The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bilangan halaman: 80
Harga: 4.90 (WM), 5.50 (EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Myteach, 2023-04-19 02:45:14

Latih Tubi Topikal Sejarah Tg 5

Bilangan halaman: 80
Harga: 4.90 (WM), 5.50 (EM)

Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Laman web: www.myteach360.com Facebook: facebook.com/myteach360 Tel: +6.03.8066.7446 Faks: +6.03.8066.4416 Latih Tubi Topikal Matematik Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sains Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal RBT Tingkatan 1 2 3 Latih Tubi Topikal Geogra Tingkatan 1 2 3 LATIH TUBI TOPIKAL 5 Sejarah Tingkatan 5 Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.50 Latih Tubi Topikal merupakan siri modul pengajaran dan pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari, memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri. Pada akhir sesi PdP, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Cetakan Pertama 2023 (23.04) Dicetak di Malaysia oleh: Bookmate Sdn Bhd (530838-P) 25, Jalan Taming 10, Taman Taming Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 5 Penulis Myteach Anda mempunyai bakat menulis? E-mel ke [email protected] Firdaus Lastli Buku ditulis: 25 buah Guru Cemerlang Sejarah Nora Johnday Buku ditulis: 40 buah Lebih 20 tahun pengalaman menulis buku Sejarah Crystal Alexander Buku ditulis: 32 buah Lebih 20 tahun pengalaman menulis buku Sejarah Ingin menyertai pasukan Editorial kami? E-mel ke [email protected] BONUS Video Analitik Jawapan BONUS Kajian Kes Kertas Model SPM BONUS (Boleh Dileraikan) Latih Tubi 1.0 Sejarah Tg x - 00 Cover.indd All Pages 4/4/2023 9:31:25 AM Versi Demo


Alamak, saya tidak ingat penerangan dari cikgu!! Ini solusinya!! Ada pelajar yang malu menanya cikgu? Cikgu tidak sempat nak buat penerangan kepada semua pelajar? Video Analitik Jawapan Apakah peranan Video Analitik Jawapan dalam buku? Penerangan secara mendalam: - Teknik Menjawab - Kesilapan Umum - Langkah Penyelesaian - Ulasan Jawapan Bagaimanakah cara pengHunaan? 1. 2. 3. 4. Pelajar buat latihan dalam buku Guru menanda buku Guru membuat penerangan kepada pelajar Cikgu boleh kongsi pautan Video Analitik Jawapan dalam Google Classroom atau pelajar akses dari Sisipan Jawapan Di manakah Video & PDF Analitik Jawapan boleh diakses? 1. Sisipan Jawapan. (Kod QR Video & Muat Turun PDF) Versi Demo


KANDUNGAN Untuk Pesanan DAN Semakan Stok KEDAULATAN NEGARA 2 BAB 01 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 7 BAB 02 RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN 12 BAB 03 SISTEM PERSEKUTUAN 17 BAB 04 PEMBENTUKAN MALAYSIA 22 BAB 05 CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA 27 BAB 06 MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA 32 BAB 07 MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA 36 BAB 08 DASAR LUAR MALAYSIA 41 BAB 09 KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA 46 BAB 10 KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 5 51 – 56 KERTAS MODEL SPM K1 – K12 JAWAPAN J1 – J12 Versi Demo


2 1.1 Konsep Kedaulatan 1 Apakah prinsip yang mendukung pembinaan kedaulatan mengikut pandangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj? BT m.s. 5 TP1 ARAS : R A Keadilan C Kekuasaan raja B Kemerdekaan D Kekuatan tentera 2 Apakah ciri penting kedaulatan tradisional? BT m.s. 6 TP2 ARAS : R A Kewibawaan raja B Perluasan jajahan C Keunggulan undang-undang D Peningkatan semangat nasionalisme 3 Gambar berikut berkaitan dengan badan kehakiman di negara kita. Istana Kehakiman di Putrajaya Apakah kaitan institusi tersebut dengan konsep kedaulatan negara? BT m.s. 7 TP3 ARAS : S A Mengukuhkan kedudukan raja B Ciri kedaulatan undang-undang C Kawalan kedaulatan antarabangsa D Asas kekuatan kedaulatan tradisional 4 Kedaulatan antarabangsa merujuk kepada pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara. Apakah implikasi daripada pengiktirafan tersebut? BT m.s. 7 TP4 ARAS : T A Pemimpin negara disegani B Pentadbiran negara lebih sistematik C Pencabulan hak oleh negara lain dapat dihalang D Peningkatan persefahaman dengan negara jiran 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat 5 Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Apakah ciri-ciri pemerintahan berdaulat negara kita? BT m.s. 8 TP3 ARAS : S I Perdana Menteri sebagai ketua negara II Jemaah Menteri membantu pentadbiran III Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan IV Rukun Negara sebagai rujukan perundangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6 Sempadan merupakan garis pemisah antara sesebuah negeri atau negara. Mengapakah penetapan sempadan penting kepada negara kita? BT m.s. 8 TP2 ARAS : R A Memudahkan urusan pemerintahan B Mengukuhkan kesetiaan rakyat C Mengukuhkan kedudukan raja D Menjamin kebebasan asasi 7 Mengapakah sistem perundangan penting kepada sesebuah negara yang berdaulat? BT m.s. 9 TP2 ARAS : R A Menjamin keadilan rakyat B Menyatupadukan penduduk C Mengukuhkan kekuatan tentera D Mengabsahkan sempadan negara 8 Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara kita yang berdaulat. Apakah yang menjadi teras kepada sistem tersebut? BT m.s. 9 TP2 ARAS : R A Salasilah Melayu B Undang-undang adat C Keputusan mahkamah D Perlembagaan Persekutuan 9 Gambar berikut menunjukkan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020. Mengapakah mesyuarat tersebut penting? BT m.s. 9 TP4 ARAS : R A Menyatukan bangsa B Menentukan keputusan C Menjamin kemerdekaan mutlak D Menggubal undang-undang negara 10 Salah satu ciri negara yang berdaulat ialah mempunyai rakyat. Bagaimanakah rakyat pelbagai kaum di negara kita disatukan? BT m.s. 9 TP2 ARAS : R I Kepercayaan agama II Kekuatan parti politik III Penggunaan satu bahasa IV Pengamalan Rukun Negara A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Jawab semua soalan. KERTAS 1 BAB 01: KEDAULATAN NEGARA Video Analitik Jawapan Kertas 1Video Analitik Jawapan Penerangan Teknik Menjawab dan Ulasan Jawapan Muat turun Nota Bab 1 Versi Demo


