The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR HAFIZON BINTI ADNAN Moe, 2023-08-15 11:26:11

BK KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2023

BK KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2023

TEKS UCAPAN PERASMIAN YANG BERBAHAGIA PUAN HAYATI BIN CHAT AHLI MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU SELANGOR KALI KE-51 TAHUN 2023 Yang Berusaha Puan Hajah Sarina Binti Shaari Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor Yang Berusaha Encik Rosli bin Sulaiman Timbalan PPD Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Hulu Selangor Yang Berusaha En Azrul Hisham Bin Hamzah Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Hulu Selangor Yang Berusaha Encik Mohamed Azhar Bin Mohd Hasbi - Pengetua SMK Serendah Encik Hellmy Bin Yusof @ Haji Idris - Guru Besar SK Kalumpang selaku Pengelola bersama Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor Kali Ke 51/2023 Penolong-penolong PPD Pengetua-pengetua Guru besar-guru besar Barisan Ahli Jawatankuasa Kejohanan, Pengurus-pengurus pasukan, Jurulatih-jurulatih Tuan-tuan dan Puan-puan Ibu bapa serta murid-murid sekalian Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama - sama warga pendidik dan pelajar-pelajar pada Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor Kali Ke -51 Tahun 2023. Hadirin yang dihormati, Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi setiap perlawanan,namun perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini


memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang. Kegiatan sukan yang berterusan ini akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang pemain itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan Aktiviti sukan ini juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Kita tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui penganjuran sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua pemain mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan dan mengelolakan Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor Kali Ke -51 Tahun 2023 dengan jayanya. Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung tahniah kepada, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Pengerusi Pengelola, Pegawai-pegawai Kejohanan, Penguruspengurus pasukan , semua peserta kejohanan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik tolak kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia di negara kita. Saya dengan ini merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor Kali Ke -51 Tahun 2023. Sekian, terima kasih.


SALUTASI MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU SELANGOR TAHUN 2023 Yang Berbahagia Puan Hayati Binti Chat Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor , Yang Berusaha Puan Hajah Sarina Binti Shaari Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor Yang Berusaha Encik Rosli bin Sulaiman Timbalan PPD Sektor Pembangunan Bakat Murid, PPD Hulu Selangor Yang Berusaha En Azrul Hisham Bin Hamzah Penolong PPD, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Hulu Selangor Yang Berusaha Encik Mohamed Azhar Bin Mohd Hasbi - Pengetua SMK Serendah Encik Hellmy Bin Yusof @ Haji Idris - Guru Besar SK Kalumpang selaku Pengelola bersama Kejohanan Sukan Olahraga MSSD Hulu Selangor Kali Ke 51/2023 Penolong-penolong PPD Barisan Ahli Jawatankuasa Kejohanan, Pengurus-pengurus pasukan, Jurulatih-jurulatih Tuan-tuan dan Puan-puan Ibu bapa serta murid-murid sekalian


Click to View FlipBook Version