The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jumlah halaman: 112
Harga: 6.90 (WM), 7.90 (EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Myteach, 2022-07-12 03:57:19

OMG KP 2.0 BM SPM

Jumlah halaman: 112
Harga: 6.90 (WM), 7.90 (EM)

KERTAS PERCUBAAN (2.0)

Bahasa Melayu KERTAS1-4

(1103/1, 1103/2, 1103/3 & 1103/4)

SULIT

NO. KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

Jawapan Berpiawai Anda boleh muat turun RakamanFormVersi Demo rkiniat SPM Te
Skema Pemarkahan Sebenar Suara di https://qrs.ly/1udw9ql da LPM)
Soalan Berpandukan atau imbas Kod QR di buku ini untuk mulai Tah un 2 021 (daripa
DSKP Tingkatan 4 & 5 mendengar rakaman suara.
Set 1: Tingkatan 4
Set 2: Tingkatan 5 Set dapat DILERAIKAN
Set 3: SPM (Tingkatan 4 & 5)

ANALISIS SOALAN KERTAS PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU

Set 1 Petikan 2: Ceramah
1R
Kertas 1 (Ujian Bertulis) 2S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 11
3S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 11
Soalan Aras DSKP Tema 4S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 11
5R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 11
Bahagian A: Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 11
1 S Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 4, Tema 14 Petikan 3: Rencana
1R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 13
Bahagian B: Karangan 2R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 13
1 T Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 4, Tema 6 3R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 13
2 T Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 4, Tema 9 4S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 13
5R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 13
3 T Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 4, Tema 10
4 T Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 4, Tema 4 Petikan 4: Berita Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 9
1S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 9
Kertas 2 (Ujian Bertulis) 2T Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 9
3R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 9
Soalan Aras DSKP 4S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 9
5R
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

1R Tg 4, 5.2.2, 5.2.3

2S Tg 4, 5.3.2

3S Tg 4, 3.6.1

4T Tg 4, 3.5.1

5S Tg 4, 4.2.1 Set 2

Bahagian B: Pemahaman

Soalan 6: Petikan Umum Kertas 1 (Ujian Bertulis)

1R Tg 4, 3.1.1 Soalan Aras DSKP Tema

2S Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.3.1 Bahagian A: Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan

3T Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.3.1 1T Tg 5, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3 Tg. 5, Tema 12

4T Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.3.1 Bahagian B: Karangan

Soalan 7: Petikan Sastera 1S Tg 5, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3 Tg. 5, Tema 3

1R Tg 4, 3.1.1 2T Tg 5, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3 Tg. 5, Tema 8

2R Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.2.1 3S Tg 5, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3 Tg. 5, Tema 11

3S Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.2.1 4T Tg 5, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3 Tg. 5, Tema 16

4T Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.2.1 Kertas 2 (Ujian Bertulis)

Soalan 8: Novel Soalan Aras DSKP

1R Tg 4, 2.3.4, 3.3.1 Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

2S Tg 4, 3.3.1 1S Tg 5, 5.1.2

Bahagian C: Rumusan 2S Tg 5, 5.3.4
1T
3S Tg 5, 3.6.1
Tg 4, 2.2.1, 3.5.1 Versi Demo
4T Tg 5, 3.5.2

Kertas 3 (Ujian Bertutur) 5S Tg 5, 4.2.1

Soalan Aras DSKP Tema Bahagian B: Pemahaman
Soalan 6: Petikan Umum
Bahagian A: Taksiran Individu Tg.4, Tema 9 Tg 5, 3.1.1
Tg.4, Tema 9 1R Tg 5, 2.3.1, 3.2.1
1R Tg 4, 1.5.2 Tg.4, Tema 9 2S Tg 5, 2.3.1, 3.2.1
Tg.4, Tema 9 3T
2S Tg 4, 1.5.2
Tg.4, Tema 3
3T Tg 4, 1.5.2 4T Tg 5, 2.3.1, 3.2.1

4T Tg 4, 1.5.2

Bahagian B: Taksiran Kumpulan Soalan 7: Petikan Sastera

1T Tg 4, 1.7.2 1S Tg 5, 3.1.1

Kertas 4 (Ujian Mendengar) 2S Tg 5, 2.1.2, 3.2.1

3T Tg 5, 2.1.2, 3.2.1

Petikan Aras DSKP Tema 4T Tg 5, 2.1.2, 3.2.1
Tg 4, 1.3.2, 3.3.1
Petikan 1: Cerpen Tg.4, Tema 4 Soalan 8: Novel
Tg.4, Tema 4
1S Tg.4, Tema 4
Tg.4, Tema 4
2 R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg.4, Tema 4 1S Tg 5, 2.1.2, 3.3.1
3 T Tg 4, 1.3.2, 3.3.1
4 S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 2S Tg 5 3.2.1
5 R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1
Bahagian C: Rumusan Tg 5, 2.3.5, 3.5.2
1T

