Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Laman web: www.myteach360.com Facebook: facebook.com/myteach360 Tel: +6.03.8066.7446 Faks: +6.03.8066.4416 Latih Tubi Topikal Matematik Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sains Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal RBT Tingkatan 1 2 3 Latih Tubi Topikal Geogra Tingkatan 1 2 3 LATIH TUBI TOPIKAL Bahasa Melayu Tingkatan 3 Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM6.50 Sabah & Sarawak : RM6.90 Latih Tubi Topikal merupakan siri modul pengajaran dan pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penyediaan modul Bahasa Melayu ini yang mengandungi tip dan Praktis Berpandu Aras 1 dan 2 diharapkan lebih memudahkan pemahaman para pengguna. Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari, memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri. Pada akhir sesi PdP, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Cetakan Pertama 2023 (23.04) Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing Sdn Bhd (1115599-K) 12, Jalan CJ 1/6, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor. 3 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 3 Penulis Myteach Juilis Mokujal Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Ramli Yahya Guru Cemerlang BM Guru Berprestasi Tinggi Munsyi Dewan, Dewan Bahasa & Pustaka Jasni Majed Penceramah BM, Penulisan & Kesusasteraan Melayu Menghasilkan lebih daripada 220 buah buku rujukan BM & Kesusasteraan Melayu Azahar Bahari 25 tahun pengalaman mengajar Penulis Buku Teks KSSM BM Tingkatan 3 Salamah Kamal Penulis tetap Didik Berita Harian & Dewan Pelajar DBP Lebih 33 tahun pengalaman mengajar Nur Asiah Zakaria Buku ditulis: 5 buah Lebih 18 tahun pengalaman mengajar Safwan Razali Buku ditulis: 8 buah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Pengetua (Guru), Anugerah Inovasi PDP MRSM Mukah Ingin menyertai pasukan editorial kami? E-mel ke [email protected] Nota Grafik Antologi Nota Grafik Novel (Dimuat turun dari kod QR) BONUS BONUS Video Analitik Jawapan Ujian Akhir Sesi Akademik BONUS (Dimuat turun dari kod QR) F ormat UASA Terkini daripad a L e m baga Peperiksaan M’sia Latih Tubi 1.0 BM Tg x - 00 Cover.indd All Pages 4/4/2023 8:10:40 PM Versi Demo
Alamak, saya tidak ingat penerangan dari cikgu!! Ini solusinya!! Ada pelajar yang malu menanya cikgu? Cikgu tidak sempat nak buat penerangan kepada semua pelajar? Video Analitik Jawapan Apakah peranan Video Analitik Jawapan dalam buku? Penerangan secara mendalam: - Teknik Menjawab - Kesilapan Umum - Langkah Penyelesaian - Ulasan Jawapan Bagaimanakah cara pengHunaan? 1. 2. 3. 4. Pelajar buat latihan dalam buku Guru menanda buku Guru membuat penerangan kepada pelajar Cikgu boleh kongsi pautan Video Analitik Jawapan dalam Google Classroom atau pelajar akses dari Sisipan Jawapan Di manakah Video & PDF Analitik Jawapan boleh diakses? 1. Sisipan Jawapan. (Kod QR Video & Muat Turun PDF) Versi Demo
01 SISTEM BAHASA 1 – 23 01: Kata Nama dan Kata Pinjaman .................................. 1 02: Kata Adjektif ..................................................................... 3 03: Kata Tugas .......................................................................... 5 04: Kata Kerja ........................................................................... 7 05: Kata Ganda ......................................................................... 9 06: Kata Terbitan .................................................................... 11 07: Frasa ...................................................................................... 13 08: Jenis-jenis Ayat ................................................................. 17 09: Kesalahan Ejaan .............................................................. 21 10: Peribahasa .......................................................................... 23 02 ANTOLOGI 26 – 36 Puisi Tradisional 01: Syair Burung Nuri ........................................................... 26 02: Santap Istiadat .................................................................. 27 Puisi Moden 01: Kijang yang Lelah ............................................................ 28 02: Pesan Ibu Beribu-ribu ................................................... 29 03: Senja di Palang Besi ....................................................... 30 04: Bintang ................................................................................. 31 Prosa Tradisional 01: Bahagia Sesudah Derita ............................................... 32 Prosa Moden Cerpen 01: Legasi Tapai Ubi ............................................................... 33 02: Sekeping Tanah ................................................................ 34 03: Bawod ................................................................................... 35 Drama 04: Tenang-tenang Air di Tasik ......................................... 36 03 PEMAHAMAN PETIKAN 37 – 43 04 NOVEL TINGKATAN 3 44 – 46 05 PEMINDAHAN MAKLUMAT 47 – 53 06 KARANGAN PENDEK 54 – 55 07 KARANGAN 56 – 87 01: Fakta ...................................................................................... 56 02: Cereka/ Gambaran/ Keperihalan ............................. 62 03: Pendapat/ Perbincangan ............................................. 67 04: Syarahan/ Perbahasan/ Ceramah ............................ 74 05: Rencana Akhbar/ Berita ............................................... 75 JAWAPAN J1 – J12 KANDUNGAN Untuk Pesanan DAN Semakan Stok Muat Turun UASA K1 & K2 Versi Demo
1 BAHAGIAN A Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Beberapa orang ___________________ luar sedang mendapatkan rawatan di klinik itu petang tadi. A peserta C penyakit B petugas D pesakit 01 KATA NAMA DAN KATA PINJAMAN (SP5.1.1) Nota PdPc Kata Pinjaman Jenis Contoh Contoh Imbuhan Imbuhan Pinjaman Imbuhan Inggeris anti-, auto-, poli-, pro-, sub-, supra-, pasca-, -is, -isme, -logi, -graϔi Imbuhan Sanskrit dasa-, dwi-, eka-, juru-, maha-, panca-, pra-, tataImbuhan ArabParsi bi-, -ah, -at, -iah, -in Kata Pinjaman Pengekalan Huruf atom, bank, pistol, zoo, status, hotel Penggantian Huruf criteria – kriteria vaccin – vaksin republic – republik Pengguguran Huruf science – sains ambulance – ambulans vacuum – vakum Pentaksiran Formatif (Praktis Berformat UASA) 2 ______________________ itu sedang menggayakan fesyen terbaru rekaannya di hotel terkemuka itu. A Budayawan C Pramugara B Seniman D Peragawan Soalan 3 & 4 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 3 Dua orang budayawan-budayawan tempatan sedang mengkaji latar belakang dan cara hidup penduduk di kampung terpencil itu sejak bulan lepas. A karyawan tempatan B budayawan tempatan C karyawan-karyawan tempatan D budayawan-budayawan tempatan Kata Nama Jenis Kata Nama Contoh Kata Nama Contoh Ayat Kata Nama Am harimau, pokok, sekolah, rumput, rumah, gunung, institusi Ayah bercadang untuk membeli sebuah rumah. Kata Nama Khas Ahmad, Universiti Malaya, Sang Kancil, Kuala Lumpur, Proton Preve Ahmad menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Kata Ganti Nama itu, ini, aku, beta, kami, anda, awak, engkau, beliau, baginda, mereka Mereka bercadang untuk menziarahi Cikgu Salina di hospital. 01 SISTEM BAHASA Versi Demo
2 4 Sejak bekerja sebagai ilmuwan di syarikat itu, Aiman kerap mengadu masalah stres yang dialaminya. A wartawan di syarikat B wartawan dalam syarikat C ilmuwan dalam syarikat D ilmuwan di syarikat Soalan 5 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 5 Beberapa orang sukarelawan yang terdiri daripada bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut membantu di kawasan banjir tersebut. A Program Latihan Khidmat Negara turut menyediakan beberapa orang sukarelawan yang dikhaskan untuk membantu mangsa banjir di kawasan tersebut. B Kawasan banjir tersebut memerlukan bantuan daripada beberapa orang bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). C Bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut membantu di kawasan banjir tersebut dengan menjadi sukerelawan. D Turut membantu di kawasan banjir tersebut ialah beberapa orang sukarelawan yang terdiri daripada bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Soalan 6 Pilih ayat-ayat yang betul. 6 I Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan fesyen terbaharu mereka di majlis itu. II Bas ekspres itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah teksi. III Sebagai seorang peramugari, Cik Salida sentiasa menjaga penampilannya. IV Sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang pemuda terbabit dalam satu kemalangan di Bandar itu petang semalam. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 7 I Jalan yang bersimpang-siur itu akan diperbesarkan tidak lama lagi. II Tiada jalan yang mudah untuk mencapai kejayaan. III Mereka sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. IV Jalan itu mengambil masa yang panjang. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja BAHAGIAN B Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Pada hari raya Aidiladha, umat Islam melakukan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu dan kambing. 2 Pasaraya itu mengadakan jualan murah sempena sepuluh tahun pembukaannya. 3 Pejuang-pejuang kemerdekaan mempunyai semangat individualistik yang sangat tinggi. 4 Oleh sebab tidak memberi lampu isyarat ketika hendak membelok, kereta itu terlibat dalam kemalangan. 5 Beberapa orang seniman sedang membincangkan budaya masyarakat Melayu yang kian terhakis dari semasa ke semasa. 6 Orang Rumah Encik Ali bekerja sebagai jururawat di hospital itu. Versi Demo
