The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24018187, 2020-10-07 22:05:40

KAJIAN TINDAKAN FINAL

KAJIAN TINDAKAN FINAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN “TEKNIK e-Mas” DALAM TOPIK
REKABENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN DALAM TEMPOH PKP

COVID-19

DISEDIAKAN OLEH :
MAZLINA BINTI YAHYA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM

KM 72, JALAN JOHOR,
86200 KLUANG , JOHOR.

KANDUNGAN MUKA SURAT

Abstrak ii
iii
Penghargaan 1-2
3
1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 3
3
2.0 Isu keprihatinan//Fokus kajian 3-4

3.0 Objektif kajian 6-8

4.0 Kumpulan sasaran 9
8-14
5.0 Pelaksanaan kajian
5.1 Tinjauan masalah 15-16
5.1.1 Temubual
5.1.2 Ujian Pra 17
18
5.2 Analisis tinjauan masalah 19-22
5.2.1 Analisis Temubual
5.2.2 Analisis Ujian Pra

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.4 Pelaksanaan tindakan dan Pemerhatian
5.4.1 Aktiviti 1 : PKP-Elemen-Modul dan e-Pembelajaran
5.4.2 Aktiviti 2 : PKPP: Elemen-AR dan Sosial
5.4.3 Aktiviti 3 :PKPP: Gallery Walk& Ujian Pos

5.5 Refleksi Kajian Tindakan
i) Refleksi kajian terhadap murid
ii) Refleksi kajian terhadap guru
Refleksi Keseluruhan

6.0 Cadangan kajian seterusnya

Bibliografi
7.0 Lampiran

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar Tingkatan 3C semasa PKP Covid-19 yang difokuskan kepada tajuk
Rekabentuk sebagai Instrumen Pemasaran. Seramai 15 orang pelajar Tingkatan 3C dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada
“Teknik e-Mas”. Teknik e-Mas bermaksud e iaitu electronic, M membawa maksud
mobile dan modul, a membawa maksud augmented reality dan S bermaksud sosial.
Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah mengikuti
pembelajaran ekoran daripada Covid-19 yang melanda negara, PKP telah berlaku dan
kelas tidak dapat berjalan seperti biasa. Hasil tinjauan menunjukkan murid dapat
menjawab soalan di dalam buku modul(aras rendah) namun murid tidak mahir dalam
memilih kaedah rekabentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk(aras
tinggi). Dua sesi PdPc telah dijalankan melalui “Teknik e-Mas”. Kajian ini menggunakan
kaedah mix method bagi menganalisis data di mana menggunakan kaedah pengujian
secara kualitatif dan juga kuantitatif. Kualitatif dalam menafsir maklumat temubual dan
kaedah pemerhatian manakala kuantitatif dalam menafsir satu set soal selidik sebagai
instrumen kajian mendapati bahawa murid-murid menunjukkan menghadapi masalah
pembelajaran semasa PKP seperti tiada peranti laptop dan komputer, namun, semua
mempunyai akses kepada talian telefon serta internet dengan data yang minima dan
membolehkan PdPc semasa cuti sekolah berlaku dengan menggunakan modul dan e-
pembelajaran menggunakan google form. Selepas pasca covid-19, naik ke sekolah, guru
melakukan langkah inventif dengan menggunakan Teknik e-Mas. Hasil gabungan
Teknik ini, murid berjaya memperolehi markah yang lebih baik iaitu Ujian pra
menunjukkan GP adalah 4.5 dan Ujian Pos adalah 2.06. Analisa keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan secara keseluruhan bagi tajuk ini. Sehubungan dengan itu,
diharap kajian ini dapat menyumbang sedikit keilmuan dan berkongsi pengalaman dalam
amalan PdPc semasa PKP-Covid-19 serta boleh digunakan di dalam topik lain semasa
mengulangkaji pelajaran.
Kata kunci : Kajian Tindakan, Covid-19, RBT, Rekabentuk sebagai Instrumen
pemasaran

ii

Penghargaan

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim dan syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah dan kurnia serta izinNya dapat saya menyempurnakan Kajian Tindakan ini.
Melalui ruang yang terbatas ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Pihak Pentadbir sekolah terutama kepada Tuan Haji
Mohamed Yusope kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk membuat kajian ini.
Terima Kasih juga diucapkan kepada mantan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah
Simpang Rengam iaitu En Ibrahim bin Abu Bakar kerana telah memantau tugasan yang
diberikan kepada pelajar dan membuat jadual HBL semasa PKP, itu amat membantu para guru
dalam merangka tugasan kepada kepada pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Sokiah
binti Siren kerana telah memberikan saya peluang untuk melakukan kajian ini serta GKMP saya
iaitu Puan Mazilina binti Minhat yang memberikan tunjuk ajar di dalam membuat kajian tindakan
ini. Terima Kasih juga kepada semua para pentadbir SMKSR yang telah banyak membantu
menjayakan kajian tindakan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada suami saya iaitu
Tuan Haji Lokman Akim bin Sadikin yang banyak sangat membantu saya di dalam membuat
kajian tindakan ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada pelajar 3C (15 orang pelajar) yang
telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih dituju kepada JKD RBT Kluang yang memberikan bimbingan terutama
Tuan haji Hamsam, seterusnya rakan baik saya iaitu Puan Latifah binti Ahmad, Puan Fazni
Shuhada, Puan Hairun Neesa binti Idris serta Puan Norzihan yang telah memberi contoh kajian
tindakan yang baik untuk saya rujuk semasa melaksanakan kajian ini. Akhir sekali terima kasih
ini dirakam khas untuk rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung yang telah memberi kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan
kajian ini. Terima kasih dan semoga Allah S.W.T. membalas budi kalian.

