Novel Tingakatan 4 & 5
Novel Tingkatan 4 : Di Sebalik Dinara , Dayang Noor
Sinopsis
Mengisahkan Farisha yang berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke
Kuala Lumpur. Tanpa Farisha sedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha untuk
menguji DNA gadis tersebut. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan
Rosman ketika mereka bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Setelah mereka
bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk
menulis rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Hal ini
kerana Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan. Semasa
meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha sakit kepala secara tiba-tiba. Dua malam
kemudian, Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung dan
mengetahui hakikat bahawa dia hanyalah anak angkat dalam keluarga Azraai. Keesokannya,
Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Plan B untuk
menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk
berkomunikasi dengan Karl. Farisha pula dihubungi oleh Marilyn melalui minda bawah sedar.
Farisha memberitahu Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital menuju ke selatan. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha telah diculik
oleh Marilyn. Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu
kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada pukul 7.00 malam. Karl mewasiatkan agar mayatnya dibakar dan abunya dibuang di Selat
Melaka.
Tema
Bertemakan usaha membangunkan program komputer hingga hilang sifat kemanusiaan.
Farisha yang merupakan pakar komputer menjadi mangsa ayah kandungnya sendiri yang
begitu taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu melalui Projek Dinara
Persoalan
1. Persoalan keberanian berhadapan dengan risiko
Shida berani mencari rahsia pelibatan Medina (Marilyn) dalam projek Dinara.
2. Persoalan kepentingan ilmu
Farisha dan Rosman menghadiri The 3rd Malaysia Computer Security Symposium di
Hotel Renaissance dan membayar RM2500 untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan
dengan keselamatan sistem.
3. Persoalan kepentingan kerja berpasukan
Farisha dan Shida bekerja dalam pasukan. Farisha memerlukan maklumat daripada
Shida untuk menyediakan kerja-kerja di Soft Lab.
1
Di Sebalik Dinara
4. Persoalan cemburu dan dendam
Alia cemburu dengan Karl apabila Karl berada dalam tubuh Shida dan memberontak
sehingga Dr. Maxi menghentikan minda Alia
5. Persoalan hubungan erat dalam keluarga
Azraai menziarahi Farisha di hospital dan membawa adiknya itu keluar dari hospital
untuk mengelakkannya bertemu Marilyn.
Plot
➔ Permulaan
Farisha menaiki pesawat dan bertemu dengan Aqram sehinggalah mereka bertemu kali
kedua dalam satu simposium di Hotel Renaissance.
➔ Perkembangan
• Aqram mempelawa Farisha dan Rosman menyertai projek mini di Soft Lab.
• Farisha bersetuju menerima bantuan dan akan dibantu oleh Shida yang menulis
krencana.
• Farisha pengsan sehingga dimasukkan ke hospital.
➔ Klimaks
Medina muncul bersama-sama Alia di Soft Lab ketika Karl menguasai minda Shida.
Berlaku cabar-mencabar antara Karl dengan Medina sehingga terbongkar identiti diri
Farisha, Alia, Khairul Anwar dan Aqram.
➔ Peleraian
Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir. Farisha reda dengan pemergian Karl.
Teknik Plot
1. Teknik pemerian
Pengarang menggambarkan ketika Farisha memulakan kerja di Soft Lab ketika
menunggu perbincangan dengan Aqram.
2. Teknik dialog
Dialog antara Farisha dengan Shida yang dapat menggambarkan betapa akrabnya
hubungan persahabatan mereka.
3. Teknik monolog
Shida bermonolog sendirian ketika dia pulang ke rumah untuk mencari maklumat
tentang Farisha sehingga dia terjumpa dokumen yang menjelaskan bahawa Farisha
hanyalah anak angkat keluarga Azraai.
4. Teknik kejutan
Pembaca terkejut apabila mengetahui bahawa Farisha ialah anak kandung Medina
dengan Karl.
2
Di Sebalik Dinara
Watak dan Perwatakan
Farisha
Watak
1. Gadis berusia 26 tahun.
2. Anak Karl dengan Medina.
3. Karl menanam implan di bahagian leher Farisha.
Perwatakan dan Huraian
Pemaaf Farisha memaafkan kesalahan Karl kerana masih mengakui Karl
sebagai ayahnya walaupun Karl tidak pernah memberikan kasih
sayang kepadanya.
Rajin Farisha rajin menghadiri simposium untuk meningkatkan ilmu
pengetahuannya berkaitan keselamatan komputer.
Tabah Farisha tabah berhadapan dengan kenyataan bahawa dia hanyalah
adik angkat Azraai.