ANALISIS SOALAN KERTAS PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU

Kertas 3 (Ujian Bertutur) Bahagian B: Pemahaman
Soalan 6: Petikan Umum
Soalan Aras DSKP Tema
1T
Bahagian A: Individu Tg. 5, Tema 9 2S Tg 5, 3.1.1
Tg. 5, Tema 9 3T Tg 5, 2.3.1, 3.2.1
1R Tg 5 1.5.1 Tg. 5, Tema 9 4S Tg 5, 2.3.1, 3.2.1
Tg. 5, Tema 9 Soalan 7: Petikan Sastera Tg 5, 2.3.1, 3.2.1
2R Tg 5 1.5.1 1S
Tg. 5, Tema 14 2T Tg 4, 3.1.1
3R Tg 5 1.5.1 3T Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.2.1
Tema 4T Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.2.1
4T Tg 5 1.5.1 Soalan 8: Novel Tg 4, 2.3.2, 2.3.4, 3.2.1
Tg. 5, Tema 4 1S
Bahagian B: Taksiran Kumpulan Tg. 5, Tema 4 2T Tg 5, 2.1.2, 3.3.1
Tg. 5, Tema 4 Bahagian C: Rumusan Tg 4, 3.3.1 & Tg 5 3.2.1
1T Tg 5 1.8.1 Tg. 5, Tema 4 1T
Tg. 5, Tema 4 Tg 5, 2.3.5, 3.5.2
Kertas 4 (Ujian Mendengar)
Tg. 5, Tema 6
Petikan Aras DSKP Tg. 5, Tema 6
Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 6
Petikan 1: Cerpen Tg. 5, Tema 6
Tg. 5, Tema 6
1R
Tg. 5, Tema 11
2 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 11 Kertas 3 (Ujian Bertutur)
3 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 11
4 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 11 Soalan Aras DSKP Tema
5 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 11
Petikan 2: Surat Kiriman Tidak Rasmi Bahagian A: Taksiran Individu Tg 4, Tema 3
1 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 15 Tg 4, Tema 3
2 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 15 1R Tg 4, 1.5.2 Tg 4, Tema 3
3 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 15 Tg 4, Tema 3
4 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 15 2S Tg 4, 1.5.2
5 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg. 5, Tema 15 Tg 5, Tema 10
Petikan 3: Rencana 3T Tg 4, 1.5.2
1 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1
2 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 4T Tg 4, 1.5.2
3 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1
4 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Bahagian B: Taksiran Kumpulan
5 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1
Petikan 4: Surat Kiriman Rasmi 1T Tg 5 1.8.1
1 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1
2 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Kertas 4 (Ujian Mendengar)
3 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1
4 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Petikan Aras DSKP Tema
5 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg 5 1.2.1, 3.3.1
Petikan 1: Cerpen Tg 5, Tema 13
Tg 5, Tema 13
1R Tg 5, Tema 13
Tg 5, Tema 13
2 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg 5, Tema 13
3 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1
4 R Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg 4, Tema 10
5 S Tg 5 1.2.1, 3.3.1 Tg 4, Tema 10
Petikan 2: Surat Kiriman Tidak Rasmi Tg 4, Tema 10
1 R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 4, Tema 10
Set 3 Versi Demo Tg 4, Tema 10

Kertas 1 (Ujian Bertulis) 2S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 4, Tema 2
3T Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 4, Tema 2
Soalan Aras DSKP Tema 4S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 4, Tema 2
5R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 4, Tema 2
Bahagian A: Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan Petikan 3: Laporan Tg 4, Tema 2
1R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1
1 S Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 4, Tema 16 2S Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 5, Tema 4
3R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 5, Tema 4
Bahagian B: Karangan 4R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 5, Tema 4
5R Tg 4, 1.3.2, 3.3.1 Tg 5, Tema 4
1S Tg 5, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3 Tg 5, Tema 11 Petikan 4: Perbincangan Tg 5, Tema 4
1S Tg 5 1.2.1, 3.3.1
2T Tg 5, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3 Tg 5, Tema 10 2S Tg 5 1.2.1, 3.3.1
3R Tg 5 1.2.1, 3.3.1
3 T Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 4, Tema 11 4R Tg 5 1.2.1, 3.3.1
5S Tg 5 1.2.1, 3.3.1
4 T Tg 4, 3.4.1, 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5 Tg 5, Tema 4

Kertas 2 (Ujian Bertulis)

Soalan Aras DSKP

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

1R Tg 4, 5.2.2, 5.2.3

2T Tg 5, 5.3.4

3S Tg 4 & Tg 5, 3.6.1

4T Tg 4, 3.5.1 & Tg 5, 3.5.2

5S Tg 4 & Tg 5, 4.2.1

SULIT 1103/1

Kertas Percubaan 3

SPM KERTAS 1 UJIAN BERTULIS

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1103/1

BAHASA MELAYU Dua jam
KERTAS 1

2 jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Versi Demo
Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.