iii

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya berpengalaman mengajar selama 11 tahun, dan sebelum ini saya mengajar subjek
Kemahiran Hidup. Saya baru mengajar subjek RBT selama 3 tahun. Saya pernah mendapat
Guru Inovatif ICT peringkat daerah Petaling Jaya, Selangor di dalam P&P pada tahun 2011 iaitu
pada tahun ketiga saya mengajar subjek Kemahiran Hidup. Saya sentiasa berusaha membuat
dan mengumpul bahan BBM bagi memperbaiki P&P saya. Saya juga mempunyai laman web
iaitu mazlinayahya.webs.com yang mempunyai nota serta bahan bagi pelajar mengulangkaji
pelajaran jika murid saya kehendaki.

Saya menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran sewaktu Covid-19 melanda negara
kerana saya tidak dapat bertemu anak murid saya secara bersemuka. Saya mengakui
kelemahan saya yang begitu selesa menggunakan kaedah secara bersemuka sahaja sebelum
ini kerana tidak menghadapi masalah yang kritikal menggunakan kaedah itu dan pelajar saya
dapat mengikuti PdPc dengan baik kerana saya berada di hadapan pelajar tersebut membantu
dan tiada keperluan bagi saya menghasilkan bahan pengujian secara online kerana objektif
saya telah tercapai melalui pengajaran di dalam kelas dan secara bersemuka sahaja, lagipun
saya ada website PdPc. Apabila PKP, saya menghadapi masalah PdPc yang kritikal yang
bermula apabila sekolah ditutup dan saya kurang bersedia dalam pengajaran secara online
bersama anak murid saya. Pada awalnya saya berasa seperti kejutan budaya di dalam PdPc
saya apabila tidak ke sekolah untuk mengajar. Saya ingin membuat kelas secara online
bersama murid saya, namun murid saya menghadapi masalah untuk melihat mengikuti sesi
pembelajaran secara online kerana ia yang menggunakan data yang banyak dan mereka tidak
mempunyai peranti yang sesuai pada awal PKP. Majoriti pelajar terkesan dengan masalah
tiada data yang banyak jika saya membuat sebuah video untuk mengajar mereka, mereka tiada
data, maka saya memilih medium yang mudah diakses oleh anak murid saya. Mereka juga
menghadapi masalah untuk mengakses ke kelas zoom serta google meet kerana mereka tidak
mempunyai talian internet yang tidak mencukupi untuk mendapatkan data serta peranti yang
sesuai. Ini bertepatan dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Mohd Azizee,2020 dalam berita
harian yang menyatakan bahawa tidak semua pelajar boleh menerima cara pembelajaran
dalam talian, masih ada lagi pelajar yang perlu bimbingan secara konvensional untuk mereka
lebih mudah memahami. Yang penting kita hendak memastikan pelajar itu tidak hilang
semangat untuk menimba ilmu, begitu juga guru tidak hilang semangat untuk menyampaikan
ilmu. (Mohd Azizee, 2020). Perkara ini berlaku pada anak murid saya di mana mereka
memerlukan bimbingan kerana masih baru dengan penggunaan teknologi di dalam PdPc.

1

Saya harus melakukan sesuatu untuk menilai tahap pencapaian anak murid saya. Oleh kerana
itu, saya membuat kajian tindakan ini bagi mendokumentasi PdPc yang telah saya lakukan di
waktu PKP, namun di dalam kajian ini, saya memfokuskan topik Rekabentuk sebagai Instrumen
Pemasaran walaupun saya membuat juga bahan bagi tajuk lain dan telah disebar luas ke
seluruh Malaysia sewaktu PKP. Selepas murid ke sekolah, saya melakukan langkah inventif
bagi mengatasi masalah pembelajaran anak-anak murid saya dalam tajuk ini.
2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Berdasarkan data google form yang dianalisa, murid saya masih tidak menguasai sepenuhnya
topik rekabentuk sebagai instrumen pemasaran, apa yang saya lakukan selepas covid 19, saya
mendapati murid menghadapi masalah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
sewaktu PKP sewaktu sekolah ditutup. Ini adalah kerana apabila sekolah ditutup secara tiba
tiba berikutan Covid-19 melanda, murid saya harus menggunakan teknologi dan mereka tidak
didedahkan mengenai penggunaan teknologi di dalam PdPc sebelum ini seperti google
classroom dan lain-lain, ia menjadi suatu permasalahan serta kejutan bagi mereka. Dengan
kehadiran guru secara bersemuka, murid dapat belajar dengan jauh baik kerana guru akan
banyak menyoal pelajar membuatkan murid berfikir dan menggunakan pelbagai gerak tangan
serta 5 deria seperti yang membantu PdPc, namun ia tidak dapat dilakukan sewaktu Covid-19
semasa sekolah ditutup. Saya memilih topik Rekabentuk sebagai Instrumen pemasaran kerana
melalui ujian (google form) yang saya lakukan, murid keliru mengenai jenis pemasaran kerana
saya belum mengajar topik ini lagi, saya memberikan bahan serta latihan secara online sahaja.

