MPU 23052
SAINS TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH: HASANI GHAZALI
NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD NUR FITRI BIN PEEI 23DLH21F2060
HARISH HANNAN BIN SHAMSUL KAMAR 23DLH21F2009
MUHAMMAD IRFAN BIN SAAD 23DLH21F2048
MOHD RAZIN BIN ABD RAHIM 23DLH21F2025
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGENALAN M/S 3
PENDAHULUAN M/S 4
DALIL M/S 5-6
DEFINISI & FIQH M/S 7-9
TUJUAN DAN PELAKSANAAN TEKNOLOGI BOTOX M/S 10-12
KESAN BAIK DAN BURUK PENGGUNAAN BOTOX M/S 13
KESIMPULAN M/S 14
BOTOX
PENGENALAN: Botox adalah nama lain dari Botullinum Toxin A iaitu protein
yang diekstrak dari bakteria Clostridium Botulinum. Toksin yang
dihasilkan telah menjalani beberapa proses untuk melemahkan
tahap toksin supaya tidak membahayakan manusia. Oleh yang
demikian toksin ini bole digunakan dalam bidang perubatan dan
kosmetik. Terdapat dua jenis toksin botulinum iaitu toksin jenis A
dan B.
Dalam konteks berhias diri, hukumnya adalah wajib bagi
seorang isteri dilakukanuntuk suami dan menarik perhatian
suaminya. Tetapi haram sekiranya bertujuan selaindari itu.
Bagaimanapun, beberapa perkara harus dipertimbangkan
PENDAHULUAN
Botox ialah perasaan ingin kelihatan sentiasa muda dan jelita , seringkali menyebabkan ramai
wanita sanggup berusaha melakukan apa sahaja walaupun terpaksa melaburkan wang yang
banyak . Kalau dulu amalan tradisional seperti berurut, memakan jamu, ulam-ulaman dan
mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang disaran oleh pakar diet pemakanan menjadi
pilihan , namun dengan perkembangan bidang dunia kecantikan pakar-pakar menemui
pelbagai kaedah untuk kekal cantik dan langsing dalam masa yang singkat . Kini suntikan
botox semakin menjadi pilihan wanita kerana rawatan ini mampu menghilangkan kedutan di
sekitar muka dan menjadikan seseorang itu kelihatan jauh lebih muda
DALIL
َو ََلُ ِضلَّنَّ ُه ْم َو ََلُ َمنِ َينَّ ُه ْم َو َلـَٔا ُم َرنَّ ُه ْم فَلَيُ َب ِت ُك َّن َءا َذا َن ٱ َْلَ ْن َع ٰـ ِم َولَـَٔا ُم َرنَّ ُه ْم َف َليُ َغيِ ُر َّن َخ ْل َق ٱََّّل ِل ۚ َو َمن يَتَّ ِخ ِذ ٱل َّش ْي َط ٰـ َن َو ِل ًّۭيا ِمن ُدو ِن ٱََّّل ِل َفقَ ْد َخ ِس َر
ُخ ْس َرا ًّۭنا ُّم ِبي ًّۭنا
١١٩ DALIL YANG BERKAITAN
ISLAM & TERJEMAHANNYA
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi
sesungguhnya akan akan memperdayakan merekadengan angan-angan kosong, dan demi
sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka
membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubahciptaan Allah”.
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambilSyaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari
Allah,maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yangterang nyata.”
(Surah al-Nisa’: 119)
SETIAP SESUATU ITU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
•Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan,
maka hukum bagi perbuatan tersebut mengikut niat dan tujuannya.
•Rujukan utama kaedah ini adalah hadis Riwayat Saidina Umar al-Khattab yang bermaksud
a)Maksud Niat dan Perbincangan
-Niat adalah lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara.
-Niat diperlukan untuk membezakan antara ibadat dan adat, berpahala atau berdosa, bermanfaat atau
bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.
b)Perbincangan Kaedah
-Ibadat khusus seperti solat tidak disyariatkan niat ibadat kecuali bagi menentukan klasifikasikan seperti berniat
solat fardhu bagi membezakan dengan solat sunat atau niat solat zohor bagi membezakan waktu
-Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status
ibadat atau bernilai disisi Allah S.W.T dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
•Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak
•Setiap perancangan dan perlaksanaan bagi mencapai matlamat diatas hendaklah disusun
dengan baik dan menepati kualiti syarak dari semasa ke semasa
DEFINISI & FIQH
KEYAKINAN DAN SYARAK: •Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana
sesuatu keraguan. Perubahan boleh dilakukan seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan
awal.
•Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada sesuatu perkara.
Syak atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu
perkara.
•Kaedah fiqh menetapkan yang dipegang oleh seseorang tidsk boleh berubah dengan
sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status
sebenarnya.
•Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini adalah firman Allah S.W.T dalam surah Yunus,36
a) Perbincangan Kaedah
-Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa pentingnya keyakinan dalam melaksanakan suatu
perkara.
-Keraguan merupakan musuh manusia yang diilhamkan daripda syaitan dan asas keyakinan yang tidak kukuh.
-Dalam konteks STKI, kaedah ini menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu
menghasilkan keputusan yang benar.
KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA
KEMUDAHAN DAN KERINGANAN•Musaqqah atau kesukaran merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampau tahap kebiasaan
manusia normal
•Kesukaran ini akan berlaku dalam melaksanakan kewajipan di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi terlaksananya kewajipan
tersebut
•Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 185
a) Perbincangan kaedah
•Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan
adalah:
I.Kekurangan – Kegilaan hngga siuman,kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang
tidur sehingga ia sedar
II.Jahil – Hilang kewarasan biasa sebagai seorang manusia, tidak tahu perkara sebenar
Konsep Rukhsah (Kelonggaran)yang dibebarkah oleh syarak merangkumi
perkara-perkara tersebut:
i.Pengguguran - Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh dianggapkesukaran.
ii.Pengurangan - Apabila kesukaran boleh menggangu tujuan sesuatu perkara
iii.Pengantian - Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain
iv.Pendahuluan – Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab
kesukaran yang tertentu
v.Penangguhan atau kelewatan – Dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan
untuk mengelakkan kesukaran
ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM
a.Adat bermaksud sesuatu yang menjadi satu kelaziman yang dilakukan oleh manusia. Uruf pula
merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan.
Ia melibatkan perkataan atau perbuatan atau sesuatu yang tidak dilakukan.
b.Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu
hukum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan
tersebut, Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini akan terbatal.
c.Adat atau uruf terbahagai kepada empat,iaitu:
1.Adat am Am
-Merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu.
2.Adat Khusus
-Sesuatu yang terpakai dan diterima oleh sesetengah masyarakt atau negeri atau dikalangan golongan tertentu.
3.Adat Sahih
-Adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau tidak
membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahan dalam syariat
4.Adat Fasid atau Rosak
-Adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak stau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau
membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahan dalam syariat.
TUJUAN & PERLAKSANAAN
TEKNOLOGI BOTOX
• Botox digunakan untuk terapi yang dikatakan selamat dan tidak
membahayakan tubuh badan kerana dosnya hanya1% dari dos yang boleh
menyebabkan gejala keracunan.
-Botox sebenarnya boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit yang
melibatkan kegagalan fungsi otot.
• - Botox berfungsi dengan menyekat isyarat daripada sel-sel saraf, iaitu
pembebasan acetylcholine ke otot apabila disuntik ke dalam tubuh manusia
-Hal ini akan melumpuhkan otot dengan membuat mereka tidak
dapat mengalami kontraksi dan menjadi lebih lembut
PENERANGAN PROSES PELAKSANAAN TEKNOLOGI
YANG
DIPILIH,BARANG YANG DIGUNAKAN DAN
ANGGRAN KOS
• Proses pelaksanaan botox dapat dilakukan dimana mana pusat kesihatan seluruh
dunia .Perawatan Botox adalah salah satu prosedur anti-penuaan yang paling
populer saat ini, ini dilakukan untuk menghilangkan atau meminimalisir munculnya
kerutan dan tanda penuaan lainnya. Prosedur minimal invasif ini menggunakan
toksin dari bakteri yang disebut Clostridium botulinum. Saat digunakan dalam dosis
kecil, toksin ini mampu menyingkirkan kerutan kulit tanpa menyebabkan efek
samping yang buruk. Ini bekerja dengan melemahkan atau melumpuhkan otot-otat
yang menyebabkan kerutan atau dengan menghambat saraf tertentu untuk
berkontraksi. Tiap perawat botox anti penuaan dapat membuat wajah bebas dari
kerutan selama 12 bulan.
botok adalah merupakan sejenis eksotoksin yang dihasilkan oleh sejenis bakteria
yang dipanggil clostridium botulinum.
