The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86559143, 2025-03-16 18:49:57

KOMIK DIGITAL

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU

BMMB2102M KETERAMPILAN BAHASA DAN KOMUNIKASI TUGASAN INDIVIDU : PENGHASILAN PRODUK (KOMIK DIGITAL) DISEDIAKAN OLEH: NIK NURUL AZREEN BINTI NIK MOHAMAD SHARIFUDDIN NOMBOR MATRIK: D24193761 KAD PENGENALAN : 940930035286 KELAS : BM9 NAMA PENSYARAH : DR IZANI BIN IBRAHIM


ISI KANDUNGAN Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu ........ 3 Bab 1 ............................................................................................................. 4-5 Bab 2 ............................................................................................................ 6-7 Bab 3 ............................................................................................................ 8-9 Bab 4 ............................................................................................................ 10-13 Bab 5 ............................................................................................................ 14-17 Bab 6 ............................................................................................................ 18-19 Kesimpulan .............................................................................................. 20 Rujukan ....................................................................................................... 21-22


Menurut Rozita Che Rodi (2022), “budi” mendukung makna sumbang bakti, tindakan, percakapan dan buah fikiran, tetapi semuanya pada peringkat luaran. Menurut Rais Yatim (2021), budi merujuk kepada pemikiran dan cara hidup yang berhemah serta berlandaskan budaya tinggi. Budi sebagai suatu bentuk pemikiran dan perbuatan yang baik serta luhur yang berperanan sebagai benteng dan pelindung daripada perlakuan negatif. Menurut Muhammad Zuhair Zainal et.al (2021), ‘Budi’ ialah akal, daya fikir untuk memahami sesuatu perkara, dan kebolehan untuk berdalil dan menyimpul secara rasional, serta kepandaian, keupayaan dan kebijaksanaan yang mampu melahirkan seorang yang ‘budiman’. KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU Menurut Romlah Ramli (2019), intipati budi dapat dilihat dalam konsep budi pekerti (cara pengucapan, tingkah laku, kesopanan, dan etika), akal budi (fikiran, dan kebijaksanaan), dan baik budi (tingkah laku yang baik dan perbuatan-perbuatan yang baik). Menurut Taufik A. Latif, et.al (2018), berbudi bahasa boleh didefinisikan sebagai percakapan yang baik, berhemah budi bicaranya, beradab, bersopan santun, tertib, bersikap lemah lembut, bertingkah laku baik serta mempunyai akhlak yang murni.


BAB 1 Mentari pagi baru sahaja menampakkan sinarnya, namun pasar sudah mula sesak dengan orang ramai. Para pembeli berpusu-pusu ke gerai pilihan mereka, mencari barang keperluan harian sebelum kehabisan. Peniaga pula ligat melayan pelanggan, memastikan barang jualan mereka laris terjual. Amira datang ke pasar pagi bersendirian untuk membeli ikan dan sayur yang dipesan oleh ibunya bagi menyediakan hidangan tengah hari nanti.


Suasana pasar pagi begitu riuh dan sesak dengan orang ramai yang sibuk membeli keperluan harian.


BAB 2 Amira singgah di kedai Kak Azie untuk membeli sayur yang dipesan oleh ibunya. Kedai Kak Azie menjual pelbagai jenis sayur-sayuran yang segar.


Assalamualaikum, Kak Azie. Akak sihat? Ibu pesan supaya Amira belikan dua ikat sayur kangkung. Waalaikumusalam Amira. Alhamdulillah, akak sihat. Oh Amira nak sayur kangkung ya? Ada, ini untuk Amira.


BAB 3 Usai membeli sayur di kedai kak Azie, Amira meneruskan langkah ke kedai Pakcik Ali untuk membeli ikan. Mata Amira tertumpu pada deretan ikan segar yang tersusun rapi di atas meja.


Assalamualaikum Pakcik Ali, Wah, ikan di sini memang segar-segar belaka! Amira nak beli dua ekor ikan siakap. Ada tak pakcik? Ada, Amira. Tengok ni, ikan siakap ni masih segar. Mata jernih, isi pun masih pejal. Sekejap ya, pakcik letakkan dalam plastik.


BAB 4 Setelah selesai membeli ikan di kedai Pakcik Ali, Amira bersedia untuk pulang ke rumah. Namun, langkahnya terhenti apabila dia terserempak dengan Makcik Ani yang sedang memegang bakul yang sarat dengan barangan dapur. Dengan senyuman, Amira segera menghampiri dan menyapanya.


Waalaikumusalam Amira. Alhamdulillah, makcik sihat. Eh, tak mengapa, Amira. Makcik boleh bawanya sendiri. Assalamualaikum, Makcik Ani. Makcik sihat? Beratnya bakul yang makcik bawa tu. Biar Amira tolong bawakan ya.


