The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN P2 SRGH 3 MOHD ZAILANI BIN ISMAIL NEW

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD ZAILANI BIN ISMAIL NPQEL20A1 SRGH3, 2020-10-24 03:51:54

LAPORAN P2 SRGH 3 MOHD ZAILANI BIN ISMAIL NEW

LAPORAN P2 SRGH 3 MOHD ZAILANI BIN ISMAIL NEW

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2 NPQEL

AMBILAN 1/2020

PROJEK INTERVENSI:
PROGRAM LIGHT UP SEAGULLS (PLUS)

MOHD ZAILANI BIN ISMAIL @ CHE MAT
820529-03-6227
SRGH3

PENSYARAH PENYELIA
PN ZAKIAH BT HJ AHMAD

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2
DISERAHKAN KEPADA

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

i

PENGAKUAN
Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan
dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:
_____________________________
(MOHD ZAILANI BIN ISMAIL @ CHE MAT)

23 OKTOBER 2020
Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan 2 yang bertajuk LAPORAN
PERANTISAN 2 telah dilaksanakan di sekolah ini. Saya mengakui karya ini
adalah hasil kerja peserta NPQEL sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-
ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:
_________ ______________

23 OKTOBER 2020

ii

PENGHARGAAN
Syukur saya kepada Allah s.w.t. kerana telah mengurniakan saya
kekuatan dan buah fikiran untuk menyiapkan tugasan ini yang bertajuk Laporan
Perantisan 2 : Program Light Up Seagulls (PLUS) yang telah dilaksanakan di
SK Seri Gelugor,Kerteh, Kemaman bermula 01 September 2020 hingga 22
Oktober 2020. Pertama sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya
tujukan kepada penyelia saya, Pn Zakiah bt Haji Ahmad yang konsisten
membimbing saya untuk melaksanakan Perantisan 2 ini. Seterusnya, kepada
pengurus kelas, Puan Hajah Norita binti Ismail dan pengurus bersama, Puan
Chin Choon Tow serta pensyarah-pensyarah kerana sentiasa berkongsi ilmu.

Ucapan terima kasih buat Guru Besar SK Seri Gelugor, Cikgu Mohd Zain
Bin Idris kerana kesudian beliau menjadi mentor, melontarkan idea dan
perkongsian pengalaman sepanjang masa saya menjalani Perantisan 2 ini.
Rakaman terima kasih juga saya panjangkan kepada barisan Penolong Kanan
SK Seri Gelugor, Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan JK Panitia Bahasa Inggeris
sekolah serta Pasukan PLUS yang sentiasa memberi kerjasama, sokongan dan
perkongsian idea sepanjang berlangsungnya perantisan 2 ini. Juga kepada YB
ADUN Kemasek, NUTP Cawangan Terengganu, Yayasan Terengganu, PPD
Kemaman dan PIBG yang memberi sumbangan berbentuk kewangan, hadiah
dan khidmat bantu bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Akhir sekali, tidak lupa ucapan terima kasih saya kepada kepada isteri dan
anak-anak saya yang begitu memahami komitmen saya sepanjang program ini
berlangsung.

Sekian, terima kasih.

MOHD ZAILANI BIN ISMAIL@CHE MAT
SRGH3 NPQEL AMBILAN 1 2020
23 Oktober 2020

iii

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

Pengakuan i

Penghargaan ii

Isi kandungan iii-iv

Senarai Jadual v

Senarai Rajah vi

Senarai Gambar vii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Sekolah 1

1.2 Maklumat Guru Besar dan Barisan Kepimpinan 1

1.3 Visi dan Misi 2

1.4 Maklumat Pencapaian Sekolah Berkaitan Isu Startegik 2–3

BAB 2 PROJEK INTERVENSI

2.1 Analisis Persekitaran 4–5

2.2 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran 5
2.3 Cadangan Penambah baikan Isu Strategik 6–7

2.4 Huraian Program Intervensi 7–8

2.5 Pengetahuan dan Kemahiran Pengurusan Yang 8–11
Diaplikasikan bagi memimpin ke Arah Mencapai
Matlamat Bersama

BAB 3 REFLEKSI 12–13
3.1 Aspek Kepimpinan dan Pengurusan 13
3.2 Kekuatan Projek 13–14
3.3 Kelemahan Projek

iv

3.4 Cadangan Penambahbaikan 14
BAB 4 RUMUSAN 15–16
RUJUKAN 17
LAMPIRAN 18–102

v

SENARAI JADUAL Halaman
18
Perkara
Lampiran A: Senarai Guru Besar SK Seri Gelugor Sepanjang 24–29
Penubuhannya 30–31
Lampiran D: Borang P2–1 32–33
Lampiran E: Borang P2–2 34–35
Lampiran F: Borang P2–3 36–38
Lampiran G: Borang P2–4 39–50
Lampiran H: Borang P2–5 51
Lampiran I: Borang P2–6 52–53
Lampiran J: Borang P2–7 54–55
Lampiran K: Borang P2–8 77–79
Lampiran L: Senarai Semak Protokol dan Etiket NPQEL
Lampiran T: Borang Maklum Balas PLC PLUS dan Sijil

v

SENARAI RAJAH Halaman
19
Perkara 20
Lampiran B: Keputusan Peperiksaan UPSR 2019 56–58
Lampiran C: Rumusan Skor SKPMg2 SK Seri Gelugor 59–64
Lampiran M: Log Kehadiran Perantisan 2 65
Lampiran N: Kertas Cadangan 75–76
Lampiran O: Data Kajian
Lampiran S: Surat Jemputan Penceramah dan Rekod Kehadiran 99–102
Guru

Lampiran Z: Maklum Balas Murid dan Penghargaan

vi

SENARAI GAMBAR

Perkara Halaman
Lampiran P: Mesyuarat Jawatanakuasa Pasukan PLUS dan Minit 66–71
Mesyuarat
Lampiran Q: Taklimat Bersama PIBG untuk Penerangan Tentang 72
PLUS
Lampiran R: Pelaksanaan PLC PLUS Fasa 1 Bersama Pegawai 73–74
SISC+, PPD Kemaman
Lampiran U: Bimbingan Rakan Sebaya Guru 80–81
Lampiran V: Pencerapan PdPc 82–90
Lampiran W: PLC PLUS Fasa II 91
92
Lampiran X: Penghargaan Guru 93–98

Lampiran Y: Jalinan Pintar Koporat

vii

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Sekolah

Sekolah perantisan 2 saya adalah Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor. SK
Seri Gelugor yang dahulunya dikenali sebagai SK Kerteh 2 telah memulakan
operasi pada 2 Januari 2005. Sekolah ini bertempat di Kerteh, Terengganu yang
merupakan laluan utama menghubungkan Cukai ke Kuala Terengganu. SK Seri
gelugor merupakan sekolah kategori luar Bandar dan bergred B. SK Seri Gelugor
didaftar dengan kod TBA2055. Pada permulaan pembukaannya, sekolah ini
dilengkapi dengan 4 buah blok bangunan, sebuah surau dan juga kantin.