Berhati-hati Farisha berhati-hati membuat keputusan walaupun ditawarkan
dengan harga kontrak yang lumayan. Farisha bertemu Azraai untuk
mendapatkan pandangan daripadanya.
Aqram
Watak
1. Adik kandung Karl.
2. Semasa kecil bernama Akeem.
3. Merupakan kanak-kanak cacat dan terencat akal
4. Merupakan manusia cyborg.
5. Berusia 60 tahun.
Perwatakan dan Huraian
Belas Kasihan Dia tidak sanggup melihat Shida dipergunakan oleh Dr. Maxi.
Bijak Aqram bijak menggunakan kesempatan dengan mencuri cawan
minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur untuk bekerjasama
dengan Dr. Maxi bagi mengkaji DNA Farisha.
3
Di Sebalik Dinara
Shida
Watak
1. Kawan yang tinggal serumah dengan Farisha.
2. Menulis rencana dan dokumen dengan Soft Lab.
Perwatakan dan Huraian
Ringan Tulang Dia menghantar Farisha ke stesen komuter
Prihatin Dia sentiasa prihatin dengan perkembangan dan kesihatan
Farisha.Dia menziarahi Farisha ketika sahabatnya itu berada di
hospital.
Berani Shida berani menyelongkar rahsia Dinara apabila dia mendapati
nama Medina tidak tercatat dalam senarai kumpulan yang
membangunkan Dinara.
Latar
➔ Latar Masa
1. Pada waktu pagi
Dr. Maxi melakukan imbasan terhadap gelas plastik yang diambil oleh Aqram dan yakin
bahawa Farisha dapat membantu menyelamatkan projek Dinara.
2. Pada waktu malam
Shida dan Rosman menziarahi Farisha di Hospital Putrajaya.
3. Pada waktu petang
Farisha mengetahui rahsia bahawa Azraai menghadapi masalah lemah jantung dan dia
sebenarnya anak angkat.
4. 30 tahun yang lalu
Marilyn datang ke Malaysia dan berganding bahu membangunkan projek Dinara
bersama Karl.
4
Di Sebalik Dinara
➔ Latar Tempat
1. Soft Lab
Merupakan tempat ruang kerja Farisha dan Shida.
2. Rumah Farisha
Shida menemui dokumen sulit tentang kenyataan bahawa Farisha ialah anak angkat
keluarga Azraai.
3. Hotel Renaissance
Tempat berlangsungnya simposium yang dihadiri oleh Farisha, Rosman dan Aqram.
4. Rumah Azraai
Farisha mengetahui Azraai mengalami penyakit jantung dan dirinya hanya anak angkat.
keluarga Azraai
5. Hospital Putrajaya (Wad 2B)
Tempat Farisha dirawat.
➔ Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan diri
Dr. Maxi mementingkan diri kerana sanggup mempergunakan Farisha dan Shida demi
menjayakan projek Dinara.
2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga
Azraai menyayangi Farisha walaupun dia hanya anak angkat dalam keluarganya. Azraai
melindungi keselamatan Farisha dan membantu Farisha apabila dia berada dalam
kesusahan.
3. Masyarakat yang berhati-hati membuat keputusan
Farisha berhati-hati membuat keputusan untuk menyertai projek mini yang ditawarkan
oleh Aqram apabila membincangkan keputusannya itu bersama Azraai.
4. Masyarakat yang memaafkan kesalahan orang lain
Farisha menghormati Medina dan Karl walaupun dirinya dipergunakan untuk
kepentingan mereka.
5
Di Sebalik Dinara
Nilai
1. Kegigihan
Shida gigih membongkar rahsia punca nama Medina digugurkan daripada projek
Dinara.
2. Kasih sayang
Farisha menyayangi Azraai apabila dia begitu bimbang setelah mengetahui Azraai
menghidapi masalah lemah jantung.
3. Keberanian
Azraai berani mengeluarkan Farisha yang sedang dirawat di Hospital Putrajaya setelah
Farisha memberitahunya tentang Medina.
4. Bertanggungjawab
Farisha bertanggungjawab menyelesaikan kerja-kerjanya di Soft Lab walaupun dia
mengalami masalah kesihatan.
5. Maaf-memaafi
Farisha memaafkan kesalahan Medina dan Karl yang mempergunakannya untuk
menjayakan projek Dinara.
Pengajaran
1. Kita haruslah insaf setelah melakukan kesalahan agar hidup tenang
Medina insaf dengan kesalahannya yang meninggalkan Farisha sewaktu kecil
2. Kita mestilah menyayangi ibu bapa walaupun mereka melakukan kesalahan
terhadap kita Farisha tetap memaafkan ibu bapanya walaupun dia tidak pernah merasai
kasih sayang mereka kerana dia dipelihara oleh keluarga angkat sejak kecil.
