PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA NAMA: ALISHA HUMAIRA BINTI HAIRUNNAZRI KELAS: 6 CERDAS TAHUN: 2023
PENGENALAN • MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA BERBILANG KAUM. • KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA INI MENUNJUKKAN MALAYSIA MERAIKAN PELBAGAI PERAYAAN. • PERAYAAN INI DISAMBUT DAN DIRAIKAN MENGIKUT ADAT DAN TRADISI KAUM TERTENTU. • RAKYAT DI MALAYSIA SANGAT MENGHORMATI PERAYAAN YANG DIRAIKAN OLEH KAUM-KAUM TERTENTU INI.
PERAYAAN UMAT ISLAM HARI RAYA AIDILFITRI Hari Raya Aidlfitri disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah. Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Hari Raya Aidilfiri disambut bagi meraikan kemenangan orang Islam selepas selesai berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
HARI RAYA AIDILADHA Disambut pada tiap -tiap 10 Zulhijjah , Tahun Hijrah . Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima . Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang -orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu , kerbau atau kambing . Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang -orang miskin . PERAYAAN UMAT ISLAM
PERAYAAN KAUM AGAMA HINDU PERAYAAN DEEPAVALI Merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil sahaja. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia.
PERAYAAN KAUM AGAMA HINDU PERAYAAN THAIPUSAM Thaipusam adalah antara perayaan keagamaan yang disambut secara besar - besaran oleh penganut agama Hindu di Semenanjung terutamanya . Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani , Kedah .
PERAYAAN KAUM CINA TAHUN BARU CINA Disebut dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.
PERAYAAN MASYARAKAT SARAWAK PERAYAAN HARI GAWAI / PESTA KEAMATAN Secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik . Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu .
PENUTUP • KESIMPULANNYA, SEMUA PERAYAAN DI MALAYSIA DIRAIKAN OLEH SEMUA KAUM MENUNJUKKAN PERPADUAN YANG KUAT DI ANTARA SATU KAUM DENGAN YANG LAIN. • KEPELBAGAIAN PERAYAAN INI TELAH MEMARTABATKAN NEGARA MALAYSIA KE SERATA DUNIA.
PENGHARGAAN • SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU SEJARAH DAN IBU BAPA SAYA YANG MEMBERIKAN TUNJUK AJAR DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI. • DIHARAPKAN KANDUNGAN YANG DIPAPARKAN DI DALAM BUKU SKRAP INI DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT SEBANYAK PENGETAHUAN MENGENAI PERAYAAN YANG DISAMBUT DI MALAYSIA.
SUMBER RUJUKAN SUMBER BUKU TEKS SEJARAH DARJAH 6 • UNIT 6: PERAYAAN MASYARAKAT DI MALAYSIA SUMBER INTERNET • http://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.com/2015/02/perayaan-dinegeri-sabah-dan-sarawak.html • https://www.slideshare.net/mandalina/perayaan-berbilang-kaum-dimalaysia