1103/1 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K1 – 1 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan peranan yang dimainkan oleh pengawas sekolah. ARAS S
Huraikan pendapat anda tentang peranan-peranan pengawas sekolah.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Tg. 4, Tema 16

TANGGUNGJAWAB PENGAWAS Versi Demo

– Hadir ke sekolah sebelum pukul 7:10 pagi
– Berpakaian seragam dengan lengkap dan kemas
– Berkomunikasi dengan cara sopan dan berhemah dengan
guru-guru, pekerja sekolah, ibu bapa dan murid-murid
– Menepati masa dalam menjalankan tugas yang diberi oleh guru

ANUGERAH IKON PENGAWAS

TAHNIAH!

Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Baling mengucapkan tahniah atas:

ANUGERAH IKON PENGAWAS PERINGKAT NEGERI KEDAH
NURUL AIN BINTI GHAZALI
5 KENANGA

Kemenangan Anda Kebanggaan Sekolah Kita

1103/1 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K1– 2 SULIT

SULIT 1103/1

Bahagian B
[70 markah]
[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah
perkataan.

1
Kemalangan jalan raya antara cabaran sukar yang perlu ditangani oleh negara ini yang merekodkan
purata 17 kematian saban hari. Kebanyakan kes kemalangan dan kematian membabitkan penunggang
dan pembonceng motosikal. Malah media melaporkan baru-baru ini dalam setiap 84 minit, terdapat satu
kes kematian akibat kemalangan jalan raya di negara kita.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Satu Kematian Akibat Nahas Jalan Setiap 84 Minit’

BH Online, 7 Februari 2022.

Kemalangan jalan raya dan kadar kematian yang semakin tinggi membimbangkan pelbagai pihak. Oleh
hal yang demikian, orang ramai terutamanya pengguna jalan raya mesti bersedia dengan langkah-langkah
dan melengkapkan pemahaman diri tentang pemanduan di jalan raya.

Bincangkan. Tg. 5, Tema 11 ARAS S

2
22 April diperingati sebagai Hari Bumi dan pada tarikh ini masyarakat diberi peluang untuk merenung
hubungan kita sebagai insan dengan alam keseluruhannya. Bagaimanapun, apabila berbicara tentang
Bumi, kita tidak terlepas daripada bercakap soal kerosakan yang telah dan sedang dilakukan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Hari Bumi 2020 Perlu Sedarkan Kita Semua,

Lebih Menghargai Alam Semula jadi’
Astro Awani, 22 April 2022.

Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa Bumi memerlukan persekitaran yang bersih kerana
akan membawa manfaat kepada seluruh unsur yang mendiaminya.

Berikan komen anda. Tg. 5, Tema 10 ARAS T
Versi Demo
1103/1 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K1 – 3 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/1

3

Kerajaan diminta memberi pinjaman kepada pengusaha industri kecil dan sederhana di negara kita
supaya mereka dapat meneruskan kegiatan serta membantu golongan masyarakat di kawasan-kawasan
kampung atau pinggir bandar.

Menurut statistik, 90 peratus daripada syarikat berdaftar di negara kita ini ialah Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS).

Dipetik dan diubah daripada
‘PKS perlu dipertahan’

oleh Sri Ayu Kartika Amri
myMetro, 12 Ogos 2021.

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ternyata memainkan peranan penting bagi masyarakat di kampung.
Selain itu, perusahaan ini menyumbang pelbagai manfaat lain kepada negara.

Huraikan peranan-peranan perusahaan ini. Tg. 4, Tema 11 ARAS T

4
Tugas paling berat masyarakat di Malaysia kini ialah memastikan keharmonian kaum dan agama terus
utuh. Dalam soal ini, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara ini hanya boleh dicapai jika semua pihak
menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perpaduan Kaum di Malaysia Perlu Terus Utuh’

oleh Haika Khazi
BH Online, 9 September 2019.

Bagi sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum, langkah-langkah memperkasa perpaduan
kaum mesti dilakukan. Oleh hal yang demikian, peranan untuk mengukuhkan perpaduan kaum boleh dilakukan
oleh pebagai pihak.
Jelaskan peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak tersebut. Tg. 5, Tema 4 ARAS T
Versi Demo
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/1 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K1– 4 SULIT

SULIT 1103/2

Kertas Percubaan 3

SPM KERTAS 2 UJIAN BERTULIS

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1103/2

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

2 12 jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Versi Demo
Kertas peperiksaan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 1 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/2

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa
[35 markah]

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif berimbuhan dan dua kata kerja
pasif yang terdapat dalam petikan ini. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau kata nama khas. Tg. 4 SP 5.2.2 & 5.2.3 ARAS R

Pada tahun 2019, Syarikat Hartanah Amerika Syarikat, CBRE Group Inc. telah menyenaraikan Kuala
Lumpur berada di tangga ketujuh dalam negara dengan hartanah termahal selepas Hong Kong, Singapura,
Shanghai, Vancouver, Shenzen dan Lisbon. Manakala harga rumah pula mengalami kenaikan ketara antara
tahun 2009 hingga 2018. Bagaimanakah pula nasib sektor hartanah ketika dihimpit pasca pandemik
COVID–19?