3 02 KATA ADJEKTIF (SP5.1.2) Nota PdPc Jenis Contoh Kata Adjektif Contoh Ayat Sifatan berani, malu, gemuk, lemah Yusuff seorang budak yang berani. Warna hijau, biru, merah, ungu, hitam Geeta membeli sehelai gaun berwarna merah. Perasaan sedih, gembira, sayang, rindu, marah Dalilah rindu akan masakan ibunya. Waktu lama, lambat, sekejap, suntuk, baru Paula didenda oleh gurunya kerana lambat ke sekolah. Jarak jauh, dekat, rapat, hampir, nyaris Rumah Suhaila agak jauh dari sekolah. Ukuran panjang, pendek, luas, lebar, nipis Tanah di belakang rumah Halim luas dan sesuai untuk bercucuk tanam. Bentuk bulat, nipis, leper, segi tiga, bujur Ayah berkenan dengan permukaan meja yang berbentuk bulat itu. Pancaindera nyaman, harum, enak, bersih, lawa Udara pada pagi itu sungguh nyaman dan segar. Cara cermat, deras, gopoh, laju, jelas Dia berjalan laju kerana mahu cepat sampai ke sekolah. Pentaksiran Formatif (Praktis Berformat UASA) BAHAGIAN A Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Muka Aminul _______________ selepas disindir oleh rakan-rakannya di sekolah. A masam manis B masam mencuka C pucat lesi D putih bersih Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Apabila dikejar oleh seekor anjing liar, budak itu lari _______________ untuk menyelamatkan diri. A lintang-pukang B compang-camping C kusut-masai D serbah-serbih Soalan 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 3 Pihak polis sedang menyiasat dengan teliti mengenai A kes kehilangan seorang budak yang menjadi misteri B dalam kalangan penduduk di kampung yang terpencil itu. Tiada kesalahan C D Soalan 4 & 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 4 Pelajar-pelajar sekolah digalakkan menabung agar masa depan mereka terjamin dan mereka juga akan memperoleh dividen yang agak tinggi. A masa depan mereka dijamin B jaminan mereka pada masa depan C masa depan mereka diberi jaminan D masa depan mereka terjamin Versi Demo
4 5 Setiap persatuan belia dikehendaki bergerak cerdas dan menjalankan pelbagai aktiviti demi menjaga kebajikan belia di kampung-kampung. A dikehendaki cerdas bergerak B dikehendaki bergerak cergas C dikehendaki gerakan cerdas D dikehendaki bergerak cerdas Soalan 6 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 6 Kedamaian Kampung Melati berpunca daripada sikap penduduk kampung yang suka bekerjasama dan menjaga kebersihan persekitaran. A Kampung Melati tidak akan menjadi damai sekiranya tiada kerjasama penduduk menjaga kebersihan persekitaran. B Sikap penduduk kampung yang suka bekerjasama dan menjaga kebersihan persekitaran menyebabkan kampung Melati berada dalam keadaan damai. C Penduduk Kampung Melati bekerjasama menjaga kebersihan Kampung sehingga kampung itu menjadi damai. D Salah satu sebab Kampung Melati menjadi bersih dan damai adalah berpunca daripada kerjasama penduduk kampung itu. Soalan 7 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Wajah pemuda itu yang ayu menambat hati ramai wanita. II Pergerakan kereta itu menjadi lancar selepas dibaiki enjinnya. III Enam orang pemuda kampung itu dikenali ramai selepas mereka berjaya mendaki gunung yang tinggi itu. IV Kebersihan kantin sekolah mesti dijaga dengan rapi. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja BAHAGIAN B Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Wajah Salmah berkilau-kilau selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 2 Mereka gagal menghuraikan masalah yang semakin susut itu. 3 Hamparan sawah padi yang sedang kekuningan itu amat indah dipandang. 4 Encik Alan berjaya menyelesaikan masalah ngeri yang dihadapi oleh keluarganya itu pada minggu lepas. 5 Selain daripada mendatangkan pelbagai kebaikkan, media sosial turut memberi kesan negatif kepada orang ramai. 6 Anak-anak Puan Salmah yang bekerja di bandar jarang pulang ke kampung selepas mereka berjawatan mantap. 7 Sukan dapat menyatupadukan kaum di negara kita kerana setiap bidang sukan disertai oleh pelbagai kaum manakala kerajaan memberi galakan agar orang banyak menceburi bidang ini. Versi Demo
5 03 KATA TUGAS (SP5.1.3) Nota PdPc Kata Sendi Nama 1 Perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. 2 Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu adalah: dengan dari daripada hingga umpama ke demi di akan tentang laksana antara pada sampai terhadap untuk seperti tentang kepada sejak oleh bagi dalam Kata Hubung Sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis. Jenis Contoh Kata Hubung Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan atau, dan, lalu, serta, tetapi, malahan, sambil, kemudian • Jamal dan Akmal berkawan baik sejak kecil. • Sulaiman membaca buku sambil mendengar lagu. Kata Hubung Pancangan Kata hubung pancangan relatif – yang • Baju kebaya yang berwarna merah itu menjadi pilihan Ramlah. Kata hubung pancangan komplemen – bahawa, untuk • Zuhaili sedar bahawa dia perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Kata hubung pancangan keterangan – kerana, sekiranya, kalau, hingga, sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata dan lain-lain • Pameran barangan kraf itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. Pentaksiran Formatif (Praktis Berformat UASA) BAHAGIAN A Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Semua pelajar mengikuti latihan merentas desa ________________ bagi mereka yang tidak sihat. A tetapi C kecuali B dan D namun 2 ____________________, bergaya sungguh kamu hari ini!” A Aduhai C Syabas B Cis D Wah Soalan 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 3 Buku yang saya pinjam itu akan saya kembalikan A secepat mungkin kepada pemilikya. B C Tiada kesalahan D Versi Demo
26 02 ANTOLOGI Praktis 1 Baca petikan syair di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. SYAIR BURUNG NURI 1 Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. 2 Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. 3 Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. 4 Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, ϐǦϐǡ Dakwat dan kertas tempat berkata. 5 Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang.2 6 Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. 7 Bangun terjunun badan suatu, ϐǡ Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. 8 Remuk dan redam rasanya hati, ϐǡ Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh 1 Apakah maksud mengambah lautan berulang-ulang dalam syair di atas? OMG m.s. 59 ARAS : R A Hati yang gelisah kerana kehidupan yang tidak menentu B Perasaan yang hancur kerana sangat kecewa C Sering dilanda dugaan dan cubaan hidup D Selalu dipandang hina oleh masyarakat 2 Mengapakah pengarang mengatakan bahawa akalnya sangat gelap-gelita? OMG m.s. 59 ARAS : S A Tidak mempunyai sebarang ilmu B Tidak pandai memilih jalan hidup C Mempunyai tahap pendidikan yang rendah D Mempunyai tahap kebijaksanaan yang rendah 3 Apakah yang menyebabkan pengarang hampir berputus asa? OMG m.s. 59 ARAS : S A Sentiasa berdepan dengan pelbagai dugaan yang perit B Kekasih hatinya telah meninggalkannya C Tidak mempunyai tempat bergantung D Hilang punca pendapatan 4 Dituliskan sahifah supaya nyata Apakah unsur gaya bahasa bagi ayat di atas? OMG m.s. 60 ARAS : R A Sinkope B Anafora C Inversi D Simile 5 Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh seseorang individu bagi meningkatkan status diri? ARAS : T A Melibatkan diri secara aktif dalam bidang politik B Menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin C Bergaul dengan orang kenamaan D Mencari harta sebanyak mungkin 2 3 Muat Turun Nota Syair Versi Demo
