3.0 OMGUASA Bahasa Melayu (011) Format UASA Terkini Jawapan Berpiawai/ Skema Pemarkahan Sebenar Soalan Berpandukan DSKP Tahun 5 Set 1: Ujian Pertengahan Sesi Akademik Tahun 5 Set 2 - 4: Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 5 Set Dapat DILERAIKAN mulai Tahun 2022/2023 (daripada LPM) Penulis Myteach Ingin menyertai pasukan editorial kami? Anda mempunyai bakat menulis? [email protected] Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Tel +603 8066 7446 Faks +603 8066 4416 [email protected] facebook.com/myteach360 OMG KERTAS PERCUBAAN 3.0 UASA Bahasa Melayu diterbitkan khas untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Model ini disediakan berdasarkan format Pentaksiran UASA mulai tahun 2022/2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memberikan pendedahan tentang format dan piawai UASA sebenar. Penghasilan model ini diharapkan dapat memberikan panduan yang jelas serta sebagai persediaan kepada calon untuk menghadapi dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Kredit Halaman buku ini direka dengan menggunakan imej daripada Freepik.com Cetakan Pertama 2023 (23.06) Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing Sdn Bhd (1115599-K) Lot 12, Jalan CJ 1/16, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor. www.myteach360.com Kertas Percubaan 3.0 Bahasa Melayu 3 3 3 English 3 3 3 Matematik 3 3 3 Sains 3 3 3 Sejarah 3 3 3 Reka Bentuk dan Teknologi 3 3 3 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 6 OMG UASA Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.50 Juilis Mokujal (Penasihat) Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Tahun 5 KERTAS PERCUBAAN (3.0) Bahasa Melayu Tahun 5 UASA Roslina Yassin Buku ditulis: 16 buah buku 13 tahun pengalaman mengajar 5 OMG KP3.0 Tahun 5 Cover_BM (Print).indd All Pages 27/06/2023 10:47 AM Versi Demo
KERTAS PERCUBAAN 1 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.1.3 Tahun 5, Tema 2 2 S SP 5.3.4 Tahun 5, Tema 1 3 S SP 5.3.3 Tahun 5, Tema 1, Tema 2 4 R SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 1 5 S SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 1 6 T SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 1 7 R SP 5.1.1 Tahun 5, Tema 2 8 S SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 2 9 T SP 5.2.1 Tahun 5, Tema 2 10 T SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 2 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 5 (b) S SP 2.3.1 (c) S SP 2.3.1 (d) T SP 2.3.1 2 T SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 2 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 5, Tema 3 Bahagian D: T SP 3.1.1 Tahun 5, Tema 3 KERTAS PERCUBAAN 2 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.1.4 Tahun 5, Tema 1 2 S SP 5.1.3 Tahun 5, Tema 8 3 S SP 5.3.3 Tahun 5, Tema 1 4 R SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 2 5 S SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 2 6 T SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 2 7 R SP 5.2.2 Tahun 5, Tema 5 8 S SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 5 9 T SP 5.2.1 Tahun 5, Tema 5 10 T SP 2.2.1 Tahun 5, Tema5 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.2.1 Tahun 5, Tema 1 (b) S SP 2.2.1 (c) S SP 2.2.1 (d) T SP 2.2.1 2 T SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 1 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 5, Tema 3 Bahagian D: T SP 3.3.1 Tahun 5, Tema 9 KERTAS PERCUBAAN 3 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.2.3 Tahun 5, Tema 3 2 S SP 5.1.4 Tahun 5, Tema 9 3 S SP 5.3.3 Tahun 5, Tema 3 4 R SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 4 5 S SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 4 6 T SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 4 7 R SP 5.2.2 Tahun 5, Tema 7 8 S SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 7 9 T SP 5.2.1 Tahun 5, Tema 7 10 T SP 2.2.1 Tahun 5, Tema 7 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 8 (b) S SP 2.3.1 (c) S SP 2.3.1 (d) T SP 2.3.1 2 T SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 