The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KARYA TERPILIH SRGH3 MOHD ZAILANI ISMAIL @ CHE MAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD ZAILANI BIN ISMAIL NPQEL20A1 SRGH3, 2020-10-31 18:05:50

KARYA TERPILIH SRGH3 MOHD ZAILANI ISMAIL @ CHE MAT

KARYA TERPILIH SRGH3 MOHD ZAILANI ISMAIL @ CHE MAT

SRGH3 AMBILAN 1/2020

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
GENTING HIGHLANDS

TAJUK PENERBITAN : SIMBIOSIS PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI

NAMA PESERTA : MOHD ZAILANI BIN ISMAIL @ CHE MAT
NAMA PENYELIA : PN. ZAKIAH BINTI HAJI AHMAD
KUMPULAN : SRGH3
AMBILAN : NPQEL AMBILAN 1/2020

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

SRGH3 AMBILAN 1/2020 HALAMAN
1
ISI KANDUNGAN 2

PERKARA 3
1.0 Pengenalan 5
2.0 Pengalaman Lepas 7
3.0 Refleksi dan Perancangan 9
11
3.1 Berfikiran Strategik 13
3.2 Memimpin Perubahan 14
3.3 Menyelesaikan Masalah
3.4 Memimpin Pembelajaran
3.5 Membangun Kapasiti
4.0 Penutup
5.0 Rujukan

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

SRGH3 AMBILAN 1/2020

1.0 PENGENALAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau

NPQEL merupakan program kepimpinan barisan hadapan pendidikan bagi melahir
dan mengisi kepemimpinan di sekolah. Program NPQEL versi Pandemik Covid 19
ini merupakan kesinambungan daripada NPQEL yang terdahulu dengan pendekatan
latihan yang bertunjangkan pendidikan IR 4.0 dengan mengambil kira realiti semasa
dan kekangan pandemik Covid-19 tetapi kualiti penyampaian latihan lebih kepada
futurislistik dan maya serta dijajarkan secara holistik bagi menyediakan calon PGB
dengan kompetensi pemimpin berprestasi tinggi.

Kaedah penyampaian latihan NPQEL ini berdasarkan kepada kaedah
penyampaian latihan 70:20:10 iaitu 70% pembelajaran berasaskan pengalaman,
20% pembelajaran sosial dan 10% pembelajaran formal secara google meet. Semua
aktiviti ini bertujuan untuk membangunkan penguasaan 10 kompetensi kepimpinan
pendidikan. 10 kompetensi yang dimaksudkan itu adalah berfikiran strategik,
membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesai masalah, memimpin
pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringa dan jalinan, berkomunikasi
berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi.

Kalau awan tidak menangis, mana mungkin taman-taman akan tersenyum.
Kalau bayi tidak menangis mana mungkin air susu akan mengalir. Alhamdulilah,
saya telah dipilih sebagai peserta program NPQEL Ambilan 1/2020 di Institut
Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Genting Highlands. Bermulalah suatu kehidupan
yang mana saya tidak terfikir pun untuk melalui program NPQEL ambilan 1/2020 ini
selama hampir 10 bulan. Penulisan ini merupakan suatu catatan ilmiah dan
pengalaman saya mengikuti program NPQEL ambilan 1/2020 dalam menyediakan
saya sebagai pemimpin berprestasi tinggi pada masa hadapan. Melalui penulisan
ini, saya akan mengupas dari sudut percambahan ilmu sisi kompetensi dan
diharapkan agar latihan NPQEL ini dapat memberi sepenuhnya ilmu kepemimpinan
bagi memandu saya ke arah pemimpin berprestasi tinggi apabila saya dilantik
sebagai guru besar nanti.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