Diterajui oleh Guru Besar pertama, Puan Hajah Fatimah Bt Ibrahim dan
dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan. Pada masa permulaan tersebut
jumlah guru hanya 24 orang dan menampung seramai 400 orang murid meliputi
murid tahun 1 hingga tahun 5. Pada Tahun 2006, kelas Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) mula dibuka untuk menampung keperluan anak-anak
pendidikan Khas sekitar Kampung Gelugor mendapat hak pendidikan yang
sepatutnya seperti kanak-kanak lain. Memasuki hampir 15 tahun, SK Seri
Gelugor kini mempunyai 429 orang murid dan 52 orang kakitangan meliputi 46
orang guru dan 6 orang kakitangan. Pada tahun 2020, SK Seri Gelugor telah
dipilih sebagai Sekolah Transformasi (TS25) kohort 5.

1.2 Maklumat Guru Besar dan Barisan Kepimpinan

SK Seri Gelugor kini diterajui oleh Encik Mohd Zain B Idris selaku guru
besar yang ke 6. Dibantu oleh 4 orang guru penolong kanan iaitu Pn Maznani Bt
Ahammu selaku Penolong Kanan Pentadbiran, En Kamaruzzaman Bin Busu
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Pn Habibah Bt Jaafar selaku
Penolong Kanan Kokurikulum dan En Mohd Zailani Bin Ismail sebagai Penolong
Kanan Pendidikan Khas. En Mohd Zain Bin Idris mula bertugas di SK Seri
Gelugor pada Julai 2020 bagi menggantikan guru besar sebelum ini yang telah

1

bersara (rujuk Lampiran A: Senarai Guru Besar SK Seri Gelugor Sepanjang
Penubuhannya.).

1.3 Visi dan Misi

Visi dan Misi sekolah adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju
pencapaian dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Visi sekolah ini adalah
pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera manakala misi sekolah
pula adalah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara.

1.4 Maklumat Pencapaian Sekolah Berkaitan Isu Strategik:

Berdasarkan kepada data-data pencapaian peperiksaan sekolah 2019,
didapati bahawa Peratus MTM UPSR bagi Tahun 2019 adalah 52.94%, Peratus
MTM Bahasa Inggeris (Pemahaman) UPSR Tahun 2019 adalah 70.6% manakala
peratus MTM bagi Bahasa Inggeris (Penulisan) adalah paling rendah iaitu 54.9%.
(rujuk Lampiran B: Keputusan Peperiksaan UPSR 2019). Skor operasi
Standard 3.1, SKPMg2 adalah 89.73% bagi tahun 2019 dan Skor Operasi
Standard 4, SKPMg2 adalah 81.79% bagi tahun 2019 (rujuk Lampiran C:
Rumusan Skor Operasi SKPMg2 SK Seri Gelugor).

Berdasarkan Semakan eRPH guru pada setiap minggu dan Mesyuarat
Panitia tentang analisis data pembelajaran Home based Learning: Penyediaan
BBM/ lembaran kerja melalui GC tidak mencapai 30 % oleh guru Bahasa
Inggeris. di dapati guru-guru Bahasa Inggeris tidak mencapai sekurang-
kurangnya tahap Baik bagi amalan PAK21 dalam PdPC mereka. Berdasarkan
kepada semua data tersebut, dapat dirumuskan hanya 20 % guru-guru Bahasa
Inggeris yang mencapai tahap baik dalam Standard 4, SKPMg2. Hal ini perlu
diatasi secepat mungkin supaya pencapaian Bahasa Inggeris murid tidak

2

terkesan dan kaedah pedagogi guru-guru Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.
Dalam meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris, guru-guru
Bahasa Inggeris perlu meningkatkan amalan PAK 21 dalam PdPC mereka.
Pembudayaan amalan pedagogi PAK 21 di kalangan guru-guru Bahasa Inggeris
diyakini mampu dapat menyelesaikan isu kualiti PdPC guru-guru Bahasa
Inggeris. Projek Intervensi yang akan dilaksanakan ini iaitu Program Light Up
Seagulls (PLUS) mampu meningkatkan kompetensi 75% guru-guru Bahasa
Inggeris dalam PdPc PAK 21. Program PLUS ini akan dilaksanakan dalam
tempoh lapan minggu dan diharap mampu meningkatkan kemahiran, amalan dan
kualiti PdPc PAK 21 guru-guru Bahasa Inggeris seterusnya membantu
peningkatan pencapaian murid dalam subjek Bahasa Inggeris.

3

BAB 2 PROJEK INTERVENSI

2.1 Analisis Persekitaran (rujukLampiran D: Borang P2-1)

Apabila saya memulakan program perantisan 2 ini, saya telah merujuk
kepada dokumen sekolah dan melakukan kajian keperluan. Saya telah
melakukan analisis persekitaran melalui SWOT tentang 4 elemen dan mengenal
pasti isu berdasarkan elemen-elemen tersebut. Bagi elemen kepimpinan
berkesan didapati isu utama adalah pengurusan instruksional yang tidak
mencapai tahap yang diingini, bagi elemen guru berkualiti pula isu utama adalah
kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdPc) guru-guru berada pada tahap yang
rendah, manakala bagi elemen persekitaran pengajaran dan pembelajaran
bermakna, didapati isu berkaitan fizikal sekolah yang kurang kondusif dan bagi
elemen sokongan PIBG dan komuniti pula, isu berkaitan penglibatan ibu bapa
pada setiap program yang dilaksanakan sekolah tidak memuaskan.

