1 NAMA : AIN AS SYAHIRAH BINTI BUKHARI ANGKA GILIRAN : 2024252310049 NO. I/C : 060826-14-1868 KUMPULAN/UNIT : F2C-BM AMBILAN : OGOS 2024/2029 KOD DAN NAMA KURSUS :BMMBB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH : PN JALILAH BINTI JAMIL
Sebelum mendalami topik “Kesusasteraan dan Budaya Melayu Menterjemah Nilai Bangsa”, lebih elok jika memahami maksud kesusasteraan Melayu itu sendiri. Kesusasteraan merujuk kepada karya seni yang menggunakan susunan kata menarik dan bait-bait yang indah serta mengandungi nilai budi pekerti yang berguna untuk masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan oleh Muhamad Aniq Azlan et al. (2019, p. 92) yang menulis dalam jurnal mereka bahawa sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “castera”. Ia juga menulis bahawa sastera membawa maksud yang khusus iaitu indah, baik, dan lebih berfaedah. Dalam Islam, sastera dikenali sebagai al-adabi iaitu sastera yang datang daripada jiwa yang halus (beradab) dan bertujuan mendidik serta mengasuh hati nurani khalayak dengan nilai-nilai murni sehingga jiwa mereka turut menjadi halus dan lembut (Jamian & Radzi, 2015, p. 184) . Istilah ‘Melayu’ pula merujuk kepada nama sesuatu bangsa atau etnik. Kesimpulannya, maksud kesusasteraan Melayu secara lengkap ialah hasil karya seni bahasa dalam bentuk tulisan atau lisan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama. PENGENALAN 2
APAKAH KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU? 3 Kesusasteraan Melayu terdiri daripada prosa dan puisi. Keduaduanya mempunyai kategori iaitu karya sastera moden dan tradisional. Prosa merupakan karya sastera yang berbentuk penulisan panjang tanpa terikat dengan format-format tertentu seperti pola atau rima. Prosa juga ditulis atau disampaikan dalam bentuk cerita atau bukan cerita, sejarah atau ajaran, mengandungi pengajaran dan nilainilai murni yang berguna untuk mendidik masyarakat. Prosa moden diwakili oleh novel, cerpen, dan drama manakala prosa tradisonal terdiri daripada hikayat, sejarah, mitos atau lagenda, dan cerita rakyat. Berikut ialah contoh prosa moden dan prosa tradisional; Prosa moden (Novel) Prosa Tradisional (Cerita rakyat)
Seterusnya, puisi merupakan karya sastera yang disusun dengan keindahan bahasa, mempunyai format dan irama tertentu. Setiap jenisnya mempunyai format yang berbeza. Berikut ialah jenis-jenis puisi:- Puisi moden: terdapat sajak yang digemari oleh masyarakat Melayu pada masa kini. Puisi tradisional pula terdiri daripada pantun, syair, seloka dan gurindam. Puisi boleh disampaikan oleh seseorang secara lisan atau bukan lisan kepada orang ramai dengan cara yang menarik. Berikut merupakan contoh-contoh keratan puisi:- APAKAH KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU? 4 Tanpa syak, hayatilah sirah Lihatlah keagungan sejarah Menceritakan airmata berdarah Kisah seorang pendidik ummah Tidak goyah Tidak lemah Tidak mengalah Walau dihujani ancaman fitnah Nabi Muhammad utusan Allah Tutur kata budi bicara terserlah Menjadi teladan menjadi contoh Berkata dan berbuatlah Itulah rahsia dan hikmah Menjadi pendidik disegani ummah SAJAK PENDIDIK AGUNG nukilan: Noryusri Mansor Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan SYAIR BURUNG NURI nukilan: Rahman Kaeh 4
APAKAH FUNGSI-FUNGSI SASTERA MELAYU? 5 Setiap karya sastera yang dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya kreatif mempunyai fungsinya tersendiri. Antara fungsi bagi prosa dan puisi termasuklah:- Sebagai Hiburan kepada Masyarakat :Masyarakat Melayu pada zaman dahulu gemar mendengar, menonton atau membaca karya seni seperti syair, gurindam atau seloka sebagai alat hiburan mereka. Generasi kini juga gemar membaca karya seperti novel serta menonton drama di kaca televisyen. Contohnya, drama Imaginur karya Beto Kusyairy. Melahirkan Generasi yang Kreatif :Bidang kesusasteraan memerlukan seseorang individu bermain dengan bahasa secara kreatif bagi menarik perhatian audiens. Menurut Muhamad Aniq Azlan et al. (2019, p. 99), sastera juga merupakan nadi ilmu yang mampu membentuk jiwa yang kreatif.