1

SRGH3 AMBILAN 1/2020

2.0 PENGALAMAN LEPAS

Saya mula berkhidmat sebagai seorang pendidik pada 12.01.2009. Suatu
pengalaman baru bagi saya untuk dilantik sebagai guru pendidikan khas sedangkan
latihan perguruan yang saya terima sebelum itu adalah sebagai guru sains. Warna
warni saya bermula sebagai guru pendidikan khas di SK Paka 11,Dungun. Suatu
cabaran besar dalam melayari kerjaya saya sebagai guru pendidikan khas yang
tidak mendapat latihan sebelum itu tetapi saya percaya dengan ketentuan Ilahi,
setiap yang berlaku ada hikmahNya. Saya berusaha untuk mendapatkan latihan
berkaitan dengan pendidikan khas semasa berkhidmat sebagai guru pendidikan
khas. Pada Tahun 2013, saya memohon mengikuti program latihan PITO
(Pendidikan Khas) bagi meningkatkan kompetensi saya sebagai guru pendidikan
khas. Penjawatan saya sebagai setiausaha unit-unit penting di sekolah telah
membuka langkah saya ke arah menyelaras aktiviti-aktiviti sekolah dan memberi
sedikit pengalaman mengurus.

Pada tahun 2016, saya dilantik sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di
SK Seri Gelugor,Kerteh, Terengganu. Bermulalah saya dalam pentadbiran.
Sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang penolong kanan di sekolah, kerap
kali saya menghadiri bengkel dan latihan untuk memantapkan ilmu dalam
pengurusan sekolah. Selain itu, saya juga dipanggil oleh pihak jabatan untuk
berkongsi amalan terbaik dengan guru-guru pendidikan khas Terengganu. Pada
tahun 2019, saya cuba memohon untuk menjadi peserta NPQEL ambilan 1, 2020.
Syukur, alhamdulilah, saya berjaya dipilih sebagai peserta NPQEL Ambilan 1, 2020.
Semasa mengikuti program NPQEL ini, saya dapati kompetensi yang terkandung
dalam modul latihan ini berjaya membangun kapasiti diri saya dengan elemen-
elemen kepimpinan untuk mencemerlangkan organisasi dan menyediakan saya
sebagai pemimpin berprestasi tinggi untuk menghadapi cabaran VUCA pada masa
hadapan. Cabaran pendidikan hari ini yang tidak stabil,tidak keruan dan kompleks
amat memerlukan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi untuk menerajui
barisan hadapan pendidikan di semua sekolah.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

2

SRGH3 AMBILAN 1/2020

3.0 REFLEKSI DAN PERANCANGAN
3.1 Berfikiran Strategik

Berfikiran strategik merupakan keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan
futuristik bagi menentukan hala tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran
masa hadapan. Melalui aktiviti Pembentangan Eksekutif (PE)1,PE 2,PE4 dan
Perantisan 1 dan 2, telah meningkatkan kompetensi saya dengan belajar untuk
merujuk dokumen sekolah dan melakukan analisis keperluan bagi mengenal pasti
isu yang kritikal untuk diselesaikan seiring matlamat sekolah. Saya melakukan
analisis persekitaran melalui SWOT untuk mengenal pasti faktor dalaman dan faktor
luaran yang membantu pencapaian objektif atau yang menjejaskan pencapaian
objektif. Melalui SWOT, saya dapat menggunakan kekuatan untuk merebut peluang,
mengatasi kelemahan melalui peluang, menggunakan kekuatan menghadapi
ancaman jika wujud dan dapat meminimakan kelemahan dan mengelakkan
ancaman jika ada. Dengan melakukan Matrik TOWS, saya menjana strategi bagi
menetapkan masa depan organisasi berasaskan jangkaan masa depan dengan
pemikiran kreatif. Dalam menjana strategi, saya telah mengambil kira risiko dan
realiti semasa serta jangkaan masa hadapan. Saya telah menyatakan rasional
terhadap setiap strategi dan tindakan yang akan dilaksanakan.