Berdasarkan kepada isu-isu bagi keempat-empat elemen tersebut, saya
telah berbincang dengan guru besar selaku mentor berhubung keutamaan isu
yang perlu ditangani dan melalui mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah,
saya bersama Penolong Kanan Pentadbiran, barisan penolong kanan lain dan
Ketua-ketua Panitia telah melakukan sumbang saran untuk mengenal pasti isu.
Berdasarkan isu yang dinyatakan, isu yang paling kritikal untuk tindakan yang
seterusnya adalah kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdPc) guru-guru berada
pada tahap rendah. Ini dibuktikan dengan skor operasi Standard 4, SKPMg2 bagi
tahun 2019 adalah 81.79%. 50 % guru tidak mengamalkan PdPc PAK 21.
Peratus Menguasai Tahap Minimum (MTM) UPSR bagi Tahun 2019 adalah
52.94% dan Peratus MTM Bahasa Inggeris (Pemahaman) UPSR Tahun 2019
adalah 70.6% manakala Peratus MTM Bahasa Inggeris (Penulisan) adalah paling
rendah iaitu 54.9%. Berdasarkan kepada dokumen panitia-panitia, didapati
program peningkatan kualiti PdPc guru-guru tidak diurus dengan
sistematik.Berdasarkan realiti semasa sekolah, maka isu kualiti pengajaran dan
pembelajaran guru-guru Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan. Didapati, amalan

4

PdPc PAK 21 guru-guru Bahasa Inggeris masih tidak mencapai tahap baik
berdasarkan Instrumen Standard 4, SKPMg2.

2.2 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran Projek (rujuk
Lampiran E: Borang P2-2)

Merujuk kepada isu amalan PdPc PAK 21 guru-guru Bahasa Inggeris
masih tidak mencapai tahap baik. Berdasarkan kepada analisis kekuatan, Guru
besar telah menjadi guru besar selama 5 tahun. Di sekolah terdapat 2 orang guru
Bahasa Inggeris yang merupakan pemeriksa kertas UPSR. Sekolah mempunyai
4 orang guru opsyen Bahasa Inggeris dan mengikut penjawatan ABM jumlah
tersebut mencukupi. Sekolah mempunyai kemudahan bilik SAL dan makmal
komputer yang dapat melaksanakan PdPC PAK 21 dengan baik. Sekolah
Kebangaan Seri Gelugor merupakan sekolah TS25 kohort 5. Dari segi analisis
kelemahan pula, Peratus MTM UPSR bagi Tahun 2019 adalah 52.94%.Bagi
subjek Bahasa Inggeris, Peratus MTM (Pemahaman) adalah 70.6% dan peratus
MTM (Penulisan) adalah 54.9% sahaja. Berdasarkan kepada data Standard 4,
SKPMg2, didapati 50% guru tidak mengamalkan PdPc PAK 21. Program
peningkatan kualiti PdPc guru tidak diurus dengan sistematik. Dari segi analisis
peluang, didapati sekolah ini sentiasa mendapat khidmat bantu daripada
Pegawai SISC+ PPD. Sekolah ini berdekatan dengan MEKAR, Pejabat ADUN
dan ECOCARE yang sanggup membantu sekolah.Di samping itu, sekolah ini
mempunyai Rakan Elit daripada Pensyarah IPG yang membantu dan memantau
pelaksanaan program TS25. Mempunyai JK PIBG yang sangat menyokong
pelaksanaan program kecemerlangan sekolah. Dari segi analisis Cabaran,
didapati 70 % murid berasal daripada keluarga B40 dan ibu bapa menyerahkan
pembelajaran anak-anak kepada sekolah. Penglibatan ibu bapa pada setiap
program sekolaj tidak mencapai 60%.

Melalui Matrik TOWS, 5 strategi dijana bagi menyelesaikan isu. Strategi 1
adalah meningkatkan amalan PdPc PAK 21 guru-guru Bahasa Inggeris dengan
sokongan pemegang taruh. Strategi 2 adalah melaksanakan program

5

peningkatan Bahasa Inggeris murid secara berkesan. Strategi 3 adalah
memperkasakan kerjasama dengan komuniti untuk meningkatkan pencapaian
murid. Strategi 4 adalah meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu
pencapaian anak-anak. Strategi 5 adalah menggalakkan penglibatan ibu bapa
dalam program sekolah bagi menyokong pembelajaran anak-anak.

2.3 Cadangan Penambah baikan Isu Strategik (rujuk Lampiran F: Borang
P2-3)

Melalui matrik TOWS, setiap 5 strategi tersebut telah dinilai akan kekuatan
dan kelemahannya secara holistik. Kriteria pemilihan setiap strategi tersebut
dilihat dari segi tahap kebolehlaksanaan proses kerja, kompetensi staf yang
bertanggungjawab, sumber kewangan dan kos pembiayaan secara berhemah,
kemudahan infrastruktur dan peralatan, andaian keupayaan mengatasi halangan,
andaian hasil yang dijangkakan atau impak untuk mencapai objektif, matlamat,
misi dan visi, akur kepatuhan dengan mandat atau arahan, rekod keberkesanan
yang lepas dan kesesuaian dengan persekitaran terkini. Semua kriteria ini dinilai
bagi setiap strategi tersebut. Berdasarkan penilaian kriteria pemilihan strategi
tersebut, didapati dapatan jumlah skor untuk Strategi 1 adalah 37, Strategi 2
adalah 32, Strategi 3 adalah 26, Strategi 4 adalah 20 dan Strategi 5 adalah 19.
Pemilihan strategi berdasarkan pemberatan menggunakan skala likert 1 adalah
aamat rendah, 2 adalah rendah, 3 adalah sederhana, 4 adalah tinggi dan 5
adalah amat tinggi.

Saya telah melakukan Matriks Ranking untuk memilih Strategi 1 iaitu
meningkatkan amalan PdPc PAK 21 guru-guru Bahasa Inggeris dengan
sokongan pemegang taruh, PPD. Saya memilih Strategi 1 kerana keadaan realiti
semasa hari ini dengan Pasca pandemik Covid19 yang mana sekolah terikat
dengan SOP Pembukaan Sekolah yang ketat dan kemasukan orang luar ke
sekolah pada masa yang sama tidak digalakkan. Selain itu, saya perlu
mengupayakan guru-guru Bahasa Inggeris secara holistik demi memastikan
pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak terkesan dan dapat

6

meningkatkan pencapaian murid-murid dalam subjek Bahasa Inggeris.
Penggunaan khidmat bantu Pegawai SISC+ sangat diperlukan untuk
mengupayakan guru-guru bahasa Inggeris demi peningkatan kualiti PdPC
mereka.

2.4 Huraian Program Intervensi (rujuk Lampiran G: Borang P2-4)

Strategi yang dipilih ini melibatkan program intervensi yang dinamakan
Program Light Up Seagulls(PLUS) yang mana melibatkan 2 aktiviti utama iaitu
Bengkel PLC PdPc PAK 21 dan bimbingan rakan sebaya guru.Tempoh masa
yang dilaksanakan adalah selama 8 minggu. Bagi aktiviti Bengkel PLC PdPc
PAK 21 ini dilaksanakan secara 2 fasa yang mana Fasa 1 dengan melibatkan
Pegawai SISC+, PPD Kemaman sebagai Fasilitator dan Fasa 2 pula melibatkan
SLT atau MLT Bahasa Inggeris sebagai Fasilitator. Bagi aktiviti ke 2 pula adalah
bimbingan rakan sebaya guru yang mana dilaksanakan secara sistematik
sebanyak satu kali seminggu sepanjang tempoh perantisan ini.