APAKAH FUNGSI-FUNGSI SASTERA MELAYU? 6 Disebarkan sebagai dakwah :Karya sastera berfungsi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengingati akhirat dan mengingati Sang Pencipta. Contohnya, Syair Perahu karya Hamzah Fansuri yang isi kandungannya memberi keinsafan kepada audiens:- Salat akan nabi tali bubutannya, istigfar Allah akan layarnya, "Allahu Akbar" nama anginnya, subhan Allah akan lajunya. "Wallahu a'lam" nama rantaunya, "iradat Allah" nama bandarnya, "kudrat Allah" nama labuhannya, "surga jannat an naim nama negerinya. Menggambarkan Perasaan Pengkarya :Jikasesebuahkaryasasteradihayati denganlebihmendalam,bait-bait yangterkandungdidalamnyaakan menggambarkanemosi pengkaryanyasamaadaemosi gembira,cinta, sedih,marah, kecewa, putusasa,takutdanlain-lain. Contohnya, petikanGurindamDua BelasPasalKelimakaryaRajaAli Hajiyangmenggambarkanrasa bimbangpengkaryaterhadap manusiayangtidakmenjagaadab:- “Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa.”
APAKAH FUNGSI-FUNGSI SASTERA MELAYU? 7 Kritikan Sosial Keusasteraan digunakan sebagai alat untuk menegur atau memberi nasihat secara halus kepada masyarakat Melayu. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam bentuk gurauan (Basharuddin & Mohamad, 2014) . Contohnya seperti petikan pantun berikut; Bawa aksin terlalu indah, Ombak bersusun berlari-lari; Jika berkata yang tidak berfaedah, Terlebih baik mendiamkan diri. (Bingkisan Permata) Alat Pendidikan Murid-murid di Malaysia mempelajari kesusasteraan Bahasa Melayu dengan mendalami seni-seni dalam puisi dan prosa. Tujuan pengajaran kesusasteraan Melayu sebagai satu mata pelajaran adalah untuk melengkapkan ilmu sastera dengan harapan agar pelajar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu (Ali,2024).
8 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL Kesusasteraan Melayu menterjemah nilai bangsa dari segi pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup masyarakat.
9 Pantun Ciri-ciri Pantun Terdiri daripada 4 baris dalam satu rangkap Mempunyai rima silang (a-b-a-b) Dua baris pertama sebagai pembayang, dua baris terakhir sebagai maksud Menggunakan bahasa yang ringkas, padat, tetapi penuh makna Jenis-jenis Pantun Pantun Nasihat Mengandungi pengajaran dan nilai moral. Pantun Jenaka Mengandungi unsur lucu dan hiburan. Pantun Kasih Sayang Mengungkapkan perasaan cinta, kasih, dan rindu. Pantun Peribahasa Menggunakan unsur peribahasa untuk menyampaikan mesej mendalam. Pantun Agama dan Budi Pekerti Mengandungi unsur keagamaan dan nilai akhlak mulia. Pantun Kiasan Menggunakan perumpamaan atau kiasan untuk menyampaikan mesej secara tersirat. Bentuk- bentuk Pantun Pantun Dua Kerat. Pantun Empat Kerat. Pantun Lapan Kerat. Pantun Sepuluh Kerat. Pantun Dua Belas Kerat. Pantun Berkait.