2

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian dan persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan mengatasi masalah P&P apabila sekolah ditutup dan intervensi yang
dilakukan selepas sekolah dibuka di dalam topik Rekabentuk sebagai Instrumen
Pemasaran.

3.2 Objektif Khusus

1. Mengenalpasti tahap pencapaian pencapaian formatif murid belajar secara kendiri
semasa PKP menggunakan buku modul dalam tajuk rekabentuk sebagai instrumen
pemasaran.
2. Mengenalpasti tahap pencapaian sumatif murid dengan penilaian menggunakan e-
pembelajaran (google form) dalam tajuk rekabentuk sebagai instrumen pemasaran
3. Meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Rekabentuk sebagai Instrumen
Pemasaran selepas Pasca Covid-19 dengan menggunakan analisis Ujian Pra dan Pos.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 15 orang murid tingkatan 3C yang terdiri daripada 9 orang
lelaki dan 6 orang perempuan. Kelas ini terdiri daripada 9 orang Melayu, 4 cina dan 2 orang
India. Kelas ini merupakan kelas ke tujuh daripada keseluruhan sepuluh kelas tingkatan 3.
Kumpulan sasaran ini merupakan kumpulan yang heterogenious yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang serta mempunyai pencapaian yang sederhana di dalam semua subjek.

5.0 TINDAKAN KAJIAN

Tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah yang timbul
adalah sekolah telah ditutup dan berada di norma baru PKP-Covid. Saya perlu membuat bahan
yang sangat menarik perhatian anak murid saya untuk belajar. Setelah membuat pemerhatian
dan mengenal pasti punca permasalahan murid untuk mengakses kepada pembelajaran ekoran
sekolah ditutup, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Teknik e-Mas sebagai
cara penyelesaian masalah. Teknik ini diambil daripada nama panggilan saya iaitu Mas. Dari
segi istilah, teknik ini didefinisikan sebagai e-electronic di mana saya menggunakan google
form dan juga laman web yang saya bina, M iaitu mobile dan juga modul, saya lebih
menggunakan peranti telefon kerana tidak semua murid saya mempunyai laptop atau
Komputer. Mobile adalah penggunaan whatsapp dan juga telegram di mana semua murid kelas
saya mempunyai akses di sana. A-Augmented Reality, saya menggunakan aplikasi plickers
yang merupakan contoh teknologi augmented reality dijadikan permainan sebagai permulaan

3

untuk teknologi ini, saya telah menginovasikan kad plickers tersebut kepada kad yang lebih
senang dipegang dan pelajar tidak keliru untuk memegang jawapan, dan S iaitu sosial di mana
saya melantik ketua kumpulan yang aktif bagi membimbing rakan. Saya menggunakan elemen
konstruktivisme dan Inkuiri bagi aktiviti di atas.

5.1 Tinjauan Masalah
Masalah utama semasa tempoh PKP adalah sekolah ditutup dan pembelajaran adalah secara
atas talian sahaja. Guru telah membuat bahan pembelajaran bagi membantu murid belajar di
rumah. Berikut merupakan langkah yang telah diambil guru bagi mengatasi masalah
pembelajaran kerana sekolah ditutup (Rujuk Aktiviti). Guru telah membuat bahan bagi setiap
topik bagi tingkatan 3 secara online memandangkan guru mengajar Tingkatan 3. Guru memilih
menulis kajian tindakan bagi Bab 3 memandangkan topik ini belum dipelajari oleh murid.

5.1.1 Borang Senarai Semak Penghantaran Modul
Saya telah menyemak buku modul yang dibuat oleh murid pada 21 Julai 2020, murid
menyiapkan tugasan di dalam buku modul. Perbincangan dilakukan dan murid harus membuat
pembetulan.

5.1.2 Ujian Pra

Pelajar yang telah membuat tugasan menghantar buku modul yang telah dibuat sejurus selepas
naik persekolahan. Ujian pra yang saya ambil adalah data yang diperolehi daripada google
form yang dibuat pelajar semasa tempoh PKP. (Rujuk Lampiran).

5.1.3 Soal Selidik

Saya telah mengedarkan soal selidik bagi mendapatkan “root cause” bagi permasalahan yang
wujud bagi P&P saya. (Rujuk lampiran bagi melihat soal selidik yang diedarkan).

