The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR HAFIZON BINTI ADNAN Moe, 2023-05-18 10:53:04

MODUL AKTIVITI PKBM D

MODUL AKTIVITI PANDUAN GURU

MODUL AKTIVITI PKBM (D) PANDUAN GURU PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA DARAT


KANDUNGAN PERJUMPAAN 1 : PENGENALAN PKBM DARAT 1. Organisasi 2. Logo PKBM (D) 3. Lagu PKBM (D) 4. Bendera PKBM (D) PERJUMPAAN 2 : PENGETAHUAN ASAS KETENTERAAN 1. Tatatertib Tentera 2. Tabik Hormat Asas 3. Pemakaian Seragam 4. Pangkat dalam ATM PERJUMPAAN 3: KAWAD KAKI 1. Sedia, senang diri, rehatkan diri 2. Jadikan tiga barisan dan luruskan barisan 3. Nombor dan nyatakan, buka / tutup barisan 4. Masuk baris 5. Berpusing dan separuh pusing 6. Bersurai dan keluar baris 7. Berjalan dan berhenti dalam masa cepat 8. Langkah panjang, langkah pendek. langkah ke hadapan dan ke belakang, langkah ke sebelah 9. Belok, berpusing dan berjalan menyerong dalam masa cepat 10. Tukar langkah dalam masa cepat 11. Jadikan skuad dalam masa cepat 12. Untuk menjadikan dua barisan dari tiga barisan, untuk menjadikan tiga barisan dari dua barisan 13. Skuad berjalan menghadap tiga barisan dan jadikan berjalan dalam satu barisan. Skuad dalam tiga barisan berjalan dalam satu barisan 14. Hormat semasa berhenti, hormat A semasa berjalan, hormat semasa tidak pakai pakaian kepala dan semasa berpakaian awam dan lain-lain PERJUMPAAN 4: PENGENALAN KEPADA SENJATA 1. Pengenalan dan keselamatam senjata 2. Jenis-jenis senjata dalam Batalion Infantri PERJUMPAAN 5: PENGENALAN MEMBACA PETA 1. Pengenalan kepada peta 2. Pengenalan membaca peta, grid dan cara ambil grid 3. Mengenal kompas prismatik dan penggunaan 4. Latihan orientaring (dalam kem) PERJUMPAAN 6: MERENTAS HALANGAN 1. Jenis-jenis halangan 2. Abseilling dan repelling


PERJUMPAAN 7: PERTOLONGAN CEMAS 1. Jenis-jenis kecederaan dan perawatan • Kecederaan tulang (terkehel, retak, patah dan kecederaan sukan) • Pitam dan tidak sedarkan diri • Terbakar dan melecur 2. Pemulihan kordio pulmonari resucition (CPR) PERJUMPAAN 8: ILMU MEDAN PERANG (IMP) -IKHTIAR HIDUP 1. Pengenalan 2. Sumber air 3. Sumber tali medan 4. Jenis-jenis ikatan 5. Membuat api PERJUMPAAN 9: KAWAD SENJATA 1. Sedia, senang diri, rehatkan diri, senang diri dari sedia, bimbit senjata, masuk baris, rusuk senjata dari turun, hormat senjata dari turun, hormat senjata dari rusuk, rusuk dari turun, turun dari hormat 2. Baring senjata dan angkat senjata, pasang dan tanggal benet, untuk diperiksa tatang senjata, julang dari turun senjata, turun dari julang senjata, junjung dari rusuk, rusuk dari julang senjata 3. Mengawadkan skuad PERJUMPAAN 10: LATIHAN SENJATA REPEL 5.56 MM 1. Isi peluru 2. Membuka dan memasang 3. TSM dan lain-lain hentian 4. Cara-cara menenang dan menembak 5. Latihan menembak PERJUMPAAN 11: PATRIOTIK DAN KENEGARAAN 1. Konsep Patriotik dan Kenegaraan 2. Tokoh Pahlawan Tanah Melayu – Leftenan Adnan PERJUMPAAN 12: ASAS PERKHEMAHAN 1. Teori perkhemahan 2. Membina gajet perkhemahan 3. Contoh gajet 4. Etika perkhemahan PERJUMPAAN 13: KUIZ ASAS KETENTERAAN (ATAS TALIAN) 1. Konsep Patriotik dan Kenegaraan 2. Tokoh Pahlawan Tanah Melayu – Leftenan Adnan PERJUMPAAN 14: PERMAINAN ‘SHOOTING WORLD’ (ATAS TALIAN) 1. Pengenalan 2. Peraturan & Syarat pertandingan PERJUMPAAN 15: VIDEO MASAKAN RIMBA (ATAS TALIAN) 1. Pengenalan 2. Peraturan & Syarat Pertandingan


