Water ROCKET PROSEDUR MEMBINA ROKET AIR PENGENALAN ROKET AIR PROSEDUR UNTUK MELANCARKAN ROKET AIR ALYA & SYAHIRA FIZIK ROKET AIR PERCUBAAN MELANCARKAN ROKET AIR REKABENTUK ROKET AIR BINA SAINS KREATIF QSTEM 2023
Artikel Roket Air ROKET AIR 1 PENGENALAN 2 PROSEDUR MEMBINA ROKET AIR 3 PROSEDUR MELANCARKAN ROKET AIR 4 REKA BENTUK ROKET AIR 5 PERCUBAAN MELANCARKAN ROKET AIR 6 FIZIK ROKET AIR TOPIK:
Pengenalan Roket air Roket air, Apakah itu roket air? Roket air adalah roket rekaan manusia yang amat mudah dan seronok dibina kerana ianya tidak menggunakan bahan bakar seperti enjin. Ianya banyak dibina dikalangan pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah semata-mata untuk menimba ilmu. Walaupun demikian, roket air semestinya boleh dibina bagi orangorang dewasa kerana perkara ini adalah satu perkara umum. Tiada istilah terlalu kebudak-budakan apabila ia dibina oleh orang dewasa, kerana ianya sesuai dibina oleh sesiapa sahaja tidak kira umur. ROKET AIR Abstrak Roket Air Abstrak roket air adalah sebuah roket yang dibina dengan menggunakan media air sebagai pendorong agar roket tersebut dapat bergerak. Bermaksud, Roket ini tidak menggunakan bahan bakar untuk bergerak atau meluncur seperti roket-roket yang lain sebagai contoh; roket yang kita lihat di angkasa. Roket air adalah sejenis roket yang menggunakan air sebagai tenaga penggeraknya. Botol berisi air bertekanan tinggi yang berfungsi sebagai mesin roket biasanya diperbuat daripada botol plastik ringan terpakai.
Prosedur membina roket air ROKET AIR Sebelum membina sebuah roket air, kita haruslah sediakan bahan-bahannya terdahulu. Bahan-bahan yang harus disediakan adalah 1 botol 100 plus, pita pelekat, pistol gam,pen penanda, pemotong, papan plastik, tali , kepingan plastik mudah lentur a4 dan 1 plastik sampah. Pertama, membuat sayap roket mengunakan papan plastik. Kemudian ukur mengikut saiz yang bersesuaian dengan botol dan lukis di papan mengikut acuan sebanyak empat keping dengan menggunakan pen penanda. Gunakan pistol gam untuk melekatkan sayap di bahagian badan botol, berdekatan penutup. Tampal mengikut bentuk roket. Kedua, membuat payung terjun. Ambil sehelai plastik sampah. Potong bahagian bawah, kiri dan kanan menjadi empat segi sama , disini kamu akan mempunyai dua helai plastik. Ambil sehelai. Lipat plastik itu menjadi empat segi sama lalu lipat plastik itu menjadi tiga segi dan potong di bahagian atas secara separuh bulatan. Ketiga, membentuk kon untuk aerodinamik. Ambil sekeping plastik mudah lentur a4 dan lipatkan ia menjadi kon. Pastikan tiada lubang di muncung kon. Cantumkan dengan pita pelekat. Akhirnya, potong lebihan menjadi sekata. Keempat, mencantumkan payung terjun dan kon ke botol. Mula-mula, tebuk lubang di enam penjuru payung terjun, ikat tali di setiap lubang dan kemaskan dengan melekatkan pita pelekat. Cantumkan semua tali dan lekatkan di bahagian bawah botol menggunakan pita pelekat dan pastikan ianya kemas. Bergerak ke agenda seterusnya iaitu kon. Tebuk satu lubang di bawah kon , masukan tali kemudian ikat, dan kemaskan ia. Selepas itu cantumkan tali itu di tepi bahagian bawah botol dengan teliti.