4

5.1.4 Temubual
Saya telah menemubual beberapa orang pelajar di dalam kelas 3C

Soalan saya adalah seperti berikut
1. Adakah modul yang cikgu buat membantu awak di dalam belajar semasa PKP?
2. Adakah awak baca buku dan buat modul seperti yang cikgu suruh kemudian baru menjawab
soalan kuiz bab rekabentuk sebagai instrumen pemasaran?
3. Adakah awak ingin membuat ulangkaji bagi topik ini?
4. Kamu suka cikgu buat ulangkaji bagaimana?
5. Apa yang membuatkan awak suka datang ke sekolah?

5.1.5 Pemerhatian
Melalui pemerhatian saya, beberapa respondan kajian saya ini juga mempunyai motivasi serta
keyakinan diri yang rendah. Sebagai contohnya, mereka tidak suka bertanyakan soalan dan
hanya gemar menyalin sahaja. Murid-murid ini juga terlalu pasif dari segi komunikasi, pergaulan
mahupun psikomotor. Mereka tidak gemar menjawab soalan sehingga menyukarkan guru untuk
berkomunikasi dengan mereka dan mengetahui sama ada mereka faham atau tidak PdPc.
Hasil daripada data-data permasalahan yang wujud, saya perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran saya bagi menarik minat golongan pelajar dari pelbagai kaum, budaya serta
heterogenous bagi mereka mencapai pencapaian yang baik dalam subjek RBT.

5

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisis penghantaran buku (selepas PKP)

Murid L1 L2 L3 L4 L5 L6 L7 L8 L9 P1 P2 P3 P4 P5 P6
Hantar / / / / / / / / / / / / / / /
Modul

5.2.2 Analisis semakan buku latihan pelajar

Semakan latihan 3.1 Semakan latihan 3.2 Semakan latihan 3.3 Semakan latihan 3.4
13/15 dapat 13/15 dapat 7/15 dapat
menjawab menjawab menjawab 0/15 dapat
menjawab

Hasil semakan semasa dan selepas PKP, masalah PdPc guru adalah murid tidak dapat
menguasai tajuk 3.4. Item ini adalah soalan jenis aras tinggi, maka satu intervensi harus
dilakukan bagi mengatasi masalah PdPc.

5.2.3 Analisis Ujian Pra

Graf 1.0: Graf pencapaian pelajar bagi topik rekabentuk sebagai instrumen pemasaran.

Graf di atas menunjukkan markah bagi pelajar 3C bagi tajuk Bab 3 yang mereka belajar secara
sendiri dan membuat pengujian bab 3. GP bagi tajuk ini adalah 4.5 bagi Ujian Pra. 8 orang
pelajar kelas ini gagal dalam tajuk ini. Pelajar kelas ini merupakan pelajar di dalam kelas
sederhana dan mendapat markah yang sederhana bagi semua subjek. guru cuba untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek RBT.

6

5.2.3 Analisis soal selidik

Melalui borang soal selidik, pelajar saya 2 orang mempunyai peranti laptop atau komputer
manakala murid yang mempunyai telefon bimbit peribadi adalah 13 orang pelajar, hanya 2
orang pula tiada talian telefon sendiri dan pelajar ini meminjam telefon bimbit ibu ayah mereka,.
Penggunaan Modul serta kuiz secara online adalah medium yang baik untuk mereka.

5.2.4 Analisis Temubual

1. Ketiga-tiga pelajar menjawab modul guru membantu belajar di rumah, mereka buat apa
yang guru suruh, ibu ayah mereka menyuruh mereka menyiapkan kerja yang guru bagi,
ada yang menjawab mesti nak buat sebab adalah tanggungjawab pelajar belajar dan
seorang lagi menjawab dia bosan semasa PKP, dan ada yang menjawab tiada telefon
bimbit, dan perlu meminjam telefon bimbit ibu dan ayah, lagipun pelajar tersebut
mempunyai adik lagi yang perlu buat kerja sekolah, apabila ada modul, katanya boleh
belajar.

2. Seorang pelajar menjawab, Ya, saya telah baca dan buat modul sebelum jawab soalan
namun ada soalan yang susah dan saya tak dapat jawab. Pelajar kedua menjawab saya
tak tahu cikgu, dan pelajar ketiga menjawab saya ingat saya dah cuba tapi itu soalan
banyak susah cikgu.

3. Ketiga-tiga murid ingin buat ulangkaji bab ini.
4. Pelajar pertama berkata suka buat ulangkaji apabila ada makanan, pelajar kedua lagi

menjawab cikgu saya suka ulangkaji bila ada permainan dan pelajar ketiga menjawab
saya suka belajar bila ada muzik cikgu.
5. Ketiga-tiga murid tersebut menyebut suka datang ke sekolah untuk berjumpa dengan
kawan-kawan.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.3.1 Aktiviti 1 (Semasa PKP)

Langkah 1 : Pengajaran Awal

Pada Fasa pertama PKP, iaitu pada 18-31 Mac 2020, sekolah telah ditutup. Pada waktu ini,
sekolah kami mempunyai talian whatsapp kelas. P&P dapat diteruskan dengan kerjasama
Pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga anak murid itu sendiri. Pada tarikh 24 Mac 2020, guru
telah membuat permainan melalui aplikasi quizizz dan murid dapat bermain sambil
mengulangkaji pelajaran matapelajaran RBT.

