PERTANDINGAN E NILAM 2021 SEKOLAH RENDAH
NAMA PESERTA: MUHAMMAD FARIS ZAQUAN BIN MOHD FAISAL
SKRIP PENCERITAAN:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya, Muhammad Faris
Zaquan Bin Mohd Faisal. Saya berumur 12 tahun. Doktor telah mengesah
saya mengalami Masalah Pembelajaran dalam kategori Disleksia tahap
sederhana. Saya anak ke-2 daripada 5 orang adik beradik. Hari ini saya
ingin berkongsi sinopsis buku yang telah saya baca bersempena dengan
pertandingan yang dianjurkan ini. Tajuk buku berjudul “Perang Uhud
Sejarah Duka Tentera Islam”. Pengarang buku ini ialah Abdul Latip Talip.
Beliau seorang penulis yang hebat dan pernah memenangi Anugerah
Sastera Negeri Sembilan. Penerbit buku tersebut ialah PTS Litera Utama
Sdn Bhd. Jumlah 244 muka surat dan buku ini diterbit pada tahun 2010.
Buku ini menceritakan tentang sejarah peperangan yang melibatkan
seramai 700 orang umat islam dengan 3000 orang kafir quraisy di zaman
kegemilangan umat Islam bersama nabi Muhammad saw. Pengakhiran
cerita ini sedih bagi umat Islam. Ini kerana kemenangan yang telah
berpihak kepada umat Islam pada awalnya telah berakhir dengan
kegagalan disebabkan oleh sikap tentera yang tidak taat pada arahan
panglima perang iaitu Nabi Muhammad saw. Sikap mereka juga telah
berubah menjadi cuai, leka dan tamak dengan harta rampasan perang.
Akhirnya mereka telah kalah dalam serangan kali keduanya.
Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada cerita tersebut ialah
mestilah sentiasa taat dan patuh pada arahan ketua dan pemimpin. Kita
juga perlu bersabar menghadapi kesukaran atau dugaan yang dihadapi
jika kita ingin berjaya. Elakkan juga sifat tamak dan haloba untuk
menghindarkan kita dari kegagalan.
Isu semasa yang boleh saya kaitkan dengan cerita tersebut ialah
berkaitan penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan
seluruh dunia. Dimana rakyat perlulah patuh kepada panduan dan
arahan ketua dan pemimpin seperti menjaga jarak dan memakai pelitup
muka supaya dapat mengurangkan penyebaran wabak Covid-19.
Saya suka membaca buku ini kerana jalan cerita yang jelas dan mudah
difahami. Ia juga dapat memberi saya panduan untuk menjalani
kehidupan ini. Semoga cerita saya dapat memberi manfaat kepada
sesiapa yang mendengarnya.
Sekian. Terima Kasih.