Dalam membangun kompetensi berfikiran strategik dalam kalangan warga
sekolah, saya mesti berkongsi hasrat, matlamat dan hala tuju misi dan visi sekolah
kepada semua warga sekolah dengan jelas supaya mereka faham dan seterusnya
saya dapat merancang, mengurus dan memantau tindakan berfokuskan hasrat dan
semasa yang ingin dicapai. Saya akan membudayakan aktiviti sumbang saran
dengan warga sekolah melalui mesyuarat Jawatankuasa yang berkaitan apabila
sesuatu perkara yang hendak diselesaikan. Penglibatan warga sekolah
dimaksimumkan dalam merangka pelan strategi sekolah supaya kecemerlangan
sekolah dan kemenjadian murid dapat dihasilkan secara holistik. Dengan
mengamalkan pemikirian strategik, kreativiti guru dapat ditingkatkan secara optimum
dan ini dapat mencetus suasana pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang
sangat penting untuk kemenjadian murid. Kajian berkaitan kreativiti guru yang
dilakukan oleh Sabarani, Husna, Abd. Aziz dan Subri (2017) menunjukkan bahawa

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

3

SRGH3 AMBILAN 1/2020

peratusan tahap kreativiti pengajaran dalam kalangan guru-guru di Malaysia pada
tahap yang tidak memuaskan iaitu 69.6 % sahaja. Hal ini akan menyebabkan
penyampaian guru dalam bilik darjah tidak dapat menarik minat pelajar, tidak
bermaya dan membosankan sehingga menimbulkan pelbagai masalah disiplin
pelajar seperti tidur di dalam kelas, ponteng kelas dan tidak menghormati guru
(Mohd Yusof, 1998). Justeru itu, guru besar perlu memainkan peranan untuk
membudayakan pemikiran strategik di kalangan guru-guru supaya fenomena
sebegini tidak timbul di sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM,
2013 – 2025) yang dilancarkan pada tahun 2013 menitikberatkan kualiti kepimpinan
sekolah dan kualiti guru selaras dengan kemahiran abad ke 21 yang meliputi
anjakan masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi tinggi, pengagihan kuasa,
konsep jaringan (networking), ekonomi global dan perancangan jangka panjang. Ini
bertepatan dengan hasrat KPM untuk meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf
antarabangsa dalam era globalisasi ini iaitu di kedudukan sepertiga teratas. Justeru
itu, para pendidik perlu melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) anak didik mereka, manakala pemimpin sekolah pula perlu membuat
perubahan dalam paradigma amalan kepemimpinan supaya ianya selari dengan
perubahan masa kini.

Secara keseluruhannya, dapat saya rumus tentang kompetensi berfikiran
strategik ini adalah sebagai guru besar, saya perlu peka kepada persekitaran. Hala
tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan mampu
mengekalkan kecemerlangan sekolah dan seterusnya kekal bersaing. Kompetensi
ini mampu membuatkan saya kekal dapat merancang tindakan yang berfokuskan
hasrat yang ingin dicapai oleh organisasi. Seseorang Guru Besar yang memahami
tentang perancangan strategik serta memiliki kemahiran mengurus akan berupaya
memastikan sekolah yang dipimpinnya dapat disesuai dan dijajarkan dengan
cabaran V.U.C.A. Sasaran pencapaian pada setiap peringkat pengurusan adalah
penting untuk menentukan sama ada matlamat akhir sekolah dapat dicapai ataupun
tidak.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

4

SRGH3 AMBILAN 1/2020

3.2 Memimpin Perubahan

Memimpin perubahan boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk menerima
dan memandu perubahan dengan mengadaptasi tindakan melalui sokongan individu
warga organisasi bagi memacu pembangunan dan pencapaian. Melalui aktiviti
PE1,PE2,PE3 dan Perantisan 2, kompetensi saya tentang memimpin perubahan ini
dapat ditingkatkan. Pelaksanaan semua aktiviti ini telah membantu pemahaman
saya terhadap kepentingan memacu dan memimpin perubahan dalam sesuatu
organisasi. Pemimpin sekolah perlu berperanan sebagai pemimpin perubahan bagi
memastikan transformasi yang dilaksanakan berjaya mencapai hasrat yang
ditetapkan. Memimpin perubahan bukanlah satu kerja yang mudah tetapi
kemampuan dan kredibiliti yang ada pada pemimpin sekolah itu membolehkan
mereka untuk melakukan transformasi secara efektif. Saya merujuk kepada Model 8
Langkah Kotter dalam mengaplikasikan kompetensi ini bagi aktiviti perantisan 2.