7

Arahan yang diberikan kepada murid Soalan Kuiz yang berbentuk permainan
yang telah dijawab oleh anak murid dan
telah dijawab oleh guru serta murid di
seluruh Malaysia adalah sebanyak
4, 299 orang yang telah menjawab serta
membuat kuiz ulangkaji RBT. Purata
markah yang diperolehi adalah 56%.

Pada tarikh 26 Mac 2020, guru telah memberikan tugasan di iaitu mengulangkaji soalan
tingkatan 1 dan 2 yang dimuatkan di dalam modul, terdapat nota kilas bagi membantu
murid mengingat kembali apa yang dipelajari dan kemudian menjawab soalan tingkatan
1 dan 2.

Guru memberikan tugasan supaya murid
mengulangkaji RBT tingkatan 1 dan 2, di dalam
buku modul terdapat Nota bagi tingkatan 1 dan
2 yang boleh dibaca, dihafal dan kemudian
murid boleh menjawab soalan peperiksaan
RBT tingkatan 1 dan 2 di mana soalan tersebut
adalah daripada sekolah lain yang telah
dikongsikan dan dimasukkan di dalam buku
modul. Ia boleh digunakan oleh murid bagi
mengulangkaji pelajaran semasa PKP.

Guru juga telah membuat bahan serta memasukkan di dalam Google Classroom kelolaan JPNJ

Johor, di sini, anak murid saya boleh mengakses maklumat bukan sahaja daripada seorang

guru iaitu saya, bahkan daripada rakan guru RBT yang lain. Saya juga dapat berkongsi

maklumat bagi membantu anak murid yang memerlukan latihan serta bantuan. Kelas yang saya

telah ambil ialah bagi murid Tingkatan 3.

8

Pada tarikh 15 April 2020, saya telah memberikan arahan bagi menyiapkan modul bab 3 iaitu
topik Rekabentuk sebagai instrumen pemasaran di dalam buku modul.

Bagi melihat sejauh mana pemahaman murid, saya telah
membuat kuiz bagi topik bab 3, kali ini saya telah
memberikan nota. Kali ihak sekolah dengan kerjasama
guru kelas telah menyediakan satu telegram (HBL) bagi
guru-guru menghantar bahan PdPc kepada murid. Setelah
mengkaji daripada kuiz serta buku modul, didapati
kefahaman murid adalah di tahap sederhana, maka satu
intervensi perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman
pelajar kepada cemerlang.

Langkah 2 : Menganalisa data
Guru telah membuat satu kuiz bagi kegunaan sendiri di sekolah dan satu lagi guru telah
membuat salinan di mana guru berkongsi bahan yang telah dibuat, bahan tersebut dapat
digunakan oleh murid daripada pelbagai sekolah di mana seramai 7, 605 yang telah menjawab
soalan yang dikongsikan.

9

Semakan Buku Modul pelajar menggunakan aplikasi mudah menggunakan telefon dengan
data yang sedikit.

Semakan latihan 3.1 Semakan latihan 3.2 Semakan latihan 3.3 Semakan latihan 3.4

Pemerhatian
Hasil semakan semasa PKP guru menggunakan telefon dan menanda, menghantar kepada
whatsapp murid dan selepas PKP, ada murid yang baru menghantar, masalah PdPc guru kini
ialah kesemua murid tidak dapat menjawab soalan 3.4 iaitu memilih kaedah rekabentuk
pengiklanan yang sesuai untuk untuk memasarkan produk, murid menghadapi masalah bagi
menjawab soalan ini, perbincangan dilakukan namun, murid masih tidak dapat menguasai
topik, intervensi kaedah yang sesuai bagi mengajar topik ini harus dilakukan. Soalan ini adalah
jenis KBAT (rujuk lampiran). Maka guru perlu membuat PdPc khusus bagi tajuk ini.

10

Refleksi
Melalui triangulasi data, didapati melalui latihan formatif pelajar, pelajar boleh menjawab soalan
aras rendah yang senang di mana mereka boleh mendapatkan jawapan di dalam buku teks
iaitu 3.1, 3.2 serta 3.3, namun mereka tidak boleh menjawab soalan yang melibatkan pemikiran
aras tinggi (3.4 dan ke atas). GP bagi tajuk ini adalah 4.5. Item yang tidak dapat dijawab oleh
murid dikenalpasti iaitu soalan jenis pemikiran aras tinggi tidak dapat dijawab. Objektif pertama
dan kedua kajian telah tercapai dalam gelung pertama kajian. Bagi mencapai objektif ketiga
kajian, guru membuat penambahbaikan, melalui kaedah pembelajaran yang lebih baik apabila
sekolah dibuka, ini akan diteruskan di gelung kedua.

Aktiviti 2
Tarikh: 16 Ogos 2020
Masa: 12.10-1.20 p.m
Set Induksi
Guru menunjukkan iklan yang kelakar, semua murid ketawa terbahak-bahak melihat iklan yang
lucu.
Langkah 1
Guru menerangkan mengenai tajuk pemasaran.
Langkah 2
Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ketua kumpulan yang dipilih adalah guru Muda. Guru
memanggil ketua ke hadapan untuk mengambil nombor kumpulan serta kajian kes yang
sebenar yang mereka harus kaji.

