0
0 ISI KANDUNGAN Muka surat Butiran 1 Aturcara Majlis Mesyuarat Agung MUAFAKAT 2 Kata Alu-Aluan Dato’ Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia 3 Kata Alu-Aluan YDP MUAFAKAT KPM Ayer Molek 4 Jawatankuasa MUAFAKAT tahun 2021-2023 5 Agenda Mesyuarat Agung MUAFAKAT tahun 2022 6-12 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT tahun 2022 - oleh Yang Dipertua MUAFAKAT 13-15 Pembentangan Laporan Aktiviti tahun 2022 – oleh Setiausaha MUAFAKAT 16-18 Pembentangan Penyata Kewangan tahun 2022 – oleh Bendahari MUAFAKAT 19 Laporan Juruaudit 20-23 Usul dan Cadangan 2023
1 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT TAHUNAN MUAFAKAT CAWANGAN KPM AYER MOLEK, MELAKA KALI KE 12, 2023 Aturcara Majlis 9.30 pagi : Pendaftaran : Ibu bapa mengambil tempat di Dewan Kuliah Hang Tuah 9.45 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Melaka 9.50 pagi : Bacaan Doa USTAZ MOHD TAUFIQ BIN MAHADI 10.05 pagi : Ucapan alu-aluan Yang Dipertua MUAFAKAT KPM Ayer Molek EN AZAAM BIN YACOB 10.20 pagi : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Muafakat kali ke-12 PN SAMSIAH BINTI KANDAR Pengarah KPM Ayer Molek 10.30 pagi : Mesyuarat Agung MUAFAKAT bermula [Sila rujuk Agenda Mesyuarat Agung Tahunan]
2 KATA ALU ALUAN PRESIDEN BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA [MUAFAKAT] SESI 2021-2023 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke-21. Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anak-anak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023
3 KATA ALU ALUAN YANG DIPERTUA MUAFAKAT KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK SESI 2021-2023 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka kita berkumpul pada Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT KPM Ayer Molek, Melaka Kali Ke 12 2023. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua di atas kesudian dan sokongan tuan dan puan meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT KPM Ayer Molek pada kali ini yang dibuat secara bersemuka dan maya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua AJK yang berkhidmat sepanjang tempoh ini. Juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada Unit Pentadbiran Kolej yang dipimpin oleh Puan Pengarah, Puan Samsiah binti Kandar. Meskipun kita menghadapi ujian pandemik, namun usaha meningkatkan pencapaian para pelajar kita mesti diteruskan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pensyarah yang telah bertungkus lumus mengajar dan mendidik anak-anak. Hubungan dan kerjasama antara pengurusan kolej, ibu bapa dan komuniti akan mewujudkan permuafakatan yang erat serta dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Akhir kata, kerjasama dari pihak ibu bapa dan pensyarah sangat diperlukan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dari segi akademik dan sahsiah. Saya berharap semoga Kolej Profesional MARA Ayer Molek terus maju jaya dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang serta dapat membina jati diri anak bangsa. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT KPM Ayer Molek Kali Ke 12 2023 ini. Sekian terima kasih. AZAAM BIN YACOB YANG DIPERTUA MUAFAKAT KPM AYER MOLEK SESI 2021-2023