PERJUMPAAN 1 PENGENALAN PKBM DARAT MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Wakil ahli persatuan / ahli senior menerangkan perkara berikut: I. Organisasi Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat II. Logo Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat III. Sejarah penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat IV. Lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat V. Bendera Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat PANDUAN GURU: ORGANISASI PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA DARAT Organisasi bagi sesebuah platun dan kompeni PKBM hendaklah distrukturkan seperti berikut:


LOGO PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA DARAT SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA DARAT Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia bermula dengan tertubuhnya Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No. 46). Ordinan ini kemudian digantikan dengan Ordinan Kadet Bersatu Malaysia 1967 (Ordinan 68 tahun 1967). Ordinan itu kemudian telah disemak pada 28 Disember, 1989. Selepas disemak ia dikenali sebagai Akta Kadet Bersatu Malaysia 1967 [Akta 417]. Berdasarkan Akta ini, Menteri Pendidikan Malaysia dengan persetujuan Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberi kuasa untuk menentukan kaedah-kaedah berhubung dengan: I. Tahap latihan yang perlu dijalani dan taraf yang perlu dicapai oleh anggota PKBM dari masa ke semasa. II. Kehadiran anggota untuk menjalani latihan dan kursus. III. Pakaian seragam, senjata dan kelengkapan pasukan IV. Kelulusan keselamatan anggota Selain itu, akta ini juga membenarkan Majlis Angkatan Tentera untuk membuat perintah-perintah tetap atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan pengelolaan, pentadbiran dan latihan menyeluruh pasukan, khususnya berkenaan perkara-perkara berikut: I. Pengeluaran dan penjagaan senjata, peralatan, bahan letupan, bekalan, pakaian dan kelengkapan. II. Penyata-penyata, buku-buku dan bentuk surat menyurat. LAGU PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA DARAT GAGAH SETIA Gagah dan setia Tabah dan perkasa Itulah cogan kata kita Tentera darat Malaysia Gempur gempur wira Maju maju mara Rela berkorban jiwa Untuk negara dan bangsa Hutan rimba lembah desa Memburu musuh durjana Tidak gentar mara bahaya Pantang undur tetap mara Gempur wira bergelora Semangat untuk perwira Jasad mungkin gugur di rimba Kami tetap gagah setia LAGU PKBM (D) IMBAS DI SINI


BENDERA PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA


PERJUMPAAN 2 PENGETAHUAN ASAS KETENTERAAN MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Wakil ahli persatuan / ahli senior / jurulatih / guru penasihat menerangkan perkara berikut: I. Disiplin dan Tatatertib Kadet dan Pegawai PKBM Darat II. Tabik Hormat Asas III. Pemakaian Seragam IV. Kad pengenalan PKBM V. Pangkat dalam PKBM 3. Guru penasihat menyediakan bahan bersesuaian dengan tajuk. PANDUAN GURU: DISIPLIN DAN TATATERTIB PEGAWAI DAN KADET PKBM DARAT Disiplin dan Tatatertib Kadet PKBM Darat. Adalah menjadi tanggungjawab semua Kadet PKBM Darat melaporkan kepada Pegawai PKBM Darat berhubung dengan perihal kadet yang melanggar peraturan pemakaian tanpa mengira sama ada kadet berkenaan itu di dalam pasukannya (sekolah) atau sebaliknya. Disiplin dan Tatatertib Pegawai PKBM Darat. a. Prestasi Yang Kurang Memuaskan. Sekiranya Pegawai PKBM Darat didapati tidak cekap atau tidak menununjukkan minat dalam tugasnya, satu laporan hendaklah dimajukan oleh Pengetua Sekolah kepada PPN. Seterusnya laporan itu perlu dimajukan kepada Menteri Pelajaran. Pegawai berkenaan hendaklah dibenarkan membaca dan menandatangani laporan itu, dengan demikian memberi peluang kepada beliau untuk merayu sekiranya beliau mahu membuat pembelaan diri kepada KPM. b. Ketidakhadiran Pegawai PKBM Darat. Seorang pegawai PKBM Darat yang tidak berada di Malaysia melebihi jangkamasa setahun, melainkan dengan kebenaran KPM akan dianggap sebagai telah pun menyerahkan balik perlantikannya. Satu laporan dengan sokongan mengenainya perlu dimajukan oleh pengetuannya melalui saluran biasa ke KPM bagi pembatalan perlantikannya (tauliah). Tindakan yang sama juga akan dikenakan ke atas seorang pegawai PKBM Darat sekiranya beliau ditukarkan ke sekolah lain yang tidak ada pasukan PKBM Darat. PPN hendaklah memberikan pertimbangan bagi menukarkan pegawai PKBM Darat selain atas sebab tatatertib ke sekolah yang ada pasukan PKBM Darat. Sokongan ini bagi membolehkan perkhidmatan pegawai perkenaan tidak terhenti begitu sahaja. Pegawai PKBM Darat yang tidak hadir untuk melatih kadet berulangkali ( tiga kali berturutturut) tanpa sebab yang munasabah akan tertakluk kepada para 22 di atas dan boleh diambil tindakan sewajarnya


