KONSEP
PANTUN
AIN SYAFIQA - BMMMB1104
Isi Kandungan
01 02 03
Pengenalan pantun Definisi pantun Pantun menurut
pendapat tokoh
Pengenalan Pantun
➢ Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu
yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah,
pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu
membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu
bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan
perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu
perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka
dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
➢ Pantun merupakan hasil seni sastera yang ringkas tetapi
mendalam maknanya .
➢ Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya
terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran yang
membuatkannya tidak lapuk ditelan zaman .
➢ Penghasilan pantun adalah idea kreatif orang Melayu
terdahulu yang terhasil melalui pengamatan dan
pemerhatian mereka terhadap kehidupan dan pengalaman
yang mereka lalui.
Definisi Pantun
➔ Menurut kamus Dewan edisi keempat, pantun merupakan puisi
lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam
tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang
maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya).
➔ Menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia pantun ialah sajak
pendek , tiap-tiap kuplet ( rangakap ) biasanya empat baris
dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja .
Pantun menurut tokoh
Za’ba Professor diraja Ungku Mohd. Taib Osman
Abdul Aziz
Menurut Za’ba dalam Beliau menyatakan bahawa
bukunya yang bertajuk Ilmu Menurut beliau, pantun pantun sebagai satu
mengarang Melayu bukan sekadar puisi lisan artifak bukan-bendaa yang
penciptaan pantun biasa tetapi bukan sahaja digunakan
merupakan puisi tertua menggambarkan akal dalam kehidupan Melayu
dan milik asal kepunyaan budi dan kebijaksanaan tetapi mempunyai pelbagai
masyarakat Melayu . Melayu. makna dan fungsi
Pantun menurut pendapat tokoh
menurut Harun Mat Piah (1989), pantun boleh
didefinisikan berdasarkan aspek dalaman dan aspek
luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun
meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur
estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.
Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan
lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun
mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat
melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara
pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan
maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Sekian
terima kasih
THANK YOU