10 Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. Kalau tuan bawa keladi, Bawakan juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Emas permata tuan buang jauh. Tinggi rumput dari padi, Padi tumbuh sekandang rusa; Sungguhlah rumput tinggi sendiri, Tidak dapat menambat kuda. PANTUN KIASAN Sumber: Buku Antalogi Baik Budi Indah Bahasa
11 Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Kiasan ASPEK PEMIKIRAN "Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu." Mengajarkan sikap berjimat cermat dan kebijaksanaan dalam memanfaatkan sesuatu benda walaupun kelihatan tidak berguna. "Sungguhlah rumput tinggi sendiri, Tidak dapat menambat kuda." Mengingatkan bahawa kelebihan tanpa kegunaan tidak membawa manfaat. ASPEK PERTUTURAN Masyarakat Melayu terkenal dengan bahasa yang indah, berlapik, dan berkias. Pantun ini menggunakan bahasa berkias untuk menyampaikan nasihat tanpa menyinggung perasaan, seperti: "Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang." Menggambarkan perasaan seseorang yang tidak dihargai menggunakan perumpamaan halus. ASPEK PERLAKUAN Pantun ini mencerminkan nilai dan adab masyarakat Melayu yang tinggi, seperti menghargai kebijaksanaan dan bersikap rendah hati: "Kalau tuan bijak bestari, Emas permata tuan buang jauh." Menyampaikan nilai bahawa kebijaksanaan lebih penting daripada harta. ASPEK GAYA HIDUP Pantun ini menggambarkan cara hidup masyarakat Melayu yang berasaskan adat dan kebijaksanaan, termasuk ekonomi berasaskan pertanian dan hubungan sosial: "Tinggi rumput dari padi, Padi tumbuh sekandang rusa." Menunjukkan bahawa pertanian seperti padi menjadi asas ekonomi dan masyarakat Melayu.
12 Syair Ciri-ciri Syair Setiap rangkap terdiri daripada empat baris Semua baris mengandungi maksud (tanpa pembayang seperti pantun) Menggunakan rima akhir sama (a-a-a-a) Bahasanya puitis dan indah Mengandungi unsur nasihat, sejarah, cinta, agama, atau pengajaran moral Jenis-jenis Syair Syair Nasihat Mengandungi pengajaran dan nilai moral untuk kehidupan. Syair Romantis Mengisahkan kisah percintaan dan kasih sayang. Syair Sejarah Mengisahkan peristiwa sejarah, peperangan, atau tokoh penting. Syair Kiasan Menggunakan perumpamaan dan sindiran secara halus. Syair Agama Berkaitan dengan ajaran Islam, tasawuf, dan ketuhanan. Syair Merupakan salah satu puisi tradisional Melayu yang bersifat berirama, berlagu, dan menceritakan sesuatu secara bersambung. Berbanding pantun yang mempunyai pembayang dan maksud, syair hanya mengandungi maksud sahaja, menjadikannya lebih berfokus pada penyampaian cerita, nasihat, atau luahan perasaan. Irama Dodoi Irama Hiasan Irama Selendang Delima Irama Narasi Irama Tok Kenali Jenis Irama Syair
13 Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri. Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Dicium kepala dengan tangisnya. Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku. Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan. Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka di manakan kekal, Habis harta badan tinggal, Laksana perahu bersauh tunggal. Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana. Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalamnya ada. SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH Penyelenggara: Dr. Anwar Ridhwan dan Profesor Rahman Shaari
14 Manifestasi Akal Budi dalam Syair Wasiat Ayahanda ASPEK PEMIKIRAN Masyarakat Melayu menitikberatkan nilai budi pekerti dan tanggungjawab dalam kehidupan; "Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka di manakan kekal." Mengingatkan bahawa tanpa kebijaksanaan, harta tidak akan bertahan lama dan akan habis tanpa manfaat. "Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa." Menunjukkan pemikiran bahawa adab dan penghormatan kepada ibu bapa adalah lebih penting daripada harta benda. ASPEK PERTUTURAN Syair ini menggunakan bahasa yang lembut dan penuh kiasan untuk menasihati anak-anak. "Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalamnya ada." Menekankan kepentingan berbudi bahasa dalam pergaulan, iaitu nilai kesantunan yang amat dihargai dalam masyarakat Melayu. Penggunaan kiasan seperti "Laksana perahu bersauh tunggal" menggambarkan keadaan seseorang yang kehilangan harta dan arah hidup. ASPEK PERLAKUAN Syair ini mengajar anak-anak supaya menghormati ibu bapa, berbudi bahasa, dan berakhlak mulia. "Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa." Menggalakkan sikap mesra dan hormat kepada orang lain, yang merupakan adat dalam masyarakat Melayu. Mengingatkan bahawa tanpa ilmu dan budi pekerti, harta tidak akan memberikan kebahagiaan. ASPEK GAYA HIDUP Gaya hidup masyarakat Melayu berlandaskan nilai-nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan. "Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda." Menunjukkan bahawa dalam masyarakat Melayu, seseorang dihormati bukan kerana kekayaan, tetapi kerana budi pekerti dan adabnya. Masyarakat Melayu juga percaya bahawa tegur sapa dan hormat-menghormati lebih utama daripada kekayaan.