5 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 5, Tema 9 Bahagian D: T SP 3.3.1 Tahun 5, Tema 9 KERTAS PERCUBAAN 4 Soalan Aras DSKP Tema Bahagian A: 1 R SP 5.1.4 Tahun 5, Tema 3 2 S SP 5.3.4 Tahun 5, Tema 3 3 S SP 5.3.3 Tahun 5, Tema 1 4 R SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 3 5 S SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 3 6 T SP 2.1.1 Tahun 5, Tema 3 7 R SP 5.1.1 Tahun 5, Tema 8 8 S SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 8 9 T SP 5.2.1 Tahun 5, Tema 8 10 T SP 2.2.1 Tahun 5, Tema 8 Bahagian B: 1 (a) R SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 7 (b) S SP 2.3.1 (c) S SP 2.3.1 (d) T SP 2.3.1 2 T SP 2.3.1 Tahun 5, Tema 6 Bahagian C: T SP 3.2.2 Tahun 5, Tema 7 Bahagian D: T SP 3.3.1 Tahun 5, Tema 7 ANALISIS SOALAN KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU Tahun 5 Versi Demo
[Lihat halaman sebelah 011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) TERHAD TERHAD UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK Tahun 5 Bahasa Melayu (011) 1 jam 15 minit Nama Kelas Kertas Percubaan 1 ARAHAN: 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan. 5. Bagi Bahagian C, tulis jawapan anda dalam kertas tambahan yang berasingan. 6. Bagi Bahagian D, tulis jawapan anda dalam kertas tambahan yang berasingan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 6 10 7 – 10 B 1 10 2 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Versi Demo
011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 2 TERHAD Bahagian A [10 markah] Soalan 1 Pilih jawapan yang paling sesuai. SP 5.1.3 ARAS R Tema 2 1. Gulai ayam di atas meja itu telah _________ kerana Puan Johana lupa untuk memanaskannya. A tengik C hapak B masam D basi Soalan 2 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. SP 5.3.4 ARAS S Tema 1 2. “Anaqi, tolong susun kasut di luar rumah,” suruh Encik Amir. A Encik Amir meminta Anaqi menyusun kasut di luar rumah. B Anaqi menyuruh Encik Amir menyusun kasut di luar rumah. C Encik Amir disuruh Anaqi untuk menyusun kasut di luar rumah. D Anaqi dan Encik Amir disuruh agar menyusun kasut di luar rumah. Soalan 3 Pilih ayat yang betul. SP 5.3.3 ARAS S Tema 1, Tema 2 3. A Keluarga Ravi mungkin berpindah ke Johor dan Melaka. B Suhu di dalam bilik hotel nian sejuk sehingga Adilah menggigil. C Suzana mengeluh kesakitan apabila doktor itu mencuci luka di kakinya. D Khairul menunggu adik lelakinya di perpustakaan selama tiga jam setengah. Soalan 4 - 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.1.1 Tema 1 Pak Karim dan Encik Uzair melihat kawasan di sekitar dewan orang ramai di kampung mereka selepas solat asar. Mereka mendapati banyak pokok-pokok bunga yang telah mati. Pak Karim meminta Encik Uzair memberitahu penduduk kampung dalam aplikasi WhatsApp Taman Maju tentang masalah tersebut. Setelah melakukan perbincangan, penduduk kampung bersepakat untuk bergotong-royong menanam semula pokok bunga. Mereka mengagihkan tugasan membawa peralatan, menyediakan minuman dan menanam pokok. Datuk Kassim yang merupakan penduduk kampung tersebut telah memberikan sumbangan wang ringgit bernilai RM5000 agar aktiviti tersebut berjalan lancar. Aktiviti gotong-royong tersebut selesai dengan sempurnanya. Pokok-pokok bunga yang ditanam tumbuh segar di sekitar dewan tersebut. Semua penduduk berasa bangga atas usaha mereka berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong itu. 4. Bilakah Pak Karim dan Encik Uzair melihat kawasan sekitar dewan orang ramai? ARAS R A Pada waktu pagi B Pada waktu malam C Pada waktu petang D Pada waktu tengah hari Versi Demo