Bidang fokus PLUS adalah meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa
Inggeris dalam mengamalkan PdPc PAK 21. Data TOV adalah hanya 20 % guru
Bahasa Inggeris yang mendapat tahap baik dan mengamalkan PdPc PAK 21.
Data ini berdasarkan rekod pencerapan PdPc guru oleh Pentadbir melalui
instrumen Standard 4, SKPMg2, data-data pencapaian peperiksaan sekolah
Tahun 2019 dan 2020, semakan eRPH guru pada setiap minggu dan analisis
data pembelajaran Home Based Learning semasa tempoh PKP baru-baru ini
oleh Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris. Bagi sesi bimbingan rakan sebaya guru,
aktiviti ini dilaksanakan pada setiap Ahad selama satu jam seminggu yang mana
pembimbing dan yang dibimbing telah ditentukan oleh Panitia Bahasa Inggeris.

Kaedah pemantauan pelaksanaan PLUS ini adalah melalui rekod
kehadiran PLC, borang sesi bimbingan rakan sebaya guru, borang maklum balas
PLC, rekod pencerapan PdPc dan senarai semak pemantauan PAK 21.
Diharapkan dengan pelaksanaan Program Intervensi PLUS ini mampu

7

meningkatkan 70 % amalan PdPc PAK 21 guru-guru Bahasa Inggeris seterusnya
mengatasi pemasalahan isu kualiti pdpc guru-guru Bahasa Inggeris.
Pelaksanaan Program Intervensi PLUS ini mendapat kerjasama yang baik
daripada pemegang taruh dan pihak berkepentingan dari segi khidmat bantu dan
sumbangan kewangan. Jalinan bersama pihak NUTP, Yayasan Terengganu dan
pihak Pejabat YB ADUN Kemasik membantu menyediakan keperluan sumber
dan melancarkan perlaksanaan program PLUS ini.

2.5 Pengetahuan dan Kemahiran Pengurusan yang Diaplikasikan bagi
Memimpin Intervensi ke Arah Mencapai Matlamat Bersama

1. Berfikiran Strategik

Dengan merujuk kepada dokumen sekolah, saya telah melakukan analisis
persekitaran untuk merancang tindakan berfokus dalam menyelesaikan isu
kritikal sekolah. Saya telah berbincang dengan guru besar sebagai mentor dan
telah dapat menjangka pola jangkaan masa hadapan berkaitan kualiti PdPc guru-
guru serta impak yang akan dihadapi sekolah jika tiada intervensi dilakukan oleh
pihak sekolah. Contohnya, melalui mesyuarat JK Kurikulum sekolah, saya
bersama Penolong Kanan Pentadbiran dan Ketua – ketua Panitia telah
melakukan sumbang saran untuk mengenal pasti isu, menyediakan strategi
dengan menilai secara holistik akan risiko perlaksanaan, seterusnya saya
menyatakan rasional pemilihan strategi tersebut kepada semua guru supaya
guru-guru faham akan tindakan dan kepentingan mereka melaksanakan strategi
tersebut dengan berkesan selari dengan matlamat sekolah.

2. Membuat Keputusan
Berdasarkan data-data dan analisis SWOT yang dilakukan, saya telah
melakukan Matrik TOWS untuk menjana strategi dan setiap strategi tersebut
dinilai akan kekuatan dan kelemahan sebelum memilihnya. Saya melakukan
Matriks Rangking untuk membuat keputusan setelah beberapa alternatif dikenal
pasti dan disenaraikan mengikut keutamaan pelaksanaan. Saya membuat

8

keputusan dengan justifikasi keputusan yang jelas supaya guru-guru Bahasa
Inggeris dapat memahami dan melaksanakan keputusan itu dengan harmoni.
Saya juga melihat semula keputusan yang telah dilaksanakan itu dengan realiti
sedia ada dan hasrat yang ingin dicapai. Saya bersedia melakukan penjajaran
sekiranya perlu bagi memastikan objektif PLUS dicapai selari dengan matlamat
sekolah.

3. Memimpin Perubahan
Saya telah mengenal pasti misi dan visi yang hendak dicapai dan berkongsi
dengan semua warga sekolah melalui mesyuarat PLUS. Saya mengenal pasti
dan membentuk pasukan saya untuk melaksanakan misi dan visi supaya selari
dengan matlamat sekolah. Saya mengupayakan MLT untuk melaksanakan
program Intervensi PLUS ini di kalangan guru-guru Bahasa Inggeris dengan
menjelaskan kaedah pemantauan dan mengawal selia pelaksanaan PLUS
secara berkesan. Saya akan melakukan penjajaran semula tindakan sekiranya
berlaku perubahan yang tidak dapat dielakkan dalam pelaksanaan PLUS ini.

4. Menyelesaikan Masalah
Pelaksaan Program Intervensi PLUS ini berjaya melebihi sasaran dengan
tempoh masa yang ditetapkan ini. Secara keseluruhannya, saya berjaya
menyelesaikan masalah dengan mencapai objektif PLUS iaitu 70% guru-guru
Bahasa Inggeris mengamalkan PdPc PAK 21. Walau bagaimana pun, saya
bersedia melakukan penambah baikan dengan mencadangkan tindakan
seterusnya bagi membudayakan amalan terbaik ini di kalangan warga sekolah
yang lain dengan menyelaras dan mengambil kira tafsiran pelbagai pihak
berkepentingan. Saya mencadangkan lawatan penandaarasan dilakukan secara
berkala.

5. Memimpin Pembelajaran
Saya mengambil cakna kepada PdPc guru-guru Bahasa Inggeris dengan
menjelaskan matlamat sekolah, menyelia dan menilai PdPc, menyertai mereka

9

semasa berbengkel, bertukar-tukar idea dan berbincang secara individu bersama
guru Bahasa Inggeris mengenai perkembangan akademik murid-murid dari
pelbagai sisi. Saya mengawal gangguan terhadap masa pengajaran dengan
mengadakan taklimat PLUS selepas waktu PdPc. Semasa bengkel PLC PdPc
PAK 21 diadakan, saya bersama guru-guru Bahasa Inggeris menyertai bengkel
tersebut. Saya menggalakkan amalan perkongsian ilmu di kalangan guru Bahasa
Inggeris. Bagi guru bahasa Inggeris yang telah mencapai objektif PLUS, saya
meraikan kejayaan mereka dengan pemberian sijil penghargaan. Saya
mendapatkan sokongan daripada PPD dan komuniti stempaat dalam
pelaksanaan Program Intervensi PLUS ini.