Bagi membangunkan kompetensi ini di kalangan warga sekolah, saya
sebagai guru besar akan berkongsi realiti semasa dan matlamat akhir yang hendak
dicapai bersama warga organisasi. Saya akan menilai perubahan bagi
mengadaptasi tindakan sendiri untuk memandu perubahan organisasi. Saya akan
mewujudkan kesegeraan dan kesedaran kepada warga sekolah tentang untuk
berubah apabila sesuatu transformasi hendak dilaksanakan. Saya perlu bijak
menggunakan pendekatan sistem untuk memastikan semua aspek tentang
organisasi sekolah diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan untuk berubah.
Saya perlu menjelaskan secara gambaran dan fakta dengan menarik perhatian
warga sekolah terhadap krisis yang dihadapi dan peluang yang boleh direbut.
Dengan cara ini, warga sekolah akan sedar dan merasakan amat perlu untuk
membuat perubahan. Contohnya, saya perlu merancang hala tuju yang sinergi untuk
membawa organisasi sekolah ke tahap seterusnya. Selepas ahli organisasi sedar
akan perubahan yang perlu dilakukan maka saya perlulah mewujudkan pasukan
yang kuat bagi memastikan perubahan yang diingini berjaya dilaksanakan. Saya
perlu membina visi dan menyampaikan visi perubahan tersebut secara jelas dan
holistik kepada pasukan. Visi perlu jelas supaya tindakan perubahan yang ingin
dihasilkan dengan hala tuju organisasi seiring dan tidak lari daripada tujuan asal.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

5

SRGH3 AMBILAN 1/2020

Pasukan ini juga perlu berupaya menunjukkan contoh tingkah laku yang dapat
dijadikan suri teladan kepada warga sekolah yang lain bersesuaian dengan
perubahan yang dihasratkan. Saya mesti mempamerkan kepercayaan dengan
mengupayakan pasukan untuk melaksanakan perubahan dengan menurunkan
kuasa kepada mereka. Saya meraikan kejayaan-kejayaan awal yang dicapai oleh
pasukan dan ahli organisasi dalam melaksanakan perubahan tersebut. Dalam
mengukuhkan perubahan atau penambahbaikan dengan setiap kejayaan awal mesti
disusuli dengan analisis terhadap apa yang telah berlaku. Saya perlu bersedia
membuat perubahan terhadap sistem, struktur dan dasar yang tidak sesuai bagi
menyokong visi perubahan dengan membangun pemain-pemain yang dapat
melaksanakan visi perubahan tersebut dan sentiasa mengaplikasikan konsep
kaizen. Contohnya, boleh membawa pasukan perubahan belajar dengan sekolah
yang lain supaya mereka dapat memperkukuhkan kompetensi. Saya mesti memberi
penerangan yang jelas tentang kemajuan perubahan pada setiap warga sekolah
secara berkala dan menghubungkaitkan kejayaan organisasi dengan perubahan
yang dilakukan. Saya perlu bijak membudayakan perubahan dalam dasar operasi
dan prosedur organisasi.

Dapat dirumuskan, memimpin perubahan bukan suatu kerja yang mudah
tetapi kompetensi yang ada pada pemimpin sekolah membolehkan untuk melakukan
transformasi dengan berkesan. Pengurusan perubahan secara berkesan
membolehkan pemimpin menangani perubahan yang bakal dilaksanakan dan
bukan membiarkan perubahan yang mengawal organisasi. Dalam memimpin
perubahan sesuatu organisasi, adalah perlu pemimpin sekolah menitik beratkan
elemen-elemen yang mampu memberi impak yang besar kepada perubahan positif
organisasi tersebut. Pemimpin sekolah perlu berkeupayaan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan secara holistik supaya kecemerlangan organisasi dapat
dijelma dan kemenjadian murid dapat dimaksimumkan. Justeru itu, dalam memimpin
perubahan, perubahan yang dilakukan mesti bersesuaian dan memenuhi tuntutan
semasa demi masa depan organisasi.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

6

SRGH3 AMBILAN 1/2020

3.3 Menyelesaikan Masalah

Menurut Compton, B.R., Galaway, B., & Cournoyer, B. R (2005) masalah
adalah suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan
ketidakseimbangan kepada seseorang individu dari aspek emosi, pemikiran,
tindakan dan adakalanya fizikal. Menyelesaikan masalah bermaksud keupayaan
untuk mengenal pasti masalah dan menggunakan logik, penghakiman dan data
untuk menilai alternatif dan melaksanakan penyelesaian untuk mencapai matlamat
organisasi yang dihasratkan.