TABIK HORMAT ASAS Semua anggota PKBM Darat hendaklah memberi tabik hormat kepada semua pegawai terkanan daripada mereka sama ada daripada ATM atau PKBM. Seorang Pegawai PKBM Darat hendaklah membalas tabik hormat daripada anggota Kadet PKBM Darat. Hormat yang diberi kepada dua atau lebih Pegawai PKBM Darat akan dibalas hanya oleh pegawai PKBM Darat yang terkanan yang ada pada ketika itu. Tindakan ”tidak” membalas tabik hormat kepada anggota bawahan oleh Pegawai PKBM Darat merupakan satu kesalahan. Pegawai dan Kadet PKBM Darat yang menaiki mana-mana kapal DiRaja atau kapal perang asing dikehendaki/perlu memberi hormat kepada Quarter Deck. PEMAKAIAN SERAGAM Rujuk slide tentang tatacara pemakaian PKBM Darat melalui pautan berikut: https://www.slideshare.net/kaymist/tatacara-pemakaian-pkbm-darat atau imbas melalui kod QR di bawah: KAD PENGENALAN PKBM TATACARA PEMAKAIAN IMBAS DI SINI


PANGKAT DALAM PKBM


PERJUMPAAN 3 KAWAD KAKI MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Murid melaksanakan aktiviti kawad kaki iaitu: a. Perbuatan i. Rehatkan diri, senang diri, sedia, luruskan barisan dan pandang depan, buka barisan, tutup barisan, hentak kaki, jadikan 2 barisan, jadikan 3 barisan, berjalan, berhenti, tukar langkah semasa berjalan, hormat ke hadapan, hormat ke kanan, hormat ke kiri, hormat terima sijil, menghadap ke kanan atau kiri semasa cepat jalan, perlahan jalan, berhenti semasa perlahan jalan, pusing ke kanan atau kiri semasa perlahan jalan, pandang ke kanan semasa perlahan jalan, tukar langkah perlahan daripada cepat jalan dan tukar Langkah cepat daripada perlahan jalan b. Bahasa Bagi Hukuman Kawad Statik Dan Kawad Dinamik KAWAD STATIK 1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing. 2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa hukuman Begerak ke kanan....belakang pusing. 3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa hukuman Ke kanan...pusing. 4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing. 5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak. 6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan. KAWAD DINAMIK 1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing. 2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan. 3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini. 4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa berjalan menggunakan bahasa ,hukuman Tukar Langkah (3 kali sebutan secara berturut-turut selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga. 5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini.


6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang...depan. 7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kanan...bertiga-tiga...belakang pusing. 8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti. 9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri pusing. 10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – sama keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara menghadap...dari tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman Hormat ke hadapan...hormat ( perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan / saat sahaja ) PANDUAN GURU: KAWAD KAKI STATIK DAN KAWAD DINAMIK Bahasa Hukuman Kawad Kaki Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kawad kaki statik, kawad kaki dinamik dan kawad kaki formasi. Untuk tujuan pengajaran kawad kaki, eloklah dimulakan dengan statik, iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan. Bahasa hukuman kawad a) Membentuk satu pasukan kawad yang terdiri daripada 3 barisan lurus b) Arahan ‘sedia, rehatkan diri dan senang diri’- Baris! Baris.......... sedia!- Senang....... diri!- Rehatkan...... diri!- Baris! Baris......... sedia! c) Meluruskan barisan- Ke kanan......... lurus!- Pandang.......... depan! d) Buka / tutup barisan - Buka barisan....... gerak!- Tutup barisan........ gerak! e) Berpusing ke kiri, ke kanan dan ke belakang- Bergerak ke kanan, kanan........ pusing!- Bergerak ke kiri, belakang........pusing!- Mengadap ke belakang, kiri....... pusing!- Mengadap ke hadapan, belakang.......pusing! f) Bersurai keluar baris-Keluar....... baris! Kawad Dinamik Kawad ini melibatkan pergerakan berjalan. ARAHAN BAHASA HUKUMAN 1. Sedia Skuad/Baris/Kontinjen…Sedia 2. Senang diri Skuad/Baris/Kontinjen…Senang Diri 3. Gerakkan skuad ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-tiga… Kekanan… Pusing