3. Kita hendaklah berani membongkar kejahatan agar tidak merosakkan orang
lain Shida berani membongkar rahsia untuk menyatakan kebenaran yang berlaku dalam
projek Dinara.
4. Kita mestilah bekerjasama untuk menjayakan sesuatu perancangan Farisha dan Shida
bekerjasama menunaikan tanggungjawab masing-masing. Farisha memerlukan
maklumat yang dikumpul oleh Shida untuk menggodam komputer.
5. Kita mestilah bijak membuat keputusan agar tidak tersalah langkah Farisha bijak
membincangkan tawaran Dr. Maxi dengan abangnya, azraai kerana tawaran yang
diberikan sebanyak 1.5 juta terlalu lumayan baginya
6
Silir Daksina
Novel Tingkatan 5 : Silir Daksina , Nizar Parman
Sinopsis
Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis
berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip
yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat
walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama
Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.
Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya.Di kampung
itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan
ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan
watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan
beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di
kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan
keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan
kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu
menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.
Tema
Novel ini membawa tema kekeluargaan.
Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia
dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya, iaitu Abdullah Kayan.
Persoalan
1. Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenarnya
ayahnya
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah
sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
2. Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin
Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat
kesenian tarian zapin di kampung tersebut.
3. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya
Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya, Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya
sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang
perasaan rindu kepada anaknya.
4. Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung
Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiivitidan
acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim di situ.
7
Silir Daksina
5. Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan
Hubungan Tauke Lim dengan Amirul Nizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun
mereka berlainan bangsa.
Plot
➔ Permulaan
Haiqal sangat tertarik oleh sebuah manuskrip lama yang baru diperolehnya. Berbekalkan
sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak
dikenalinya, Haiqal telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal
dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh
jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat
tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam
hidup Haiqal. Walid tidak menghalang pemergian Haiqal malah berjanji akan mengirimkan wang
kepadanya untuk dibelanjakan ketika di Johor.
➔ Perkembangan
● Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Tauke Ong
telah menyerahkan wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada
Haiqal untuk diuruskan. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang
ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap
menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya, iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong
kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit.
Walaubagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan
ladang kelapa sawit. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa dan remaja-
remaja kampung tersebut, terutamanya Lazim, iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia
dengannya.
● Haiqal telah pergi ke balai raya lama sambil ditemani Ong See Hwa dan Lazim. Haiqal seakan
tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya lama itu ialah hasil daripada
penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal
tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan
gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan
seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan
kumpulan zapin D’Purnama.
8
Silir Daksina
➔ Konflik
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yang
ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim
dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di
kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya,
Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah
melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat anak-anak muda di kampung tersebut tidak
meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin
dimainkan semula di balai raya Kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua
Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut
kepada See Hwa dan Tauke Ong. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung
malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi
memeriahkan persembahan itu.
➔ Peleraian
Sewaktu hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja.
Tempat Lazim perlu digantikan dengan orang lain kerana Lazim tidak dapat menari kerana luka-
luka di kakinya. Ong See Hwa telah menggantikan tempat Lazim. Haiqal dan Ong See Hwa
telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu
kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Lazim turut hadir pada malam itu walaupun
terpaksa dipapah oleh rakan-rakannya untuk memberikan kata-kata perangsang kepada Haiqal
dan Ong See Hwa. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan
persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah
mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut
mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal
melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah
mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup menjadi rakan
kongsinya. Haiqal telah mengirim pesanan ringkas kepada Ong See Hwa bahawa dia akan
berusaha menjejakinya jika dia ialah Ai Ling seperti yang diceritakan dalam manuskrip ayahnya.
Teknik Plot
1. Teknik pemerian
Haiqal meletakkan kembali manuskrip setebal lima puluh muka surat itu di atas meja kecil di sisi
katilnya. Sudah seminggu dia membelek-belek manuskrip yang berkulit biru muda itu. Kertas
kandungannya sudah berwarna kekuning-kuningan lantaran telah dimamah masa. Sejak
kehadiran manuskrip itu, seolah-olah itulah dunia baharunya. Bagai tidak lengkap jika dia tidak
membaca sehelai dua kandungan manuskrip itu pada setiap hari sejak sampai ke tangannya.
9
Silir Daksina
2. Teknik dialog
Haiqal tersengih. “Aku mimpikan kau,” jawab Haiqal kemudian dia ketawa.
“Merepek. Kau nak minum apa?”
