The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inchesya, 2022-07-19 23:23:19

LAPORAN AKHIR_NURIZYAN SYASYA_DB180172

LAPORAN AKHIR

Keywords: LM

ANALISIS KESAN BERSEMUKA SEWAKTU ENDEMIK DI
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

Nurizyan Syasya binti Ahamad Tuah¹, Saiful Faizal bin Mokhtar²,
Ts. Dr Aini Nazura binti Paimin@Abdul Halim³, Dr Norkhairolizah binti Hamzah4

¹,³,4Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
²Kolej Vokasional Segamat

¹[email protected], ²[email protected],
³[email protected], [email protected]

Abstrak : Pelaksanaan latihan mengajar yang dilaksanakan oleh pelajar di bawah Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV) adalah merupakan satu kewajipan di samping ia adalah merupakan
salah satu syarat untuk bergraduasi mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti. Latihan
mengajar yang berlangsung selama 14 minggu bermula daripada 20 Mac 2022 sehingga 7 Julai 2022
telah dilaksanakan oleh pelatih dengan jayanya di Kolej Vokasional Segamat, Johor. Ini merupakan
pengalaman pertama bagi pelatih dalam melaksanakan latihan mengajar ini terutamanya pada fasa
peralihan endemik ini yang mana pelajar perlu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa
waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilakukan secara bersemuka. Perubahan norma baru pada
fasa endemik ini juga serba sedikit mengembalikan kehidupan normal di kolej vokasional dengan dapat
melaksanakan pelbagai aktiviti bersama-sama pelajar dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
serta memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelatih seperti kemahiran komunikasi antara
pelatih, pelajar dan guru, kemahiran bekerja dalam kumpulan serta sebagainya.

1.0 Pengenalan

Sepanjang 14 minggu latihan mengajar berlangsung, pelbagai pengalaman menarik dan
bermakna yang telah saya tempuhi di kolej vokasional ini. Tambahan pula, ini merupakan
pengalaman pertama saya yang mengajar secara langsung dan bersemuka dengan beberapa
kelas pelajar di bawah Teknologi Elektrik iaitu pelajar di bawah Sijil Vokasional Malaysia
(SVM) dan pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Saya telah ditetapkan untuk
mengajar dua buah kelas iaitu 1 DEA bermodulkan Penyelenggaraan Peralatan Elektrik (DEA
2323) dan Penyeliaan Elektrik (DEA 2332) serta 1 ETE bagi modul Lukisan Satu Fasa (ETE
1013). Bilangan pelajar bagi kelas 1 DEA adalah seramai 27 orang manakala bagi kelas 1 ETE
adalah seramai 30 orang pelajar. Namun begitu, apabila saya mula mengajar pelajar diploma
iaitu 1 DEA, para pelajar telah hampir ke hujung semester dan hanya beberapa topik saja yang
saya berkesempatan untuk ajar. Begitu juga dengan modul Lukisan Satu Fasa yang mana saya
telah mengajar mengajar beberapa topik sahaja memandangkan saya telah dilantik untuk
mengajar kelas 1 ETE ini pada pertengahan semester. Akan tetapi, saya berasa sangat gembira
dan gemuruh kerana perlu mengajar secara bersemuka dan saya juga belum pernah ada
sebarang pengalaman mengajar lagi. Dengan perubahan pada fasa endemik ini, saya dapati
banyak kelonggaran telah diberikan terutamanya kepada pelajar-pelajar di kolej vokasional
pada masa endemik sekarang. Kelonggaran daripada aspek kepelbagaian aktiviti fizikal, boleh
dilakukan seperti berkaitan dengan kerja-kerja amali pelajar dan aktiviti kokurikulum yang
juga masih mementingkan kepenggunaan dan pelaksanaan SOP. Pada awal pengenalan saya di
kolej ini, saya sedia maklum tentang pemakaian pelitup muka yang masih digalakkan
terutamanya apabila berada pada keadaan yang perlu berhimpun beramai-ramai seperti di