15 Seloka Seloka Merupakan puisi tradisional Melayu yang berbentuk sindiran, gurauan, atau ejekan secara halus. Ia digunakan untuk menyindir perangai manusia, memberi nasihat, atau mengkritik sesuatu dengan cara jenaka. Ciri-ciri Seloka Tidak mempunyai bentuk yang tetap – boleh menyerupai pantun, syair, atau peribahasa berangkai. Mengandungi unsur sindiran, jenaka, atau ejekan. Menggunakan bahasa kiasan dan perumpamaan. Berfungsi untuk mendidik atau memberi pengajaran Jenis-jenis Seloka Seloka Sindiran Menyindir seseorang atau sesuatu perkara secara halus tetapi tajam. Seloka Jenaka Menghiburkan dengan unsur kelucuan, tetapi masih mengandungi pengajaran. Seloka Nasihat Memberi pengajaran atau peringatan dalam bentuk yang menyindir tetapi bermakna.
16 SELOKA PANDAI PAK PANDIR Pandai pandai wahai Pak Pandir Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh, tikus dibela Harta habis badan tergadai! Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang; Mendengar guruh di langit Air tempayan dicurahkan. Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkok onak Gunting makan di hujung Pak pandir juga yang menanggung.. Apa didengar gelagak dagang? Gelagak rambutan jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah tapi dia haram. Kilat memancar hujan tak lalu.. Awak juga kecundangan.... Pandai pandai wahai Pak Pandir Awak juga yang menanggung.. Perdengarkan video atau copy link di bawah https://www.youtube.com/wat ch?v=GuVmXsIQFE&list=PPSV&ab_channel =ChannelRoslanMadun
17 Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Pandai Pak Pandir ASPEK PEMIKIRAN: Seloka ini menggambarkan sikap tidak bijaksana dalam mengurus kehidupan, seperti dalam baris: Anak dipijak, dagang dijinjing Kucing dibunuh, tikus dibela Analogi yang cuba disampaikan dalam seloka ialah gambaran watak Pak Pandir yang memelihara tikus; binatang yang menjadi ancaman dalam rumah manakala kucing yang berperanan sebagai binatang peliharaan dibunuh (Jabar & Ghazali, 2021). Dalam seloka Pak Pandir jelas berlakunya kritikan kepada sikap beliau yang suka melakukan kebaikan tetapi tidak pada waktu, tempat dan orang yang sesuai. Mendengar guruh dilangit Air tempayan dicurahkan. “Mendengar guruh dilangit” membawa kepada peristiwa Pak Pandir yang tamak haloba dek kerana percaya bunyi guruh tersebut akan mendatangkan hujan yang banyak. Lalu berlaku peristiwa “Air tempayan dicurahkan” yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada dirinya. (Jabar & Ghazali, 2021). “Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkok onak" menggambarkan seseorang diberi kemanisan atau pujian di hadapan, tetapi sebenarnya sedang dianiaya. "Gunting makan di hujung" merujuk kepada pengkhianatan yang dilakukan secara halus tanpa disedari. Akhirnya, Pak Pandir sendiri yang menanggung akibatnya. ASPEK PERTUTURAN Seloka ini menggunakan bahasa sindiran dan peribahasa untuk menyampaikan teguran secara halus tetapi tajam; Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkok onak Gunting makan di hujung Pak pandir juga yang menanggung..