5. Berjalan Dari kiri/kanan… Cepat jalan 6. Berhenti semasa cepat jalan Skuad/Baris/Kontinjen…Hentak 7. Menghadap ke hadapan Skuad/Baris/Kontinjen…Akan menghadap ke hadapan… ke belakang…pusing 8. Menghadap ke belakang Skuad/Baris/Kontinjen…Akan menghadap ke belakang… ke belakang… pusing 9. Ke belakang pusing (cepat jalan) Bergerak ke kanan/kiri bertiga-tiga…Ke belakang… Pusing (atas kaki kanan). Ke kanan/kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadap ke hadapan 10.Hormat Hormat… hormat ke hadapan… Hormat (atas kaki kiri) 11. Terima gaji Hormat selaku terima gaji… hormat kehadapan… hormat (atas kaki kiri) 12.Ke kanan/kiri hormat Hormat… hormat ke kanan/kiri…hormat (atas kaki kiri) 13.Pandang kanan/ kiri Pandang kanan/kiri… (atas kaki kiri) 14.Pandang hadapan Pandang hadapan (atas kaki kiri) 15.Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan… Tukarlangkah (atas kaki kiri berturut dengan kaki kanan) 16.Cepat jalan ke perlahan jalan Tukar langkah perlahan… Perlahan..Jalan (atas kaki kanan) 17.Ke belakang pusing (perlahan jalan) Bergerak ke kanan/kiri bertigatiga…Kebelakang… Pusing (atas kaki kanan). Ke kanan/kiri hendaklah lihat tangananggota yang menghadap ke hadapan. 18.Perlahan jalan ke cepat jalan Tukar langkah cepat… Cepat jalan…(kaki kiri berturut dengan kaki kanan) 19.Hentak kaki semasa cepat jalan Hentak … kaki (atas kaki kanan) 20.Maju selepas hentak kaki Maju… (atas kaki kanan) 21.Menghadap ke belakang semasa cepat jalan Skuad/Baris… akan menghadap kebelakang… ke kanan/kiri pusing (kaki yang mengikut arah) 22.Tukar langkah semasa hentak kaki Hentak kakiTukar langkah semasa hentak kaki…Tukar Langkah (mana-mana kaki berturut-turut) 23.Sekiranya skuad anda menghadap ke belakang( semasa berhenti) Skuad/Baris… akan bergerak kekanan/kiri, ke kanan/kiri… Pusing


PERJUMPAAN 4 PENGENALAN KEPADA SENJATA MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu persatuan dan ikrar. 2. Guru menjelaskan pengenalan berkaitan senjata dan keselamatan senjata. 3. Guru menayangkan slide berkaitan jenis-jenis senjata yang digunakan dalam batalion infantri. PANDUAN GURU : PENGENALAN DAN KESELAMATAM SENJATA Sejak Tentera Darat Malaysia (TDM) ditubuhkan pada 1 Mac 1933, terdapat beberapa jenis senjata tempur yang telah digunakan oleh TDM dari penubuhannya sehingga sekarang. Senjata tempur adalah senjata yang digunakan oleh anggota tentera semasa bertempur atau dikenali sebagai assault rifle. Terdapat 6 jenis senjata tempur yang digunakan oleh TDM (tidak temasuk senjata tempur unit-unit komando dan unit-unit terpilih semasa insurgensi). I. 1933-RIFLE Lee-Enfield No.4 MK 1 II. 1958 - RIFLE SLR LIAI III. 1965-RIFLE HK 33 IV. 1972-RIFLE COLT M16A1 V. 1990-RIFLE AUG STEYR VI. 2013-RIFLE COLT MUA JENIS-JENIS SENJATA DALAM BATALION INFANTRI JENIS SENJATA IMBAS DI SINI


