EBOOK PERCUMA
TIPS MEMILIH
TUDUNG MENGIKUT
WARNA BAJU
MARLIYANA
MARZUKI
Memilih tudung mengikut warna yang sesuai dengan pakaian
kadang-kadang menjadi masalah yang besar kepada wanita. Jika
salah boleh mencacatkan penampilan. So berhati-hati yer ladies.
Bukan semua tudung sesuai dengan pakaian yang kita pakai.
Sampai stress memikirkan yang mana tudung dan baju yang sesuai
untuk dipakai setiap hari. Lagi stress kalau korang memang banyak
jenis pilihan tudung.
Memang cukup struggle untuk memilih tudung yang betul - betul
match dengan pakaian kan?itu kerana korang mempunyai pakaian
yang berlainan warna dan rekaan selain dari warna hitam.
Kebanyakkan orang mempunyai masalah sama iaitu masalah dalam
memilih tudung yang sesuai dengan pakaian dan mengambil masa
yang lama untuk match pakaian dengan tudung.
Ok,jom saya sharekan tips dan gaya yang ideal untuk tudung yang
sepadan dengan pakaian korang !
1. PADANAN WARNA NEUTRAL DAN WARNA FESYEN
Asas pemahaman warna adalah ia mempunyai 5 warna neutral, warna-warna ini
boleh dikombinasikan dengan mana-mana warna lain. Warna-warna selain daripada
warna neutral ini dikenali dengan nama warna fashion.
5 Jenis warna neutral iaitu:
• Hitam
• Putih
• Kelabu
• Biru Navy
• Perang
Keunikan warna neutral ini adalah ia lembut, harmoni apabila dikombinasikan dan
yang paling penting ia mudah untuk dipadankan dengan warna neutral dan warna
fashion.
2. 3 WARNA TONAR SAHAJA
Tips seterusnya adalah dengan mengunakan kombinasi warna yang sama tetapi
berlainan tonar. Setiap warna mempunyai beberapa lagi tonar yang berlainan.
Contohnya warna biru mempunyai tonar:
• Biru muda
• Biru gelap
• Biru terang
• Biru kusam
Kombinasi tonar-tonar warna ini menjadikan tudung dan baju anda nampak lebih
sepadan antara satu dengan yang lain. Namun begitu, pastikan anda sepadankan
maksima 3 jenis tonar sahaja dalam satu-satu masa.
3. TEKNIK RODA WARNA @ ANALOG
Untuk teknik padanan ini anda perlu merujuk roda warna yang mempunyai 12 jenis
warna padanya. Terdapat banyak cara dan info berkenaan teknik roda warna ini,
namun disini kami kongsikan yang paling mudah dan simple sahaja.
Untuk kombinasi baju dan tudung yang menarik, caranya adalah dengan
menggunakan kombinasi warna yang bersebelahan di dalam roda warna.
Contohnya warna kuning sesuai dipadankan dengan warna kuning orange. Warna
hijau pula sesuai dipadankan dengan warna kuning hijau.
4. PILIH WARNA YANG LEBIH CAIR DAN CERAH
Warna tudung yang lebih cerah atau warna pastel sesuai dipadankan dengan apa
sahaja warna pakaian korang. Tak semua orang suka padankan warna tudung sama
warna dengan baju.
Tips untuk dapatkan warna tudung yang match korang boleh pilih warna tudung ikut
warna skirt atau seluar yang korang pakai.
Barulah nampak seimbang mudahkan. Warna yang korang nak pakai tak lebih dari
tiga warna, kalau tak korang nampak serabut.
5. TUDUNG PRINTED ATAU BERCORAK
Ada orang yang suka sangat pakai tudung corak. Macam-macam design dan
material yang berbeza.
Tudung printed nampak mewah kalau pandai menggayakan dengan pilihan
pakaian plain.
Tapi ada juga wanita muslimah yang mengenakan tudung corak dengan
pakaian bercorak. Hati-hati ye, kalau salah pilih corak boleh nampak macam
pasu bunga bergerak hehehe.
6. TUDUNG BERWARNA NEUTRAL DENGAN PAKAIAN BERCORAK
Jika korang memang suka memakai pakaian bercorak,korang tak boleh salah
dalam memilih tudung.
Korang perlu pilih tudung yang ada warna sama dengan salah satu warna dalam
corak pakaian korang.
Korang boleh jugak memilih untuk memakai tudung berwarna neutral seperti
putih, hitam dan beige.
