4.3 Unsur dalam Kumpulan 18
• Helium (He), Neon (Ne), Argon (Ar),
Krypton (Kr), Xenon (Xe) and Radon
(Rn).
• Dikenali sebagai gas adi.
• Wujud sebagai monoatom.
Sifat lengai Kumpulan 18
• Semua gas adi mempunyai sifat lengai (tidak
reaktif secara kimia)
• Kerana mempunyai petala valens yang telah
diisi penuh dengan elektron
• Telah mencapai susunan elektron duplet/oktet
yang stabil
• 2 elektron valen – susunan elektron duplet
• 8 elektron valen – susunan elektron oktet
Mengapa gas adi wujud sebagai gas monoatom
dan tidak reaktif secara kimia?
Jawapan:
• Kerana petala valens telah diisi penuh dengan
elektron/mencapai susunan elektron duplet
atau oktet yang stabil.
• Jadi, gas adi tidak menderma, menerima atau
berkongsi elektron dengan atom unsur lain.
Menuruni Kumpulan 18
Saiz jejari atom bertambah
• Apabila menuruni Kumpulan 18.
bilangan elektron bertambah.
• Bilangan petala yang berisi
elektron bertambah.
Bandingkan saiz antara Argon dan Helium.
Terangkan jawapan anda.
[2 markah]
• Saiz Argon lebih besar daripada Helium.
• Bilangan petala yang berisi elektron pada
Argon lebih banyak berbanding Helium.
Takat lebur & takat didih M
meningkat E
N
• Apabila menuruni kumpulan, I
saiz atom meningkat/semakin N
besar G
K
• Daya tarikan antara atom A
semakin kuat T
• Lebih banyak tenaga haba
diperlukan untuk mengatasi
daya tarikan yang kuat itu
Bandingkan takat lebur antara Krypton dan Helium.
Terangkan jawapan anda.
[3 markah]
• Saiz Krypton lebih besar daripada Helium.
• Daya darikan antara atom Krypton lebih kuat
daripada Helium.
• Lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk
mengatasi daya tarikan dalam atom Krypton.
Kegunaan Unsur Kumpulan 18
Helium
• Diisi ke dalam belon kaji cuaca
• Digunakan di dalam tangki oksigen
penyelam
Neon
• Digunakan di dalam lampu papan iklan
Argon
• Diisikan ke dalam mentol elektrik
• Membekalkan atmosfera lengai dalam
kerja mengimpal pada suhu yang tinggi
Krypton
• Digunakan di dalam lampu
denyar kilat pada kamera
• Digunakan di dalam laser
untuk rawatan retina mata
Xenon
• Digunakan di dalam lampu
rumah api
• Digunakan dalam ubat bius
Radon
• Digunakan untuk merawat
kanser