PERJUMPAAN 5 PENGENALAN MEMBACA PETA MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu persatuan dan ikrar. 2. Guru memaparkan peta sekolah 3. Guru menerangkan berkaitan tanda-tanda yang terdapat pada peta sekolah tersebut. 4. Guru menunjukkan cara yang betul untuk membaca peta, grid dan cara mengambil grid. 5. Guru menerangkan komponen-komponen yang terdapat pada kompas. 6. Guru menunjukkan cara mencari arah menggunakan kompas tersebut. 7. Murid dengan bimbingan jurulatih melaksanakan orientaring (dalam kem). PANDUAN GURU: Pengenalan • Pandu arah merupakan proses dan aktiviti yang dapat mencari lokasi yang hendak dituju dan juga dapat menentukan kedudukan seseorang. • Pandu arah mestilah dilakukan dengan menggunakan kompas yang dapat menunjukkan arah mata angin. • Kompas merupakan alat yang digunakan untuk mengetahui arah mata angin. • Pada tahun 1877, William Thomson merupakan orang Inggeris telah membuat kompas yang dapat diterima oleh semua negara. • Sekarang kompas semakin berkembang dari semasa ke semasa dengan berbagai rupa seperti kompas analog, kompas digital dan lain-lain jenis kompas. Komponen Kompas Dial : Permukaan dimana tertera angka dan huruf seperti pada permukaan jam Visir : Pembidik sasaran Kaca pembesar : Untuk pembacaan pada angka Jarum penunjuk : Penunjuk arah Tempat jari : Digunakan sebagai penyangkut ibu jari untuk memastikan kedudukan kompas semasa membidik


PERJUMPAAN 6 MERENTAS HALANGAN MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Wakil ahli persatuan / ahli senior / jurulatih / guru penasihat menerangkan perkara berikut: I. Jenis-Jenis halangan II. Abseilling dan repelling 3. Guru penasihat bersama jurulatih melakukan amali rentas halangan ditempat yang sesuai. PANDUAN GURU: JENIS-JENIS HALANGAN


ABSEILLING DAN REPELLING Abseiling dan rappelling adalah jenis sukan atau aktiviti menuruni permukaan hamper menegak atau permukaan papan kayu atau batu dengan menggunakan tali berganda. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada kumpulan sasaran terutama kepada pelatih kursus asas berkenaan teknik menyelamat pada aras tinggi.


PERJUMPAAN 7 PERTOLONGAN CEMAS MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Wakil ahli persatuan / ahli senior / jurulatih / guru penasihat menerangkan perkara berikut: I. Jenis-Jenis kecederaan dan perawatan • Kecederaan tulang (terkehel, retak, patah dan kecederaan sukan) • Pitam dan tidak sedarkan diri • Terbakar dan melecur II. Pemulihan kordio pulmonari resucition (CPR) 3. Guru penasihat menunjukkan contoh pertolongan cemas melalui video atau tunjuk cara secara amali. PANDUAN GURU: JENIS-JENIS KECEDERAAN DAN PERAWATAN 1. Kecederaan Tulang Pengenalan Kecederaan boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung Secara Langsung : Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan. Secara Tidak Langsung : Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah. Tanda kecederaan tulang I. Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran II. Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. III. Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera. IV. Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek. V. Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah. Perawatan Kecederaan Tulang RAWATAN KECEDERAAN TULANG IMBAS DI SINI


2. Pitam dan Tidak Sedarkan Diri Pengenalan Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak. Faktor Penyebab I. Terdedah kepada panas yang melampau II. Lapar yang melampau III. Tekanan emosi IV. Keletihan dan ketakutan yang melampau V. Dehidrasi VI. Penyakit Tanda dan Gejala I. Pucat II. Denyutan nadi cepat III. Berpeluh sejuk IV. Rasa loya V. Kepala rasa berpusing Perawatan Pitam dan Tidak Sedarkan diri 3. Terbakar dan Melecur Pengenalan Luka terbakar – didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu badan akibat daripada haba kering seperti tenaga elektrik, geseran, kesan radiasi dan bahan api Luka melecur – didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu kulit akibat daripada bahan kimia, wap atau cecair panas Tahap Kecederaan Tahap Satu (superficial) – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja (lapisan epidermis). Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit yang lain Tahap Dua (partial thickness) – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan (lapisan dermis terlibat) Tahap Tiga (full thickness) – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang. RAWATAN PITAM IMBAS DI SINI


Rawatan segera menggunakan konsep 3B & 3C I. “Burn stop”– hentikan pembakaran, jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju. Alihkan objek panas dari mangsa II. “Breathing maintain” – pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek menghalang pernafasan III. “Body examine” – periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat IV. “Cool”– sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air paip sekurang-kurangnya 10 minit V. “Cover” – tutup bahagian yang terbakar dengan kain atau plastik bersih VI. “Carry” – bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut Perawatan Terbakar dan Melecur PEMULIHAN KORDIO PULMONARI RESUCITION (CPR) Pengenalan CPR atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal. CPR boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Tutorial CPR RAWATAN TERBAKAR DAN MELECUR IMBAS DI SINI TUTORIAL CPR IMBAS DI SINI