4 JAWATANKUASA MUAFAKAT CAWANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK, MELAKA TAHUN 2022/2023 YANG DIPERTUA : EN. AZAAM BIN YACOB NAIB YANG DIPERTUA : EN. ABDUL RAZAK BIN BUDU EX-OFFICIO : PUAN SAMSIAH BINTI KANDAR AHLI JAWATANKUASA SETIAUSAHA : PUAN SYAHIRAH BT MD SARIP PENOLONG SETIAUSAHA : PUAN SYARIFAH NOOR FATANAH BINTI SYED NAJMUDDIN BENDAHARI : PUAN NOOR HASHIRA BINTI EIDAN AJK : EN. AZHAR BIN HASSAN EN. SAFWAN BIN MOHAMAD YUSOF PN. SURAINI BINTI SAAIA PN. MASHITOH BINTI MUSA PUAN ROSLINA BINTI YUNUS PN. ASMAH BINTI AB RAHMIAH PN. NOR RAJWANI BINTI AWANG PN. NORMA NIZA BINTI OTHAMAN PN. SYAHIDATUL KAMILA BINTI MOHD HAJARAIH EN. MEGAT HISHAMUDDIN BIN MEGAT ABDUL AZIZ EN. MOHD ASHRAF BIN IBRAHIM PN. NOOR HAFILAH BINTI ABDUL HAMID DATIN ROSFINAH BINTI RAHMAT
5 AGENDA MESYUARAT 1. Kata alu-aluan Pengerusi Tetap MUAFAKAT KPM Ayer Molek. 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-11 3. Membentang Laporan Jawatankuasa Tahunan oleh Setiausaha. 4. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022. 5. Pembentangan dan Perbahasan Usul. 6 . Pembubaran Jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2021-2023. 7. Pemilihan Jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2023-2025. Memilih 3 orang Perwakilan ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan. 8. Ucapan Penangguhan Mesyuarat. 9 . Cabutan bertuah
6 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 12 2023 DIBENTANGKAN OLEH EN. AZAAM BIN YACOB (YANG DIPERTUA MUAFAKAT)
7 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK KALI KE-11, 2022 Tarikh : 03 September 2022 Masa : 10.30 pagi Tempat : Hybrid Bilangan Ahli : 18 orang Bilangan Yang Hadir : 70 orang BIL PERKARA TINDAKAN 1.0 Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT Cawangan KPM Ayer Molek 1.1 Tuan Yang Dipertua yang bertindak selaku Pengerusi mengalualukan kedatangan ahli mesyuarat, barisan jawatankuasa MUAFAKAT KPM Ayer Molek, serta ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ke-11,2022. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa seramai 70 orang yang hadir dalam talian untuk mesyuarat kali ini. Makluman 1.2 Tuan Yang Dipertua mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang baru mendaftar dan menjadi sebahagian warga Kolej Professional MARA Ayer Molek. Beliau juga mengharapkan legasi kecermerlangan KPM Ayer Molek dapat diteruskan dengan generasi baru ini. Beliau juga mengucapkan rasa bangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh KPM Ayer Molek sebelum ini. Makluman 1.3 Tuan Yang Dipertua memaklumkan kecemerlangan sebuah organisasi dalam bidang pendidikan adalah bagaimana sesuatu organisasi dibentuk secara bersama antara pihak pengurusan kolej, peranan pendidik serta kerjasama padu daripada pihak ibu bapa. Tuan Yang Dipertua mohon kepada ibu bapa jika ada isuisu yang kurang selesa dan perlu dibangkitkan mohon dipanjangkan kepada pihak jawatankuasa yang dilantik secara rasmi dan mereka yang ditakrifkan boleh menjawab isu-isu tersebut. Makluman 1.4 Tuan Yang Dipertua mengajak ibu bapa sama-sama berdoa agar kecemerlangan anak-anak berterusan di KPM Ayer Molek. Beliau juga memohon para ibu-bapa menjadi impak yang terbaik dan jika ada idea dan pandangan untuk untuk disuarakan sangat dialualukan bagi pihak MUAFAKAT KPM Ayer Molek. Makluman