Langkah 3
Murid berbincangan mengenai tajuk pemasaran yang telah dipelajari dan faktor mengapa satu
produk berjaya dan produk satu lagi tidak berjaya.

Pemerhatian
Murid nampak gembira terutama menonton iklan lucu, apabila guru bertanya soalan mereka
aktif ingin menjawab soalan

11

Refleksi
Murid berbincang dan guru sebagai fasilitator bertanyakan soalan kepada murid, murid dapat
berbincang dan menerangkan peranan rekabentuk di dalam pemasaran serta jenis rekabentuk
iklan yang digunakan, apabila guru menyoal pelajar. PdPc harus di sambung ke masa yang lain
kerana pelajar tidak sempat membentang dan melakukan gallery walk.

Aktiviti 3 (Ujian Post)
Tarikh: 19 Ogos 2020
Masa:10.50 pagi-12.10 pagi
Tempat: Studio RBT, SMK Simpang Rengam
Set Induksi
Guru menunjukkan iklan yang menarik perhatian murid iaitu iklan yang lucu.
Langkah 1
Guru memberikan borang yang harus diisi oleh setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan akan
berada di stesen dan menerangkan mengenai perbandingan yang telah dibuat.

Langkah 2
Murid bergerak mengikut stesen. Penjarakan sosial di tegaskan oleh guru. Murid menjaga
penjarakan sosial dan menemubual ketua kumpulan setiap kumpulan.

Langkah 3
Murid yang pergi ke stesen menerangkan mengenai dapatan mereka di dalam kumpulan. Guru
menjadi fasilitator bertanyakan soalan dan memantau supaya penjarakan sosial dipatuhi

Langkah 4
Guru membuat ujian Post dengan memberikan kad plickers yang diberi nama hand-card
plickers dimana pemegang kad itu adalah lebih mudah untuk digunakan. Teknologi plickers
merupakan salah satu aplikasi augmented reality dan guru menggunakan teknologi ini sebagai
permainan. Permainan Pat Pat sikulipat dilakukan, pelajar yang berjaya menjawab mendapat
makanan daripada guru iaitu kek pisang coklat marble yang sangat wangi dan sedap, pelajar
sangat teruja. Pelajar yang tidak dapat menjawab soalan perlu membuat latihan kecergasan
iaitu “superbrain exercise”. Teknik ini dilakukan dengan pemerhatian guru dan penjarakan
sosial. Ternyata murid sangat berminat dan teruja dengan permainan ini.

12

Langkah 5
Guru memberikan Ujian post kepada murid bagi melihat perubahan yang berlaku.

5.5 Ujian Pra dan Ujian Post

8 PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN POS Pra
7 Pos
6 BCDE
5 Gred
Pelajar 4
3
2
1
0

A F

Rajah 1.0 : Perbandingan Ujian Pra dan Pos

Melalui Ujian Pra dan Pos ini menunjukkan peningkatan pencapaian bagi semua murid dengan
gabungan kaedah “Teknik e-Mas” saya mendapati perubahan begitu ketara sekali dimana
pada Ujian Pos didapati 3 orang murid telah mendapat markah penuh berbanding markah
Ujian Pra tiada orang mendapat markah penuh. Tiada pelajar yang mendapat F lagi, ini adalah
kerana semasa Ujian Pra dijalankan murid-murid belum mendapat pendedahan mengenai topik
pemasaran serta aras tinggi mengenai topik rekabentuk sebagai instrumen pemasaran. Ujian
Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikuti kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang betul. Kehadiran guru serta rakan rakan di dalam kelas adalah sangat perlu
bagi memastikan pembelajaran murid adalah optimum. Murid sederhana boleh menjadi hebat
apabila mengajar murid yang lebih lemah darinya.

5.5.1 Pemerhatian

Pelajar amat sukakan permainan yang guru anjurkan, ulangkaji menjadi sangat seronok serta
pelajar teruja. Elemen makanan iaitu kek pisang yang dibuat oleh guru untuk pelajar
menjadikan pelajar teruja dan seronok.

13

5.5.2 Refleksi

Murid dapat menjawab soalan ujian pos dengan markah yang lebih baik. Sesi pembelajaran
yang menyeronokkan menyebabkan pelajar lebih bersemangat untuk berjaya di dalam subjek
RBT.