18 ASPEK PERLAKUAN Seloka ini mengkritik tindakan yang dilakukan tanpa pertimbangan matang; "Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah tapi dia haram." Perlakuan seperti ini menunjukkan kebiasaan masyarakat Melayu yang menegur individu yang bertindak tanpa ilmu dan kewarasan. Sindiran terhadap orang yang hanya meniru tanpa memahami maksud sebenar. "Gelagak rambutan jantan" bermaksud pokok rambutan jantan hanya berbunga tetapi tidak berbuah, sama seperti orang yang banyak cakap atau berlagak pandai tetapi tiada hasil. "Orang berbunga dia berbunga, orang berbuah tapi dia haram" menunjukkan seseorang yang hanya meniru tanpa hasil yang baik, seperti Pak Pandir yang meniru orang lain tanpa memahami faedah sebenar. Sindiran terhadap orang yang terlalu percaya pada sesuatu yang kelihatan menjanjikan tetapi akhirnya kecewa. "Kilat memancar hujan tak lalu" bermaksud sesuatu yang kelihatan menjanjikan tetapi tidak menjadi kenyataan. ASPEK GAYA HIDUP Seloka ini mencerminkan gaya hidup masyarakat Melayu yang menekankan kebijaksanaan dalam tindakan dan keputusan; "Kilat memancar hujan tak lalu, Awak juga kecundangan." Masyarakat Melayu sejak dahulu menekankan nilai kebijaksanaan dan kehati-hatian dalam menjalani kehidupan, agar tidak terperangkap dalam kesilapan yang merugikan diri sendiri.
19 Gurindam Ciri-ciri Gurindam Setiap rangkap terdiri daripada dua baris Mempunyai rima akhir yang sama (a-a) Baris pertama ialah sebab, baris kedua ialah akibat Mengandungi unsur nasihat, agama, dan falsafah kehidupan Gurindam Menurut Raja Ali Haji, gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu yang terdiri dari dua baris yang berpasangan, bersajak atau berima dan memberikan idea yang lengkap atau sempurna dalam pasangannya (Idris, 2015). Jenis-jenis Gurindam Gurindam Falsafah Mengandungi pandangan hidup dan kebijaksanaan. Gurindam Kegamaan Berkaitan dengan ajaran agama dan ketuhanan. Gurindam Nasihat Memberi pengajaran atau peringatan tentang kehidupan dan adab.
20GURINDAM 12 PASAL YANG KETUJUH Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta. Apabila banyak berlebih-lebihan suka, itulah landa hampirkan duka. Apabila kita kurang siasat, itulah tanda pekerjaan hendak sesat. Apabila anak tidak dilatih, Jika besar bapanya letih. Apabila banyak mencela orang, itulah tanda dirinya kurang. Apabila orang yang banyak tidur, sia-sia sahajalah umur. Apabila mendengar akan khabar, menerimanya itu hendaklah sabar. Apabila menengar akan aduan, membicarakannya itu hendaklah cemburuan. Apabila perkataan yang lemah-lembut, lekaslah segala orang mengikut. Apabila perkataan yang amat kasar, lekaslah orang sekalian gusar. Apabila pekerjaan yang amat benar, tidak boleh orang berbuat onar. karya Raja Ali Haji
Manifestasi Akal Budi dalam Gurindam Dua Belas 1 ASPEK PEMIKIRAN Masyarakat Melayu menekankan kebijaksanaan dalam bertutur dan bertindak. "Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta." Mengajar bahawa bercakap berlebihan boleh membawa risiko kepada pembohongan dan fitnah. "Apabila kita kurang siasat, itulah tanda pekerjaan hendak sesat." Menunjukkan kepentingan berfikir sebelum bertindak dan menyelidik sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. 2 ASPEK PERTUTURAN Masyarakat Melayu mengutamakan tutur kata yang baik dan beradab. "Apabila perkataan yang lemah-lembut, lekaslah segala orang mengikut." Menunjukkan bahawa kata-kata yang baik boleh menarik orang untuk mendengar dan mengikuti nasihat. "Apabila perkataan yang amat kasar, lekaslah orang sekalian gusar." Mengingatkan bahawa percakapan yang kasar boleh menyakitkan hati orang lain dan menimbulkan permusuhan. 