kantin sekolah, perhimpunan rasmi dan mingguan serta sebagainya. Sewaktu sesi PdP
berlangsung saya juga turut mengalakkan pelajar-pelajar untuk memakai pelitup muka jika
mempunyai gejala sakit yang ringan dan sebarang pergerakan keluar daripada kelas. Bahkan
bukan itu sahaja, setiap kali sebelum sesi PdP bermula saya akan mengingatkan para pelajar
untuk berada di tempat masing-masing dengan mengikut SOP yang betul serta memastikan
pengudaraan dan pengcahayaan yang kondusif dan selesa. Saya juga telah diberi peluang dan
tanggungjawab sebagai salah seorang jawatankuasa pengambilan ujian kendiri Covid-19
pelajar asrama pada hari pendaftaran pelajar tahun 1 (SVM) sesi 2022 yang telah berlangsung
pada bulan April yang lepas. Sewaktu bertugas sebagai jawatankuasa ini, para pelajar yang
tinggal di asrama wajib melaksanakan ujian saringan kendiri di rumah terlebih dahulu dan
jawantankuasa pensyarah yang terlibat akan mengesahkan keputusan ujian kendiri pelajar
berdasarkan kit ujian yang ditunjukkan. Bagi pelajar yang tidak melaksanakan ujian kendiri ini
di rumah, pensyarah atau guru akan membantu pelajar untuk melaksanakan ujian kendiri ini
terlebih dahulu sebelum pengesahan fail pelajar kepada guru kelas. Pelaksanaan pengambilan
ujian kendiri Covid-19 ini dilaksanakan di Dewan Haji Mahzub, Kolej Vokasional Segamat
dan setiap keputusan pelajar telah direkodkan dan disahkan oleh guru-guru yang terlibat dalam
bahagian ini. Walaupun negara kita telah mencapai fasa peralihan endemik pada awal bulan
April, memastikan pelajar bebas daripada wabak Covid-19 masih dijadikan satu kewajipan
sebagai langkah berjaga-jaga, dan tambahan pula pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada
masa ini sepenuhnya dilaksanakan secara bersemuka.

2.0 Bisikan hati / Latar belakang masalah

Sepanjang saya menjalani latihan mengajar pertama saya di Kolej Vokasional Segamat,
Johor ini, saya berasa sangat gemuruh kerana PdP yang dilaksanakan adalah sepenuhnya secara
fizikal memandangkan negara kita sudah masuk ke peralihan fasa endemik. Menurut kepada
laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), fasa peralihan ke endemik telah
dikuatkuasakan pada 1 April 2022 telah menetapkan beberapa perkara baharu bagi bahagian
pendidikan seperti pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, kerap membasuh tangan
serta melakukan ujian jika bergejala bagi pelaksanaan kelas PdP dan juga sewaktu pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah. Berbeza pada fasa pandemik sebelum ini di mana, PdP
dilaksanakan secara atas talian dan sangat memberi cabaran kepada para guru dan pensyarah.
Menurut Goliong, Kasin, Johny dan Yulip (2020), pelaksanaan PdP atas talian merupakan
cabaran buat guru untuk mebimbing dan mengajar pelajar secara amali atau hands on kerana
kesukaran komunikasi.

Namun begitu, berbeza pada fasa peralihan endemik serba sedikit telah memberi guru-
guru dan pensyarah sebuah kelegaan terutamanya di bawah TVET kerana pelaksanaan amali
yang sangat kritikal untuk diajar bagi penilaian pelajar. Seperti di kolej vokasional, pentaksiran
praktikal merupakan satu kewajipan kepada pelajar untuk melaksanakannya sebagai
pentaksiran berterusan pelajar yang akan dikemaskini pada akhir semester nanti. Cabaran bagi
saya dalam menghadapi pengajaran secara fizikal adalah dengan memahirkan diri saya dengan
teknik-teknik dan kaedah bagi sesuatu amali sebelum melaksanakan PdP. Umumnya, para
pelajar di kolej vokasional perlu melaksanakan amali kerana ia sudah terkandung di dalam
silibus dan saya perlu memastikan pelajar dapat menguasai amali dan faham dengan baik
sewaktu PdP dan dapat mempraktikkannya sehingga ke peringkat penilaian. Malahan juga,
pelajar perlu menguasai dengan baik setiap PdP teori yang disampaikan oleh guru dan
mengaplikasikannya pada kerja-kerja amali. Bahkan bukan itu sahaja, kepelbagaian alat bahan
bantu mengajar (ABBM) juga perlu saya pelbagaikan seperti permainan atas talian dan

permainan fizikal. Dengan itu, saya perlu memikirkan pendekatan terbaik setiap kali kelas dan
ia sangat mencabar untuk menghasilkan ABBM yang kreatif dan menarik buat pelajar.
Penekanan kepada kepelbagaian ABBM dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan lebih
mengingati topik pembelajaran berdasarkan gambaran yang lebih bersifat visual (Abdullah,
Abdullah, Rosman & Ilias, 2015). Dalam pada masa yang sama, keterpakaian SOP adalah
merupakan satu kemestian bagi memastikan pelajar bebas daripada wabak Covid-19. Sebagai
seorang guru, saya menjadikan peringatan menjaga SOP sebagai rutin dari semasa ke semasa
dengan para pelajar saya kerana saya berasa bimbang akan kesihatan mereka dan tambahan
pula pelajar bergaul sesama mereka dengan bilangan jumlah pelajar yang ramai.