“Kopi panas.”
“Makan?”
“Tomyam, telur dadar dan nasi putih.”
“Kau tunggu sekejap ya. Nanti bila air dah siap aku datang,” kata Ratna lalu meninggalkan
Haiqal seketika.
3. Teknik monolog dalaman
● Ah, biarkan dulu! Nanti kalau sudah sampai ke tempat yang kutuju, barulah aku
memaklumkannya. Begitulah fikiran dalam benaknya.
● Oh, Tuhan! Ternyata Abdullah bin Kayan lebih hebat daripada apa yang aku jangkakan.
Tidak kuduga arwah ayah punya nama yang begini besar. Mengapakah umi harus
menguburkan nama itu ketika nama itu sedang subur?
4. Teknik imbas kembali
● Haiqal teringat sewaktu dia menginjak usia enam tahun, umi memberitahunya bahawa
walid ialah ayah tirinya dan ayah kandungnya masih ada lagi.
● Haiqal teringatkan Ratna sewaktu dia ke restoran bersama See Hwa.
5. Teknik saspens
● Peristiwa sewaktu Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid ialah bapa tirinya. Pembaca
tertanya-tanya reaksi Haiqal apabila mendapat tahu tentang perkara yang sebenar.
● Peristiwa sewaktu Haiqal bertanya kepada Ong See Hwa sama ada gadis itu pandai
menari zapin seperti yang digambarkan melalui watak Ai Ling dalam manuskrip ayahnya
tetapi Ong See Hwa hanya mengangkat bahu tanpa memberikan apa-apa jawapan.
Pembaca tertanya-tanya sama ada Ong See Hwa pandai menari zapin atau sebaliknya.
6. Teknik kejutan
● Pembaca dikejutkan dengan perkhabaran bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan
sewaktu pulang dari tempat kerja, sedangkan Lazim akan berpasangan dengan Haiqal
menari zapin pada sebelah malamnya.
● Pembaca dikejutkan dengan kehadiran umi, walid dan adik tiri Haiqal sewaktu Haiqal
sedang menari zapin, sedangkan sebelum ini umi melarang keras Haiqal ke Johor.
10
Silir Daksina
Watak dan Perwatakan
Haiqal Hakimi/Aiman
Watak
1. Haiqal ialah anak kepada umi dan Abdullah bin Kayan.
2. Berusia 19 tahun dan sedang menunggu keputusan STPM.
Perwatakan dan Huraian Keberanian Haiqal dapat dilihat sewaktu dia bertanya
Seorang yang berani kepada uminya tentang hasratnya untuk ke Johor.
Seorang yang peramah Sikap peramah Haiqal telah membantu dia untuk mudah
bergaul dengan penduduk di Kampung Seri Purnama.
Seorang yang Haiqal tetap memaklumkan pergerakannya di Johor
menghormati yang tua kepada uminya sebagai tanda dia menghormati ibunya
walaupun pemergiannya itu tidak direstui oleh ibunya itu.
Seorang yang berdikari Haiqal hanya berseorangan menaiki bas dari Terengganu ke
Batu Pahat.
Seorang yang bersifat Setelah mendapat manuskrip daripada seorang perempuan
ingin tahu Cina, Haiqal bertekad untuk mendalami dan mengkaji
rahsia di sebalik penulisan manuskrip tersebut.
Seorang yang meminati Sewaktu di sekolah, Haiqal telah memenangi pertandingan
bidang kesusasteraan deklamasi puisi peringkat sekolah, johan menulis sajak
Melayu dan cerpen peringkat negeri yang disertainya.
Seorang yang Haiqal rasa sebak sewaktu berada di kubur arwah ayahnya
penyayang kerana perasaan sayangnya terhadap arwah ayahnya.
Seorang yang taat pada Haiqal segera mencari surau untuk menunaikan solat
perintah agama subuh selepas tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul
5.30 pagi.
Abdullah bin Kayan/Cikgu Amirulnizam
Watak
1. Abdullah bin Kayan ialah bapa Haiqal dan bekas suami umi.
2. Beliau merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di Kampung Seri Purnama.
3. Beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan
Aksara di kampungnya.
11
Silir Daksina
Perwatakan dan Huraian Beliau telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk membuat
persembahan kumpulan zapin D’Purnama.
Seorang yang gigih
memperjuangkan
warisan seni budaya
Seorang guru yang Sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti kebudayaan di Kampung Seri
bertanggungjawab Purnama, beliau menyelesaikan tugasnya menanda kertas
peperiksaan murid-muridnya terlebih dahulu.
