkuh dan ego apabila memperoleh kejayaan • Masyarakat yang tidak berdisiplin dan bersikap sambil lewa • ϐ keadaan Novel Formula Termodinamik • Masyarakat yang gigih dan kreatif mengusahakan sesuatu sehingga berjaya • Masyarakat yang mengamalkan semangat kerjasama dalam setiap perbuatan • Masyarakat yang bersifat iri hati dan berhasad dengki apabila melihat kejayaan orang lain [10 markah] . Selain itu, nilai lain yang turut diketengahkan ialah nilai baik hati. Contohnya, . Seterusnya, nilai kerjasama. Contohnya, . Praktis 3 Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel di atas, kemukakan tiga perwatakan berserta contoh yang sesuai dengan watak utama yang diberikan. ARAS : T Watak utama Razali Watak utama Johari Watak utama Kamarul Watak utama Amir Novel Sejambak Bakti Novel Destinasi Impian Novel Pelari Muda Novel Formula Termodinamik [10 markah] Versi Demo
46 01 RINGKASAN Praktis 1 ARAS : R Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah penjagaan kesihatan diri. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kesihatan ialah kunci kepada kebahagiaan. Tanpa tubuh yang sihat, kita tidak akan bahagia walaupun mempunyai wang berjuta. Kesihatan yang baik merangkumi aspek jasmani dan rohani. Air merupakan sumber asas yang sangat penting untuk fungsi badan kita. Oleh itu,1kita digalakkan untuk minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Badan kita kehilangan air sepanjang masa melalui perpeluhan, air kencing, pernafasan dan lain-lain. Penjagaan kesihatan seterusnya ialah2setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya, badan akan menjadi letih dan lesu sekali gus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Jangan lupa bahawa3kita juga haruslah menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Keadaan ini dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain. Untuk pengetahuan semua,4pengambilan makanan seimbang amat penting dalam menjaga kesihatan diri. Seseorang perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat. Selain daripada pengambilan makanan seimbang,5kita mestilah bersukan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh dan sisa toksik dalam badan. Jika diamalkan selalu, kita akan berasa cergas dan sihat. Walaupun kita sibuk dengan kerjaya,6luangkan sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Seseorang individu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu diberikan keutamaan dalam kehidupan seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Jangan sesekali kita alpa atau tidak mengambil berat akan kesihatan diri kerana diri sendiri yang akan menanggung akibatnya nanti. Langkah 1 Mengenal pasti Tugasan Langkah 2 Mengenal pasti Isi • Perlukan sekurang-kurangnya lima isi untuk membuat ringkasan lengkap. • Pastikan jumlah perkataan ringkasan anda tidak melebihi 100 patah perkataan. • Gunakan teknik kata kunci di bawah untuk mengenal pasti isi daripada petikan. Kemudian, gariskan isi dalam petikan. (Mengapa/ Bagaimana/ Kesan/ Contoh) + (Tugasan) langkah-langkah penjagaan kesihatan diri Rangka Ringkasan Isi 1 Antara (Tugasan) (ialah / adalah) Isi 2 Selain itu, Isi 3 Pada masa yang sama, Isi 4 Di samping itu, Isi 5 Akhir sekali, Tip: Garisan beralun pada arahan di atas ialah tugasan ringkasan ini. Info Kata kunci (Mengapa, Bagaimana, Kesan & Contoh) akan digunakan mengikut kesesuaian (Tugasan) dan tidak semestinya dapat diaplikasikan pada setiap isi Info 05 PEMINDAHAN MAKLUMAT Versi Demo
47 Praktis 2 Tema 2: Beringat Supaya Selamat ARAS : S Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang panduan menjaga keselamatan diri. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. KBAT Menganalisis/ Mencipta Saban hari, slogan kata “malang tidak berbau” sering terngiang-ngiang di telinga kita. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah boleh meragut nyawa manusia. Oleh itu, kita mestilah menjaga keselamatan diri. Salah satu cara untuk menjaga keselamatan diri adalah seperti1tidak berseorangan di kawasan yang sunyi atau berbahaya. Pastikan kita ditemani oleh sesiapa untuk ke mana-mana sahaja. Dengan cara ini, kita tidak akan menjadi sasaran untuk dirompak atau diculik oleh penjenayah. Semasa berada di jalan raya,2kita juga mestilah berhati-hati semasa memandu agar dapat mengelakkan diri daripada kemalangan. Pengguna kenderaan sewajarnya mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak memandu kenderaan mengikut perasaan. Selain itu,3kita haruslah melintas jalan raya dengan menggunakan lintasan belang supaya kita dapat melintas dengan selamat. Untuk pengetahuan