3 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 11 Maklumat berikut berkaitan dengan faktor yang membawa kepada keberkesanan sistem pentadbiran di negara kita. Ȉ ‡„‡–—ƒ ‡ƒƒŠ‡–‡”‹ Ȉ ‡„‡–—ƒ‡‡–‡”‹ƒ›ƒ‰„‡”ƒ‹–ƒ Ȉ ‡”Œƒ•ƒƒ‡”ƒŒƒƒ‡”•‡—–—ƒ†ƒ‡”ƒŒƒƒ‡‰‡”‹ Ȉ X Apakah X? BT m.s. 10 TP4 ARAS : S A Peruntukan undang-undang B Proses pilihan raya yang telus C Jawatan Yang di-Pertuan Agong D Penyertaan dalam pertubuhan antarbangsa 12 Sejauh manakah kedaulatan penting untuk kemakmuran ekonomi negara kita? BT m.s. 10 TP4 ARAS : S A Melicinkan pentadbiran B Meningkatkan taraf hidup C Mengawal pengaruh kuasa luar D Melahirkan generasi berintelektual 13 Bagaimanakah negara kita dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran untuk menjamin kesejahteraan sosial masyarakat? BT m.s. 11 TP2 ARAS : T A Memenangi pertandingan peringkat antarabangsa B Membuka lebih banyak peluang pekerjaan C Menggalakkan aktiviti kemasyarakatan D Menyediakan pendidikan 14 Kecemerlangan hubungan luar penting untuk mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat. Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai? BT m.s. 11 TP3 ARAS : S A Menggubal dasar luar negara B Menganjurkan sukan bertaraf dunia C Melaksanakan pengasingan kuasa pentadbiran D Menjalinkan hubungan erat dengan negara serantau 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan 15 Apakah peranan pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik di negara kita? BT m.s. 12 TP2 ARAS : R A Mematuhi undang-undang negara B Merangka program integrasi nasional C Mewujudkan pentadbiran yang cekap D Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan 16 Sejak awal kemerdekaan, pemerintah dan rakyat berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum. Bagaimanakah usaha tersebut direalisasikan? BT m.s. 13 TP2 ARAS : R I Menghayati prinsip Rukun Negara II Mengamalkan semangat perkongsian III Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran IV Mengadakan latihan ketenteraan dengan negara lain A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 17 Senarai berikut menunjukkan langkah-langkah kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan. Ȉ ‡›ƒ„—– ƒ”‹ƒŠŽƒ™ƒ Ȉ ‡‰ƒŒ—”ƒ•ƒ„—–ƒ ƒ”‹‡„ƒ‰•ƒƒ Ȉ ƒ–ƒ’‡ŽƒŒƒ”ƒ‡Œƒ”ƒŠ•‡„ƒ‰ƒ‹ƒ–ƒ’‡ŽƒŒƒ”ƒ–‡”ƒ• Mengapakah pihak kerajaan berbuat demikian? BT m.s. 14 TP4 ARAS : S A Memupuk patriotisme rakyat B Mewujudkan kestabilan politik C Mengukuhkan institusi kekeluargaan D Memantapkan sistem pertahanan negara 18 Pertahanan negara penting untuk mengekalkan kedaulatan negara kita. Apakah peranan rakyat untuk memastikan pertahanan negara dapat diperkukuhkan? BT m.s. 15 TP2 ARAS : R I Menghargai tokoh pejuang II Memodenkan aset ketenteraan III Menganggotai pasukan sukarelawan IV Mengelakkan kerjasama dengan pihak asing A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19 Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat dalam melaksanakan langkah mengekalkan kedaulatan telah berjaya menghasilkan keamanan dan kesejahteraan. Bagaimanakah kejayaan tersebut dapat dicapai? BT m.s. 15 TP4 ARAS : T A Kerjasama antara kaum B Kebebasan rakyat dikawal C Kekuatan sistem pertahanan D Kewarganegaraan diperketat Versi Demo