Melalui aktiviti PE2, PE3, PE4, PE5, Perantisan 2 dan Jalinan Pintar Korporat,
kompetensi saya dapat ditingkatkan. Apa yang saya peroleh tentang menyelesaikan
masalah melalui aktiviti-aktiviti tersebut amat bermakna untuk saya aplikasikan
semasa memimpin organisasi sekolah nanti contohnya pengetahuan tentang
penggunaan tools untuk menyelesaikan masalah. Dalam pelaksanaan aktiviti
Perantisan 2, saya telah mengintegrasikan Jalinan Pintar Korporat (JPK). Kekangan
pandemik Covid-19 telah membuatkan saya berusaha menyelesaikan isu
pelaksanaan Perantisan 2 saya dengan sokongan JPK. Model Chang & Kelly (1993)
lazimnya menjadi sumber panduan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut
ahli psikologi Anderson (1993), beliau menyatakan bahawa manusia sedang
mempelajari sesuatu apabila berusaha menyelesaikan masalah kerana semasa
proses penyelesaian masalah, individu akan mencari kesimpulan tentang sesuatu
perkara, mengaplikasi masalah dengn cara yang paling mudah, mencipta undang-
undang menyelesaikan masalah dan mencipta beberapa cadangan untuk
penyelesaian masalah. Kompetensi ini meningkatkan daya kreatif dan inovasi saya
semasa menjalani semua aktiviti ini dan juga selepas selesai semuanya aktiviti
tersebut. Contohnya, isu yang timbul dalam perantisan 2 saya telah diselesaikan
secara mengenal pasti intervensi dengan menilai kekuatan dan kelemahan setiap
intervensi. Menyelidik isu berkaitan masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan
penyelesaian dengan mengambil kira realiti sekolah, guru-guru dan murid-murid. Di
samping itu, saya menyelaraskan penyelesaian masalah dengan pihak lain dengan
mengambil kira tafsiran pelbagai pihak.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

7

SRGH3 AMBILAN 1/2020

Dalam membangunkan kompetensi menyelesaikan masalah di kalangan
warga sekolah, saya telah membuat penilaian dan membuat keputusan terhadap
intervensi yang sesuai dengan justifikasi yang jelas. Selain itu, saya telah
melaksanakan tindakan dan membuat penilaian terhadap faktor-faktor yang
menyokong dan menghalang tindakan yang dilaksanakan. Pelbagai pendekatan
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud di sekolah, walau
bagaimanapun terpulang kepada kreativiti dan inovasi guru-guru. Semua masalah
mempunyai jalan penyelesaian dan perlu diselesaikan secara konstruktif. Perkara
penting adalah kaedah menghadapi masalah tersebut dan mengatur langkah
penyelesaian yang efisien.

Secara keseluruhan dapat dirumuskan kompetensi menyelesaikan
masalah ini amat penting dalam mentadbir urus organisasi. Guru Besar perlu
mempunyai kebolehan serta kemahiran untuk bertindak pantas secara efektif melalui
pemikiran kritis dan kreatif. Guru Besar dan barisan hadapan pendidikan seharusnya
menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mengatur
tindakan penyelesaian masalah. Penggunaan KBKK mampu melahirkan kepimpinan
yang disegani dan dihormati kerana mempunyai kebijaksanaan menyelesaikan
masalah. Sudah semestinya, guru besar merupakan orang yang terakhir diperlukan
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijaksana. Guru Besar
perlu menggalakkan guru-guru menggunakan kognitif yang melibatkan proses
penaakulan, pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah. Kejayaan
sesuatu penyelesaian masalah adalah bergantung kepada pendekatan,
pelaksanaan dan penyeliaan setiap langkah secara berkesan dan teratur dibuat oleh
guru besar.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