6. Membangun Kapasiti
Saya melaksanakan pembangunan profesional guru-guru Bahasa Inggeris
secara berfokus. Saya mewujudkan peluang pembangunan profesional MLT
untuk mencapai kecemerlangan melalui PLUS dengan mengupayakan potensi
MLT untuk memimpin bengkel PLC PdPC PAK 21 kepada guru-guru Bahasa
Inggeris. Peluang ini penting bagi keperluan jangka panjang mereka.

7. Membina jalinan dan jaringan
Untuk melaksanakan Program Intervensi PLUS ini, saya telah memanfaatkan
hubungan baik dengan PIBG, Pejabat YB ADUN Kemasik,Yayasan Terengganu,
NUTP Cawangan Terengganu, PPD Kemaman dan individu-individu. Program
PLUS ini membantu mendorong penerimaan guru-guru Bahasa Inggeris kepada
kehadiran Pegawai SISC+, PPD Kemaman dalam mengupayakan mereka.
Khidmat bantu pegawai PPD menyebabkan guru-guru Bahasa Inggeris selesa
dan berpuas hati dengan aktiviti bengkel PLC PdPc PAK 21 PLUS ini.
Sumbangan yang diberikan oleh Pihak YB ADUN Kemasik membuktikan
sokongan komuniti setempat kepada kecemerlangan sekolah dan ini
memotivasikan guru-guru untuk membina jaringan dan jalinan ke arah
kecemerlangan sekolah.
.

10

8. Komunikasi berkesan
Untuk memastikan setiap aktiviti PLUS dilaksanakan mencapai matlamat, saya
gunakan kemahiran komunikasi yang baik untuk penyampaian idea yang lancar
dan menyakinkan bagi mempengaruhi rakan guru dan pihak lain untuk bersama-
sama melaksanakan program yang dirancang. Saya memanfaatkan komunikasi
secara lisan sebaik mungkin dalam pelaksanaan PLUS kali ini.
9. Berkepemimpinan
Program Intervensi PLUS ini mendorong saya untuk mempamerkan
kesungguhan membimbing SLT dan MLT seterusnya mengupayakan guru-guru
Bahasa Inggeris secara holistik ke arah pencapaian matlamat yang diinginkan.
Saya berusaha memantau kerja buat pasukan saya dengan sentiasa
melaungkan masa bersama pasukan dan memberi khidmat nasihat kepada MLT.
10. Berkeperibadian Tinggi
Melalui Program Intervensi PLUS ini, saya mempamerkan usaha untuk
memperkembangkan potensi diri SLT dan MLT untuk mengupayakan guru-guru
Bahasa Inggeris ke arah kecemerlangan organisasi. Saya berkongsi
pengetahuan dan kemahiran untuk membangun potensi SLT dan MLT.

11

BAB 3 REFLEKSI (rujuk Lampiran H : Borang P2-5)

3.1 Aspek Kepimpinan dan Pengurusan

 Sepanjang berada di sekolah Perantian 2, guru besar sangat komited
menyokong perlaksanaan Program Intervensi PLUS ini. Guru besar memberi
ruang dan peluang secukupnya untuk saya merancang, menyusun atur program
dan melaksanakan program intervensi, membenarkan penggunaan sumber dan
operasi semaksimumnya.

 Guru Besar mengamalkan kepimpinan teragih dengan memberi ruang dan
peluang kepada guru-guru bekerjasama secara kolektif dan kolaboratif
mengikut kepakaran masing-masing dan seterusnya membuat keputusan
secara bersama dalam mencorakkan budaya serta matlamat yang hendak
dicapai.

 Guru Besar mengamalkan kepimpinan transformasional dengan cara
komunikasi yang berhemah dalam memulakan sapaan kepada warga
sekolah. Bijak membangkitkan semangat bekerja kepada guru-guru dan
kakitangan sekolah. Sentiasa menimbang dan menitik beratkan teacher
voice dalam sesuatu perubahan yang ingin dilakukan beliau.

 Guru Besar melakukan learning walk bagi memastikan guru-guru
melaksanakan PdPC mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam konteks ini,
kekuatan yang dipaparkan oleh guru besar ialah kepimpinan instruksional.
Beliau bersama-sama pasukannya yang terdiri daripada Penolong Kanan
sentiasa memastikan masa instruksional sentiasa dimanfaatkan supaya
murid mendapat manfaat yang maksimum.

 Guru Besar mengamalkan pendekatan mesra dalam berhubung dengan
pemegang taruh dan komuniti setempat. Mengutamakan pencapaian dan
selari dengan matlamat sekolah.

12

 Sentiasa mengamalkan pintu terbuka kepada semua ibu bapa dalam
membantu dan menyokong kecemerlangan sekolah dan kemenjadian
murid.

3.2 Kekuatan Projek
 Pelaksanaan Program Light Up Seagulls (PLUS) kepada guru-guru
Bahasa Inggeris adalah satu usaha intervensi khas bagi
mempertingkatkan kompetensi PdPc PAK 21 di kalangan guru-guru
sebagai amalan terbaik kepada panitia-panitia yang lain nanti.

 Pengisian PLUS ini mendapat sokongan dan khidmat bantu daripada
pelbagai komuniti dan pemegang taruh seperti PIBG, PPD Kemaman,
Pejabat ADUN Kemasik, NUTP Cawangan Terengganu dan Yayasan
Terengganu.

 Guru-guru Bahasa Inggeris sangat teruja untuk meningkatkan kemahiran,
amalan dan kualiti PdPc mereka bagi memastikan peningkatan
pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan murid.

 Pelaksanaan PLUS secara fleksibel menyebabkan guru-guru selesa dan
dapat memberi fokus dengan baik.

3.3 Kelemahan Projek
 Pelaksanaan PLUS semasa tempoh pasca pandemik Covid 19
menyebabkan berlaku kekangan yang tidak dapat dielakkan. Jemputan
luar untuk memastikan pelaksanaan lebih berimpak tidak dapat dilakukan
kerana terikat dengan SOP Pembukaan Sekolah pasca PKP. Aktiviti
lapangan tidak dapat dibuat secara raksasa dan mesti mengikut SOP
yang ditetapkan oleh pihak KKM.