4 KERTAS 2 Bahagian A 1 Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara. (a) Nyatakan jenis kedaulatan bagi X dan Y berikut. Buku Teks: m.s. 6 Ȉ ‡†ƒ—Žƒ–ƒ–”ƒ†‹•‹‘ƒŽ Ȉ ‡†ƒ—Žƒ–ƒƒ–ƒ”ƒ„ƒ‰•ƒ Ȉ X Ȉ Y X : (F) Kedaulatan moden Y : (F) Kedaulatan undang-undang Buku Teks: m.s. 6 TP1 ARAS : R [2 markah] (b) Jelaskan ciri kedaulatan tradisional negara kita. (F1) (Apakah asas kedaulatan tradisional?) Berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu (F2) Terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja (F3) (Siapakah yang berkuasa?) Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi (F4) (Bagaimanakah kedaulatan raja diperkukuh?) Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat Buku Teks: m.s. 6 TP2 ARAS : R [4 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah kedaulatan undang-undang sangat penting di negara kita? (F1)(Mengapakah ia penting?) Pada pendapat saya, kedaulatan undang-undang sangat penting di negara kita kerana dapat menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat. (H1)(Bagaimanakah rakyat dilindungi?) Hal ini demikian kerana setiap rakyat akan dilindungi melalui undang-undang yang jelas dan adil berdasarkan kesalahan yang dilakukan. (C1)(Contoh) Misalnya, seseorang yang didapati bersalah akan dihukum berdasarkan undang-undang negara namun sekiranya terbukti tidak bersalah, beliau akan dibebaskan. (I)(Kesan) Oleh itu, setiap warganegara mendapat hak yang sewajarnya. (F2)(Mengapakah ia penting?) Selain itu, kedaulatan undangundang penting kerana ia dapat menjamin keamanan negara. (H2)(Bagaimanakah masyarakat bertindak?) Ini kerana, masyarakat akan menjaga dan mengawal tingkah laku jika tidak mahu dikenakan tindakan undangundang. (C2) Sebagai contoh, rakyat perlu memiliki lesen memandu sekiranya ingin memandu di jalan raya. (I) (Kesan) Sehubungan itu, negara akan menjadi aman damai sekiranya undang-undang dipatuhi oleh masyarakat. TP6 ARAS : T KBAT Menganalisis [4 markah] B a b 1.1 Video Analitik Jawapan Kertas 2 Bahagian A Video Analitik Jawapan Penerangan Teknik Menjawab dan Ulasan Jawapan Strategi ini berguna untuk membantu murid memahami peristiwa yang berlaku. Teknik 5W1H Versi Demo


5 2 Gambar-gambar berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara yang berdaulat. Sabah Sarawak Brunei Mempunyai pemerintahan Mempunyai sempadan Mempunyai perundangan Mempunyai rakyat (a) Jelaskan ciri yang membuktikan sistem pemerintahan di negara kita dijalankan secara teratur. (F1) (Apakah ciri tersebut?) Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan (F2) (Bagaimanakah sistem pemerintahan di Malaysia?) Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan (F3) (Siapakah Ketua Utama Negara?) Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara (F4) (Siapakah Ketua Kerajaan?) Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan (H4) (Bagaimanakah pentadbiran negara diuruskan?) Pentadbiran dibantu oleh Jemaah Menteri Buku Teks: m.s. 8 TP2 ARAS : R [2 markah] (b) Sistem perundangan merupakan asas peraturan negara. Jelaskan kepentingan tersebut kepada negara kita. (F1)(Mengapakah sistem perundangan penting?) Kepentingan sistem perundangan kepada negara kita ialah bagi memelihara kesejahteraan rakyat. (F2)(Apakah kepentingannya?) Selain itu, sistem perundangan penting untuk menjaga keadilan rakyat. (F3)(Apakah kepentingannya?) Kepentingan seterusnya ialah melindungi rakyat dan negara melalui saluran undang-undang. (F4)(Apakah kesannya kepada negara?) Sistem perundangan sesebuah negara juga membolehkan negara tersebut mendapat penghormatan daripada negara luar. Buku Teks: m.s. 9 TP4 ARAS : S [4 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan cara rakyat pelbagai kaum di negara kita disatukan? (F1)(Bagaimanakah rakyat disatukan?) Rakyat pelbagai kaum di negara kita disatukan melalui penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan. (F2)(Bagaimanakah rakyat disatukan?) Rakyat juga disatukan melalui pengamalan kebudayaan yang sama (C2)(Contoh) misalnya makanan dan pakaian. (F3)(Apakah prinsip yang menyatukan rakyat?) Selain itu, rakyat juga disatukan melalui pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara. (F4)(Bagaimanakah rakyat disatukan?) Rakyat negara kita turut disatukan melalui pembentukan identiti nasional yang sama (C4)(Contoh) misalnya, perasaan kekitaan masyarakat tanpa mengira kaum ketika berada di dalam satu kelompok antarabangsa. Buku Teks: m.s. 9 TP4 ARAS : S [4 markah] B a b 1.2 Versi Demo


6 Bahagian B 1 Dari segi bahasa, kedaulatan merujuk kepada kuasa tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka. (a) Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan takrifan kedaulatan dari segi bahasa. Buku Teks: m.s. 4 TP2 ARAS : R [6 markah] (b) Tokoh-tokoh berikut telah memberikan tafsiran tentang konsep kedaulatan yang sesuai dengan zaman mereka. Aristotle Ibnu Khaldun Jean Bodin Tunku Abdul Rahman Tun Dr. Mohamed Putra al-Haj Salleh Abas Jelaskan tafsiran kedaulatan menurut tokoh-tokoh tersebut. Buku Teks: m.s. 5 TP4 ARAS : S [8 markah] (c) Kedaulatan sangat penting kepada negara kita. Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut. KBAT Menganalisis TP6 ARAS : T [6 markah] 2 Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting bagi mempertahankan kedaulatan negara. Kerjasama ini penting bagi memastikan kedaulatan dapat dipertahankan demi kemajuan dan kesejahteraan negara. (a) Terangkan peranan pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi serta mengekalkan perpaduan kaum di negara kita. Buku Teks: m.s. 12 – 13 TP2 ARAS : R [6 markah] (b) Kedaulatan negara dapat dipertahankan melalui semangat patriotisme dan pengukuhan aspek pertahanan. Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda membantu merealisasikan matlamat tersebut? Buku Teks: m.s. 14 – 15 TP4 ARAS : S [6 markah] (c) Negara-negara di dunia menghadapi cabaran dalam mengekalkan kedaulatan masing-masing. (i) Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh negara-negara di dunia pada masa kini? KBAT Menganalisis TP6 ARAS : T [4 markah] (ii) Berdasarkan situasi di 2(c)(i), cadangkan peranan seseorang warganegara dalam mempertahankan kedaulatan negaranya. KBAT Mencipta TP6 ARAS : T [4 markah] Video Analitik Jawapan Penerangan Teknik Menjawab dan Ulasan Jawapan Video Analitik Jawapan Kertas 2 Bahagian B B a b 1.1 B a b 1.4 Versi Demo


