KERTAS
CADANGAN
PROJEK PUSAT
AKTIVITI
KITAR SEMULA
SEREMBAN
1
1.0 MUKADIMAH
1.1 PENGENLAN
Yayasan Tzu Chi adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan di
Taiwan semenjak 52 tahun yang lalu.
Tzu Chi diasaskan oleh Dharma Master Cheng Yen pada 1969. Visi Tzu Chi
adalah untuk ingin menyumbang kepada kesejahteraan sejagat dunia ini.
Kempen kitar semula Tzu Chi bermula pada 1990. Pada masa itu, pengasas
ternampak banyak botol plastik yang dibuang merata-rata dan mewujudkan
niat ingin memulakan kempen kitar semula. Dalam ceramah, Master menyeru
supaya semua orang menggunakan tangan yang memberi tepukan untuk
membuat kerja-kerja kitar semula.
Selama ini, Tzu Chi mengamalkan 4 misi utama, iaitu Kebajikan, Perubatan,
Pendidikan serta Semangat Kemanusiaan. Misi-misi tersebut dikembang
kepada operasi bantuan bencana di peringkat antarabangsa, pengurusan
pusat maklumat sum-sum tulang Taiwan, pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar dan program sukarelawan tempatan. (rujuk lampiran brosur )
Kini, Tzu Chi telah dianggotai oleh lebih daripada 90 buah negara di setiap
pelusuk dunia. Pada peringkat awal, Tzu Chi mempunyai empat misi utama
iaitu hal-hal kebajikan, Pendidikan, Perubatan dan Kemanusiaan. Tetapi kini,
misi kami melanjut kepada bantuan Malapetaka sedunia, Tabung Sum-sum
tulang, pemeliharaan Alam Sekitar dan Pemupukan Komuniti Sukarelawan.
(Lampiran 1)
1.2 PELAKSANAAN YAYASAN TZU CHI SEREMBAN
Sejajar dengan misi pemeliharaan Alam Sekitar, Yayasan Tzu Chi Seremban
telah berusaha mengamalkan dan menyebarkan aktiviti kitar semula
semenjak tahun 1996. Sehingga kini, kami mempunyai lebih daripada 250
sukarelawan yang berkhidmat di 25 lokasi yang meliputi kawasan daerah
Seremban hingga ke daerah Port Dickson. Jumlah lokasi semakin
2
bertambah selaras dengan peningkatan sisa pepejal yang dihasilkan oleh
masyarakat dan juga kepekaan orang ramai terhadap kepentingan kitar
semula. Pada tahun 2017, sejumlah 100 ribu kilogram (kg) sumber bahan
kitaran telah dikutip oleh sukarelawan kami.(Lampiran 2)
Pada masa ini, aktiviti kitar semula beroperasi sebulan sekali ( hari Ahad
pada minggu keempat) di daerah Seremban dan daerah Port Dickson. Pada
hari tersebut, kami akan mengumpul, mengasingkan dan menjual sumber
bahan kitar semula yang dikutip dari setiap lokasi. Untuk melaksanakan
usaha kitar semula dengan cara yang lebih berkesan dan bermakna, kami
juga mendirikan Pusat Kitar Semula yang boleh beroperasi setiap hari di
Taman AST dan Seremban 2. Sumber tenaga yang menjalankan tugas-tugas
penyelarasan dan pengurusan bahan kitar semula adalah terdiri daripada
para sukarelawan Tzu Chi dari segenap lapisan umur dan golongan
masyarakat .