27 Praktis 2 Baca petikan seloka di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. SANTAP ISTIADAT 1 Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. 2 Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. 3 Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. 4 Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. 5 Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Za’ba 1 Maksud perkataan peroman dalam seloka di atas ialah ARAS : R A berseri. C tampan. B bentuk. D paras rupa. 2 Mengapakah pengarang mengatakan bahawa majlis makan itu bukan untuk mengenyangkan perut? ARAS : S A Sekadar memenuhi protokol majlis B Majlis tidak menghidangkan makanan berat C Kuantiti makanan yang dihidangkan sangat sedikit D Tetamu tidak boleh makan selagi tidak dibenarkan 3 Apakah tujuan buah-buahan dimakan dalam majlis itu? ARAS : R A Pengakhiran majlis B Sebagai pencuci mulut C Menjaga hati penganjur D Menghormati para tetamu 4 Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam seloka ini, kecuali ARAS : S A tatatertib semasa menjamu selera. B kesederhanaan ketika menjamu selera. C jenis hidangan yang wajib ada dalam sesuatu majlis. D kepentingan adab dan sopan santun ketika menjamu selera. 5 Pada pendapat anda, apakah tujuan diwujudkan protokol dalam sesuatu majlis? ARAS : T A Menunjukkan kebolehan dalam menganjurkan sesuatu majlis B Ukuran kedudukan dan kekayaan pihak penganjur C Tanda menghormati majlis dan kelancaran majlis D Menarik minat orang ramai untuk menyertainya 2 3 Muat Turun Nota Seloka Versi Demo
28 Praktis 3 Baca petikan sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. KIJANG YANG LELAH 1 Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau. 2 Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarnya menguncup di perdu harap. 3 Hari ini Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Walau dalam jera lelah Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. 4 Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang lebih berhati-hati menapak Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduh Nun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langkah. Wan Marzuki Wan Ramli 2 3 1 Rangkai kata menobat takhta bermaksud ARAS : R A terus berkuasa. C bertanggungjawab. B merebut takhta. D memegang amanah. 2 Mengapakah kijang tua berasa sangat sedih? ARAS : S A Tidak lagi dihormati oleh pihak lain B Berasa risau dan harapannya telah hancur C Berasa dirinya telah sesat di dalam rimba tebal D Pokok yang menjadi tempat tinggalnya telah ditebang 3 Mengapakah kijang itu akhirnya sudah tidak lagi berasa risau? ARAS : S A Terdapat pihak yang menyokong B Tidak lagi bertindak mengikut kata hatinya C Sudah tidak mahu lagi berdepan dengan orang bawahan D Menyusun langkah menggunakan kebijaksanaan akal dan gerak hati 4 Sebak menyentap dahan kalbu Apakah unsur gaya bahasa bagi ayat di atas? ARAS : R A ϐ B Hiperbola C Anafora D Simile 5 Pada pendapat anda, mengapakah nasib pemimpin terdahulu itu tidak harus diabaikan? ARAS : T A Sudah hilang kuasa serta pengikut B Tidak mempunyai sebarang punca pendapatan C Mempunyai pengalaman yang tidak dipunyai oleh orang lain D Telah berbakti kepada bangsa dan negara semasa berkhidmat Muat Turun Nota Sajak Versi Demo
29 Praktis 4 Baca petikan sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. ǧ 3 Suatu senja seorang temanku merintih kerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab biarpun menyamar cekap ada masa termasuk perangkap Si Bedul sudah ditangkap Si Bedul di dalam lokap. 4 Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu “Pilihlah kawan yang bermutu Jangan dipilih kawan berhantu.” Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. 5 Ibu, kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu. Rahman Shaari 1 Kita ada ibu ibu kita satu pesanannya beribu-ribu. 2 Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk.” Ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju “Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu.” Kita menjadi jemu mendengar pesanan beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu “Jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu.” 3 2 1 Maksud rangkai kata kawan pementing diri ialah ARAS : R A rakan yang hanya mementingkan diri sendiri. B kita haruslah mengutamakan diri terlebih dahulu. C sebagai rakan kita tidak boleh dianggap penting. D kita harus mengutamakan rakan lebih dari diri sendiri. 2 Berikut merupakan sebab ibu selalu menyekat anaknya di muka pintu, kecuali ARAS : S A bertanya destinasi yang kita tuju. B berpesan agar kita berhati-hati. C mengingatkan kita agar tidak terlalu lama di luar. D mengingatkan kita akan bahaya berada di luar rumah. 3 Mengapakah pengarang mengatakan bahawa dia tidak pernah jemu dengan pesanan ibunya? ARAS : S A Kita mempunyai seorang ibu sahaja. B Hanya dengan pesanan ibu kita akan lebih berhati-hati. C Pesanan seorang ibu lebih berharga berbanding orang lain. D Ibu yang selalu berpesan kepada anaknya ialah seorang ibu yang sempurna. 4 pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri Apakah unsur gaya bahasa yang bergaris bagi ayat di atas? ARAS : R A Responsi B Anafora C Epifora D Simile 5 Berdasarkan sajak di atas, pernyataan manakah benar tentang seorang ibu? ARAS : S A Tidak mempercayai anak sendiri B Bersikap pentingkan diri sendiri C Sentiasa cuba melindungi anaknya D Sering menunjukkan kuasa sebagai ibu Muat Turun Nota Sajak Versi Demo
30 Praktis 5 Baca petikan sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. SENJA DI PALANG BESI 1 Senja mula menangis remang membongkar sendu mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan dalam kotak tidur sepi nan pedar hati. 2 Pilu wajahmu sang senja yang dulu melakar bahagia kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam dalam kesakitan yang membungkam. 3 Tanpa pasir pantai atau silir angin rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan menghantar pergi erti keriuhan jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian hukuman terhebat hikayat kemanusiaan. Pena Alam 2 3 1 Apakah maksud rangkai kata kelu rasa? ARAS : R A Bungkam B Takut C Sedih D Sunyi 2 Bagaimanakah perasaan pengarang ketika senja mula berlabuh? ARAS : R A Ingin menangis B Tidak lagi mempercayai orang lain C Berasa dirinya terbuang dan terasing D Kehilangan kekuatan untuk meneruskan hidup 3 Berikut merupakan kerinduan pengarang selama dia berada di dalam penjara, kecuali ARAS : R A keindahan alam semula jadi. B ketenangan malam. C desiran angin. D pasir pantai. 4 Penyajak tabah menjalani kehidupan sebagai seorang banduan. Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada pernyataan di atas? ARAS : S A Kita hendaklah tabah dan reda menempuh ujian dalam kehidupan. B Kita hendaklah menghargai kebebasan yang dinikmati. C Kita hendaklah berani mempertahankan hak diri. D Kita hendaklah bijak memilih jalan hidup. 5 Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh menghilangkan kesunyian ketika bersendirian? ARAS : T A Tidak memikirkan orang lain B Menyerahkan diri kepada takdir C Merenung nasib diri dan keluarga D Menambahkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat Muat Turun Nota Sajak Versi Demo
37 Praktis 1 Baca di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 Azizi : Abang harap saudara-saudara semua memandang positif teguran-teguran demi kebaikan kita bersama. Sekarang kita akan berkayak balik ke tempat permulaan. Muzafar : Kali ini kami mahu lihat adanya semangat berekspedisi dan semangat setia kawan sesama saudara. Azizi : Sebelum sampai ke tempat permulaan kita semalam abang akan suruh buat rafting sekali lagi. Nurul : Rafting tu apa pula bang? Azizi : Kami nak ajar cara-cara menyelamatkan diri dan menyelamatkan orang lain jika ditakdirkan berlaku peristiwa kayak terbalik semasa kita sedang berekspedisi. Muzafar : Ada beberapa cara memberi dan mendapatkan pertolongan seandainya peristiwa yang tidak diingini berlaku. Cara pertama dikenali sebagai commando rescue. Dipetik daripada drama “Tenang-tenang Air di Tasik” dalam antologi Bintang Hati, Kementerian Pendidikan Malaysia Kayak merupakan aktiviti riadah yang cukup menarik. Sukan ini dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland yang dikenali sebagai Eskimo. Perkataan “kayak” bermaksud bot manusia lelaki. Pada mulanya, kayak dibina daripada batang kayu yang diselaputi kulit-kulit anjing laut. Kayak ini digunakan untuk memburu binatang di Lautan Artik. 1 Aktiviti berkayak dapat dijadikan terapi terbaik untuk mengatasi masalah takut atau fobia air. Untuk bermain kayak, kecekalan ϐ Ǥ Bagi mereka yang masih belum berpengalaman, perasaan takut pasti akan menyelubungi diri. Tambahan pula, sukan ini memerlukan daya keseimbangan yang baik untuk mengawal kayak. Jika tersalah kendalian, pasti kayak akan terbalik. Namun demikian, hal ini berlaku pada peringkat permulaan sahaja. Dalam beberapa bulan, pasti perasaan takut itu bertukar menjadi teruja. BAHAN 3 Penuh dengan cabaran yang berliku Mampu membina ketahanan mental dan semangat bekerjasama SERTAI SEKARANG Ekspedisi Berkayak Sungai Lampam 27 Julai 2023 03 PEMAHAMAN PETIKAN Versi Demo
