INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN Semester
2 Tahun 1
BMMB2092R
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN BAHASA
MELAYU
NAMA TUGASAN INDIVIDU
ANGKA GILIRAN
NOR HIDAYAH BINTI SHAFIE 2021232400010
KUMPULAN / UNIT : BAHASA MELAYU (SEKOLAH RENDAH)
Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : Hidayah
Tarikh : 23/12/2021
Nama Pensyarah PUAN NOORAINI BINTI AB. LATIF
Tarikh Serahan
23/12/2021 Tarikh Terima
(Diisi oleh Pensyarah)
Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan : _
Tarikh :
HADIAH BUAT IBU
Aisyah menyorong basikalnya ke anjung rumah. Cuaca yang begitu panas terik
mengeringkan anak tekaknya. Dia menuju ke bilik sambil menjinjing beg plastik yang penuh
dengan barang-barang dan disimpan kemas di dalam laci almari biliknya. Kemudian, dia
menuju ke dapur bagi membasahkan anak tekaknya yang kering dek kepanasan terik mentari.
“Ha, dah balik pun anak ibu ini. Lama ibu tunggu Aisyah balik dari sekolah. Ibu dah
siapkan minum petang. Jom sayang, kita minum di luar bersama-sama dengan ayah dan
adik.” Puan Nazihah menyapa.
Aisyah hanya mampu tertunduk sedar akan kesilapannya yang menyebabkan ibunya
tertunggu-tunggu.
“Maafkan Aisyah, ibu. Aisyah mengaku Aisyah salah. Tadi Aisyah teman Dila pergi ke
kedai Pak Abu membeli barang yang dipesan oleh ibunya.”
“Assalamualaikum, ibu, ayah” sampuk Hanan.
“Hmm……” pandai Hanan beri salam pada ibu. “ Puji Puan Nazihah.
Hanan tersengih menampakkan barisan giginya yang putih. Kami semua tersenyum
melihat gelagat Hanan. Seorang gadis kecil yang baru berusia enam tahun. Mereka berbual-
bual sambil minum petang. Kemudian pada waktu maghrib mereka akan solat berjemaah dan
makan malam bersama-sama. Setelah selesai makan, mereka akan berada di ruang tamu.
Kelihatan Encik Najib dan Puan Nazihah rancak berbual, Aisyah duduk diam di sofa sambil
menonton televisyen.Puan Nazihah dan Encik Najib perasaan akan perubahan yang berlaku
pada anaknya yang kelihatan asyik termenung seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Kenapa Aisyah, ada apa-apa yang mengganggu Aisyah?”Tanya Encik Najib.
Aisyah hanya menggelengkan kepalanya dan bangun lalu menuju ke biliknya.
Mereka termangu melihat Aisyah bukan seperti selalu. Aisyah kanak-kanak kecil yang
berusia 11 tahun itu seorang yang periang dan suka bercakap. Namun, sejak akhir-akhir ini,
menunjukkan perubahan Aisyah yang ketara. Dia lebih suka masuk ke dalam bilik dan
menyendiri.
“Entahlah bang. Pelik betul Aisyah hari ini. Pagi-pagi dia dah ke dapur tanya Zihah cara
nak guna dapur. Katanya teringin nak belajar memasak dengan saya,” beritahu Puan Nazihah.
“Eh, jangan benarkan Aisyah menggunakan dapur tanpa pengawasan kita, bahaya nanti,
terbakar rumah kita.” Nasihat Encik Najib.
“Saya telah berpesan berkali-kali pada Aisyah agar tidak menggunakan dapur ketika kita
tiada di rumah dan mesti meminta kebenaran kita jika nak gunakan dapur.” Jawab Puan
Nazihah.
Encik Najib mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan tindakan Puan Nazihah.
Keesokan harinya, setelah Aisyah pulang dari sekolah, dia menukar baju lalu menuju
terus ke dapur sambil menjinjing barang-barang yang dibelinya semalam. Dia segera
mengambil kuali dan mengisi air ke dalam kuali itu, Kuali yang berisi air diletakkan di atas
dapur lalu dia menyalakan api seperti yang pernah dilakukan oleh ibunya ketika memasak di
dapur.
Sambil menantikan air itu mendidih, Aisyah sesekali menjenguk ke luar rumah bimbang
ibu dan ayahnya pulang dari kerja. Namun dia pasti ibu dan ayahnya tidak akan pulang kerana
sekarang jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Secara kebiasaannya, mereka akan sampai
ke rumah pada pukul 6 petang kerana menghadap kesesakan lalu lintas ketika pulang dari
kerja.