3.0 Menganalisis dan menilai

Pembelajaran pada fasa endemik yang dilaksanakan secara fizikal sepenuhnya, memberi
cabaran kepada guru dan juga pelajar dalam menghasilkan yang terbaik sewaktu pelaksanaan
kelas PdP. Dalam memenuhi keperluan pentaksiran berterusan pelajar, menerangkan segala
teknik dan kaedah yang betul sewaktu pembelajaran amali adalah sesuatu yang mustahak.
Tambahan pula, dengan bilangan pelajar yang ramai, ia akan mengambil masa untuk
menerangkan teknik yang betul satu persatu kerana penerimaan pelajar terhadap sesuatu
pembelajaran juga adalah berbeza bagi setiap orang. Bukan itu sahaja, jumlah bilangan pelajar
yang ramai untuk melakukan kerja-kerja amali secara fizikal, membataskan keperluan
peralatan dan bahan yang digunakan. Seperti apa yang telah saya analisis bagi para pelajar di
bawah teknologi elektrik bermodulkan lukisan satu fasa, tidak semua pelajar pada awalnya
mempunyai alatan lukisan yang lengkap seperti papan lukisan, pembaris T, pensil melukis dan
sebagainya. Malahan pula, peralatan lukisan yang disediakan oleh pihak bengkel tidak
mencukupi dan tidak dapat memenuhi bilangan pelajar yang ramai. Dengan itu, ia serba sedikit
boleh menganggu PdP pelajar disebabkan oleh kekurangan bahan ABBM pelajar serta
penyampaian pembelajaran juga sukar diterangkan secara lisan kerana keterbatasan bahan
ABBM yang perlu ditunjukkan dan dirasai sendiri oleh pelajar dengan kaedah dan teknik yang
betul. Menurut kepada kajian Othman, Mahidi dan Jasmi et al. (2018) telah menyatakan
bahawa kekurangan alat bahan bantu mengajar menjadikan seorang tenaga pengajar gagal
menggunakannya secara keseluruhan sewaktu pelaksanaan PdP disebabkan oleh kekurangan
sumber bahan. Malahan juga kekurangan alat bahan bantu mengajar menjadikan seorang guru
sukar menjadi tenaga pengajar yang berkesan sewaktu PdP dilaksanakan (Jasmi, Illias, Tamuri
& Mohd Hamzah, 2019).

Memandangkan setelah dua tahun fasa pandemik berlaku sebelum ini, sektor pendidikan
kerap tutup akibat daripada penularan Covid-19 yang telah melanda negara kita. Disebabkan
oleh itu juga, kemahiran pelajar tidak dapat diasah sepenuhnya dan pembelajaran pelajar
menjadi terhad kerana ia hanya berlangsung secara atas talian sahaja. Hal ini adalah kerana
kekurangan penggunaan gajet pelajar yang kurang mencukupi serta capaian internet yang
terhad bagi sesetengah pelajar. Setelah fasa pandemik mula beralih ke fasa baharu iaitu
endemik, sektor pendidikan mula kembali beroperasi seperti biasa dan pelajar boleh kembali
ke kolej untuk belajar. Walaupun begitu, pembelajaran pelajar menjadi lambat disebabkan oleh
penangguhan amali ketika pandemik yang lepas. Pensyarah atau guru di kolej vokasional perlu
mengajar amali kepada pelajar supaya pelajar mendapat kemahiran secara terus seiring dengan
pembelajaran teori yang telah dipelajari di atas talian. Malahan bukan itu sahaja, sekembalinya
pelajar ke kolej, pematuhan SOP perlu dipatuhi oleh setiap pelajar dan ia merupakan
tanggungjawab pensyarah kolej vokasional dalam memastikan semua pelajar berusaha baik
bebas daripada wabak ini seawal langkah pencegahan terutamanya sewaktu berada di kolej.