38 1 Berdasarkan Bahan 2 dan Bahan 3, apakah kebaikan aktiviti berkayak kepada seseorang individu? [3 markah] ARAS : R Berdasarkan Bahan 2 dan Bahan 3, (Kehendak soalan) adalah seperti (Isi 2 & 3) 2 Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1. ARAS : S [3 markah] Dua yang terdapat dalam Bahan 1 ialah persoalan . Contohnya, . Seterusnya persoalan . Misalnya, . 3 Sukan berkayak mampu melahirkan individu yang tangkas menyahut cabaran. Pada pendapat anda, mengapakah sukan ini kurang popular di negara kita? ARAS : T [4 markah] Pada pendapat saya, (Kehendak soalan) kerana (Isi 1: kurang pendedahan) . (Huraian/ Cadangan: tidak diajar – sekolah) . (Isi 2: kurang mendapat perhatian) kerana (Huraian/ Cadangan: kurang promosi – pihak tertentu) . Versi Demo
39 Praktis 2 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 Senja mula menangis remang membongkar sendu mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan dalam kotak tidur sepi nan pedar hati. Pilu wajahmu sang senja yang dulu melakar bahagia kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam dalam kesakitan yang membungkam. Tanpa pasir pantai atau silir angin rentet susun bibir palang besi dingin itu2 menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan menghantar pergi erti keriuhan jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.2 Dipetik daripada sajak Senja di Palang Besi, Antologi Bintang Hati Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia MARANG: Penjara tiga tahun dan dua kali sebatan, hukuman yang diterima di tirai besi kerana mengedar dadah itu cukup memberikan pengajaran kepada seorang banduan muda supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.2 ϐ ȋ Ȍǡ ʹͳǡ ǡ Terengganu berkata bahawa dia terjebak sebagai pengedar dadah sejak berumur 16 tahun akibat terpengaruh dengan rakan sebaya dan mendapat upah yang agak lumayan. “Saya berhenti sekolah semasa berumur 16 tahun. Mula-mula, saya hanya ikut kawan dan kami diupah oleh pengedar untuk mengedar dadah kepada pembeli. Memang bagi remaja macam saya, duit adalah segalagalanya; sebab pada masa itu saya masih muda dan itulah masa untuk saya enjoy. “Saya ditangkap tiga tahun lalu dan dimasukkan ke Penjara Marang ini. Memang hukuman yang saya terima 1 cukup membuatkan saya insaf, hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya semasa menerima hukuman sebat dan saya hanya meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui 2016 di Penjara Marang semalam. Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 20 Mei 2016 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perasaan yang dialami oleh kedua-dua orang banduan itu? ARAS : R [3 markah] 2 Apakah dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. ARAS : S [3 markah] 3 Kebebasan ialah satu aspek yang penting dalam kehidupan dan perlu dihargai. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita patut menggunakan kebebasan yang diberikan kepada kita? ARAS : T [4 markah] 1 Versi Demo
44 04 NOVEL Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Chot, karya Azizi bin Haji Abdullah (iv) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar Tip Tambahan Bagi soalan nilai murni, persoalan dan latar masyarakat, jawapan mesti dimulakan dengan kata kuncinya, iaitu: • Nilai murni yang ditetapkan dalam novel ini ialah nilai keberanian. • Persoalan yang telah ditetapkan dalam novel ini ialah persoalan ketamakan kuasa. • Latar masyarakat yang ditetapkan dalam novel ini ialah masyarakat yang gigih mencari rezeki. Praktis 1 PT3 2019 Sesebuah novel yang dihasilkan pasti dilengkapi dengan nilai-nilai yang patut dicontohi oleh pembaca. ARAS : R Berdasarkan sebuah novel di atas, nyatakan tiga peristiwa yang bersesuaian dengan nilai dan watak utama yang diberikan. Novel Nilai Watak Tawanan Komander Caucasus Keberanian Hempasan Ombak Keberanian Chot Keberanian Justeru Impian di Jaring Keberanian Farhani Farid Alias Syahir [10 markah] Muat Turun Nota Novel Versi Demo
45 Praktis 2 Latar tempat merupakan tempat atau kawasan berlakunya sesuatu peristiwa yang dilalui oleh watak-watak dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap latar tempat dengan watak yang telah ditetapkan. ARAS : S Hempasan Ombak • Syarikat Batik Nusantara • Firma Nadi Zaman • Rumah Keluarga Farid Farid Novel Latar Tempat Watak Tawanan Komander Caucasus • Rumah Kim Yong • Rumah Usang • Terowong Gelap yang Bercabang-cabang Farhani Chot • Kampung Dingin • Rumah Pak Din • Bilik Darjah Lima Alias Justeru Impian di Jaring • Rumah Keluarga Syahir di Bandar Baru Bangi • Stadium Badminton Istora Senayan • Dewan Badminton Tanjung Puteri Utama, Johor Syahir [10 markah] Tawanan Komander Caucasus Novel yang saya pelajari ialah , karya . Latar tempat yang dapat dikaitkan dengan Farhani ialah . Sebagai contoh, . Selain itu, latar tempat yang dapat dikaitkan dengan dengan Farhani ialah . Contohnya, . Seterusnya, . Contohnya, . Hempasan Ombak Novel yang saya pelajari ialah , karya . Latar tempat yang dapat dikaitkan dengan Farid ialah . Sebagai contoh, . Selain itu, latar tempat yang dapat dikaitkan dengan dengan Farid ialah . Contohnya, . Seterusnya, . Contohnya, . Versi Demo
46 Chot Novel yang saya pelajari ialah , karya . Latar tempat yang dapat dikaitkan dengan Alias ialah . Sebagai contoh, . Selain itu, latar tempat yang dapat dikaitkan dengan dengan Alias ialah . Contohnya, . Seterusnya, . Contohnya, . Justeru Impian di Jaring Novel yang saya pelajari ialah , karya . Latar tempat yang dapat dikaitkan dengan Syahir ialah . Sebagai contoh, . Selain itu, latar tempat yang dapat dikaitkan dengan dengan Syahir ialah . Contohnya, . Seterusnya, . Contohnya, . Praktis 3 Persoalan merupakan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk mengukuhkan tema sesebuah novel melalui jalan cerita yang digarap dengan teliti. ARAS : T Berdasarkan sebuah novel di atas, kemukakan tiga contoh peristiwa yang bertepatan dengan persoalan yang diberikan. Persoalan Ketamakan kuasa dan keinginan untuk menakluki orang lain Persoalan Tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Persoalan Kasih sayang manusia terhadap binatang Persoalan Semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa Novel Tawanan Komander Caucasus Novel Hempasan Ombak Novel Chot Novel Justeru Impian di Jaring [10 markah] Praktis 4 Watak sampingan memainkan peranan untuk membantu watak utama dalam melancarkan perjalanan sesebuah cerita dalam novel. Berdasarkan sebuah novel di atas, kemukakan tiga perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan berserta contoh peristiwa yang sesuai. ARAS : T Watak Sampingan Komander Chalcosoma Caucasus Watak Sampingan Hajah Zaoyah Watak Sampingan Ibu Alias@Leha Watak Sampingan Haji Marzuki Novel Tawanan Komander Caucasus Novel Hempasan Ombak Novel Chot Novel Justeru Impian di Jaring [10 markah] Versi Demo
47 01 RINGKASAN Praktis 1 Tema 1: Suluh Masa Depan ARAS : R Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara mencapai azam tahun baharu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Apabila menjelang tahun baharu, setiap individu memasang azam baharu untuk dicapai walaupun ada segelintir individu yang tidak dapat mencapai azam pada tahun sebelumnya. Namun perkara ini tidak sewajarnya diperkecilkan kerana setiap individu berhak untuk mencipta lebih banyak impian. Ada individu yang menginginkan kestabilan kewangan, kesihatan yang lebih baik mahupun keselesaan dalam kehidupan harian mereka. Azam ini memerlukan seseorang individu untuk membuat perancangan yang lebih teliti. Mereka perlu memastikan perancangan untuk mencapai azam yang dibuat lebih baik daripada tahun sebelumnya supaya azam tersebut dapat dicapai. Setiap individu sewajarnya menguruskan masa dengan baik seperti meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti yang berkaitan dengan azam yang ingin dicapai. Seseorang individu juga perlu mempunyai sumber inspirasi yang tepat untuk membakar semangat agar lebih berkobar-kobar mencapai azam yang diingini. Mereka perlu melakukan tugasan mereka dengan konsisten pada setiap masa kerana tugasan akan dapat dilakukan dengan lebih mudah sekiranya sudah terbiasa dilakukan. Ilmu pengetahuan ditingkatkan pada setiap masa seperti ilmu pengurusan masa dan pengurusan emosi agar dapat mengatasi masalah yang mendatang. Azam baharu juga memerlukan komitmen yang tinggi tanpa mengenal erti kegagalan. Seseorang itu tidak boleh cepat mengalah dan berputus asa sekiranya terdapat cabaran dan kekangan. Kesabaran yang tinggi dan sering diuji merupakan perkara biasa yang perlu ditempuh setiap individu kerana hal ini akan menjadikan seseorang lebih dewasa melalui pengalaman hidup mereka. Langkah 1 Mengenal Pasti Tugasan Langkah 2 Mengenal Pasti Isi • Perlukan sekurang-kurangnya lima isi untuk membuat ringkasan lengkap. • Pastikan jumlah perkataan ringkasan anda tidak melebihi 100 patah perkataan. • Gunakan teknik kata kunci di bawah untuk mengenal pasti isi daripada petikan. Kemudian, garis isi yang terdapat dalam petikan. (Mengapa/ Bagaimana/ Kesan/ Contoh) + (Tugasan) cara-cara untuk mencapai azam tahun baharu Rangka Ringkasan Isi 1 Antara (Tugasan) (ialah/ adalah) Isi 2 Selain itu, Isi 3 Seterusnya, Isi 4 Pada masa yang sama, Isi 5 Akhir sekali, Tip: Garisan beralun pada arahan di atas ialah tugasan ringkasan ini. Info Kata kunci (Mengapa, Bagaimana, Kesan & Contoh) akan digunakan mengikut kesesuaian (Tugasan) dan tidak semestinya dapat diaplikasikan pada setiap isi Info 05 PEMINDAHAN MAKLUMAT Versi Demo