Maaf ya, Amira. Makcik dah menyusahkan Amira pula. Tak mengapa, makcik. Saya bawakan ke kereta saya saja, nanti saya hantarkan makcik pulang. Lagipun, rumah kita sehala. Terima kasih nak, sudi bantu makcik. Baik sungguh budi pekerti Amira. Sama-sama Makcik Ani. Tak apa, Amira memang ikhlas nak tolong makcik.


Baiklah, Amira. Hati-hati, bakul itu berat. Makcik Ani, saya letakkan dulu bakul ini dalam bonet kereta, ya. Makcik, jempulah masuk ke dalam kereta.


BAB 5 Amira menghantar Makcik Ani pulang ke rumah dengan selamat setelah membantu membawakan bakulnya yang berat. Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, Makcik Ani mengucapkan terima kasih kepada Amira atas keikhlasan dan kesudiannya membantu tanpa diminta. Makcik Ani juga memuji sikap Amira yang baik, ringan tulang, dan berbudi bahasa kerana sanggup menolong orang yang memerlukan. Dia berharap agar lebih ramai anak muda mencontohi sikap terpuji seperti Amira dalam kehidupan seharian.


Makcik, kita dah sampai. Sekejap, Amira buka pintu dan ambilkan bakul barang makcik, ya. Terima kasih banyak, Amira. Baik sungguh hati kamu, nak.


Hati-hati ya, Makcik Ani. Biar Amira tolong pegang tangan makcik. Terima kasih, Amira. Makcik sangat bersyukur mempunyai jiran sebaik kamu."


Terima kasih sekali lagi, Amira. Makcik doakan Amira dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah. Sampaikan salam makcik kepada ibu kamu ya. Sama-sama, makcik. Saya senang hati dapat membantu. Jaga diri ya, makcik! Baik, nanti saya sampaikan salam makcik kepada ibu.


BAB 6 Amira pulang ke rumah dengan hati yang sangat gembira kerana berpeluang membantu Makcik Ani. Sepanjang perjalanan, dia tersenyum sendiri, berasa puas kerana dapat meringankan beban jirannya. Sebaik tiba di rumah, dia segera menemui ibunya lalu menceritakan kejadian itu dengan penuh semangat. Ibunya mendengar dengan teliti sambil tersenyum bangga melihat sikap prihatin dan berbudi bahasa yang ditunjukkan oleh Amira.


Ibu, tadi Amira tolong Makcik Ani angkat bakulnya yang berat. Lepas itu, Amira hantarkan dia pulang sebab barang yang dia bawa banyak sangat. Alhamdulillah, bagusnya anak ibu. Inilah yang ibu selalu ajar, bantu orang tanpa mengharapkan balasan. Amira telah menunjukkan sikap berbudi bahasa yang tinggi. Ibu sangat bangga dengan Amira.


KESIMPULAN Kisah ini menggambarkan nilai budi bahasa dalam masyarakat Melayu melalui sikap Amira yang ringan tulang membantu Makcik Ani. Amira bukan sahaja membantu membawa bakul yang berat tetapi juga mempelawa makcik Ani untuk menghantarnya pulang. Ini jelas menunjukkan sikap Amira yang sangat prihatin dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Setelah pulang, Amira menceritakan kepada ibunya. Ibu Amira berasa bangga dengan sikap baik hati anaknya. Ini menunjukkan bahawa budi bahasa bermula dari rumah, kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak agar menghormati dan membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Secara keseluruhannya, cerita ini menggambarkan bahawa budi bahasa dan sikap tolong-menolong amat penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan saling menghormati. Jika setiap individu mengamalkan nilai murni ini, kehidupan bermasyarakat akan menjadi lebih erat dan penuh dengan kasih sayang.


RUJUKAN Muhammad Zuhair Zainal, Shahir Akram Hassan & Aznan Che Ahmad. (2021). Teras Hati Budi Melayu Bertemakan Agama Islam dalam Lakukan Pertuturan Guru. Journal of Sosial Sciences and Humanities. 18(3). 221-240. Rais Yatim. (2021). Konsep Budi dan Cabaran Semasa. Jurnal Melayu Sedunia. 4(1). 1 -9. Rozita Che Rodi. (2022). Penelitian Hati Budi Melayu Sebagai Simbol Peradaban Masyarakat: Analisis Kata Fokus “Didikan” Berdasarkan Teori Medan Semantik. ejurnal bahasa dan Linguistik. 4(2). 1-17.


RUJUKAN Romlah Ramli. (2019). Emosi dan Ekspresi Budi Bahasa Remaja dalam Interaksi Atas Talian. International Journal of Humanities, Philosophy and Language. 2(8). 231-240. Taufik A. Latif, Mohd Syuja Saedin, Norazilah Buhari & Ira Meilita Ibrahim. (2018). Amalan Berbudi Bahasa: Satu Kajian Nilai Peradaban Masyarakat Malaysia: Sains Insani, 3(2), 68-73.


Click to View FlipBook Version