Menjadikan peringatan ini sebagai rutin juga merupakan perkara baharu yang perlu dibiasakan
sekaligus perlu untuk melaksanakannya.

4.0 Kesedaran baru

Hasil daripada analisis yang telah saya lakukan, antara perkara yang perlu dititikberatkan
oleh seorang guru adalah perlu membuat perancangan mengajar dan mengikut pelan
perancangan mengajar supaya objektif pembelajaran yang telah digariskan dapat dicapai
sepenuhnya oleh pelajar. Misalnya seperti pelajar dapat mengenali dan melukis beberapa
simbol utama dalam lukisan skematik dengan teknik yang betul dan guru dapat mencapai
objektif tersebut mengikut perancangan seperti membahagikan pelajar mengikut kumpulan
kerana jumlah pelajar yang sangat ramai dan kekurangan alat bahan bantu mengajar. Apabila
melibatkan kekurangan peralatan alat bahan bantu mengajar sewaktu berlangsungnya PdP
terutamanya ketika kerja-kerja amali, saya menyedari bahawa barang keperluan perlu diperiksa
dan disediakan sebelum kelas PdP berlangsung atau guru juga boleh membantu pelajar untuk
mengadakan keperluan alat bantu mengajar yang cukup sedikit demi sedikit bagi memudahkan
urusan pelajar. Saya juga menyedari yang penyampaian pembelajaran sewaktu kelas
berlangsung mestilah tertumpu kepada semua pelajar dan penilaian perlu dibuat dari semasa
ke semasa supaya pelajar dapat menguasai topik pembelajaran yang telah diajar pada hari
tersebut. Penilaian setiap kali kelas berlangsung boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan ia
merupakan panduan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai walaupun bilangan
pelajar adalah ramai. Selain daripada itu, saya juga perlu bersedia daripada pelbagai cara yang
mana kesukaran menerangkan teknik dan kaedah secara meluas, saya boleh menggunakan
medium dan kaedah lain untuk disampaikan seperti penggunaan video pengajaran sewaktu
penerangan PdP, pembahagian kumpulan yang lebih kecil untuk penyampaian isi pembelajaran
amali yang lebih mudah untuk disampaikan serta lain-lain perkara yang boleh membantu
pelajar faham dengan mudah bagi kerja-kerja kemahiran. Penggunaan ABBM yang menarik
dan pelbagai membantu pelajar merasai sendiri pengalaman belajar dan ia boleh kekal lama
dalam ingatan pelajar.

Dalam membiasakan kehidupan baru dalam dunia pendidikan, saya sedar bahawa
penularan wabak Covid-19 masih boleh berlaku dan menjangkiti para pelajar yang
menghadirkan diri ke sekolah secara fizikal. Oleh kerana adanya kesedaran ini, saya berusaha
menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dalam memastikan para pelajar selamat
terutamanya ketika saya melaksanakan PdP. Saya berusaha untuk mengingatkan pelajar
memakai pelitup muka bila berada di luar kelas dan digalakkan untuk sentiasa memakai pelitup
muka jika mengalami sakit yang ringan seperti selesema dan batuk. Saya bersedia dengan
maklumat semasa berkenaan dengan nama guru yang bertugas dan nama warden asrama pelajar
kerana ia penting dalam membantu para pelajar yang tidak sihat dengan menghubungi guru
yang terlibat. Sebelum kelas bermula, saya menyedari akan kepentingan pengudaraan yang
baik di dalam sesebuah bilik darjah dan dengan itu juga, saya sedar bahawa seorang guru perlu
bersedia awal di kelas sebelum memulakan PdP. Hal ini adalah kerana selain daripada bersedia
dengan bahan pengajaran yang disediakan, seorang guru juga perlu memastikan suasana dan
tempat pembelajaran dan pengajaran adalah selesa dan kondusif. Dengan melibatkan ruang
bilik pembelajaran yang kondusif, ia akan melahirkan seorang pelajar yang berkeprihatinan
tinggi. Menurut Mohd, Muhammad, Sukri & Yusri (2017), keprihatinan seorang pelajar
merujuk kepada persekitaran keadaan bilik darjah yang selesa diikuti dengan penggunaan alat
bahan bantu mengajar untuk tujuan PdP mampu merangsang minda pelajar yang kritis dan
kreatif.