48 Praktis 2 Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa ARAS : S Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang ciri-ciri seseorang menghidap masalah kemurungan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. KBAT Menganalisis/ Mencipta Ramai yang beranggapan masalah kemurungan ini bersifat sementara dan membiarkannya tanpa menerima apa-apa rawatan sehinggalah menjadi teruk. Kemurungan adalah sejenis penyakit seluruh tubuh dan emosi ǡ ϐ mengenai diri kita sendiri atau hal lain. Penyakit kemurungan dapat dikenal pasti melalui tindakan seseorang yang suka menyendiri kerana mereka beranggapan bahawa orang lain tidak senang dengan kehadiran mereka. Pada masa yang sama, individu yang kemurungan sering dihantui ketakutan dan kegelisahan yang melampau menyebabkan emosi mereka sering bercelaru. Mereka juga sedaya upaya menjauhkan diri daripada orang lain kerana menganggap orang di sekeliling akan mencederakan diri mereka. Pada masa yang sama, keadaan individu yang mengalami kemurungan dapat dilihat daripada penampilan mereka yang kurang kemas. Mereka tidak mementingkan penampilan diri ϐ akibat tekanan dan gangguan emosi. Penyakit kemurungan juga boleh menyebabkan mereka menunjukkan kelakuan yang agak aneh di hadapan orang lain tanpa segan silu kerana mereka tidak menyedari kelakuan mereka tidak normal. Emosi yang tidak stabil dan sering berubah-ubah juga menyebabkan orang lain sukar memahami peribadi individu yang mengalami masalah kemurungan. Perasaan mereka boleh bertukar dalam tempoh yang singkat. Lebih membimbangkan apabila individu yang kemurungan mencederakan diri mereka seperti menoreh pergelangan tangan dengan pisau sehingga boleh menyebabkan kematian. Langkah pencegahan awal perlu dilakukan bagi mengenal pasti penghidap masalah kemurungan ini agar mereka dapat dibantu bak kata peribahasa Melayu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Antara ialah . Selain itu, . Seterusnya, . Pada masa yang sama, . Akhir sekali, . ( patah perkataan) Versi Demo
49 Praktis 3 ARAS : T Tema 3: Kecergasan Meningkat, Keterampilan Memikat Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan melakukan aktiviti berbasikal. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. KBAT Menganalisis/ Mencipta Aktiviti berbasikal merupakan satu trend dalam masyarakat kini. Aktiviti berbasikal aktif bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana dilihat sebagai salah satu aktiviti yang mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa memilih aktiviti berbasikal sebagai salah satu aktiviti pada masa lapang mereka. Aktiviti berbasikal ini sesuai untuk mencabar diri melakukan aktiviti lasak kerana mereka akan lebih berani untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar dengan memulakan aktiviti berbasikal. Aktiviti berbasikal merupakan satu senaman berimpak rendah yang baik untuk individu mempunyai masalah sendi. Berbasikal mampu menguatkan otot di sekeliling sendi yang dapat melindungi mereka daripada kecedaraan sendi. Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar, berbasikal dapat membakar kalori dalam tubuh badan iaitu setiap individu yang mempunyai berat 64 kilogram mampu membakar 6.4 kalori dalam setiap minit. Lebih jelas, aktiviti berbasikal dapat mengisi masa lapang seseorang dengan perkara yang berfaedah dan menyihatkan. Aktiviti berbasikal boleh dilakukan pada waktu pagi dan petang di sekitar taman. Aktiviti ini akan mengurangkan tekanan yang dialami terutama apabila selesai tugasan di sekolah atau pejabat. Aktiviti berbasikal yang dilakukan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Oleh itu, setiap pihak perlu mengambil peluang untuk memastikan gaya hidup yang lebih sihat seiring hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sejahtera. ( patah perkataan) Versi Demo
50 02 ULASAN Praktis 4 ARAS : R Tema 1: Suluh Masa Depan Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Rajah KBAT Menganalisis Membantu jiran yang baru berpindah rumah Menghantar jiran yang sakit ke hospital Memantau kawasan rumah jiran yang kosong Menziarahi jiran yang sakit Pendahuluan P1 (Jenis/ Tema) menunjukkan (Tajuk) . Isi (Su = Isi Tersurat/ Si = Isi Tersirat) Su 1 (Ayat topik) Antara peranan seorang jiran yang baik adalah . Si 1 (Contoh/ Cara/ Implikasi/ Sebab) Contohnya, . Su 2 (Ayat topik) Selain itu, . Si 2 (Contoh/ Cara/ Implikasi/ Sebab) Contohnya, . Su 3 (Ayat topik) Akhir sekali, . Si 3 (Contoh/ Cara/ Implikasi/ Sebab) ) Implikasinya, . Penutup K1 Kesimpulannya, (Kesan/ Harapan) . ( patah perkataan) Versi Demo
51 Praktis 5 Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa ARAS : S Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Gambar Rajah KBAT Menganalisis $.7,9,7,*2721*52<21*7$0$13(580$+$1'$0$,'$+/,$ Lelaki Dewasa Memotong rumput dan membersihkan semak samun Wanita Dewasa Membersihkan longkang Remaja Lelaki dan Perempuan Mengutip dan menyapu sampah sarap Remaja Lelaki dan Perempuan Menanam pokok bunga di tepi jalan (P1) menunjukkan . (Su 1) Para lelaki dewasa ditugaskan . (Si 1) (Contoh/ Cara/ Implikasi/ Sebab) Aktiviti ini dapat . (Su 2) Para wanita pula . (Si 2) (Contoh/ Cara/ Implikasi/ Sebab) Hal ini kerana . (Su 3) Para remaja lelaki dan perempuan pula . (Si 3) (Contoh/ Cara/ Implikasi/ Sebab) Sampah sarap dan daun-daun kering . (K1) Kesimpulannya, . ( patah perkataan) Versi Demo
54 ,KARANGAN PENDEK Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Praktis 1 ARAS : R Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Kesan Penggunaan Gajet kepada Kesihatan Kanak-kanak dimanjakan dengan gajet – kesan negatif – agresif – pengaruh permainan – kognitif lembab – kurang ȂϐȂȂȂ Langkah 1 Membina Rangka Karangan Ǥ Pendahuluan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Kesimpulan/ Harapan Ungkapan (Nilai murni: Rasional) Langkah 2 Menulis Karangan Ǥ Antara Selain itu Akhir sekali Oleh itu Di samping itu ( patah perkataan) Versi Demo
55 Praktis 2 ARAS : S Tema 3: Kecergasan Meningkat, Keterampilan Memikat Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Faedah Sukan Lasak kepada Remaja ȂϐȂ Ȃ Ȃ Ȃ Ȃ Ȃ ȂȂ Praktis 3 ARAS : S Tema 4: Waspada Selalu! Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Semakin berleluasa Love scam atau pihak berkuasa Perniagaan dalam talian Ditangani dengan bijak PENIPUAN INTERNET Praktis 4 ARAS : S Tema 5: Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta ARAS : T Cabaran-cabaran Memupuk Perpaduan Kaum didikan ibu bapa – tanam sikap prasangka buruk bersifat perkauman – menanam sifat benci kepada kaum lain Ȃ Praktis 5 ARAS : S Tema 6: ǡ Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KBAT Mencipta Kesan-kesan Rasuah kepada Negara Pentadbiran negara terganggu Ekonomi negara tergugat Versi Demo
