The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMKPK_Dasar Kurikulum Unit Kurikulum 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-44088401, 2022-03-26 10:44:53

SMKPK_Dasar Kurikulum Unit Kurikulum 2022

SMKPK_Dasar Kurikulum Unit Kurikulum 2022

ISI KANDUNGAN

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN 1
. 1

2.0 OBJEKTIF DASAR PENGURUSAN

3.0 DASAR-DASAR PENGURUSAN KURIKULUM 1

5.0 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR (GURU MATA PELAJARAN) DAN 2
JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2022/2023

6.0 DASAR 2: PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN MESYUARAT 3

6.1 MESYUARAT KURIKULUM DAN PANITIA 3

6.2 MESYUARAT PANITIA 3

6.3 MESYUARAT POST MORTEM 3

7.0 DASAR 3: PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK: 3

8.0 DASAR 4 : PENEMPATAN PELAJAR DI DALAM KELAS 4
BERDASARKAN PEKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN

9.0 DASAR 5 : PENEMPATAN GURU DI SESUATU KELAS 6

10.0 DASAR 6 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR 6

11.0 DASAR 7 : LATIHAN MURID 7

12.0 DASAR 8 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN 7

13.0 DASAR 9 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN 8

13.0 DASAR 10 : PEMAHAMAN DAN PENETAPAN JELAS KEPADA 8
SEMUA PELAJAR BERKAITAN PENCAPAIAN, TARGET DAN
HALATUJU PEMBELAJARAN LANJUTAN SELEPAS SPM

UNIT KURIKULUM
SMK PADANG KALA, MELOR

KELANTAN

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN
Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan.
Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi
akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai
objektif dan matlamat penubuhannya.

2.0 OBJEKTIF DASAR PENGURUSAN

Penetapan dasar kurikulum ini amat penting bagi mencapai objektif-objektif berikut :

1.1.1 Menjadi garis panduan kepada warga sekolah dalam melaksanakan pengurusan
kurikulum di sekolah

1.1.2 Memantapkan pengurusan kurikulum dan pentadbiran di sekolah pada semua
peringkat iaitu Pengetua, GPK Akademik dan Pentadbiran, Guru Kanan Bidang, Ketua
Panitia, setiausaha-setiausaha jawatankuasa kurikulum dan juga guru-guru penolong.

1.2 Memenuhi keperluan standard kualiti pengurusan pendidikan yang ditetapkan di dalam
instrument Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

3.0 DASAR-DASAR PENGURUSAN KURIKULUM Dasar kurIkulum

1. DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR (GURU MATA PELAJARAN) DAN JAWATANKUASA
PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2022/2023:
1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :
• Opsyen pengkhususan mereka.
• Pengetahuan dan kepakaran.
• Pengalaman bertugas.
1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :-
• Mata pelajaran opsyen/major
• Dua mata pelajaran elektif
1.3 Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan
mempertingkatkan tahap :-
• Kelayakan akademik dan ikhtisas
• Pengetahuan
• Pengalaman
• Kemahiran
1.4 Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apa jua pendekatan proses pengajaran &
pembelajaran yang boleh meningkatkan :-
• Minat pelajar
• Pencapaian pelajar
• Motivasi dan kesediaan pelajar untuk belajar

1

• Minat dan kesediaannya untuk hadir ke sekolah.

1.5 Garis panduan Agihan waktu mengajar guru-guru adalah mengikut Garis panduan

terkini seperti yang tercatat dalam MySG KPM 2022, seperti berikut:

BIL. JAWATAN WAKTU 1 WAKTU 2

(30 MINIT) (40 MINIT)

1. PENGETUA 7 5

2. PKP 16 12

3. PK HEM 16 12

4. PK KO 16 12

5. GKMP 29 22

6. GBM/DATA 16 12

7. GAB 29 22

8. GURU DISIPLIN Budi bicara pengetua Budi bicara pengetua

9. PENYELARAS PSS Budi bicara pengetua Budi bicara pengetua

10. PENYELARAS ICT Budi bicara pengetua Budi bicara pengetua

1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui :
• - Idea-idea individu
• Idea-idea rakan sejawat atau
• kumpulan-kumpulan lain.

1.6 Pembentangan Jawatankuasa Unit sesi 2022/2023:
• perlu dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat pertama Unit Kurikulum
2022/2023.
• Pelantikan dan sandangan jawatan adalah muktamad dan guru-guru tidak
dibenarkan membuat pertukaran jawatan.
• Semua guru diberi peluang untuk berbincang dan membahas tentang bidang serta
Job Spec masing-masing.
• Semua guru akan diberikan surat lantikan rasmi bagi setiap jawatankuasa yang telah
disandang mengikut pelantikan di dalam Manual Pengurusan 2022/2023.
• Pelantikan jawatankuasa adalah secara adil mengikut kriteria: Gred sandangan
semasa, Job spec yang digariskan dan Garis Panduan Pelaksanaan MySG KPM
2022/2023.