semua, kemalangan juga boleh berlaku di rumah. Oleh itu,4kita harus berhati-hati serta mematuhi dan mendengar nasihat ibu bapa agar keselamatan di rumah lebih terjamin. Ketika berada di sekolah,5para pelajar perlu mematuhi setiap peraturan sekolah yang termaktub tanpa kompromi. Para pelajar akan terdedah kepada kemalangan sekiranya gagal mengikuti peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Setiap arahan guru perlu dipatuhi agar para pelajar dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lancar. Kegiatan luar rumah seperti berkhemah, berkelah dan melancong merupakan aktiviti riadah yang sering dilakukan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun,6kita haruslah menitikberatkan pelbagai aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti riadah ini. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, kita mestilah segera menghubungi pihak-pihak bertanggungjawab untuk melaporkan kemalangan atau kecederaan yang berlaku. Kesimpulannya, keselamatan diri haruslah dijaga kerana ancaman keselamatan boleh berlaku di manamana atau pada bila-bila masa. Ancaman tersebut bukan sahaja boleh berlaku dalam bentuk jenayah tetapi kemalangan. Semua orang perlu berhati-hati agar risiko ini dapat dikurangkan demi orang tersayang. (Isi 1) Antara (ialah/ adalah) . (Isi 2) Selain itu, . (Isi 3) Pada masa yang sama, . (Isi 4) Di samping itu, . (Isi 5) Akhir sekali, . ( patah perkataan) Versi Demo
48 Praktis 3 ARAS : T Tema 3: Cahaya Perpaduan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. KBAT Menganalisis/ Mencipta Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, perpaduan sangat penting di negara kita. ϐ ekoran daripada usaha berterusan kerajaan dalam membina imej negara yang disegani pada peringkat dunia. ǡ ϐ 1menarik kedatangan pelabur dan pelancong ke Malaysia adalah dengan amalan perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Kepentingan lain ialah2perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi dan kestabilan politik negara. Kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur menjadi antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara. Hal ini demikian kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara mengalami kerugian akibat pergolakan yang berlaku di negara tersebut. Sementara itu,3semangat perpaduan ini penting dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bertolak ansur. Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah tidak asing lagi dengan kewujudan masyarakat berbilang kaum. Kewujudan masyarakat yang harmoni akan membawa kepada kehidupan rakyat yang lebih tenang dan sejahtera. Kita juga mengakui bahawa4perpaduan penting dalam memartabatkan nama Malaysia di mata dunia. Negara kita akan dihormati dan dikagumi oleh negara maju yang lain kerana tidak berlaku persengketaan walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Apabila semangat perpaduan kaum ini diamalkan oleh rakyat Malaysia,5penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing secara adil tanpa rasa dengki. Mereka juga menerima hak yang sama rata. Dengan ini,6semua bangsa dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan sejahtera tanpa ada unsur-unsur negatif. Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan sematamata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum memainkan peranan masing-masing dan bertolak ansur tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan. ( patah perkataan) Versi Demo
51 06 KARANGAN PENDEK Praktis 1 ARAS : R Tema 2: Beringat Supaya Selamat Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. PT3 2019 KBAT Mencipta Panduan Keselamatan semasa Kebakaran ȂȂȂȂϐ Ȃ mematuhi arahan – mengelakkan sebarangan kemalangan – mengelakkan penggunaan lif –bekalan elektrik mengalami gangguan – membahayakan nyawa – memberikan perhatian – malang tidak berbau Langkah 1 Membina Rangka Karangan Kategorikan maklumat yang diberikan ke dalam rangka. Pendahuluan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Kesimpulan/ Harapan Ungkapan (Nilai murni: prihatin) Langkah 2 Menulis Karangan Gunakan maklumat daripada rangka dan penanda wacana atau idea anda sendiri untuk menulis karangan anda. Antara Selain itu Seterusnya Tuntasnya Oleh itu Kesimpulannya Misalnya Di samping itu ( patah perkataan) Prapenulisan Teknik Langkah demi Langkah + Panduan (FAHAM itu PENTING) Muat Turun Laman Peribahasa Versi Demo