Pada dasarnya, penularan krisis kesihatan hanya memberikan kesan sampingan yang tidak signifikan
kepada pasaran hartanah. Apabila menoleh ke belakang, pelbagai analisis yang dihasilkan sebelum ini
menyokong hujah ini.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Polemik Hartanah Era Pandemik’

Dewan Ekonomi, Julai 2021.

[8 markah]

2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tukarkan ayat aktif yang bergaris di bawah menjadi ayat pasif
tanpa mengubah maksud asal petikan. Tg. 5 SP 5.3.4 ARAS T

Kerajaan akan membuka sempadan negara pada April nanti selepas kita beralih ke fasa endemik. Ini
bermakna, kehidupan rakyat akan kembali normal. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan mengingatkan
agar orang ramai sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, pemakaian pelitup
separuh muka mesti dipakai di tempat-tempat awam. Orang ramai mesti membendung wabak ini supaya
tidak terus menjadi bebanan kepada semua pihak.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kekal Berjaga di Fasa Endemik’
oleh Ahmad Ali A. Karim

Utusan Malaysia, 19 Mac 2022.

[6 markah]
Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 2 SULIT

SULIT 1103/2

3 Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut. Tg. 4 & Tg. 5 SP 3.6.1 ARAS S

Petikan 1

Menemukan saudaraku, Amrul yang kini berada di Johor. Semoga anda selamat dan sejahtera bersama
keluarga tercinta.

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan tentang keadaan kemarau yang melanda di
negara kami sejak dua bulan lepas. Kesan daripada kemarau tersebut, bekalan air semakin sukar dan
kerajaan negeri terpaksa mencatu bekalan air untuk penduduk.

Sepanjang pengetahuan saya, penduduk di kampung-kampung terpencil kurang mengalami masalah
ini kerana mereka boleh mengorek perigi untuk mendapatkan air. Mereka juga masih boleh menggunakan
air sungai jika sungai di kawasan mereka tidak tercemar.

Keadaan kemarau ini dijangka akan lebih kritikan sekiranya tidak turun hujan beberapa minggu lagi.
Kerajaan negeri bercadang akan meminta bantuan kerajaan Singapura untuk mendapatkan bekalan air.

Sekian sahaja surat saya kali ini dan disudahi dengan ucapan terima kasih.


[6 markah]

Petikan 2

Saudaraku, Imran.

Terima kasih atas kiriman surat tempohari. Saya memahami isi surat tersebut dan berterima kasih atas
ingatan anda terhadap saya.

Saya teramat bersimpati atas nasib yang menimpa keluarga anda dan kebanyakan penduduk-
penduduk di sana. Saya berharap keadaan kemarau itu akan berhenti tidak lama lagi.

Sebenarnya, penduduk di kampung saya juga pernah mengalami nasib yang sama berapa tahun lepas.
Ketika itu saya masih kecil lagi tetapi ibu dan bapa saya menceritakan pengalaman itu kepada saya.

Menurut kata keluarga saya, pengalaman iu sangat pahit kerana sebelum ini, mereka tidak pernah
mengalami suasana kemarau. Bagaimanapun, penduduk kampung tidak merasa susah hati kerana
kemarau tersebut berjalan tidak lama, iaitu kira-kira sebulan sahaja.


[6 markah]
Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 3 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/2

4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Tg. 4 SP 3.5.1 Tg. 5 SP 3.5.2 ARAS T

Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu
banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah
perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali, sementara belum siang
ini.”

Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’

dalam antologi Sejarah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[6 markah]

5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dua peribahasa yang terdapat di dalam petikan. Kemudian,
nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang anda
senaraikan itu. Tg. 4 & Tg. 5 SP 4.2.1 ARAS S

Mazlan: Kamu tahukah mengenai kejadian yang berlaku ke atas anak tuk ketua kampung kita ini,
Kumar?

Kumar: Mestilah tahu, Mazlan. Walaupun dia menyembunyikan perkara itu, tetapi orang kampung
tahu.

Mazlan: Betul kata kamu. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.
Kumar: Saya simpati dengan anak tuk ketua itu. Saya tahu, dia terpengaruh. Dia berkawan dengan

budak-budak nakal.
Mazlan: Benar. Budak-budak itu tidak boleh dipercayai. Mulut manis tapi pandai menipu. Pepat di luar

rencong di dalam.
Kumar: Apa maksudnya itu?
Mazlan: Maksudnya, pada lahirnya nampak baik, tetapi yang sebenarnya tidak baik.