DASAR 2: PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN MESYUARAT

2.1 MESYUARAT KURIKULUM DAN PANITIA

2.1.1 Ahli jawatankuasa kurikulum dikehendaki sekurang-kurangnya mengadakan mesyuarat

sebanyak 4 kali setahun termasuk post mortem peperiksaan semasa.

2.1.2 SU Kurikulum hendaklah menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat dan Dasar kurIkulum

mengedarkan kertas tindakan minit dalam tempuh satu minggu sebelum setiap mesyuarat

kepada setiap pihak yang berkenaan dalam minit untuk dilaporkan tindakan yang perlu dan

dibentang dalam mesyuarat.

2.1.3 Minit mesyuarat hendaklah diedarkkan kepada ahli mesyuarat sekurang-kurangnya

seminggu selepas mesyuarat untuk makluman dan tindakan ahli mesyuarat. Edaran surat

panggilan dan minit mesyuarat akan dihantar melalui media social seperti WhatsApp dan

Telegram.

2.1.4 Agenda mesyuarat kurikulum hendaklah meliputi :-

2.1.6.1 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.

2.1.6.2 Laporan tindakan minit dan perkara berbangkit.

2.1.6.3 Laporan peruntukan dan perbelanjaan kewangan bidang/panitia

2

2.1.6.4 Laporan GK Mata Pelajaran
2.1.6.5 Takwim aktiviti kurikulum.
2.1.6.6 Rancangan program peningkatan pencapaian akademik.
2.1.6.7 Pelan strategi, taktikal dan operasi bersama analisa SWOT.
2.1.6.8 Penetapan gred peperiksaan menengah rendah dan menengah atas.
2.1.6.9 Pengurusan peperiksaan/ujian dalaman dan awam
2.1.6.10 Kerja kursus dan pentaksiran serta pemeriksaan buku latihan/ujian
2.1.6.11 Pengurusan buku rekod mengajar, kelas dan P&P.
2.1.6.12 Kursus-kursus dalaman/perkembangan staf.
2.1.6.13 Pengurusan P & P

2.2 MESYUARAT PANITIA

2.2.1 Mesyuarat Panitia perlu dilaksanakan sebaik sahaja Mesyuarat Unit selesai dilaksanakan.
2.2.2 Mesyuarat Panitia wajib disertai oleh semua ahli panitia, dipengerusikan oleh Ketua Panitia,

Guru Kanan Bidang, Penolong Kanan Pentadbiran @ Pengetua.
2.2.3 Minit mesyuarat panitia mata pelajaran hendaklah disimpan di dalam fail pengurusan panitia,

satu salinan kepada GP Kanan Pentadbiran dan SU Kurikulum untuk simpanan/rekod.
2.2.4 Setiap panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat masing-masing minima 4 kali termasuk

post mortem mata pelajaran masing-masing. Setiap mesyuarat perlu dihadiri oleh sekurang-
kurangnya seorang pentadbir, terutama dalam kalangan Guru Kanan Bidang berkaitan.

2.3 MESYUARAT POST MORTEM:

2.3.1 Post mortem setiap peperiksaan harus dilaksanakan apabila selesai proses analisis
pencapaian.

2.3.2 Agenda mesyuarat post mortem hendaklah melibatkan perbincangan:
1. Analisa pencapaian panitia mata pelajaran.
2. Laporan post mortem analisa mata pelajaran
3. Laporan pelaksanaan dan keberkesanan program akademik
4. Cadangan penambahbaikan program
5. Takwim program-program.

2.3.3 Fokus utama harus diberi terhadap intervensi, penambahbaikan dan Tindakan peningkatan
akademik dan mata pelajaran di bawah setiap panitia.

DASAR 3: PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK: Dasar kurIkulum

3.1 Jawatan Kuasa Kecemerlangan Akademik (Semua SU Kecemerlangan Akademik
Tingkatan) bertanggungjawab untuk merancang, mencadang dan melaksanakan agenda
kecemerlangan bagi setiap tingkatan.

3.2 Perancangan peningkatan akademik bagi sesi 2022/2023 akan bermula selepas Sambutan
bulan Ramadan/Aidil Fitri. Dijangka pada bulan Mei 2022.

3.3 Semua Tingkatan akan terlibat dengan kelas tambahan, terutama bagi kelas-kelas
menunjukkan pencapaian semasa yang lemah dan fokus kepada pelajar yang lemah
memerlukan bimbingan khas.

3.4 Bagi kelas peperiksaan utama iaitu PT3 dan juga SPM, jadual kelas tambahan akan

3

seawal bulan Mei 2022 sehingga tamat peperiksaan.