2.0 OBJEKTIF KAMI
Objektif Misi Pemeliharaan Alam sekitar adalah seperti berikut :
a) Mendidik dan menggalakkan masyarakat Malaysia tentang kepentingan
pengurusan sisa pepejal yang lebih sempurna melalui amalan 5R iaitu
Menolak(Refuse), mengurangkan(Reduse), Guna semula(Reuse), baiki
(Repair) dan kitar semula(Recycle).
b) Mengurangkan jumlah sisa pepajal yang dihantar ke tempat
pembuangan sampah setiap hari dan mengurangkan pencemaran alam
sekitar melalui pembuangan sampah yang tidak terurus.
c) Menyediakan tempat yang sesuai bagi masyarakat awam untuk
memainkan peranan aktif dalam penjagaan alam sekitar kerana
tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama dan bukan semata-
mata bergantung kepada pihak berkuasa tempatan sahaja.
3
d) Selaras dengan matlamat dan dasar kerajaan untuk memupuk ahli
masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dan menangani
kesan pemanasan global.
e) Pengamalan sikap berjimat cermat sumber alam dalam kehidupan
seharian selaras dengan seruan kerajaan.
3.0 KONSEP
3.1 Misi Kitar Semula akan berdasarkan konsep aktiviti berikut :
a) Destinasi pengutipan – ditetapkan di kawasan berhampiran taman
perumahan dikhaskan untuk orang awam meletakkan sisa pepejal
mereka yang boleh dikitar semula.
b) Kawasan/lokasi pengasingan – sementara waktu ini ditetapkan di
Taman AST yang terdiri daripada dua buah kedai. Para sukarelawan
akan mengasingkan sisa yang telah dikutip mengikut kategori seperti
kertas, plastik, gelas, besi, aluminium dan lain-lain.
c) Kawasan penyimpanan – tempat menyimpan sisa yang telah
diasingkan sebelum dihantar atau dikutip oleh kontraktor yang
berlainan.
d) Kawasan serbaguna – untuk mengadakan aktiviti seperti ceramah,
perhimpuanan, pameran bagi mendidik sukarelawan, orang awam,
murid-murid sekolah, pelajar IPTA semasa mereka melawat ke pusat
di Seremban 2. ( Lampiran 3)
3.2 Cadangan aktiviti-aktiviti dan cara operasi di pusat kitar semula adalah
seperti berikut :
3.2.1 Pada peringkat awal, pusat tersebut akan beroperasi seminggu
sekali. Kekerapan ini akan bertambah setelah operasi menjadi
stabil dan tenaga kerja daripada sukarelawan kami mencukupi.
Semasa beroperasi, kakitangan kami akan mengasingkan sisi kitar
semula mengikut kategori.
4
3.2.2 Semua sisa kitar semula akan disimpan di tempat stor dengan
cara yang teratur dan kemas sehingga kuantiti tersebut memadai
untuk dikutip oleh para kontraktor.
3.2.3 Pusat ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang ingin
mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula dan
pemeliharaan alam sekitar. Pihak pengurusan akan menentukan
syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat ini
menurut undang-undang alam sekitar yang tersedia.
3.2.4 Kami akan menjemput orang awam, sekolah, pusat pengajian
tinggi atau organisasi yang berminat untuk mengambil bahagian
dalam aktivit-aktiviti yang berbentuk pendidikan, gotong-royong
atau membentuk kesedaran tentang kepentingan kitar semula
dan penjagaan alam sekitar. Kami juga akan menggalakkan
penduduk di sekitar tempat tersebut untuk mengahntar sisa kitar
semula mereka ke pusat ini.
3.2.5 Pusat ini akan menjadi contoh pusat kitar semula yang baik. Kami
akan memastikan kawasan pusat ini selalu bersih, teratur dan
kemas setiap masa.