52 Praktis 2 ARAS : S Tema 3: Cahaya Perpaduan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Cara-cara Memupuk Perpaduan Kaum Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak Penganjuran kempen melalui media massa Mengadakan aktiviti kemasyarakatan Praktis 3 ARAS : S Tema 4: Seni Bersendikan Budaya Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Manfaat Seni Mempertahankan Diri Ȃ Ȃ Ȃ Ȃ Ȃ Ȃ Ȃ Ȃ manfaat – tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – perisai diri sendiri Praktis 4 ARAS : S Tema 5: Jati Diri dan Kewarganegaraan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Peranan Remaja dalam Memajukan Negara Kreatif dan inovatif ϐ Praktis 5 ARAS : S Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Sains dan teknologi – memberikan pelbagai manfaat – memudahkan komunikasi – berhubung dengan sesiapa – memudahkan urusan harian – menjimatkan masa – proses pembelajaran dan pengajaran – lebih menarik – mempelbagaikan proses pengajaran – kesan positif – memanfaatkan ke arah kebaikan – masa itu emas Versi Demo
53 PENANDA WACANA BAGI KARANGAN Pendahuluan Penanda wacana untuk memulakan perenggan pendahuluan • Pada era globalisasi ini, • Pada masa ini, • Sejak akhir-akhir ini, Isi Penanda wacana untuk memulakan isi baharu dan ayat seterusnya • Pada masa yang sama, • Sementara itu, • Seterusnya, Huraian Penanda wacana untuk menulis huraian dan ayat seterusnya (1) Mengapa • Hal ini (berlaku/ terjadi) kerana • Hal ini disebabkan oleh • Hal ini bersangkut paut dengan • Hal ini (tercetus/ timbul) apabila (2) Bagaimana • Dengan berbuat demikian, • Oleh sebab itu, • Oleh yang demikian, (3) Contoh • Antara contoh • Contohnya/ Sebagai contoh, • Misalnya, • Tamsilnya, (4) Kesan • Ekoran daripada peristiwa/ Isu itu, • Hal ini mengakibatkan • Implikasinya/ Impaknya, • Kesannya, (6) Ungkapan • bak kata pepatah Melayu, • bak pepatah, (7) Penegas • Benarlah bahawa • Hakikatnya • Jelaslah bahawa • Kita mengakui hakikat bahawa • Oleh itu, benarlah • Secara khususnya, • Secara umumnya, • Sewajarnya, • Tegasnya, • Tuntasnya, Kesimpulan Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup • Akhir kata, • Intihanya, • Kesimpulannya, • Konklusinya, • Secara keseluruhan, • Secara total, 07 KARANGAN 01 FAKTA PT3 2019 Contoh Karangan Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat Rumah yang bersih dan ceria harus dititikberatkan oleh setiap keluarga. Nyatakan kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria. Dimensi: Masyarakat Tema 2: Beringat supaya Selamat Praktis Berpandu 1 ARAS : R Jenayah siber yang semakin berleluasa membimbangkan rakyat di negara kita. Huraikan usaha-usaha untuk menangani masalah tersebut. Dimensi: Diri Muat Turun Contoh Karangan Versi Demo
54 PRAPENULISAN Anda boleh menggunakan panduan berserta contoh di bawah atau idea anda sendiri untuk melengkapkan prapenulisan ini. Kemudian gunakan jawapan anda untuk menulis karangan lengkap (A) Pendahuluan Contoh Karangan Teknik Menulis Perenggan pendahuluan memperkenalkan kehendak soalan kepada pembaca. Dalam perenggan ini tidak terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya atau memberikan perkenalan kepada tajuk karangan supaya pembaca lebih tertarik untuk membaca perenggan seterusnya. Pengenalan (1 ayat) • Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami kehendak soalan secara umum. • Terangkan situasi semasa tentang (Kehendak Soalan) kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria. Setiap keluarga mengimpikan sebuah rumah yang bersih dan ceria. Huraian (2 - 3 ayat) • Ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana rumah yang bersih dan ceria akan memberikan pelbagai impak yang positif kepada kehidupan pemilik dan penghuninya. Penegas (1 ayat) • Ayat yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Tegasnya, terdapat pelbagai kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria. Praktis Berpandu 1 (a) Sekarang giliran anda untuk menulis Pengenalan (1 ayat) • Terangkan situasi semasa tentang (Kehendak Soalan) jenayah siber yang semakin berleluasa. • (Frasa Menarik: era digital) Pada era digital ini, jenayah siber menjadi satu ancaman kepada negara. Huraian (2 - 3 ayat) • Ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. • (Kosa Kata Menarik: manfaat) Kemudahan teknologi dan maklumat yang sepatutnya dimanfaatkan ke arah kebaikan telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penegas (1 ayat) • Ayat yang membawa pembaca secara tegas pada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Tegasnya, pelbagai langkah harus dilaksanakan agar jenayah ini dapat dibendung dengan segera. Prapenulisan Teknik Langkah demi Langkah + Contoh (FAHAM itu PENTING) Versi Demo