56 01 FAKTA PT3 2019 Contoh Karangan Tema 1: Suluh Masa Masalah disiplin sering dikaitkan dengan golongan pelajar di sekolah . Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah. Dimensi: Diri KBAT Menilai/ Menganalisis Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Praktis Berpandu 1 ARAS : R Penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja semakin hari semakin merisaukan. Bincangkan faktor-faktor berlakunya masalah penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja. Dimensi: Diri Muat Turun Contoh Karangan ,KARANGAN Penanda Wacana Bagi Karangan Pendahuluan Penanda wacana untuk memulakan perenggan pendahuluan • Pada era globalisasi ini, • Pada masa ini, • Sejak akhir-akhir ini, Isi Penanda wacana untuk memulakan isi baharu dan ayat seterusnya • Pada masa yang sama, • Sementara itu, • Seterusnya, Huraian Penanda wacana untuk menulis huraian dan ayat seterusnya (1) Mengapa • Hal ini (berlaku/ terjadi) kerana • Hal ini disebabkan oleh • Hal ini bersangkut paut dengan • Hal ini (tercetus/ timbul) apabila (2) Bagaimana • Dengan berbuat demikian, • Oleh sebab itu, • Oleh yang demikian, (3) Contoh • Antara contoh • Contohnya/ Sebagai contoh, • Misalnya, • Tamsilnya, (4) Kesan • Hal ini mengakibatkan • Implikasinya/ Impaknya, • Kesannya, (6) Ungkapan • bak kata pepatah Melayu, • bak pepatah, (7) Penegas • Benarlah bahawa • Hakikatnya • Jelaslah bahawa • Kita mengakui hakikat bahawa • Oleh itu, benarlah • Secara khususnya, • Secara umumnya, • Sewajarnya, • Tegasnya, • Tuntasnya, Kesimpulan Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup • Akhir kata, • Intihanya, • Kesimpulannya, • Konklusinya, • Secara keseluruhan, • Secara total, Versi Demo
57 PRAPENULISAN Anda boleh menggunakan panduan berserta contoh di bawah atau idea anda sendiri untuk melengkapkan prapenulisan ini. Kemudian gunakan jawapan anda untuk menulis karangan lengkap (A) Pendahuluan Contoh Karangan Teknik Menulis Perenggan pendahuluan memperkenalkan kehendak soalan kepada pembaca. Dalam perenggan ini tidak terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya atau memberikan perkenalan kepada tajuk karangan supaya pembaca lebih tertarik untuk membaca perenggan seterusnya. Pengenalan (1 ayat) • Ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana laporan di dada akhbar dan kaca televisyen menunjukkan pelbagai salah laku pelajar sehingga mendapat liputan meluas. Masalah ini menyebabkan imej pihak sekolah bagai diconteng dengan arang akibat masalah disiplin pelajar. Huraian (2 - 3 ayat) • Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami kehendak soalan secara umum. • Terangkan situasi semasa tentang (Kehendak Soalan) masalah disiplin pelajar sekolah. • (Frasa Menarik: bagai diconteng dengan arang) Akhir-akhir ini, masyarakat sering kali digemparkan dengan masalah-masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Penegas (1 ayat) • Ayat yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah daripada terus berleluasa. Praktis Berpandu 1 (a) Sekarang giliran anda untuk menulis Pengenalan (1 ayat) • Terangkan situasi semasa tentang (Kehendak Soalan) penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja. • (Frasa Menarik: era digital) Pada era digital ini, penggunaan telefon bimbit banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dalam komunikasi dan maklumat terkini. Huraian (2 - 3 ayat) • Ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Namun, akhir-akhir ini ramai remaja yang menyalahgunakan telefon bimbit secara berlebihan sehingga mendatangkan kesan buruk kepada diri mereka. Sebenarnya, penggunaan telefon bimbit memberikan kesan yang baik sekiranya digunakan secara betul. Penegas (1 ayat) • Ayat yang membawa pembaca secara tegas pada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Oleh itu, terdapat beberapa faktor berlakunya masalah penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja. Versi Demo
58 (B) Isi 1 Contoh Karangan Teknik Menulis • Isi: Gunakan teknik 5W1H (Apa/ Bila/ Siapa/ Di mana/ Mengapa/ Bagaimana) yang berkaitan dengan kehendak soalan. • Huraian: Gunakan teknik (Mengapa/ Bagaimana/ Contoh/ Kesan) yang berkaitan dengan isi. • Ungkapan: Sekali sekala selitkan ungkapan yang sesuai dengan isi karangan anda. Isi • (Kehendak Soalan) langkah-langkah menangani masalah disiplin pelajar sekolah. Bagaimanakah ibu bapa memainkan peranan mereka dalam menangani masalah ini? Antara langkah yang boleh dilakukan ialah ibu bapa membentuk sahsiah terpuji anak-anak bermula dari rumah. Huraian • (Mengapa) Mengapakah ibu bapa perlu membentuk sahsiah terpuji anak-anak bermula dari rumah? • (Bagaimana)Bagaimanakah cara untuk membentuk sahsiah terpuji anak-anak bermula dari rumah? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: modal insan, norma) • (Ungkapan) melentur buluh biarlah dari rebungnya (Nilai murni: Kasih sayang) (Mengapa) Ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak yang akan membina sahsiah terpuji anakanak. (Bagaimana) Ibu bapa mestilah mengasuh dan mendidik anak-anak agar menjadi modal insan yang memiliki sahsiah yang terpuji. (Contoh) Contohnya, ibu bapa mendidik anak-anak dengan memberikan nasihat dan teguran sekiranya anak-anak melakukan tingkah laku yang tidak selari dengan norma kehidupan seharian. (Kesan) Dengan itu, anak-anak akan mempunyai disiplin yang baik di rumah mahupun di luar rumah sekiranya dipupuk dengan sahsiah diri yang baik sejak dari kecil (Ungkapan) bak kata peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Praktis Berpandu 1 (b) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) faktor-faktor penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja. Bagaimanakah sikap ibu bapa mempengaruhi penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja? Antara faktor penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja adalah kesibukan ibu bapa. Huraian • (Mengapa) Mengapakah kesibukan ibu bapa memberi kesan kepada masalah ini? • (Bagaimana) Bagaimanakah kesibukan ibu bapa memberi kesan kepada masalah ini? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: senggang) (Mengapa) Hal ini demikian kerana ibu bapa bekerja seharian dan hanya pulang ke rumah apabila lewat petang. (Bagaimana) Kesibukan ibu bapa menyebabkan anak-anak menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan yang sepatutnya. (Contoh) Contohnya, ibu bapa memberikan kebenaran kepada remaja untuk menggunakan telefon bimbit sebagai hiburan dan alat untuk mengisi masa senggang. (Kesan) Dengan itu, remaja akan mudah terdedah dengan perkara-perkara yang negatif apabila penggunaan telefon bimbit mereka tidak terkawal. Susunan (Mengapa/ Bagaimana/ Contoh/ Kesan) boleh berubah mengikut kesesuaian bagi menulis karangan lengkap anda. Info (Mengapa/ Bagaimana/ Contoh/ Kesan) tidak semestinya ada dalam setiap huraian. Info Versi Demo
59 (C) Isi 2 Contoh Karangan Isi • (Kehendak Soalan) langkah-langkah menangani masalah disiplin pelajar sekolah. Apakah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar? Seterusnya, pihak sekolah perlu tegas dalam mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan salah laku disiplin. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pihak sekolah perlu tegas mengambil tindakan? • (Bagaimana) Bagaimanakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: ϐ) (Frasa Menarik: mengatur langkah) • (Ungkapan) pisang tidak berbuah dua kali (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana masalah disiplin yang berlaku di sekolah perlu ditangani segera bagi memastikan masalah ini tidak terus menular. (Bagaimana) Pihak sekolah perlu mengatur langkah yang cepat dan ϐ bagi mengekang masalah ini berlaku. (Contoh) Contohnya, pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa pelajar terlibat dengan masalah disiplin dan mengenakan tindakan tatatertib bagi kes-kes yang serius. (Kesan) Dengan itu, pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin akan berasa serik untuk melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang agar pisang tidak berbuah dua kali. Praktis Berpandu 1 (c) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) faktor-faktor penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja. Apakah tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu bapa yang mengundang masalah ini? Seterusnya, ibu bapa tidak mengehadkan penggunaan telefon bimbit anak-anak. Huraian • (Mengapa) Mengapakah sikap ini mempengaruhi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja? • (Bagaimana) Bagaimanakah sikap ini memberi masalah kepada para remaja? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: gajet) (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana tiada kawalan daripada ibu bapa menyebabkan remaja bebas menggunakan telefon bimbit pada bila-bila masa. (Bagaimana) Ibu bapa yang memberikan kebebasan kepada anak-anak menggunakan telefon menyebabkan anak-anak mengalami ketagihan gajet. (Contoh) Contohnya, anak-anak menggunakan telefon bimbit sepanjang hari dan melayari pelbagai aplikasi di telefon bimbit. (Kesan) Kesannya, masa belajar remaja akan terganggu sehingga menjejaskan pelajaran mereka. Versi Demo