51 Tajuk 15 : Malaysia di Persada Dunia Standard Kandungan : Asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia Pernyataan Masalah Kejayaan dasar luar Malaysia dapat diukur dengan wujudnya hubungan baik serta kerjasama erat dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa. Sejauh manakah pelibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu memantapkan dasar luar Malaysia? Buku Teks: m.s. 195 – 205 Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: (a) Tajuk laporan: (b) Nama penulis: (c) Isi kandungan: (i) Faktor penggubalan dasar luar (ii) Kepentingan dasar luar negara (iii) Sumbangan Malaysia dalam PBB (iv) Masa hadapan PBB (v) Cabaran dasar luar negara (vi) Iktibar penggubalan dasar luar negara (d) Rumusan (e) Sumber rujukan Kerangka Pelaksanaan Tugasan Bil Senarai Semak Tugasan Aktiviti/ Tindakan Markah 1 Perancangan Menentukan tajuk kajian, jadual kerja, objektif kajian serta kaedah kajian 8 2 Proses awal 2.1 Mengumpulkan maklumat berdasarkan pelbagai sumber/ kaedah rujukan 2.2 Menyediakan kerangka kasar penulisan 10 10 3 Pelaporan 3.1 Faktor penggubalan dasar luar 3.2 Kepentingan dasar luar negara 3.3 Sumbangan Malaysia dalam PBB 3.4 Masa hadapan PBB 3.5 Cabaran dasar luar negara 3.6 Iktibar penggubalan dasar luar negara 15 10 10 15 10 10 4 Penilaian umum Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis 2 Jumlah markah 100 Rangka Jawapan Tajuk Kajian Sejauh manakah pelibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu memantapkan dasar luar Malaysia? Standard Kandungan 15.1 Asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia Standard Pembelajaran 15.1.3 Menghuraikan pelibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) K15.2.7 Menghuraikan kepentingan sikap berhati-hati dalam menghadapi cabaran KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 5 Versi Demo


52 Objektif Kajian Pengetahuan: 1 Mengkaji pelibatan dan sumbangan Malaysia dalam PBB 2 Menerangkan cabaran yang dihadapi dalam usaha mengukuhkan dasar luar Malaysia Kemahiran: Meneroka bukti sumbangan Malaysia dalam PBB Nilai: 1 Kebijaksanaan dalam menguruskan dasar luar negara 2 Memupuk sikap menghormati dasar luar negara lain Persoalan Mengembangkan Idea 1 Menyatakan faktor penggubalan dasar luar negara 2 Menghuraikan kepentingan dasar luar negara 3 Menjelaskan sumbangan Malaysia dalam PBB 4 Memerihalkan masa hadapan PBB 5 Mengenal pasti cabaran dasar luar negara 6 Membincangkan iktibar yang diperoleh daripada penggubalan dasar luar negara Rujukan atau Sumber 1 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 2 Laman sesawang 3 Buku rujukan 4 Akhbar atau majalah Kaedah 1 Kaedah bertulis 2 Kaedah penyelidikan perpustakaan Laporan Kajian Menyediakan laporan kajian dalam salah satu bentuk berikut: 1 Pembentangan 2 PowerPoint 3 Folio Panduan Jawapan Tajuk: Sejauh manakah pelibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu memantapkan dasar luar Malaysia? Isi Kandungan 1 Pengenalan Ȉ Dasar luar negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara luar yang lain Ȉ Matlamat utama penggubalan dasar ini adalah untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan cara memupuk hubungan baik dengan negara luar 2 Faktor penggubalan dasar luar negara Ȉ Berdasarkan kewujudan ikatan sejarah dan budaya serta ikatan keagamaan antara Malaysia dengan negara lain Ȉ Wujudnya keperluan nasional untuk menjaga kedaulatan mahupun dasar yang menguntungkan negara Ȉ Malaysia menyesuaikan dasar luarnya dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara-negara serantau dan antarabangsa Ȉ Kebijaksanaan dan kecekapan pemimpin negara yang peka dengan perkembangan antarabangsa mempengaruhi perubahan dasar luar negara 3 Kepentingan dasar luar Ȉ Menjaga kedaulatan negara melalui hubungan baik dengan negara serantau dalam pertubuhan ASEAN Ȉ Memajukan pembangunan dalam negara Ȉ Mengekalkan hubungan harmoni antara negara jiran Ȉ Menjaga keselamatan rakyat Malaysia di negara lain Versi Demo