55 (B) Isi 1 Contoh Karangan Teknik Menulis • Isi: Gunakan teknik 5W1H (Apa/ Bila/ Siapa/ Di mana/ Mengapa/ Bagaimana) yang berkaitan dengan kehendak soalan. • Huraian: Gunakan teknik (Mengapa/ Bagaimana/ Contoh/ Kesan) yang berkaitan dengan isi. • Ungkapan: Sekali sekala selitkan ungkapan yang sesuai dengan isi karangan anda. Isi • (Kehendak Soalan) kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria. Bagaimanakah kehidupan keluarga yang tinggal di rumah yang bersih dan ceria? Antara kepentingannya ialah memastikan keluarga dapat menjalani kehidupan yang sihat. Huraian • (Mengapa) Apakah sebab pentingnya keluarga dapat menjalani kehidupan yang sihat? • (Bagaimana) Bagaimanakah keluarga dapat menjalani kehidupan yang sihat? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. (Mengapa) Kebersihan dan keceriaan sesebuah rumah sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian. (Bagaimana) Oleh itu, setiap keluarga seharusnya memastikan rumah mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. (Contoh) Contohnya, rumah yang tidak bersepah dengan sampahsarap, sentiasa kemas dan teratur dapat menghindarkan ahli keluarga daripada (Kesan) penyakitpenyakit berbahaya seperti denggi, penyakit kulit dan sebagainya. Praktis Berpandu 1 (b) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) usaha-usaha untuk menangani jenayah siber. Apakah usaha yang boleh dilaksanakan dalam aspek undang-undang? Antara usaha yang boleh dilakukan ialah menguatkuasakan undang-undang jenayah siber. Huraian • (Mengapa) Mengapakah sebab pentingnya penguatkuasaan undang-undang jenayah siber? • (Bagaimana) Bagaimanakah cara menguatkuasakan undang-undang jenayah siber? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. (Mengapa) Penguatkuasaan undang-undang jenayah siber merupakan tindakan proaktif yang dapat mengurangkan jenayah ini. (Bagaimana) Pihak berkuasa sewajarnya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah jenayah siber. (Contoh) Contohnya, hukuman berat seperti denda atau penjara harus dikenakan terhadap penjenayah siber yang didapati bersalah. (Kesan) Dengan itu, kes-kes jenayah siber dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Susunan (Mengapa/ Bagaimana/ Contoh/ Kesan) boleh berubah mengikut kesesuaian bagi menulis karangan lengkap anda. Info (Mengapa/ Bagaimana/ Contoh/ Kesan) tidak semestinya ada dalam setiap huraian. Info Versi Demo
56 (C) Isi 2 Contoh Karangan Isi • (Kehendak Soalan) kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria. Apakah perasaan yang wujud apabila rumah bersih dan ceria? Selain itu, suasana rumah yang bersih dan ceria akan menerbitkan rasa sayang terhadap rumah atau kediaman tersebut. Huraian • (Mengapa) Mengapakah rasa sayang terhadap rumah atau kediaman tersebut terbit? • (Bagaimana) Bagaimanakah ahli keluarga menunjukkan rasa sayang terhadap rumah? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: impak, prinsip) (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana kebersihan dan keceriaan sesebuah rumah akan mendatangkan impak yang positif kepada setiap ahli keluarga. (Bagaimana) Dengan itu, keluarga akan sentiasa berusaha mengekalkan kebersihan dan keceriaan rumah. (Contoh) Tamsilnya, ahli keluarga tidak akan membiarkan halaman rumah penuh dengan semak samun, dapur yang kotor dan sebagainya. (Kesan) Kesannya, kebersihan dan keceriaan akan menjadi prinsip hidup setiap ahli keluarga dan dipraktikkan di luar juga. Praktis Berpandu 1 (c) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) usaha-usaha untuk menangani jenayah siber. Apakah tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu bapa yang mengundang masalah ini? Selain itu, pemantauan ke atas kegiatan jenayah siber perlu dilaksanakan secara berterusan. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pemantauan ke atas kegiatan jenayah siber perlu dilaksanakan? • (Bagaimana) Bagaimanakah pemantauan ke atas kegiatan ini dilaksanakan? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: medium) (Mengapa) Usaha ini diperlukan untuk mengenal pasti pesalah-pesalah jenayah siber. (Bagaimana) Pihak berkuasa boleh menggunakan teknologi masa kini sebagai medium untuk mengesan penjenayah-penjenayah siber yang sedang bermaharajalela. (Contoh) Contohnya, pihak berkuasa menggunakan khidmat pakar IT untuk mengesan penjenayah dan mengawal penggodaman yang berlaku. (Kesan) Kesannya, ketirisan maklumat dan keselamatan negara dapat dilindungi. Versi Demo