Jadi korang dah tak perlu pening lagi nak pilih warna apa yang sesuai dengan
baju korang.
BEBERAPA CONTOH PEMILIHAN WARNA TUDUNG YANG SESUAI
MENGIKUT BAJU.
1. RED MAROON
Antara warna yang digemari kerana keunikan warnanya. Mereka yang memilih
warna Red Maroon ini sering dikaitkan dengan kebijaksanaan.
• Boleh dikatakan bagi mereka yang meminati warna ini mempunyai
karakter yang sangat berani dan bersemangat.
• Pemilihan warna Red Maroon memang sesuai dipadankan dengan warna
baju berwarna Salmon, Pastel Yellow, dan Chocolate.
2. SOFT YELLOW
Warna soft yellow mungkin digemari oleh sesetengah wanita tapi masih ada
segelintir yang tidak menggemari warna kuning. Antara sebab warna ini kurang
kurang diminati adalah kerana warnanya yang agak mencolok mata.
• In general, kita selalu berpendapat bahawa warna kuning hanya
mempunyai satu jenis tetapi sebenarnya ada pelbagai variasi lain.
Terdapat pelbagai jenis warna kuning , antaranya adalah seperti warna
Soft Yellow yang terhasil daripada keluarga warna pastel.
• Warna kuning dapat memberi pandangan yang unik kepada si pemakai
dan ia sering dikaitkan dengan keceriaan, bertenaga dan aura positif.
• Jadi warna tudung Soft Yellow sesuai dipadankan dengan baju berwarna
apa? Pemilihan warna tudung Soft Yellow boleh dipadankan dengan
warna baju berwarna Sage Green, Cranberry dan Peach. Jadi anda boleh
fikir dengan lebih mudah dan buat pilihan yang bersesuaian agar kelihatan
cantik.
3. SOFT BROWN
Warna soft brown juga merupakan antara warna yang selalu dijadikan pilihan oleh
para wanita. Warna ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Warna Soft Brown
selalu digunakan oleh wanita yang berfikiran jauh dan bekerjaya. Selain itu, warna
ini juga diminati oleh mereka yang menceburi bidang keusahawan dan golongan
professional.
• Warna ini terlihat semulajadi, mereka yang memilih warna ini sering dikaitkan
dengan sikap matang.
• Pemilihan warna tudung Soft Brown boleh dipadankan dengan warna baju
berwarna Dark Gold, Dark Greyish Blue, dan Black.
4. EMERALD GREEN
Mungkin ada yang tidak mengingati, tapi bagi anda yang tidak mengetahui, warna
Emerald Green pernah tular sekitar tahun 2003. Dikatakan warna ini melambangkan
kemewahan. Mulai dari tahun itu, warna Emerald Green mula menjadi warna
kegemaran dan diminati oleh para wanita.
• Warna ini memang istimewa kerana ia dilihat seperti warna yang simple tetapi
walaupun tampak ringkas ia sangat elegan bila dikenakan.
• Bagi para wanita yang meminati tudung yang berwarna Emerald Green,
terdapat pelbagai pemilihan warna baju yang sesuai dipadankan. Antaranya
adalah baju berwarna Gold, Camel Brown, dan Fern Green.
5. DUSTY PINK
Mesti ramai diantara anda yang sudah mengenali warna ini. Warna dusty pink
memang tidak asing dan agak popular juga. Warna ini merupakan antara warna
yang memng menjadi kegemaran dan rebutan para wanita.Mesti ada diantara ahli
keluarga anda yang juga meminati warna ini.
• Setiap warna mempunyai keunikannya yang tersendiri. Begitu juga dengan
warna Pink yang mempunyai keistimewaan dan sifatnya yang tersendiri. Bagi
anda yang tidak begitu mengenali keunikan warna ini, Ia sering dikaitkan
dengan karakter yang mempunyai aura memukau, sifat berlembut dan
karakter feminin,
• Warna dusty pink memang mudah untuk dipadankan dengan warna lain
kerana keunikannya. Terdapat beberapa jenis warna yang sesuai dipadankan
bersama, antaranya adalah seperti warna baju seperti Barely Beige, Mauve
Purple, dan Soft Rosy Pink. Jadi para wanita yang memang gemar memakai
tudung warna dusty pink, tak perlu pening atau stress memikir warna baju
yang sesuai dipadankan bersama. Pilih sahaja mana-mana warna yang telah
dikongsi tadi. Lebih mudah dan senang untuk membuat pemilihan yang tepat
dan sesuai.