53 4 Sumbangan Malaysia dalam PBB Ȉ Mendukung piagam PBB yang selaras dengan pendirian Malaysia Ȉ Terlibat dalam agensi PBB seperti United Nations of Educational, Scientiϐic and Cultural rganiœation (UNESC) Ȉ Memberi kebenaran kepada PBB untuk membuka pejabat United Nations High Commissioner Refugeers (UNHCR) Ȉ Malaysia juga memberi sumbangan dalam misi pengaman anjuran PBB di negara yang berkonϐlik Ȉ Terlibat dalam misi pegawai pemerhati di negara yang menghadapi konϐlik Ȉ Penglibatan tokoh Malaysia dalam agensi PBB. Antara tokoh yang terlibat adalah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang merupakan doktor perubatan dan aktivis kemanusiaan 5 Masa depan PBB Ȉ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan tetap relevan kerana pertubuhan ini mengutamakan keamanan dunia Ȉ PBB akan kekal komited dalam menjalankan misinya melalui agensi PBB yang lain Ȉ PBB terus berusaha menjamin kesihatan penduduk dunia pada masa hadapan melalui agensinya Pertubuhan Kesihatan Dunia (WH) Ȉ PBB akan terus mengutamakan pertumbuhan dan kebajikan kanak-kanak 6 Cabaran dasar luar negara Ȉ Perbeœaan ideologi yang akan mewujudkan jurang persefahaman yang luas antara negara Ȉ Keperluan mengutamakan dan memajukan ekonomi negara masing-masing Ȉ Mengekalkan hak negara daripada campur tangan pihak asing Ȉ Mengatasi jenayah merentasi sempadan 7 Iktibar penggubalan dasar luar Ȉ Berbangga dengan pencapaian Malaysia dalam PBB yang telah mengharumkan nama negara Ȉ Menjaga hubungan baik dengan negara lain Rumusan 1 Pengetahuan yang diperoleh Ȉ Mengetahui sumbangan Malaysia dalam PBB Ȉ Peka dengan cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh negara 2 Iktibar Ȉ Memupuk sikap menghormati dasar luar negara lain Ȉ Mendidik semangat cinta akan negara dan kesediaan melindungi kepentingan negara Ȉ Pemimpin bijak membuat keputusan dalam menentukan dasar luar agar dapat menjamin kedaulatan negara Ȉ Masyarakat menyokong hubungan dasar luar negara kerana terdapat banyak manfaat yang diperolehi 3 Harapan Ȉ Hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau dan antarabangsa terus berkekalan Ȉ Kedaulatan dasar luar Malaysia terus terpelihara Sumber rujukan Ȉ Laman sesawang Ȉ Buku Pembentangan hasil kajian Ȉ Pembentangan sangat jelas, terperinci dan lengkap Ȉ Pemahaman yang sangat mendalam terhadap tugasan Ȉ Menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan kreatif Ȉ Berupaya menarik minat audien Versi Demo


[Lihat halaman sebelah K1 – 1 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak. 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. KERTAS MODEL SPM KERTAS MODEL SPM SEJARAH 1249/1 KERTAS 1 SPM KERTAS 1 1249/1 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) Versi Demo


K1 – 2 SULIT 1 Senarai berikut menunjukkan wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. Ȉ Pahang Ȉ Kelantan Ȉ Rokan Bagaimanakah wilayah tersebut berjaya diperoleh? Tg.4, BT m.s. 7 ARAS : R A Peperangan B Perkahwinan C Persahabatan D Kerelaan negeri 2 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga keamanan di laut. Bagaimanakah keadaan tersebut dicapai? Tg.4, BT m.s. 9 ARAS : R A Memantapkan hubungan diplomatik B Memperkasa peranan Temenggung C Mewujudkan jawatan Laksamana D Meluaskan jajahan takluk 3 Apakah isu yang diperjuangkan oleh golongan berikut dalam menggerakkan nasionalisme di Vietnam? Tg.4, BT m.s. 29 ARAS : S Ȉ Golongan bangsawan Ȉ Pegawai daripada golongan mandarin A Menuntut hak penduduk peribumi B Pemulihan sistem pemerintahan beraja C Pembentukan sebuah kerajaan republik D Menamatkan penindasan kuasa Perancis 4 Akhbar berikut telah diterbitkan oleh angkatan intelektual Melayu di Sarawak. Fajar Sarawak Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut? Tg.4, BT m.s. 34 ARAS : R A Kepentingan maruah bangsa B Memperjuangkan bahasa ibunda C Mengkritik dasar pemerintahan Brooke D Ancaman terhadap ekonomi bumiputera B a b 1.2 B a b 1.3 B a b 2.4 B a b 2.6 5 Sebelum Perang Dunia Kedua, kesedaran kebangsaan melalui akhbar Melayu tidak boleh dilakukan secara terang-terangan. Mengapakah keadaan tersebut berlaku? Tg.4, BT m.s. 53 ARAS : R A Cetakan akhbar tidak meluas B Kewujudan undang-undang British C Mengelak menderhaka kepada raja D Tahap celik huruf penduduk yang lemah 6 Maklumat berikut berkaitan dengan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa dalam memastikan keamanan dunia. Krisis Habsyah (1935-1936) Apakah yang mencetuskan peristiwa tersebut? Tg.4, BT m.s. 59 ARAS : S A Serangan Itali B Kebangkitan Jepun C Pengguguran bom atom D Penguasaan oleh Jerman 7 Gambar berikut merujuk kepada toloh penting ketika pentadbiran British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu. Mejar Jeneral Ralph Hone Apakah peranan beliau ketika itu? Tg.4, BT m.s. 96 ARAS : S A Memulihkan ekonomi Tanah Melayu B Mengetuai British Military Administration C Membentuk sistem Demokrasi Berparlimen D Merangka bentuk pentadbiran Malayan Union B a b 3.1 B a b 3.3 B a b 4.2 KERTAS MODEL SPM KERTAS 1 Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 1249/1 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) Versi Demo


[Lihat halaman sebelah K1 – 1 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A serta manamana tiga soalan daripada Bahagian B. 3. Bagi Bahagian A, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan. 4. Bagi Bahagian B, tulis jawapan anda dalam kertas tambahan yang berasingan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Kod Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 2 10 3 10 4 10 B 5 20 6 20 7 20 8 20 9 20 Jumlah 100 NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN KERTAS MODEL SPM SEJARAH 1249/2 KERTAS 2 KERTAS MODEL SPM 2 2 1 jam Dua jam tiga puluh minit SPM KERTAS 2 1249/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) Versi Demo