57 (D) Isi 3 Contoh Karangan Isi • (Kehendak Soalan) kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria. Siapakah yang boleh dipupuk sikap berdisiplin? Seterusnya, suasana rumah yang bersih dan ceria akan membentuk sebuah keluarga yang berdisiplin. Huraian • (Mengapa) Mengapakah sebuah keluarga yang berdisiplin dapat dibentuk? • (Bagaimana) Bagaimanakah sebuah keluarga yang berdisiplin dapat dibentuk? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Ungkapan) bagai aur dengan tebing (Nilai murni: Kerjasama) (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli keluarga akan memegang peranan masing-masing di dalam rumah. (Bagaimana) Tugasan membersih dan menghias rumah akan dibahagikan antara ahli keluarga dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin. (Contoh) Ahli keluarga akan bekerjasama (Ungkapan) bagai aur dengan tebing membersihkan dan menceriakan rumah mengikut peranan masing-masing pada masa senggang. (Kesan) Kesannya, mereka akan terbiasa dengan tanggungjawab yang dipegang dan memupuk disiplin dalam diri untuk melaksanakannya. Praktis Berpandu 1 (d) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) usaha-usaha untuk menangani jenayah siber. Apakah langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat? Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk masyarakat. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran? • (Bagaimana) Bagaimanakah cara pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. (Mengapa) Hal ini demikian kerana orang ramai akan memahami bahaya jenayah siber melalui kempen yang dianjurkan. (Bagaimana) Kempen kesedaran tersebut sewajarnya dilakukan secara besar-besaran di seluruh negara. (Contoh) Tamsilnya, kerajaan boleh melaksanakan kempen tersebut menerusi media massa yang menekankan ancaman jenayah siber kepada perpaduan kaum, agama dan negara. (Kesan) Kesannya, orang ramai akan mula membuka mata terhadap masalah ini dan memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mengekang masalah tersebut bersama. Versi Demo
58 (E) Isi 4 Contoh Karangan Isi • (Kehendak Soalan) kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria. Bagaimanakah kesan rumah yang bersih dan ceria terhadap imej sesebuah keluarga? Akhir sekali, suasana rumah yang bersih dan ceria dapat menonjolkan imej sesebuah keluarga. Huraian • (Mengapa) Mengapakah suasana rumah yang bersih dan ceria dapat menonjolkan imej sesebuah keluarga? • (Bagaimana) Bagaimanakah suasana rumah yang bersih dan ceria dapat menonjolkan imej sesebuah keluarga? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: indikator) • (Ungkapan) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan (Nilai murni: Rasional) (Mengapa) Aspek kebersihan dan keceriaan rumah dapat menterjemahkan sikap setiap ahli keluarga. (Bagaimana) Oleh itu, kebersihan dan keceriaan akan dijadikan indikator untuk menilai sikap setiap ahli keluarga. (Contoh) Sebagai contoh, jika rumah kelihatan bersih dan ceria, jiran-jiran dan orang luar akan menganggap penghuni rumah tersebut adalah rajin dan pembersih. (Kesan) Sehubungan dengan itu, imej sesebuah keluarga akan meningkat dan boleh dijadikan contoh teladan kepada orang lain bak kata pepatah (Ungkapan) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Praktis Berpandu 1 (e) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) usaha-usaha untuk menangani jenayah siber. Siapakah yang harus menerima pendidikan siber? Akhir sekali, langkah mengukuhkan pendidikan siber juga harus dilakukan. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pendidikan siber perlu diperkukuh? • (Bagaimana) Bagaimanakah pendidikan siber diperkukuh? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: info, siber) (Mengapa) Hal ini demikian kerana pendidikan akan menjelaskan pelbagai info tentang dunia siber dan jenayah berkaitan dengannya. (Bagaimana) Oleh itu, pendidikan harus diberikan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur. (Contoh) Contoh yang dapat diketengahkan ialah pendidikan di sekolah, siaran kerajaan menerusi media massa dan sebagainya. (Kesan) Kesannya, pelbagai pengetahuan tentang sesuatu bentuk jenayah siber akan difahami oleh orang ramai. Versi Demo