5.0 Cadangan dan Tindakan

Pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sewaktu fasa endemik ini adalah
sepenuhnya berlangsung secara fizikal yang mana beberapa perkara perlu dititikberatkan
terutamanya sewaktu pelaksanaan PdP. Cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan PdP
secara fizikal yang telah dinyatakan, dapat diatasi dengan beberapa cadangan perkara sebagai
langkah yang membawa kepada sesebuah perubahan kebaikan.

Antara cadangan atau tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
a. Membahagikan pelajar dan menyusun pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi
memudahkan penyampaian dan memudahkan guru membuat penilaian ke atas
kefahaman pelajar sewaktu pelaksanaan kerja amali. Pembahagian dalam kumpulan
juga dapat menjamin kepada kecukupan keperluan bahan dan peralatan yang
digunakan dalam membantu pelajar sewaktu pelaksanaan PdP.
b. Guru bersedia dengan keperluan pelajar dalam menggunakan alat bahan bantu
mengajar sebelum kelas dan mempelbagaikannya. Penggunaan ABBM secara
tradisional dapat mengaktifkan pelajar secara langsung di dalam kelas manakala
penggunaan ABBM secara atas talian seperti permainan Blooket, Kahoot, Quizziz dan
lain-lain dapat membantu menarik perhatian pelajar dalam pembelajaran serta
memudahkan penilaian objektif untuk diukur.
c. Mempelbagaikan medium penyampaian pembelajaran seperti tayangan video sebagai
sandaran kepada aktiviti pembelajaran teori dan amali secara fizikal.
d. Menjadikan peringatan penjagaan SOP sebagai rutin sebelum memulakan kelas bagi
membiasakan pelajar dalam mengadaptasi kehidupan sewaktu fasa endemik.
e. Guru sentiasa berusaha untuk bersedia dengan keadaan pelajar sewaktu di dalam
kelas dan sedia maklum dengan keadaan kesihatan pelajar sebagai langkah
pencegahan awal.
f. Guru bersedia dengan keadaan kelas yang kondusif dari aspek pengudaraan dan
pencahayaan bagi keselesaan pelajar sebelum PdP berlangsung sebagai salah satu
pegangan penjagaan SOP ketika ini.

Setiap cadangan yang disenaraikan ini perlu dibuat kajian dengan lebih mendalam bagi
memastikan bahawa setiap langkah yang diambil ini adalah langkah yang proaktif dan
bermanfaat buat guru serta pelajar. Jika tumpuan diberikan semasa pembahagian kumpulan
kecil pelajar, kemahiran pelajar dapat dipastikan tercapai mengikut kaedah dan teknik yang
sepatutnya. Hal ini membantu guru mudah mengenali penerimaan pelajar dalam pembelajaran
serta membantu pelajar dalam memahirkan diri akibat daripada pembelajaran secara atas talian
sebelum ini. Bahkan bukan itu sahaja, impak penggunaan ABBM yang sememangnya baik
digunakan buat para pelajar boleh dimantapkan lagi mengikut kesesuaian keadaan pelajar dan
bersifat kreatif serta pelbagai. Ia akan membantu pelajar mengekalkan pembelajaran dalam
ingatan dan mudah untuk diaplikasikan daripada pembelajaran teori kepada pelaksanaan kerja
amali. Keperluan penjagaan SOP dan peringatan yang dilakukan secara rutin, akan membantu
kepada pengurangan jangkitan wabak Covid-19 atau menjangkau kepada kosong kes. Maka
dengan itu, penangguhan kelas tidak akan berlaku serta guru dan pelajar boleh melakukan
pentaksiran berterusan secara fizikal tanpa mengalami sebarang permasalahan berkaitan
dengan kesihatan ke atas wabak ini. 3111