Seorang yang ● Beliau sering menatap potret wajah anaknya, Aiman pada
penyayang
setiap malam kerana rindu akan anaknya itu. Beliau kadang
kala menangis akibat terlalu rindu akan anaknya itu.
● Beliau juga menganggap Ai Ling sebagai anaknya sendiri.
Seorang yang baik hati ● Beliau baik hati dengan menumpangkan Ai Ling ke sekolah
pada setiap hari.
● Beliau juga membantu Tauke Lim membeli bateri kereta di
pekan.
Ong See Hwa/Ai Ling
Watak
1. Ong See Hwa ialah anak Tauke Ong/Tauke Lim.
2. Ong See Hwa fasih berbahasa Melayu.
Perwatakan dan Huraian Ong See Hwa telah mengirimkan manuskrip lama
Seorang yang amanah Abdullah bin Kayan kepada Haiqal. Selain itu, dia
memberikan koleksi buku yang ditulis oleh ayah Haiqal
kerana itu merupakan permintaannya sebelum beliau
meninggal dunia.
Seorang yang rajin Ong See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku
memebaca sementara menunggu ayahnya menjemput mereka. See
Hwa membeli dua buah novel di kedai buku tersebut
Seorang yang berbudi Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Zam
bahasa yang menumpangkannya ke sekolah
Seorang yang menghargai Ai Ling membaca buku puisi sementara menunggu
masa Cikgu Zam berbincang dengan Cikgu Zanariah.
12
Silir Daksina
Seorang yang gigih Ai Ling gigih berlatih sajak di rumah Cikgu Zam pada
berusaha waktu petang untuk pertandingan mendeklamasi puisi
yang disertainya.
Tauke Ong/Tauke Lim
Watak
1. Ayah kepada Ai Ling/ Ong See Hwa dan Ai Ching.
2. Berbadan gempal dan gemar berseluar separas lutut dan berbaju kemeja lusuh.
Perwatakan dan Huraian Dia melayan Haiqal dengan baik kerana dia berasa
terhutang budi kepada datuk dan ayah Haiqal yang banyak
Seorang yang sentiasa membantu dia sekeluarga yang dalam kesusahan sewaktu
mengenang jasa mula berhijrah ke Kampung Seri Purnama.
Seorang yang murah hati ● Dia sering menaja jamuan makan yang diadakan di
Kampung Seri Purnama.
● Dia juga bermurah hati meminjamkan motosikalnya
kepada Haiqal untuk kegunaannya sepanjang berada
di Kampung Seri Purnama.
Seorang yang rajin Dia dan isterinya akan menorah getah pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang pula, Tauke Lim akan meronda
dengan motosikalnya untuk meraih hasil-hasil kampung
seperti buah pinang, biji kopi, pisang, getah beku atau
getah sekerap.
Seorang bapa yang Dia menghantar anak-anaknya di Sekolah Kebangsaan
mementingkan pendidikan Seri Purnama. Dia akan menghantar anak-anaknya
ke kelas tuisyen Bahasa Cina di pekan setiap hujung
anak-anak minggu.
13
Silir Daksina ● Sewaktu Cikgu Zam mengusik Tauke Lim memintanya
membeli kereta baharu, Tauke Lim memberitahu
Seorang yang berjimat bahawa dia tidak mahu membazir. Lagipun, Tauke Lim
cermat memikirkan anak-anaknya yang masih bersekolah.
● Tauke Lim juga memakai kemeja lengan pendek lusuh
dan seluar labuh paras lutut sebagai pakaian
hariannya. Dia akan memakai pakaian yang cantik dan
kemas pada Tahun Baru Cina sahaja.
Ratna
Watak
1. Ratna ialah rakan sekelas Haiqal sewaktu di tingkatan empat dan lima.
2. Seorang gadis yang sopan, berbaju kurung labuh dan bertudung.
3. Seorang gadis berkulit mulus dan bermata jernih.
Perwatakan dan Huraian Ratna sanggup meluangkan masanya untuk mendengar
luahan hati Haiqal tentang masalah yang dihadapinya
Seorang pendengar yang apabila Haiqal ke gerai makannya di Pantai Batu
setia Buruk walaupun dia sibuk menguruskan gerai makannya
itu.
Seorang yang bercita-cita Ratna bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan yang
tinggi berjaya dengan membuka restoran sendiri. Setelah Ratna
gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM, dia
membantu emaknya di gerai makan milik emaknya sambil
belajar cara-cara hendak menguruskan gerai itu. Akhirnya,
emak Ratna telah menyerahkan gerai itu untuk diuruskan
olehnya.