Sebelum melancarkan roket air, kita harus mencari tempat yang sesuai untuk roket air terbang dengan jauh. Karakteristik tempat yang sesuai adalah kawasan yang lapang, tempat yang tiada bumbung, tiada pokok berdekatan dan jauh dari orang ramai. Antara tempat yang sesuai adalah padang yang kosong, tapak permainan yang luas dan gurun. Setelah memastikan tempat itu selamat untuk melancarkan roket air, inilah masanya untuk pelancaran roket air! Molekul-molekul gas akan berlanggar dengan molekulmolekul air dan menyebabkan kedua-dua molekul saling berlanggar dengan dinding botol. Tekanan gas boleh ditingkatkan dengan mengurangkan isipadu air dan menambah bilangan gas. Hukum tekanan mangatakan daya bergantung pada luas permukaan. Jadi, tekanan dalam botol bergantung pada luas muncung botol tersebut. Kemudian, tarik pengunci yang bersambung antara pam dan botol air. Apabila pengunci ditarik, air di dalam botol akan keluar dengan laju dan tinggi menyebabkan momentum terhasil ke belakang roket. Pada permulaannya, kita harus meletakkan air sebanyak satu pertiga daripada isipadu keseluruhan roket. Seterusnya, menggunakan pam basikal pam ke dalam muncung roket yang disambungkan dengan pelancar roket. Pelancar roket kebanyakannya diperbuat dengan sambungan paip PVC dengan kaedah penyambungan yang betul. Setelah di pam, udara akan masuk ke dalam botol yang mengandungi air. Prosedur pelancaran Roket air ROKET AIR
Payung terjun Sayap Botol plasti k (Aerodinamik) Muncung Sayap Sayap roket air adalah salah satu elemen terpenting kerana ia menunjukkan sifatsifat yang perlu ada pada sebuah rocket. Ia juga membantu roket air untuk berlancar dengan baik. Botol Botol yang sesuai digunakan haruslah berisi padu 500ml atau 1.5l dan saiznya lebih tinggi dan panjang dari botol-botol yang lain, hal ini kerana perlepasannya ke udara dapat pergi lebih jauh. Lebih bagus lagi jika menggunakan botol yang ringan seperti botol yang digunakan iaitu; botol 100 Plus. Reka bentuk ROKET AIR Payung terjun Payung terjun yang digunakan perlulah berbentuk bulat dan sejenis plastik yang nipis supaya ia mudah terapung dan dapat mengangkut botol roket bersamasama ke udara. Diameter nya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil justeru, ia mencepatkan atau melambatkan pendaratan roket air ke tanah. Roket air yang mempunyai payung terjun adalah lebih sesuai digunakan untuk pelajaran fizik manakala botol roket air yang tidak mempunyai payung terjun pula sesuai digunakan untuk pelajaran kimia tetapi dengan penambahan sedikit bahan kimia.
Percubaan melancarroket air ROKET AIR Sewaktu hari percubaan melancarkan roket air yang telah berlangsung pada pertengahan bulan Julai, kami sekelas telah berkumpul bersama pasangan masing-masing di lot parkir kereta bersebelahan bangunan sekolah untuk menguji dan menilai percubaan perlancaran roket air kami. Kami mengikut prosedur yang telah ditulis dan ditetapkan. Langkah pertama, Setiap kumpulan bersiap sedia dengan roket air mereka lalu, mengisi air kedalam botol roket sebanyak isipadu mengikut ketetapan. Sejurus itu, semua kumpulan menunggu giliran sementara ahli kumpulan yang lain membuat percubaan pertama mereka dan seterusnya. Ianya berterusan sehinggalah semua kumpulan dapat melancarkan roket air mereka bagi hari percubaan tersebut. Setelah selesai percubaan pelancaran roket kami pada kali yang kedua, kami bersependapat bahawa percubaan melancarkan roket ini lebih mudah dari yang kami sangka. Kami bekerjasama dengan bagus, Suka citanya, kami berjaya melancarkan roket air kami ke udara dan objektif roket air kami tercapai iaitu payung terjun pada roket air terbuka dengan mudah serta roket kami berjaya mendarat ke tanah dengan baik, hal ini berlaku pada kedua-dua percubaan. Ini adalah pengalaman pertama kami, kami bersyukur dengan hasil percubaan kami. Walaupun begitu, kami perlu cuba lebih lagi pada lain hari untuk mendapat hasil yang lebih baik dari yang sebelum, hanya saja mendapat pencapaian cemerlang pada hari pertandingan kelak.
Fizik waterrocket ROKET AIR 1. Tekanan udara Tekanan udara di dalam botol haruslah lebih tinggi berbanding tekanan udara di luar botol. Tekanan udara yang tinggi di dalam botol akan membantu roket meluncur naik ke atas. Semakin tinggi tekanan udara di dalam roket semakin jauhlah jarak pelancaran roket. 2. Daya keseimbangan dan kestabilan Kesemua struktur pembinaan roket seperti badan, sayap, kepala, tapak dan kandungan air perlu menggunakan prinsip keseimbangan dan kestabilan bagi memastikan roket menuju sasaran dengan tepat. 4. Aerodinamik Rekaan dan struktur pembinaan roket yang lebih turus dan aerodinamik adalah faktor penting dalam melawan dan melanggar arus udara. Oleh itu, setiap objek yang direka dengan struktur yang lebih aerodinamik akan mewujudkan daya kelajuan yang lebih tinggi kerana rintangan angin dan udara dapat dikurangkan. 3. Jisim roket dan air Berat bagi setiap bahan yang digunakan juga merupakan faktor penting dalam melancarkan roket air dengan baik. Sebagai contoh; penggunaan botol air yang lebih nipis dan ringan serta lebih panjang membantu pengisian tekanan udara yang cukup semasa pelancaran. Semakin ringan jisim roket dan air maka semakin jauh dan lajulah pergerakan roket air.
Alya Qaisara Binti Mohd Fadhil Disediakan oleh : Nor Syahira Binti Arnain Dan