60 (D) Isi 3 Contoh Karangan Isi • (Kehendak Soalan) langkah-langkah menangani masalah disiplin pelajar sekolah. Bagaimanakah pihak polis memainkan peranan dalam menangani masalah ini? Selain itu, pihak polis perlu mengadakan ceramah tentang masalah disiplin di sekolah. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pihak polis perlu mengadakan ceramah tentang masalah disiplin di sekolah? • (Bagaimana) Bagaimanakah cara pihak polis mengadakan ceramah? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: informasi) • (Ungkapan) sebelum nasi menjadi bubur (Nilai murni: Rasional) (Mengapa) Pihak polis dapat menyampaikan informasi terkini berkaitan kes salah laku yang melibatkan pelajar sekolah. (Bagaimana) Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar agar menghindari tindakan-tindakan yang boleh merugikan masa depan mereka. (Contoh) Pihak polis boleh memberikan maklumat berkaitan statistik masalah disiplin pelajar yang menjadi kes jenayah dan tindakan yang telah dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan tersebut. (Kesan) Kesannya, langkah ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar agar tidak melakukan kesalahan yang merugikan masa depan mereka bak kata peribahasa Melayu sebelum nasi menjadi bubur. Praktis Berpandu 1 (d) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) faktor-faktor penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja. Apakah pengaruh lain yang mengundang masalah ini? Selain itu, faktor-faktor penggunaan telefon bimbit secara berlebihan ialah pengaruh media sosial yang semakin berkembang luas. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pengaruh tersebut menjadi faktor penggunaan telefon bimbit secara berlebihan? • (Bagaimana) Bagaimanakah pengaruh tersebut memberi kesan kepada masalah ini? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: media sosial, pempengaruh) • (Ungkapan) masa itu emas (Nilai murni: Kesyukuran) (Mengapa) Ramai remaja pada hari ini menghabiskan masa mereka dengan melayari media sosial untuk mengikuti perkembangan semasa. (Bagaimana) Remaja melayari media sosial sehingga tidak sedar masa mereka melayarinya secara berlebihan. (Contoh) Tamsilnya, remaja melayari media sosial artis-artis dan pempengaruh terkenal melalui aplikasi TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter. (Kesan) Kesannya, remaja akan menghabiskan masa tanpa memikirkan masa itu ibarat emas dengan aktiviti tidak berfaedah sehingga terikut-ikut budaya yang kurang sihat akibat terpengaruh dengan media sosial yang diikuti. Versi Demo
61 (E) Isi 4 Contoh Karangan Isi • (Kehendak Soalan) langkah-langkah menangani masalah disiplin pelajar sekolah. Siapakah yang perlu melaksanakan langkah menangani masalah disiplin pelajar sekolah? Akhir sekali, pihak Kementerian Pelajaran perlu menerap lebih banyak nilai dan budaya positif dalam kalangan pelajar di sekolah. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pihak ini perlu menerap lebih banyak nilai yang positif dalam kalangan pelajar di sekolah? • (Bagaimana)Bagaimanakah pihak ini menerap nilai dan budaya positif dalam kalangan pelajar di sekolah? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Kosa Kata Menarik: mempraktikkan) • (Ungkapan) mencegah lebih baik daripada mengubati (Nilai murni: Rasional) (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilai positif dalam diri pelajar akan dapat membantu membina insan yang mempunyai disiplin tinggi dalam diri. (Bagaimana) Pihak Kementerian Pelajaran perlu memastikan pendidikan di sekolah menerapkan nilai dan budaya positif dalam setiap subjek di sekolah. (Contoh) Pelajar mempraktikkan nilai dan budaya positif semasa berada di sekolah dengan memberi salam, membantu rakan-rakan dan saling menghormati antara rakan sekelas. (Kesan) Sehubungan dengan itu, nilai dan budaya yang dipraktikkan di sekolah dapat memastikan pelajar tidak terjebak dengan masalah disiplin bak kata peribahasa Melayu (Ungkapan) mencegah lebih baik daripada mengubati. Praktis Berpandu 1 (e) Sekarang giliran anda untuk menulis Isi • (Kehendak Soalan) faktor-faktor penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja. Siapakah yang memberi pengaruh kepada remaja dalam penggunaan telefon bimbit secara berlebihan? Akhir sekali, faktor lain yang mempengaruhi penggunaan telefon bimbit secara berlebihan dalam kalangan remaja ialah pengaruh rakan sebaya. Huraian • (Mengapa) Mengapakah pengaruh tersebut memberi kesan kepada masalah ini? • (Bagaimana) Bagaimanakah pengaruh tersebut memberi kesan kepada masalah ini? • (Contoh) Berikan contoh yang berkaitan dengan isi ini. • (Kesan) Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya/ perkara ini berlaku. • (Frasa Menarik: permainan atas talian) • (Ungkapan) bagai mencencang air (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana ramai remaja pada hari ini terlalu terpengaruh dengan rakan sebaya. (Bagaimana) Remaja sanggup menghabiskan wang ringgit untuk memenuhi kehendak mereka berbelanja telefon bimbit mewah dan menambah data Internet untuk melayari aplikasi di telefon bimbit mereka. (Contoh) Contohnya, remaja berbelanja untuk menambah data Internet bagi bermain permainan atas talian seperti PUBG, Mobile Legend, Clash on Clan dan juga menonton video di YouTube. (Kesan) Kesannya, remaja akan merugikan masa mereka dengan melakukan perkara yang sia-sia bak kata peribahasa Melayu bagai mencencang air. Versi Demo
FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAGI BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 Kertas 1: Ujian Bertulis Bahagian Jenis Soalan Jenis Item Jumlah Soalan Markah Bahagian A Sistem Bahasa: Ȉ Morforlogi Ȉ Frasa Ȉ Sintaksis Ȉ Peribahasa Objektif Aneka Pilihan 10 10 Pemahaman Petikan (Antologi Tingkatan 3) Objektif Aneka Pilihan 5 5 Bahagian B Sistem Bahasa: Ȉ Kesalahan Ejaan Ȉ Kesalahan Bahasa Ȉ Ayat Ȉ Peribahasa Objektif Pelbagai Bentuk 4 10 Pemahaman Petikan (Umum/ Sastera) Subjektif Respons Terhad 3 10 Novel Tingkatan 3 Subjektif Respons Terhad 1 10 Bahagian C Pemindahan Maklumat: Ȉ Ringkasan/ Ulasan Subjektif Respons Terhad 1 15 Jumlah markah: 60 Kertas 2: Ujian Bertulis Bahagian Jenis Soalan Jenis Item Jumlah Soalan Markah Bahagian A Karangan Pendek Subjektif Respons Terhad 1 10 Bahagian B Karangan Umum (3 soalan: Jawab 1 soalan sahaja) Subjektif Respons Terbuka 3 30 Jumlah markah: 40 Versi Demo
J1 01 SISTEM BAHASA 01 Kata Nama dan Kata Pinjaman Bahagian A 1 D 2 D 3 B 4 A 5 D 6 A 7 C Bahagian B 1 Hari Raya Aidiladha 2 Pasar raya 3 patriotik 4 isyarat lampu 5 budayawan 6 Orang rumah 02 Kata Adjektif Bahagian A 1 B 2 A 3 D 4 D 5 B 6 B 7 B Bahagian B 1 berseri-seri 2 kusut 3 menguning 4 rumit 5 kebaikan 6 tinggi 7 ramai 03 Kata Tugas Bahagian A 1 C 2 D 3 D 4 D 5 C 6 A 7 D Bahagian B 1 akan 2 daripada 3 semasa ke semasa 4 tongkol 5 atas JAWAPAN 04 Kata Kerja Bahagian A 1 B 2 C 3 D 4 B 5 D 6 D 7 C Bahagian B 1 mengisahkan 2 menjalankan 3 menurap 4 Pemergian 5 menanam 6 membuat 7 mempercayai 8 cermat 9 diberikan 10 dipelajari 05 Kata Ganda Bahagian A 1 B 2 D 3 A 4 B 5 C 6 C 7 B 8 C Bahagian B 1 teresak-esak 2 renyai-renyai 3 reranting 4 kanak-kanak 5 langkah 06 Kata Terbitan Bahagian A 1 C 2 D 3 B 4 A 5 D 6 B 7 D 8 A Sistem Bahasa PDF Analitik Jawapan Sistem Bahasa Video Analitik Jawapan Versi Demo
J2 Bahagian B 1 memperbaik/ membaiki 2 mengetepikan 3 diadakan 4 dikesali 5 membiayai 07 Frasa Frasa Nama Bahagian A 1 D 2 A Bahagian B 1 sejarah 2 orang ramai 3 Semua guru/ Guru-guru 4 ibu bapa masing-masing Frasa Kerja Bahagian A 1 A 2 C 3 D 4 B 5 A 6 A Bahagian B 1 dibaik pulih 2 melibatkan 3 menanggung 4 menghadiri 5 diberikan oleh kerajaan Frasa Adjektif Bahagian A 1 A 2 D 3 D 4 B 5 B 6 D Bahagian B 1 ranum 2 masih giat 3 kecil-kecilan 4 indah nian 5 paling rendah/ terendah 6 begitu kemas/ kemas sekali 7 mahal-mahal Frasa Sendi Nama Bahagian A 1 A 2 D 3 B 4 D 5 A 6 A Bahagian B 1 akan 2 hingga 3 kepada 4 antara 5 dengan 6 dari semasa ke semasa 7 hingga 8 kepada 9 apabila 08 Jenis-Jenis Ayat Bahagian B Praktis 1 (i) Farid melayari internet untuk mencari maklumat terbaharu tentang penyakit berjangkit. (ii) Kedai Muthu menjual barangan runcit dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan ke rumah. Praktis 2 (i) (a) Lim dan Muthu bersiap-siap. (b) Lim dan Muthu pergi ke rumah Halim. (ii) (a) Laila mengetuk pintu dahulu. (b) Laila masuk ke dalam bilik mesyuarat. (iii) (a) Encik Daud dibawa ke hospital. (b) Encik Daud pengsan semasa membeli barangan sekolah anaknya. Praktis 3 (i) Sepenuh perhatian ditumpukan oleh Cikgu Ayuni kepada pelajar yang lemah itu. (ii) Cermin pandang belakang dilihat oleh Fazura sebelum mengundurkan keretanya. (iii) Barang perhiasan di rumahnya gemar dilap oleh Suraya yang pembersih. Praktis 4 (i) Arisya memetik beberapa helai daun pandan untuk memasak agar-agar. (ii) Seorang jurutera yang berpengalaman telah mereka bentuk kereta itu. (iii) Peniaga itu menegur sekumpulan pemuda yang merokok di dalam kedai makannya. Praktis 5 (i) Sedang bermain di taman permainan kelihatan budak- budak itu. Versi Demo