8 2.0 Kata alu-aluan Pengarah KPM Ayer Molek 2.1 Pengarah mengalu-alukan kedatangan ahli mesyuarat, barisan jawatankuasa MUAFAKAT KPM Ayer Molek, serta ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ke-11,2022. Beliau menzahirkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dapat bersama-sama menghadiri mesyuarat Agung MUAFAKAT KPM Ayer Molek kali ke-11, 2022 Makluman 2.2 Pengarah mengucapkan syabas dan tahniah kepada MUAFAKAT kerana menjadi badan utama yang menghubungkan pihak kolej dan ibu-bapa berkaitan aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar. Pengarah juga mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa bukan sahaja dari segi kewangan tapi juga dari segi tenaga dan idea. Makluman 2.3 Pengarah memaklumkan pihak kolej menerima sebarang bentuk idea daripada pihak ibu-bapa demi kecemerlangan pelajar Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka. Pengarah juga memaklumkan MUAFAKAT memainkan peranan penting dalam pembangunan sahsiah pelajar. Makluman 3.0 Ucapan Perasmian oleh Pengarah KPM Ayer Molek 3.1 Pengarah mengharapkan kerjasama ibu bapa sangat penting bagi kebaikan bersama. Pengarah berharap semua warga yang hadir dapat memberi fokus terhadap usaha kolej dalam memastikan kecemerlangan pelajar dan melahirkan modal insan negara. Makluman 3.2 Pengarah memaklumkan untuk kemasukkan bulan Julai 2022, pihak kolej telah menerima panggilan yang bertubi-tubi daripada pihak ibu bapa untuk menerima permohonan kemasukkan anak mereka ke KPM Ayer Molek. Sebahagian daripada permohonan kolej dapat bantu dan sebahagian lagi tidak dapat. Makluman 3.3 Pengarah berharap agar Mesyuarat Agung MUAFAKAT yang akan dijalankan sebentar lagi berjalan dengan lancar dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agung MUAFAKAT kali-11 tahun 2022. Makluman 4.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali ke-11 tahun 2022 4.1 Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali ke-11, 2022 dibentangkan oleh setiausaha, Puan Syahirah binti Md Sarip. Makluman 4.2 Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali ke-11, 2022 ini dicadang untuk disahkan oleh Pn Noor Hashira Binti Eidan dan disokong oleh Pn Roslina Binti Yunus. Makluman
9 4.3 Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali ke-11, 2022 ini disahkan oleh Pn Noor Hafilah Binti Abdul Hamid dan disokong oleh Pn Mashitoh Binti Musa. Makluman 5.0 Pembentangan Laporan Jawatankuasa Tahunan oleh Setiausaha 5.1 Laporan Jawatankuasa Tahunan Kali ke-11, 2022 dibentangkan oleh setiausaha, Puan Syahirah binti Md Sarip. Makluman 5.2 Laporan Jawatankuasa Tahunan Kali ke-11, 2022 ini dicadang untuk disahkan oleh En Azhar Bin Hassan dan disokong oleh Pn Roslina Binti Yunus. Makluman 6.0 Pembentangan Laporan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2021 6.1 Laporan Penyata Kewangan Tahunan Kali ke-11, 2022 dibentangkan oleh bendahari, Puan Noor Hashira Binti Eidan. Makluman 6.2 Laporan Penyata Kewangan kali ke-11, 2022 ini dicadang untuk disahkan oleh Mohd Ashraf Bin K.A. Mohamed Ibrahim dan disokong oleh En Megat Hishamuddin Bin Megat Abdul Aziz. Makluman 7.0 Pembentangan dan Perbahasan Usul 7.1 Usul Pertama : Usul pertama diterima dari Datin Rosfinah binti Rahmat(016-3840070) berkaitan pengurusan asrama berkenaan sebanyak 21 unit penapis air Coway sebanyak 21 unit. 20 unit dipasang di asrama dan 1 unit dipasang di surau. Beliau mencadangkan agar penapis air Coway ini diteruskan