4.0 BARANGAN YANG DIKITAR SEMULA
Barangan atau sisa pepejal yang akan dikutip untuk dikitar semula termasuk :
a) Kertas ( suratkhbar, majalah, buku,kotak karton, bahan pembungkusan dan
lainlain)
b) Plastik 9 Botol/bekas PET, HDPE, LDPE, bahagian dan bahan plastic dan
lain-lin)
c) Aluminium, besi, keluli dan lain-lain.
d) Gelas ( semua jenis botol atau bekas)
e) Barang elektrik (yang boleh diperbaiki atau dibuka untuk mengasingkan
bahan yang bolegh dikitar semula)
5
f) Pakaian seperti baju, beg dan lain-lain( yang boleh diguna semula oleh
golongan yang tidak berupaya membeli keperluan ini)
Kami tidak akan menerima atau menyimpan sebarang sisa organik yang
boleh dibiodegrasi dan berbau busuk. Sekiranya ada sisa organik yang
tersalah kutip, ia akan dibuang dengan cara yang betul pada hari yang sama.
Kesemua sisa kitar semula akan dibersih dan disimpan dengan kemas dan
teratur di kawasan pusat ini. Kami juga tidak menerima perabot kecil atau
besar kerana bahan berkenaan tidak boleh dikitar semula.
5.0 PENGURUSAN DAN KEWANGAN
Aktiviti kitar semula dan pusat kitar semula akan dibiayai oleh wang hasil
jualan barangan kitar semula dan juga kutipan derma daripada ahli-ahli Tzu
Chi serta orang awam. Semua hasil jualan barang kitar semula akan digunakan
untuk melaksanakan semua misi kebajikan kami.
Aktiviti kitar semula akan dikendalikan oleh sukarelawan Tzu Chi yang melapor
secara terus kepada ibu pejabat kami di Melaka.
6.0 MANFAAT AKTIVITI KITAR SEMULA DAN PENDIDIKAN
Kebaikan atau manfaat yang boleh didapati daripada aktivit-aktiviti kitar
semula termasuk :
a) Membantu mengurang sisa pepejal yang dibuang oleh penduduk di sekitar
kawasan kediaman.
b) Mendidik masyarakat kawasan setempat tentang kepentingan serta cara
yang betul untuk mengamalkan tabiat kitar semula.
c) Menyediakan satu tempat yang sesuai dan mudah bagi penduduk kawasan
ini untuk menghantar sisa kitar semula.
d) Mengurangkan beban pihak berkuasa tempatan khasnya MPS dalam hal
pengutipan sisa pepejal harian.
e) Menggalakkan sikap sukarela/bergotong-royong di kalangan penduduk
komuniti ini dan juga menjalin hubungan mesra antara penduduk.
6
f) Memberi bantuan kepada lokasi kitar semula Tzu Chi yang lain dalam
aktiviti bulanan mereka.
g) Menjadi tempat kegiatan Tzu Chi dalam usaha memberi latihan/pendidikan
kepada pihak-pihak yang berminat untuk melaksankan projek kitar semula
masing-masing.
7.0 CONTOH LOKASI DAN PUSAT KITAR SEMULA TZU CHI SEREMBAN
Komuniti Lokasi Kitar Semula komuniti
Selatan 1 Seremban Jaya, Taman Seremban, Ampangan
Selatan 2 Kg Baru Rasah, Taman Bkt Blossom, Rasah jaya, Tmn Harapan
Baru, Taman Merpati
Utara 1 Templer, Sikamat, Taman Bkt Galena, labu, Kuala Klawang
Utara 2 Mantin, Taman Desa pelangi Mantin, Nilai,
Barat 1 Port Dickson, Lukut, Bandar Springhill, Bukit Pelandok
Barat 2 Seremban 2, Rasah Kemayan, Bukit Kepayan
Sila rujuk kepada gambar-gambar lokasi kitar semula dan pusat kitar semula di
lampiran.
8.0 MENGAPA MEMILIH TZU CHI
Yayasan Tzu Chi Malaysia ( Cawangan Melaka) telah mengambil langkah
menggalakkan dan mengamalkan amalan kitar semula semanjak tahun 1996.
Amalan 5R yang dipraktiskan oleh para sukarelawan kami dalam kehidupan
harian menunjukkan kasih sayang kami terhadap penjagaan persikataran dan
bumi kita untuk manfaat masyarakat setempat dan dunia sejagat. Dalam masa
21 tahun ini, usaha kami telah menerima pengiktirafan daripada orang awam,
sector swasta dan juga pihak kerajaan.