K2 – 2 SULIT KERTAS 2 Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan daripada Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Gambar berikut menunjukkan salah seorang tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme untuk menghapuskan penjajahan asing di Filipina. (a) Namakan tokoh tersebut. Jose Rizal Tg4, Buku Teks: m.s. 28 ARAS : R [1 markah] (b) Bagaimanakah bentuk perjuangan tokoh tersebut? (F1) Melalui gerakan propaganda (F2) Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol (F3) Memperoleh hak yang sama seperti bangsa Sepanyol (F4) Menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 (H4) Untuk mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial Tg4, Buku Teks: m.s. 28 ARAS : S [3 markah] (c) Kegagalan perjuangan tokoh tersebut telah mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal oleh Andres Bonifacio. Berikan penjelasan anda. (F1) Menubuhkan Katipunan. (H1a) Untuk memperoleh kemerdekaan Filipina. (H1b) Melalui revolusi (F2) Menggunakan akhbar Kalayan. (H2) Untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat. (F3) Bekerjasama dengan Aguinaldo melancarkan Revolusi Filipina (1896). (H3) Untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol Tg4, Buku Teks: m.s. 28 ARAS : S [3 markah] (d) Pada pendapat anda, apakah ciri kepimpinan yang dimiliki oleh tokoh nasionalis Filipina yang wajar diteladani oleh generasi muda pada masa kini? (F1) Pada pendapat saya, antara ciri kepimpinan tokoh tersebut yang wajar diteladani ialah berani berhadapan dengan risiko demi menjaga hak rakyat dan negara. (F2) Selain itu, kita juga harus mempunyai perancangan dan strategi yang teliti untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. (F3) Di samping itu, kita perlu mempunyai sikap patriotik dan sanggup berkorban demi menuntut kemerdekan negara. (F4) Akhir sekali, kita harus mendahulukan kepentingan negara dengan mengetepikan kepentingan diri dalam mencapai matlamat. KBAT Menilai ARAS : T [3 markah] B a b 2.4 1249/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) Versi Demo


[Lihat halaman sebelah K2 – 5 SULIT (c) Maklumat berikut berkaitan dengan cabaran yang dihadapi berkaitan dengan usaha kerajaan di 4(b). (i) Pada pendapat anda, mengapakah situasi tersebut berlaku? (F1) Pada pendapat saya, situasi tersebut berlaku disebabkan sikap pemaju yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sahaja. (F2) Selain itu, pemaju juga tidak mempunyai perancangan yang teliti ekoran kurang pengalaman. (F3) Di samping itu, berkemungkinan juga pihak pemaju kekurangan dana untuk meneruskan projek tersebut sehingga menyebabkan projek tersebut gagal disiapkan. (F4) Akhir sekali, sikap pembeli yang kurang berhati-hati akibat keghairahan untuk memiliki rumah juga mungkin menyebabkan situasi tersebut berlaku. KBAT Menganalisis ARAS : T [3 markah] (ii) Cadangkan pendekatan yang efektif untuk menangani situasi tersebut daripada terus berlaku. (F1) Antara pendekatan yang boleh diambil bagi mengelakkan situasi tersebut ialah mengadakan pemantauan secara berkala oleh pihak berkuasa yang berkaitan. (F2) Selain itu, pembeli juga perlu mengambil langkah berhati-hati dengan membeli rumah dengan pihak pemaju yang diyakini dan berdaftar. (F3) Pemaju juga mestilah mempunyai pelan perancangan kerja yang sistematik serta kewangan yang kukuh sebelum memulakan sesuatu projek. (F4) Pihak pemaju juga perlu mempertimbangkan untuk menyediakan dana kecemasan sekiranya berlaku sesuatu masalah ketika kerja-kerja pembinaan berlangsung. KBAT Mencipta ARAS : T [3 markah] Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini. 5 Penyerahan kalah tentera Jepun menamatkan pendudukan Jepun di negara kita yang berlangsung dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. (a) Ceritakan kronologi kekalahan tentera Jepun dan pengakhiran Perang Dunia Kedua. Tg4, Buku Teks: m.s. 82 –83 ARAS : R [4 markah] (b) Kelewatan pendaratan semula tentera British selepas peristiwa di 3(a) menyebabkan wujud kekosongan kuasa politik di Tanah Melayu. (i) Bagaimanakah Bintang Tiga mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut? [4 markah] (ii) Jelaskan tindak balas orang Melayu ekoran daripada tindakan Bintang Tiga seperti di 3(b)(i) tersebut. Tg4, Buku Teks: m.s. 84 ARAS : S [4 markah] (c) Pendudukan Jepun dan penguasaan Bintang Tiga memberikan impak negatif terhadap keharmonian di negara kita. Bagaimanakah masyarakat pelbagai kaum di negara kita pada hari ini dapat mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut demi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan? KBAT Mengaplikasi ARAS : T [8 markah] B a b 3.9 sumber: www.astroawani.com 1249/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) Versi Demo