3.5 Semua Penyelaras/SU Kecemerlangan perlu menyediakan jadual pelaksanaan kelas tambahan
secara rasmi dan tidak ada pilihan serta tiada pengecualian bagi semua guru.

3.6 Semua Kelas tambahan berjadual yang dirancang dan dibina oleh Penyelaras terutama bagi
Tingkatan 4 & 5 perlu dipatuhi dan diikuti sepenuhnya oleh semua guru. Walaupun begitu,
pelaksanaannya perlu dirancang secara penggiliran mengikut Tarikh dan masa yang
dipersetujui secara Bersama.

3.7 Bagi guru yang tidak dapat melaksanakan kelas mengikut pilihan, guru berkenaan perlu
berbincang dan melakukan pertukaran masa yang dipersetujui. Ini untuk mempastikan jadual
kelas tidak berlaku lompong dan ketiadaan guru.

DASAR 4 : PENEMPATAN PELAJAR DI DALAM KELAS BERDASARKAN PEKEJ SUBJEK
YANG DITAWARKAN:

4.1 Semua murid diwajibkan mengambil dan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan
di sekolah.
• Unit Kurikulum menyediakan pakej yang jelas dan perlu difahami oleh semua guru, guru
tingkatan, guru mata pelajaran dan juga setiap pelajar.
• Semua pelajar tidak dibenarkan menukar, membatal atau membuat pilihan mata
pelajaran sendiri tanpa kebenaran daripada Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.
• Sebarang pertukaran boleh diuruskan melalui kehadiran ibu bapa atau penjaga pelajar.
• SU Peperiksaan dan SU SPM perlu membuat pelaporan pengambilan subjek dan
enrolmen pelajar berasaskan subjek kepada Pengetua dan PKP sebelum membuat
pengesahan pendaftaran rasmi.

4.2 Pekej subjek SMK Padang Kala 2022/2023:

PELAJARAN TINGKATAN 1 – 3:

TINGKATAN BM BI PAI SEJ MAT SNS PJK GEO PSV RBT ASK

1 SETIA √√√√√√√√√√

1 MULIA √√√√√√√√√√

1 KREATIF √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

1 PINTAR √√√√√√√√√√

1 KARISMA √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

2 SETIA √√√√√√√√√√

2 MULIA √√√√√√√√√√

2 KREATIF √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ Dasar kurIkulum

2 PINTAR √√√√√√√√√√

2 KARISMA √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

3 SETIA √√√√√√√√√√√

3 MULIA √√√√√√√√√√

3 KREATIF √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

3 PINTAR √√√√√√√√√√

4

PELAJARAN TINGKATAN 4:

TINGKATAN T’W
BM BI PAI SEJ MAT SNS PJK MTB BIO FIZ KIM PAK EKO PSV UR KMK
4 SETIA
√√√√√ √√√√√

4 MULIA √ √ √ √ √ √ √ √√
√√√
4 √√√√√√√ √√
KREATIF

4 PINTAR √ √ √ √ √ √ √

4 √√√√√√√
KARISMA

PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 5:

SE MA SN PJ MT PA EK PS T’W KM
TINGKATAN BM BI PAI J T S K B BIO FIZ KIM K O V UR K

5 SETIA √ √ √ √ √ √√√√√

5 MULIA √ √ √ √ √ √ √ √√

5 √√√√√√√ √√√
KREATIF √√
5 PINTAR √ √ √ √ √ √ √

5 √√√√√√√
KARISMA

4.3 Semua pelajar Tahun Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi
seimbang dari aspek :-
• Jantina
• Bangsa dan agama

4.4 Semua pelajar Tahun Dua hingga Tahun Lima akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :

• Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan
kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya.

• Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai
tahap potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan perbezaan
pengambilan mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira.

4.5 Semua pelajar Tahun 6 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke kelas
mengikut criteria :

• Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang. ( Ke Dasar kurIkulum
arah Pencapaian Kualiti )

• Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah
Pencapaian Kuantiti )

• Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan untuk
membantu pencapaian kuantiti )

4.6 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas
berdasarkan kriteria berikut :-
• Pencapaian akademiknya
• Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas

5

• Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas Dasar kurIkulum
DASAR 5 : PENEMPATAN GURU DI SESUATU KELAS

5.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru berdasarkan
kriteria berikut :-
• Keperluan strategi sekolah
• Kepakaran yang dimiliki setiap guru
• Pengalaman mengajar setiap guru
• Minat atau permintaan seseorang guru

DASAR 6 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

6.1.1 Semua guru diwajibkan menyediakan 2 fail Rekod Mengajar

6.1.2 Fail Rekod Mengajar Induk: mengandungi:
• Butiran-butiran diri, perkhidmatan dan professional
• DSKP
• Rancangan Pengajaran Tahunan dan Mingguan
• Sukatan dan huraian sukatan pelajaran.
• Rancangan Pengajaran Harian (Terkumpul)
• Senarain nama pelajar
• Rekod Markah peperiksaan

6.1.3 Sukatan pelajaran setiap subjek hendaklah sentiasa terkini termasuk huraian sukatan
pelajaran (HSP).

6.1.4 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini mesti ada dalam simpanan / fail panitia
mata pelajaran.