Aisyah berhasrat untuk menyediakan coklat kacang kegemaran ibunya sempena hadiah
ulang tahun kelahiran ibunya. Ibunya selalu membuat tempahan coklat kacang dengan ibu
Dila, kawan baik sekolahnya. Aisyah ada meminta resepi daripada ibu Dila. Nasibnya baik
kerana ibu Dila tidak lokek berkongsi resepi.
Resepi tersebut Aisyah letakkan di atas meja sambil tangannya pantas mengikut arahan
resepi tersebut. Kemudian, Aisyah mengambil periuk kosong yang sederhana besar dan
diletakkan di dalam kuali yang sedang menggelegak. Ketulan coklat bersama mentega
dimasukkan ke dalam periuk tersebut dan dikacau sehingga cair.
Setelah coklat cair, Aisyah menutup api dan dengan segera memasukkan hirisan badam,
kacang tanah, ceri dan digaul rata lalu dimasukkan ke dalam acuan serta ditabur manik urai
yang berwarna-warni. Kemudian Aisyah memasukkan ke dalam peti sejuk bagi memastikan
kacang sentiasa rangup dan coklat akan cepat mengeras. Begitulah pesanan ibu Dila bagi
memastikan coklat kacang akan rangup dan tidak mencair.
“Wah, cantiknya!” Aisyah menjerit kegembiraan di dalam hati apabila melihat coklat
kacang menjadi. Aisyah membayangkan biskut ini akan dimasukkan ke dalam botol kaca lalu
diikat dengan riben merah dan diletakkan kad ucapan. Mesti ibunya bangga kerana Aisyah
walaupun baru berusia 11 tahun tetapi dapat menyediakan kudapan kegemaran ibunya.
Aisyah mula mengemas semua barang-barang yang digunakan ke dalam singki bagi
memastikan ibunya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Aisyah. Mata Aisyah
mengerling ke arah jam yang menunjukkan pukul 4 petang. Dia berkira-kira dalam masa 2
jam lagi ibunya akan sampai dan dia berfikir sempat untuk memastikan keadaan dapur ibunya
seperti sedia kala.
Tiba-tiba, Aisyah terdengar deruan enjin kereta ayahnya memasuki pekarangan rumah.
Aisyah mula ketakutan, dahinya mula memerciknya titik-titik peluh. Jantungnya berdegup
kenyang.
Belum sempat Aisyah mengemas dapur. Dia melihat ayahnya terpacul di depan pintu
sambil memegang erat tangan ibu. Muka ibunya kelihatan pucat.
“Mengapa ayah dan ibu pulang awal pada hari ini?” tanya Aisyah.
“Ibu berasa tidak sihat. Kepala ibu pening dan asyik muntah-muntah sahaja di pejabat
tadi. Bos ibu yang telefon ayah supaya membawa ibu pulang ke rumah.” Ucap ibunya lemah.
Natasya mula berasa cemas, cepat-cepat dia menuju ke dapur. Namun belum sempat
dia mengemas, Puan Nazihah menuju ke dapur. Dia ingin mengambil segelas air untuk
diminum bersama ubatnya.
“Aisyah! Apa yang Aisyah buat ni? Kan ibu sudah pesan jangan menggunakan dapur di
waktu ibu tiada di rumah. Kenapa Aisyah degil sangat? Kenapa tak dengar cakap ibu?
Belum sempat Aisyah menerangkan perkara sebenar, kelihatan ibunya masih tidak
berpuas hati.
“Degil betul budak ini!, sudah banyak kali ibu pesan jangan guna dapur sewaktu ibu tiada
di rumah”. Puan Nazihah tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Tangannya mula
mencari paha Aisyah, lantas mencubitnya.
“Maafkan Aisyah, ibu….. maafkan Aisyah….Aisyah janji tidak akan melakukannya lagi.
Aisyah terkedu. Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya lalu menangis.
Ibu, janganlah cubit Kak Long. Maafkan kesalahan kak long. Ibu kasihanilah kak long.”
Pujuk Hanan apabila melihat kakaknya sedang menangis akibat dimarahi oleh ibunya.
Ayahnya terus menuju ke dapur apabila terdengar riuh rendah di dapur.
“Kenapa ni Nazihah, awak pergilah berehat. Jangan diikutkan perasaan marah awak tu.
Awak kan tak sihat.”
“Macam mana Zihah tak naik angin, bang?Tengok apa yang Aisyah dah buat? Kan saya
dah pesan banyak kali jangan gunakan dapur waktu kita tiada di rumah? Tengok apa yang
dia sudah lakukan?. Ngomel Puan Nazihah.