kerana sangat penting untuk pelajar. Namun, isunya adalah dana untuk membayar servis Coway tersebut. Beliau mencadangkan manamana ibu bapa dan ahli jawatankuasa yang berminat untuk memberi sumbangan dan infak bagi dana pembayaran servis Coway ini. 7.1.1 En Azaam memaklumkan bahawa penapis air Coway ini merupakan intipati dana terbesar MUAFAKAT yang menyebabkan beberapa program-program yang menjadi rutin kebiasaan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana. Kerisauan pihak MUAFAKAT juga terhadap dana yang sedia ada jika tidak dapat menampung bayaran penapis air COWAY tersebut. 7.1.2 Yang di Pertua memaklumkan cadangan atau usul yang diberikan adalah baik dan berterima kasih kepada Datin Rosfinah yang cakna akan kolej dan keselesaan para pelajar. Makluman Makluman Makluman
10 7.1.3 Pengarah, Pn Samsiah binti Kandar memaklumkan bahawa satu unit penapis air COWAY di surau akan diletakkan di bangunan akademik kerana tiada keperluan dipasang di surau kerana jarak surau ke kafe dan blok akademik adalah sangat dekat. 7.1.4 En Azizulazrin mencadangkan agar Bendahari mengira kos yang diperlukan untuk bayaran air COWAY. Beliau juga mencadangkan untuk menaikkan yuran pelajar ataupun dengan cara infak dan sumbangan dari pihak ibubapa. 7.1.5 Pn Hashira selaku bendahari memaklumkan bahawa masalah ini berlaku apabila pihak MUAFAKAT perlu membayar secara “lumpsum” dan bukannya secara bulanan. Apabila pelajar yang masuk adalah sedikit, ia menjadi masalah kepada pembayaran COWAY. 7.1.6 Pn Rismawati Ramilis mencadangkan agar pelajar dicaj untuk pembayaran COWAY. Pengarah memaklumkan bahawa kolej tidak dibenarkan untuk mengambil kutipan selain yang ditentukan oleh pihak BPT. Namun begitu, pihak MUAFAKAT boleh mengeluarkan surat untuk meminta caj tersebut kepada pelajar. Usul Kedua : Usul kedua diterima daripada Pn Noor Hafilah bt Abdul Hamid (019-7571545) mencadangkan yuran komitmen dikenakan kepada ibu bapa pelajar setahun sekali sebanyak RM100 berdasarkan program kolej yang telah dirancang sepanjang tahun memandangkan kolej tidak mempunyai sebarang yuran khas untuk membuat program pelajar. 7.2.1 En Azaam memaklumkan bahawa Pn Mashitoh Musa memberitahu banyak program pelajar tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana. 7.2.2 En Mohd Ashraf mencadangkan agar dana RM100 itu dapat dinaikkan kepada RM200 kerana kenaikan harga barang sekarang. 7.2.3 En Azizulazrin mencadangkan membuat kutipan RM40 setiap semester bagi mengurangkan beban para ibu bapa. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
11 7.2.3 Yang di Pertua memaklumkan cadangan atau usul yang diberikan adalah baik untuk membantu pelajar membuat lebih banyak program di kolej. 7.2.4 Pn Noor Hashira memaklumkan bahawa mengikut perlembagaan MUAFAKAT, bayaran fi masuk adalah RM20, setiap semester pula adalah RM50 menjadikan pelajar semester 1 perlu membayar RM70, manakala pelajar semester 4 perlu membayar RM50. Yuran MUAFAKAT tidak boleh ditambah tetapi cadangan penambahan dana sebagai yuran komitmen tambahan boleh diusulkan jika disepakati oleh ibubapa di dalam mesyuarat agung MUAFAKAT. 