59 (F) Kesimpulan Contoh Karangan Kesimpulan • (Kesimpulan) Apakah kesimpulan tentang (Kehendak Soalan) kepentingan suasana rumah yang bersih dan ceria? • (Penegas) Tegaskan tindakan yang perlu dilakukan. • (Harapan) Terangkan harapan daripada tindakan yang bakal dilaksanakan. • (Ungkapan) rumahku syurgaku (Nilai murni: Kesyukuran) • (Kosa Kata Menarik: komited) (Frasa Menarik: mencapai kehidupan sejahtera) (Kesimpulan) Kesimpulannya, pelbagai kaedah mesti dilakukan oleh sesorang untuk memastikan rumah berada dalam keadaan bersih dan ceria. (Penegas) Tegasnya, setiap individu perlu komited menjadikan rumah mereka sentiasa bersih dan ceria demi mencapai kehidupan sejahtera (Harapan) kerana (Ungkapan) rumahku syurgaku. Praktis Berpandu 1 (f) Sekarang giliran anda untuk menulis Kesimpulan • (Kesimpulan) Apakah kesimpulan tentang (Kehendak Soalan) usaha-usaha untuk menangani jenayah siber? • (Penegas) Tegaskan tindakan yang perlu dilakukan. • (Harapan) Terangkan harapan daripada tindakan yang bakal dilaksanakan. • (Ungkapan) bagai aur dengan tebing (Nilai murni: Kerjasama) • (Kosa Kata Menarik: cakna) (Kesimpulan) Kesimpulannya,pelbagai kaedah mesti dilakukan untuk menangani jenayah siber yang semakin meruncing. (Penegas) Tegasnya, semua lapisan masyarakat harus cakna akan masalah ini dan bekerjasama (Ungkapan) bagai aur dengan tebing untuk memerangi jenayah ini (Harapan) supaya keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sejagat terjamin. 02 CEREKA/ GAMBARAN/ KEPERIHALAN PT3 2019/ 18/ 17/ 16 Contoh Karangan Tema 3: Cahaya Perpaduan Baru-baru ini anda menyaksikan kesatuan dalam kalangan penduduk kawasan perumahan anda membanteras kejadian rompakan di sebuah rumah jiran. Ceritakan pengalaman anda itu selengkapnya. Dimensi: Masyarakat Tema 4: Seni Bersendikan Budaya Praktis Berpandu 2 ARAS : R Anda merupakan ahli kelab seni mempertahankan diri. Baru-baru ini anda telah membantu seorang kanakkanak yang terlibat dalam sebuah kejadian percubaan penculikan. Ceritakan pengalaman anda itu selengkapnya. Dimensi: Diri Muat Turun Laman Peribahasa Muat Turun Contoh Karangan Versi Demo
60 PRAPENULISAN Anda boleh menggunakan panduan berserta contoh di bawah atau idea anda sendiri untuk melengkapkan prapenulisan ini. Kemudian gunakan jawapan anda untuk menulis karangan lengkap. (A) Permulaan Cerita Contoh Karangan Teknik Menulis Cara untuk memulakan cerita. Cuba menulis untuk menarik minat pembaca. 1 Di manakah kisah ini berlaku? 2 Apakah kisah yang paling menarik dan mengejutkan dalam cerita ini? 3 Apakah fakta atau kata menarik yang membuat orang mengambil perhatian? Permulaan Cerita • (Frasa Menarik: menyoroti) Ketika itu merupakan hujung minggu, aku sedang berehat di ruang tamu seorang diri kerana ayah dan ibu perlu menghadiri suatu majlis di kampung. Aku tidak dapat mengikuti mereka kerana mempunyai kelas tuisyen pada petang nanti. Pagi itu, aku terdengar beberapa suara di hadapan rumahku. Aku bangun menjengah ke luar tingkap dan melihat beberapa orang jiran yang aku kenali sedang melintasi rumahku sambil berbincang dengan serius. Aku keluar dari rumah sambil mata menyoroti langkah mereka dengan perasaan ingin tahu. Dengan debaran penuh di dada, aku juga mengikut jejak penduduk-penduduk itu yang sedang menuju ke arah sebuah rumah. Praktis Berpandu 2 (a) Sekarang giliran anda untuk menulis Permulaan Cerita • (Kosa Kata Menarik: kelak) Pada suatu pagi, saya dan dua orang lagi, Husaini dan Faris mengujungi sebuah pasar raya berdekatan rumah kami untuk membeli barang-barang keperluan untuk aktiviti perkhemahan yang bakal kami sertai kelak. Keadaannya sangat bising kerana ramai pengunjung sudah berada di kawasan pasar raya tersebut. Di luar pasar raya juga sudah ramai pengunjung yang lalu-lalang di hadapan beberapa premis perniagaan lain. Perwatakan yang menarik biasanya tidak sempurna. (Sebab orang yang sempurna tidak wujud dan jika ada, perwatakan ini akan jadi bosan.) Info Versi Demo
J1 01 SISTEM BAHASA 01 Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Bahagian A 1 B 2 A 3 A 4 B 5 C 6 C 7 C Bahagian B 1 sekolah menengah 2 motosikal 3 rumah 4 ϐ 5 plastik bunga 6 kereta api 02 Kata Adjektif Bahagian A 1 C 2 A 3 D 4 B 5 A 6 B 7 C 8 D Bahagian B 1 sengit 2 basi 3 lama 4 lunak 5 gopoh 03 Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pembenar dan Kata Pangkal Bahagian A 1 B 2 B 3 D 4 D 5 D 6 A 7 C 8 B 9 D 10 A JAWAPAN Bahagian B 1 Harap 2 Apakah 3 Wah 4 Ya 5 Hatta 6 Jemput 7 Adakah 8 Wah 9 Mengapakah 10 Tolong 04 Kata Kerja Tak Transitif Bahagian A 1 C 2 D 3 D 4 B 5 C 6 B 7 D 8 C Bahagian B 1 menanak 2 bermastautin 3 berbunyi 4 dipamerkan 5 belajar/ menuntut 6 melawat 7 menangis 8 berbual/ bercerita 9 terpedaya 05 Kata Ganda (Penuh, Berimbuhan, Majmuk) Bahagian A 1 B 2 A 3 D 4 C 5 C 6 B 7 C 8 B Bahagian B 1 Jalan-jalan raya 2 Antara aktiviti 3 sayup-sayup 4 gilang-gemilang 5 bulat-bulat Sistem Bahasa PDF Analitik JawapanPDF Analitik Jawapan Teknik Menjawab dan Ulasan Jawapan Video Analitik Jawapan Penerangan Teknik Menjawab dan Ulasan Jawapan Sistem Bahasa Video Analitik Jawapan Versi Demo
