AIR
MATA
DALANG
CERPEN KARYA:
RAHIMIDIN ZAHARI
BUKU :
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Pak Yasok yang
meminati wayang kulit. Pak Yasok mempunyai 3
orang iaitu ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Pak
Yasok merupakan tok dalang wayang kulit. Dia
juga pandai bermain beberapa alatan muzik dan
pandai membuat patung wayang kulit. Pak Yasok
tinggal bersama isterinya iaitu Mak Esah di
kampungnya. Pak Yasok sangat terasa hati
dengan kata-kata menantunya iaitu Faezah.
Menantunya tidak suka dengan pekerjaan yang
dilakukan oleh Pak Yasok dan menanggap
pekerjaan Pak Yasok berdosa.
sambungan
Suatu hari Nora dari Kuala Lumpur datang
ke rumah Pak Yasok untuk mempelajari ilmu
pendalangan bagi melengkapkan kajiannya.
Selama tiga bulan Nora belajar ilmu
pedalangan dari Pak Yasok. Setelah Nora
benar-benar mewarisi ilmu pendalangan,
Pak Yasok membuat upacara
memperlimaukan anak muridnya. Semua
orang kampung termasuk ayah, mak Nora
dan anak-anak Pak Yasok datang melihat
upacara tersebut.
TEMA
Tradisi wayang kulit semakin
dipinggirkan masyarakat.
PERSOALAN
1. Persoalan tentang warisan wayang kulit
yang semakin dipinggir.
Warisan wayang kulit semakin dipinggir.
Sudah berpuluh murid Pak Yasok
mempelajari ilmu tersebut namun tiada
sesiapa pun meneruskan tradisi tersebut.
2. Persoalan tentang kerinduan cucu
terhadap datuk dan neneknya.
Cucu Pak Yasok selalu menelefon Pak Yasok
dan Mak Esah bertanyakan tentang
kesihatan datuk dan nenek mereka.
3. Persoalan tentang kegigihan mencari
rezeki.
Nora dari Kuala Lumpur gigih mempelajari
ilmu pendalangan daripada Pak Yasok
selama 3 bulan
GAYA BAHASA
1. Personafikasi
> Patung Bola yang garang
dan jahat itu diangkatnya. (m/s
77)
> Matahari yang masih malu-
malu itu memercikkan sinar
cahaya kecil yang jatuh di atas
daun-daun yang masih lembap
dan basah. (m/s 80)
2. Metafora
> Tangan tua Pak Yasok
berhenti memahat, tiba-tiba air
matanya berkaca. (m/s 77)
3. Sinkof
> Yang tak ada itulah, kita kena
adakan, pak cik.” (m/s 81)
WATAK DAN
PERWATAKAN
PAK YASUK
- Mempunyai 3 orang anak.
- Mahir dalam membuat
patung wayang kulit.
- Meminati wayang kulit.
- Mudah terasa hati.
- Merupakan tok dalang
wayang kulit.
- Mencari rezeki dengan
menjadi pengukir patung
wayang kulit dan menjadi
tok dalang.
- Peramah.
- Tidak kedekut ilmu.
NORA
- Tinggal dan belajar di Kuala
Lumpur.
- Membuat kajian mengenai
wayang kulit.
- Gigih menuntut ilmu.
- Belajar ilmu pedalangan
daripada Pak Yasok.
- Pandai Menari.
- Rajin belajar ilmu pendalangan
setiap hari.
FAEZAH
- Menantu kepada Pak
Yasok.
- Isteri kepada Ustaz Sauki.
- Tidak suka anaknya
menjadi tok dalang.
- Menganggap pekerjaan
Pak Yasok berdosa.
- Malu dengan Pak Yasok.
PLOT
1. Permulaan
Pak Yasok merupakan tok
dalang wayang kulit. Pak
Yasok mempunyai 3 orang
anak iaitu ustaz Sauki, Sulida
dan Naemah. Dia tinggal
bersama dengan isterinya
Mak Esah di kampuang.
