The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xfe1306woosoofong, 2020-04-28 04:45:25

SIJIL DAN ULASAN (SPLGKPM)

Disediakan oleh WOO SOO FONG

1

SIJIL Let’s Break the Chain of Covid-19 Infection

2

SIJIL - Rumahku

3

SIJIL : Hemah Bicara Hemat Belanja (KPM)

4

Webinar : SPLKPM DAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONAL

BERTERUSAN

5

SIJIL - TINKERCAD BERSAMA-SAMA CIKGU BELLA

6

Modul e-pembelajaran : Penguasaan Google Classroom Level 4

7

SIJIL e-pembelajaran : SEMBANG SANTAI: BLENDSPACE BERSAMA-SAMA CIKGU SARIPAH

8

e-PEMBELAJARAN (WEBINAR)

ULASAN VIDEO

TAJUK : E-BOOK

PENCERAMAH : Norhafizah bt Bachok
ANNJURAN : BEST

TARIKH KURSUS : 13 APRIL 2020
TEMPOH MASA : 60 MINIT

Ulasan :

e-Book bermaksud buku dalam bentuk elektronik.
Kelebihan e-book : murah, ringan, mudah akses, mudah kongsi, mudah
dibaca dan menarik minat.
Kegunaan e-book : buku nota, buku program, buku pengurusan, e-katelog dan
buku resipi.

Cara merekabentuk e-book atas talian :

1. Dokument yang perlu dijadikan e-book mesti dalam bentuk fail pdf dan
maksimum muatan fail ialah 150 MB.

2. Ke website Google dan taip : anyflip.com
3. Sign Up for free account. Masukkan e mail dan password.
4. Dapatkan kod dari email yang didaftar dan isi ruang code.
5. Choose a folder.
6. Add New Book.
7. Tekan “upload”
8. Tekan template untuk cari backgroud yang sesuai.
9. Tekan advanced, cari Toolbar setting, sound button, page flipping sound

dan tekan apply change.
10. Background sound mesti dalam bentuk mp3.
11. Jika mahu share, tekan button share dan copy link untuk dishare.
.

Ulasan dicatat oleh : WOO SOO FONG

9

e-PEMBELAJARAN (WEBINAR)

ULASAN VIDEO
TAJUK : “When Mak Cik Kiah Goes Digital”

MODERATOR : Encik Shahril Sarapudin.

TARIKH KURSUS : 16 APRIL 2020
TEMPOH MASA : 60 MINIT

Bicara Siber PKP COVID-19 bertajuk “When Mak Cik Kiah Goes Digital” pada 16hb
April 2020 pada jam 11 pagi. Program ini adalah anjuran KPM, UPSI dengan
kerjasama Cyber Security Malaysia. Ahli panel terdiri daripada Lt. Kol Mustaffa bin
Ahmad (bersara), Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach & Pembagunan Kapasiti
CyberSecurity MalaysiaTuan Haji Shafrudin bin Haji Ali Hussin, Pengarah Bahagian
Sumber & Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM, Prof Madya Dr Suzaily Wahab, Pakar
Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Uni Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Antara perkara-perkara yang dibincangkan oleh para panel :

Perkara 1:

Di dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam
mengalami transformasi ke arah pedagogi secara digital.

Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara maju kerana
ia dipercayai mampu memberikan pelbagai mafaat dan kebaikan.

Seiring dengan PKP yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membentung
penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu
keperluan.

Pembelajaran alam maya merupakan solusi ketika berdepan dengan covid-19. PKP
bukan alasan untuk kita semua tidak boleh melakukan hal0hal yang bermanfaat
semasa berada di kediaman. Sebaliknya, banyak peluang yang boleh diterokai
bersama ahli keluarga terutamanya dengan memanfaatkan teknologi maklumat.

Perkara 2 :

Impak psikologi akibat wabak covid-19. Covid-19 telah disytiharkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai satu pandemik pada 11 Mac 2020.

Walaupun anak-akan memerlukan gajet untuk pembelajaran atas talian, tetapi
penggunaan gajet kanak-kanak membimbangkan dalam tempoh PKP, maka ibu bapa
perlua membuat pemantauan.

Perkara 3 :

Konsep kewarganegaraan digital dan Etika Siber Kebangsaan.

Fasih digital adalah satu proses memahami teknologi dan penggunaannya.
Pengguna internet yang fasih digital lebih cenderung untuk membuat keputusan
yang bijak dan dapat mempengaruhi pengguna internet yang lain secara positif.
Ciri-ciri fasih digital : kesedaran siber, komunikasi, pemikiran kristis, kreatif dan
kerjasama.

Tip Cybersafe semasa PKP covid-19. Guna internet secara berhemah, elak dari jadi
mangsa salah laku internet.

Ibu bapa perlu mengajar anak-anak kecil dengan penggunaan media sosial,
contohnya :
1. Jangan berbual atau bersembang dengan orang yang tidak kenali semasa dalam
talian.
2. Jangan berikan nama, nombor telefon dan alamat rumah kepada orang yang
tidak dikenali semasa dalam talian.
3. Minta kebenaran ibu bapa melayari internet.
4. Hadkan masa melayari internet.
5. Jangan kongsikan kata laluan kepada orang lain kecuali ibu bapa.
6. Berkongsi perkara yang baik /positif dalam talian.