[Lihat halaman sebelah 011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 3 TERHAD 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. ARAS S A Banyak pokok bunga telah mati diracun. B Encik Uzair memberitahu penduduk kampung dalam mesyuarat. C Penduduk kampung menanam pokok secara bergotong-royong. D Datuk Kassim dan penduduk kampung memberikan sumbangan wang ringgit. 6. Berikut ialah agihan tugas yang dilakukan kecuali ARAS T A menanam pokok. B menyiram pokok. C membawa peralatan. D menyediakan minuman. Soalan 7 - 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.1.1 Tema 2 Bahan 1 Bahan 2 Larian Amal Kempen Kesihatan 2023 Tarikh: 7 Februari 2023 Masa: 10:00 pagi – 4:00 petang Tempat: Dataran MPSJ Keterangan lanjut boleh hubungi Paun Naura di talian 016-2378088 atau layari laman sesawang https://[email protected] Larian Amal Kempen Kesihatan 2023 diadakan untuk menarik masyarakat setempat. Tujuan larian amal ini adalah untuk menjaga kesihatan sambil beramal. Larian ini boleh dijalankan secara berterusan sebagai salah satu langkah proaktif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Para peserta yang mengikuti larian ini sangat bertuah kerana program ini julung-julung kalinya diadakan. Para peserta yang menyertai larian ini akan diberikan air mineral dan juga makanan. Ayuh, kita sertai larian amal ini! 7. Para peserta yang menyertai larian ini akan diberikan air mineral dan makanan. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah SP 5.1.1 ARAS R A botol. B teguk. C kotak. D berkas. 8. Selain menyihatkan badan, larian ini juga untuk SP 2.3.1 ARAS S A menguruskan badan. B menderma kepada diri sendiri. C membantu golongan warga emas. D bersedekah kepada yang memerlukan. Kategori 5 KM & 10 KM Versi Demo
011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 4 TERHAD 9. Perkataan bertuah dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan SP 5.2.1 ARAS T A bernasib baik. B berjaya mendapat. C hasil yang lumayan. D membawa keuntungan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 tersebut. ARAS T A Larian amal ini diadakan setiap tahun. B Larian amal ini dijalankan selama enam jam. C Fokus utama larian ini adalah untuk merapatkan hubungan. D Peserta larian perlu melayari laman sesawang untuk membuat larian. Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.3.1 Tema 5 Musim cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid sekolah dan ibu bapa. Encik Kabil telah merancang pelbagai aktiviti antaranya untuk berkelah sambil membelibelah sempena pesta pantai. Ketika di pesta pantai, Encik Kabil membawa ahli keluarganya bertemu rakannya, iaitu Pak Selamat, seorang pereka wau yang terkenal di Pulau Pinang. “Pak Selamat telah mereka cipta wau ini sejak berumur 15 tahun. Beliau sangat terkenal dan menjadi buah mulut penduduk,” terang Encik Kabil. “Oh, pak cik dulu orang susah. Kais pagi makan pagi kata orang. Setelah tiga tahun pak cik menjual wau, barulah hidup pak cik lebih berjaya seperti hari ini. Wau-wau ini telah berjaya ke luar negeri seperti Pahang, Johor dan sebagainya. Ada juga pelanggan pak cik dari Singapura. “Wah, cantik sungguh wau ini! Pak cik sungguh berbakat. Patutlah ramai pelanggan di gerai pak cik. Dari jauh sudah kelihatan meriah sekali,” kata Erni, anak Encik Kabil. (a) Encik Kabil dan ahli keluarga tidak sabar menunggu musim cuti sekolah kerana ARAS R [1 markah] Versi Demo
[Lihat halaman sebelah 011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 5 TERHAD (b) Siapakah Pak Selamat yang telah mereka jumpa di pesta pantai tersebut? ARAS S [2 markah] (c) Gariskan peribahasa yang terdapat dalam ayat diberi. ARAS S Beliau sangat terkenal dan menjadi buah mulut penduduk. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (3) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. ARAS T Pak Selamat telah mereka cipta wau ini sejak berumur 15 tahun. Sejak berumur 15 tahun lagi Pak Selamat telah mereka cipta wau ini. Sudah 15 tahun Pak Selamat mereka cipta wau. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu dihantar oleh guru kamu pulang ke rumah kerana demam. Setibanya di rumah, kamu dapati ibu sedang menjaga adik kamu yang turut sama demam. Ayah kamu pula berada di luar negeri atas urusan kerja. Sebagai seorang anak, apakah yang kamu boleh lakukan untuk mengurangkan demam kamu sendiri? SP 2.3.1 ARAS T Tema 2 [5 markah] Versi Demo
