The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by madihah ramly, 2020-05-16 20:03:16

BUKU TEKS 4.3 4.4

BUKU TEKS 4.3 4.4

4.2

1. Apakah kepentingan sistem pembiakan kepada lelaki dan wanita?
2. Nyatakan fungsi uretra, zakar dan skrotum pada sistem pembiakan lelaki.
3. Nyatakan fungsi tiub Falopio, faraj dan uterus kepada sistem pembiakan perempuan.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan akil baligh?
5. Ketika akil baligh, remaja akan mengalami masalah badan berbau. Terangkan

bagaimanakah masalah ini boleh berlaku?
6. Sekiranya seseorang perempuan didapati mengalami kerosakan pada kedua-dua ovarinya,

adakah wanita tersebut masih boleh hamil? Terangkan jawapan anda.

4.3 Kitar Haid

• Berkomunikasi mengenai kitar haid dan urutan perubahan pada dinding uterus semasa haid.
• Menghubungkaitkan waktu subur kitar haid dengan proses persenyawaan.
• Mewajarkan kepentingan menguruskan kebersihan diri semasa haid.

P erempuan akan mula mengalami haid apabila mencapai Haid seseorang
perempuan akan berhenti
akil baligh. Haid merupakan tanda bermulanya kitar apabila sudah putus haid
haid bagi setiap perempuan. Haid ialah peluluhan lapisan atau menopaus, iaitu pada
dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj. Kitar umur 48 – 55 tahun.
haid pula merujuk kepada satu siri perubahan yang berlaku
pada dinding uterus dan ovari. Kitar haid juga melibatkan
pembentukan dan pembebasan telur yang matang.

Kitar haid dikawal oleh otak dan sistem 27 28 1 2 Fasa haid
endokrin yang membebaskan hormon. 26 3
Perempuan normal mengalami
kitar haid kira-kira 28 hari dan 19 20 21 22Fas2a3pra2h4aid 4
berbeza-beza mengikut individu. 25
Terdapat beberapa faktor yang 5
mempengaruhi kitar haid
seperti pengambilan nutrien, Fasa
perubahan berat badan secara 6
mendadak, perubahan emosi
dan tekanan mental. Rajah 4.14 pemulihan
menunjukkan fasa-fasa dalam 78
kitar haid.
lapisan
9

10

Haid 12 13 14 15 16 17 11 uterus
18
www.ubykotex.com/ Pengovulan
en-us/periods

Rajah 4.14 Kitar haid Fasa subur

104 Bab 4

Hari 1 – 5 PBeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik
Fasa haid
Lapisan dinding uterus, salur darah Hari 6 – 11
dan ovum yang tidak tersenyawa Fasa pemulihan
terluluh dan disingkirkan apabila Dinding uterus mula dibina semula
haid bermula. dan menebal. Salur darah pada
dinding uterus mula terbentuk dan
bersedia untuk menerima penempelan
sel yang telah disenyawakan.

Lapisan Lapisan
uterus terurai uterus
dan mengalir menebal
keluar

Hari 12 – 17 Hari 18 – 28
Fasa subur Fasa prahaid
Ovum dibebaskan dari ovari pada Dinding uterus terus menebal
hari ke-14 kitar haid (pengovulan). dan kaya dengan salur darah. Jika
Dinding uterus dan salur darah berlaku persenyawaan, penempelan
terus berkembang. Jika ada sperma, embrio akan terjadi di dinding
persenyawaan mungkin berlaku. uterus. Kitar haid akan berulang
semula sekiranya persenyawaan
Ovum tidak berlaku.

Lapisan
uterus terus
menebal

Rajah 4.15 Fasa-fasa kitar haid

Bab 4 105

Kepentingan Mengurus Kebersihan Diri Semasa Haid Jangkitan

Penjagaan kebersihan diri semasa haid adalah sangat penting Saluran Kencing
bagi memastikan sistem pembiakan tidak dijangkiti oleh
mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat. Apakah (UTI - Urinary
cara dan kepentingan mengurus diri semasa haid? Rajah 4.16
menerangkan cara-cara penjagaan kebersihan diri semasa Tract Infection)
haid dan kepentingannya.
http://www.dettol.
1 Semasa haid, wanita perlu com.my/my/
sentiasa menukar tuala wanita 3-4 illnesses/urinary-
kali sehari untuk menghindari tract-infections/
jangkitan bakteria dan virus yang
boleh menyebabkan jangkitan
saluran kencing (UTI).

Menukar tuala wanita
setiap 3-4 kali sehari

2 Wanita haid digalakkan mandi
dengan kerap untuk membersihkan
tubuh badan.

Membersihkan tubuh badan
Rajah 4.16 Kepentingan mengurus kebersihan diri semasa haid

Apakah yang akan
berlaku sekiranya
seseorang perempuan itu
mengalami masalah kitar
haid yang tidak stabil?

Kitar haid yang tidak stabil merujuk kepada seseorang Mengapakah keadaan
wanita itu tidak mengalami haid pada setiap bulan, kitar emosi seseorang wanita
haid yang terlalu panjang atau terlalu pendek dan fasa haid boleh mempengaruhi
yang melebihi 15 hari. Masalah ini mungkin disebabkan oleh tempoh haidnya?
beberapa faktor seperti pertambahan berat badan, masalah
hormon, gangguan emosi, senaman yang berlebihan dan juga
boleh disebabkan oleh ketumbuhan di dalam rahim.