8

SRGH3 AMBILAN 1/2020

3.4 Memimpin Pembelajaran

Memimpin pembelajaran bermaksud keupayaan untuk menerajui
pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menggalakkkan pemupukan budaya belajar. Pelaksanaan aktiviti PE3, PE4 dan
Perantisan 2 telah membantu saya meningkatkan tahap kompetensi memimpin
pembelajaran dalam organisasi. Pengalaman dalam melaksanakan PE3, PE4 dan
Perantisan 2 sangat bermakna kepada saya untuk menguruskan program
instruksional di sekolah nanti secara berkesan. Sesungguhnya bukan senang untuk
menjadi pemimpin pembelajaran. Guru besar merupakan orang yang
bertanggungjawab memacu sekolah, mengupaya orang bawahan dengan berkongsi
kepimpinan berkaitan pembelajaran bermakna dan memikirkan kaedah kepimpinan
orang bawahan pada setiap peringkat dapat dibangunkan secara holistik untuk
kemapanan dan kesejahteraan sekolah serta keampuhan kemenjadian murid.

Dalam melaksanakan Perantisan 2, saya telah terlibat secara langsung
mengurus program instruksional sekolah dengan mengenal pasti faktor penurunan
prestasi subjek bahasa Inggeris di kalangan murid. Saya telah menganalisis data-
data peperiksaan dan PBD sekolah untuk saya menjana strategi dan mengambil
tindakan intervensi yang sesuai dengan realiti sekolah. Saya berbincang dengan
guru besar dan sepakat untuk menjelaskan secara holistik kepada penolong kanan
pentadbiran dan ketua panitia yang bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan
program-program berimpak kurikulum kepada murid. Saya telah terlibat secara aktif
dengan pemantauan. Pemantauan pelaksanaan kurikulum secara berkala telah
dilakukan oleh saya. Aktiviti bimbingan rakan sebaya guru diadakan secara
mingguan. Saya telah berbincang dengan guru-guru secara individu mengenai
perkembangan akademik murid-murid dari pelbagai sisi seperti keputusan ujian
murid-murid bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum. Hasil
keputusan ujian tersebut, saya telah menilai kemajuan pencapaian matlamat
sekolah. Saya telah memaklumkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat
tentang pencapaian keseluruhan keputusan ujian sekolah secara bertulis supaya
mereka faham dan tahu untuk tindakan mendatang.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

9

SRGH3 AMBILAN 1/2020

Dalam membangunkan kompetensi memimpin pembelajaran di kalangan
guru, saya telah mewujudkan iklim pembelajaran yang positif dengan mengawal
gangguan masa PdPc. Mesyuarat guru diadakan selepas masa tamat PdPc. Saya
telah menitik beratkan kepada guru-guru untuk melindungi masa intruksional (MMI)
mereka dengan meminimumkan kerja-kerja lain yang tidak relevan semasa PdPc
berlangsung. Hanya fokus kepada pengajaran dan pembelajaran murid. Saya
meminta pertolongan pemegang taruh dari Pejabat Pendidikan Daerah. Guru-guru
didedahkan dengan PdPc pembelajaran Alaf ke 21 dengan bantuan sokongan
Pegawai SICC+, PPD. Semasa PLC PLUS (bengkel PdPc PAK 21) dijalankan, saya
telah menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut bersama-sama
guru. Guru-guru yang gigih berusaha dalam melaksanakan matlamat sekolah turut
diberikan penghargaan dan ganjaran dengan mewujudkan peluang kemajuan
profesional di atas sumbangan mereka kepada sekolah. MLT diupayakan
semaksimum mungkin dalam meningkatkan pembelajaran murid.