Menantunya iaitu Faezah
tidak menyukai anak-anaknya
tinggal bersama dengan Pak
Yasok kerana dia tidak suka
anaknya mengikuti jejak Pak
Yasok sebagai tok dalang.
2. Perkembangan
Pak Yasok pandai dalam
mengukir patung wayang
kulit dan bermain alatan
muzik. Antara alatan muzik
yang Pak Yasok pandai
bermain iaitu gendang ubi,
gendang anak, tetawak dan
kesi. Pak Yasok akan
memahat belulang
patungnya di meja kerjanya.
Pak Yasok percaya kepada
petua-petua pendalangan
yang dipelajarinya melalui
guru wayangnya, iaitu
Dalang Tok Ali.
3. Perumitan/ konflik
Pak Yasok amat terasa hati dengan kata-kata
menantunya iaitu Faezah yang mengatakan
bahawa pekerjaan yang Pak Yasok buat berdosa.
Pak Yasok amat terasa dengan penghinaan
tersebut menyebabkan Pak Yasok marah
terhadap menantunya. Faezah pula amat malu
akan perbuatannya itu sehinggakan tiap kali cuti
dia tidak pernah pulang ke rumah mentuanya.
4. Klimaks
Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak
Yasok untuk menuntut ilmu pendalangan bagi
melengkapkan kajiannya. Selama 3 bulan Nora
belajar segala ilmu yang diperturunkan oleh Pak
Yasok kepadanya.
5. Peleraian
Setelah 3 bulan Nora
menuntut ilmu pendalangan
tersebut, Pak Yasok membuat
malam memperlimaukan anak
muridnya. Semua orang
kampung hadir untuk melihat
sendiri upacara tersebut
dilakukan termasuklah ibu
bapa Nora. Anak-anak Pak
Yasok juga pulang ke
kampung termasuklah
menantu Faezah yang
sesampainya terus menyalami
tangan Pak Yasok.
LATAR
LATAR TEMPAT
•- Di atas beranda rumah tua
perabung lima
•- Serambi rumah Pak Yasok
•- Meja kerja Pak Yasok
•- Bangsal wayang
•- Halaman umah
LATAR MASA
•- Sewaktu hujan turun tanpa
henti
•- Selepas solat Isyak
•- Sewaktu cuti
•- Beberapa minit kemudian
•-Setiap hari selama 3 bulan
•- Malam memperlimau
LATAR
MASYARAKAT
•- Masyarakat yang meminati
wayang kulit
•- Masyarakat kampung
•- Masyarakat bandar
•- Masyarakat yang
menghormati orang tua
•- Masyarakat yang
mementingkan agama
TEKNIK PLOT
Pemerian
Hujan turun tanpa hentinya. Air mula
berladung di mana-mana. Pak Yasok
kesejukan di atas beranda rumah tua
perabung lima. Hujan terus turun dan
turun tanpa ada petanda akan berhenti.
Imbas kembali
Dia teringatkan kata-kata menantunya
yang ustazah itu.
“Ayah berhentilah buat kerja yang sia-
sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah
buat tu akan minda nyawa di akhirat
kelak. Kerja ayah ini kerja dosa...
Monolog dalaman
Siapakah yamg ke mari dalam hujan-
hujan begini? Berdetik di dalam hati kecil
Pak Yasok.
Monolog
“Sauki pun tak patut membiarkan
isterinya yang menasihati aku, bisik Pak
Yasok.
‘Ah, lamunanku terlalu jauh,’ getus Pak
Yasok.
Dialog
“Nora nak jadi dalang?”
“Ya, kalau pak cik sanggup mengajarnya.”
NILAI
1. Nasihat
2. Kasih sayang
3. Hormat menghormati
4. Berkongsi ilmu
MESEJ DAN
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah pandai
menasihati orang lain agar
tidak mengguriskan perasaan
mereka.
2. Kita mestilah gigih
menuntut ilmu demi masa
depan kita.
3. Kita mestilah mempunyai
sifat kasih sayang terhadap
ibu bapa.
4. Kita seharusnya berkongsi
ilmu yang ada pada diri
kepada orang lain.
Kredit video
youtube cerpen :