J1 Kertas 1 - (Soalan Objektif) 1 A 2 A 3 B 4 C 5 C 6 A 7 A 8 D 9 D 10 D 11 A 12 B 13 D 14 A 15 C 16 A 17 A 18 D 19 A Kertas 2 – Bahagian A (Soalan Struktur) 1 (a) F X : Kedaulatan moden F Y : Kedaulatan undang-undang (b) F1 (Apakah asas kedaulatan tradisional?) Berpaksi pada kedaulatan Rajaraja Melayu F2 Terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja F3 (Siapakah yang berkuasa?) Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi F4 (Bagaimanakah kedaulatan raja diperkukuh (c) (F1)(Mengapakah ia penting?) Pada pendapat saya, kedaulatan undangundang sangat penting di negara kita kerana dapat menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat. (H1)(Bagaimanakah rakyat dilindungi?) Hal ini demikian kerana setiap rakyat akan dilindungi melalui undang-undang yang jelas dan adil berdasarkan kesalahan yang dilakukan. (C1)(Contoh) Misalnya, seseorang yang didapati bersalah akan dihukum berdasarkan undang-undang negara namun sekiranya terbukti tidak bersalah, beliau akan dibebaskan. (I)(Kesan) Oleh itu, setiap warganegara mendapat hak yang sewajarnya. (F2)(Mengapakah ia penting?) Selain itu, kedaulatan undangundang penting kerana ia dapat menjamin keamanan negara. (H2)(Bagaimanakah masyarakat bertindak?) Ini kerana, masyarakat akan menjaga dan mengawal tingkah laku jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. (C2) Sebagai contoh, rakyat perlu memiliki lesen memandu sekiranya ingin memandu di jalan raya. (I) (Kesan) Sehubungan itu, negara akan menjadi aman damai sekiranya undang-undang dipatuhi oleh masyarakat. 2 (a) F1 (Apakah ciri tersebut?) Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan F2 (Bagaimanakah sistem pemerintahan di Malaysia?) Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan F3 (Siapakah Ketua Utama Negara?) Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara F4 (Siapakah Ketua Kerajaan?) Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan H4 (Bagaimanakah pentadbiran negara diuruskan?) Pentadbiran dibantu oleh Jemaah Menteri (b) F1 (Mengapakah sistem perundangan penting?) Kepentingan sistem perundangan kepada negara kita ialah bagi memelihara kesejahteraan rakyat. F2 (Apakah kepentingannya?) Selain itu, sistem perundangan penting untuk menjaga keadilan rakyat. F3 (Apakah kepentingannya?) Kepentingan seterusnya ialah melindungi rakyat dan negara melalui saluran undang-undang. F4 (Apakah kesannya kepada negara?) Sistem perundangan sesebuah negara juga membolehkan negara tersebut mendapat penghormatan daripada negara luar. (c) (F1)(Bagaimanakah rakyat disatukan?) Rakyat pelbagai kaum di negara kita disatukan melalui penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan. (F2)(Bagaimanakah rakyat disatukan?) Rakyat juga disatukan melalui pengamalan kebudayaan yang sama (C2)(Contoh) misalnya makanan dan pakaian. (F3)(Apakah prinsip yang menyatukan rakyat?) Selain itu, rakyat juga disatukan melalui pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara. (F4) (Bagaimanakah rakyat disatukan?) Rakyat negara kita turut disatukan melalui pembentukan identiti nasional yang sama (C4)(Contoh) misalnya, perasaan kekitaan masyarakat tanpa mengira kaum ketika berada di dalam satu kelompok antarabangsa. Kertas 2 – Bahagian B (Soalan Esei) 1 (a) F1 (Mengapa) Bahasa Yunani H1a (Bagaimana) Supernuus atau superanus H1b (Bagaimana) Bermaksud agung atau tertinggi H1c (Bagaimana) Merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka F2 (Mengapa) Bahasa Inggeris H2a (Bagaimana) Sovereignty H2b (Bagaimana) Bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan F3 (Mengapa) Bahasa Arab H3a (Bagaimana) Berasal daripada perkataan daulah H3b (Bagaimana) Bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan F4 (Mengapa) Bahasa Melayu H4a (Bagaimana) Merujuk perkataan daulat H4b (Bagaimana) Bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara (b) F1 (Siapa) Aristotle H1a (Mengapa) Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara H1b (Bagaimana) Merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang F2 (Siapa) Ibnu Khaldun H2a (Mengapa) Merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara H2b (Bagaimana) Berasaskan semangat kekitaan bangsanya H2c (Bagaimana) Yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama F3 (Siapa) Jean Bodin H3a (Mengapa) Merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara H3b (Bagaimana) Mempunyai sifat kekal H3c (Bagaimana) Mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya F4 (Siapa) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj H4a (Mengapa) Dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan H4b (Bagaimana) Yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya F5 (Siapa) Tun Dr. Mohamed Salleh Abas H5a (Mengapa) Merupakan asas negara yang merdeka H5b (Bagaimana) Memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa H5c (Bagaimana) Untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing (c) F1 (Mengapa) Menjamin kesejahteraan rakyat F2 (Mengapa) Memacu kemakmuran negara secara berterusan F3 (Mengapa) Memperoleh pengiktirafan negara luar dan masyarakat antarabangsa F4 (Mengapa) Mengekal dan mengukuhkan kestabilan politik dalam negara F5 (Mengapa) Mengekalkan keunikan identiti negara bangsa Malaysia F6 (Mengapa) Memperoleh kekuasaan penuh untuk mengatur segala hal dalam negara tanpa campur tangan kuasa asing F7 (Mengapa) Memberikan kesedaran kepada rakyat tentang cabaran yang sentiasa dihadapi oleh negara F8 (Mengapa) Menjamin pembangunan dan kemajuan dalam negara F9 (Mengapa) Mewujudkan keberkesanan dalam sistem pentadbiran negara F10 (Mengapa) Menjadi panduan dalam aspek hubungan luar negara 2 (a) Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi F1 (Mengapa) Mewujudkan pentadbiran yang cekap F2 (Mengapa) Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran F3 (Mengapa) Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil H3a (Siapa) Kepada semua kaum H3b (Bagaimana) Melalui dasar pembangunan ekonomi F4 (Mengapa) Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan Mengekalkan perpaduan kaum F5 (Mengapa) Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional F6 (Mengapa) Memastikan keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar kerajaan H6 (Bagaimana) Oleh kementerian serta agensi berkaitan meliputi aspek bahasa, pendidikan dan kebudayaan F7 (Mengapa) Merangka program ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional H7 (Bagaimana) Menjalankan kempen untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional F8 (Mengapa) Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum (b) Memupuk patriotisme F1 (Mengapa) Menghormati lambang negara C1 (Contoh) Bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan Lagu Negaraku F2 (Mengapa) Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara F3 (Mengapa) Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan H3 (Bagaimana) Dalam bidang pendidikan/ sukan/ ekonomi serta bidang kepakaran lain F4 (Mengapa) Menghargai sumbangan tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara Mengukuhkan pertahanan negara F5 (Mengapa) Peka terhadap isu keselamatan negara C5 (Contoh) Memberikan/ berkongsi maklumat tentang pencerobohan sempadan negara dengan pihak keselamatan F6 (Mengapa) Mengelakkan kolaborasi/ kerjasama dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara F7 (Mengapa) Menganggotai pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara H7 (Bagaimana) Menawarkan diri menjadi sukarelawan untuk misi mempertahankan negara F8 (Mengapa) Kesediaan dan kesanggupan untuk berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara (c) (i) (F1) (Mengapa) Cabaran yang dihadapi ialah peningkatan kes jenayah antarabangsa. (C1) (Contoh) Misalnya kegiatan pemerdagangan manusia dan penyalahgunaan dadah. (H1a) (Bagaimana) Sesetengah negara dijadikan pusat operasi atau negara transit untuk kegiatan tersebut. (H1b) (Bagaimana) Merekrut orang tempatan sebagai ejen untuk melancarkan urusan di negara terbabit (I) (Kesan) Situasi ini boleh menimbulkan keadaan tidak selamat dalam kalangan masyarakat tempatan. (F2) (Mengapa) Cabaran lain ialah sikap sebahagian pemimpin negara yang cuba mengeksploitasi negara lain. (H2) (Bagaimana) Hal ini dilakukan dengan menekan negara yang lemah dari segi ekonomi mahupun keselamatan. (C2) (Contoh) Misalnya secara sengaja mencampuri urusan negara lain menggunakan alasan menjaga keselamatan antarabangsa atau melindungi kepentingan mereka. (I) (Kesan) Tindakan yang keterlaluan sehingga menimbulkan perbalahan dan mencetuskan peperangan (F3) (Mengapa) Selain itu, berlaku penjajahan bentuk baharu yang mempengaruhi generasi masa kini. (H3) (Bagaimana) Penjajahan ini berlaku sehingga menjejaskan nilai dan moral golongan muda. (C3) (Contoh) Situasi ini dapat dilihat melalui penularan fesyen, muzik, gaya hidup serta cara berinteraksi dalam kalangan remaja. (I) (Kesan) Penularan budaya ini akan menghakis dan mengancam budaya tradisi sekiranya tidak dibendung. (ii) (F1) (Mengapa) Peranan warganegara dalam mempertahankan kedaulatan negaranya ialah mengukuhkan semangat cinta akan negara dalam diri. (H1) (Bagaimana) Hal ini demikian kerana setiap warganegara yang mencintai negaranya harus berani dan sedia berkorban demi negara. (C1) (Contoh) Misalnya sedia menyertai pasukan keselamatan dengan memilih kerjaya sebagai anggota tentera, polis, bomba, doktor atau kerjaya lain yang berkaitan. (I) (Kesan) Sanggup menjadi barisan hadapan dalam melindungi kepentingan dan kedaulatan negara. (F2) (Mengapa) Selain itu, setiap warganegara harus sentiasa monghormati dan mematuhi undang-undang negara. (H2) (Bagaimana) Hal ini boleh dijayakan dengan mengelak daripada melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan negara. (C2) (Contoh) Sebagai contoh, tidak membocorkan maklumat pertahanan negara kepada pihak luar. (I) (Kesan) Oleh yang demikian, pihak yang berkepentingan tiada ruang untuk menguasai negara kita. (F3) (Mengapa) Setiap warganegara juga harus berusaha mengukuhkan perpaduan dengan masyarakat berbilang kaum yang lain. (H3) (Bagaimana) Hal ini boleh dijayakan dengan mengamalkan semangat kerjasama, saling menghormati dan bertolak ansur. (C3) (Contoh) Misalnya menghulurkan bantuan tanpa sebarang prejudis JAWAPAN Bab 1 Bab 1 Kertas 1 Video Analitik Jawapan Bab 1 Kertas 2 Bahagian A Video Analitik Jawapan Bab 1 - 10 PDF Analitik JawapanPDF Analitik Jawapan Teknik Menjawab dan Ulasan Jawapan Bab 1 Kertas 2 Bahagian B Video Analitik Jawapan Versi Demo