PERJUMPAAN 8 ILMU MEDAN PERANG (IMP) - IKHTIAR HIDUP MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Wakil ahli persatuan / ahli senior / jurulatih / guru penasihat menerangkan perkara berikut: 6. Pengenalan 7. Sumber air 8. Jenis-jenis ikatan 9. Membuat api 3. Guru penasihat dengan kerjasama jurulatih melakukan salah satu amali ikhtiar hidup (menghidupkan api). PNDUAN GURU: PENGENALAN Ikhtiar hidup ialah keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. • Situasi Ikhtiar Hidup : Kehabisan bekalan makanan dan minuman • Ancaman binatang buas • Masalah perlindungan dan lain-lain. Prinsip Ikhtiar Hidup : • Keselamatan nyawa - Contoh: elakkan memakan tumbuh-tumbuhanyang tidak diketahui sama ada boleh makan atau tidak) • Usaha & Kerjasama – Contoh: Kerjasama yang erat dan berterusan • Kawalan Diri – Contoh: Tanpa kawalan diri, perasaan panik dan hilang perhitungan akan menyebabkan sesorang menjadi terburu-buru SUMBER AIR Air boleh didapati dari sumber sumber seperti sungai, mata air, pohon, akar dan juga tanah. Peralatan yang diperlukan lazimnya adalah: • Bekas untuk mengumpul air (samada benda keluaran komersial atau pun sumber alam seperti buluh). • Bekas untuk memproses air iaitu menapis air yang kotor (samada keluaran komersial atau sumber alam seperti buloh dan daun daun tertentu). • Bekas untuk memasak air yang telah diproses (samada keluaran komersial atau buloh dan daun). • Penyulingan air dgn cara memasak atau menjemur menggunakan kaedah SODIS, (bekas air, plastik cerah, buloh, daun, api dan matahari) • Parang atau alat memotong untuk memotong buluh, pohon dan akar.


JENIS-JENIS IKATAN Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah : a) Ikatan Buku Sila b) Ikatan Bunga Geti c) Simpulan Tindih Kasih d) Ikatan Simpul Manok e) Ikatan Pengail f) Simpulan Angka 8 Ikatan buku sila Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Fungsinya ialah: Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz. Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. Ikatan Bunga Geti Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. Fungsinya ialah: Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. Mengikat tali kesuatu tanjul. Simpulan Tindih Kasih Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. Fungsinya ialah: Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. Ikatan Simpul Manok (Clove Hitch) Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Fungsinya ialah: Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. Ikatan Pengail Fungsi ikatan pengail ialah: Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. Ikatan ini kuat dan kukuh. Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. Simpulan Angka 8 / Figure Of 8 Fungsi simpulan angka 8 ialah: Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah. Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal Lebih berguna kerana mudah dibuka. IKATAN & SIMPULAN IMBAS DI SINI


MENGHIDUPKAN API Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa mancis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai mancis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang menggunakan berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api. Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah ke atas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak. TUTORIAL MENGHIDUPKAN API MENGHIDUPKAN API IMBAS DI SINI


PERJUMPAAN 9 KAWAD SENJATA MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu persatuan dan ikrar. 3. Guru meminta semua murid membuat lakuan kawad senjata iaitu : - Sedia, senang diri, rehatkan diri - Senang diri dari sedia - Bimbit senjata, masuk baris, rusuk senjata dari turun, hormat senjata dari turun, hormat senjata dari rusuk, rusuk dari turun, turun dari hormat - Baring senjata dan angkat senjata, pasang dan tanggal bannet, untuk diperiksa tatang senjata - Julang dari turun senjata, turun dari julang senjata, junjung dari rusuk, rusuk dari julang senjata - Mengawadkan skuad 4. Guru penasihat bekerjasama dengan jurulatih PANDUAN GURU: PERATURAN KAWAD SENJATA 1. Sedia - PP 2. Senang diri - PP 3. Rehatkan diri - PP 4. Rusuk senjata dari turun senjata - 2P 5. Turun senjata dari rusuk - 2P 6. Kalih senjata dari turun -2P 7. Ke hadapan hormat - 2P 8. Hormat senjata dari rusuk - 3P 9. Rusuk senjata dari hormart - 2P 10. Hormat senjata dari turun - 3P 11. Turun senjata dari hormat - 3P 12. Kalih senjata dari rusuk - 4P VIDEO KAWAD SENJATA KAWAD SENJATA IMBAS DI SINI


LATIHAN SENJATA REPEL IMBAS DI SINI PERJUMPAAN 10 LATIHAN SENJATA REPEL 5.56 MM MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Guru menjelaskan pengenalan berkaitan senjata dan keselamatan senjata. 3. Guru menayangkan slide cara membuka dan memasang senjata, mengisi peluru dan latihan menembak 4. Guru berkerjasama dengan jurulatih. PANDUAN GURU: Guru boleh merujuk slide tentang cara membuka dan memasang senjata melalui kod QR di bawah:


FILEM LEFTENAN ADNAN IMBAS DI SINI PERJUMPAAN 11 PATRIOTISME DAN KENEGARAAN MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Guru menjelaskan konsep semangat patriotik dan kenegaraan. 3. Guru menceritakan biodata Leftenan Adnan 4. Murid menonton Filem Leftenan Adnan PANDUAN GURU: KONSEP PATRIOTISME DAN KENEGARAAN Terdapat 5 konsep patriotisme yang perlu diberi penekanan dalam diri setiap individu iaitu berani menyatakan bahawa kita memperakukan kedaulatan negara, mempertahankan keluhuran perlembagaan, berbangga menjadi warga Malaysia, rela berkorban demi negara dan sentiasa berusaha mempertahankan maruah negara. TOKOH PAHLAWAN TANAH MELAYU – LEFTENAN ADNAN Biodata Leftenan Adnan merupakan seorang askar Melayu yang berjuang untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun semasa Perang Dunia II. Beliau merupakan seorang yang berani dan tegas dalam memimpin pasukannya. Serangan Jepun ke Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941. Leftenan Adnan dan pasukannya ditempatkan di Bukit Chandu untuk mempertahankan kawasan tersebut daripada serangan Jepun. Mereka berjuang dengan gigih walaupun jumlah mereka sedikit berbanding tentera Jepun yang lebih ramai. Pertempuran di Bukit Chandu berlangsung selama dua hari dan satu malam. Leftenan Adnan dan pasukannya berjuang dengan penuh semangat dan keberanian. Namun, pada akhirnya mereka kalah dan Leftenan Adnan terpaksa menyerah kepada tentera Jepun. Kematian Leftenan Adnan menjadi satu tragedi besar bagi rakyat Malaysia. Beliau merupakan seorang pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan negara daripada penjajah. Walaupun beliau telah meninggal dunia, semangat perjuangannya tetap hidup dalam hati rakyat Malaysia. Pautan Filem Leftenan Adnan


PERJUMPAAN 12 ASAS PERKHEMAHAN MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat. 2. Guru menjelaskan berkaitan teori perkhemahan serta etika yang perlu dipatuhi sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan. 3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 4. Setiap kumpulan perlu melaksakan aktiviti perkhemahan dengan bimbingan guru. PANDUAN GURU: PENGENALAN • Maksud perkhemahan secara umumnya ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan bermalam. • Perkhemahan unit uniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial • Perkhemahan juga bertujuan untuk mendidik murid-murid supaya percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri MEMBINA GADGET PERKHEMAHAN • Gadget merupakan peralatan yang dibuat oleh murid untuk keselesaan sepanjang perkhemahan • Mengenal gadget perkhemahan : o Gadget ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan o Kedudukan gadget o Boleh dijadikan aktiviti pertandingan sewaktu perkhemahan TUJUAN MEMBINA GADGET • Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan • Membina gadget yang boleh berfungsi • Mewujudkan semangat kekitaan dan kerjasama dalam kumpulan • Dapat melahirkan idea-idea baharu JENIS-JENIS GADGET • Gadget kawasan pintu • Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan • Gadget kawasan tempat basuhan • Gadget kawasan tempat tinggal • Gadget kawasan pengeringan


PENGHASILAN GADGET IMBAS DI SINI CONTOH GADGET PERKHEMAHAN ETIKA PERKHEMAHAN Etika Perkhemahan adalah perkara asas di dalam berkhemah. Khemah atau juga dengan maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas. Penting untuk kita cakna tentang etika perkhemahan walau di mana-mana kawasan atau persekitaran sekali pun. Terdapat beberapa etika perkhemahan yang perlu kita tekankan untuk mengelakkan perkara yang tidak selamat daripada berlaku. Antara etika yang perlu diterapkan semasa melakukan aktiviti perkhemahan ialah peserta dilarang membuat kotor di kawasan perkhemahan. Terutamanya jika peserta berkhemah di kawasan hutan. Kotoran makanan akan menarik perhatian binatang-binatang buas untuk datang menghampiri kawasan perkhemahan. Selain itu, peserta juga dilarang untuk merosakkan alam semulajadi. Jangan sewenang-wenangnya memetik, mengutip, menorah dan sebagainya terhadap flora dan fauna di sekitar tapak perkhemahan. Seringkali program perkhemahan ini diadakan di penempatan yang jauh dari tempat tinggal kita. Ini kerana kita ingin mendatangkan rasa dan aura yang berbeza dari tempat asal kita. oleh itu, peserta hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengejek adat resam sesuatu tempat tersebut. Peserta perlu menjaga sikap yang berunsur provokasi terhadap sesuatu perkara atau tempat. Sehubungan itu, etika perkhemahan yang penting untuk peserta terapkan ialah awas dari penggunaan api terlalu dekat dengan kawasan perkhemahan. Jangan memasang unggun api di waktu malam berhampiran tapak perkhemahan. Ini kerana, khemah yang digunakan sangat sensitive dengan bahan api. Lilin, lighter dan alatan yang berkaitan sebaiknya digunakan jauh dari khemah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. PENERANGAN DAN PENGHASILAN GADGET