• Pada anggaran kos pula pada satu pusat kesihatan di kuala lumpur ianya
mengenakan RM 800 sehinggaRM 2400 untuk satu sesi berbeza dari setiap
rawatan yang kita mahukan sama ada untuk meruncingkan ataupun meratakan
kulit. Terdapat juga proses proses lain dengan kiraan harga tersendiri.harga ini
juga berbeza mengikut perincian masa tempat dan risika keberkesan.
Pandangan ulama berkaitan hukum hakam serta dalil:
Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Department Of Islamic Endowment andReligious Affairs Ecumernical Decress (Fatwa)
and Research Comittee Synod of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirate (UAE), penggunaan botox adalah haram atas
beberapa sebab iaitu bakteria-bakteria yang menghasilkan Botulinum Toxin Type A berasal daripada khinzir yang mereput dan
daripada sel-sel orang mati akibatpenyakit botulism. Bakteria spesis clostridium botulinm ini juga diperoleh dalam makanan
yang tercemar. Selain itu, kajian sains mendapati bahwa Botulinum Toxin Type A(botox) inimemberi mudharat kepada
penggunanya. Hal ini kerana ia merupakan sejenis racun berbisa. Sebagaimana kita ketahui, hukum Syara’ telah mengharamkan
umat Islam daripada mengambil racun dalam apa jua bentuk seperti minuman mahupun suntikan. Selanjutnya, penggunaan
Botulinum Toxin Type A dalam bidang kosmetik dankecantikkan adalah haram mutlak biarpun dengan izin suami. Sebagaimana
telah dinyatakan, Botulinum Toxin Type A dihasilkan daripada sumber- sumber najis dan ianya haram digunakan tanpa uzur
syarie oleh umat Islam. Ia juga merupakan sejenis racun yang telah diubahsuai sifat kimianya betujuan untuk kosmetik. Justeru,
MazhabShafie mengharamkan umat Islam melakukan perkara yang boleh menyakitkan dan memudharatkan diri sendiri.
Dengan melakukan suntikan Botox ini, ia disengajakandan menyebabkan kesakitan semata-mata untuk mencatikkan wajah. Kita
perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang allah SWT ciptakan dalam kehidupan kita. Janganlah mengubahkan apa apa
ciptaan allah jika tiada faedah dan manfaat yg baik kepada diri dan hanya untuk menunjuk nunjuk semata mata.kerana banyak
nikmat yang patut kita syukuri.
KESAN BAIK DAN BURUK
PENGGUNAAN BOTOX
Penggunaan botox terdapat kesan baik dan buruk akan tetapi ia lebih memihak kepada
botox. Kesan baik yang dapat diperolehi dari botox adalah ia dapat menjadi sumber rawatan
kepada penyakit strok. Dokor yang merawat akan menyuntik botox ke dalam otot. Ia akan
menekat saraf tertentu dan akan melumpuhkan otot anda. “Ubat” ini bertindak seperti
penahan sakit dimana ia akan berfungsi setelah dua minggu dan ia tidak berkekalan lama.
Adakah ia dapat menjadi sumber rawatan yang sempurna? Sudah tentu tidak. Selain dari
jangka masa yang pendek, ia juga mempunya banyak keburukan. Kesan sampingan yang
dapat dilihat dengan jelas merupakan mulut kering, sakit kepala, sakit leher dan pelbagai lagi
kesan sampingan yang akan memudaratkan kesihatan dengan lebih teruk. Oleh itu, kita
perlulah sebolehnya mengelakkan dari menggunakan botox sebagai sumber rawatan. Jika
tiada pilihan, kita perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemajuan sains dan teknologi yang sangat pesat pada masa kini
memang tidak dapat dinafikan. Kajian-kajian yang giat dilakukan dalam pelbagai
bidang telah membuka lembaran baru kemajuan dunia hari ini.Walaupun sesetengah
golongan berpendapat bahawa botox dapat membantu dalam meningkatkan bidang
perubatan namun kesan yang dibawa nyata lagi banyak keburukan berbanding
kebaikan. Hal ini kerana botox dianggap suatu yang melanggar tradisi norma
masyarakat dan melampaui batas hukum semula jadi dan melanggar etika kerana
seolah-olah mengambil alih tugas Tuhan dan menafikan Tuhan sebagai pencipta. Kita
juga perlulah sentiasa bersyukur dengan penampilan yang telah dianugerahkan oleh
Allah SWT. Setiap manusia mempunyai keistimewaan masing-masing dan tidak
perlulah kita mengubahnya demi mendapatkan impresi hebat dari masyarakat
sekeliling.
TERIMA KASIH