Seorang yang setia kawan Ratna sentiasa memberi kata-kata semangat kepada
Haiqal dan menyokong tindakan Haiqal untuk menjejaki
warisan ayahnya, Abdullah bin Kayan di Johor.
Seorang yang baik hati Ratna sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas Kuala
Terengganu dan menemani Haiqal sementara menunggu
bas ekspres yang akan dinaiki Haiqal bertolak mengikut
waktu yang ditetapkan
14
Silir Daksina
Umi
Watak
1 Umi merupakan ibu kepada Haiqal.
2 Merupakan bekas isteri Abdullah bin Kayan.
3 Seorang usahawan batik.
Perwatakan dan Huraian Umi menasihati Haiqal supaya berhati-hati ketika
Seorang yang prihatin menunggang motosikal pada waktu malam. Umi juga
berpesan kepada Haiqal supaya segera pulang.
Seorang yang penyayang Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti arwah
ayahnya kerana hidup penulis seperti hidup dengan
bayang-bayang.
Seorang yang Umi tidak mahu Haiqal meneruskan pelajaran
berpandangan jauh dalam bidang sastera tetapi umi mahu Haiqal
menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan
supaya Haiqal dapat meneruskan perniagaan batik milik
keluarganya.
Seorang yang ● Umi tidak mahu memahami bakat dan minat suaminya
mementingkan diri terhadap sastera kerana menganggap selama tiga
tahun bersama suaminya dia merasakan suaminya
hidup dalam bayang-bayang sendiri tanpa
mempedulikannya.
● Umi juga tidak membenarkan suaminya untuk
berjumpa dengan Haiqal apabila suaminya itu datang
untuk bertemu dengan anaknya.
Latar
➔ Latar Masa
1. Pada waktu pagi
● Pada waktu pagi, Tauke Lim datang ke rumah Cikgu Zam bersama anak-anaknya, Ai Ching
dan Ai Ling untuk menumpangkan anaknya itu menaiki kereta Cikgu Zam ke sekolah.
● Haiqal sampai di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Dia menunaikan solat subuh
di surau di terminal bas tersebut.
● Haiqal ke Kampung Seri Purnama pada awal pagi dengan menaiki teksi Pak Cik Salleh dan
dia telah berhenti di warung Wak Min untuk bertanyakan arah rumah Abdullah bin Kayan.
● Haiqal menunaikan solat subuh di masjid dan mendengar kuliah Subuh.
● Lazim segera pulang ke rumah apabila waktu subuh.
● Haiqal menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid dan mengikuti kuliah subuh.
15
Silir Daksina
● Pak Cik Bakar ke rumah Haiqal kerana mahu mengundangnya hadir ke mesyuarat tentang
zapin di balai raya pada waktu malam.
2. Pada waktu tengah hari
● Pada pukul 12.30 tengah hari, Tauke Ong muncul di halaman rumah selepas Haiqal baru
sahaja membersihkan diri. Tauke Ong mahu membawa Haiqal ke pekan untuk makan
tengah hari.
3. Pada waktu petang
● Ratna dan Haiqal bersiar-siar di Pantai Batu Buruk pada waktu petang dan mereka
berkongsi kisah masing-masing.
● Tauke Lim membelanja Cikgu Zam di sebuah restoran mamak di pekan Parit Raja pada
waktu petang.
● Ai Ling datang ke rumah Cikgu Zam pada waktu petang untuk belajar mendeklamasi puisi
kerana dia menyertai pertandingan mendeklamasi puisi di sekolahnya.
● Pada waktu petang, Cikgu Zam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur untuk
bersiar-siar.
● Haiqal menziarahi kubur ayahnya, Abdullah bin Kayan pada waktu petang.
● Haiqal melihat Lazim memancing ikan puyu di sungai pada waktu petang.
● Pada petang minggu, Haiqal ke balai raya sambil ditemani Lazim dan Ong See Hwa.
● Haiqal ke rumah Ong See Hwa pada waktu petang untuk memulangkan buku-buku yang
dipinjamnya daripada Ong See Hwa.
● Lazim telah ditimpa kemalangan pada waktu petang semasa dia pulang dari tempat
kerjanya.
4. Pada waktu malam
● Pada waktu malam, umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.
● Haiqal tergesa-gesa menunggang skuternya ke gerai Ratna pada waktu malam dan
tindakannya itu menghairankan umi dan walid.
● Latihan zapin dan kompang diadakan pada waktu malam.
● Pada pukul 11.30 malam, perbincangan antara Pak Haji Salam, Cikgu Zam, Tauke Lim dan
beberapa rakan yang terlibat dengan kumpulan zapin selesai. Pada waktu ini juga, Cikgu
Zam, Roslan, Ramli dan Abang Bakir menyambung perbincangan tadi.