J2 6 saling menolak/ tolak-menolak 7 cukup-cukup 8 Jajaran pokok 9 semua pakaian/ pakaian-pakaian 06 Imbuhan Kata Nama Bahagian A 1 B 2 B 3 B 4 D 5 C 6 C 7 B Bahagian B 1 pelawat 2 pengecas 3 dwibahasa 4 pratonton 5 keperluan 6 kegunaan 7 pelarian 8 arahan 07 Frasa Nama Bahagian A 1 A 2 C 3 D 4 A 5 D 6 C 7 C 8 C 9 C 10 B 11 D 12 A 13 C Bahagian B 1 bangunan bersejarah 2 dua orang rakannya 3 sos cili 4 gelanggang 5 beg plastik 6 bandar Pekan 7 kedua-dua pengantin 8 isu-isu lain 9 kedai-kedai mamak 10 baginda 08 Pola Ayat Bahagian B Praktis 1 (i) Frasa Nama + Frasa Nama (ii) Frasa Nama + Frasa Kerja (iii) Frasa Nama + Frasa Adjektif (iv) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (v) Frasa Nama + Frasa Kerja Praktis 2 (i) Permainan tradisional cerminan budaya bangsa. (ii) Permainan laman memerlukan kawasan yang luas dan lapang. (iii) Kawasan rumput di Ladang Ternakan Lembu Mosilou menghijau dan terbentang luas. (iv) ϐ dan kukuh. (v) Setiap individu mengambil pengajaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. 09 Kesalahan Ayat Mudah Bahagian B Praktis 1 (i) goreng pisang – pisang goreng (ii) dilukis oleh saya – saya lukis (iii) temu janji – janji temu Praktis 2 (i) paling kritikal sekali – paling kritikal/ kritikal sekali (ii) bersetuju – perkenan (iii) rindukan – rindu akan Praktis 3 (i) berbagai – berbagai-bagai (ii) berpusing-pusing – berbelit-belit (iii) ialah – adalah Praktis 4 (i) pengajiannya (ii) kelulusan (iii) semua adik/ adik-adik Praktis 5 1 berlaku 2 pelbagai/ berbagai-bagai 3 semestinya Praktis 6 1 semua petani/ para petani 2 lumayan 3 mempercepat Versi Demo
J3 Praktis 7 1 penglibatan 2 dibentuk 3 pada Praktis 1 (i) dasyat – dahsyat (ii) insuran – insurans (iii) dairi – diari Praktis 2 (i) stesyen – stesen (ii) tersuhur – tersohor (iii) rekruit – rekrut Praktis 3 1 kerenah 2 vandalisme 3 mempamerkan Praktis 4 1 agenda 2 mengukuhkan 3 kaedah Praktis 5 1 Gelanggang 2 Ogos 3 tengah hari Praktis 6 1 Perabot 2 solek 3 mangkuk 10 Peribahasa Bahagian A 1 C 2 D 3 A 4 B 5 A 6 D 7 D 8 B 9 A Bahagian B Praktis 1 (i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Praktis 2 (i) Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan (ii) Bagai burung terbang dipipiskan lada Praktis 3 (i) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Praktis 4 (i) Ulat buku Praktis 5 (i) Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis (ii) Ukur baju di badan sendiri Praktis 6 (i) Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian (ii) Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung 02 ANTOLOGI Praktis 1 1 D 2 B 3 C 4 B 5 D Praktis 2 1 A 2 C 3 A 4 A 5 B Praktis 3 1 B 2 B 3 D 4 D 5 D Praktis 4 1 D 2 B 3 A 4 B 5 D Praktis 5 1 C 2 A 3 B 4 B 5 C Praktis 6 1 A 2 A 3 A 4 A 5 A Antologi PDF Analitik Jawapan Antologi Video Analitik Jawapan Versi Demo
J4 Praktis 7 1 C 2 D 3 A 4 A 5 A Praktis 8 1 B 2 D 3 D 4 C 5 D Praktis 9 1 D 2 B 3 C 4 D 5 B Praktis 10 1 C 2 A 3 A 4 B 5 D Praktis 11 1 A 2 C 3 C 4 D 5 D 03 PEMAHAMAN PETIKAN Praktis 1 1 persamaan antara Cikgu Faridah dengan Johari - kedua-duanya gemar membaca buku - Cikgu Faridah gemar membaca novel manakala Johari pula selalu membawa buku di dalam begnya ke mana-mana sahaja 2 persoalan – kepentingan membaca - Johari memberitahu Azlina sekiranya kita kurang membaca atau membaca hanya untuk menghadapi peperiksaan, kita akan ketinggalan - mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah – Johari tidak gemar menonton televisyen atau wayang. Dia banyak menghabiskan masanya dengan membaca dan sering membawa buku ke mana-mana sahaja 3 ibu bapa boleh memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka - menjadi suri teladan kepada mereka - Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk membaca buku atau surat khabar pada masa lapang untuk menarik minat anak-anak. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak - ibu bapa juga boleh membawa anak- anak ke pesta atau pameran buku yang diadakan pada setiap tahun - Anak-anak dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan diminati supaya dapat dijadikan bahan bacaan harian Praktis 2 1 Peranan bahasa dalam kalangan masyarakat berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 ialah bahasa merupakan alat perhubungan dalam pelbagai urusan. Selain itu, bahasa juga berperanan memupuk perpaduan kaum kerana semua kaum akan menggunakan satu bahasa untuk berkomunikasi dan ini akan mengeratkan hubungan antara kaum. 2 Persamaan tentang bahasa berdasarkan kedua-dua petikan ialah bahasa menjadi lambang atau identiti sesuatu bangsa. Selain itu, dalam kedua-dua petikan ini juga menyeru masyarakat agar memelihara bahasa supaya terus kekal dan tidak tercemar kerana bahasa itu indah dan mempunyai maruahnya yang tersendiri. 