Sumber: Jasni Majed, 15 April 2022

[4 markah]
Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 4 SULIT

SULIT 1103/2

Bahagian B: Pemahaman
[35 markah]

[Masa yang dicadangkan: 60 minit]

Soalan 6: Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri. Tg. 5, Tema 2

Bahan 1

Di Malaysia, walaupun e-sukan masih baharu, e-sukan menjadi semakin popular. Walaupun begitu, e-sukan
menjadi perdebatan hangat kerana sukan ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai bukan sukan. Sukan
ini tidak mempunyai elemen fizikal.

E-sukan juga menerima pelbagai persepsi negatif khususnya daripada ibu bapa. Hal ini disebabkan
ada kes kematian kerana terlalu ketagihan bermain ‘game’ dan mengabaikan kewajipan kehidupan seperti
solat dan mencari ilmu. Sukan ini juga tidak mengeluarkan peluh seperti sukan terdahulu yang lain.

Persepsi ini wajar ditangani oleh pelbagai pihak. Hal ini disebabkan, selepas sekian lama mendekati,
memerhati dan berinteraksi dengan kelompok belia dalam e-sukan ini, dapat disimpulkan bahawa e-sukan
mempunyai elemen kebaikan (walaupun tidak dinafikan turut mempunyai elemen negatif jika tidak
ditangani dengan sebaiknya) dan wajar dibimbing dengan memasukkan agenda pendidikan, ekonomi,
kesihatan, pembinaan kerjaya dan penglibatan dalam persatuan belia dan kesukarelawanan.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Belia Wajar Terokai E-sukan’
oleh Jufitri Joha

Bernama.com, 15 Jun 2020.

Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 5 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/2
Bahan 2

Di Malaysia, komuniti yang terlibat dengan e-sukan semakin meningkat, namun mereka (pemain)
kurang diberi peluang menonjolkan bakat kerana tidak banyak kejohanan berprestij dianjurkan.

Banyak pihak yang berharap lebih banyak kejohanan dianjurkan di peringkat tempatan atau di
peringkat negeri sekali gus dapat membuka mata banyak pihak dan memberikan lebih banyak peluang
kepada anak muda khususnya menjadi lebih berdaya saing. Kementerian memandang serius permainan
e-sukan yang dianggap santai dan menjadi kegemaran anak muda pada telefon pintar masing-masing.
Seiring dengan pertumbuhan industri e-sukan di negara ini, permainan video dipilih mengikut populariti
dan permintaan namun perhatian khusus diberikan kepada game santai seperti Mobile Legends dan
beberapa lagi.

Bagaimanapun, sukan ini masih di peringkat awal. Ibu bapa masih tidak begitu menggalakkan anak-
anak mereka kerana sering dikaitkan dengan membuang masa, mengabaikan pelajaran, menjejaskan
kesihatan dan sebagainya meskipun ia sebenarnya menguatkan minda murid dan pelajar sekolah jika kena
pada tempatnya.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘E-sukan Masa Depan Negara’
oleh Afiq Hanif

myMetro, 1 Ogos 2018.

(i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan maksud pelbagai persepsi. ARAS T [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nayatakan sikap ibu bapa terhadap e-sukan dalam kalangan
anak-anak mereka. ARAS S [3 markah]

(iii) Pada masa ini, sukan menjadi agenda penting negara kerana sukan mendatangkan pelbagai manfaat

kepada individu dan masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan sukan kepada individu dan masyarakat? ARAS T
Versi Demo
[3 markah]

(iv) Anda mempunyai seorang rakan yang tidak berminat dengan sukan.

Apakah cadangan-cadangan anda untuk menyedarkan rakan anda tentang kepentingan sukan?

ARAS S [4 markah]

1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 6 SULIT

SULIT 1103/2

Soalan 7: Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri. Tg.4, Tema 13

Bahan 1

“Kau tahu bapa kita sedang sakit.” Aku memulakan suatu permulaan kata-kata. “Kita sama-sama
merawat bapa. Atau memberikan bantuan yang sepatutnya. Aku ini tidak kaya, dan telah kuhabiskan
hartaku dalam dua tiga bulan bapa terbaring di sini.”

“Sekadarnya bolehlah,” jawab Sani.

“Ya sekadarnya,” sampuk Tajul.

“Aku akan bersama abang meringankan beban abang untuk merawat bapa,” Kiah berikrar. “Akan
kujemput anak-anakku.”

“Itu sebaik-baiknya,” kataku memejamkan mataku ke dalam wajah Kiah yang tenang bening seperti
embun pagi.

“Aku akan beri sumbanganku,” Sani cuba menanamkan harapan dalam dadaku. “Tapi bukan sekarang.
Aku tidak membawa wang. Akan kukirimkan segera selepas aku pulang.”