7.2.5 En Abdul Razak dicadang untuk disahkan yuran komitmen RM100 diterima dan disokong oleh En Megat Hishamuddin. Makluman Makluman 8 Ucapan Penangguhan Mesyuarat 8.1 8.1.1 En Azaam bin Yacob Yang Dipertua mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai mesyuarat serta telah memberi usul dan cadangan demi kebaikan para pelajar. Beliau berharap agar ahli Jawatankuasa dapat merencanakan program yang terbaik untuk para pelajar dengan dana komitmen tambahan dari para ibu bapa. Beliau juga berharap agar kita dapat memikirkan dan melaksanakan agenda untuk anak bangsa. Beliau menyatakan harapan beliau agar sentiasa mendapat kerjasama penuh dari ibu bapa dan pihak pengurusan kolej dalam mendidik pelajar-pelajar KPM Ayer Molek. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pn Pengarah atas kesudian beliau untuk merasmikan mesyuarat agung MUAFAKAT KPM Ayer Molek kali ke 11. Makluman Makluman 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1 petang. Makluman “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ........................................... SYAHIRAH BINTI MD SARIP AZAAM BIN YACOB
12 Setiausaha Yang Dipertua MUAFAKAT KPM Ayer Molek MUAFAKAT KPM Ayer Molek
13 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN AKTIVITI MUAFAKAT TAHUN 2022 DIBENTANGKAN OLEH PN. SYARIFAH NOOR FATANAH BINTI SYED NAJMUDDIN (PENOLONG SETIAUSAHA MUAFAKAT)
14 DIBENTANGKAN OLEH : SYARIFAH NOOR FATANAH BINTI SYED NAJMUDDIN PENOLONG SETIAUSAHA MUAFAKAT, KOLEJ PROFESIONAL MARA, AYER MOLEK Pembentangan Laporan dan Aktiviti MUAFAKAT Tahun 2022 2.1 Penolong Setiausaha membentangkan laporan Setiausaha Muafakat bagi Tahun 2022 2.2 Mesyuarat AJK sepanjang tahun 2022 Bil Program Tarikh 1 Mesyuarat AJK MUAFAKAT kali - 1 15/7/2022 2 Mesyuarat AJK MUAFAKAT kali – 2 5/8/2022 3 Mesyuarat AJK MUAFAKAT kali - 3 16/9/2022 4. Mesyuarat AJK MUAFAKAT kali- 4 21/10/2022 2.3 Program-program yang telah dilaksanakan bagi tempoh 1/1/2022 – 31/12/2022 Bil Program dan aktiviti Sumbangan Tarikh 1 Sumbangan Mangsa Banjir 6/1/2022 2 Sumbangan Program Pemantapan Aspirasi 17/1/2022 3 Sumbangan Staf Day 17/1/2022 4 sumbangangan FESKO 12/9/2022 5 Sumbangan KONSISMA 12/9/2022 6 Sumbangan Program Barber PSN 12/9/2022 7 Jamuan Makan AGM Muafakat 12/9/2022 8 Sumbangan KASAF 12/9/2022 9 Sumbangan bowling piala Pengarah 20/9/2022 10 Sumbangan AKK sesi 1 20/9/2022 11 Sumbang program towering 20/9/2022 12 sumbangan program kesedaran mental 20/9/2022 13 Sumbangan Kasukma 1/10/2022 14 Sumbangan program Aspirasi 1/10/2022 15 Sumbangan program podium 1/10/2022 16 sumbangan roti hari pendaftaran 30/11/2022 17 Sumbangan Staf Day 8/12/2022 18 Sumbangan Minggu Usahawan 30/12/2022 Disediakan oleh : Disahkan oleh: …………………………….. ………………………………….. SYAHIRAH BT MD SARIP AZAAM BIN YACOB
15 Setiausaha Yang Dipertua MUAFAKAT MUAFAKAT Kolej Profesional Mara Ayer Molek Kolej Profesional Mara Ayer Molek
16 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN MUAFAKAT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 DIBENTANGKAN OLEH PN. NOOR HASHIRA BINTI EIDAN (BENDAHARI MUAFAKAT)
17 MUAFAKAT KPM AYER MOLEK PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 PENDAPATAN RM RUJUKAN Baki dibawa kehadapan (2021) Tunai di tangan 565.00 Nota 1 Baki dibawa kehadapan (2021) Tunai di bank 18621.58 Nota 1 Yuran Ahli 2022 46128.12 Nota 1 Sumbangan Ahli 200.00 JUMLAH PENDAPATAN 65514.70 TOLAK:PERBELANJAAN Coway 27628.00 Sumbangan Program Kolej 7297.10 Nota 2 Yuran Muafakat Kebangsaan 5455.00 Yuran Bayaran kursus Ulangan Pelajar 2750.00 Belanja Pentadbiran 2618.00 Nota 3 JUMLAH PERBELANJAAN 45748.10 LEBIHAN PENDAPATAN 19,766.60 Penyesuaian Baki : Tunai di tangan 815.00 Tunai di Bank 18,951.60 LEBIHAN PENDAPATAN PADA 31 DISEMBER 2022 19,766.60 DIAKUI SAH OLEH : ( NOOR HASHIRA BT EIDAN) BENDAHARI MUAFAKAT CAWANGAN KPM AYER MOLEK DISAHKAN OLEH : ( NOR FAIEZAH BT MUHAMAD ALI) PEMERIKSA KIRA-KIRA MUAFAKAT CAWANGAN KPM AYER MOLEK