6.1.5 Setiap guru mata pelajaran mesti meletakkan / menampalkan sukatan dan huraian sukatan
pelajaran terkini di dalam buku rekod mengajar.

6.1.6 Sekiranya tidak disertakan di dalam rekod mengajar hendaklah dimasukkan ke dalam fail
dan boleh disediakan / diserahkan dalam tempuh lima minit apabila diminta berbuat
demikian oleh pihak pemantau / pencerap / penyelia.

6.1.7 Bagi kes disimpan di dalam fail, pada ruangan sukatan dan huraian sukatan pelajaran di
dalam buku rekod mengajar hendaklah dituliskan “sila rujuk fail sukatan pelajaran”.

6.1.8 Fail hendaklah diserahkan bersama-sama buku rekod mengajar untuk semakan dan
pengesahan oleh pengetua pada penghantaran pertama awal sesi persekolahan.

6.1.9 Fail Rancangan Pengajaran Mingguan/harian.
• perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria :
• kelas, masa dan mata pelajaran
• tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan aktiviti
• Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran


6.1.10 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut :
• Pada setiap hari Khamis kepada Guru-guru Kanan (GKMP) masing-masing.
• Bagi e-RPH: Penghantaran keseluruhan secara on-line, penghantaran untuk pengesahan
GK ialah cetakan RPH hanya pada hari Khamis sahaja.
• Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari

6

• Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku rekodnya. Dasar kurIkulum
DASAR 7 : LATIHAN MURID

7.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang boleh diperolehi
dari :
• Kedai Koperasi Sekolah
• Dibalut dengan pembalut plastik Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
• Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

7.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku 9atihan pada sesuatu masa, bagi setiap mata
pelajaran utama berikut :
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Sains
• Agama Islam

7.3 Murid perlu menulis perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis :
• Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris )
• Tarikh ( Dengan lengkap dan kalendar Islam )
• Arahan Latihan

7.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-
• Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku
• Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar
• Kepelbagaian bentuk dan format latihan
• Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
• Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata pelajaran
utama
• Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar

7.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan
berikut :-
• Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera
• Diperiksa dengan teliti
• Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah
• Diberikan komen yang membina
• Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan
• Dicatitkan tarikh penghantaran semakan
• Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan untuk pengesahan
Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.

7.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-
• Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Pengetua
• Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja

DASAR 8 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN

8.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan system seperti berikut :-
• Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target )
• Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun )
• Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos
• Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober

7

• Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka bagi
setiap mata pelajaran utama Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira
bagi tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

8.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut :-
Pemerhatian Penghasilan Kerja Buku Latihan.

8.3 Post mortem perlu dilaksanakan selepas setiap peperiksaan dianalisis dan
diedar kepada semua pentadbir.

DASAR 9 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

9.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar bagi setiap kelas
berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama. 8.2 Anugerah Kecemerlangan Kurikulum
diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran.

9.2 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang pelajar yang mendapat
markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.

9.3 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar yang menunjukkan
peningkatan prestasi yang memberangsangkan.

9.4 Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi keputusan
Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( SPM ).

9.5 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:-
• Semua Penerima Anugerah
• Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan
• Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam persekolahan
• Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
• Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang

8.11 Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan Januari tahun 2022

DASAR 10 : PEMAHAMAN DAN PENETAPAN JELAS KEPADA SEMUA PELAJAR BERKAITAN Dasar kurIkulum
PENCAPAIAN, TARGET DAN HALATUJU PEMBELAJARAN LANJUTAN SELEPAS SPM

10.1 Program Pemahaman kualiti diri dan pencapaian pelajar berasaskan pencapaian semasa:
• semua pelajar perlu diberikan pemahaman yang jelas tentang pencapaian mereka:
o dalam potensi pencapaian peperiksaan semasa
o sasaran yang boleh dicapai dalam peperiksaan akan datang dan peperiksaan
perdana PT3 dan SPM
• Awal tahun: semua pelajar perlu menyediakan hala tuju pencapaian/target dalam
peperiksaan utama yang akan dilalui.

10.2 Semua pelajar wajib diberikan pendedahan yang jelas tentang hala tuju pendidikan lanjutan
selepas peperiksaan SPM:
• Hala tuju Pendidikan Tinggi
• Hala Tuju Pendidikan Berkemahiran
• Hala tuju alternatif bagi pelajar yang tidak menunjukkan kualiti pencapaian yang baik.

8


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Next Book
AL MA'THURAT