Aku memandang Kiah dengan harapan haru-biru. Kiah melihatku seperti ada sesuatu yang sangat
meragukannya.

“Ambillah ini sumbanganku untuk bapa.” Tajul mengeluarkan suatu bungkusan dalam begnya. “Akan
kukirim lagi setelah aku kembali ke tempatku.”

Dipetik daripada
cerpen ‘Bapa’

oleh S Othman Kelantan.

Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 7 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/2

Bahan 2

Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Dipetik daripada
‘Erti Hidup Bererti’
dalam antologi Sejarah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 8 SULIT

SULIT 1103/2

(i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan tindakan-tindakan yang bakal dilakukan oleh Sani terhadap bapanya
untuk menyedapkan hati aku. ARAS S [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan sikap anak-anak terhadap orang tua mereka.

ARAS T [3 markah]

(iii) Sikap anak-anak terhadap warga tua sering menjadi perbincangan oleh pelbagai pihak. Pada pandangan
anda, apakah punca-punca warga tua disisihkan oleh anak-anak? ARAS T [4 markah]

(iv) Anda mendapati salah seorang warga tua berhampiran kawasan kediaman anda terabai kerana tidak
dipedulikan oleh anak-anaknya.

Sebagai seorang yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan dalam menangani
situasi tersebut? ARAS T [4 markah]

Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 9 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/2
Soalan 8: Novel

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

“Tapi yalah, zaman sudah berubah. Budak-budak sekarang dah kurang berminat dengan
kebudayaan tradisional ini. Banyak hiburan lain yang lebih sesuai dengan cita rasa mereka. Suatu
hari nanti mungkin dah tak ada lagi pewaris muzik zapin macam kita ni,” kata Haji Salim. Kali ini dia
kelihatan agak serius pula.

“Nak buat macam mana, Haji? Semasa kita cuba hidupkan kembali kumpulan zapin kita ni, yang
datang pun muka kita juga. Budak-budak muda, rela bersidai di tepi jalan, bertenggek di motosikal.
Tak minat,” tambah Pak Cik Bakar.

Dipetik daripada
novel Silir Daksina
karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nyatakan bukti-bukti kebudayaan tradisional semakin tidak diminati. ARAS S [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan unsur tanda tanya

kepada anda. ARAS T [6 markah]
Versi Demo
1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 10 SULIT

SULIT 1103/2

Bahagian C: Rumusan
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Baca petikan dan pantun di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal

petikan dan pantun. Tg. 5, Tema 5 ARAS T

Bahan 1 – Petikan

Sekolah berperanan sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran, berkualiti, peribadi
unggul, inovatif, kritis dan kreatif bagi menjamin pembangunan sosioekonomi sesebuah negara.

Oleh yang demikian, tanggungjawab dan amanah ini bergantung kepada warga guru yang merupakan
golongan penting menjelmakan hasrat tersebut. Lahirnya cendekiawan yang memajukan peradaban
dan tamadun manusia adalah hasil didikan dan tunjuk ajar daripada guru.

Profesyen perguruan bukan sahaja mengajar ilmu akademik, malah ia melangkaui dimensi-
dimensi lain bagi melahirkan dan memperkembangkan potensi individu yang seimbang dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, dan intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Pembangunan modal insan seharusnya bermula di peringkat akar umbi lagi. Justeru, tidak
dapat dinafikan golongan guru berperanan melahirkan pemimpin masa depan yang mempunyai
kecemerlangan ilmu, keluhuran adab sopan, kemantapan integriti dan sahsiah diri yang unggul. Oleh
hal yang demikian, karisma seorang guru dituntut untuk memberi impak besar kepada pembangunan
modal insan yang seimbang.

Salah satu cabaran golongan guru pada masa ini ialah berlakunya kelunturan akhlak golongan
remaja dan juga pelajar pada masa kini. Sekolah tidak harus dijadikan medan menjuarai kecemerlangan
akademik semata-mata, malah ia perlu berperanan dengan lebih berkesan sebagai agen menyemai nilai-
nilai murni ke arah pembentukan sahsiah diri yang teguh. Mendepani cabaran tersebut ditambah pula
dengan pelbagai pengaruh dunia luar yang melanda golongan remaja termasuk pelajar, guru atau bakal
guru mesti mempunyai jiwa sebagai pendidik dan perlu menguasai kemahiran mengajar dalam proses
mendidik. Kepelbagaian strategi, kaedah dan teknik pengajaran membantu guru mengajar dengan lebih
berkesan kerana setiap kemahiran, ilmu, kehendak sesuatu subjek dan pelajar memerlukan aplikasi
pendekatan mengajar yang berbeza. Guru mestilah mendidik dengan sentuhan kasih sayang meliputi
kesantunan, perhatian, memuliakan, menghargai dan menghormati.
Versi Demo
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Guru Perlu Memiliki Jiwa Pendidik’

oleh Dr Zarizi AB Rahman
Sinar Harian, 11 Februari 2019.