3 ASPEK PERLAKUAN 4 ASPEK GAYA HIDUP 21 Gurindam ini mengajarkan nilai kesopanan, kesabaran, dan disiplin dalam kehidupan seharian. "Apabila banyak mencela orang, itulah tanda dirinya kurang." Masyarakat Melayu tidak menggalakkan sikap suka mencela orang lain kerana itu mencerminkan kelemahan diri sendiri. "Apabila orang yang banyak tidur, sia-sia sahajalah umur." Menekankan kepentingan rajin berusaha dan tidak membuang masa dengan perkara yang membuang waktu. Gaya hidup masyarakat Melayu berasaskan nilai-nilai kesederhanaan, keadilan, dan kejujuran. "Apabila anak tidak dilatih, jika besar bapanya letih." Mengingatkan ibu bapa tentang kepentingan mendidik anak sejak kecil supaya mereka menjadi insan yang berguna. "Apabila pekerjaan yang amat benar, tidak boleh orang berbuat onar." Menunjukkan bahawa kejujuran dan kebenaran adalah asas kehidupan yang harmoni.
22 KESIMPULAN Kesusasteraan Melayu bukan hanya berfungsi sekadar hiburan, tetapi juga sebagai medium pendidikan, komunikasi, dan penyebaran nilai budaya. Ia mengandungi pelbagai bentuk karya seperti pantun, syair, seloka, dan gurindam yang mencerminkan pemikiran, pertuturan, perlakuan, dan gaya hidup masyarakat Melayu. Fungsi utama kesusasteraan Melayu adalah untuk menyampaikan nilai moral, memperkukuh identiti bangsa, serta mengeratkan hubungan sosial. Ia juga menjadi cerminan akal budi masyarakat yang menitikberatkan kebijaksanaan, kesopanan dalam bertutur, nilai-nilai murni dalam kehidupan, serta budaya hidup yang harmoni. Kesusasteraan Melayu perlu terus dipelihara agar warisan ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang dan kekal relevan sepanjang zaman.
RUJUKAN 23 Jamian, M. N., & Radzi, S. B. M. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis (Traditional Malay Literature as a Medium of Mass Communication: An Analysis). Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, 31(2), 183. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2015- 3102-12 Muhamad Aniq Azlan, Mohd Syuhaidi Abu Bakar, & Universiti Teknologi MARA, Malaysia. (2019). Persepsi dan motivasi khalayak untuk membaca karya sastera dalam akhbar bercetak (Perception and Audience Motivation to Read Literature Section in the Print). Forum Komunikasi, 14(2), 91–115. Basharuddin, N. A., & Mohamad, H. (2014). Interpretasi Pantun daripada Perspektif Semiotik. Jurnal Linguistik, 18(1). http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34240/ Ali, A. H. (2024). Kesusasteraan Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Pendeta Journal of Malay Language Education and Literature, 27–34. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.fa.3.2024 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). (2016). Buku Teks Antalogi Baik Budi, Indah Bahasa Tingkatan 2. Arah Pendidikan Sdn Bhd. Wan Junaida (2021, July 15). Antologi Baik Budi Indah Bahasa-1-72 - Membalik buku halaman 51-72. https://anyflip.com/zuvkr/mzfb/basic/51-72 Channel Roslan Madun. (2021, April 22). Roslan Madun (Malaysia) Seloka Pak Pandir [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=GuVm-XsIQFE Jabar, N. A., & Ghazali, M. F. M. (2021). Komunikasi Bahasa Sindiran dalam Seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, 37(1), 363–378. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2021-3701-21 Idris, Z. (2015). Komunikasi moral lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji (Communicating Moral Values in Raja Ali Haji’s Gurindam Dua Belas). Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, 31(2), 601–616. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2015-3102-34 Khlil, S. N. A. (2021, September 21). Irama dan Dendangan Syair. Tunas Cipta. https://tunascipta.jendeladbp.my/2021/09/21/1488/