Bagi seorang guru besar, ilmu dan kemahiran dalam kepimpinan instruksional
amat penting dalam memimpin perubahan dan mengcemerlang organisasi. Kualiti
sistem pendidikan hari ini bergantung kepada kualiti guru-guru yang ada pada hari
ini. Kualiti pendidikan tidak boleh melebihi kualiti guru. Oleh sebab itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan strategi menghasilkan guru berkualiti
sebagai satu daripada teras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025), bermakna perubahan sistem pendidikan di Malaysia berada pada landasan
yang betul. Pembentukan sahsiah murid amat dipengaruhi oleh amalan guru-
gurunya kerana nilai dan adab meresap melalui teladan. Justeru itu, peranan besar
perlu dimainkan oleh guru besar untuk menjadi pemimpin instruksional yang
berkesan supaya dapat membantu negara menghasilkan guru-guru yang berkualiti
untuk meningkatkan tahap pendidikan negara kita dan hasilnya sudah tentu kepada
anak-anak bangsa. Guru besar perlu memimpin intervensi pembelajaran untuk
meningkatkan kompetensi guru dalam pdpc. Program – program Pembangunan
profesional (CPD) guru secara berfokus dan perkongsian ilmu di kalangan guru perlu
digarap dengan berkesan oleh guru besar bagi memastikan kesejahteraan
organisasi sekolah.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

10

SRGH3 AMBILAN 1/2020

3.5 Membangun Kapasiti

Membangun kapasiti boleh dideskripsikan sebagai keupayaan menyelia dan
membangunkan kapasiti staf untuk meningkatkan kemahiran bagi melaksanakan
tugasan sejajar dengan hala tuju organisasi. Kompetensi ini dapat ditingkatkan pada
diri saya apabila melaksanakan aktiviti PE3, PE4 dan Perantisan 2. Pelaksanaan
ketiga-tiga aktiviti ini telah mencetus idea untuk saya meningkatkan kompetensi guru
di sekolah melalui aktiviti membangun kapasiti secara terancang dan berfokus. PLC
yang dirancang perlu berdasarkan analisis dan menepati keperluan sebenar warga
sekolah. Saya perlu bersedia melaksanakan dan memantau program pembangunan
kapasiti staf secara berterusan. Pemantauan program hendaklah melalui kaedah
pemantauan tertentu. Saya menilai program pembangunan staf yang dilaksanakan
untuk meningkatkan potensi dan seterusnya mewujudkan peluang pembangunan
profesional bagi guru-guru untuk mencapai kecemerlangan dan melatih guru-guru
dalam keperluan pembangunan jangka panjang seiring dengan matlamat organisasi
sekolah. Kompetensi membangun kapasiti ini banyak memberi pengetahuan kepada
saya tentang aspek pengagihan tugas dan cara mengupayakan pemimpin bawahan
sekaligus meningkatkan kompetensi saya bagi memaksimakan kualiti profesional
guru-guru menerusi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), yang disarankan dan
boleh diaplikasikan di sekolah dengan merujuk bahan bacaan yang dicadangkan
berkaitan Lesson Study,Action Research dan Pembangunan Berterusan (KPM,2010).

Dalam membangunkan kompetensi membangun kapasiti di kalangan guru,

Saya merancang dan melaksanakan PLC dengan menyediakan rancangan sesi

latihan dan pembangunan profesional Middle Leader dan guru-guru secara berfokus.

Saya mendapat sokongan daripada pemegang taruh, PPD dan komuniti setempat

dalam menggalakkan amalan perkongsian ilmu di kalangan warga sekolah. Saya

telah mewujudkan peluang pembangunan profesional bagi semua guru untuk

mencapai kecemerlangan dengan menyokong dan membenarkan guru-guru

terutama middle leader untuk menghadiri kursus pedagogi PAK 21 di luar selari

dengan matlamat sekolah. Saya akan membenarkan guru-guru terutama middle

Leader melakukan perkongsian pintar dengan sekolah TS25 dan Sekolah Wawasan

melalui lawatan penanda aras sebanyak 2 kali setahun untuk berkongsi amalan

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

11

SRGH3 AMBILAN 1/2020

terbaik dan aktiviti PAK 21. Saya akan mengoptimumkan aktiviti perkongsian PAK
21 bersama Pegawai SISC+ PPD secara berjadual dan berkala bagi mengupayakan
dan mengekalkan kompetensi guru dalam PdPC PAK21. Saya akan memantapkan
penggunaan bantuan PCG mata pelajaran untuk dibelanjakan secara efisien bagi
memastikan dan menyokong pembelajaran PAK 21 guru dan murid-murid di sekolah
saya.