J3 (ii) Telah menjual rumahnya di bandar itu, Faruk. (iii) Disebabkan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari, kawasan rumah Aida dilanda banjir. Praktis 6 (i) Khalilah dan Farid mengadakan kenduri kesyukuran sempena kelahiran anak sulung mereka. (ii) Encik Jamil merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran semasa berbelanja. (iii) Afzan gigih mengulang kaji pelajaran walaupun mengalami masalah penglihatan. Praktis 7 (i) Nenek melarang Aiman bersiul di dalam rumah. (ii) Puteri Raysa memberikan persalinan dan menyuruh Puteri Anggun memakainya. (iii) Ayah berpesan kepada Naim supaya pulang ke rumah sebelum pukul 7:00 malam. Praktis 8 (i) Eugene menegur Samuel sambil bertanyakan khabar. (ii) Fauzi menyatakan bahawa air mineral itu telah dihabiskan oleh Lisa. (iii) Ong menjelaskan bahawa dia kehujanan semalam kerana tidak membawa payung. Praktis 9 (i) “Aduh, sakitnya gigiku!” keluh Faruq. (ii) “Ayah akan menghadiri seminar di Sabah pada hujung minggu ini,” beritahu ibu. (iii) “Cuci kasut sekolah kamu dengan segera,” arah Puan Shima kepada Ainul. 09 Kesalahan Bahasa Bahagian B Praktis 1 (i) kraftangan – kraf tangan (ii) definasi – definisi (iii) pelakun – pelakon Praktis 2 (i) diabetis – diabetes (ii) Sindeket – Sindiket Praktis 3 (i) membanteras (ii) spesies (iii) menggembleng Praktis 4 (i) golongan (ii) Pandemik (iii) pengangguran Praktis 5 (i) Kuetiaw – Kuetiau (ii) Satay – Sate (iii) nasi impit - nasi himpit 10 Peribahasa Bahagian A 1 C 2 D 3 D 4 C 5 B 6 B 7 B 8 C 9 A Bahagian B Praktis 1 (i) Biar putih tulang jangan putih mata (ii) Berpantang mati sebelum ajal Praktis 2 (i) Sarang tebuan jangan dijolok (ii) Lembu dogol jangan dibalun Praktis 3 (i) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (ii) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung 02 ANTOLOGI Praktis 1 1 C 2 D 3 A 4 C 5 B Praktis 2 1 D 2 A 3 B 4 C 5 C Praktis 3 1 A 2 B 3 D 4 A 5 D Praktis 4 1 A 2 C 3 D 4 A 5 C Praktis 5 1 A 2 B 3 B 4 A 5 D Antologi PDF Analitik Jawapan Antologi Video Analitik Jawapan Versi Demo
J4 Praktis 6 1 C 2 A 3 D 4 B 5 A Praktis 7 1 A 2 A 3 C 4 D 5 C Praktis 8 1 D 2 A 3 D 4 B 5 C Praktis 9 1 C 2 D 3 A 4 C 5 B Praktis 10 1 C 2 A 3 D 4 A 5 B Praktis 11 1 C 2 A 3 B 4 A 5 B 03 PEMAHAMAN PETIKAN Praktis 1 1 kebaikan aktiviti berkayak kepada seseorang individu - dalam Bahan 2, aktiviti berkayak dapat dijadikan terapi terbaik untuk mengatasi masalah takut atau fobia air. Dalam Bahan 3 pula, aktiviti kayak mampu membina ketahanan mental dan semangat bekerjasama. 2 persoalan - kepentingan sikap toleransi dan kerjasama dalam tugas - Azizi dan Muzafar saling bertoleransi dan bekerjasama dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih – kepentingan kerjasama dalam melakukan aktiviti - Azizi dan Muzafar menasihati para peserta agar bekerjasama semasa berlatih kayak. 3 sukan berkayak kurang popular di negara kita - masyarakat kurang pendedahan tentang sukan berkayak - Hal ini demikian kerana sukan ini tidak diajar di sekolah – Selain itu, sukan berkayak ini juga kurang mendapat perhatian - kurang promosi daripada pihak-pihak tertentu. Praktis 2 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, perasaan yang dialami oleh kedua-dua orang banduan itu adalah dalam Bahan 1, penyajak berasa sedih dan sunyi kerana terpaksa hidup di dalam penjara. Dalam Bahan 2 pula Taufik berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan kepadanya. 2 Antara nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan petikan tersebut ialah nilai keredaan. Dalam Bahan 1, penyajak mengakui kesalahan dan kesepian yang dialaminya di dalam penjara akibat daripada kesalahan yang dilakukan olehnya. Dalam Bahan 2 pula Taufik memberitahu bahawa hukuman yang dikenakan ke atas dirinya membuatkannya insaf. Seterusnya, nilai rasional. Dalam Bahan 1, penyajak berfikir secara rasional bahawa dia meringkuk di dalam penjara atas perbuatannya yang melanggar undang-undang. Dalam Bahan 2, hukuman penjara tiga tahun dan dua kali sebatan yang diterima oleh Taufik membuatkannya berfikir secara rasional agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. 3 Pada pendapat saya, (Kehendak soalan) kita boleh menggunakan kebebasan yang diberikan (Isi 1) dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (Huraian/ Cadangan) Hal ini penting supaya kita tidak dikenakan hukuman yang berat. (Isi 2) Selain itu, kita juga hendaklah mengetahui batas kebebasan (Huraian/ Cadangan) agar tidak mengguris hati mana-mana pihak dan tidak menimbulkan kesulitan pada masa depan. Praktis 3 1 Berdasarkan Bahan 1, tujuan santap tersebut diadakan adalah untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan di istana. 2 Antara persamaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut ialah pengambilan makan yang seimbang dalam setiap hidangan, iaitu mempunyai sumber karbohidrat, protein, sayuran dan buah-buahan. Selain itu, memakan dalam jumlah yang sedikit dan tertib agar tidak terlalu kenyang. 3 Pada pendapat saya, amalan pemakanan secara sihat dapat dipupuk dalam masyarakat kita melalui kempen kesedaran. Pihak yang terlibat haruslah menggembleng tenaga dalam menguar-uarkan kebaikan pengambilan makanan seimbang. Selain itu, amalan pemakanan secara sihat dapat dipupuk dari rumah. Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mengambil makanan yang seimbang dengan menyediakan menu sihat setiap kali waktu makan. Praktis 4 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, isu yang berkaitan dengan haiwan ialah kepupusan haiwan tertentu seperti kijang dan badak sumbu Sumatera. Selain itu, isu berkaitan dengan alam sekitar pula ialah kemusnahan alam sekitar akibat proses pembangunan. 2 Antara punca kepupusan haiwan ialah pembalakan haram. Hal ini demikian kerana kegiatan tersebut telah memusnahkan habitat haiwan yang selama ini menjadi tempat perlindungan. Selain itu, aktiviti pemburuan haram juga boleh menyebabkan kepupusan haiwan. Misalnya, gajah diburu untuk mendapatkan gadingnya kerana permintaan tinggi dan harganya yang lumayan. Pemahaman Petikan PDF Analitik Jawapan Pemahaman Petikan Video Analitik Jawapan Versi Demo
Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Laman web: www.myteach360.com Facebook: facebook.com/myteach360 Tel: +6.03.8066.7446 Faks: +6.03.8066.4416 Latih Tubi Topikal Matematik Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sains Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal RBT Tingkatan 1 2 3 Latih Tubi Topikal Geogra Tingkatan 1 2 3 LATIH TUBI TOPIKAL Bahasa Melayu Tingkatan 3 Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM6.50 Sabah & Sarawak : RM6.90 Latih Tubi Topikal merupakan siri modul pengajaran dan pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penyediaan modul Bahasa Melayu ini yang mengandungi tip dan Praktis Berpandu Aras 1 dan 2 diharapkan lebih memudahkan pemahaman para pengguna. Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari, memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri. Pada akhir sesi PdP, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Cetakan Pertama 2023 (23.04) Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing Sdn Bhd (1115599-K) 12, Jalan CJ 1/6, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor. 3 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 3 Penulis Myteach Juilis Mokujal Guru Cemerlang BM Penulis Kreatif Anugerah Sastera Sabah (Kritikan Sabah) Ramli Yahya Guru Cemerlang BM Guru Berprestasi Tinggi Munsyi Dewan, Dewan Bahasa & Pustaka Jasni Majed Penceramah BM, Penulisan & Kesusasteraan Melayu Menghasilkan lebih daripada 220 buah buku rujukan BM & Kesusasteraan Melayu Azahar Bahari 25 tahun pengalaman mengajar Penulis Buku Teks KSSM BM Tingkatan 3 Salamah Kamal Penulis tetap Didik Berita Harian & Dewan Pelajar DBP Lebih 33 tahun pengalaman mengajar Nur Asiah Zakaria Buku ditulis: 5 buah Lebih 18 tahun pengalaman mengajar Safwan Razali Buku ditulis: 8 buah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Pengetua (Guru), Anugerah Inovasi PDP MRSM Mukah Ingin menyertai pasukan editorial kami? E-mel ke [email protected] Nota Grafik Antologi Nota Grafik Novel (Dimuat turun dari kod QR) BONUS BONUS Video Analitik Jawapan Ujian Akhir Sesi Akademik BONUS (Dimuat turun dari kod QR) F ormat UASA Terkini daripad a L e m baga Peperiksaan M’sia Latih Tubi 1.0 BM Tg x - 00 Cover.indd All Pages 4/4/2023 8:10:40 PM Versi Demo