6.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Kesimpulannya “Teknik e-Mas” berkesan digunakan semasa PKP-Covid 19. Ia adalah
merupakan Teknik gabungan sepanjang tempoh PKP serta intervensi yang dilakukan bagi
mengatasi masalah sekolah ditutup berikutan Covid-19. Guru perlu mempunyai modul yang
dibuat sendiri bagi memudahkan amalan PdPc terutama jika sekolah ditutup, dan murid boleh
belajar secara kendiri. Modul yang dibuat sendiri dan dijual melalui Koperasi sekolah secara
tidak langsung amat membantu guru di dalam mencapai objektif PdPc kerana mempunyai
elemen motivasi, peta I-think, PBD serta soalan-soalan ulangkaji yang banyak. Perancangan
awal tahun yang sangat rapi dapat membantu para pelajar yang susah serta tidak mempunyai
talian internet (data yang banyak) dapat belajar dengan baik. Namun, penggunaan teknologi
serta elemen sosial seperti pembelajaran kooperatif (gallery walk) dapat membantu murid
belajar dengan lebih berkesan dan menarik kerana mempunyai elemen yang pelbagai yang
dapat mencakupi gaya pembelajaran murid yang visual, auditori serta kinestatik bagi mencapai
kecemerlangan bagi murid yang sederhana.
Guru telah menyediakan bahan bagi 3 bab tingkatan 3, secara google form serta berkongsi
bahan dan ramai telah berkongsi bahan tersebut semasa PKP dan digunakan secara meluas
seluruh Malaysia menunjukkan bahawa google form sangat berkesan dalam membantu pelajar
belajar, namun, bagi kajian tindakan ini, guru hanya fokus kepada topik rekabentuk sebagai
instrumen pemasaran. Teknik inovatif yang dapat menyelesaikan masalah pelajar ini yang
digunakan oleh guru ini adalah mengikut kerangka Model Pusingan (Rotation Model) blended
learning. Kaedah blended learning ini adalah kaedah yang terbaik bagi kelas saya.

14

Rajah 2.0: Model Pusingan (Rotation Model)Diadaptasi dari“Blended Learning
Implementation Guide 3.0” Bailey et al., 2015, m.s.27.

6.1 Refleksi kajian terhadap murid

Kajian ini menunjukkan bahawa PdPc masih boleh tetap diteruskan walaupun murid
berada di rumah. Bagi kelas 3C, semua murid mempunyai akses kepada telefon bimbit,
ia bukan masalah bagi PdPc belajar di rumah. Murid lebih rapat dengan guru dan boleh
bertanya soalan bagi yang malu bertanya secara berhadapan.

6.2 Refleksi Kajian terhadap guru
Kajian ini menunjukkan bahawa sepanjang tempoh kajian, saya berasa lebih gembira
melihat perubahan positif anak murid saya dan juga diri saya sendiri, dalam proses
kajian ini. Ia melibatkan perasaan yang bercampur baur, namun gembira setelah melihat
hasil.

6.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui terutama semasa PKP,
saya telah berjaya membuat bahan-bahan secara online dan murid boleh membuatnya
menggunakan whatsapp dan telegram dengan bantuan guru kelas. Tanpa bantuan guru
kelas, pentadbir dan ibu bapa yang mempunyai Whatsapp group, tidak mungkin PdPc
saya boleh berlaku. Hikmah PKP ini juga, saya boleh berkongsi bahan seluruh Malaysia
dan ianya digunakan dengan meluas. Saya mempunyai whatsapp bagi kelas yang saya
mengajar yang Whatsapp kelas membantu dalam penyampaian maklumat mengenai
Pembelajaran dan Pengajaran. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam
memastikan anak-anak mereka belajar. Ibu bapa kelas 3C merupakan ibu bapa yang

15

cakna mengenai keperluan pembelajaran anak mereka dan memastikan anak mereka
belajar semasa PKP. Jika berlaku lagi PKP lagi, dan saya dan murid lebih bersedia
untuk proses PdPc dengan teknologi yang ada. Objektif ketiga tercapai iaitu kajian ini
dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Rekabentuk sebagai
Instrumen Pemasaran selepas Pasca Covid-19 dengan menggunakan analisis Ujian Pra
dan Pos.
7.0 Cadangan kajian seterusnya
Kajian ini adalah terbuka kepada cadangan penambahbaikan seperti berikut:
i. Memberi pendedahan berterusan tentang kaedah pengajaran pembelajaran Teknik e-
Mas kepada para guru dan murid.
ii. Menggunakan pendekatan google classroom bagi proses pelaksanaan dan pemantauan
kaedah pengajaran pembelajaran Teknik e-Mas ini dalam matapelajaran RBT.
iii. Kesan penggunaan Teknik e-Mas dalam ulangkaji topik lain bagi subjek RBT.
iv. Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah guru akan membuat kajian tindakan bagi
topik yang lain juga di masa akan datang dengan menambahbaik elemen AR serta
inovasi pengajaran serta pembelajaran.

16

8.0 BIBLIOGRAFI
Bernama (16 Mei 2020) Berita Harian. Diakses pada 29 September 2020 daripada url
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-menerusi-
dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru
Lau, G. L. (2012, September 27-28). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar
dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
Sains Ambilan Januari 2009: Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, hlm. 195-
209.
Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan pendekatan inkuiri penemuan terhadap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia. Asia Pacific Journal of Educatiors and
Education, 27, 159-174
Shahfiezul Shahaimi & Khalid, F. (2016). Pengintegrasian Blended Learning Dalam
Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLEFROG). Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan
& Nurul Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM

Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan
Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-15.