Ulasan dicatat oleh : WOO SOO FONG.

10

e-PEMBELAJARAN (WEBINAR)

ULASAN VIDEO

TAJUK : STEM DI MALAYSIA

PENCERAMAH : Dr Ihsan Ismail, Ketua Unit Pusat STEM Negara
MODERATOR : En. Norhailmi Bin Abdul Multalib
ANNJURAN : BSTP, KPM
TARIKH SIARAN : 23-3-2020, 3.00p.m.
TEMPOH MASA : 60 MINIT

ULASAN :

Kursus ini dimulakan dengan Kahoot Game bertajuk: Test Your STEM Knowledge.
Antara pengisiannya ialah:
a. STEM stands for Science, Technology, Engineering, Mathematics.
b. Elephant toothpaste, a popular science experiment, mixes and to create a foam

explosion is hydrogen peroxide and dish soap.
c. Lemon can be used to power a battery.
d. Glue is a key ingredient to make own slime.
e. JavaScript, Python, Ruby are a coding language.
f. The mitochondria is the powerhouse of the cell.
g. Baking soda and vinegar are used to make an exploding volcano.
h. The ways we can get involved in STEM activities in our community are: find an

awesome camp, do experiment at house with adult supervision, take science
class.

Pengenalan STEM
- STEM telah dimulakan di sekolah pada tahun 2016
- Sains diajar dengan kaedah inkuiri untuk mendapatkan ilmu
- Teknologi digunakan untuk menghasilkan sebarang alat untuk menyelesaikan

masalah manusia dalam kehidupan. Bukan komputer dan telefon bimbit saja.
- Kejuruteraan pula suatu kaedah menyelesaikan masalah, contohnya dalam

proses rekabentuk untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Ilmu Matematik diperlukan juga untuk menyelesaikan masalah manusia yang
dihadapi.

Pendidikan STEM bersepadu bermaksud kombinasi semua ilmu sains, matematik,
teknologi dan pendekatan kejuruteraan dalam menghasilkan sesuatu untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

Latar Belakang Pusat STEM Negara
- Pusat STEM Negara ditubuhkan pada tahun 2017 kerana dapatan hasil kajian

menunjukkan peratusan murid yang mengambil bidang sains semakin
berkurangan.
- Empat perkara penting yang perlu dibuat oleh pusat STEM Negara:
a. Meningkatkan kesedaran murid, guru, orang awam, ibu bapa tentang

kepentingan STEM dan menggalakkan lebih ramai anak murid memilih bidang
sains.

b. Meningkatkan kompetensi guru agar dapat menjalankan PdPc yang lebih
hand-on dan inkuiri untuk menarik minat murid

c. Unit khusus yang membantu menghasilkan bahan untuk guru dan murid
d. Sebagai satu pusat pengumpulan bahan berkaitan STEM

Matlamat Pendidikan STEM
- Melahirkan murid berliterasi STEM yang kreatif, inovatif, inventif dan berupaya

mengenal pasti, mengaplikasikan serta mengintegrasikan konsep STEM untuk
memahami masalah dan menyelesaikannya.

3 langkah menyediakan murid yang berkelayakan dan mencukupi dalam bidang
STEM – PPPM 2013 – 2025
a. Meningkatkan minat murid melalui Perdekatan PdP yang baharu dan

pemantapankurikulum
b. Meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru
c. Meningkatkan kesedaran murid dan orang awam

Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM (PPPM 2013 – 2025) yang telah dilaksanakan
oleh Pusat STEM Negara:
Antaranya: Kolokium Pendidikan STEM, Program Mentor Mentee, Komik STEM,
Bahan Sumber PdP STEM oleh BPK, Program Kepimpinan STEM oleh IAB dll.

Pencapaian Pusat STEM Negara
- Menjadi satu hub yang memudahkan banyak pihak (agensi kerajaan, swasta,

industri dan antarabangsa) untuk melaksanakan aktiviti berkaitan Pendidikan
STEM
a. Pembangunan kompetensi guru: Pembelajaran berasaskan inkuiri dengan

menggunakan model 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate)
b. Program Kesedaran STEM
c. R&D (dalam proses)
d. STEM For All melibatkan semua pihak bukan guru STEM sahaja. Pendekatan

STEM boleh digunakan oleh subjek lain.

Impak Program STEM
a. Bilangan murid masuk aliran sains masih kurang tetapi telah mengurangkan

penurunannya.
Hasil pemantauan menunjukkan guru yang mengikuti kursus STEM

b. telah aktif melaksanakan PdP di kelas
c. Sekolah telah mula aktif menjalankan aktiviti STEM
d. Pelaksanaan aktiviti STEM telah dipermudahkan

Harapan / Impian Pusat STEM Negara
a. Guru Malaysia dapat memberi Pendidikan yang bermakna kepada anak murid.