Dapat dirumuskan bagi kompetensi membangun kapasiti ini, Guru besar
merupakan orang yang bertanggungjawab memacu sekolah, mengupaya orang
bawahan dengan berkongsi kepimpinan berkaitan pembelajaran bermakna dan
memikirkan kaedah kepimpinan orang bawahan pada setiap peringkat dapat
dibangunkan secara holistik. Guru Besar juga berperanan menyedia dan menyokong
program-program pembangunan profesionalisme guru bagi memastikan kualiti
pendidikan kekal optimum demi kelestarian kemenjadian murid. Benar kata orang,
kualiti sistem pendidikan sesebuah sekolah tidak boleh melebihi kualiti guru di
sesebuah sekolah itu. Kerberhasilan murid amat bergantung kepada kualiti guru.
Pemimpin berprestasi tinggi sahaja yang mampu menggarap kualiti guru untuk
meningkatkan keberhasilan murid bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja
revolusi IR 4.0 dan menghadapi cabaran VUCA pada masa hadapan.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

12

SRGH3 AMBILAN 1/2020

4.0 PENUTUP

Karya terpilih ini merupakan olahan 5 kompetensi utama yang memberi impak
yang sangat bermakna dan mendalam sepanjang mengikuti program NPQEL
Ambilan 1 2020. Secara fizikal dan mental, program NPQEL kali ini amat
mencabar dalam memenuhi keperluan program tersebut. Medium pelaksanaan
secara dalam talian yang julung kali akibat pandemik Covid-19 ini dan memakan
masa selama hampir 10 bulan telah memberi signifikan yang tersendiri dalam diri
saya kerana pada masa yang sama kekal menjalankan tugas hakiki di sekolah.
Pengorbanan masa, tenaga dan keluarga cukup membuka minda saya untuk
sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberiNya dan setiap yang berlaku ada
hikmahNya.

Aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam modul dan kurikulum NPQEL Ambilan
1 2020 kali ini merupakan program intervensi kepada saya dalam mempersiapkan
diri sebagai guru besar berprestasi tinggi pada suatu masa nanti. Aktiviti – aktiviti
tersebut merupakan inisiatif latihan bidang kepimpinan dan pengurusan bagi
pemimpin pelapis yang bakal menerajui barisan hadapan pendidikan khususnya
sekolah kepada tahap cemerlang, gemilang dan terbilang. Kesemua aktiviti yang
dilaksanakan oleh pihak IAB amat berkesan dan berjaya mengilap kepimpinan serta
meningkatkan 10 kompetensi yang wajib saya kuasai. Secara peribadi, ilmu dan
outcome daripada pelaksanaan aktiviti tersebut amat membantu saya dalam
mentadbir urus dan memimpin dalam mewujudkan kecemerlangan sesebuah
sekolah pada masa hadapan nanti. Sesungguhnya, kepimpinan berkesan
merupakan faktor penting dalam mempengaruhi serta menentukan kejayaan dan
keberkesanan institusi pendidikan.

Akhirnya, keupayaan seseorang untuk menggalas tanggungjawab sebagai
pemimpin berprestasi tinggi adalah terletak pada kemahuan dan kesungguhannya.
Jika dilakukan secara istiqamah nescaya kecemerlangan organisasi akan tercapai.
W allahualam…

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

13

SRGH3 AMBILAN 1/2020

5.0 RUJUKAN

Compton, B. R., Galaway, B. , & Cournoyer, B. R. (2005). Social work processes.
(7th ed.). Belmont, CA: Wadsworth.

Kamus Kompetensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL), (2018), Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Lucidchart Content Team. How to implement change with Kotter’s 8-step change
model. Diakses melalui https://www.lucidchart.com/blog/kotters-8-step-
change-model pada 16 April 2020

Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL), 2018, Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Zainuren Mohd Nor (2020). 9 Strategi Membangunkan Kecemerlangan Sekolah:
Memperkasakan Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar, MSA Graphic
Resources.

NPQEL 1/2020 INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS

14


Click to View FlipBook Version