KUIZ ASAS KETENTERAAN IMBAS DI SINI PERJUMPAAN 13 KUIZ ASAS KETENTERAAN (ATAS TALIAN) MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Guru memberitahu kepada semua murid berkaitan aktiviti yang akan dijalankan pada perjumpaan tersebut. 2. Guru berkongsi link Google Form berkaitan soalan kuiz melalui aplikasi ‘Whatapps’. 3. Guru memberi masa kepada murid untuk melengkapkan kuiz tersebut. PANDUAN GURU: • Tujuan pelaksanaan aktiviti unit beruniform secara atas talian adalah untuk memastikan semua murid dapat mencapai sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan unit. • Semua soalan adalah berkaitan dengan pengetahuan asas murid tentang PKBM. SYARAT PENYERTAAN • Penyertaan melibatkan semua murid badan beruniform PKBM dari tingkatan 1 hingga 5. • Kuiz dijalankan secara atas talian (online). • Guru penasihat PKBM akan memberikan link kuiz tersebut 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. • Sekiranya murid menjawab sebelum masa yang ditetapkan, penyertaan adalah terbatal. • Masa yang diberikan adalah selama 3 jam sahaja. • Murid-murid hanya boleh menjawab sekali sahaja kuiz tersebut. • Soalan kuiz adalah berkaitan asas ketenteraan. PAUTAN KUIZ


MUAT TURUN SHOOTING WORLD IMBAS DI SINI PERJUMPAAN 14 PERMAINAN ‘SHOOTING WORLD’ (ATAS TALIAN) MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Guru meminta murid memuat turun permainan ‘Shooting World’ di telefon bimbit. 2. Guru menerangkan peraturan permainan dan tempoh masa pertandingan. 3. Murid melaksanakan permainan secara individu. 4. Setelah tamat tempoh pertandingan, guru memilih pemenang berdasarkan ‘Rank’ tertinggi. PANDUAN GURU:


VIDEO MASAKAN RIMBA IMBAS DI SINI PERJUMPAAN 15 VIDEO MASAKAN RIMBA (ATAS TALIAN) MASA 3 JAM PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Guru menerangkan kepada murid tentang pengenalan dan objektif masakan rimba. 2. Guru menerangkan peraturan dan syarat pertandingan. 3. Murid melaksanakan masakan rimba dan merakam secara video. 4. Guru menilai video murid dan memilih pemenang. PANDUAN GURU: PENGENALAN Masakan cara hutan atau memasak tanpa alatan lengkap. Sebagai ganti daun kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur bole digunakan. Secara umumnya ada beberapa cara masakan rimba boleh dihasilkan. Antaranya adalah dengan kaedah merebus, memanggang atau membakar makanan terus ke dalam api. Kaedah-kaedah ini boleh digunakan untuk jenis makanan yang bersesuaian. OBJEKTIF Penghasilan video Masakan Rimba diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PKBM tentang cara menggunakan sumber alam untuk memasak. Keberkesanan Aktiviti ini akan membantu ahli PKBM menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. SYARAT-SYARAT PENGHASILAN VIDEO BAGI MASAKAN RIMBA 1. Durasi masa persembahan 3-5 minit. 2. Persembahan hanya secara individu,tiada bantuan/tunjuk ajar daripada pihak lain. 3. Pakaian peserta wajib melambangkan unit uniform PKBM. 4. Bahan yang siap diproses seperti sos cili, kicap ,jus tidak dibenarkan. 5. Menu masakan adalah kategori HALAL. 6. Semua bahan yang digunakan dalam menu adalah daripada bahan semulajadi. 7. Peralatan utk memasak terdiri daripada bahan alam semulajadi seperti kayu,daun,buah-buahan,buluh,kelapa , tempurung kelapa, lidi,lumpur.pasir dan sebagainya. 8. Masakan dihasilkan tanpa peralatan perkakasan dapur . 9. Kaedah menghidupkan api peserta boleh menggunakan lilin atau 'fire starter'.


Click to View FlipBook Version