011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 6 TERHAD Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan tentang peraturan semasa di kantin. Tulis pendapat kamu tentang peraturan semasa di kantin tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. SP 3.2.2 ARAS T Tema 3 Versi Demo
011 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) S1 – 7 TERHAD Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. SP 3.3.1 ARAS T Tema 3 TAMAT Versi Demo
J1 JAWAPAN SET 1 Bahagian A 1 D Ulasan Kata kunci dalam ayat ini ialah 'gulai ayam'. Basi merujuk kepada keadaan makanan yang sudah berbau dan tidak lagi enak dimakan. 2 A Ulasan Kata kunci dalam ayat ini ialah ‘tolong’. Dialog ini ialah suruhan Encik Amir kepada Anaqi. Maka, jawapan A adalah benar. 3 D Ulasan Pilihan A salah pada kata hubung ‘dan’, pilihan B salah pada hubung ‘sehingga’ dan pilihan C salah pada kata sendi ‘di’. 4 C Ulasan Jawapan berada pada perenggan pertama, baris kedua yang menyatakan selepas waktu asar. 5 C Ulasan Pada perenggan kedua, baris pertama ada dinyatakan kesepakatan penduduk kampung untuk bergotong-royong menanam pokok. 6 B Ulasan Perihal agihan tugas dinyatakan pada perenggan kedua, baris kedua. Tiada dinyatakan tentang menyiram pokok. Maka, jawapan B adalah tidak benar. 7 A Ulasan Air mineral ialah air semula jadi. Biasanya dibungkus dalam bentuk botol. Maka, penjodoh bilangan yang sesuai ialah A. 8 D Ulasan Pada perenggan pertama dinyatakan tujuan larian ini adalah untuk menjaga kesihatan sambil beramal. Maka, jawapan yang tepat ialah D. 9 A Ulasan Bertuah bermaksud bernasib baik atau beruntung. Maka, jawapan yang sesuai ialah A. 10 B Ulasan Pada bahan 1, dinyatakan masa larian adalah dari pukul 10:00 pagi sehingga 4:00 petang, iaitu selama enam jam. Maka, jawapan B adalah tepat. Bahagian B 1 (a) mereka telah merancang pelbagai aktiviti. (b) Pak Selamat ialah rakan Encik Kabil. Pak Selamat seorang pereka wau yang terkenal di Pulau Pinang. Pak Selamat juga menjual wau-wau tersebut kepada orang ramai yang ingin memiliki wau rekaannya. (c) buah mulut (d) Sejak berumur 15 tahun lagi Pak Selamat telah mereka cipta wau ini. 2 Sebagai seorang anak, cara untuk mengurangkan demam ialah saya akan mandi untuk mengeluarkan haba panas. Seterusnya, saya akan makan untuk mengalas perut sebelum saya makan ubat demam. Bahagian C Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid semasa berada di kantin. Murid-murid harus beratur semasa membeli makanan. Murid-murid perlu makan dengan tertib di meja yang disediakan. Seterusnya, murid-murid dilarang berlari ketika berada di kantin. Selain itu, bekas pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Kesimpulannya, murid-murid perlu mematuhi peraturan di kantin agar keselamatan terjamin. Bahagian D Cadangan Jawapan karangan tidak berformat (Perbincangan) Banjir kilat sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Banjir kilat telah merosakkan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Sampah dibuang ke dalam longkang, sungai dan parit. Selain itu, pihak berkuasa juga tidak tegas terhadap undang-undang. Orang ramai yang melakukan kesalahan tidak dikenakan hukuman yang setimpal. Di samping itu, faktor iklim juga menjadi punca. Iklim yang tidak menentu menyebabkan negara dilanda banjir kilat. Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir berlaku. Semua pihak harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Versi Demo
J2 Jawapan karangan berformat (Berita) Shah Alam, Ahad – Kejadian banjir telah melanda Shah Alam baru-baru ini. Beberapa kawasan telah dinaiki air sehingga 2 meter. Kejadian banjir ini berlaku kerana hujan yang turun tanpa henti selama tiga hari berturut-turut. Hal ini menyebabkan kawasan yang rendah ditenggelami air. Setelah air naik ke paras bahaya, semua penduduk diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka. Mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. Penduduk kehilangan barang-barang berharga seperti kereta, haiwan peliharaan dan sebagainya. Mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka. Namun, mangsa-mangsa banjir tetap bersyukur kerana pihak kerajaan menyumbangkan bantuan kepada mereka. SET 2 Bahagian A 1 A Ulasan Seluruh ialah jawapan yang tepat untuk menunjukkan semua penduduk. 