Murid seronok belajar dan mendapat sesuatu yang bukan hanya untuk menjawab
soalan peperiksaan tetapi boleh digunakan dalam kehidupannya. Semua sekolah
melaksanakan pengajaran bermakna dengan mengadakan aktiviti inkuiri, hand on

b. Guru terus membuat perubahan agar murid dapat belajar dengan lebih baik, yang
bermanfaat kepada mereka pada masa depan. Contohnya, kaedah online yang
digunakan semasa PKP.

DISEDIAKAN OLEH WOO SOO FONG

11
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMJK CHUNG HWA TENOM
Kod Sekolah: XFE 1306 WOO SOO FONG

1. Nama Guru

2. Judul KE ARAH MEMPERKASAKAN 3. Bidang: PENDIDIKAN
PERSONALITI UNGGUL 5. Masa:-
4. Tarikh
Pembentangan -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian :

1. Pengurusan kendiri

Bahagian ini membolehkan individu memahami dan menyediakan dirinya dengan
keperluan-keperluan kendiri ke arah membina kehidupan yang lebih berjaya dan
cemerlang. Bagi mencapai tujuan tersebut, penekanan akan diberikan kepada
aspek-aspek mengenal diri, keperluan jasmani, keperluan intelektual. Keperluan emosi
dan keperluan spiritual.

2. Pengurusan pembelajaran

Bahagian ini membantu pelajar mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta
mengenai kemahiran pembelajaran secara berkesan. Seseorang itu boleh menjadikan
proses pembelajaran sesuatu yang sangat menyeronokkan atau sangat membosankan.
Ada individu yang sangat tekun belajar tetapi kurang cemerlang dalam prestasi, manakala
ada individu yang menggunakan usaha yang sama dan mampu menghasilkan prestasi
yang cemerlang. Yang mmbezakan ialah kaedah pembelajaran yang digunakan.

3. Pengurusan sosial

Sssetiap individu mesti mengenal diri secara luaran dan dalaman kekuatan dan
kelemahan diri, potensi diri dan seterusnya hala tuju kehidupan. Kehidupan
bermasyaratkat saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh
dihup sendiri dan terasing.

4. Pengurusan kerjaya

Tujuannya ialah membantu individu mengenalpasti kecenderungan minat
kerjayanya dan memberi panduan tentang peluang-peluang kerjaya.

5. Nilai tambah ( value-added)

Nilai tambah merupakan satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh seseorang
individu. Nilai tambah memberi kelebihan kepada individu bagi membolehkannya
bersaing dalam dunia global. Individu yang mempunyai nilai tambah akan memberikan
kelebihan kepada dirinya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

 Berfikir positif
 Tekanan positif
 Nilai konlfik positif

Konflik dapat mewujudkan suasana persaingan dan memberikan rangsangan
dalam mencari penyelesaian ke atas konflik yang sedang dialami.
 Sejarah tidak pernah memungkiri janji bahawa setiap yang berjaya terdiri dari

mereka yang berusaha.
 Kalau takut menanggung risiko, usah bicara soal perjuangan.
 Kalau tidak mahu dikritik, jangan buat apa-apa, jangan sebut apa-apa dan jangan

jadi sesiapa.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Pengurusan kendiri
Cara penyelesaian konflik dalam organisasi ( sekolah atau dalam kelas)

 Positif terhadap konflik
 Guna komunikasi yang mesra dan sopan
 Kenalpasti keperluan individu
 Terima individu seadanya
 Kenali tingkahlaku individu yang membuat anda *stress*
 Kenali diri anda
 Adakan waktu rehat semasa perbincangan
 Jangan jadikan konflik sesuatu yang peribadi

 Pengurusan pembelajaran
kemahiran membaca ( untuk murid)
Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan

dan fakta
mengenai sesuatu perkara.

 Suasana selesa
 Baca berperingkat
 Bentukkan soalan
 Catatkan
 Berulang-ulang berhati-hati

 Pengurusan sosial
Memahami struktur sosial ( untuk guru dan murid)

 Strukut sosial perlu diketahui dan difahami oleh setiap individu, sama ada dalam
keluarga, di tempat kerja atau dalam masyarakat.

Membentuk imej diri pemimpin ( untuk guru dan murid)

 Sentiasa berpakaian kemas
 Bersedia menjadi pemimpin
 Menghormati perasaan orang lain
 Berkomunikasi dengan baik
 Berkeyakinan
 Mempunyai daya juang yang tinggi
 Bersikap terbuka
 Berakhlak moral
 Tenang menghadapi tekanan

Ciri-ciri kepimpinan yang baik ( untuk guru dan murid )
 Kemahiran komunikasi
 Kemahiran tegas diri

 Kemahiran membuat keputusan
 Kemahiran mengurus stress
 Kemahiran mengendalikan organisasi
 Kemahiran mengendalikan mesyuarat
 Kemahiran membuat kertas cadangan
 Kemahiran membuat laporan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ......................................................
WOO SOO FONG ()

12

SIJIL WEBINAR : PREZI BERSAMA-SAMA CIKGU FADZ

13

SIJIL TAMAT KURSUS : Integriti dan Akauntabiliti

14

SIJIL TAMAT KURSUS : Nilai dan Etika


Click to View FlipBook Version