13

 Pertindihan tugas hakiki dengan kursus NPQEL sedikit sebanyak
mengganggu kelancaran PLUS.

3.4 Cadangan Penambahbaikan
 Memaksimumkan penggunaan PCG Mata Pelajaran untuk PdPc PAK 21.
 Mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah TS25 kohort terawal untuk
perkongsian amalan terbaik PAK21 secara berkala.
 Membudayakan amalan terbaik PdPc PAK 21 di kalangan guru-guru
Bahasa Inggeris kepada semua warga sekolah.
 Menggalakkan MLT untuk mengikuti CPD yang berkaitan PAK 21 di luar
dan berkongsi dapatan bersama warga sekolah.

14

BAB 4 RUMUSAN

Kecemerlangan sekolah memerlukan sebuah kepimpinan yang berilmu
dan berpengalaman. Pengalaman dan pengetahuan saya dalam projek PLUS di
SK Seri Gelugor, merupakan pengalaman yang sangat berguna untuk mencipta
sejarah kegemilangan di sekolah. Dengan perkongsian gaya kepimpinan dan
cara pelaksanaan ke arah menggerakkan sesuatu perancangan serta mencapai
hasil yang berkualiti, saya mampu meningkatkan keyakinan untuk menjadikan
sekolah mencapai kecemerlangan. Tindakan untuk mencipta kecemerlangan di
sekolah akan menjadi lebih terarah berpandukan gaya kepimpinan dan
pengurusan yang diamalkan di sekolah ini. Teori –teori kepimpinan dan
pengurusan yang dikongsi dapat diamalkan sebaik mungkin bagi mengapai
kejayaan yang cemerlang , gemilang dan terbilang.

Projek ‟Program Light Up Seagulls (PLUS)‟ sekolah sangat berjaya
dilaksanakan. Projek PLUS ini sangat sesuai dibudayakan di sekolah agar kualiti
PdPc guru-guru berada pada tahap yang tinggi. Amalan PdPc PAK 21 perlu
dibudayakan oleh semua warga sekolah demi kemenjadian murid secara holistik.
Amalan PdPc PAK 21 di kalangan guru mampu meningkatkan pencapaian murid
secara holistik.

Pelaksanaan PLUS ini amat memberi signifikan kepada diri saya. Dalam
latihan sebagai guru besar pelatih, saya belajar untuk menjadi pemimpin
berprestasi tinggi. Saya perlu memantapkan pengurusan kurikulum, kokurikulum,
sumber dan kewangan, perancangan strategik, kemahiran berkomunikasi dan
kemahiran membuat keputusan. Pengalaman bersama pasukan PLUS ini
mengajar saya untuk mengaplikasi setiap gaya kepimpinan dengan berkesan.
Proses perancangan yang tersusun serta hala tuju yang jelas merupakan satu
faktor yang perlu diamalkan. Setiap hala tuju akan dikongsi bersama warga
sekolah supaya tindakan setiap tugasan mampu dijalankan secara bersama
serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sebarang masalah yang
timbul akan diselesaikan bersama. Perkongsian idea menjadi amalan yang

15

mampu mengukuhkan lagi hubungan sesama warga sekolah. Dengan hubungan
baik yang di bina ini, segala kesukaran dan masalah dapat diatasi dengan
mudah. Hubungan baik yang terjalin ini juga, berjaya mewujudkan suasana kerja
yang harmonis dan mesra.

Secara keseluruhan, Projek Intervensi PLUS ini mencapai objektif.
Peningkatan kualiti PdPc guru-guru Bahasa Inggeris dalam mengamalkan PAK
21 merupakan satu kejayaan yang perlu dibudayakan kepada semua warga
sekolah. Keupayaan program PLUS ini membangun kapasiti guru-guru dan
mengupayakan MLT merupakan impak yang diinginkan. Mengupayakan
pemimpin bawahan untuk kecemerlangan sekolah seterusnya memastikan
kemenjadian murid-murid secara holistik. Program PLUS ini dapat
memanfaatkan hubungan jaringan dan jalinan dengan penglibatan PIBG, PPD
Kemaman, NUTP, Pejabat DUN Kemasek dan Yayasan Terengganu.
Kesempurnaan hubungan yang dicipta memberi banyak manfaat kepada
sekolah.

16

RUJUKAN
Ab Aziz Yusof (2003), Mengurus pasukan kerja prestasi tinggi. Petaling Jaya

Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Abas Awang (1999), Leadership and education change, Kertas Kerja
Persidangan

Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Cemerlang Aspirasi Negara,
Kementerian Pendidikan Malaysia, kuala Lumpur.
Abdul Shukor Abdullah (1991), Pengurusan organisasi: Perspektif, pemikiran dan
Teori, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abraham Maslow (1943), “A Theory of Human Motivation”
Hairuddin Mohd. Ali Ph.D & Muhammad Bustaman Abdul Manaf (2009),
Perancangan Strategik Sekolah.
Hallinger P & Murphy, J (1985), Assessing the instructional management
behaviour Of principals.
Jamilah Ahmad & Yusof Boon (2010), Journal of Edupres.

17

LAMPIRAN

Lampiran A: Senarai Guru Besar SK Seri Gelugor Sepanjang Penubuhannya.

BIL NAMA TAHUN BERKHIDMAT

1 Hajjah Fatimah Bt Ibrahim 2005-2009

2 Hajjah Hamidah Bt Mohamad 2009-2011

3 Hajjah Kintan Bt Ahmad 2011-2013
4 Haji Mohd B Senek 2014-2016

5 Sharifah Asiah Bt Syed Othman 2016-2020

6 Mohd Zain B Idris 2020-kini

(Sumber : Buku Pengurusan Sekolah 2020

18

LAMPIRAN B: Keputusan Peperiksaan UPSR SK Seri Gelugor
19

Lampiran C: Rumusan Skor Operasi SKPMg2 SK Seri Gelugor
20

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

VERSI 2018 (NPQEL 2.0)

PERANTISAN 2

21

MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
VISI

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera”

22

ISI KANDUNGAN

1. Borang Analisis Persekitaran P2-1
2. Inisatif/Strategi Menggunakan Matriks Tows P2-2

3. Pemilihan Inisiatif/Strategi Berdasarkan Pemberatan P2-3

4. Pelan Intervensi Perantisan 2 NPQEL 2.0 P2-4

5. Refleksi P2-5

6. Pelaporan Mingguan P2-6

7. Senarai Semak Mentor P2-7

8. Senarai Semak Pemeringkatan Kompetensi Peserta P2-8

9. Senarai Semak Protokol Dan Etiket NPQEL Ambilan 1/2020

10. Log Kehadiran Perantisan 2

23

Lampiran D

BORANG ANALIS
Nama Peserta: MOHD ZAILANI BIN ISMAIL@CHE MAT
Kod Sekolah/Nama Sekolah: TBA2055 / SK SERI GELUGOR