6.0 Kesimpulan

Setelah beberapa kali perubahan drastik berlaku ke atas sistem pendidikan negara kita,
para guru dan pensyarah sentiasa berusaha dengan baik untuk mengadaptasi dengan perubahan
demi perubahan sekaligus menyampaikan yang terbaik buat anak didik. Pada fasa endemik ini,
semua keadaan kembali kepada normal yang mana ia berlangsung secara fizikal telah
menyentuh beberapa hal dan perkara yang melibatkan pembelajaran dan pengajaran tanpa
mengenepikan keterpakaian penggunaan penjagaan menurut prosedur standard operasi (SOP).
Sebagai seorang guru pelatih, penggunaan ABBM adalah boleh dikategorikan sebagai
kewajipan bagi seorang tenaga pengajar terutamanya bila melibatkan PdP secara fizikal,
keperluan ABBM boleh dilakukakan dilaksanakan secara meluas. Ia melahirkan seorang guru
yang kreatif serta bersedia dengan maklumat serta teknologi semasa bagi menghasilkan bahan
pengajaran yang terbaik. Dalam berhadapan dengan pelajar secara kelas fizikal, tanggungjawab
guru dalam memastikan pelajar mencapai kemahiran terutamanya bagi pelajar kolej vokasional
adalah penting kerana sedia terkandung dalam silibus pembelajaran malahan penting sebagai
pengukuran kepada pentaksiran berterusan pelajar yang harus direkod segala maklumat dan
data pencapaian pelajar. Malahan bukan itu sahaja tanggungjawab seorang guru bukan semata-
mata bergantung kepada hal-hal pembelajaran sahaja malah pada fasa perubahan dunia
pendidikan baru ini, keperluan menjaga kesihatan diri bagi bebas daripada pelbagai penularan
wabak yang berbahaya adalah menjadi satu keperluan kepada guru-guru untuk bersama-sama
mengingatkan pelajar supaya keadaan sekolah sentiasa kekal selamat dan sihat bermula
daripada sekecil-kecil perkara kerana sesungguhnya pencegahan itu lebih baik daripada
merawat.

7.0 Rujukan

Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M., & Yulip, N. G. (2020). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Jarak Jauh ( PDPCJJ ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (
PKP).1–15.
https://www.academia.edu/43147586/Cabaran_Pelaksanaan_Pengajaran_dan_Pembelaja
ran_Jarak_Jauh_PDPCJJ_Semasa_Perintah_Kawalan_Pergerakan_PKP_

Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H., & Mohd Hamzah, M. I. (2019). Amalan penggunaan
bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah
menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.

Mahidi, M. M. (2018). Pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda
bertajuk “The reactivity series of metals and its applications” untuk kimia tingkatan
lima (Unpublished Master’s Thesis), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Abdullah, M., Abdullah, A. H., Rosman, A. S., & Ilias, M. F. (2015). Garis panduan hafiz al-
quran menurut pandang al-nawawi. Kertas dibentangkan dalam International
Conference on Islamic Education and Social Entrepreneurship 2015.

Mohd Hizwan, Muhammad Sukri &Yusri. (2017). Meta-analysis Study of Teacher Issues on
Higher Order Thinking Skills in Malaysia.World applied sciences Journal 35(12):2520-
2523.



gffiHM IITHU/FPIY ILN-Yert I M

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MAI.AYSIA

IAPORAN KOKURIKULUM/ AffiUITI LAIN

PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

(Dsahkan oleh GPK KokufkulurnjPembimbing)

Nama Guru Pelatih :NURIZYAN SYASYA BINTIAHAMAD TUAH
:98061$08-8{22
No. [ed Pengenalan :ELEKTRIK & ELEKTRONIK
:20 MAC 2022hingga7 JUlAl2022
Kunsus
Tempoh Latihan Mengajar

KOKURIKULUIII DAN flffftflTllAlN (gura l-ampinnbmbahan jika rpirlu)

JEiltS AKnVm ULASAN PEi'BIMBING

If.ng o t" o.r uftn luoo n. uJ Ic o
Uy.lutit /ui I ei ao qFAi' Mor

.rtrnqfltr Y

Pti"Jau,ufr nf.ruro "//tGr.u.dn9r)7u'an <IIFJr/c-'oncfo, V?o'
t c^din' Coad -t 9 rtP, loJo
t'qAun
Pdild''

fqvqges,eron,e{f<zfrenff,7rcno6nrc7m<rJcVumh /e11<w"r4ry;1sn""

oay'/" o, sL".y ei fe.d c..oJ Pu6art*J |TiN'l
cu/r36 oo f<ni)dion qFl,t.

(100

Contoh Kokurikulum dan aktiviti lain :

1. Persatuan/ lclab 2. Badan Beruniform 3.Sukan/Permainan 4.KoperasiS.Asrama G.Disiplin 7. Projek Keceriaan & lainlain.
--Vt;hu-r*q ffiULASAN PEilIBI]IIBING :
ilui;4,v
lal^, Y,C\.,*i4 l4,'',,ut Pl!,\4e; ilAla^ \^/r.