1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 11 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/2
Bahan 2 – Grafik
Guru sebagai
Guru sebagai pengawal
perancang

Peranan Guru sebagai
Guru penilai

Guru sebagai
pembimbing

Bahan 3 – Petikan

TULAR di media sosial mengenai tingkah laku tidak sopan pelajar membuang buku ke dalam
sungai selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, beberapa orang pelajar
menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dengan bahagian belakang baju tertera tulisan
kata-kata kesat menghina guru.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Krisis Moral, Disiplin Pelajar Kian Meruncing’

oleh M Jasni Majed
BH online, 15 Mac 2021.
Versi Demo
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/2 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K2 – 12 SULIT

SULIT 1103/3

Kertas Percubaan 3

SPM KERTAS 3 UJIAN BERTUTUR

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1103/3

BAHASA MELAYU Tiga hingga lima minit
KERTAS 3 Dua belas hingga lima belas minit

Individu: 3 – 5 minit
Kumpulan: 12 – 15 minit

Versi Demo
Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

1103/3 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S4) K3 – 1 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/3

Bahagian A: Taksiran Individu
[40 markah]

[Masa Taksiran: 3 hingga 5 minit]

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan
secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Tg. 4, Tema 3

Pada masa ini, ramai yang memilih untuk bekerja sendiri dan tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat
ataupun bekerja dengan jabatan kerajaan. Ada antara mereka yang boleh bekerja dengan syarikat-syarikat ataupun
kerajaan tetapi tidak mahu berbuat demikian kerana melihat peluang yang ada di depan mereka jika mereka bekerja
sendiri. Bekerja sendiri lebih bebas, tidak menerima tekanan daripada pihak lain dan memberi kepuasan kerana
kerja yang dilakukan biasanya menjadi pilihan. Jika seseorang itu memilih menjadi peniaga, keuntungannya sangat
banyak dan ia bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan. Seseorang yang menjalankan perniagaan,
bebas berniaga tidak kira masa dan boleh menghentikan perniagaan pada bila-bila masa sahaja jika ada keperluan
mendesak.

Soalan Rangsangan

1 Nyatakan tiga jenis pekerjaan yang dianggap sebagai bekerja sendiri.
2 Jelaskan kelebihan-kelebihan bekerja sendiri.
3 Pada pendapat anda, mengapakah kerja dalam bidang pertanian tidak begitu diyakini oleh generasi muda?
4 Bekerja sendiri dianggap mencabar oleh sesetengah pihak. Berikan alasan anda.
Versi Demo
1103/3 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K3 – 2 SULIT

SULIT 1103/3

Bahagian B: Taksiran Kumpulan
[30 markah]

[Masa Taksiran: 12 hingga 15 minit]

Pencemaran sungai yang kerap berlaku di negara kita berpunca daripada sikap tidak bertangggungjawab
sesetengah pihak. Pencemaran serius yang berlaku di Sungai Kim Kim Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019
meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penduduk setempat dan mendapat liputan meluas di
seluruh negara. Oleh hal yang demikian, pelbagai ikhtiar mesti dilakukan agar pencemaran ini tidak terus
berlaku.

Ulaskan pernyataan tersebut. Tg. 5, Tema 10 ARAS T

Versi Demo
1103/3 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K3 – 3 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/4

Kertas Percubaan 3

SPM KERTAS 4 UJIAN MENDENGAR

NO. KAD PENGENALAN /
IC NUMBER

ANGKA GILIRAN /
INDEX NUMBER

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1103/4

BAHASA MELAYU Tiga puluh minit
KERTAS 4

30 minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua soalan.
2. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas peperiksaan ini.

Versi Demo
Kertas peperiksaan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 3 halaman tidak bercetak.

1103/4 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K4 – 1 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/4

PETIKAN 1: CERPEN Tg. 5, Tema 13 Audio
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1. Rakaman
SPM 1

1 Kuasa manakah yang mengancam negeri kita?
A Jepun
B Singapura
C Inggeris
D Korea [1 markah]

2 Siapakah sultan yang terdapat dalam petikan ini? [2 markah]

3 Apakah sikap Pak Tua dalam petikan ini? [2 markah]
[1 markah]

4 Dua persediaan Pak Tua untuk menentang Inggeris ialah:

(i) Senjata yang sepadan

(ii)

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5 Berikut merupakan kekurangan di pihak beta, kecuali
Versi Demo
A tidak mempunyai wang.

B tidak mempunyai semangat.

C tidak mempunyai hulubalang.

D orang yang tidak mencukupi.