● Kedatangan YB Samsuri dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri di balai raya
Kampung Seri Purnama pada waktu malam. Pelbagai persembahan diadakan pada malam
itu.
● Persembahan kumpulan zapin D’Purnama berlangsung pada waktu malam dan mendapat
sambutan hangat daripada penduduk kampung.
● Pada waktu malam, Cikgu Nizam mengerjakan solat sunat. Dia sering menatap potret
anaknya sebelum tidur.
● Pukul 10.05 malam, Haiqal bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan kawannya, Ratna di
Pantai Batu Buruk.
● Hampir pukul 12.00 tengah malam, Haiqal memohon diri untuk pulang ke rumah setelah
berbual-bual dengan Ratna.
16
Silir Daksina
● Selesai solat maghrib, Haiqal memberitahu umi dan walid bahawa dia akan ke Johor pada
malam esok.
● Hampir pukul 2.00 pagi, Haiqal pulang setelah berbual-bual dengan Pak Cik Bakar di anjung
rumahnya.
● Lazim bermalam di rumah Haiqal pada malam minggu. Lazim menceritakan kisah Abdullah
bin Kayan kepada Haiqal.
● Haiqal ke rumah Ong See Hwa selepas maghrib untuk mengajak See Hwa menggantikan
tempat Lazim untuk menari zapin.
5. Lain-lain
● Bulan Ogos – Kampung Seri Purnama dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim. Pada bulan ini juga, program Berkampung Bersama Puisi
akan dilancarkan.
● Tujuh tahun – Abdullah bin Kayan sudah tujuh tahun meninggal dunia.
● Hampir 10 tahun – Tempoh Pak Cik Salleh memandu teksi.
● Lebih lima tahun – Abang Salleh dan Abang Bidin mengambil upah memotong buah kelapa
sawit.
● Dua hari sekali – Ong See Hwa akan membersihkan rumah Abdullah bin Kayan.
● Seminggu sekali – Ong see Hwa akan membersihkan bilik bacaan milik Abdullah bin Kayan
di balai raya.
● Beberapa hari – Haiqal selesai membaca buku antologi cerpen karya ayahnya.
Latar Tempat
1. Pantai Batu Buruk
● Tempat Haiqal selalu bertemu dengan Ratna di gerai makan miliknya. Haiqal dan Ratna
sering berbual-bual dan meluahkan masalah yang dihadapi antara satu samalain.
2. Kampung Seri Purnama
● Tempat ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal setelah berpisah dengan uminya.
● Haiqal juga telah berkunjung ke Kampung Seri Purnama untuk menjejaki warisan ayahnya,
Abdullah bin Kayan.
3. Stesen bas Batu Pahat
● Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi setelah mengharungi perjalanan
selama sembilan jam di dalam bas.
●
4. Rumah Abdullah bin Kayan
● Cikgu Zam mengajar Ai Ling mendeklamasi sajak di rumahnya pada setiap petang kerana
Ai Ling akan menyertai pertandingan mendeklamasi puisi di sekolahnya.
● Tauke Ong membawa Haiqal ke rumah ayahnya sebagai tempat tinggal Haiqal. Walaupun
rumah itu tidak berpenghuni, tetapi rumah itu sering dibersihkan oleh See Hwa dua hari
sekali.
17
Silir Daksina
5. Balai Raya
● Balai raya ini menempatkan galeri dan pameran Abdullah bin Kayan. Haiqal telah melihat
sumbangan bapanya dalam dunia penulisan dipamerkan dalam balai raya ini.
● Mesyuarat tentang zapin diadakan di balai raya yang dihadiri oleh ahli Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Haiqal, Ong See Hwa dan Tauke Ong.
Haiqal telah mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula dan
cadangannya itu telah diterima sebulat suara oleh ahli jawatankuasa.
● Latihan persembahan zapin turut diadakan di balai raya.
● Majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi diadakan di balai raya.
6. Pantai Punggur
● Pada waktu petang, Cikgu Zam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur untuk
bersiar-siar.
● Ong See Hwa juga membawa Haiqal ke pantai ini. Haiqal mengambil peluang ini untuk
mengenali diri See Hwa dengan lebih dekat.
7. Ruang tamu rumah Tauke Ong
● Haiqal telah ke rumah Tauke Ong apabila See Hwa berjanji mahu menyerahkan buku-buku
yang ditulis oleh ayahnya. Haiqal berbual-bual dengan See Hwa tentang ayahnya. Di sini
juga Haiqal bertemu dengan Tauke Ong yang baru pulang. Tauke Ong memuji tindakan
Haiqal yang mahu menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama.