Antara anugerah yang diterima oleh Tzu Chi daripada pihak-pihak yang
mengenali sumbangan kami adalah seperti berikut :
- 14 Julai 2001, Program kitar Semula di Sabah, Tzu Chi menerima anugerah
istimewa “ Sabah Enviromental Special Award” disamping menerima
7
anugerah “ The Most Outstanding Enviromentntal Friendly Organization
Award” daripada penolong Menteri pelancongan, Kebudayaan dan Alam
Sekitar, Sabah.
- 12 November 2001, MNI Program Kitar Semula Tzu Chi menerima
anugerah “ Penghargaan atas Sokongan kepada Kitar semula Sumber Kertas”
daripada menteri perumahan dan kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka
Ting.
- 9 November 2003 Program kitar Semula kebangsaan, Tzu Chi menerima
anugerah “ penghargaan di atas Sokongan Kepada Program Kitar Semula
kebangsaan” daripada Perdana Menteri datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi.
- 18 Disember 2004 Program Kitar Semula kebangsaan, Tzu Chi menerima
anugerah “ Penghargaan di atas Sokongan kepada Program Kitar semula
kebangsaan” daripada Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan, dato’
Seri Ong Ka Ting.
9.0 MASALAH DAN KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH TZU CHI- HAKMILIK,
KELUASAN TEMPAT AKTIVITI
- Dua buah kedai yang digunakan sebagai Pusat Kitar Semula di AST telah
tamat tempoh perjanjian dengan pemilik kedai. Pemilik kedai tidak berniat
menyambung penyewaan kepada Tzu Chi. Walaupun sekarang tidak ada
sewa dikenakan tetapi pemilik boleh mengambil balik semula bangunan ini
pada bila-bila masa sahaja.
- Pusat kitar semula yang berkonsep bangunan kedai ini menjadikan
kekangan dari segi ruangan untuk menyimpan barang kitar semula khasnya
barangan plastic yang besar kuantitinya.
- Pusat kitar semula kini susah dikembang menjadi sebagai pusat kitar
semula dan pendidikan seperti yang telah berjaya dibuat oleh Yayasan Tzu
Chi di Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang disebabkan kekangan
ruangan.
8
10.0 CADANGAN YAYASAN TZU CHI UNTUK BEKERJASAMA DENGAN
KERAJAAN
10.1 RANCANGAN JANGKA PENDEK
Untuk rancangan jangka masa pendek bagi mengatasi masalah
premis yang sedia ada sekarang diambil balik oleh pemilik, kami bercadang
pihak kerajaan boleh membantu kami mendapatkan sebidang tanah jenis
Hak Sementara Waktu, Lot Kawasan Perindustrian, premis terbengkalai dan
sebagainya untuk dijadikan pusat kitar semula yayasan.
10.2 RANCANGAN JANGKA PANJANG
Bagi rancangan jangka masa panjang, yaysan kami berharap
kerajaan dapat memberi/menyewa sebidang tanah untuk dijadikan
pusat kitar semula. Oleh kerana status yang tetap pihak kami dapat
merancang bukan saja menjadikan ia sebagai pusat kitar semula
untuk seluruh komuniti Seremban bahkan boleh mengembangkannya
sebagai pusat pendidikan kitar semula juga seperti yang telah berjaya
dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor, Melaka dan Pulau Pinang.
Pusat kitar Semula dan Pendidikan sedemikian bukan sahaja boleh
dijadikan pusat tumpuan warga mas yang datang menghabiskan masa
lapang dan membuat kerja kitar semula, ia juga boleh dijadikan pusat
pendidikan yang sedia dilawati oleh institusi pendidikan seperti murid
taska, sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA ,kolej awam dan
swasta , agensi awam serta agensi swasta.
TAMAT
9