17

LAMPIRAN A

BORANG MAKLUMAT MURID

1. Nama Sekolah: _________________________________________________

2. Jantina :

 Lelaki ()

 Perempuan ()

3. Bangsa :

 Melayu ()

 Cina ()

 India ()

 Lain-lain ( ) Nyatakan : ___________

4. Gred mata pelajaran RBT dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020?

 Gred A ()

 Gred B ()

 Gred C ()

 Gred D ()

 Gred E ()

5. Apakah tingkat pendidikan ibu / bapa / penjaga yang tertinggi?

 Tamat Sekolah Rendah / Tidak Bersekolah ()

 Tamat Tingkatan 3 / SRP / PMR ()

 Tamat Tingkatan 5 / SPM ()

 Diploma / STPM ()

 Ijazah ()

6. Pekerjaan Ibu / Bapa: ________________________________________ (Nyatakan)

18

LAMPIRAN B

Borang Soal Selidik

Soal selidik tentang minat murid dan penggunaan modul dalam tajuk Rekabentuk sebagai instrumen pemasaran.
Arahan : Sila tandakan sejauh manakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh atau
disuruh oleh orang lain. Berdasarkan skala daripada 1 hingga 5, sila tandakan () pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda
menanda pada setiap pernyataan.

1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Sikap dan Minat Murid Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru Bahasa Malaysia Secara Umum

Bil Pernyataan 1234 5

1 Saya sangat meminati mata pelajaran RBT

2 Pembelajaran mata pelajaran RBT menggalakkan saya berfikir.

3 Pembelajaran mata pelajaran RBT memberi kesan dalam kehidupan saya.

Bil Pernyataan 1 2 3 45

4 Penggunaan buku modul menarik minat saya untuk mempelajari RBT
semasa PKP.

5 Adakah anda bersetuju mata pelajaran RBT subjek yang sukar?

6 Penggunaan buku modul membantu saya meningkatkan kemahiran dalam
mempelajari bab Rekabentuk sebagai instrumen pemasaran?

Penggunaan google form dan nota semasa PKP (e-pembelajaran)

7 menjadikan saya lebih berminat dalam mempelajari bab Rekabentuk

sebagai instrument pemasaran?

8 Saya mempunyai laptop bagi P&P di rumah

9 Saya mempunyai talian telefon peribadi

10 Saya menggunakan peranti iaitu telefon ibu/ayah saya bagi melaksanakan
P&P sewaktu PKP

11. Nyatakan masalah yang hadapi semasa PKP di dalam subjek RBT
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________

19

Gambar semasa guru membuat aktiviti

20

Kad plickers QR code yang diinovasikan supaya mudah disimpan dalam Studio RBT dan
boleh digunakan banyak kali serta lebih senang untuk pelajar memegangnya. Sistem nombor
serta nama pendek pelajar yang boleh dipadam memudahkan guru dan pelajar untuk
menggunakan nya.

Markah Ujian Pra dan Pos

Pelajar Ujian Pra Gred Ujian Pos Gred Ulasan
/100 /100
L1 40 D 83 B Meningkat
L2 35 F 80 B Meningkat
L3 50 D 75 B Meningkat
L4 70 B 100 A Meningkat
L5 30 F 100 A Meningkat
L6 35 F 40 E Meningkat
L7 30 F 40 E Meningkat
L8 40 E 80 B Meningkat
L9 70 B TH - Meningkat
P1 40 D 80 B Meningkat
P2 50 D 100 A Meningkat
P3 30 F 80 B Meningkat
P4 35 F 60 C Meningkat
P5 35 F 40 D Meningkat
P6 30 F 80 B Meningkat

21

Di antara bahan latihan yang dibuat oleh guru semasa PKP dan dikongsi seluruh Malaysia dan
ianya digunakan dengan meluas oleh pelajar dan guru dari sekolah-sekolah lain di seluruh
Malaysia.

Contoh elemen yang ada di dalam buku modul yang membantu yang tiada di dalam buku kerja

22

Kontrak pembelajaran sangat penting
dikenalkan pada pelajar pada awal tahun,
guru telah memberikan penerangan serta
pelajar telah membuat kontrak dengan guru,
Ibu bapa seharusnya tandatangan di buku
modul pada awal tahun. Ini sangat membantu
kerana ibu bapa tahu mengenai Gred serta
Band yang ingin dicapai oleh murid. Guru
telah melakukan ini pada awal tahun dengan
memberikan matlamat kepada pelajar yang
diajar serta peraturan.

Pelajar boleh mengetahui apa yang mereka
akan capai melalui semakan kendiri apa yang
mereka faham, mereka akan tanda, tidak
faham, mereka akan meminta bantuan
guru.Mereka juga

Buku modul ini mempunyai nota ringkas
mencakupi Tingkatan 1-3, serta mempunyai
soalan aras tinggi, PBD serta peta I think.

Buku ini juga mempunyai jadual kerja bagi
melakukan projek yang sangat membantu
bagi murid memahami apa yang perlu
dilakukan terutama waktu PKP. Buku kerja
yang ada di pasaran adalah lebih kepada
konsep perniagaan kerana setiap elemen
penting dijual berasingan, maka kos bagi
setiap yang diperlukan oleh murid akan
meningkat. Dengan adanya buku modul
senang bagi pelajar merujuk apa yang perlu.

23

Gambar muka hadapan buku modul

24


Click to View FlipBook Version