8. Pusara Abdullah bin Kayan
● Setelah Tauke Ong meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal, dia telah menziarahi kubur
ayahnya. Dia juga membacakan Yasin dan berdoa untuk ayahnya.
● Umi dan walid ke kubur bekas suaminya pada keesokan harinya selepas menyaksikan
persembahan tarian zapin Haiqal di Kampung Seri Purnama.
9. Bilik guru, Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
● Di sini Cikgu Latifah dan Cikgu Zam berbual-bual tentang sikap anak-anak murid yang tidak
menyiapkan kerja sekolah, dan senario pendidikan pada hari Selain itu, mereka berbual
tentang Ai Ling yang tidak mahu ke perpustakaan setiap kali waktu Pendidikan Islam, malah
berminat untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang cinta akan kesenian
Abdullah kayan bercita-cita untuk mewujudkan Aksara, iaitu singkatan kepada Akademi Sastera
Rakyat di Kampung Seri Purnama.
2. Masyarakat yang penyayang
Haiqal tidak sanggup memberitahu uminya mengenai hasratnya untuk pergi Johor kerana tidak
mahu melukakan hati uminya.
18
Silir Daksina
3. Masyarakat yang terpelajar
Haiqal telah berjaya menyambung pengajian ke peringkat universiti di Bumi Kenyalang selepas
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.
4. Masyarakat kampung yang harmoni dan bersatu padu
Penduduk kampung mengamalkan kehidupan yang harmoni dan bersatu padu kerana mereka
sentiasa berkongsi masalah dan bantu-membantu terutamanya ketika bergotong-royong
melakukan persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.
5. Masyarakat yang rajin berusaha
Tauke Lim seorang yang rajin sehingga mampu mengumpulkan duit untuk membeli tanah
kebun ayah Amirul Nizam dan selepas 18 tahun dia menetap di kampung itu dan dia amat
disenangi oleh penduduk kampung.
6. Masyarakat yang amanah
Tauke Ong telah diamanahkan oleh Abdullah Kayan supaya menjaga ladang kelapa sawitnya.
Dia menjaga ladang sawit tersebut sehinggalah anak Abdullah kayan, iaitu Haiqal datang ke
Kampung Seri Purnama.
Nilai
1. Amanah
Tauke Ong menjaga amanah yang ditinggalkan oleh Cikgu Amirulnizam sebelum beliau
meninggal dunia, iaitu Ladang kelapa sawit.
2. Ketabahan
Abdullah Kayan seorang yang tabah meneruskan hidupnya seorang diri di Johor setelah
dia terpaksa bercerai dengan isterinya dan berpisah dengan anak kesayangannya.
3. Keyakinan
Haiqal bertekad untuk pergi ke Kampung Seri Purnama kerana dia ingin mencari
jawapan kepada persoalan yang timbul setelah dia mendapat manuskrip daripada seorang
perempuan cina.
4. Baik hati
Cikgu Amirul Nizam seorang yang baik hati apabila sanggup membantu Tauke Lim
menumpangkan anaknya ke sekolah walaupun berlainan bangsa.
5. Bertanggungjawab
Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.
19
Silir Daksina
6. Kerajinan
Abdullah Kayan begitu rajin dan gigih untuk menaikkan kesenian tarian zapin di
Kampung Seri Purnama.
7. Kasih sayang
Haiqal sangat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa walidnya
bukanlah bapa kandungnya. Haiqal juga sangat menyayangi arwah ayahnya apabila
sanggup seorang diri ke Johor untuk menjejak tinggalan arwah ayahnya.
Pengajaran
1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita terutamanya ibu dan ayah Walaupun walid bukan
ayah kandung Haikal dan Nurul Asiyah ialah adik tirinya, namun Haikal amat menyayangi
mereka.
2. Kita mestilah menghargai orang yang telah membantu kita Tauke Lim telah mengucapkan
terima kasih kepada Cikgu Zam kerana sudi menumpangkan anaknya ke sekolah.
3. Kita perlulah tabah dan cekal dengan ujian yang dihadapi dalam hidup Ayah Haiqal bersabar
apabila beliau tidak berjaya membawa Haiqal untuk tinggal bersamanya di Kampung Seri
Purnama.
4. Kita hendaklah saling bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain Penduduk
Kampung Seri Purnama sering bekerjasama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan di
kampung itu.
5. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua Anak muda di Kampung Seri Purnama akan
bersalam dengan semua orang yang berada di warung Wak Min sebelum mereka duduk di
meja.
20