Tandatangan GPK Kokurikulurn/Pembimbing : B

Tarikh ,kl Y( >r-- Ir?;*t',,IlIfllffiffil

gffi IffEU/ FPrv I LN-Y er.l I 04

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

I.APORAN KOKURIKULUM' AKTIVITI I.AIN

PROGRAM LATHAN MENGAJAR

(Dis$kan oleh GPK KokurikulumiPembimb,ing)

Nama Guru Pelatih ;NURIZyAN SyASyA BTNTTAHAMAD TUAH
No. Kad Pengenalan :98061$08-4122

Kursus :ELEK1RIK & ELEK1RONTK

MengajarTempoh Latihan :20 MAC Zc,zhinggal JUlAl2022

KOKURIKULUilI DAN AKfMfl LAIN (guna l,ampinn bmbahan jka perlu)

BIL JENISAKTM]TI TUGAS DAN UIASAN PE]IIBITIBING

TANGGUNGJAY'IAB

5. Ua,f-ruf.o doo fofclrilulum )rr[h# de11o.o
i) Unif bu"o'ftrm: frdt'
*M,,1 FFr,;rkrl'n
/*/thonon 4w"m /^F'
di .rr"fcrloA.
;i) fcrql fonaftoo:

{.o 7b,t lyoAon c}en1Y o 6

iii) fu)rL suNva : J$/t""l

6, &,,cfooFrNo fnaSua'J tnon""/ub o$tfi

Ao,t ?,e-9 F^,U f.e -3: Jcg rutrai "nflh.

lrergi.rrcn r.-* u /"/P'

t. )qFfind f,fcri.eTkm fo"J"al
&Ffi.- 6ucu (€ts6)

JUIfl-AH KESELURUHAI{ (100 markah)

Contoh Kokurikulum dan aktiviti lain :

W br*1. Persatuan/ lGlab 2. Badan Berunfform 3.Sukan/Fsmainan 4.Koperasi S.Asrama 6.Disiplin 7. Pro,iek Keceriaan & lain-lain.
Tandatangan GPK KokurikulurnlPehbimbing : (pNama dan Cop Rasmi :

Tarikh , flofl :att- --[,ID. RASHIDT BtN AM;ilAT

iijr-e.r voxnstoNAL sEGAi{Ar

.iOHOR.

UTHM ,r*u/rPrvft*'Yetr,4

t nircr9ftl tt n ttu9{*h Om Malayda

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONl{ MALAYSIA

LAPORAN KOKURIKULUM/ AKTMTI IAI].I

PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

(Disahkan oleh GPK Kokutikulum/Pembimbing)

Nama Guru Pelatih :NURIZYAN SYASYA BINTIAHAMAD TUAH

No. Kad Pengenalan :98061$0&&t22

Kursus :ELEKIR|K & ELEKrRONIK

MengaiarTempoh l-atihan :20 MAC 2022 hingga 7 JUlAl2An

KOKURIKULUilI DAN AKIMTI LAIN (guna lampinn hmbahan iika perlu)

BIL JENISAKTMTI TUGAS DAN ULASAN PEITIBIMBING

TANGGUNGJAWAB

8. /tnroo$an ,nn..rtq ed. rfieoSrr.Iuo -P*.nulq

or6oo fuoa f,of{ Uu|ot'oru/ oqrF cgrenlroS

\Jannot' Fr.r.

?. ta{lit fAd"ltr e f-Q^6en

d ij u.*o fda b 7'ena3n.tf'. Ftr"

1o. ll$[:s rA*, Qn.qo dqa
.1[ o "1,", onof' ye75rn /

aqof .

n. -foonLu/oo //q" Gu^ auo ll<i

l2qy. Atdilfttr; 1<t,t fot'rrr..

JUttll-AH KESELURUHAI{ (1 00 markah)

Contoh Kokurikulum dan aktiviti lain :

1. Persatuan/ Kelab 2. Badan Beruniform 3.Sukan/Permainan 4.lGperasi S.Asrama G.Disiplin 7. Prcjek Kecedaan & lainlain.

UVYLI-..,tAaUtr,Sk-*n/aAr.,.a.tN.\r<9"P^<.^E<,t..riqir^Bxqatlri\lr-B**iQ\l-i"lG4-L: z44-u/rh^tL.cE-"'^\1.L{'t,*+,,.9r-vf-ai4.',a^L,ftrueyu,Yaq$ag,.aa-'oW''n-.5 (iIu.-.
(r_I NamadanCopRasmi :
Tandatangan GPK Kokurikulun/Pembimbing :
MD. RAs-H'-r-d-F$,lli*T,,,*
Tarikh ,Tlyln-t'

i6u"ei iro rvistot'lAL sEGAi {AT

uOHOR'