18 Nota 1: SUMBER PENDAPATAN Baki dibawa kehadapan (2021) Tunai di tangan 565.00 Baki dibawa kehadapan (2021) Tunai di bank 18621.58 Sumbangan Ahli 200.00 Yuran Ahli 2022 46128.12 65514.70 Nota 2: Sumbangan Program Kolej RM Sumbangan Mangsa Banjir 1,175.00 Sumbangan Program Pemantapan Aspirasi 448.00 Sumbangan Staf Day 500.00 sumbangangan FESKO 600.00 Sumbangan KONSISMA 160.00 Sumbangan Program Barber PSN 224.00 Sumbangan KASAF 500.00 Sumbangan bowling piala Pengarah 240.00 Sumbangan AKK sesi 1 650.00 Sumbang program towering 130.00 sumbangan program kesedaran mental 200.00 Sumbangan AKK sesi 2 650.00 Sumbangan Kasukma 300.00 Sumbangan program Aspirasi 336.00 Sumbangan program podium 200.00 sumbangan roti hari pendaftaran 122.10 Sumbangan Staf Day 500.00 Sumbangan sewa bas pelajar solat Jumaat 250.00 Sumbangan Minggu Usahawan 112.00 RM7,297.10 Nota 3: BELANJA PENTADBIRAN RM belanja meyuarat Agong 290.00 caj bank 26.00 Pulangan saham koperasi 990.00 Pulangan Yuran Buku Audit 165.00 Buku Voucher 580.00 Jamuan Makan 447.00 Pulangan Yuran Muafakat 120.00 RM2,618.00
Laporan Juruaudit Dalaman Muafakat Cawangan Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka Kepada, Pendaftar Pertubuhan Anggota-anggota Persatuan Muafakat Cawangan Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka Kami telah mengaudit penyata kewangan Muafakat Cawangan Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka, yang mengandungi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 dan lain-lain nota keterangan pada Lampiran C. Tanggungjawab Pegawai terhadap Penyata Kewangan Pegawai adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan yang benar dan saksama menurut Undang-Undang Pertubuhan dan kawalan dalaman yang bersesuaian dalam penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyata yang ketara, samada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Tanggungjawab Juruaudit Tanggungjawab kami ialah menyatakan pendapat tentang penyata kewangan berdasarkan pengauditan kami. Sesuatu audit melibatkan pelaksanaan prosedur untuk memperolehi bukti audit mengenai amaun dan pendedahan dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami. Tanpa menjejaskan pendapat kami, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: 1. Tunai ditangan sebanyak RM815 adalah melebihi jumlah yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam undang-undang pertubuhan persatuan, bahagian kewangan fasal 17.5.4. 2. Penyata penyesuaian bank tidak disediakan pada setiap bulan. 3. Penyediaan dokumen rekod penyerahan dan penerimaan sumbangan seperti kertas kerja dan tandatangan penerima hendaklah dipastikan dilaksana dan disimpan di dalam fail dengan baik. Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami. Pendapat Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar mengikut Undangundang Pertubuhan, untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Muafakat Cawangan Kolej Profesional MARA Ayer Molek pada 31 Disember 2022 dan prestasi kewangannya serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut. Laporan Mengenai Keperluan Perundangan Kami juga melaporkan pada pandangan kami: (a) rekod-rekod perakaunan dan lain-lain rekod serta dokumen sumber disimpan dengan wajar. (b) penerimaan dan perbelanjaan Muafakat Cawangan Kolej Profesional MARA Ayer Molek sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2022 di rekod dengan baik. ……………………………………. Nor Faiezah binti Muhamad Ali Pemeriksa Kira-Kira Tarikh: 15 Mei 2023 Ayer Molek Melaka
20 SENARAI USUL/CADANGAN Bil PENCADANG USUL/CADANGAN 1 Zamilah Awang • Pengurusan Asrama • Luaskan capaian wifi 2 Mohamed Faizal Bin Abd Ghafar • Kemudahan di Bangunan Akademik Asrama • meletakkan kemudahan wifi seperti sediakala 3 Ruzli Saidin • Pembangunan dan Pemantapan Akademik • Diadakan program mentor-mentee secara rasmi untuk membantu pelajar yang lemah 4 Mohd Ashraf Bin K.A. Mohamad Ibrahim • Kemudahan di Bangunan Akademik Asrama • Masalah perkhidmatan talian internet yang masih lemah diblok kediaman asrama perempuan. 5 Omar Bin Budin • Pembangunan dan Pemantapan Akademik • Merancang dan melakukan aktiviti usahasama dengan agensi berkaitan keusahawanan bagi memberikan pendedahan sebenar terhadap disiplin ilmu yang dipelajari oleh pelajar memgikut program.
21 6 Mohamad Fazlizam bin Eadi Mokhtar • Kemudahan di Bangunan Akademik Asrama • Cukupkan alat kawalan untuk LCD di setiap kelas 7 Esa Bin Rahimin • Kemudahan di Bangunan Akademik Asrama • Pihak kolej boleh memperbaikkan lagi kemudahan kolej seperti bilik iron dan alatan elektrik di bilik pantri. 8 Hazizi Bin Hanafi • Pembangunan dan Pemantapan Akademik • Saya memohon agar dibuat satu group telegram@whatsapp utk semua ibubapa kepada pelajar. Ini memudahkan ibubapa dapat makluman berkenaan aktiviti @ maklumat terus dari pihak pengurusan dan muafakat KPM AM 9 Abdul Hamid Bin Mohamed Zin • Pengurusan Asrama • Harap dari aspek penyelenggaraan bangunan asrama dapat ditambahbaikkan, contoh macam kebocoran di siling tandas sehingga siling berkulat dan ini boleh menimbulkan persekitaran yang kurang sihat. Siling juga boleh runtuh sekiranya kebocoran tidak dibaiki dengan segera. Kunci pintu bilik asrama yang rosak juga perlu dibaiki segera kerana ini melibatkan aspek keselamatan. 10 Hanismah Md Isa • Pembangunan dan Pemantapan Kerohaniah dan Sahsiah Pelajar
22 • Perlu tambah pokok 11 Mazlan Bin Rushdi • Pembangunan dan Pemantapan Akademik • Expose pelajar pada bidang professional yang dpilih melalui penceramah jemputan. 12 Norzailan bin Md Noor • Kemudahan di Bangunan Akademik Asrama • Menaiktaraf pendawaian Letrik di Blok A Aras 0 agar dpt mengelakkn gangguan elektrik ketika hujan yg bolih mengakibatkan pelajar hilang fokus. 13 Faezah Zainal • Kemudahan di Bangunan Akademik Asrama • Menyediakan mesin topup pengering baju 14 Noor Fadilah Binti Aman • Pembangunan dan Pemantapan Kerohaniah dan Sahsiah Pelajar • Memperbanyakkan program keagamaan 15 Sharif Ab. Majid • Perkhidmatan Koperasi • Adakan bas Muafakat (charted bus) utk ke Bangi, Putrajaya, Shah Alam dan KL. Tambang mengikut jumlah pelajar.
23 16 Normala Binti Hasbulah • Pembangunan dan Pemantapan Kerohaniah dan Sahsiah Pelajar • Aktiviti keagamaan seperti qiamullail