ARAHAN: Borang analisis persekitaran ini mesti dilengkapkan o

ELEMEN KEKUATAN KELEMAH

Kepimpinan Berkesan S1: Guru Besar W1: 65 %
merupakan graduan Pemantauan d
(Rujuk SKKSM: NPQEL 2015 dan pencerapan pd
Pengurusan Organisasi telah menjadi guru tidak dilakukan
Pengurusan Kurikulum besar selama 5 mengikut jadu
Pengurusan HEM tahun. yang dirancan
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Kewangan) S2: Barisan W2: Skor oper
Penolong Kanan Standard 4,
merupakan SKPMg2 adala
siswazah kurang daripad
88% bagi tahu
S3: Skor operasi 2019.
Standard 1,
SKPMg2 adalah W3: SLT kuran
94.66% bagi tahun mengupayakan
2019. dalam
memantapkan
S4: Skor operasi pengurusan
Standard 2, organisasi dan
SKPMg2 adalah instruksional.
91.83% bagi tahun

D: Borang P2-1 P2-1

SIS PERSEKITARAN
No. KP: 820529-03-6227

oleh peserta berasaskan data dan maklumat

HAN PELUANG ANCAMAN ISU

dan O1: mempunyai jalinan T1: 50% ibubapa Pengurusan
dpc hubungan yang baik menyerahkan intruksional
n dengan syarikat pembelajaran anak yang tidak
al setempat kerana kepada sekolah. mencapai
ng. berdekatan dengan tahap yang
kawasan petroleum dan T2: Penglibatan ibu
rasi syarikat-syarikat yang bapa yang kurang diingini.
menguruskan industri memuaskan dalam
ah minyak. aktviti yang
da dianjurkan sekolah
un O2: berdekatan dengan
sekolah kluster dan
ng NGO setempat seperti
n MLT MEKAR, ECOCARE.

n O3: JK PIBG yang
komited dalam
membantu sekolah.

n

24

ELEMEN KEKUATAN KELEMAH

2019.

S5: Skor operasi
Standard 3.1,
SKPMg2 adalah
89.73% bagi tahun
2019.

S6: Skor operasi
Standard 3.2,
SKPMg2 adalah
95.12% bagi tahun
2019.

S7: Skor operasi
Standard 3.3,
SKPMg2 adalah
94.91% bagi tahun
2019.

S8: pengurusan
kewangan
cemerlang pada
2016 dan baik bagi
tahun 2017,2018.
(Laporan Audit
Kewangan sekolah)

Persekitaran Pengajaran S1: Sekolah TS25 W1: PeraIatan
dan Pembelajaran Kohort 5 yang tidak
Bermakna mencukupi.
S2: Naib Johan

HAN PELUANG ANCAMAN ISU

n ICT O1: 90 % murid tinggal T1: berdekatan Fizikal sekolah
berhampiran sekolah. dengan kawasan yang kurang
pembuangan sampah kondusif
O2: Sokongan menyebabkan

25

ELEMEN KEKUATAN KELEMAH

(Rujuk SKKSM: Anugerah Surau W2: Pengurus
Pengurusan Kurikulum Imarah Sekolah- PCG mata pel
Pengurusan HEM Sekolah (ASISS) kurang
Pengurusan Kokurikulum peringkat dimanfaatkan
PengurusanFizikal) Kebangsaan 2018. keperluan kuri
sekolah.
S3: Mempunyai
kemudahan makmal W3: Kehadiran
komputer, bengkel murid yang tid
RBT, Makmal Sains, mencapai 90%
PSS dan bilik khas.
W4: Fasiliti sek
S4: Kemudahan yang tidak
sukan yang memuaskan s
mencukupi. tandas yang s
rosak, atap yan
S5: Bilik darjah yang sering bocor d
mencukupi dengan sistem pepaipa
enrolmen murid. yang tidak
baik.(berdasar
S6: Mempunyai rekod laporan
kelas Pendidikan kerosakan kep
Khas PPD)

S7: Bilangan W5: Program
perjawatan guru peningkatan
mencukupi dengan pencapaian m
keperluan ABM tidak diurus se
tahun semasa. berkesan
berdasarkan d
peperiksaan se

HAN PELUANG ANCAMAN ISU

san pemegang taruh iaitu suasana
lajaran pegawai SISC+ PPD pengudaraan sekolah
menjadi busuk satu-
untuk O3: Sekolah satu masa.
ikulum berdekatan dengan
Balai polis, Balai T2: 70% murid
n Bomba dan kawasan berasal daripada
dak Perindustrian. keluarga B40 dan ibu
%. bapa menyerahkan
pembelajaran anak-
kolah anak kepada
sekolah.

seperti
sering
ng
dan
an

rkan

pada

murid
ecara

data
ekolah

26

ELEMEN KEKUATAN KELEMAH

Guru Berkualiti: S1: Guru Besar W1: 10% guru
merupakan graduan dan mengajar
(Rujuk SKKSM: NPQEL dan kurang daripad
Pengurusan Sumber Manusia siswazah. tahun.
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM S2: 90% guru W2: Skor Ope
Pengurusan Kokurikulum) berpengalaman Standard 4,
mengajar lebih 5 SKPMg2 adala
tahun ke atas. 81.79% bagi ta
2019.
S3: 91.3% guru
mempunyai ijazah. W3: Peratus M
UPSR bagi Ta
S4: 6 orang guru 2019 adalah 5
pemeriksa kertas
UPSR. W4: Peratus M
Bahasa Ingger
S5: Seorang guru (Pemahaman)
menjadi jurulatih UPSR Tahun 2
negeri pasukan adalah 70.6%
Woodball. manakala
(Penulisan) ad
S6: Penolong Kanan paling rendah
Pendidikan Khas 54.9%.
merupakan jurulatih
PdPC Pendidikan W5: 50% guru
Khas Negeri mengamalkan
Terengganu. PAK 21(data S
SKPMg2)

W6: Pr
peningkatan
PdPC guru

HAN PELUANG ANCAMAN ISU

u novis O1: Mendapat khidmat T1:Pengisian Kualiti PdPC
bantu Pegawai SISC+ Program PLC yang guru-guru
da 5 PPD dianjurkan oleh berada pada
pemegang Taruh tahap rendah
erasi O2: sekolah berdekatan tidak menepati
dengan NGO MEKAR, keperluan guru.
ah ECOCARE yang aktif
ahun membantu sekolah. T2: Ibu bapa hanya
menyerahkan
MTM O3: mempunyai Rakan pembelajaran anak-
ahun Elit yang terdiri anak kepada guru
52.94% daripada Penyarah IPG sepenuhnya.
yang mahir dalam
MTM pelaksanaan program
ris TS25.
)
2019 O4: JK PIBG yang
menyokong sekolah

dalah
iaitu

u tidak
n PdPC
Std 4,

rogram
kualiti
tidak

27

ELEMEN KEKUATAN KELEMAH

diurus d

sistematik.