3 Pada pendapat saya, salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh para pelajar di sekolah untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah mereka perlu rajin dan menanam minat untuk mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut mudah untuk dipelajari. Selain itu, para pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahasa Melayu. Praktis 3 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, persediaan para pelajar sebelum tiba sambutan Hari Guru ialah mereka menyimpan wang perbelanjaan untuk membeli hadiah. Mereka akan berusaha untuk membeli hadiah yang istimewa untuk guru kesayangan masing-masing. 2 Persamaan sikap guru berdasarkan kedua-dua petikan ialah mereka tidak mengharapkan hadiah daripada para pelajar. Mereka mendidik dengan penuh keikhlasan. Oleh itu, kejayaan anak didik merupakan hadiah yang paling istimewa buat mereka. 3 Pada pendapat saya, pemberian hadiah oleh para pelajar kepada guru sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka adalah wajar. Hal ini demikian kerana guru tidak pernah berkira masa dan tenaga dalam mendidik para pelajar sehingga berjaya. Selain itu, pemberian sebegini membuatkan mereka berasa dihargai dan menjadi pembakar semangat untuk para guru terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik Pemahaman Petikan PDF Analitik Jawapan Pemahaman Petikan Video Analitik Jawapan Versi Demo
Alamak, saya tidak ingat penerangan dari cikgu!! Ini solusinya!! Ada pelajar yang malu menanya cikgu? Cikgu tidak sempat nak buat penerangan kepada semua pelajar? Video Analitik Jawapan Apakah peranan Video Analitik Jawapan dalam buku? Penerangan secara mendalam: - Teknik Menjawab - Kesilapan Umum - Langkah Penyelesaian - Ulasan Jawapan Bagaimanakah cara pengHunaan? 1. 2. 3. 4. Pelajar buat latihan dalam buku Guru menanda buku Guru membuat penerangan kepada pelajar Cikgu boleh kongsi pautan Video Analitik Jawapan dalam Google Classroom atau pelajar akses dari Sisipan Jawapan Di manakah Video & PDF Analitik Jawapan boleh diakses? 1. Sisipan Jawapan. (Kod QR Video & Muat Turun PDF) Versi Demo
Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Laman web: www.myteach360.com Facebook: facebook.com/myteach360 Tel: +6.03.8066.7446 Faks: +6.03.8066.4416 Latih Tubi Topikal Matematik Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sains Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal RBT Tingkatan 1 2 3 Latih Tubi Topikal Geogra Tingkatan 1 2 3 LATIH TUBI TOPIKAL Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM6.50 Sabah & Sarawak : RM6.90 Penulis Myteach Juilis Mokujal Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Ramli Yahya Guru Cemerlang BM Guru Berprestasi Tinggi Munsyi Dewan, Dewan Bahasa & Pustaka Jasni Majed Penceramah BM, Penulisan & Kesusasteraan Melayu Menghasilkan lebih daripada 220 buah buku rujukan BM & Kesusasteraan Melayu Azahar Bahari 25 tahun pengalaman mengajar Penulis Buku Teks KSSM BM Tingkatan 3 Salamah Kamal Penulis tetap Didik Berita Harian & Dewan Pelajar DBP Lebih 33 tahun pengalaman mengajar Nur Asiah Zakaria Buku ditulis: 5 buah Lebih 18 tahun pengalaman mengajar Safwan Razali Buku ditulis: 8 buah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Pengetua (Guru), Anugerah Inovasi PDP MRSM Mukah Latih Tubi Topikal merupakan siri modul pengajaran dan pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penyediaan modul Bahasa Melayu ini yang mengandungi tip dan Praktis Berpandu Aras 1 dan 2 diharapkan lebih memudahkan pemahaman para pengguna. Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari, memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri. Pada akhir sesi PdP, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Cetakan Pertama 2023 (23.04) Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing Sdn Bhd (1115599-K) 12, Jalan CJ 1/6, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor. Ingin menyertai pasukan editorial kami? E-mel ke [email protected] Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 Nota Grafik Antologi Nota Grafik Novel (Dimuat turun dari kod QR) BONUS BONUS Video Analitik Jawapan Ujian Akhir Sesi Akademik BONUS (Dimuat turun dari kod QR) 1 Bahasa Melayu Tingkatan 1 F ormat UASA Terkini daripad a L e m baga Peperiksaan M’sia Latih Tubi 1.0 BM Tg x - 00 Cover.indd All Pages 4/4/2023 8:02:41 PM Versi Demo