[1 markah]

1103/4 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K4 – 3 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/4

Audio PETIKAN 2: LAPORAN Tg. 4, Tema 10 [1 markah]
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan laporan yang diperdengarkan. [2 markah]

Rakaman Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1.
SPM 2

1 Siapakah penganjur sayembara mengarang?
A Persatuan Kesusasteraan Melayu
B Persatuan Seni dan Budaya
C Persatuan Searah dan Geografi
D Persatuan Bahasa Melayu

2 Berikan peribahasa yang terdapat dalam petikan ini.


3 Nyatakan dua individu yang dipertanggungjawabkan menerima setiap karya yang ingin menyertai

pertandingan. [2 markah]

4 Hadiah bagi pemenang tempat pertama ialah: [2 markah]
(i) Sajak:
(ii) Cerpen:

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5 Yang manakah antara berikut merupakan bidang yang tidak dipertandingkan?
Versi Demo
A Sajak

B Cerpen

C Novel

D Drama pendek

[1 markah]

1103/4 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K4 – 4 SULIT

SULIT 1103/4

PETIKAN 3: SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Tg. 4, Tema 2 Audio
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan surat kiriman tidak rasmi yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1. Rakaman
SPM 3

1 Amran tinggal di
A Perak.
B Johor.
C Selangor.
D Terengganu. [1 markah]

2 Berikan peribahasa yang terdapat dalam petikan ini. [2 markah]

3 Apakah bidang pengajian yang saya pilih di Sekolah Vokasional? [1 markah]

4 Orang yang memberi dorongan kepada saya ialah: [2 markah]
(i)
(ii)

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5 Bilakah saya akan memulakan pengajian di Sekolah Vokasional?

A Awal tahun ini

B Hujung tahun ini Versi Demo

C Tahun hadapan

D Pertengahan tahun ini

[1 markah]

1103/4 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K4 – 5 [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 1103/4

Audio PETIKAN 4: RENCANA Tg. 5, Tema 4 [1 markah]
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan. [2 markah]

Rakaman Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1.
SPM 4

1 Apakah isu utama yang dibincangkan dalam petikan ini?
A Perpaduan kaum
B Majlis rumah terbuka
C Semangat kerjasama
D Pencemaran alam sekitar

2 Berikan peribahasa yang terdapat dalam petikan ini.

3 Sebab-sebab masyarakat bandar tidak bekerjasama ialah: [2 markah]
(i)
(ii)

4 Nyatakan orang yang memikul tugas untuk memastikan penduduk kampung agar bekerjasama. [2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5 Yang manakah antara berikut tidak dilakukan secara bergotong-royong di kampung?

A Membersihkan parit

B Membina jambatan Versi Demo

C Membaiki jalan

D Menurap jalan tar

[1 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/4 © Myteach Sdn. Bhd. (859523A) (S3) K4 – 6 SULIT

OMG KERTAS PERCUBAAN 2.0 SPM Bahasa Melayu diterbitkan khas untuk para Penulis Myteach KERTAS PERCUBAAN (2.0) Bahasa Melayu
pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Model ini
disediakan berdasarkan format Pentaksiran SPM mulai tahun 2021 yang dikeluarkan RAMLI YAHYA
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memberikan pendedahan tentang format
dan piawaian SPM sebenar. Penghasilan model ini diharapkan dapat memberikan Guru Cemerlang BM
panduan yang jelas serta sebagai persediaan kepada calon untuk menghadapi dan Guru Berprestasi Tinggi
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Munsyi Dewan,
Dewan Bahasa & Pustaka
Hak Cipta
Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak JUILIS MOKUJAL
dibenarkan diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan
alat apa pun sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan Guru Cemerlang BM
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd. Penulis Kreatif
Anugerah Sastera
Kredit Sabah (Kritikan Sabah)
Halaman buku ini direka dengan menggunakan imej daripada Freepik.com
JASNI MAJED
Cetakan Pertama 2022 (22.07)
Dicetak di Malaysia oleh: Penceramah BM, Penulisan &
World Line Marketing Sdn Bhd (1115599-K) Kesusasteraan Melayu
Lot 12, Jalan CJ 1/16, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Menghasilkan lebih daripada
43200 Cheras, Selangor. 220 buah buku rujukan BM

KERTAS KERTAS KERTAS ?
PERCUBAAN PERCUBAAN PERCUBAAN
(2.0) (2.0) (2.0) Anda mempunyai
Bahasa Melayu English Matematik bakat menulis?
E-mel ke
KERTAS KERTAS Versi Demo
PERCUBAAN PERCUBAAN [email protected]
(2.0) (2.0)
Sains Sejarah

Myteach Sdn Bhd (859523A) Edisi Pelajar
19 & 21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, Semenanjung M’sia : RM6.90
47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Sabah & Sarawak : RM7.90
Emel: [email protected]
Laman web: www.myteach360.com
Facebook: facebook.com/myteach360
Tel: +6.03.8066.7446
Faks: +6.03.8066.4416


Click to View FlipBook Version