106 Bab 4

BPeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik

Kitar haid yang tidak stabil boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan
seseorang wanita. Antara kesan kitar haid yang tidak stabil terhadap wanita ialah:
1. Kemandulan - Kitar haid yang tidak stabil merupakan tanda awal mengalami masalah
sistem pembiakan. Rawatan yang lambat boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius
seperti kanser ovari, kanser serviks dan kanser uterus.
2. Kesukaran merancang keluarga - Kitar haid yang tidak stabil menyebabkan seseorang
wanita mengalami kesukaran untuk menentukan hari subur. Hal ini menyebabkan wanita
tersebut sukar merancang atau mencegah kehamilan.
3. Masalah kesihatan seperti anemia - Kitar haid yang tidak teratur boleh menyebabkan
haid yang berpanjangan. Hal ini menyebabkan berlaku kehilangan darah yang banyak.
Tubuh badan menjadi lemah dan mudah pengsan.

4.3
1. Terangkan fasa-fasa dalam kitar haid.
2. Pada umur berapakah seseorang wanita akan mula didatangi haid dan berapa lamakah

tempoh haid berlaku?
3. Apakah pengovulan dan di manakah biasanya pengovulan berlaku?
4. Adakah benar bahawa anda tidak boleh membasuh rambut, meminum air sejuk dan

memakan aiskrim atau bersukan semasa haid? Jelaskan jawapan anda.

4.4 Persenyawaan dan Kehamilan

• Berkomunikasi mengenai proses persenyawaan dan penempelan embrio.
• Mewajarkan kepentingan dan fungsi plasenta dan tali pusat.
• Memerihalkan perkembangan zigot kepada embrio dan seterusnya kepada fetus dalam tempoh

kehamilan sehingga kelahiran.

S eperti yang dipelajari dalam subtopik 4.1, persenyawaan bermaksud proses

percantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum. Apakah yang berlaku
selepas persenyawaan?

Apakah yang terjadi selepas Selepas persenyawaan,
persenyawaan antara sperma seseorang perempuan akan
mengalami proses kehamilan,
dan ovum berlaku?
zigot mula terbentuk dan
membesar di dalam uterus

sehingga kelahiran.

Bab 4 107

2 Jika ovum hadir di tiub Falopio, persenyawaan
mungkin akan berlaku. Nukleus sperma akan
bercantum dengan nukleus ovum di tiub Falopio
dan membentuk zigot.

Tiub Falopio

Persenyawaan

Ovari Sperma

3 Selepas persenyawaan, zigot 1 Sperma akan berenang
membahagi menjadi satu bebola sel memasuki faraj
yang disebut sebagai embrio. Embrio ketika persetubuhan.
akan menempel di dinding uterus.

Rajah 4.17 Proses persenyawaan dan penempelan embrio

Embrio yang telah menempel pada dinding uterus akan terus berkembang
menjadi fetus yang menyerupai manusia (bayi). Proses ini dinamakan sebagai
kehamilan. Selepas kira-kira 38 minggu, fetus akan dilahirkan melalui faraj. Rajah 4.18
menunjukkan perkembangan zigot kepada embrio sehingga kelahiran.

108 Bab 4

BPeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik

Minggu 1-4 Minggu 7-9 Minggu 10-19
• Tangan dan kaki • Hidung, telinga • Embrio akan

mula terbentuk. dan jari kelihatan
• Embrio akan kelihatan. seperti bayi.
• Embrio kini
mempunyai ekor
yang kecil. dipanggil fetus.

Video perkembangan embrio

Minggu 20-37 Minggu 38-40
• Fetus akan • Fetus terbentuk dengan lengkap.
• Badan fetus berputar sehingga kepalanya menuju
semakin kelihatan
menyerupai bayi. ke arah serviks.
• Dinding berotot uterus mengecut dengan kuat,

amnion pecah dan bendalir amnion dibebaskan.
• Fetus ditolak keluar dari uterus melalui faraj dan

seterusnya keluar daripada badan.

Rajah 4.18 Perkembangan zigot kepada embrio dan seterusnya kepada fetus sehingga kelahiran
Bab 4 109

Kepentingan dan Fungsi Plasenta dan Ujian amniosentesis
Tali Pusat merupakan suatu ujian
yang dijalankan untuk
Embrio akan membesar dan berkembang di dalam satu mengesan beberapa
pundi yang dikelilingi oleh membran yang dikenal sebagai jenis kecacatan kelahiran
amnion. Amnion mengandungi bendalir untuk melindungi seperti sindrom Down dan
fetus. Bagaimanakah fetus memperoleh nutrien dan oksigen pengecutan otot. Sejumlah
ketika berada di dalam uterus? Bagaimana pula fetus kecil cecair amnion
menyingkirkan bahan buangannya? dikeluarkan dan diuji.

Plasenta Amnion
• Terbentuk daripada tisu ibu dan • Membran yang

tisu embrio membentuk pundi dan
• Tempat pertukaran mengandungi bendalir

nutrien, oksigen, karbon Fetus
dioksida dan bahan • Embrio membesar
kumuh antara darah ibu
dan darah fetus menjadi fetus

Tali pusat Bendalir amnion
• Tiub yang • Bertindak sebagai

menghubungkan fetus kusyen untuk
dengan plasenta menyerap gegaran
• Terdapat salur darah dan mencegah fetus
di dalam tiub untuk daripada kecederaan
mengangkut darah kepada
dan daripada fetus

Dinding uterus
• Terdiri daripada dinding berotot
• Tempat embrio menempel dan berkembang

Rajah 4.19 Fungsi plasenta, tali pusat, dinding uterus, bendalir amnion dan amnion

4.4
1. Jika berlaku penempelan embrio pada dinding uterus, adakah haid akan berlaku?
2. Terangkan perkembangan zigot selepas persenyawaan.
3. Lengkapkan carta alir di bawah yang menunjukkan urutan perkembangan zigot dalam

tempoh 38 minggu.
Zigot

4. Nyatakan fungsi amnion, plasenta dan tali pusat.

110 Bab 4


Click to View FlipBook Version