IIIHM / FPFY/ LU-Ver. 1 / OS

ur*ffihl tn Hurseh Onn rtlsra'}'str

FAKULTI PEilDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
UNMERSITI TUN HUSSEIil OilN ITIALAYSIA

LAPORAN INSTITUSI/ SEKOLAH : KEHADIMN

PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

(Disahkan oleh Pengarah/Pengetua)

PelatihNama Guru :NURETAN SYASYA BINTIAHAMAD TUAH

No. lGd Pengenalan :98061$0&6422

Tempoh Latihan Mengajar :20 [,lAC 202.hingga7 JUA|n22

: ELEKTRIK & ELEKTRONIK

A SAHSIAH KEGURUAI{ CunPuraS- mffiffi
,to.rr<ttwhrrh-
Kekuatan: e/.ur"g

I4arW dqbOrL'l2afall

Kelemahan:

uq4

{)S:tdus Sahsiah : Tandakan ( paOa skala yang dipilih

(fi ( ) ( ) (Cnnerlang
Baik Sederhana Tidak Memuaskan )

B.I.AftIRAN KEI{ADIRASI

Bilangan Hari Sepatutnya Bertugas ?0 an"z'k€ '
70
Bilangan Hari Hdir Bertugas
(oo 7o
Bilangan HariTidak Hadir Bersebab
Bilangan Hari Tidak Hadir Tanpa sebab M*OUa f'rrr/e'rr ff
Peratus lGhadiran
Ary/
ULASAN PENGARAH I PENGETUA :
sensuoft BrN MAMAT
tAX/,c,oea-tr*<a^4< fr/-4\
Pengarah
Tandatangan Pengarah / Pengetua : Kolej Vokasional Segamat
Nama dan Cop Rasmi :
Johor
ITarikh: ll f>ozz

IITHU/ fPfrV/Lt-Ver. I / O6

EIUTHM

\iI7 urdt*td n H,*1" o*,t1"trysb
"

FAKULTI PENDIDIKAH TEKilIKAL DAII VOKASIOI{AL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

I.APORAN PEilGURUSAN DAN SAHSIAH

PROGRAM LATIHA]'| MENGAJAR

(Disahkan deh GPK Kurikulur/Pernbimbing)

Nama Guru Pelatih NURIZYAN SYASYA BINTI AHAMAD TUAH
No. Kad Pengenalan 980613{&8+22
Kunsus ELEKTRK & ELEKTRONIK
Tempoh Latihan Mengajar 20 MAC 2172hingga7 JUtAl2022

,EiIGURUSAil DAN SAHSIAH (auna Lampinntunbahanitla wrtu)

BIL ASPEK IIARKAH ULASAN
PETIBI[IBING
1. ,engurusan Rutin (50 madrah) 5D
bntoh:

t. Kajarutin

?mcangan dan prsediam mengajar
?ekcd mul<ah pelaiar
fuku latihan pelajar Rekod
rehdiran pelaiar

t Masa

Ghadlinnkesr"lto,lah
Ghadinn ke kelas l*tivfti luar

ilkdarjah

2. lahsiah & PerconalitiGuru (50 markah) 4(
bntoh:

t Pergaulan dengan komuniti
t Kajasarna
:. lhtrunpilan din
l. Keyakinan diri
t Pekeili
'. furfrkirantefutka
I Sikappofessbnal
t Kemahinn lnsaniah

7(
t{,\d^^}i:.,.
,UttLAH KESELURUHAN ({00 mailhh)

'}H!t Jfu[;"J*yYtSE f-rc d.-JI-ASAN PEiIBIITIBIilG :
andatangan GPK Kurikulum/Pdmbimbing Y Nama dan Cop Rasmi :

'adkh : T[a [. r.- -:rl,H-

HJ.A}FANDI BIN MASTUR

PFNOT ONG KANAN

KOLE

JOHOR



LAMPIRAN
LAPORAN AKTIVITI PELAJAR

Rajah 1 : Aktiviti balutan lengan sempena Program Pengenalan Bantu Mula

Rajah 2 : Penerangan teori balutan bagi bantu mula

Rajah 3 : Aktiviti pengambilan ujian kendiri Cocid-19 bagi pendaftaran pelajar baharu sesi
2022/2023

Rajah 4 : Perbincangan aktiviti pelajar di dalam kelas sewaktu PdP


Click to View FlipBook Version