2 A Ulasan Perkataan lebat hanya untuk rambut, bulu, daun dan buah. Maka, jawapan B, C dan D adalah salah. 3 C Ulasan Pilihan A salah kerana penggunaan ‘tertinggalkan’. Pilihan B salah kerana Hutan Lipur perlu menggunakan huruf besar. Pilihan D salah kerana penggunaan paling tertinggi digunakan sekali. 4 C Ulasan Jawapan berada pada perengan pertama, baris kedua. 5 C Ulasan Jawapan berada pada perengan kedua, baris ketiga. 6 B Ulasan Perkataan risiko bermaksud kemungkinan, bahaya atau kerugian. Maka, jawapan B paling tepat melunjukkan kemungkinan mendapat bahaya. 7 C Ulasan Simpulan bahasa mengambil berat bermaksud memberikan perhatian. Maka, jwapan yang tepat ialah C. 8 C Ulasan Pilihan jawapan A, B dan D tiada dalam petikan. Maka, jawapan yang tepat ialah C. 9 D Ulasan Perkataan ‘kem’ membawa maksud kawasan perkhemahan. Maka, pilihan jawapan ialah D. 10 B Ulasan Pilihan A terdapat dalam Bahan 1. Pilihan jawapan C terdapat dalam Bahan 2 baris pertama. Pilihan jawapan D pula diletakkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 baris kesepuluh. Maka, pilihan jawapan B tiada dalam Bahan 1 dan 2. Bahagian B 1 (a) wangnya yang terjatuh. (b) Thilagu kehilangan wangnya semasa hendak ke kedai untuk membeli beras yang dikirim oleh ibunya. (c) menyebabkan (d) Berhati-hatilah ketika membawa wang pada lain kali. 2 Sebagai seorang rakan, saya akan berkongsi bekalan yang saya bawa. Saya juga akan memberikan separuh daripada wang saku saya kepadanya. Selain itu, saya akan menceritakan masalah rakan saya kepada ibu bapa saya untuk mendapatkan bantuan. Bahagian C Kebakaran di rumah boleh berlaku pada bila-bila masa. Antara cara mencegah kebakaran daripada berlaku adalah dengan memastikan semua suis elektrik ditutup dan dicabut selepas digunakan. Selain itu, pastikan tiada lebihan penyambungan plag pada satu masa. Seterusnya, berhati-hati ketika menggunakan mancis. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan tips pencegahan kebakaran. Versi Demo
3.0 OMGUASA Bahasa Melayu (011) Format UASA Terkini Jawapan Berpiawai/ Skema Pemarkahan Sebenar Soalan Berpandukan DSKP Tahun 5 Set 1: Ujian Pertengahan Sesi Akademik Tahun 5 Set 2 - 4: Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 5 Set Dapat DILERAIKAN mulai Tahun 2022/2023 (daripada LPM) Penulis Myteach Ingin menyertai pasukan editorial kami? Anda mempunyai bakat menulis? [email protected] Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Tel +603 8066 7446 Faks +603 8066 4416 [email protected] facebook.com/myteach360 OMG KERTAS PERCUBAAN 3.0 UASA Bahasa Melayu diterbitkan khas untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Model ini disediakan berdasarkan format Pentaksiran UASA mulai tahun 2022/2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memberikan pendedahan tentang format dan piawai UASA sebenar. Penghasilan model ini diharapkan dapat memberikan panduan yang jelas serta sebagai persediaan kepada calon untuk menghadapi dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Kredit Halaman buku ini direka dengan menggunakan imej daripada Freepik.com Cetakan Pertama 2023 (23.06) Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing Sdn Bhd (1115599-K) Lot 12, Jalan CJ 1/16, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor. www.myteach360.com Kertas Percubaan 3.0 Bahasa Melayu 3 3 3 English 3 3 3 Matematik 3 3 3 Sains 3 3 3 Sejarah 3 3 3 Reka Bentuk dan Teknologi 3 3 3 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 6 OMG UASA Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM3.90 Sabah & Sarawak : RM4.50 Juilis Mokujal (Penasihat) Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Tahun 5 KERTAS PERCUBAAN (3.0) Bahasa Melayu Tahun 5 UASA Roslina Yassin Buku ditulis: 16 buah buku 13 tahun pengalaman mengajar 5 OMG KP3.0 Tahun 5 Cover_BM (Print).indd All Pages 27/06/2023 10:47 AM Versi Demo