“ Cukuplah tu zihah, cuba la kamu tu bercakap elok-elok sikit dengan Aisyah tu. Semua
masih selamat kan? Kesian budak tu menangis dia.”
“Ingat Aisyah, lain kali jangan buat lagi apa yang ibu tak suka.”Encik Najib menitipkan
pesanan kepada Aisyah, puteri sulungnya yang akan menginjak usia remaja tidak lama lagi.
Aisyah mengangguk lemah dan berjanji kepada dirinya sendiri tidak akan mengulangi
kesilapan yang mencetus kemarahan Puan Nazihah.
Malam itu, Aisyah tekad untuk meneruskan projek hadiah untuk ibu. Biarpun hatinya
sedih, namun Aisyah berjaya menyiapkan bungkusan hadiah untuk ibunya. Selesai
menyiapkan hadiah itu, Natasya meletakkan hadiah itu di atas meja di ruang tamu.
Aisyah menuju ke bilik tidur lalu merebahkan diri di atas katil. Kepalanya masih
menerawang jauh. Terasa dirinya tidak disayangi oleh ibunya sedangkan apa yang
dilakukannya adalah untuk kegembiraan ibunya sendiri.
Aku menyepi sendiri dalam kelam malam,
Menghirup tangisan duka,
Mengharap sebuah pengertian.
Aku cuba berharap,
Di Sebuah persimpangan kasih,
Dalam mencari persamaan,
Menongkah sebuah nilai kasih sayang.
Aku mengesat titisan yang jatuh membasahi pipiku
Mengerti segala yang berlaku,
Atas sebuah kesalahan yang terjadi,
Yang tak mungkin aku ulangi lagi.
Akhirnya Aisyah tidur bertemankan air matanya. Tidak pernah dia dimarahi sebegitu
oleh ibunya.
Keesokannya, Puan Nazihah yang masih bercuti terbangun dari tidur apabila terdengar
deruan van sekolah yang dinaiki Aisyah meluncur laju. Selepas peristiwa semalam dia
langsung tidak bercakap dengan Aisyah. Bukan sebab marah tetapi dia tidak mampu bangun
kerana kepalanya terlalu sakit. Terasa kepalanya berpusing-pusing.
Tiba-tiba, terdengar suara Hanan memanggil-manggil namanya dari ruang tamu.
Tercungap-cungap ketika dia masuk ke bilik Puan Aisyah. Di tangan Hanan, ada hadiah yang
telah dililit kemas dan diletakkan sekuntum bunga. Kelihatan sangat cantik dan kemas.
“Ibu, adik jumpa hadiah ini atas meja. Untuk ibu kan? ” Tanya Hanan.
Hati seorang ibu tersentap. Segala perasaan bercampur baur. Terbayang peristiwa
semalam dan perasaan menyesal menerpa di lubuk hatinya.
Ibu,cepatlah buka hadiah ini. Hanan nak coklat ni, desak Hanan.
Puan Nazihah membuka bungkusan cantik itu.
Hanan segera mencapai coklat kacang itu “ wah, sedapnya coklat kacang ini, bu. Mesti
dia buat sebab hendak minta maaf pada ibu kan? Kak long dah buat salah kat ibu kan
semalam?”
Hati Puan Nazihah terasa sebu. Rindunya pada Aisyah menerpa kalbu. Dia terus
menghukum Aisyah sebelum sempat dia menjelaskan. Dia terlalu mengikut emosi
amarahnya. Dia ternampak sekeping kad yang dilekatkan atas tudung botol kaca tersebut.
Fahamlah dia Aisyah membuat coklat kacang kegemarannya sempena sambutan hari lahir
yang akan tiba jumaat nanti.
“Makanlah coklat ini ibu, sedap rasanya.”
Puan Nazihah mengambil sebiji yang dihulur oleh Hanan.
“Kenapa ibu menangis? Ibu rindu kak long kan? Sedap kan coklat kacang yang kak long
buat ini kan, bu.”
“Ya, Hanan. Nanti kak long pulang dari sekolah kita suruh kak long ajar kita buat coklat
kacang ini ya.”
Puan Nazihah memeluk Hanan. Terasa lambat benar jarum jam dinding bergerak. Dia
berasa tidak sabar untuk mendakap Aisyah, mengucup dahi dan memohon maaf atas
kekhilafan dirinya. Anak sulung yang menjadi harapannya, yang akan menggantikannya
apabila dia sudah tua kelak.