Myteach Sdn Bhd (859523A) 19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected] Laman web: www.myteach360.com Facebook: facebook.com/myteach360 Tel: +6.03.8066.7446 Faks: +6.03.8066.4416 Latih Tubi Topikal Matematik Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal Sains Tingkatan 1 2 3 4 5 Latih Tubi Topikal RBT Tingkatan 1 2 3 Latih Tubi Topikal Geogra Tingkatan 1 2 3 LATIH TUBI TOPIKAL 5 Sejarah Tingkatan 5 Edisi Pelajar Semenanjung M’sia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.50 Latih Tubi Topikal merupakan siri modul pengajaran dan pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari, memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri. Pada akhir sesi PdP, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar. Hak Cipta Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Cetakan Pertama 2023 (23.04) Dicetak di Malaysia oleh: Bookmate Sdn Bhd (530838-P) 25, Jalan Taming 10, Taman Taming Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Latih Tubi Topikal Sejarah Tingkatan 5 Penulis Myteach Anda mempunyai bakat menulis? E-mel ke [email protected] Firdaus Lastli Buku ditulis: 25 buah Guru Cemerlang Sejarah Nora Johnday Buku ditulis: 40 buah Lebih 20 tahun pengalaman menulis buku Sejarah Crystal Alexander Buku ditulis: 32 buah Lebih 20 tahun pengalaman menulis buku Sejarah Ingin menyertai pasukan Editorial kami? E-mel ke [email protected] BONUS Video Analitik Jawapan BONUS Kajian Kes Kertas Model SPM BONUS (Boleh Dileraikan) Latih Tubi 1.0 Sejarah Tg x - 00 Cover.indd All Pages 4/4/2023 9:31:25 AM Versi Demo


Click to View FlipBook Version