Sokongan PIBG dan S1: JK PIBG yang W1: Kehadiran
Komuniti: komited bapa dalam se
program sekol
(Rujuk SKKSM: S2: Sekolah tidak mencapa
Pengurusan Hubungan Luar berdekatan dengan 60%.
Pengurusan Kurikulum syarikat minyak dan
Pengurusan HEM komuniti setempat W2: Kewangan
Pengurusan Kokurikulum) yang komited untuk PIBG sekadar
membantu sekolah mencukupi.

HAN PELUANG ANCAMAN ISU
dengan

n ibu O1: Hubungan baik T1: 30% ibu bapa Penglibatan ibu
etiap sekolah dengan tidak mampu untuk bapa pada
lah MEKAR, ECOCARE menjelaskan setiap program
ai dan syarikat swasta sumbangan PIBG yang
berdekatan dilaksanakan
n sekolah tidak
memuaskan.

28



29

Lampiran E

Merujuk Elemen Bidang Keberhasilan Intervensi, nyatakan:

Isu: Amalan PdPC PAK 21 Guru-guru Bahasa Inggeri

Matlamat: Meningkatkan Amalan PdPC PAK 21 Guru-guru B

Janakan strategi melalui TOWS Matrik.

INISIATIF/STRATEGI MENG
KEK

Dalaman S1: Guru Besar meru
2015 dan telah menja
tahun.

S2: 2 orang pemeriks

Luaran S3: 4 orang Guru Op
mencukupi.

S4: Sekolah merupak

S5: Mempunyai kemu
makmal computer.

E: Borang P2-2

P2-2

is masih tidak mencapai tahap baik
Bahasa Inggeris

GGUNAKAN MATRIKS TOWS KELEMAHAN (W)
KUATAN (S)

upakan graduan NPQEL W1: Peratus MTM UPSR bagi Tahun 2019 adalah
adi guru besar selama 5 52.94%

sa kertas bahasa Inggeris W2: Peratus MTM Bahasa Inggeris (Pemahaman)
psyen Bahasa Inggeris dan UPSR Tahun 2019 adalah 70.6% manakala
(Penulisan) adalah 54.9%.
kan Sekolah TS25 Kohort 5
udahan Bilik SAL dan W3: 50% guru tidak mengamalkan PdPC PAK
21(data Std 4, SKPMg2)

W4: Program peningkatan kualiti PdPC guru tidak
diurus dengan sistematik.

30

PELUANG (O)

O1: Mendapat khidmat bantu Pegawai SISC+ S1+S2
PPD dan pemegang taruh.
ST1: Meningkatkan
O2: sekolah berdekatan dengan komuniti
setempat seperti MEKAR, ECOCARE yang guru Bahasa Ing
sanggup membantu sekolah. pemegang taruh.

O3: mempunyai Rakan Elit yang terdiri
daripada Penyarah IPG yang sentiasa
memantau pelaksanaan program TS25.

O4: JK PIBG yang menyokong sekolah S3
ST4: Meningkatkan
ANCAMAN (T) membantu pencapaia

T1: 70 % murid berasal daripada keluarga
B40 dan ibu bapa menyerahkan
pembelajaran anak-anak kepada sekolah.

T2: Kehadiran ibu bapa dalam setiap
program sekolah tidak mencapai 60%.

Strategi 1: Meningkatkan amalan PdPC PAK 21 guru-guru Bahasa In
Strategi 2: Melaksanakan program peningkatan Bahasa Inggeris mur
Strategi 3: Memperkasakan kerjasama dengan komuniti untuk mening
Strategi 4: Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu penc
Strategi 5: Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam program sekola

S+O W+O

2+S3+O1+O2 W1+W2+O2+O4

amalan PdPC PAK 21 guru- ST2: Melaksanakan program peningkatan Bahasa
ggeris dengan sokongan Inggeris murid secara berkesan.

W3 +W4+O1+O4
ST3: Memperkasakan kerjasama dengan

komuniti untuk meningkatkan pencapaian
murid

S+T W+T

3+T1+T2 W1+T2
kesedaran ibu bapa dalam ST5: Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam
an anak-anak.
program sekolah bagi menyokong pembelajaran

anak-anak.

nggeris dengan sokongan pemegang taruh.
rid secara berkesan.
gkatkan pencapaian murid.
capaian anak-anak.
ah bagi menyokong pembelajaran anak-anak.

31

Lampiran F

PEMILIHAN INISIATIF/STRATEG

Menggunakan skala likert: 1- Amat Rendah 2-
4- Tinggi 5-

Bil Kriteria Pemilihan
1 Tahap kebolehlaksanaan proses kerja
2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab
3 Sumber kewangan dan kos pembiayaan berhemah
4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan/kelengkapan
5 Andaian keupayaan mengatasi halangan
6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai

objektif, matlamat/isu, misi dan visi
7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan
8 Rekod keberkesanan yang lepas
9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini

Jumlah S
Keputu

Senarai Inisiatif/Strategi Mengikut Keutamaan

1. Meningkatkan amalan PdPC PAK 21 guru-guru Bahasa Ing
2. Melaksanakan program peningkatan Bahasa Inggeris murid se

F:Borang P2-3

P2-3

GI BERDASARKAN PEMBERATAN

Rendah 3- Sederhana
Amat tinggi

Strategi 1 Strategi 2 Strategi 3 Strategi 4 Strategi 5
4 4 33 3
5 4 32 2
4 3 32 2
4 4 32 2
3 3 33 3

i4 4 3 2 2

5 4 32 2

4 3 22 2

4 3 32 1

Skor 37 32 26 20 19

usan 1 2 34 5

ggeris dengan sokongan pemegang taruh.
ecara berkesan.

32

3. Memperkasakan kerjasama dengan komuniti untuk meningkat

4. Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pencapai
5. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam program sekolah b


Click to View FlipBook Version